SufiHub (Bahasa)
159 subscribers
542 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌹SEGALANYA-GALANYA DICIPTAKAN UNTUK KEBAIKAN KITA🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
13 Mac 2024/ 03 Ramadan 1445 Fajr Prayer, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

"وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ"
(Qur’ān 45:13).
‘Wa sakhkhara lakum mā fī s-samāwāti wa mā fī l-ard’,
"Dan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) dari-Nya."
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah ‘Azza wa-Jalla Menciptakan segala sesuatu di langit dan di bumi untuk kita, untuk manusia, untuk kepentingan/keperluan kita. Semuanya diCiptakan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla untuk kemaslahatan manusia.

Dia ﷻ Mencipta segala-galanya. Dan Penciptaan ﷻNya sedang berlangsung.
Dia ﷻ tidak berhenti (Mencipta) selepas Menciptakan kita. Sifat ﷻ-Nya sebagai Pencipta sedang berlangsung (berterusan). Masa kita akan tiba, Qiyamah akan berlaku, dan semua orang akan masuk syurga. Allah ‘Azza wa-Jalla akan Meneruskan Ciptaan-Nya di tempat lain. Fikiran kita tidak dapat memahami ilmu ﷻNya. Tetapi yang penting di sini ialah segala-galanya diCipta untuk anda. Dia ﷻ berfirman, “Aku Menciptakan segala-galanya untuk (ianya) melayani kamu, untuk penghidupan kamu. Segala yang ada di langit dan di bumi.”

Ada perkara yang kita nampak. Ada yang nampak dan ada yang tersembunyi. Kesemuanya ada faedahnya untuk anda selagi anda berada di Jalan Allah ﷻ; manfaat kepada seluruh umat manusia, baik yang beriman maupun yang tidak beriman. Allah ‘Azza wa-Jalla telah Memberikannya kepada setiap orang tanpa membeza-bezakan, baik kepada mukmin mahupun kafir. Mereka yang menghargai dan berbuat Syukur untuk kemenangan itu dan mendapat manfaat daripada nikmat itu, nikmat yang diberikan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla. Mereka yang tidak menghargainya, jika ada orang yang tidak beriman kepada Allah ﷻ dan berada dalam kekufuran dengan Allah ﷻ, Dia ﷻ tetap Memberikan yang sama kepada mereka. Walau bagaimanapun, mereka tidak akan untung, mereka akan rugi dalam hidup mereka. Oleh itu, apabila orang-orang ini mendapat hukuman mereka pada hari Penghakiman, mereka akan berharap untuk kekal sebagai tanah. Tetapi sebagaimana Allah ‘Azza wa-Jalla Menciptakan mereka, setiap orang akan diberikan hisab mereka. Semoga Allah ﷻ Menjadikan semua orang dari orang-orang yang menghargai nikmat dan berbuat Syukur insyaAllah. Semoga nikmat ini berkekalan ke atas kita inshaAllah.

Li-Llahi Ta’ala l-Fatiha.
Setiap hari Selasa, bacalah doa diatas ini 👆 untuk menolak bala' (bencana) selama seminggu penuh sehingga hari Selasa depan.

Doa:
"ALLAHumma yaa kafiyal balaa', ikfinal balaa' qabla nuzulihi minas samaa"
Lalu bacalah sebanyak 7 kali:"Yaa ALLAH"

Ulangi sehingga 3 kali.
🌹TARAWIH ADALAH SUNNAH YANG TELAH DITETAPKAN🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
14 Mac 2024/ 04 Ramadan 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam bersabda, “Tiga perkara yang saya sayangi di dunia ini: wanita, wangian, dan menunaikan solat yang mana ianya paling saya cintai,” sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.
Ini adalah perkara yang dicintai oleh Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam di dunia ini. Oleh itu, solat adalah perkara yang paling utama bagi umat Islam bersama-sama dengan puasa.

