Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Kuih Qasidah . Kuih tradisional, kuih lama sedap sangat makan sejuk - sejuk 😁

- tepung gandum unbleached ( 5 sudu besar )
- air ( 1 1/2 cawan )
- puree kurma
- bawang merah ( goreng )

1 - Campurkan tepung gandum dan air, kacau sehingga sebati, sampai agak - agak pekat . Jangan bagi berketul. Api sederhana.
2 - Masukkan dalam bekas.
3 - Goreng bawang merah sehingga kekuningan.
4 - Taburkan atas kuih qasidah.
5 - Sejukkan sekejap dalam peti ais.

Sesuai untuk anak yang nak tumbuh gigi, makan sejuk - sejuk.

#mealforsyazwina
#HBFM
#kuihqasidah
Assamualaikum dan hai semua..Fatihah aleeya sarapan kuih lapis tradisional sempena cukup 8bulan..
Mama ska kuih tradisional aleeya pun kna ikut mama snang nk masak2..
Buat malam tdi bgn pagi tggal mkan je🀣🀣
Tapi aleeya punya ganti buah naga la sbb xleh guna gula n pwarna mcm mama😝😝😝

Resepi kuih lapis:
1cawan tepung beras
1/2cawan tepung gandum
2 cawan air+santan (kalau nak lemak lebih santan dri air)
Buah naga lenyekΒ² (agak2 je jgn byk sgt nti lembek)

*Guna tepung gandum semua pun boleh
*Santan boleh ganti susu full cream
*BuahΒ² lain pun boleh utk warnaΒ² lain
*Kalau nk keraskan kurangkan sikit air
*Nak lgi manis tmbah la madu ke kurma ke ikut umur anak ye tpi aleeya ok je xmanis pun

*Tengah duk buat tu panaskan periuk kukus siapΒ² n pastikan air didih

CaraΒ² buat:
1. Masukkan tepung gandum, tepung beras, air n santan dlm blender je smpai sebati atau kacau2 tapis
2. Bahagi 2 utk sma banyak utk putih 1 merah 1
3. Masukkan buah naga 1 bahagian kacau sebati
4. Oleskan bekas ngan minyak masak sikit pastu masukkan wrna putih masak 5minit
5. Tuang yg merah masak 5minit n ulang berapa lapis nak buat
6. Lapis last mask 10 minit n siapπŸ€—πŸ€—πŸ€—

Dah sejuk boleh makan..potong pnjang boleh la aleeya pegang sndri..
Awal2 ok lgi hujung2 belemoih abisπŸ€ͺπŸ€ͺ

Yg kelabu asap tu mama pnya kurang pewarnaπŸ˜…πŸ˜…

Selama ni jdi pemerhati ni first time share🀭🀭

Selamat mencuba😘😘😘
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bancuh makanan baby ketika on da go blk kg or holiday pun bole.. Senang kan ☺️
Dekat bonet kereta pun boleh πŸ˜„

Jaga jarak, jaga SOP.
Mahu groomy pm tepi πŸ€—

wasap.my/60197533656/groomybabyfood

Mudah, pantas, kenyang, sihat 🌷

#babyfood
#makananbayi
#6bulan
#halal
#organik
#nosalt
#nosugar
Kuih kegemaran anak. Tekstur dia mcm kuih tepung bungkus.
Bahan :
1: tepung beras
2: santan / susu fullcream
3: daun pandan simpulkan
4: labu potong kiub
# campur semua bahan dlm periuk. Bancuh cair2 je. Pastu masak atas api perlahan sambil dikacau sampai jd kental mcm gambar no.2 , tutup api, masuk dlm bekas & kukuskan. No.4 yg dah siap kukus.
# labu boleh ganti dgn jagung/ sweet potato
✍ Nak bantu anak belajar menulis? ✍

πŸ‘‰ Tolong latih anak untuk tingkatkan kemahiran motor halus (fine motor skill)

Kenapa❓

πŸ‘‰ Sebab ni lah skill penting yang akan buatkan anak mahir untuk pegang pensil dengan betul lalu mula belajar menulis dengan baik

Macam mana nak latih tu❓

Ajak je dia lakukan aktiviti yang fokus kepada kekuatan dan kestabilan jari seperti

🌱 menyepit baju
🌱 gunakan gunting
🌱 memegang penyepit makanan
🌱 mewarna dengan crayon
🌱 menyusun blok (lego)

Bila kekuatan dan kestabilan otot tangan dan jari si kecil tu meningkat, mudahlah nanti dia nak fokus bila mula belajar pegang pensil dan menulis. πŸ˜‰

