🌹SALAH SATU DARIPADA KEAJAIBAN YANG AGUNG🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 06 Februari 2024/ 26 Rajab 1445
Lefke, Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam mempunyai beribu-ribu mukjizat. Mukjizat/Keajaiban ini bermaksud sesuatu yang luar biasa. Ia bukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh orang biasa. Mukjizat berlaku kepada para Nabi. "Mukjizat" adalah dikatakan hanya untuk Para Nabi, tetapi tidak kepada orang lain. Manakala keadaan (luar biasa) yang terjadi kepada para ṣaḥābah atau para awliyā’ dan mashāyikh adalah dipanggil sebagai karāmāt. Orang-orang kadang-kadang mencampur adukkan antara mukjizat dan karāmāt.
Salah satu mukjizat terbesar Nabi kita ﷺ ialah Isrā’ wa-l-Mi‘rāj. Perginya dari Mekah ke Baitulmaqdis dan naik ke langit dari situ. Tidak ada seorang pun yang pernah dianugerahkan nikmat ini sebelum Nabi kita ﷺ. Allah ‘Azza wa-Jalla Menganugerahkan mukjizat ini sebagai hadiah kepada orang yang memuliakan Baginda ﷺ. Apa yang dilakukan oleh Nabi kita ﷺ adalah mukjizat, mukjizat yang agung. Ia adalah Anugerah Allah ﷻ. Ia bukan hanya untuk pertunjukan. Nikmat dan Rahmat yang besar datang bersamanya. Karāmah ini, kurniaan Allah ‘Azza wa-Jalla untuk Ummah ini berterusan sehingga Qiyāmah.
Manusia hari ini masih sama, berfikir mengikut fikirannya sendiri. Orang-orang yang beriman di antara orang-orang zaman itu dan orang-orang zaman ini adalah sama. Dan orang-orang kafir, orang-orang kafir adalah sama. Mereka berkata, “Kami tidak percaya. Perkara seperti itu tidak boleh berlaku.” Sudah tentu, orang kafir boleh berkata demikian. Tetapi syaitan membuat orang yang mengaku sebagai Islam jatuh ke dalam keraguan dan syak wasangka dengan berkata, “Ini salah. Tidak, ia adalah mimpi. Tidak, saya tidak tahu apa itu.” Dan mereka kehilangan kebaikannya.
Ia adalah karāmah yang diberikan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla kepada Para nabi. Dan auliya di antara manusia (juga) adalah sama. Sama seperti orang-orang tidak sepatutnya berkata, "Bagaimana ini boleh berlaku?" tentang Nabi kita ﷺ,(para) awliya juga mempunyai Tayy-il makan (lipatan tempat). Dia boleh berada di mana sahaja dia mahu, bila-bila masa dia mahu. Dan ini adalah Barakah Nabi kita ﷺ Isrā’ wa-l-Mi‘rāj. Apa yang diberikan kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam juga diberikan kepada umatnya ﷺ.
Itulah sebabnya, dengan ilmu yang diberikan oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla, semuanya berlaku. Tiada yang mustahil. Orang-orang kafir berusaha dengan berkata, “Kami akan pergi ke sini. Kami akan pergi ke sana.” Ini ada batasnya/hadnya. Semuanya ada batasnya/hadnya. Apa sahaja yang Allah ‘Azza waJalla Kehendaki berlaku bila-bila masa yang Dia ﷻ Kehendaki. Karāmah itu diberikan kepada semua Nabi dan awliyā. Ia bahkan diberikan kepada Sulaiman ‘alayhi s-salām sebelum Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Sudah tentu, dia juga mempunyai Mukjizat. Ada jin bersamanya. Ada juga ulama. Ketika beliau bertanya, “Siapakah yang akan membawa singgasana Balqis ke sini?” Sebelum mereka membawanya, salah seorang dari jin berkata, "Aku akan membawanya ke sini sebelum kamu bangkit dari tempat kamu (majlis)". Majlis [pemerintah] pernah mengambil masa 1-2 jam. Dari sana, salah seorang awliyā hamba Allah ﷻ berkata, “Aku akan membawanya ke sini kepada kamu dalam sekelip mata.” Dan dia serta-merta meletakkannya betul-betul di hadapannya. Maka, beginilah terjadinya ilmu yang diberikan oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla.