Allah ‘Azza wa-Jalla telah Memberikan hadiah yang indah ini kepada kita sebagai kemuliaan untuk Nabi kita ﷺ agar kita lebih banyak melaksanakan solat di bulan ini dan memperoleh pahalanya. Anda tahu bahawa Tarawih itu adalah sunnah. Solat Tarawih bermakna mencapai Thawab (pahala) yang agung. Ada yang menimbulkan pertikaian karut (dengan mengatakan) sama ada (ianya) sunnah atau tidak. Ia tiada makna. Sudah pasti ianya adalah Sunnah. Juga, para Khalifah yang datang selepas Nabi kita ﷺ, Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan Ali Efendi, semuanya melakukan perkara yang sama. Apa yang mereka lakukan juga adalah Sunnah. Nabi kita ﷺ telah mengerjakannya. Tetapi agar ia tidak menjadi Fardhu, (maka) Baginda solat sendirian dan tidak bersama orang ramai. Baginda ﷺ solat sekali atau dua kali di masjid. Kemudian Baginda ﷺ terus bersolat di kediamannya yang suci. Namun, Sayyidina ‘Umar radiyAllahu ‘anhu adalah orang yang sentiasa menunaikan solat itu bersama Jama’ah dan menjadikannya rasmi. Maka itu juga Sunnah.

Apakah Sunnah untuk kita? Melakukan Sunnah bermakna mendapat lebih. Apa yang kita perolehi? Wang, emas, atau permata? Ianya adalah sesuatu yang lebih berharga daripada itu semua. Emas dan wang kekal di dunia ini. Tetapi permata ini kekal bersamamu selamanya. Faedahnya untuk anda adalah sehingga selama-lamanya. Tidak jelas sama ada selebihnya akan berguna di dunia ini. Jika ia digunakan untuk kebaikan, ia membawa keuntungan. Jika ia digunakan untuk kejahatan, ia membawa kerugian. Oleh itu, kita mesti mengambil sebanyak yang kita boleh dari bulan yang mulia ini.

Syukur kepada Allah ﷻ, Fitnah ini tidak berlaku di negara kita. Tarawih telah dikenali dengan dua puluh rakaat. Di tempat lain, syaitan telah masuk ke dalam fikiran manusia, maka mereka berkata, “Ini adalah empat rakaat. Lapan rakaat sudah memadai." Para Jamaah solat lapan rakaat dan larikan diri. Apatah lagi Jamaah yang lari, Imam juga solat lapan rakaat. Syukur kepada Allah ﷻ, negara ini adalah tempat Khalifah Islam, ianya adalah ibu kota mereka. Mereka solat dua puluh rakaat seperti yang dilakukan oleh para Khalifah Nabi kita ﷺ, seperti yang dilakukan oleh Nabi kita ﷺ. Syaitan berkata "Semakin kecil saya buatkan ianya untuk mereka, lebih baik untuk saya" dan mencuba pelbagai perkara.

