SufiHub (Bahasa)
161 subscribers
339 photos
10 videos
4 files
57 links
Download Telegram
🌹Hari Kelahiran Mawlana Sheikh Mehmet🌹

السلام عليكم ورحمة وبركأته

بسمالله الرحمان الرحيم

Hari ini, 29/03 adalah hari lahir Mawlana yang ke-67.

Semalam, 28/03 adalah hari lahir Almarhum Shaykh Abdul Sattar. Seorang Murid yang bersungguh-sungguh yang bekerja tanpa jemu, berkhidmat di kaki Mursyidnya.

Semoga kita dipertemukan kembali dengannya. Semoga Allahﷻ memberi umur yang panjang kepada Mursyid yang dikasihi untuk membawa kita kepada Sayyidina Mahdi (as).

Semoga Allah ﷻ meninggikan Maqamnya secara berterusan, melindungi dan memelihara keluarga yang dirahmatinya, dan menjaga kita bersamanya di kedua-dua dunia. Semoga kita taat dan setia kepadanya, dan jangan sekali-kali menderhaka atau mengkhianatinya. Dan semoga kita dikurniakan kefahaman terhadap segala Suhbahnya. Al Fateha
🌹Nasihat Ramadhan🌹


السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم


Lailatul Qadr (LLQ) mungkin TIDAK selalu pada 27hb, walaupun ia sering disambut seperti itu

Syaikh Adnan Kabbaniق menjelaskan mengapa:

LLQ yang sebenar mungkin pada tarikh lain, tetapi pantulannya disinar pada 27 Ramadhan, untuk menghormati Isra' Mi'raj 27 Rejab (kedua-dua tarikh yang sama).

Tetapi orang-orang yang diberkati dan terpilih akan bertemu dengan malam LLQ yang sebenarnya, dan bukan hanya malam, ada yang mengalami saat sebenar apabila Malaikat memeluk atau menyampaikan salam kepada mereka, bahkan ada yang menerima Salam Ilahi daripada Allah Taalaﷻ yang diberi kepada mereka, sejak saat itu daripada Pandangan Ilahi, mereka untuk selamanya selamat dari Kemurkaan & Hukuman Ilahi.

Kita berada di ambang pintu 10 hari terakhir Ramadhan. Maka mulailah mencari LLQ dengan penuh dedikasi mulai malam ini...berusahalah sepenuhnya untuk bertemu saat sujud seluruh Alam dari Manifestasi Keagungan Kuasa Tuhan (Qadr)...

Tidak sama mereka yang memenuhi LLQ yang sebenar berbanding mereka yang hanya mendapat refleksi LLQ. Adakah bertemu Sheikh Mehmet secara peribadi sama seperti melihat fotonya? Semoga Allah ﷻ Memberi kita kefahaman.
🌹BERHATI-HATI DENGAN SIAPA YANG ANDA BERKAWAN🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
21 March 2024/ 11 Ramadan 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

"يَـٰوَيْلَتَىٰ لَيْتَنِى لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًۭا ٢٨ لَّقَدْ أَضَلَّنِى عَنِ ٱلذِّكْرِ"
‘Yā Waylatī Laytanī Lam 'Attakhidh Fulānāan Khalīlāan (28) Laqad ‘Ađallanī `Ani Adh-Dhikri’,
'Wahai celaka aku! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku),
'sungguh, dia telah menyesatkan aku dari peringatan (Alquran)'
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Al-Qur’an Azimu sh-Shan menceritakan tentang penyesalan manusia di Akhirah. Dan apa yang paling banyak mereka katakan ialah: "Kalaulah saya tidak berkawan dengan orang ini. Orang ini telah melakukan kejahatan terhadapku. Dia telah melakukan kejahatan kepadaku. Kalaulah saya tidak bersamanya. Dia telah membawa saya keluar daripada Jalan."