Yang paling tinggi darjatnya di antara para Nabi ialah Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Dia diperlihatkan seluruh alam, dunia, akhirat, syurga, neraka dan tujuh tingkatan syurga. Kemudian, orang-orang mukmin diberi hadiah. Salah satunya kita baca setiap malam: dua ayat terakhir dari Sūratul Baqarah. Mereka secara langsung diberikan kepadanya ﷺ (tanpa perantara) ketika dia ﷺ berada di Hadirat-Nya ﷻ. Keberkatannya itu telah diberikan kepada Ummah.
Oleh itu, malam ini adalah malam yang indah. Ia adalah malam yang diterima. Esok hari ke 27 Rejab. Ia juga merupakan hari yang diberkati. Anda boleh bermalam dengan berdoa dan dengan ibadah. Dan berpuasalah pada harinya. Anda akan menerima kebaikan malam ini. Sesetengah orang berkata, “Tidak ada yang demikian. Terdapat Hadis seperti itu. Tidak ada Hadis seperti itu,” ada yang (ucapkannya dengan) mengetahuinya dan ada yang (mengucapkannya) tanpa mengetahuinya. Atas dasar ini, terdapat dalil-dalil tentang keutamaan malam ini dan hari ini daripada semua awliyā’ dan Hadis Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.
Jika seseorang cuba melakukan beberapa kebaikan kecil, seratus syaitan akan datang melawannya. Mereka mungkin datang dalam bentuk sifat seorang ‘ālim. Mereka juga mungkin datang dalam bentuk figura Hodja, "Jangan lakukan ini. Anda tidak melakukan perbuatan baik. Tidak ada perkara seperti itu.” Padahal sudah tentu datuk dan nenek moyang kita melakukannya selama ratusan tahun. Sekarang, apabila orang-orang bodoh ini mengatakan bahawa tidak ada perkara seperti itu, mereka menghilangkan kebaikan/kebajikan orang. Mereka menghilangkan pahala dari mereka. Apabila mereka berbuat demikian, ia menjadi dosa bagi mereka juga.
Semoga Allah ﷻ menjadikan malam-malam ini diberkati untuk kita semua. Semoga Rahmat mereka tercurah kepada kita. Kami percaya akan ini. Ahli ṭarīqah adalah orang yang ada īmān. Tidak ada imān tanpa ṭarīqah. Menjadi seorang Muslim dan īmān bukanlah perkara yang sama. Dalam Islam, semua orang adalah Muslim. Mereka yang percaya kepada mukjizat Nabi kita ﷺ dan apa yang Baginda telah katakan ﷺ adalah orang yang beriman. Yang lainnya adalah Muslim. Oleh itu, semoga Allah ﷻ menjadikan kita termasuk orang-orang yang beriman, dan tidak menyesatkan kita.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah

🌹AMBILLAH MANISAN DARI SETIAP JENISNYA🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 07 Februari 2024/ 27 Rajab 1445
Lefke, Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Al-ḥamdu liLlāh hari ini adalah 27 Rajab, hari yang mulia. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berpesan untuk menghidupkan malamnya dan berpuasa pada siangnya. Ianya bukanlah fardhu. Tetapi untuk mendapat manfaat daripadanya, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam menunjukkan kepada kita kebaikan dan perkara yang baik. Dia ﷺ menunjukkan kepada kita perkara yang bermanfaat. Lakukanlah, dan dekatkan diri kepada Allah ‘Azza wa-Jalla. Tinggalkan perkara (keburukan) itu, ia akan meningkatkan kedudukan anda. Perhatikan solat anda. Selain daripada solat, ibadah nafl (ibadah solat sunat yang dilakukan secara sukarela) adalah ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah ﷻ. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam menyuruh kita untuk melakukannya.
Sudah tentu, apabila anda melakukannya, ia juga penting untuk mempunyai adab yang baik. Orang yang dermawan lebih baik daripada orang yang tidak dermawan. Allah ﷻ Menyukai orang yang pemurah (dermawan). Oleh itu, jangan(sampai) masuk ke Waswasa (dengan) berkata, "Saya bersolat dan melakukan perkara-perkara ini. Saya tidak memerlukan apa-apa lagi." Terdapat manfaat yang besar di dalamnya juga. Terdapat sedekah dan kerja-kerja membantu yang mendatangkan lebih banyak thawab (pahala) berbanding solat nafl (solat sunat yang dilakukan secara sukarela). Anda sepatutnya membantu orang lain. Mengerjakan amalan yang pelbagai kadangkala lebih baik daripada melakukan ibadah nafl. Ianya lebih diterima dan membawa lebih banyak thawāb (pahala).
