Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Memandangkan stok Labu tengah banyak ummi buatkan Pumpkin Stick untuk makan petang Insyirah tadi. Sedap sebab tambah cream cheese.

๐ŸงกPUMPKIN STICKS๐Ÿงก

Labu
Cream Cheese
Tepung Gandum (unbleached)
Susu Segar / Air

๐Ÿ”ธ Labu direbus sehingga lembut.
๐Ÿ”ธ Lenyek labu kemudian masukkan cream cheese.
๐Ÿ”ธ Masukkan tepung dan gaul.
๐Ÿ”ธ Boleh masukkan susu/air masa ni. Gaul sebati. Jangan terlalu cair.
๐Ÿ”ธ Guna piping bag dan paipkan adunan tadi ke dalam kuali dan gunting panjang mana kita nak.
๐Ÿ”ธ Masak dan goreng sambil dibalik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.

#jannatul_insyirah
#13bulan
*๐Ÿ’šKUIH BAKAR PANDAN VERSI BABY๐Ÿ’š*

1/2 cawan air + 6 helai daun Pandan
1/2 cawan santan
2 tbsp madu
2 biji kurma (dibuang biji)
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
Bijan secukupnya

๐ŸŒผ Blend air dan pandan. Kemudian di tapis. Ambil airnya sahaja.

๐ŸŒผ Satukan semua bahan kecuali bijan dan kacau sebati di dalam mangkuk dengan whisk dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan pastikan tidak berketul.

๐ŸŒผ Ambil loyang muffin dan tuang adunan ke dalam loyang dan tabur bijan secukupnya.

๐ŸŒผ Bakar guna suhu 160ยฐC selama 40 minit menggunakan api atas bawah dan 10 minit api atas jika mahukan sedikit garing di atasnya. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.

๐ŸŒผ Bila kuih masak dan kelihatan garing diluar, keluarkan dan sedia untuk dinikmati.

#jannatul_insyirah
#13bulan