Link ke Telegram Dr ALB:
➑️ https://t.me/notaALB
πŸ’“ NASI GORENG CINA VERSI BABY πŸ’“

Bahan Bahan :

2 sb mentega tanpa garam
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cawan sayur campur
isi ayam / udang
1 biji telur
1 1/2 cawan nasi sejuk
1 sb serbuk ikan bilis groomy
sedikit minyak bijan

Cara Cara :

panaskan mentega sehingga cair dan tumiskan bawang besar bersama bawang putih sehingga layu .
masukkan sayur campur dan juga isi ayam / udang .
masak seketika .
kemudian ketepikan sedikit dan pecahkan telur .
biarkan telur sedikit masak sebelum dikacau .
akhir sekali masukkan nasi sejuk .
kacau sebati .
masukkan juga serbuk ikan bilis sebagai perasa makanan baby dan titiskan sedikit minyak bijan .
tutupkan api .
tuangkan ke dalam pinggan .
siap , sedia dihidang !

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea
πŸ› πš…πšŽπšπšπš’πšŽ π™±πšžπšπšπšŽπš› πšπš’πšŒπšŽ πš πš’πšπš‘ π™²πš‘πš’πšŒπš”πšŽπš— π™Ώπš˜πš™πšŒπš˜πš›πš— πŸ›

🌸 Bila anak reject nasi biasa , cuba tukar ke nasi yang berwarna dan ada rasa 🌸

πŸ› πš…πšŽπšπšπš’πšŽ π™±πšžπšπšπšŽπš› πšπš’πšŒπšŽ πŸ›

πŸ₯£ Beras
πŸ₯£ unsalted butter
πŸ₯£ chicken bone broth
πŸ₯£ mix veggie
πŸ₯£ serbuk cendawan groomy

1 . Basuh beras , toskan
2 . Cairkan unsalted butter , masukkan chicken bone brooth dan serbuk cendawan
3 . Masukkan mix veggie , masukkan beras kacau sebati
4 . Alihkan ke dalam periuk nasi , masak seperti biasa

🍒 π™²πš‘πš’πšŒπš”πšŽπš— π™Ώπš˜πš™πšŒπš˜πš›πš— 🍒

πŸ₯£ isi ayam
πŸ₯£ tepung tempura
πŸ₯£ tepung garlic & herbs

1 . Campurkan tepung tempura dan garlic & herbs , letak air , perap isi ayam selama 15 - 30 minit
2 . Salut kering isi ayam dengan tepung tempura dan tepung garlic & herbs
3 . Goreng dengan minyak panas , api sederhana .

🌸sα΄‡ΚŸα΄€α΄α΄€α΄› α΄α΄‡Ι΄α΄„α΄œΚ™α΄€ ᴍᴏᴍᴍΙͺᴇs🌸

Kredit : @mealforsyazwina

#mealforsyazwina #menubabymalaysia #babyfoodmalaysia #babymalaysia #butterrice #chickenpopcorn
kita tak tahu kan bila anak kita nak jatuh sakit. paling kalut time dia sakit time tu lah kita takda transport, suami belum balik.

so saya share tips ni. make sure dalam freezer sentiasa ada makanan kecemasan.

saya pastikan ada telur, ada bahan2 sup dan broth. 3 benda ni sangat bagus bagi pada baby / anak2 ketika demam.

broth ni boleh sediakan sebulan sekali menggunakan tulang. saya suka guna tulang lembu.

selain tu make sure sentiasa immune booster cthnya halia, bawang putih, mushroom dan herba herba.

cth tiba tiba anak sakit. kita pon nak jaga anak lagi nak masak lagi mesti kelam kabut kan?

tapi kalau dah sentiasa ada bahan2 ni lebih mudah kita nak sediakan makanan.

#sharingiscaring
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#ResepiOhsemGroomy

Oleh @the.muhammadalijibriel

βœ¨π‡πŽπŒπ„πŒπ€πƒπ„ 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐄 π‘πŽπ€π’π“π„πƒ π†π€π‘π‹πˆπ‚ π’ππ‘π„π€πƒβœ¨

-π•πžπ«π¬π’π¨π§ ππšπ›π² πŸ–π¦+ & 𝐟𝐚𝐦𝐒π₯𝐲
(Best untuk menumis, grill, marinate, soup, disapu diatas roti, gaul dengan sayur/protein, pengganti olive oil & banyak lagi!