Sahabat yang jahat, orang yang jahat adalah yang paling banyak menyesatkan manusia, lebih daripada syaitan di zaman sekarang ini. Orang ramai berkawan dengan mereka dan memikirkan sesuatu tentang mereka. Dan dengan melakukan apa yang mereka itu lakukan, orang-orang ini keluar daripada Jalan (yang benar) sedangkan mereka (orang-orang ini) (sudah berada) berjalan di Jalan yang betul. Di manakah perkara ini paling banyak berlaku? Di sekolah dan universiti. Seolah-olah mereka adalah orang yang lebih baik dan lebih tahu Jalan, seolah-olah Jalan kita bukanlah Jalan tetapi kehidupan mereka itu indah, mereka menipu orang-orang dan membawa mereka keluar dari Jalan yang betul. Dan orang ramai sedang mengikuti Jalan mereka ini. Melainkan Allah ﷻ Menyelamatkan mereka, mereka akan masuk neraka di Akhirah. Dan kemudian mereka berkata "Seandainya" di dalam neraka.

Tidak ada "Seandainya" kemudian nanti.
Ia datang hanya sekali. Apabila anda menutup mata anda, tidak akan kembali lagi. Jadi sementara mata anda masih terbuka, bukalah dengan luas. Ketahuilah apa yang baik dan apa yang buruk. Dia manusia seperti kamu juga manusia. Dia tidak mempunyai empat kaki, atau lima telinga. Bagaimanapun anda juga, dia juga manusia. Allah ﷻ telah Memberikan fikiran kepada kamu dan kepadanya juga. Jangan mengejar dia!

Terdapat contoh untuk itu. Seekor unta berkata, “Hal yang paling berat bagiku adalah ketika kafilah itu pergi.” Pada zaman dahulu, apabila kafilah pergi, sekumpulan unta akan berbaris satu demi satu. Dan seekor keldai pergi pada mulanya. Unta itu berkata, "Saya tersinggung kerana mengejar keledai itu." Malah dia lebih pandai daripada sesetengah orang. Mereka mengejar keldai, mengejar orang bodoh dan bodoh. Dan mereka tidak tersinggung dengan itu. Tetapi mereka menyesal selepas itu.

Anda mesti melihat siapakah yang anda ikuti. Adakah dia baik atau buruk? Apa yang dia ajar? Apa yang dia beritahu kita? Bagaimana lelaki ini lebih baik daripada kita? Anda mesti melihat ini. Jika dia berkata benar, ikutilah dia. Jika tidak, jika dia bercakap perkara aneh yang tidak dapat difikirkan, jauhi dia.

Ia adalah sama di mana-mana. Kadang-kadang sesetengah orang tidak membawa anda ke neraka, tetapi mereka membuat anda berusaha untuk sesuatu yang tiada apa-apa. Ada yang membawa kamu terus ke neraka. Dan ada yang meninggikan kedudukan anda, mereka menunjukkan kepada anda cara yang lebih baik. Ikuti mereka insyaAllah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kawan-kawan yang jahat dan orang-orang yang jahat insyaAllah. Semoga Allah ﷻ Membuka Baseerah (penglihatan dalaman/berhemat) kita supaya kita menjauhi orang-orang seperti itu insha'Allah. Terdapat banyak daripada mereka pada masa ini. Kita mesti berhati-hati di akhir zaman. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹Uroos/Haul of Almarhum Shaykh Rajaق 🌹

السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم

Hari ini, 30 Mac menandakan Haul/Uroos Shaykh Raja Ashman Shahق yang dikasihi (Beliau meninggal dunia pada tarikh ini pada tahun 2012).

Bacalah Surah Fateha, Maulid dan Tahlil, untuk Khalifah ini yang merupakan kekasih Mawlana Syaikh Nazim Al-Haqqani ق. Dia berlalu dari tempat tinggal sementara ini sebagai salah seorang daripada 40 Abdal, dan yang, dalam kata-kata Mawlana, telah mencapai Maqom yang tidak pernah murid di Jalan ini, pernah sampai sebelum ini. Beliau dikenali sebagai Sultanul Quloob, beliau bekerja tanpa jemu dalam Jalan Naqsybandi, mendirikannya di seluruh Asia. Al Fateha atas rohnya yang suci dan dirahmati.
🌹NASIHATKAN DIRI ANDA DAHULU🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
22 Mac 2024/ 12 Ramadan 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