Sayyidina Bāyazīd al-Basṭāmī entah bagaimana telah terlepas solat subuh sekali. Dia menjadi sangat sedih dan kecewa. Kemudian datang kepadanya panggilan daripada Allah ‘Azza wa-Jalla bahawa sebagai balasan atas kesedihannya yang begitu besar, dia ditulis seribu kali lebih banyak Thawab (pahala). Dia telah banyak menangis kerananya. Juga, dia hampir terlepasnys sekali lagi. Tetapi syaitan membangunkan Sayyidina Bāyazīd al-Basṭāmī dan berkata, "Bangunlah, kamu akan kehilangan waktunya." Dia segera melaksanakan solat, dan bertanya kepada syaitan, “Kamu tidak akan melakukan kebaikan. Kenapa awak bangunkan saya?” Syaitan berkata, “Apabila kamu tidak bangun kali terakhir, kamu mendapat Thawab (pahala) seribu kali ganda.
Saya bangunkan awak untuk solat supaya perkara itu tidak berulang lagi.” Mereka mempunyai pelbagai perkara untuk menipu orang. Jika ianya mendatangkan kerugian bukan keuntungan, malah mereka akan berbuat kebaikan (untuk menghalang keuntungan itu). Orang-orang ini adalah sama. Mereka membuat Waswasa dan berkata, “Kamu tidak mengerjakan solat Sunnah. Sunnah itu bukannya begini. Jangan laksanakannya. Nabi kita ﷺ tidak melakukannya” dan menipu orang. Oleh kerana terdapat ramai orang yang tidak mengikut Mursyid, Syaikh sejati, ulama sejati, maka mereka boleh dengan mudah ditipu. Oleh itu, semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Sepatutnya kita melaksanakan solat sunat ini semampu kita. Terutama sekali, kita tidak boleh melangkau/melewati Sunnah Mu’akkadah. Sunnah ada jenisnya: ada Sunnah Mu’akkadah (yang sangat dituntut), ada Nafl Sunnah. Ramai orang zaman sekarang kata tak perlu sunnah, solat dua empat rakaat terus lari. Tidak ada (solat)Tasbih, dan tidak ada yang lain. Mereka rugi banyak. Apabila mereka terlepas manfaat, ia adalah satu kerugian. Semoga Allah ﷻ Memberi akal dan kefahaman. Semoga kita tidak tertipu oleh syaitan dan ulama yang seumpama syaitan. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan mereka.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹Tanggal 10 Ramadan menandakan pemergian Sayyidatina Khadija Al Kubra (salaamullah aleha), isteri junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ dan Ibu kepada seluruh orang-orang Mukmin.

Dia berdiri di sisi Rasulullah ﷺ sepanjang hidupnya. Tahun beliau meninggal dunia dipanggil Tahun Kesedihan.

Sila bacakan Surah Fatihah dan hadiakan ia untuk roh beliau yang dirahmati. Semoga Allah ﷻ Memberi kita manfaat dari kehidupan mulia beliau. Aameen.

“Dia percaya kepada saya apabila orang lain menolak saya...” - Nabi SAW bersabda tentang isterinya Sayyidatina Khadeeja r.anha.

Semoga Allah ﷻ Mengumpulkan kita bersama-sama dengan ibu mulia kita Sayyidatina Khadijah al Kubra r.anha di SyurgaNya, Aameen.
🌹PERCAYALAH KEPADA KEBENARAN DAN BUKANNYA KEPADA KATA-KATA YANG BAGUS🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 15 Mac 2024/ 05 Ramadan 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

"أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ٦٢"
"Alā inna awliyā’a Llāhi lā khawfun a’layhim wa-lā hum yaḥzanūn’,"
"Ingatlah! Wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Awliya dan para kekasih-kekasih Allah ﷻ tidak mempunyai ketakutan dan kesedihan, firman Allah ‘Azza wa-Jalla. Hari ini, pada awal Ramadan, pada 3 Ramadan, 51 tahun yang lalu mengikut kalendar Gregorian dan 53 tahun yang lalu mengikut kalendar Hijrah, Grandshaykh AbduLlah ad-Daghestani telah mengubah dunia. Dia meninggal dunia ke Akhirah. Mawlana Syaikh Nazim menjadi Syaikh menggantikannya ketika itu. Dia mendapatkannya dari beliau.

Grandshaykh AbduLlah ad-Daghestani adalah Qutub, dia adalah Sultan ul-Awliya. Tetapi hanya dua orang yang memahaminya. Dia telah berkata, "Saya mempunyai dua murid: Mawlana Syaikh Nazim dari Cyprus dan Syaikh Hussein Efendi dari Afrin". Semoga Maqamnya tinggi. Mereka memahami Sohbah dan kata-katanya. Yang lain tidak memahaminya. Sebagai ujian, walaupun mereka tidak faham, dia memberitahu mereka beberapa perkara, tetapi orang ramai melarikan diri. Maknanya terdapat hikmah padanya. Mawlana Syaikh Nazim adalah orang yang mengumpulkan manusia. Ratusan ribu dan jutaan manusia datang ke Jalan ini, Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla.
Jalan kebenaran itu akan terus-menerus berterusan. Apa yang tidak benar itu pula akan runtuh.