Tetapi hendaklah anda melakukan kedua-duanya. Jangan hanya beribadah dan beranggapan tidak perlu beramal. Terdapat keperluan (baginya). Lebih banyak kebaikan yang anda lakukan, lebih banyak yang anda akan dapat di ākhirah. Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Menyebutkan ini di pelbagai tempat di dalam Al-Qur’an ‘Aẓīmu sh-Sha’n. Sesiapa yang melakukan kebaikan akan mendapatkan (pahala) di ākhirah walaupun [sekecil] atom kebaikan. Dan orang-orang yang melakukan kejahatan pasti akan diazab melainkan mereka bertaubat dan memohon ampun.
Syukur kepada Allah ﷻ, Dia ﷻ Menunjukkan kepada kita nilai hari-hari yang indah ini. Dia ﷻ Menunjukkan kepada kita, syukur kepada Allah ﷻ. Kita tidak akan tahu jika Dia ﷻ tidak Menunjukkan itu kepada kita. Oleh itu, hendaklah kita bersyukur. Jangan sangka kita melakukan ibadah ini dengan kebolehan (kekuatan) diri kita sendiri. Tanpa bantuan dan sokongan Allah ﷻ, anda akan melakukan seperti orang lain (yang lalai). Dan jangan sekali-kali anda melihat diri anda lebih tinggi daripada orang lain. Jangan pernah menganggap diri anda lebih tinggi daripada orang lain di dunia ini.
Seorang paderi datang kepada Sayyidinā Junayd al-Baghdādī suatu hari. Dia bertanya kepadanya, "Adakah anda lebih tinggi, atau saya lebih tinggi (kedudukan)?" Junayd al-Baghdādī menjawab kepadanya, "Datanglah minggu depan, dan saya akan menjawab (pertanyaan) kamu." Dia datang minggu berikutnya, tetapi Junayd al-Baghdādī telah meninggal dunia. Dia memberitahu lelaki di sebelahnya, "Saya ada soalan kepadanya yang dia tidak jawab. Bagaimana saya akan mendapatkan jawapannya sekarang? Dia telah berjanji dengan saya." “Biar saya tanya sekali lagi.” Dia bertanya, dan Junayd al-Baghdādī menjawab dari akhirat, "Saya lebih unggul." "Kenapa? Awak tidak mengatakan ini pada minggu lepas." "Saya telah hidup (minggu lepas). Bagaimana (keadaan saya pada) nafas terakhir saya : adakah saya akan pergi dengan īmān, atau adakah saya akan pergi dalam kufur? Jika saya pergi dalam kufur, saya akan lebih buruk daripada anda.

Maka anda akan lebih tinggi(kedudukan) , dan saya akan menjadi rendah. Akan tetapi syukur kepada Allah ﷻ, saya telah lulus (meninggal dunia)dengan īmān. Maka oleh itu, saya lebih tinggi (kedudukan)." Dia tidak memberitahu paderi itu bahawa dia lebih tinggi (kedudukan berbandingnya) kerana dia seorang yang beriman dan mengerjakan solat. Hanya apabila dia (telah)selamat, (hanya) apabila dia menghembuskan nafas terakhirnya dan meninggal dunia dengan īmān dan telah pergi ke (alam) akhirah, dia berkata bahawa dia lebih tinggi. Paderi itu (kemudiannya) masuk (dan menjadi orang) Islam apabila mendengarnya. Semoga Allah ﷻ Menolong kita semua. Jangan cari kelebihan. Semoga Allah ﷻ Memberi petunjuk kepada orang lain. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan dan fitnah mereka. Kita mesti mengatakan ini juga.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
Bismillahirahmanirahim
Amalan-amalan Bulan Sha'ban dari Mawlana Sultan.
Membaca zikir-zikir ini pada setiap hari :
Istighfar 70 - 700 kali
Surah al Ikhlas 100 - 1000 kali
LaailahaillAllah 100 - 1000 kali
Allah 5000 - 10,000 kali
Selawat 100 - 1000 - 10,000 kali
Ayatul Kursi 40 kali
Boleh berzikir mengikut kemampuan anda, dari jumlah yang minimum kepada yang maksimum.
