SufiHub (Bahasa)
166 subscribers
577 photos
11 videos
4 files
87 links
Download Telegram
🌹SETIAP ORANG ADA RIZQINYA🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 Februari 2024/ 08 Sha’ban 1445
Solat Subuh– Noor ul Islam Masjid; Bury, UK

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Mawlānā Shaykh mempunyai banyak kata-kata yang baik dan bagus. Salah satu daripadanya adalah, setiap kali dia berkata,
“Yawmun jadīd, Rizqun jadīd.” Hari baru, rezeki baru dari Allah ﷻ. Setiap hari, hari yang baru akan datang. Yang lama pergi, yang baru akan datang. Dengan ini, peruntukan baru untuk setiap orang juga akan datang.

Allah ﷻ Memberi setiap orang rezekinya. Jadi tidak perlu risau untuk Rezeki. Apabila Rezeki anda habis, [walaupun] anda mempunyai seluruh dunia ini, anda tidak boleh memasukkan satu perkara (makanan) pun ke dalam mulut anda, tidak mengambil satu nafas, tidak dapat (meminum walau) satu titik air. Tetapi jika anda mempunyai [Rezeki], Rezeki anda akan datang.

Kita mesti natawakkal ‘ala Allāh ﷻ, bergantung kepada Allah ﷻ, jangan meragui akan ini. Orang Mu’min, mukmin haruslah percaya bahawa ini datangnya dari Allah ﷻ. Rezeki anda akan sampai kepada anda di mana sahaja anda berada. Jika Allah ﷻ telah Menuliskan ini untuk anda, tiada siapa yang boleh mengambilnya daripada anda.

Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita Rezeki yang ḥalāl in shā’a Llāh. Sebab semua orang ada Rezeki, tetapi ada yang tak bagus, ada yang bagus. Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita dari rezeki yang baik untuk menguatkan badan dan menguatkan iman kita in shā'a Llāh. Semoga Allah ﷻ Memberimu Rezeki Wasi’ (rezeki yang melimpah) in shā’a Llāh.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
February 24, 2024
February 24, 2024
Insha'Allah, mengikut takwim Maulana, malam ini merupakan malam nisfu Sha'ban. Marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah ﷻ dengan amal ibadah dan memohon keampunan kepadaNya.

Amalan Malam Nisfu Sha'ban

Bacakanlah Surah Yasin 3 kali selepas Maghrib :

Kali Pertama dengan niat : agar mendapat Rezeki yang Halal dan agar tidak bergantung harap kepada orang lain

Kali Kedua dengan niat : agar dikurniakan umur panjang yang diberkati dan dikurniakan kekuatan Iman dan Islam

Kali ketiga dengan niat : agar diselamatkan daripada segala bala bencana untuk diri sendiri dan memohon keselamatan dari segala bala bencana untuk seluruh ummat Islam

Selepas Solat Isyak boleh disambung dengan solat Tasbih 4 Rakaat,
Solat Sunat Syukur 2 Rakaat berserta dengan doa Qunut

Solat Sunat Khayr
Dan digalakkan untuk mengerjakan Solat Sunat Sebanyak 100 Rakaat. Pada Rakaat Pertama boleh dibaca Surah Fatihah dan 2 kali Surah al Ikhlas, dan Pada Rakaat kedua boleh baca Surah Fatihah dan 1 kali Surah al Ikhlas.
February 24, 2024
February 25, 2024
🌹KESEMPURNAAN ITU ADALAH DALAM TARIQAH 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
16 Februari 2024/ 06 Sha’ban 1445
Rumi House – Nelson, UK

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Apakah faedah Ṭarīqah? Ramai orang, orang tanpa kepala ini berkata, "Tidak perlu Ṭarīqah, tidak perlu Tasawwuf." Tidak ada faedah daripada ini. Semuanya mesti tanpa - Mereka yang berkata ini tidak mempunyai apa-apa kebijaksanaan. Mereka tidak memberi manfaat kepada manusia.