Oleh itu, hendaklah kita mesti berhati-hati dengan perkara seperti ini. Kita tidak boleh sesat dengan mentaati ego kita. Sesiapa yang bercakap, tidak perlu memberi perhatian kepadanya. Seperti yang kami katakan, terdapat dua orang yang perlu diberi perhatian. Cara mereka itu betul. Mereka tidak meninggalkan Jalan, kerana Tariqah dan Syariah adalah berpegang teguh. Mereka tidak terpisah, mereka adalah satu. Jangan berkata, “Saya taat kepada Thariqah. Saya tidak kisah tentang Syariah.” Itu salah. Apabila saya, semoga Allah ﷻ Melindungi kita daripada berkata "Saya". Setiap kali kami pergi kepada Grandshaykh AbduLlah ad-Daghestani, sudah tentu kami masih kecil. Kami masih kecil dan belajar di Madrasah. Dulu dia selalu cakap teruskan. Dia akan berkata "Dapatkan ilmu, belajarlah Syariah". Ini adalah nasihat beliau kepada kami.

Orang lain cakap macam-macam, mereka tak faham. Tidak ada faedah daripada orang seperti itu. Seperti yang kami katakan, Mawlana Syaikh Nazim dan Syaikh Hussein Efendi adalah mata air. Dan musim bunga itu sedang berlangsung. Jalan yang indah itu sedang berterusan. Dengan Izin Allah ﷻ, apa yang benar itu akan berterusan sehingga Qiyamah. Apa yang tidak benar itu akan dipotong dan akan hilang. Semoga Allah ﷻ menambah maqam mereka. Semoga Himmah (sokongan) mereka hadir. Cara ini diteruskan dengan Himmah mereka dengan Izin Allah ﷻ. Jika tidak, ia tidak boleh diteruskan. Apa yang betul itu diteruskan.

Semoga Allah ﷻ tidak Memisahkan kita dari Jalan yang benar. Semoga Dia ﷻ tidak Membiarkan kita mematuhi ego kita. Semoga kita tidak tertipu dengan kata-kata yang baik. Kita mesti percaya kepada perkara yang benar. Walaupun ianya sukar, walaupun anda tidak menyukainya, bukan anda tetapi ego anda tidak menyukainya, jangan hiraukan itu. Beradalah di Jalan yang benar. Kerana, semoga Allah ﷻ Melindungi kita, syaitan mungkin sentiasa masuk ke dalam diri manusia dan menyesatkan kamu dari Jalan yang benar dengan yang benar.
Dia mampu mengelirukan orang dengan kata-kata yang baik dan perkara yang baik. Oleh itu, kita mesti berhati-hati supaya kita tidak menyimpang dari Jalan Rasulullah ﷺ. Banyak orang telah keluar, dan mereka yang telah keluar itu telah binasa. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹NASIHAT RAMADHAN🌹

السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم

الحمدللّه
Jumaah Mubarak 💚

1) Kita telah memasuki malam Jumaah yang penuh keberkatan dan sepuluh hari pertengahan Ramadhan di Singapura iaitu Hari-Hari Pengampunan.

Perbanyakkan membaca Selawat malam ini dan esok.

2) Membaca
‘Astaghfirullaha Rabbi min kulli zambiw wa atuubu ilai,’ banyak-banyak.

3) Membaca Sayyidul Istighfar dan membaca semula bacaan Istighfar Rejab juga.

4) Ingat, Keampunan Itu Mahal, anda tidak akan dapat melainkan anda benar-benar bertaubat, taubat yang dinamakan Taubatan Nasuha. Orang-orang yang berdosa di dalam kubur mereka akan memberikan semua harta mereka untuk kembali selama sehari di bulan Ramadhan, untuk memohon keampunan Allahﷻ. Jadi hargai hari-hari istimewa ini dengan sangat baik.