Selamat Beramal, semoga segala amal soleh kita diterima Allah ﷻ, Aameen.

🌹KETAHUILAH NILAI SELAWAT🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 10 Februari 2024/ 30 Rajab 1445 Solat Subuh Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا ٥٦
"Inna Llāha wa mala‘īkatahu yuṣallūna ’ala n-nabiyyi ya‘ ayyuhā alladhīna ā‘manū ṣallū ’alayhi wa sallimū taslīma"
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam sejahtera dengan penuh penghormatan kepadanya."(Qur’ān 33:56) Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Memerintahkan, “Ucapkan Selawat dan Salam ke atas Nabi kita ﷺ.” Allah ‘Azza wa-Jalla sedang Berselawat ke atasnya ﷺ dan juga para malaikat. Maka anda pun berselawatlah juga, Firman Allah ‘Azza wa-Jalla. Ini adalah satu Perintah.
Tanpa Selawat, maka tidak sempurna Imanmu, solatmu, puasamu; tiada apapun yang lengkap. Apabila anda berselawat dan Salam ke atas Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, ia membawa manfaat kepada anda juga. Apabila anda mengucapkan satu selawat, Allah ﷻ Menuliskan Thawab (pahala) sepuluh kali ganda. Dan balasan (salam itu) datang kepadamu dari Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Nabi kita ﷺ mengucapkan yang sama untuk anda. Nabi kita ﷺ bersabda dalam Hadis Syarif, “Sesiapa yang berselawat ke atasku, maka aku akan berbuat yang sama kepadanya.”
Ianya adalah satu nikmat yang besar. Tetapi orang-orang tidak tahu nilainya. Mereka fikir tiada apa-apa pun yang berlaku tidak kira sama ada mereka mengucapkannya atau tidak. Sesetengah orang tidak mengucapkannya kerana tidak mengetahuinya. Dan sesetengah orang tidak mengucapkannya dengan sengaja; itu lebih teruk. Apabila mereka tidak tahu, maka Allah ﷻ Mengampuni mereka. Orang mungkin menghormatinya ﷺ. Tetapi kerana kemalasan, atau kerana ia tidak cucuk fikiran mereka, mereka tidak mengucapkan Selawat. Semakin banyak orang berselawat ke atas Nabi kita ﷺ setiap hari - 100, 200, 300, 500; mereka mesti berbuat demikian. Mereka hendaklah membuat sekurang-kurangnya 100 selawat. Itu yang paling sedikit.
Bulan Sya'ban sedang tiba. Ia adalah bulan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Kita mesti mengucapkan selawat dua kali ganda. Jika anda (selalunya) mengucapkannya 100 kali, maka ucapkanlah 200 kali. Jika anda mengucapkannya 200 kali, maka ucapkanlah 400 kali. Jika anda mengucapkannya 400 kali, maka ucapkanlah 800 atau 1,000. Tiada mudarat melainkan manfaat. Ia adalah harta karun. Apabila orang mendengar tentang harta, mereka bersedia untuk melompat dan mengambilnya, sedangkan harta yang sebenarnya adalah ini. Apa yang akan kekal dengan anda untuk Akhirah adalah perkara-perkara ini.
Semoga Allah ﷻ Melimpahkan keredhaan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam kepada kita. Semoga Dia ﷻ Memenuhi hati kita dengan kecintaan kepadanya ﷺ. Kita mesti mencintai Nabi kita ﷺ lebih daripada segala-galanya di dunia ini. Ia adalah satu perintah. Ini adalah perintah untuk mencintainya ﷺ lebih daripada ibu, ayah dan diri sendiri. Semoga Allah ﷻ Perkenankan kita untuk melaksanakan Perintah-perintah yang indah ini insha’Allah. Semoga Allah ﷻ Memberkatinya insyaAllah.

Tiga Keutamaan Bulan Sha'ban
Berikut adalah tiga keutamaan utama Sya'ban, yang menjelaskan mengapa Sayyidina Nabi Muhammad ﷺ menghendaki agar kita tidak mengabaikan bulan ini:
1. Sya’ban adalah bulan di mana amalan kita diangkat kepada Allah s.w.t.
Nabi kita Muhammad ﷺ Bersabda:
ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِم
“Ia adalah bulan di mana orang-orang cenderung untuk lalai, antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ia adalah bulan yang di dalamnya amalan diangkat kepada Tuhan sekalian alam, dan aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.”