Ṭarīqah bermaksud kesempurnaan yang lengkap. Tanpa Ṭarīqah anda tidak akan menemui kesempurnaan. Dan Ṭarīqah menunjukkan setiap keindahan Islam. Apa yang dibawa oleh Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, Ṭarīqah menunjukkan ini. Kerana tanpa Ṭarīqah, ramai yang tersesat. Mereka akan memusnahkan diri mereka sendiri dan memusnahkan orang lain juga. Satu contoh untuk ini: apabila kami masuk ke sini, mereka menyanyikan Qasida. Tapi Qasida ini, ada sesetengah kerajaan dalam dunia ini, mereka menyeksa orang . Jadi mereka membuat 24 jam di udara mereka, memberikan suara yang kuat, atau meletakkan cahaya di muka mereka, menyeksa mereka. Apabila kami masuk ke dalam, ia adalah seperti ini. Mereka yang menyanyikan Qasida, Masha’Allah mempunyai suara yang sangat bagus. Islam sangat bagus. Tetapi apabila seseorang datang tidak tahu cara menggunakannya, ia hanya menyeksa. Apabila kami berkata ini, dia yang mendakwa profesional dalam hal ini, tetapi dia tidak tahu [apa-apa], dia membetulkannya dan ia sangat bagus, sangat manis Qasida. Tetapi sebelum itu benar-benar menyeksakan.

Ini Tasawwuf, ini Ṭarīqah. Ṭarīqah adalah memberikan kesempurnaan untuk segala-galanya, bukan sahaja untuk ibadah, tetapi untuk seluruh hidup anda. Kerana Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam menunjukkan kepada kita segala-galanya untuk kehidupan manusia: bagaimana dia mesti jadi dan apa yang bermanfaat baginya, apa yang baik untuknya, apa yang kebahagiaan baginya. Semua ini dari yang terkecil sehingga yang terbesar: Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam menunjukkan kepada kita ini. Jadi tanpa mengikuti Sunnah Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam dan apa yang baginda ﷺ katakan, kita tidak boleh mempunyai kesempurnaan.

Ramai orang sekarang - saya sebut contoh ini berkali-kali tentang enjin kereta. Jika anda membuka, anda berkata tentang banyak perkara, "Ini tidak baik, tidak perlu ini, ambil ini, ini tidak baik, buang ini, tidak ini." Akhirnya kereta tidak berjalan, ia akan berhenti. Kerana bahagian kecil ini yang anda tidak berpuas hati, dan anda fikir mengikut pendapat anda, "Ia tidak perlu, terlalu banyak." Awak ambil dan buang. Selepas ini, kereta ini tidak akan berjalan. Ini adalah kereta, ia dari besi dan tidak mempunyai jiwa, tiada di dalamnya. Ia tidak boleh pergi apabila ia tidak lengkap. Jadi bagaimana kita boleh mencapai tahap ini? Untuk pergi lebih tinggi dan lebih tinggi? Jadi jika anda meninggalkannya, kepercayaan anda, īmān menjadi berkurangan sehingga anda tidak mempunyai kepercayaan; Islam sahaja. Selepas itu, [menjadi] Muslim juga anda tidak akan menjadi. Kadang-kadang mereka akan meninggalkan [Islam]. Inilah yang berlaku sekarang.

Sejak 100 tahun selepas Khilafah (Khilafah), mereka mula melakukan Fitnah ini untuk menghancurkan Islam. Mereka berkata, “Tidak perlu Ṭarīqah. Ok, kita lempar Ṭarīqah.” Selepas ini, mereka berkata, "Tidak perlu mazhab." Ramai orang berkata, "Ok, tidak perlu untuk ini juga." Semua ini adalah perlindungan untuk kepercayaan kita. Ṭarīqah adalah benteng (paling) terkuat bagi Islam, untuk kepercayaan kita. Selepas ini, Mazhab. Empat Mazhab. Kita mesti mengikuti salah satu daripada mereka.
February 25, 2024
February 25, 2024
February 25, 2024
Kerana mereka merosakkan akidah. Apabila tidak ada kepercayaan, tidak ada gunanya bagi sesiapa pun. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari mereka-mereka ini insyaAllah. Dan berikanlah kami iman yang kuat insyaAllah.