πŸ§„Bawang Putih (1 labu setengah)
πŸ§„Cream Cheese 70gram (sukatan agak-agak)
πŸ§„Unsalted Butter 100gram (sukatan agak-agak)
πŸ§„Parsley Leaves 4sdm
πŸ§„Rosemary 2sdm
πŸ§„Serbuk Oregano 2sdm

πŸ§„Bakar bawang putih suhu 200 selama 20minit / sehingga bawang putih lembut & keperangan sikit. Kemudian campurkan kesemua bahan-bahan diatas lenyek & gaul sebati. Simpan didalam bekas kedap udara. Simpan didalam chiller tahan 1-2bulan. Simpan didalam frozen tahan 5-6bulan. Best sangat sebab sedap + wangi! Satu family boleh guna! ❀️

π•π•’π•Ÿπ•˜π•’π•Ÿ 𝕝𝕦𝕑𝕒 π•₯𝕣π•ͺ π•£π•–π•€π•–π•‘π•š π•Ÿπ•š 😍

#GroomyMalaysia #makananbayisehat #organicbabyfood #babyfoodmalaysia #makananbayimalaysia #resepimudah #oreganopowder
CHILDREN NEED MICROBES TO DEVELOP IMMUNITY

overly clean & hyperhygenic sebenarnya akan buatkan imune anak makin lemah. dan develop alergy dan asthma.

cthnya semua benda nak disinfectant, anak tak boleh main tanah, tak boleh kutip benda jatuh , tak boleh pegang haiwan.

bila mandi semua guna mandian yang anti bacteria.

bacteria ni secara alami akan bina imune sistem anak2.
banyak kajian berlaku kes2 asthma dan alergy ni banyak berlaku kat kawasan bandar , di kalangan family yg overclean anak terlalu di kawal dan pembersih yg melampau berbanding anak dia kawasan kampung mereka lebih tinggi imune sistem.

jadi kita kalau tinggal di bandar apa kita boleh lakukan untuk bina imune sistem yg lebih baik?

1. bawak anak ke padang mainan setiap petang
2. bawak anak ke zoo untuk melihat dan memegang haiwan
3. belajar bercucuk tanam
4. elakkan sikit2 nak guna disinfectant yang kuat
5. banyakkan aktiviti outdoor

bagaimana pon penjagaan kebersihan tetap penting cthnya basuh tangan dgn sabun setiap kali ke toilet, elak melawat kawasan hospital dan tempat yg ada penyakit2 berjangkit.

tapi jangan OVERLY CLEAN!
Senarai makanan tinggi fiber
---------------------------------------------
1. Buah-buahan

πŸ‘ Apricot

🍎 Epal

πŸ‘ Pir

πŸ“ Strawberi

πŸ‡Rasberri

🍌Pisang

2. Sayur-sayuran

πŸ₯¦ Broccoli

πŸ₯• Lobak

☘Daun Kale

🌿Bayam

3. Kacang

πŸ₯— Kacang merah

πŸ₯— Almond

4. Bijirin

🌾 Oat

🌾 Beras Merah

🌾 Beras perang

Makanan tinggi fiber ini sesuai untuk proses pelawasan. Kalau anak sembelit. Jom ikhtiar beri anak makanan di atas ya πŸ’“
Salam ibu2..sy just nk share cara menaikkan berat badan anak..baby sy lahir berat 3.215kg..ttc 8 tahun nk dptkn sorang ank ni..sehari lepas lahir doc diagnose aisyah ada larynxgomalaccia..tulang rawan pd larink dia masih lembut..boleh efect pernafasan dan berat badan..doc kta klo berat tak naik akan buat pembedahan..kenaikan setiap bulan tak pernah capai 1kg..paling byk 700g..mmg nk elak sgt kena operate gigih la ibunya naikkan berat...sy pnye aim berat anak kt garisan 0 tu.itu berat ideal..masa appt dgn ent masa umur 1y dh discaj sbb berat dia naik cantik....baby fully bf smpai 10 bln pastu campur fm smpai skrg..last timbang masa 1thn 3 bln lg sikit nk touch garisan 0 tu..sedikit sharing dr apa yg sy belajar n praktis kt ank sendiri..sbb sy keje nurse mmg ramai jmpe ibu2 ada masalah nk naikkn berat bdn ank..

*1. tidur*
- jaga waktu tidur anak..pkl 9.30 light off susukan main dlm gelap je..selalu pkl 10 dia akan tidur..siang dia akan nap 2x..1x nap lbh krg 2-3 jam..bgn tidur elak bg susu

*2. sarapan*
- sarapan wajib sebelum pkl 9pg..bila tido lmbt akan bgn lmbt akan skip breakfast..kalori ank akan kurang klo skip..