(Sunan An-Nasa’i)
Nabi ﷺ telah memperbanyakkan ibadahnya dengan berpuasa lebih banyak berbanding bulan-bulan lain (selain Ramadhan).
2. Sya’ban adalah bulan dimana diturunkan padanya ayat mengenai Perintah Selawat
Seperti yang dinukilkan oleh Imam Al-Qastallani dan Abu Dzar Al-Harawi, pada bulan Sya'ban diturunkan ayat 56 dari Surah Al-Ahzab kepada Nabi s.a.w. Oleh itu, para ulama sentiasa mengingatkan kita untuk memperbanyakkan Selawat dan Salam ke atas Nabi kita s.a.w berdasarkan ayat:
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلاَئِكَـتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam sejahtera dengan penuh penghormatan kepadanya."
(Surah Al-Ahzab 33:56)
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
3. Qiblat telah ditukarkan pada hari ke 15 Sha’ban
Selain itu, Al-Imam Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan-Nihayah, menyebut jumhur ulama berpandangan bahawa 15 Sya'ban juga merupakan tarikh berlakunya pertukaran Qiblat (arah solat).
Masjid Qiblatain di mana terdapat 2 kiblat bagi umat Islam
Qiblat bagi umat Islam pada masa awal zaman Nabi pada mulanya menghadap ke Baitul-Maqdis, kota suci di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa sehinggalah Allah s.w.t. kemudiannya Mewahyukan kepada kekasih-Nya Nabi ﷺ kira-kira 2 bulan selepas Hijrah agar menghadap ke arah Ka'bah di Masjidil Haram:
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
"Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering menengadah ke langit, maka akan Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja engkau berada, maka hadapkanlah wajahmu ke arah itu."
(Surah Al-Baqarah, 2:144)

🌹MENJADI UMMAHNYA BAGINDA ﷺ ADALAH NIKMAT TERBESAR🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 11 February 2024/ 01 Sha’ban 1445 Fajr Prayer, Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Kita telah memasuki bulan Sya'ban. Semoga Allah ﷻ Memberkati kita. Ia adalah bulan Nabi kita ﷺ. Allah ‘Azza wa-Jalla Menetapkan hari dalam setiap bulan sebagai nikmat kepada Nabi kita ﷺ supaya kita mendapat manfaat daripadanya. Janji Allah ‘Azza wa-Jalla adalah benar.
Orang-orang di sini mengharapkan sesuatu sebagai balasan apabila mereka mengatakan sesuatu. Allah ‘Azza waJalla memberikannya secara percuma, ambil saja. Allah ‘Azza wa-Jalla sedang memperlakukan kita dengan (memberikan kepada kita) nikmat (dengan) berkata, “Ambillah dari permata-permata ini. Ambillah dari barang-barang yang berharga ini.” Tetapi manusia meninggalkannya dan mengambil najis. Mereka mengambil kotoran dan perkara yang tidak berguna. Mereka mengambil perkara yang berbahaya. Allah ‘Azza wa-Jalla Memberi kita nikmat yang paling besar. Dia ﷻ Menjadikan kita dari Ummat Nabi kita ﷺ. Tiada nikmat yang lebih besar daripada ini.
Orang-orang tidak tahu akan nilainya. Sifat-sifat orang-orang adalah seperti ini, disebabkan adanya ego. Dan ego pula memilih yang buruk, bukan yang baik. Oleh itu, kita melihat keseluruhan keadaan masa ini. Mereka telah memberikan perkara sedemikian kepada ego di dunia ini supaya ego melakukan apa sahaja yang ia mahu. Mereka sedang mengindoktrinasi dan mengajar orang di mana-mana. Oleh itu, dunia ini sentiasa menjadi lebih buruk, dan bukannya lebih baik. Jika mereka menunjukkan rasa hormat dan mengetahui nilai Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, ia tidak akan menjadi seperti ini. Tidak akan ada keadaan seperti itu.
Apabila kita tidak menerima apa yang dianugerahkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla kepada kita, Allah ﷻ tidak Menyukainya. Lebih banyak manfaat yang anda ingin perolehi, atau lebih banyak yang anda cuba memuaskan hati anda, tiada apa yang akan berhasil untuk anda melainkan jika anda berada di jalan Allah ﷻ.
Ia tidak berguna di sini, dan ia akan menjadi lebih teruk selepas ini.