Wa min Allah at-Tawfiq.
AlhamduliLlahi Rabbi l-‘Alameen, Al-Fatiha.
February 25, 2024
February 29, 2024
February 29, 2024
February 29, 2024
Seorang ṣaḥābi berkata kepadanya, “Wahai anak perempuan kulit hitam!” Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam sangat marah kepadanya. Dia tahu kesalahannya, kesalahan itu. Dan dia segera pergi dan meminta dia. Dia meletakkan kepalanya di bumi dan berkata, "Pijaklah aku." Ini adalah ajaran Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam. Apa itu ajaran Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, ia adalah ajaran untuk Tariqah, untuk Islām, untuk Muslimīn. Tidak ada perbezaan di antara manusia, hanya dengan sesiapa yang lebih (berkhidmat) membantu untuk Islam.

Mereka yang melalui jalan ini tidak boleh pergi dengan Kibir, bangga diri. (Sifat)Bangga diri tidak boleh ada didalam (diri orang) ṭarīqah. Tarīqah hanya untuk orang yang merendah diri. Sebanyak mana anda merendah diri, sebanyak itu anda menjadi tinggi (kedudukan). Inilah sabda Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam, “Man Tawada’a li-Llah Rafa’ahu.” Sesiapa yang merendah diri kerana Allah ﷻ, untuk Allah ﷻ, Allah ﷻ akan Mengangkatnya (kedudkannya). Sudah tentu, kadang-kadang untuk berbangga dengan siapa yang mengaku bangga, boleh juga. Tetapi sesiapa yang tidak bangga dan anda datang dan berbangga dengannya, ia tidak boleh diterima, tidak boleh diterima sama sekali. Hanya untuk orang-orang ini. Kita melihat ramai orang yang berbangga. Sesiapa yang berbangga, pemikirannya tidak bagus. Kerana tiada apa yang boleh dibanggakan. Segala sesuatu yang Allah ﷻ Berikan kepada kamu, kamu mestilah merendah diri, kamu mesti bersyukur kepada Allah ‘Azza wa-Jalla. Kamu tidak menjadikan manusia atau menunjukkan kepada mereka bahawa mereka lebih rendah daripada kamu, Allah ﷻ akan Menjadikan kamu lebih rendah.

Mashāyikh pada zaman dahulu tidak berkata apa-apa yang menentang terhadap satu sama lain. Mashāyikh yang sebenar, bukan yang seperti sekarang. Ramai ulama’, ramai yang mendakwa mereka mashāyikh, mereka ulama’, mereka ulama, mereka imām. Mereka tidak tahu ini. Tanpa ṭarīqah, kita lihat ramai di antara mereka sangat berbangga. Mereka mahu dipanggil dengan nama tertinggi. Tetapi ulama zaman dahulu - Suatu ketika, mereka bertanya kepada seorang ‘Alim tentang satu perkara. Dia berkata, "Ini tidak boleh diterima." Mereka pergi ke yang lain, dia berkata, “Baiklah. Ini tidak mengapa.” Beliau berkata demikian tentang satu Mas‘ālāh (perkara). Mereka meminta untuk membuat mereka mengutuk atau mengatakan apa-apa terhadap satu sama lain. Mereka datang [kepada yang pertama] dan berkata, “Lihat, kamu berkata ini tidak boleh diterima. Tetapi Syaikh ini berkata ia boleh diterima.” Dia berkata, “Dia seperti lautan. Kotoran kecil bukan apa-apa untuk lautan. Ia boleh dibersihkan. Untuk ini, dia berkata begini.” Kemudian, mereka pergi kepada yang lain dan berkata, “Lihat, orang ini berkata ini bukan apa-apa. Dia berkata bahawa ia tidak boleh diterima. Dia berkata, “Ya. Dia seperti kertas putih. Satu tempat boleh muncul.” Jadi mereka tidak berkata, “Dia tidak mengetahui apa-apa. Dia salah.” Tidak. Mereka mencari sesuatu untuk dijadikan alasan untuk mereka. Ini juga ulama’ zaman dahulu. Kebanyakan mereka ada Mursyid, mereka ada ṭarīqah, mereka ada adab. Ianya sangat penting.