"۞ أَتَأْمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ"

‘Atamurūna l-nāsa bil-birri watansawna anfusakum’,
'Mengapa kalian menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kalian melupakan diri kalian sendiri,'
(Qur’ān 02:44).
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, “Kamu memerintahkan kebaikan kepada orang lain tetapi melupakan dirimu sendiri.” Oleh itu, apabila orang ingin memberi nasihat, mereka mesti memberi nasihat kepada ego mereka, kepada diri sendiri dahulu. Mereka mesti mengikuti nasihat itu sendiri dan kemudian memberitahunya kepada orang lain. Jika tidak, mereka tidak akan dianggap sebagai diterima di sisi Allah ‘Azza wa-Jalla, kerana kamu memerintahkan kebaikan dan kecantikan, tetapi kamu sendiri tidak mempunyai apa-apa (itu). Anda mempunyai sesuatu yang bertentangan dengan anda apa yang anda katakan. Anda tidak mengikuti satu perkataan itu pun.

Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berkata para ulama akhir zaman akan mempunyai banyak daripada itu. Mereka banyak bercakap. Mereka mempunyai banyak ungkapan lisan, tetapi mereka tidak mempunyai sebarang tindakan. Mereka tidak mempunyai kebaikan. Mereka tidak mempunyai apa-apa. Apa yang mereka lakukan itu akan menentang mereka:
“Kamu mengatakan perkara-perkara ini tetapi kamu sendiri tidak melakukannya.
Kamu melakukan sebaliknya.” Mereka berhak mendapatkan hukuman yang lebih daripada hukuman orang biasa.

Apatah lagi memerintahkan kebaikan, ramai ulama masa kini menjelaskan kebaikan secara berbeza. Mereka mengatakan perkara yang tidak wujud seolah-olah itu semua ada dalam agama atau seolah-olah itu adalah cara yang betul. Apa yang mereka katakan itu akan menentang mereka. Melainkan jika mereka itu bertaubat, (jika tidak) mereka akan menanggung akibatnya. Mereka akan dihukum di dunia ini; dan orang yang meninggalkan Akhirah untuk Dunia tidak mempunyai kebaikan di sini mahupun di akhirat.

Orang-orang atau ulama yang beranggapan (diri)mereka pandai dan berusaha mencapai kepentingan peribadi (,)mereka bukanlah pandai, kerana Allah ‘Azza wa-Jalla telah memberi mereka kemampuan. Apabila mereka menggunakan keupayaan itu untuk keburukan, perkara-perkara tidak menjadi baik, mereka menjadi salah. Mereka membinasakan apa yang kamu lakukan, dan mereka juga membinasakan kamu.

Oleh itu, apabila kita perintahkan sesuatu, insha’Allah kita mesti perintahkan itu kepada ego kita dahulu. Kita mesti memberi nasihat ini kepada diri kita sendiri dan kemudian memberinya kepada orang lain. Ia adalah satu kesilapan besar jika orang lain melakukannya dan anda tidak melakukannya sendiri. Terdapat pampasan untuk ini jika anda bertaubat dan memohon ampun atas perbuatan anda kepada Allah ﷻ. Tetapi jika anda berterusan, anda akan membuat kesilapan yang lebih besar. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan ego kita. Semoga Allah ﷻ tidak memisahkan kita dari Jalan yang benar.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹Kumpulkan Hujan April yang diberkati 🌹

السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم الحمدللّه

Hari ini 1 April dan Hajjah Aminaق telah mengajarkan kepada kami untuk mengumpul air hujan yang turun pertama kalinya pada bulan April dalam periuk besar, mangkuk, bekas, kemudian simpan dan minum dalam kuantiti yang sedikit dengan doa mengikut keperluan.

