Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Menu breakfast/snack:
Potato Patties
.
Bahan²:
🥔 1 biji potato - rebus dan lenyekkan
🥔 2 sudu besar unbleached flour (tambah jika lembik)
🥔 Sedikit air suam
🥔 1ulas bawang putih - cincang halus
🥔 1 sb cream cheese
🥔 mix herbs
.
Cara²:
1. Satukan dan pukul semuanya sehingga sebati.
2. Panaskan kuali non stick tanpa minyak dan masak kedua-dua belah.
3. Siap!
Boleh makan dengan homemade mayonnaise atau homemade tomato sauce. Atau makan macam tu je 😘
.
Yummyyyhh! Bau wangi garlic dan herbs tu.

#menu9bulan #mylittlefoodie #breakfast #homemadebabyfood #resepibaby #fingerfood
20 Resepi Makanan Bayi Usia 8 Bulan Ke Atas.

Percaya atau tidak, seawal usia 8 bulan, bayi yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sudah boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang lazat lagi menyelerakan.
Mereka sebenarnya sudah boleh mula meneroka pelbagai rasa dan tekstur makanan walaupun masih belum tumbuh gigi.

Kesemua resepi makanan bayi ini cukup ringkas, tidak menggunakan garam mahu pun gula, dan sesuai untuk anak seawal usia 8 bulan dan ke atas.
Semoga bermanfaat!


1. *Bubur Lemak Manis*
Masak bubur dengan kismis dan ‘virgin coconut oil’ (VCO).
Kemudian campurkan dengan EBM (expressed breast milk) semasa ingin dihidangkan kepada si comel.


2. *Bubur Labu & Leek*
Masukkan beras, seulas bawang putih, sedikit hirisan leek dan sedikit labu yang dipotong dadu.
Masukkan air mengikut sukatan beras masing-masing dan biarkan bubur masak sempurna. (Resepi ini menggunakan 1 ‘pot’ kecil beras dan 5 ‘pot’ air.)
Apabila bubur sudah masak, blend sedikit / lenyek semasa ingin dihidangkan kepada anak.
*Resepi ini sesuai dijadikan ‘travel food’ kerana ia dimasak dengan menggunakan periuk nasi sahaja.


3. *Bubur Lambuk*
Resepi bubur lambuk ini sesuai untuk anak yang tiada alah dengan santan.
Tumis bawang putih, halia dan sedikit isi ayam.
Setelah naik bau, masukkan hasil tumisan tadi ke dalam beras yang telah dibasuh bersih.
Tambahkan santan (Sukatan santan mengikut kepada berapa banyak air untuk beras).
Masukkan bahan lauk pilihan. Resepi ini menggunakan kentang, labu, brokoli, lobak, jagung, dan kacang peas.
Masukkan sesudu teh serbuk masak kurma ‘homemade’.
Tutup periuk nasi, tekan ‘cook’ dan tunggu sehingga bubur masak.
#menu10bulan


4. *Pumpkin Pie Oatmeal*
Hanya masukkan ‘rolled oat blend’, labu, kurma atau kismis ke dalam ‘slow cooker’ dan biarkan ia masak mereneh.
Siap dan sedia untuk dimakan!
*Boleh gantikan labu dengan epal atau pisang.


5. *Apple Pie Oatmeal*
Renehkan ‘rolled oat blend’, epal merah dan serbuk kayu manis sebentar di atas dapur.
Kemudian, ‘mash’ , gaul rata dan siap!
#menu8bulan


6. *Mash Potato Mix*
Kukus kentang, lobak, epal dan kurma.
‘Blend’ kesemua bahan dengan 1 sudu teh ‘Extra Virgin Olive Oil’ (EVOO) & ‘cream cheese’.
Hidangkan bersama sedikit ‘homemade kurma syrup’.
#menu8bulan


7. *Mash Labu, Carrot With Cream Cheese*
Kukus labu dan lobak.
‘Mash’ bersama dengan ‘cream cheese’.
#menu8bulan


8. *Mash Potato WIth Chicken Cheese*
‘Steam’ kentang dan isi ayam.
‘Blend’ kedua-dua bahan bersama ‘full fat yogurt’ dan ‘cream cheese’.
#menu9bulan

9. *Steam Tofu With Kurma Gravy*
Potong tofu organik mengikut bentuk yang digemari dan ‘steam’ seketika.
‘Steam’ kurma seketika dan ‘blend’ dengan air. Memandangkan rasa kurma adalah manis, kuah tersebut dibuat cair sahaja.
Tuangkan kuah kurma ke atas tofu organik yang telah siap di‘steam’ tadi.
#menu8bulan


10. *Tofu Plumberry*
Potong tofu organik mengikut bentuk kegemaran dan kukus seketika.
Untuk kuah, ‘blend’ buah plum dan blueberry. Kepekatan kuah terpulang kepada piihan masing-masing.
Memandangkan rasa tofu ini tawar, ianya sedap dimakan dengan buah-buahan yang masam manis.
#menu9bulan


11. *Rice Pudding Pumpkin*
Basuh bersih beras dan masukkan ke dalam ‘slow cooker’.
Masukkan EBM (expressed breast milk) apabila nasi hampir masak (sukatan air – 1 beras : 2 EBM). Tekstur nasi ini akan menjadi agak lembik.
Jika anak tiada alah dengan santan, boleh masak beras tadi bersama dengan santan (sukatan air – 1 beras : 2 santan).
Setelah nasi masak, boleh dimakan bersama puree buah kegemaran anak.
#menu8bulan

12. *Pumpkin Coconut Rice*
Resipi ini lebih kurang resepi masak lemak, tetapi versi leburkan semua ke dalam ‘slow cooker’.
Bahan-bahan :
Beras yang sudah dibasuh bersih.
Labu dipotong dadu.
Sedikit endamame.
Sedikit isi ayam atau isi udang (‘seafood’ seperti udang pada kebiasaannya sesuai untuk anak usia 1 tahun ke atas. Jika ingin beri lebih awal kepada anak, pastikan buat ‘4 days rule’ dan pantau sama ada anak mengalami alahan atau tidak kepada udang).
Sedikit ‘baby spinach’ (dihiris halus).
Santan segar mengikut sukatan yang s