Semoga Allah ﷻ Menolong kita. Kita hidup dalam zaman yang mana segala-galanya terbalik. Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, kaki akan menjadi kepala. “Bagaimana keadaannya?” para Sahabat berkata. Kaki bermaksud mereka yang tidak memahami apa-apa. Mereka akan berada di atas kepala kita dan mereka mengawal. Tetapi mereka yang mengawal: apa yang kaki faham! Pemahaman adalah untuk kepala. Ianya mesti menjadi kepala untuk memahami, untuk melihat, untuk memandang, untuk mendengar. Tetapi kaki..

Sekarang kita hidup di zaman ini. Semuanya terbalik. Semoga Allah ﷻ Membantu kita in shā'a Llāh. Tetapi juga, seperti yang kita katakan pada setiap masa, kita hidup dalam masa, masa yang berharga, akhir zaman. Keuntungan paling banyak adalah pada masa ini. Kerana ia adalah masa yang sukar, apabila anda mengikuti dan melakukan apa yang diPerintahkan oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla, Allah ﷻ Memberi Ganjaran kepada anda tanpa kiraan kerana anda menderita, ia tidak mudah.
February 29, 2024
February 29, 2024
February 29, 2024
March 1, 2024
🌹ṬARĪQAH ADALAH AIR KEHIDUPAN🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 Februari 2024/ 08 Sha’ban 1445
Greengate Jamia Masjid – Oldham, UK

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Ini adalah perkara utama untuk ṭarīqah: mengumpulkan orang-orang yang baik dan memberi naṣīḥah (nasihat). Kerana ṭarīqah dan syari’ah adalah sama; Tiada perbezaan. Jadi untuk memberi kerohanian kepada manusia dengan zahirī (secara zahir), mesti ada ṭarīqah juga. Ianya seperti burung. Ia tidak boleh terbang dengan satu sayap, mesti ada dua. Untuk ini, kita melihat ramai orang yang tidak memberi atau tidak berpuas hati dengan ṭarīqah. Mereka mempunyai separuh perkara. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Mungkin ramai orang boleh berada di sekeliling mereka, tetapi apabila datang untuk mendapat manfaat, tiada apa-apa, kering.

Ini adalah “Mā’u l-ḥayāt, ḥaqqu l-ḥayāt”,
“Air kehidupan, Hakikat kehidupan.” Untuk Ilmu Mengenali Allah ﷻ, kita mestilah berada dalam ṭarīqah. Ramai orang berfikir bahawa ṭarīqah adalah cara yang berbeza. Ia adalah sama, tiada yang berbeza. Apa yang anda lakukan hanyalah menghubungkan diri anda dengan mashāyikh, dengan Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Inilah perbezaannya. Dan dengan Bay'ah, anda meletakkan tangan anda dan ianya menyambung kepada Nabi ṣallá Llāhu 'alayhi wa-sallam. Ini tidak kering. Ini sungai, sungai manis. Air yang manis memberi kehidupan kepada tanah yang kering, menjadi hijau, memberi buah-buahan, memberi kebaikan kepada manusia. Tidak perlu takut dengan ṭarīqah.