Kita semua tahu Tuhan Seluruh Alam telah Mencipta empat musim di Bumi, dan musim-musim itu musim bunga terkenal dengan hujannya; terdapat sesuatu yang sangat istimewa dan berharga tentang hujan musim bunga yang turun pada bulan Mac, April dan Mei. Namun bulan pada musim bunga yang paling berharga ialah bulan April, dan ada hikmah dan sebab untuk bulan itu begitu istimewa. Ia telah dipilih untuk mempunyai kualiti seperti itu kerana Nabi Mulia ﷺ, Yang Paling Dikasihi yang mana untuk kemuliannya segalanya diciptakan, dilahirkan pada bulan April!
Daripada dua belas bulan, April adalah sangat disayangi dan oleh itu khazanah yang paling berharga diberikan pada bulan itu. Pada bulan April, Tuhan Seluruh alam menghantar hujan yang istimewa dan diberkati dari Syurga, hujan yang sampai ke Bumi dan memberikannya kehidupan baru. Jika tidak hujan pada bulan April, Bumi akan kering dan tiada lagi yang akan tumbuh di atasnya!

Adalah diketahui oleh orang-orang Soleh yang Suci bahawa hujan April yang diberkati datang dari bawah Takhta Suci. Jika setitis hujan yang diberkati itu jatuh ke awan hujan duniawi, semua hujan itu mengambil barakah, berkat daripadanya, maka hujan itu memberi kehidupan baru kepada segala-galanya! Ia mengubah mereka dan mengambil beban yang dahsyat dari segala-galanya, terutamanya dari Manusia. Dan sesiapa yang mengetahui akan hikmahnya, rahsianya, maka akan berdiri di bawah hujan itu, membiarkannya menyentuh tubuh mereka sepenuhnya. Apabila titisan hujan bulan April itu turun, malah ikan di lautan datang, membuka mulut mereka untuk mencapai hanya setitis hujan yang diberkati itu dan menunggu di permukaan lautan. Allahu Akbar, semua makhluk Ciptaan sedang menunggu untuk mencapai Gelombang Rahmat Ilahi itu!

MAWlANA SHAYKH NAZIM AL-HAQQANI ق ❤️
🌹BULAN KEAMPUNAN 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
23 March 2024/ 13 Ramadan 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

"لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ ٥٣"

(Qur’ān 39:53) ‘Lā Taqnatū Min Raĥmati Allāhi ۚ 'Inna Allāha Yaghfiru AdhDhunūba Jami’āan, ‘Innahu Huwa Al-Ghafūru Ar-Raĥīm’,
Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya."
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Janganlah berputus asa dengan Rahmat Allah ﷻ, Firman Allah ‘Azza wa-Jalla. Allah ‘Azza wa-Jalla Mengampuni segala dosa-dosa. Ada orang berkata, “Saya sudah berdosa. Saya mempunyai banyak dosa.
Saya tidak dapat menyingkirkan mereka. Lebih baik saya terus melakukan kejahatan dan dosa." Mereka hilang harapan kepada Allah ﷻ. Itu salah.

Allah ‘Azza wa-Jalla Mengampuni segala dosa-dosa selama mana anda memohon keampunan. Dia ﷻ ialah Arhamu Rahimeen. Allah ‘Azza wa-Jalla Maha Penyayang. Manusia tidak boleh memaafkan kebanyakan masa. Mereka tidak boleh melakukannya dalam hati mereka. Tetapi Allah ‘Azza wa-Jalla Mengampuni segala dosa-dosa, segala keburukan yang telah dilakukan, segala yang telah dilakukan. Dia ﷻ Memaafkan mereka.

Bulan ini adalah bulan yang indah. Ia adalah bulan Pengampunan. Itu adalah nama lain untuknya. Ia adalah bulan Pengampunan Allah ﷻ. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana Allah ﷻ Mengampuni manusia. Menyesal kerana telah melakukan dosa-dosa dan memohon ampun kepada Allah ﷻ untuk kemuliaan bulan ini adalah keindahan yang besar di bulan ini.

