Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Fruitty Barley Dessert

Bahan-bahan :
a) Quickbarley atau whole barley toddible
b) epal
c) mangga
d) yogurt asli (natural)

Cara-cara:
1) Kisar mangga dan epal untuk dijadikan puri
2) Campurkan 2 sudu serbuk quick barli dengan air panas dan kacau rata. jika guna whole barley, masak seketika di atas dapur.
3) Masukkan barli yang siap dibancuh dalam bekas
4) Campurkan yogurt asli dan puri epal dan mangga tadi
6) masukkan dessert ke dalam easysqueeze. frozenkan atau letak dalam chiller.

Selamat mencuba 😊

#resipitoddible #yogurt #yogurtforbaby #organicbarley #quickbarley #toddible #organiccereal #puree #8month
Kombinasi mantap untuk melawaskan poop. (mengatasi masalah sembelit)

buah naga, pear dan yogurt.
- saya guna natural yogur farm fresh.

#dayyanfooddiary
#hernyhafiz
#8month
👶 Bb Pasta Pumpkin Cheese 🍊🧀🍲

bahan2: bb pasta, labu, kurma, cream cheese

cara2:
Rebus bb pasta sampai lembut
stimkan labu n kurma
gaulkan puri labu n kurma bersama bb pasta yg direbus sebentar td (tmbh air sikit kalo terlalu pekat) dan cream cheese
last sekali titik sesudu EVCO

slmt mencuba!

Resepi : renne lee #8month
🍪 Biskut Kurma 🍪

Nk share jgk resipi cookies yg sya ambil dlm group nie jgk 😊sgt mudah cair dlm mulut 😇

Bahan2
🌼1 buku unsalted butter
🌼3 cwn unbleached tepung gandum(sya guna faiza)(sya tapis)
🌼3 sdb tepung jagung(sya tapis)
🌼Kurma 10biji (steam n buang biji/kulit)

Gaul semua skali..uli2 ikot bentuk yg mommies2 suka(saya xkreatif tu jadi mcm tu😂) then bakar selama 30minit dgn suhu 180°C

Masalahnyaa ibu pon sama naik mkn jgk sbb sedap sgt 😂

#noSaltnoSugar
#8month++
#adaGigiSebatang
Panas2 ni mummy buatkan aiskrim😁😁😁

No sugar
No salt

🍦susu fullcream 1kotak kcil(bwh 1thun msak skjp ats api)
🍦yogurt natural farm fresh 1sudu stgh
🍦puree mngga&dragon fruit.
🍦buah mngga&dragon fruit ptong dadu..

🥛blend susu dgn yogurt
🥛asingkn dua bhgian
🥛1bhgian cmpur puree mngga.1lg cmpur dragon fruit.msukkn buah ptong.siap😋😋😋😋

#Adamfoodjourney
#8month
*Selamat Hari Raya maaf zahir & batin*

Breakfast for my baby today 😋

Alhamdulillah habis semangkuk 👏🏻

#8month+

Cara sy masak :
-cairkan unsalted butter
-masuk cream cheese
-masuk broccoli/capsicum and carrot (tumis sampai lembut)
-masuk udang
-masuk organic baby noodles yg dh di rebus ye
-kacau2 sebati
-siap 🥰
Assalammualaikum admins & mommy2 semua💚
Dah lama tak makan buburkan so hari ni umi masak bubur ala mcd🍵masak lebih sikit sebab abang qayyum 9y pun suka bubur ni😀

Resepi Bubur Ala Mcd
Bahan-bahan
*beras/nasi yang dah di masak
*daging di rebus kemudian tumbuk/cincang
*bawang holland di hiris
*bawang putih di ketuk kemudian cincang
*halia hiris nipis2
*4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga)
*daun sup
*daun bawang(saya tak letak sebab tak ada)
*kentang potong nipis
*bunga kubis potong kecil2
*lobak di parut
*pakchoy

Cara-cara
-tumis bawang holland, bawang putih, halia, 4 sekawan sampai naik bau dan kekuningan
-masukkan daging,tumis sekejap
-masukkan air, nasi, kentang, bunga kubis..biarkan mendidih
-bila bubur dah agak pekat masukkan lobak, pakchoy dan didihkan sekejap saja then tutup api
-taburkan hirisan daun sup di atas bubur
Dah siap..💞 selamat mencuba

#qawiyfoodjourney
#8month
#2batanggigi
Menu sarapan harini

🍌🍌Lempeng Pisang🍌🍌

Guna 3 bahan saja :

1️⃣Instant Oatmeal Mango by Ibu Anis
2️⃣Instant Barley Cereal by Ibu Anis
3️⃣Pisang emas dibawa belayar masak sebiji di atas peti. Eh, ter pantun pulak😆

Cara-cara
5 biji pisang emas (dilenyek)
1 sb serbuk barli
1 sb serbuk oat

Gaul semua hingga sebati. Lempengkan.
Siap!
Nak makan begitu sahaja boleh, nak makan dgn homemade jam pun boleh 🤗

Selamat mencuba😉

#8month
#babyfoodkerteh
#hajarstore
Nasi Lemak Sambal Bilis Baby
=========================

Bahan nasi lemak
- beras 1/2 cawan
- santan segar 1/2 cawan
- daun pandan (diikat)
- air tapis 1/2 cawan

Beras dicuci bersih, dimasak bersama santan, air dan daun pandan.

Bahan sambal bilis
- 2 sb homemade puri tomato
- daun ketumbar (hiris halus)
- 1 bj bawang merah (dicincang)
- Unsalted butter
- Serbuk Bilis Groomy

Cara
Tumis bawang dengan unsalted butter.
Taburkan serbuk bilis #groomy secukup rasa.
Masukkan daun ketumbar. Kacau rata.
Masukkan puri tomato dan sedikit air. Gaul sebati. Biarkan mendidih hingga pekat.
Siap!
Boleh dihidangkan dengan telur rebus atau telur dadar.
Selamat mencuba😉

#8month #groomykerteh
#babyfoodkerteh #hajarstore