Ṭarīqah adalah cara para Nabi, semua Nabi.
" قُل لَّآ أَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا"
‘Qul Lā ‘As'alukum `Alayhi 'Ajrāan’, ‘Katakanlah, [wahai Muhammad], “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu imbalan pun atas seruanku.” (Al-Qur'an 42:23).
Kami tidak meminta apa-apa faedah atau apa-apa pun daripada kamu. Kami hanya mahu membawa kamu dari bawah ke atas, dari dunia ke syurga. Inilah tujuan kami. Sesiapa yang mengejar dunya, dunyā berlari [ jauh] daripadanya. Orang ramai mengetahui perkara ini tetapi masih berlari mengejar duniya. Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam Bersabda dalam banyak hadis bahawa dia ﷺ tidak senang dengan orang yang mengejar duniya. Kerana apabila kamu berlari mengejar dunyā, dunyā lari [ jauh] daripada kamu, pergi daripada kamu. Jika kamu meninggalkan dunia, dunia akan datang selepas kamu. Inilah yang diajarkan oleh semua ṭarīqah,
(kesemua) 41 ṭarīqah kepada manusia.

Sayyidina Abdul-Qādir Jīlānī meninggalkan dunia selama dua puluh lima tahun. Dia berada di padang pasir, tidak mencari apa-apa. Selepas itu, apabila dia kembali, seluruh dunia datang kepadanya. Dan Masha’Allah dia tidak menjaga dunya. Tetapi juga untuk memberi pengajaran kepada orang ramai, dia berpakaian dengan sangat baik. Tidak kelihatan seperti orang yang tidak berpakaian elok. Dia kelihatan sangat baik. Ini adalah contoh. Selama dua puluh lima tahun, dia tidak mahu apa-apa di padang pasir. Apabila dia datang ke sini juga, ke tempatnya di Baghdad, dia juga sama [walaupun mempunyai] perkara yang terbaik. Tiada apa yang berubah pada dirinya. “Saya bukan apa-apa. Saya tidak mempunyai apa-apa. Apabila saya datang ke sini, saya memakai pakaian yang bagus, saya hidup dengan baik.” Ia adalah untuk mengajar murīd yang mengikuti ṭarīqah untuk mengetahui tidak ada perbezaan antara kemiskinan dan kekayaan. Jika mereka mempunyai harta, itu juga tidak mengubah hati mereka. Jika mereka tidak mempunyai apa-apa, juga tidak mengubah hati mereka. Kerana ini adalah dunia, jika mereka mempunyai (itu) dan satu atom kecil cinta untuk dunia, mereka tahu mereka tidak akan diterima di Hadirat Ilahi Allah ﷻ. Segala apa yang Allah ﷻ Berikan kepada mereka, mereka mensyukurinya.
March 1, 2024
Tetapi jika Dia ﷻ Mengambil (itu kembali) juga, tidak ada masalah bagi mereka. Beginilah rupa semua awliyā’u Llāh, semua ulama’ yang sebenar, ṣaḥābah yang sebenar. Mereka tidak memberikan apa-apa kepentingan untuk dunia.

Juga Sayyidinā Abū Ḥanīfah. Apabila mereka memasukkannya ke dalam penjara, memaksanya menjadi hakim. Dia berkata, "Saya tidak mahu." Dan dia sangat kaya, tidak mengambil hadiah daripada sesiapa pun kerana dia takut kepada Shubḥā (perkara yang meragukan). Sudah tentu, mereka tidak seperti kita. Mereka tahu. Mereka sangat sensitif kerana mereka adalah contoh [bagi manusia] dan mereka menulis ḥukum (ketetapan) untuk ummah. Mereka tidak mempedulikan perkara yang boleh membahayakan manusia. Kerana pada masa itu sudah tentu apabila anda menjadi hakim, anda mesti mengikut perintah dari atas, dari Sulṭān atau dari Wazīr atau dari orang lain. Jadi dia tidak menerima [tawaran menjadi hakim]. Tetapi Sulṭān tahu dia adalah yang terbaik, namun dia tidak tahu hikmah mengapa dia tidak menerima ini. Jadi mereka memukulnya. Malah dia sudah tua, mungkin lebih 70 tahun. Mereka memukulnya, memukulnya, memukulnya sehingga dia menjadi shahīd. Tetapi dia tidak menerima ini. Dan jika dia menerima, dia boleh mendapat apa-apa. Tetapi dia sudah mempunyai kekayaan dan mempunyai segala-galanya.