Sentiasa ada Pengampunan. Tetapi lebih banyak lagi nikmat di bulan ini. Kebaikan dan sedekah lebih diterima. Memandangkan semua itu lebih dapat diterima pada bulan ini, lihatlah itu sebagai peluang. Hendaklah kamu bertaubat atas apa jua tabiat buruk yang kamu ada seperti meminum arak, berjudi, berzina, mencuri dan kurang ajar; dan mintalah pertolongan daripada Allah ﷻ pada bulan ini supaya anda tidak terlibat dengan semua itu lagi.

Sementara itu, terdapat tabiat buruk yang kebanyakan orang tidak boleh berhenti sama sekali apabila mereka mulakan iaitu perbuatan merokok. Bulan ini adalah peluang yang baik untuk berhenti daripadanya. Ia akan menjadi lebih mudah. Mereka akan terbiasa kerana sudah sebulan tidak merokok. Tidak jelas apakah itu dosa, atau makruh. Tetapi sudah tentu, ia adalah perkara yang sangat buruk. Ia memperhambakan orang dan tidak meninggalkan ego mereka.

Orang zaman dahulu menyebutnya sebagai alat pacifier syaitan. Orang ramai tidak boleh berhenti daripada itu. Sama seperti bayi tidak boleh berhenti susu ibu, orang tidak boleh berhenti tabiat buruk ini apabila mereka terperangkap olehnya. Mereka mahu berhenti tetapi mereka menjadi hamba. Mereka mahu menyingkirkannya tetapi tidak boleh. InsyaAllah mereka akan menghilangkannya dengan Barakah bulan ini. Mereka hendaklah meminta pertolongan daripada Allah ﷻ dan Keampunan daripada Allah ﷻ serta memohon agar diselamatkan daripada kesusahan ini. Ia adalah sesuatu yang buruk tanpa satu atom pun manfaat dari segala aspek. Semoga Allah ﷻ Menyelamatkan orang-orang yang ditimpa musibah itu insyaAllah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
Setiap hari Selasa, bacalah doa diatas ini 👆 untuk menolak bala' (bencana) selama seminggu penuh sehingga hari Selasa depan.

Doa:
"ALLAHumma yaa kafiyal balaa', ikfinal balaa' qabla nuzulihi minas samaa"
Lalu bacalah sebanyak 7 kali:"Yaa ALLAH"

Ulangi sehingga 3 kali.
Adab Malam Laylatu l-Qadr

- Niat
- Adab Tariqah
- Solat Tarawih
- Solat Sunat Tasbih - 4 Rakaat
- Solat Sunat Syukur - 2 Rakaat
- Istighfar (Astaghfirullah) 100 kali
- Selawat 100 kali
- Tunaikan Solat Sunat Qiyamullail
2 Rakaat sebelum tidur dan bangkit untuk menunaikan Solat Sunat Tahajjud sebelum Solat Subuh
- Bacalah Dua', Bertasbih, bacakan Awrad, dan Membaca Al-Qura'n sehingga waktu Subuh.
Malam ini adalah Malam Jumaat terakhir pada Bulan Ramadhan ini. Maka Banyakkan Berselawat, Berdoa', Melakukan amal Ibadah sepanjang malam ini.
Bacakanlah doa' diatas dan perbanyaklah membaca Selawat keatas Sayyidina Rasulullah ﷺ
🌹Laylatu l-Qadr – Malam Yang Berharga🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 
05 April 2023/ 26 Ramadan 1445
Lefke, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh. 


A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.  


Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Syukur kepada Allah ﷻ, dalam shā’a Llāh malam ini, Laylatu al-Qadr biasanya berlaku pada 27 [Ramadhan]. Terdapat sūrah khusus untuk Laylatu al-Qadr. “
"إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ"١
‘Innā anzalnāhu fī laylati l-qadr’,
'Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Alquran) pada malam qadar.' (Qur’ān 97:01).
Allah ‘Azza waJalla Berfirman,
“Kami menurunkan Al-Qur’an ‘Aẓīmu sh-Shan pada malam ini.” Malam ini adalah malam yang suci. Sudah tentu, tidak jelas mengenai pada hari apakah itu. Dengan Kebijaksanaan Allāh ‘Azza wa-Jalla, Dia ﷻ telah menyembunyikan malam itu. Barakah malam itu adalah sebanyak seumur hidup. Seribu bulan adalah seumur hidup. Lapan puluh tahun adalah lebih kurang umur orang biasa. Satu malam, dengan Hikmah Allah ﷻ, lebih baik daripada seribu bulan.