Oleh itu, untuk mendapat manfaat daripada bulan-bulan yang berharga ini, kita haruslah lebih mengingati Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Mengingati Baginda ﷺ dan Berselawat ke atas Baginda ﷺ membawa manfaat yang besar kepada kita di dunia dan akhirat. Ketaatan dan ibadah yang dilakukan di dunia ini membawa kedamaian dan Barakah kepada manusia. Ia juga membawa kegembiraan dengan Izin Allah ﷻ.
Sudah tentu kita melihat keadaan dunia ini. Penindasan telah mencapai kemuncaknya. Maknanya penghujungnya sudah dekat. Oleh itu, untuk tidak bersama-sama dengan orang yang zalim, kita hendaklah berjalan di atas Jalan Rasulullah ﷺ dan meletakkan cinta kepada Baginda ﷺ di dalam hati kita. Cinta kepada Baginda ﷺ hendaklah melebihi segalanya. Ia (cinta itu) mestilah lebih tinggi berbanding (cinta kita) kepada ibu, bapa dan diri kita sendiri, kata Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Semoga Allah ﷻ Memberikan ini kepada semua orang. Semoga Dia ﷻ Memberi Petunjuk kepada Ummati Muhammad ﷺ. Ummati Muhammad ﷺ mengejar ego-ego mereka dan keluar dari Jalan. Semoga Allah ﷻ Memperbaiki mereka. Semoga Allah ﷻ Memberi kekuatan kepada Iman kita untuk kemuliaan bulan Nabi kita ﷺ yang mulia ini dan untuk kemuliaan Baginda insya Allah.

🌹LINDUNGILAH IMAN ANDA YANG SANGAT BERHARGA 🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
12 February 2024/ 02 Sha’ban 1445
Fajr Prayer, Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.
Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Terdapat banyak musuh yang ingin mengambil barang berharga. Sama ada permata, wang, atau harta; musuh berfikir tentang bagaimana mereka akan mengambilnya sepanjang masa. Perkara yang paling berharga adalah Iman. Dan musuh terbesar adalah syaitan. Dia berusaha untuk mencuri Iman anda sepanjang masa. Dia berusaha untuk mengambilnya dari anda sepanjang masa.
Maka atas sebab tertentu, tiada perpaduan antara umat Islam. Mereka tidak boleh membantu antara satu sama lain. Selalu ada perselisihan antara mereka. Tetapi mereka-mereka yang sesat, yang tiada Iman itu pula bersatu. Kerana mereka tidak mempunyai apa-apa yang berharga. Dan kerana mereka tidak mempunyai sesuatu yang berharga, syaitan berkata, "Mereka sudah menjadi milikku," dan dia tidak mendekati mereka. Mereka itu lebih teruk dari syaitan. Mereka pergi dengan cara yang sama. Oleh itu, tiada apa yang mendekati mereka. Dia berkata, “Mereka betul-betul seperti yang saya mahukan. Mereka adalah musuh bagi orang yang beriman dan beragama Islam. Mereka adalah musuh Allah ﷻ. Kami berada di barisan yang sama. Tiada rasa takut untuk mereka. Kita patut mencuri benda berharga ini daripada musuh kita dan biarkan mereka dalam keadaan sedemikian.”
Kami menunjukkan ini sebagai contoh rohani. Tetapi ia juga sama secara fizikal di dunia ini. Di mana sahaja ada sesuatu yang berharga, ahli syaitan memintanya dan bergegas ke sana. Mereka mengambil benda berharga itu dan menyebabkan bencana kepada manusia. Beberapa perkara adalah bencana. Tetapi beberapa perkara adalah berharga, dan kita mesti melindunginya. Emas, petrol dan ini dan itu mempunyai banyak musuh; ia adalah jelas. Di mana sahaja terdapat perkara-perkara berharga seperti ini di dunia ini, orang ditindas di sana dan diambilnya daripada mereka. Ada kemiskinan mutlak begitu sahaja. Mereka mempunyai segala-galanya di atas dan di bawah mereka, tetapi mereka tidak memiliki apa-apa. Musuh telah mengambilnya.
Iman lebih penting. Kita mesti melindunginya. Ia mempunyai banyak musuh. Seperti yang kita katakan, musuh terbesar adalah syaitan, ego. Kita mesti berhati-hati dan terus berjalan tanpa putus asa. Kita mesti melindunginya. Allah ﷻ akan Melindunginya. Ia dilindungi dengan berdoa, dengan berjalan di Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla dan berjalan di Jalan Nabi kita ﷺ. Semoga Allah ﷻ Melindunginya.