Dan yang paling utama adalah dia takut kepada Allah ﷻ. Dia mengenal Allah ﷻ. Ma’rifatu Llāh, ini adalah Ma’rifatu Llāh (mengenal Allah ﷻ). Dan yang paling utama baginya, dia berkata, “Lawlā sanatān lā ḥalaka l-Nu’mān.” Jika tidak kerana dua tahun ini, Nu'mān (Sendiri/Abū Ḥanīfah Al-Nu'mān) akan musnah, tiada apa-apa. Dua tahun ini bermakna ketika beliau bersama Sayyidinā Jaʿfar al-Ṣādiq dalam Silṣilā (Rantai) kami. Dia adalah Syeikhnya. Syaikhnya dari Silṣilā memberinya penyiraman rohani, menyiraminya dengan air yang diberkati dari Allāh ‘Azza wa-Jalla. Maka dia menjadi Imām Āẓam (Imam Besar). Kebanyakan orang Islam mengikutinya. Bahkan Sayyidinā Imām Shāfi’ī mendapat banyak manfaat dari ulūmnya, dari ilmunya.

Maka mereka ini adalah orang-orang Allah ﷻ. Kami gembira mengikuti mereka. Kami mengikuti orang yang terbaik. Orang-orang yang Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam juga memberi mereka - Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam bersabda banyak perkara (tentang mereka). Salah satunya ialah dia memberikan tanda (kedatangan) tentang Sayyidinā Abū Ḥanīfah juga. Dia ﷺ Bersabda bahawa dia akan menjaga Deen(ugama) ini, Deen ini: agama Islam. Kerana dia menulis ilmu di mana semua imam mengambil dari ilmunya. Dan dia sangat merendah diri dan menerima jika ada perkara yang salah. Dia sangat berminat untuk ini. Dia membuat munāẓarah (perselisihan) dan bertanya kepada semua muridnya. Murid-muridnya menjadi ulama’ terbesar pada masa itu dan selepasnya. Mereka adalah tiang Islam.

Sudah tentu pada zaman Nabi ṣallá Llāhu 'alayhi wa-sallam, dengan kebijaksanaan Nabi ṣallá Llāhu 'alayhi wa-sallam, untuk tidak mencampur adukkan antara al-Qur'an dan antara hadis, Baginda ﷺ hanya memerintahkan untuk menulis al-Qur'an. Tetapi selepas Baginda ﷺ, Baginda ﷺ membenarkan ini. Dan Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman semuanya menulis ini. Kerana pada zaman Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam, para ṣaḥābah, sebagaimana Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam bersabda, “Aṣhābī kā n-nujūm bi ayyihim qadaytum hadaytum”.
"Para Sahabah saya adalah sebagai bintang-bintang. Mana-mana yang kamu ikuti (mereka), nescaya kamu akan berada dalam Hidayah (terbimbing).” Semua ṣaḥābah adalah imam. Setiap orang adalah imam. Dia boleh melakukan apa yang dilakukan oleh Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam; tidak ada bantahan untuk ini. Tetapi setelah Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam ṣaḥābah sedikit demi sedikit mulai meninggal dunia. Jadi ada keperluan untuk ianya (hadis) didaftarkan, disimpan dalam tulisan, dalam buku. Maka hukum, syariah dan segala-galanya - selepas Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam, khususnya pada zaman Sayyidinā Umar, kebanyakannya telah didaftarkan dan disimpan.
March 1, 2024
Dan daripada mereka, selepas itu juga datang ulama’, seperti ulama’ hadis. Pada masa kini terdapat jenis syaitan baru yang datang. Mereka mengingkari hadis dengan mengatakan, “Ini baik. Ini tidak boleh diterima.”
Tetapi orang-orang (yang benar) ini (pula) adalah ulama’ sebenar, Ulama’ āmīlīn. Mereka sedang melakukan istikhārah, (mereka dapat) melihat Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam dalam mimpi mereka dan mereka menyetujui hadis tersebut. Dengan ini, mereka menulis (hadis tersebut). Dan semua hadis oleh ulama ini diterima. Siapa kata ianya tidak boleh diterima adalah sedang menjadikan Fitnah, meragukan umat Islam. Mereka ingin memusnahkan īmān, kepercayaan Islam.