5) Dan memohon keampunan untuk Umat Rasulullah ﷺ sekurang-kurangnya 27 kali sehari.

6) Hadiah & persalinan untuk setiap hari & setiap malam Ramadhan, pemberian doa pada setiap iftar dan keberkatan setiap sahur - adalah berbeza, unik, istimewa dan berbeza. Jangan terlepas walau satu malam tanpa bangun tahajjud & sahur dan jangan biarkan hari berlalu tanpa membaca Al-Quran dan Dalailulkhayrat dan jangan biarkan satu saat berlalu tanpa Zikrullah atau Doa!

P/S Apa itu Taubatan Nasuha? Penyesalan yang tulus (berharap kita dapat membatalkan perbuatan lalu) dan azam yang kuat (resolusi) untuk tidak kembali kepada perbuatan itu lagi, dan kebencian/kebencian terhadap pemikiran untuk kembali kepada perbuatan/gaya hidup itu sekali lagi.

Ingatlah, jangan lihat semula perbuatan dosa kita dalam fikiran kita, seolah-olah kita merinduinya setelah meninggalkannya, dan jangan kongsikan dosa-dosa rahsia masa lalu kita yang penuh dosa, dengan sesiapa pun. Jangan Langsung.
Allah ﷻ adalah As-Sattarﷻ, Diaﷻ menutupi dosa-dosa kita, maka jangan dedahkan apa yang telah ditutup dengan belas kasihan-Nya.

#RamadhanAdvice
🌹WALAUPUN YANG SEDIKIT ITU DIKIRA🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
16 Mac 2024/ 06 Ramadan 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

"فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ ٧
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ ٨"
(Qur’ān 99:07-08). ‘Faman Ya’mal Mithqāla Dharratin Khayrāan Yarah (7) Wa Man Ya’mal Mithqāla Dharratin Sharrāan Yarah (8)’,
"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya." Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman Dia ﷻ akan Memberikan pahala walaupun untuk kebaikan yang sekecil-kecilnya. Dan Allah ‘Azza wa-Jalla akan Menyoal manusia akan kejahatan mereka.

Selagi manusia masih hidup, ia adalah sangat berfaedah bagi mereka untuk melakukan kebaikan semampu mereka dan mentaati Allah ﷻ di Jalan Allah ﷻ. Berhati-hatilah daripada tidak melakukan perkara kecil jika anda mampu melakukannya. Perkara kecil membantu dalam perkara besar yang baik. Kenapa? Kerana apabila manusia melakukan perkara-perkara kecil untuk keredhaan Allah ﷻ dengan mengingatiNya ﷻ, Dzikir Allah ﷻ berada di dalam hati mereka ketika itu. Mereka mengingati Allah ﷻ ketika itu.

Dan kita tidak boleh meremehkan perkara buruk. Jika seseorang melakukan sesuatu yang tidak baik atau melakukan dosa, terdapat cara yang mudah juga. Apabila Allah ‘Azza wa-Jalla berkata Dia ﷻ akan Menyoal kita untuk itu, Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman supaya kita melakukan kebaikan, bukan keburukan. Untuk mengingatiNya ﷻ dan untuk menghapuskan [perbuatan buruk/dosa-dosa], memohon ampun dan bertaubat menghapuskan azab dan hisab. Apabila anda memohon ampun dan membaca AstaghfiruLlah, atau Tawba AstaghfiruLlah setiap hari: 100 kali, 70 kali, sebanyak yang anda mampu, Allah ‘Azza wa-Jalla akan Mengampuni anda.

Jangan katakan ia adalah perkara kecil dan tidak perlu memohon keampunan. Sedikit atau besar, bertaubat untuk segala-galanya adalah baik. Memadamkannya adalah baik. Kerana malaikat mencatatnya dan menunggu selama satu jam, 2 jam, 5 jam, 8 jam. Mereka terus menunggu jika mereka perlu menulisnya, dan akhirnya, mereka diberitahu untuk menulisnya. Malaikat menulisnya, dan maka ianya dicatat . Jika manusia beristighfar selepas itu, jika mereka bertaubat, tentunya ianya akan terhapus.