Semoga kita tidak menginginkan kotoran dunia ini dan kehilangan harta berharga yang kita miliki insha’Allah.

🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.
Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ
Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.
Sollu a'lan Nabi ﷺ

🌹HARTA BENDA SEDANG MENJADIKAN MEREKA FIRAUN🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 13 Februari 2024/ 03 Sha’ban 1445 Solat Subuh , Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad.
Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Kekayaan kadang-kadang baik untuk orang, dan kadang-kadang buruk. Sesetengah orang menganggap diri mereka tinggi (kedudukan) apabila mereka mempunyai banyak wang. Mereka tidak suka orang lain dan bertindak sombong. Mereka tidak menerima kebenaran. Mereka berusaha untuk melakukan sesuatu mengikut fikiran mereka sendiri. Mengapa mereka berbuat demikian? Ego manusia adalah seperti Firaun. Ego mempunyai dakwaan (diri) sebagai tuhan. Oleh itu, apabila ia mempunyai sedikit kuasa - Wang sentiasa berkuasa. Emas adalah kuasa. Oleh itu, orang bodoh menganggap diri mereka tinggi (kedudukan) apabila mereka memilikinya.
Memang macam ni sejak dulu lagi. Ia bukan perkara baru. Allah ‘Azza wa-Jalla Menciptakan manusia seperti ini. Dia ﷻ Mencipta ego dan syaitan juga. Mereka yang mengikuti mereka mengaku sebagai tuhan apabila mereka mempunyai sesuatu. Begitu juga pada zaman sekarang. Ia lebih teruk lagi. Terdapat wang dan kuasa, dan mereka mahu memerintah dunia sekarang. Juga, Allah ‘Azza wa-Jalla telah memberikan sedikit ilmu. Mereka menganggap ilmu itu sangat hebat. Akan tetapi ia bukanlah sebutir zarah di sebelah Keagungan Allah ‘Azza wa-Jalla. Ia adalah satu kesilapan untuk membandingkannya (walau) dengan zarah.
Apa yang Firaun telah katakan? Firaun berkata, “Akulah tuhanmu yang terbesar. Ana Rabbukum l’A’la (Qur’an 79:24). Aku adalah tuhanmu yang tertinggi.” Sentiasa ada Firaun dalam setiap masa. Begitu juga pada zaman sekarang. Ia berterusan. Tetapi dengan Kebijaksanaan Allah ﷻ, mereka adalah orang yang dibenci, kerana mereka adalah musuh Allah ﷻ. Manusia membenci musuh-musuh Allah ﷻ. Walaupun mereka tetap dekat dengan mereka untuk kepentingan peribadi, mereka tidak mempunyai sedikit pun cinta kepada orang-orang itu di dalam hati mereka. Orang-orang itu hidup di dunia ini selama beberapa hari, dan kemudian mereka mati seperti Firaun. Oleh itu, bukanlah satu perkara yang bijak untuk ditipu oleh harta dan kebendaan.
Orang yang mempunyai harta dan memberinya di Jalan Allah ﷻ adalah orang yang dikasihi, kerana Allah ﷻ Mencintai orang yang pemurah. Allah ‘Azza wa-Jalla Mengasihi orang yang memberi apabila Dia ﷻ memberikannya itu kepada mereka. Dan mereka tidak membuat dakwaan sedemikian, kerana mereka tahu dalam hati mereka bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla adalah Pemilik segala harta dan kebendaan. Jika Dia ﷻ Menjadikan kita asbab dan memberikannya kepada kita untuk berkhidmat, itu adalah keberuntungan yang besar dan kebahagiaan yang besar.
Dunia ini tidak lama. Walaupun anda memiliki dunia ini, anda akan meninggalkannya. Oleh itu, orang-orang cerdik pandai hendaklah memberikan perkara yang diperintahkan dan dianugerahkan oleh Allah ﷻ kepada kamu di Jalan Allah ﷻ. Mereka haruslah berada di Jalan Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Izinkan kita semua menginfakkan nikmat ini di Jalan Allah ﷻ. Kita akan menjadi dari golongan yang dikasihi Allah ‘Azza wa-Jalla. Semoga Allah ﷻ Meredhaimu.