Ini adalah hadiah yang hebat untuk orang ramai. Ia adalah Anugerah istimewa dari Allāh ‘Azza waJalla kepada Ummati Muhammad ﷺ. Tidak pernah ada sesuatu seperti ini sebelum ini. Laylatul Qadar hanya untuk Nabi kita ﷺ, kerana Al-Qur’an diturunkan pada malam itu, Al-Qur’an diturunkan untuk Nabi kita ﷺ, khusus untuk Baginda ﷺ.

Ia boleh berlaku pada mana-mana hari, kata Nabi kita ﷺ. Laylatu al-Qadr boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun, walaupun di luar Ramadan. Oleh itu, seseorang itu hendaklah sentiasa berusaha. Sebagaimana dia melakukan ibadah dan ketaatan pada malam Laylatu al-Qadr, dia juga mesti melakukannya pada malam-malam yang lain. Dia akan menemuinya, dengan Izin Allah ﷻ. Dia pasti akan menemuinya. Kerana jika anda tidak terlepas mana-mana malam, anda akan menemui Laylatu l-Qadr iaitu satu malam dalam setahun. Anda akan menerima barakahnya. Semoga Allah ﷻ Menjadikan barakah malam yang indah ini sampai kepada kita,
in shā’a Llāh.

Juga, kadang-kadang orang telah melakukan kejahatan, pemberontakan dan dosa-dosa sepanjang hidup mereka. Apabila dia bertaubat untuk itu dalam satu malam atau dalam satu jam, seluruh hidupnya berubah menjadi kebaikan dan kecantikan. Ini adalah satu lagi berita gembira untuk Ummati Muhammad ﷺ. Apabila seseorang yang memuliakan Nabi kita ﷺ, beriman kepada Baginda ﷺ , dan mengikuti Jalannya ﷺ bertaubat, semua dosanya diubah menjadi pahala, ia berubah menjadi thawab (pahala).

Oleh itu, ini adalah berita gembira untuk Ummati Muhammad ﷺ. Setiap masa, Allāh ‘Azza wa-Jalla Menyeru kita kepada keindahan dan untuk mencapai Anugerah-Nya yang indah. Tetapi malangnya, orang tidak mendengar. Jika ada sesuatu yang murah di suatu tempat, mereka lari ke sana. Mereka tidak menerima pemberian sebenar yang diberikan oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla, atau mereka tidak mengambil berat tentangnya. Kemudian, mereka menyesal. Sudah tentu, ia akan terlambat untuk penyesalan itu.

Semoga Allah ﷻ Merahmatimu malam ini. Nabi kita ﷺ Bersabda untuk berdoa pada malam ini. Anda mesti berdo'a setiap malam. Du'ā' Baginda ﷺ ialah: “Allāhumma inni as'aluka l-'afwa wa-l-'āfiyata wa-l-mu'āfāta t-dā'imah fī d-dīni wa d-dunyā wa-l-ākhirah. ” “Allāhumma innaka ‘afuwwun tuḥibbu lʻafwa fā-‘fu ‘anna.” Artinya: Semoga Allah ﷻ Mengampuni kita. Semoga Dia ﷻ Memberikan kita kesihatan yang baik. Kedua-dua kesihatan dan kesejahteraan adalah penting bagi manusia, bagi orang Islam. Nabi kita ﷺ juga Bersabda untuk berdoa agar kita tidak diuji dengan mereka itu. Jika do’a itu dimakbulkan, seseorang boleh melakukan segala-galanya, beramal dan beribadat dengan selesa. Semoga Allah ﷻ Menerima doa-doa yang indah itu. Sebarang doa tidak ditolak di hadapan Allah ﷻ, dengan Izin Allah ﷻ.
Semoga Allah ﷻ Menjadikan malam ini diberkati untuk kita dan semua malam kita,
in shā'a Llāh.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.