Allah ‘Azza wa-Jalla Maha penyayang. Baginda ﷻ mengatakan ini untuk mengingatkan orang ramai tentang itu. Dia ﷻ tidak melupakan kebaikan sekecil atom. Dia ﷻ Memberikan pahalanya. Dan Dia ﷻ tidak melupakan keburukan sekecil atom. Dia ﷻ Memberikan hukuman untuknya. Oleh itu, Allah ‘Azza wa-Jalla Mengingatkan manusia tentang perkara ini supaya mereka bertaubat dan memohon ampun. Tidak ada yang luput dari Allah ‘Azza wa-Jalla. Terdapat akaun untuk segala-galanya. Dan insyaAllah ada ganjarannya. Semoga Allah ﷻ Memberi ganjaran kepada kita semua insyaAllah atas penghormatan hari-hari ini.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹MASA BANJIR YANG PALING TERUK🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
17 Mac 2024/ 07 Ramadan 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

"وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ ۛ"
(Qur’ān 02:195). ‘Wa Lā Tulqū Bi’aydīkum ‘Ila t-Tahlukah’,
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan (diri kamu) ke dalam bahaya kebinasaan."
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, “Janganlah dengan sengaja menjatuhkan dirimu dalam bahaya.” Allah ‘Azza waJalla Memberi anda fikiran. Lakukan apa yang baik untuk anda. Jangan buat perkara yang tidak baik dan berbahaya.

Terdapat bahaya di dunia ini dan di akhirat. Bahaya utama adalah Kufur. Kufur itu bahaya, maka jauhilah ia. Juga, terdapat bahaya duniawi. Kita hidup di akhir zaman sekarang. Fitnah banyak, banyak keburukan, banyak bahaya. Maka bertindaklah sewajarnya. Jangan letakkan diri anda dalam bahaya. Anda boleh melakukan tugas anda tanpa meletakkan diri anda dalam bahaya. Tidak perlu melemparkan diri anda ke dalam api dan kemudian bertanya apa yang telah berlaku. Tugas boleh dilakukan tanpa meletakkan anda dalam bahaya.

Memandangkan ini adalah zaman Fitnah, akhir zaman, kita mesti berhati-hati di zaman ini. Terdapat bahaya yang sangat besar bagi Islam dan umat Islam. Terdapat lebih banyak Fitnah dan lebih banyak bahaya setiap hari untuk kita. Kita mestilah lebih berhati-hati. Apa yang kita katakan, apa yang kita lakukan; kita mesti berhati-hati dalam segala hal. Janganlah musnahkan diri anda atau letakkan diri anda dalam bahaya tanpa sebab atau keperluan. Masanya akan tiba, dan dengan Izin Allah ﷻ apabila tiada lagi bahaya lagi, anda boleh melakukan apa yang anda perlu lakukan.

Bahaya ada di seluruh dunia sekarang ini, bukan hanya di satu tempat. Memandangkan sudah akhir zaman, bahaya ini dirasai di mana-mana, paling penting terhadap umat Islam. Mereka mahu memerangkap mereka. Mereka berusaha agar mereka tidak mempunyai sebarang kebaikan, untuk membawa mereka keluar dari Islam dan Iman. Itulah bahaya terbesar. Mereka mencuba segala-galanya: daripada alkohol dan dadah kepada semua jenis perkara yang memalukan; mereka semua adalah berbahaya. Jauhi mereka. Jangan lakukan perbuatan itu semua. Dan janganlah kamu mendekati orang yang melakukannya. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita semua. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan dan bahaya masa ini.