Untuk ini, kami memberikan contoh, satu contoh. Ada ribuan orang seperti Abu Ḥanīfah radiya Llahu ‘anhu. Mereka adalah orang-orang yang mengorbankan dirinya untuk mempertahankan agama ini dan mereka hidup sampai Qiyamah. Semua ‘ulum (ilmu) ini, kesemua ini adalah yang diikuti oleh masyarakat, Allah ﷻ Menulis untuk mereka juga, Memberikan pahala kepada mereka. Sebagaimana sabda Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, sesiapa yang mengajarkan sesuatu atau menjadikan manusia mendapat hidāyah, dengan cara yang benar, maka Allah ﷻ akan Memberinya pahala untuk setiap orang [yang dibimbing], satu untuknya juga. Jika satu, satu [hadiah]. Jika dua, dua. Jika sepuluh, sepuluh. Jika seratus, seratus kali pahala, juta, miliar. Allah ‘Azza wa-Jalla Maha pemurah, tidak takut mereka habiskan. Dia ﷻ akan Memberikan pahala. Maka orang-orang ini, para ulama akan diberi pahala berbilion-bilion kali sampai Qiyāmah.

Mereka sungguh-sungguh pandai: pandai dalam berfikir dan pandai dalam cara mereka mengikuti Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam untuk mendapatkan pahala tersebut. Bukan seperti orang yang membuat orang ramai menjauhkan diri dari Jalan (kebenaran).
Juga Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam Bersabda, jika merusak keimanan seseorang, maka akan dihukum satu, (untuk) satu (orang); untuk dua, dua; untuk satu bilion, satu bilion kali hukuman untukmu. Untuk ini, orang-orang (yang tidak benar) ini bodoh. Mereka mengira mereka akan mendapatkan sesuatu dengan menjadi terkenal, namun mereka kehilangan kehidupan nyata, sesuatu yang sangat berharga.

Kami memuji orang-orang ini, ulama', awliyā', ṣaḥābah, Ahlul-Bayt, mereka kesemuanya. Kami mencintai mereka. Kami menerima apa yang mereka katakan. Ahlu s-Sunnah wa l-Jamā’ah: ini adalah cara kami. Cara ṭarīqah adalah menerima semua Ṣaḥābah dan semua Ahlu l-Bayt; tiada perbezaan antara mereka. Mereka yang membuat perbezaan, Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam tidak senang dengan mereka. Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berkata, “Mereka adalah sahabatku. Mereka seperti bintang-bintang. Mereka sangat berharga. Siapa yang menjadi musuh bagi mereka, aku adalah musuh baginya.” Inilah yang dikatakan oleh Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam dan terdapat banyak hadis seperti ini. Jadi kita berada
in shā’a Llāh di Jalan Nabi ﷺ, Jalan awliyā’u Llāh, as-ṣāliḥīn (orang-orang yang soleh).

Sehingga mungkin empat puluh atau lima puluh tahun yang lalu, tidak ada orang seperti orang-orang ini. Tetapi pada akhir zaman, mereka sedang datang, sedang tumbuh seperti barah, dengan cepat memusnahkan Islam, negara-negara, meletakkan keraguan di mana-mana, memusnahkan īmān, memusnahkan selepas īmān Islām. Mereka sedang memusnahkan.

Maka kami memohon kepada Allāh ‘Azza wa-Jalla untuk Mengutus ﷻ Ṣāḥib-Nya. Kerana kita kini pergi dalam masa yang tidak dapat kembali. Tidak ada masa untuk membuat orang kembali dari tabiat buruk ini, perkara buruk. Setiap hari datang lebih banyak syaitan, lebih banyak syaitan, lebih banyak dajjal datang, membuat orang ragu-ragu. Jadi satu-satunya penyelesaian untuk ini adalah, sebagaimana Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam bersabda, Mahdī ‘alayhi s-salam.
March 1, 2024