Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
KEK PISANG KUKUS VERSI BABY

Breakfast Harith pagi ni kek/apam pisang kukus. Kalau nak texture lebih cantik boleh guna pisang berangan. Mama silap beli pisang emas. So texture tak berapa cantik. Tapi rasanya manis dan tetap sama seperti kek pisang apabila dah siap masak.😁

Bahan-bahan;
Pisang emas 5 biji/ pisang berangan 3 biji, tepung gandum unbleached 1 cawan, minyak masak 1/2 cawan, telur 1 biji, baking powder 1 sudu kecil.

Cara-cara:
1) Blend pisang bersama telur dan minyak.
2) Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3)Campurkan adunan pisang yang telah di kisar bersama tepung yang telah diayak. Gaul dengan cara kaup balik hingga sebati.
4) Kukus selama 10-15 minit.

Siap untuk dimakan!!.. Lebihan boleh simpan dalam peti ais untuk makan semasa snacking pula.🤗

#muhammadharithfakhri
#nosalt
#nosugar
#nomsg
#11bulan