Awliya melihat semua perkara ini. Tidak pernah ada zaman yang bahayanya adalah sepertimana kini. Ianya adalah zaman dengan bahaya yang paling besar sejak kewujudan manusia. Terdapat banjir (pada zaman Nabi)Nuh. Ianya berbahaya.
Namun, sekarang inilah banjir yang lebih teruk (daripada itu). Ianya adalah banjir Kekufuran dan banjir penindasan sekarang ini. Maka hendaklah kamu berada di Jalan Allah ﷻ. Bersamalah dengan para sahabat Allah ﷻ (Awliya Allah) insha’Allah. Maka Bahaya akan menjauh dari anda insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹BESAR PADA PANDANGAN ALLAH ﷻ 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 Mac 2024/ 08 Ramadan 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

"وَتَحْسَبُونَهُۥ هَيِّنًۭا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌۭ"

(Qur’ān 24:15). ‘Wa Taĥsabūnahu Hayyināan Wa Huwa Inda Allāhi Ažīm’,
"dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam Pandangan Allah itu perkara yang besar"
Firman Allah ﷻ didalam Qur’an ’Azimu sh-Shan.

Apa yang Anda anggap tidak berharga atau tidak penting adalah sesuatu yang besar di sisi Allah ﷻ. Sama ada ianya adalah kebaikan yang besar, atau keburukan. Jika itu adalah kebaikan, Anda harus terus melakukannya. Apa itu kebaikan? Ianya (kebaikan itu) adalah Perintah-Perintah Allah 'Azza wa-Jalla, Sunnah Nabi Suci kita ﷺ dan perbuatan Para Awliya'. Sekalipun manusia tidak menganggapnya penting, namun Allah ‘Azza waJalla-lah yang Mementingkan itu semua. Itu adalah hal yang paling penting. Yang penting adalah apa yang Dia ﷻ Inginkan, apa yang Dia ﷻ Berikan dan Anugerahkan. Selebihnya itu sebenarnya adalah hal-hal yang tidak berguna: siapa yang suka, atau tidak suka itu.

Ada tren baru sekarang ini, “Siapa yang menyukai saya? Siapa yang tidak menyukai saya?” Kita hidup di zaman di mana semua pemahaman menjadi terbalik. Di masa lalu, orang-orang tidak menyetujui seseorang yang melakukan hal-hal yang tidak dapat diterima dan berharap orang lain menyukainya. Saat ini, semua orang berusaha untuk menjadi seperti mereka. Itu tidak perlu. Selama hal-hal tersebut tidak disukai oleh Allah ﷻ, maka hal-hal tersebut juga buruk. Itu adalah hal-hal yang tidak berguna. Anda mengira hal-hal itu kecil dan tidak penting, padahal itu adalah hal-hal yang berbahaya, hal-hal yang tidak baik.

Namun, Allah ‘Azza wa-Jalla adalah Arhamu r-Rahimeen. Allah ‘Azza wa-Jalla Maha Penyayang dari segala yang penyayang. Dia ﷻ Memaafkannya. Allah ‘Azza wa-Jalla mengampuni semuanya. Suatu hari, seorang anak dari seorang saudara laki-laki bertanya, “Adakahkah Allah ﷻ akan Mengampuni kita?” Tertulis di beberapa, di puluhan tempat dalam Al-Qur’an ‘Azimu sh-Shan tentang Ampunan Allah ﷻ, bahwa Dia ﷻ adalah Afuwwun Ghafur. Allah ‘Azza wa-Jalla Maha Pengampun. Oleh karena itu, janganlah ragu akan hal itu. Mohonlah keampunan kepada Allah ﷻ atas perbuatan yang kamu lakukan dengan sadari atau tanpa kamu sadari. Dia ﷻ akan Mengampuni segala sesuatu, baik yang kecil mahupun besar. Yang penting adalah meminta maaf.

Juga, sedekah, kebaikan dan thawab (pahala) yang kamu lakukan adalah besar di sisi Allah ﷻ. Walaupun anda melihat itu semua sedikit, Allah ﷻ Memelihara itu semu untuk akhirat anda. Anda akan melihat betapa untungnya anda di Akhirah insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Mengizinkan kita semua melakukan kebaikan. Semoga Dia ﷻ Membantu kita melakukan segala-galanya baik kecil mahupun besar insha’Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.