*3. finger food*
- mulakan seawal 6 bulan..tak makan sgt pn tak pe..utk bg sensori pd tgn2 comel tu..lama2 dia akan pandai makan sendiri..kalau nk buat kuih atau cookies pn boleh selalu sy buat weekend.

*4. kekerapan*
- offer makan setiap 1 jam..sikit2 pn tak pe tp kerap..bila ank sy masuk 6 bln 1mggu sy bg 5x makan terus..3 x main meal 2x snek..snek tu sy mulakan dgn buah2..pastikan lunch n dinner complete meal mesti ada sayur, protin n carbo..sayur hijau mesti ada tiap hari..

*5. kuantiti*
- ini jgn paksa ye..ikut berapa byk dia nk mkn..sbb tugas kita as parents sediakan mknn, set time mkn..ank nk mkn byk mana terpulang pd dia..jgn jdikan masa mkn tu stress buat ank2..dlm buku kanak2 tu ada guideline sukatan boleh rujuk situ

*6. susu*
- ni dr pemerhatian sy berdasarkan ibu2 bwk ank jmpe sy di klinik..bila anak dh start makan kurang susu sikit2..ank sy mnum susu mmg tak byk sbb sy bg 3oz x 5 botol je sebelum dia blh mkn..bila dia dh makan n makin besar bru mnum 5oz x 3 botol je sehari..bila kenyang susu mmg akan tolak mknn.

*7. pemilihan makanan*
- cari mknn yg tggi kalori mcm kentang, santan , telur, sweet potato,yogurt utk naikkn berat bdn ank..pelbagaikn cara msak..dlm ni sgt byk info n resepi..utk patients sy sy mmg cdgkn group ni utk mereka follow..bila kering idea nk msk apa mmg kt sini la sy cari idea..

sekian perkongsian dr sy..ikut kesesuaian ank msg2..sy phm betapa strugglenya nk naikkan berat bdn ank..anak sy jenis tggi jd tak nampak bam2..tp pd sy tak perlu nmpak bam2 sbb sy nk berat dia normal n ideal je..ibu2 jgn putus asa nk bg yg trbaik utk ank kita.

Kredit : Noradilah Othman
✏️Apakah yang dimaksudkan dengan snek?

✏️Apakah makanan/minuman yang sesuai dijadikan sebagai snek untuk bayi anda?

✏️Berapa kali nak bagi dalam sehari?
βœ”οΈMinum pagi?
βœ”οΈMinum petang?
βœ”οΈMinum malam?

Jom kita baca ni πŸ‘‡πŸΌ untuk dapatkan jawapan:
Kredit: Nutritionist Penang
Photo from Hajar Hashim
Photo from Hajar Hashim
Apa yang perlu dijaga dari segi pemakanan anak. Ikuti tip-tip yang berikut;

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.

3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun.

4. Keledek dan labu adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai.

5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.

6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.

7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan. Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.

8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5+bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.

9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan.

10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan β€˜no preservative’ atau β€˜no sugar added’.

11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.

12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.

13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.

14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.

15. Ibu / bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.

Jom tarik minat anak dengan cara kreativiti..😘
MENGAPA BAYI BIASANYA AKAN JATUH SAKIT MENJELANG USIA 8-9 BULAN?

Tahukah anda bayi dilahirkan memang ada store zat besi di dalam tubuhnya yang cukup untuk 6 bulan pertama. Ini ialah penghasilan dari dalam kandungan bukan melalui susu ibu.

Apabila usia bayi masuk 6-8 bulan zat besi dalam tubuh akan drop secara mendadak. Bayi perlu dapatkan melalui pemakanan sihat.

Rujuk dalam gambarajah ; sumber dari WHO
menunjukkan Iron GAP yang besar dan jumlah iron dari susu ibu sangat lah sedikit. Tidak mencukupi untuk keperluan anak.

Pengambilan Iron yang rendah akan menyebabkan sel darah merah kurang dan bayi mendapat anemia.

Anemia itu sendiri juga boleh sebabkan anak kurang selera makan.

Sebab itulah menjelang umur anak 9 bulan ramai anak kecil mula dapat demam, batuk kahak dan daya tahan tubuh merosot dengan teruk walaupun tubuh badan montel kerana menyusu badan dengan banyak.

anemia ialah punca utama anak bawah 1 tahun kerap jatuh sakit jadi pastikan makanan harian anak seimbang dan kaya dengan iron booster terutama apabila masuk usia 7-8 bulan.

#hernyhafizsharing