SufiHub (Bahasa)
160 subscribers
561 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ
🌹KESEMUA IBADAH UNTUK DIKERJAKAN PADA BULAN REJAB🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
11 Januari 2024/ 29 Jumada al-Thani 1445
Cairo, Mesir

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Kami biasanya [langsung] berzikir pada hari Khamis. Tetapi kerana kami jarang datang ke Mesir, kami akan membuat Sohbah secara ringkas [sebelum Dzikir] agar menjadi manfaat yang besar insha'Allah.

AlhamduliLlah kami telah tiba insha’Allah di bulan Rejab: esok atau lusa di negeri anda. Di sesetengah negara ianya adalah pada hari Sabtu, lusa. Bagi kami ia adalah esok, di Turki dan beberapa tempat di dunia. Ini adalah hari yang diberkati, malam yang diberkati dalam setahun. Terdapat beberapa malam yang diberkati. Malam ini adalah Laylatul Ragha’ib. Pada Laylatul Ragha’ib, Doa dimakbulkan pada malam ini.

Ini adalah malam yang diberkati yang dihidupkan oleh Awliya, orang-orang soleh dan para ulama. Pada kebangkitan di waktu malam, Rasulullah salla Llāhu ‘alayhi wa- sallam bersabda untuk berwuduk, solat dua rakaat sebelum tidur dan bangun untuk Tahajjud. Ini akan ditulis sebagai Qiyamu l-Layl. Tidak perlu bangun sepanjang malam dan tidak tidur. Ada berwuduk dan tidur, kemudian bangun untuk solat dan Tahajjud.

Qiyamu l-Layl juga dianggap sebagai Rahmat. Segala sesuatu kerana Allah ﷻ dianggap di sisi Allah ﷻ sebagai ibadah. Anda makan, minum, tidur, bekerja, berkahwin itu dikira di sisi Allah ﷻ dan niat anda kerana Allah ﷻ, itu semua dikira sebagai ibadah untuk Allah ﷻ insha’Allah. Ini adalah dari Rahmat Allah ﷻ kepada manusia, kepada semua manusia untuk mereka masuk ke dalam agama Allah ﷻ, agama Islam. Kebanyakan orang tidak mengambil iktibar. Ini sudah ditakdirkan. Siapa yang ditakdirkan untuk ini daripada Allah ﷻ, ini adalah dari Rahmat Allah ﷻ. Dari RahmatNya Dia ﷻ dan Belas KasihNya kepada kita.

AlhamduliLlah kita sedang berkumpul sekarang. Lusa, sudah tentu , adalah bulan Rejab, bulan Allah ﷻ. Pada bulan Allah ﷻ, banyak ibadah, salah satunya adalah puasa. Sebagian orang berpuasa selama tiga bulan: Rejab, Sya’ban dan Ramadhan. Ada yang berpuasa pada hari-hari yang diberkati. Ada yang berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Masing-masing mengikut kemampuannya. Seseorang mesti menjalankan tugas ini. Tugas-tugas ini memberi manfaat kepada manusia. Sesiapa yang melaksanakan kewajipan ini, ia akan memberi manfaat kepadanya di dunia dan di akhirat, sudah tentu.

Selepas itu, solat. Solat itu penting. Beberapa orang berkata: “Kami berzikir kepada Allah ﷻ, kami bertasbih. Kami tidak solat.” Solat adalah Imadu d-Din, tiang agama. Kepala (asas) segala sesuatu ialah solat. Tanpa solat maka tidak ada faedah.

Jika seseorang bertasbih sepanjang hayatnya tanpa solat, dia tidak mendapat manfaat walau sebesar zarah pun. Solat itu penting. Jika dia tertinggal solat dan menjadi Qada’ (perlu digantikan), dia boleh mengqadha’nya(menggantikannya).
Di akhirat, dia tidak dihukum kerananya. Tetapi di dunia ini, dia tidak boleh mendapat ganjarannya. Jika dia solat sepanjang hayatnya, dia tidak mendapat pahala satu solat. Dalam solat, jika solat ditunaikan pada akhir-akhir waktu terakhir [sembahyang] mendekati, solat itu kurang [dalam nilainya dan segala-galanya]. Memetik Sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, solat pada awal waktunya adalah permata, [sementara] pada waktu terakhir ia adalah perkara biasa. Baginda ﷺ bersabda, solat pada awalnya adalah seperti makanan segar, manakala pada waktu akhir-akhir waktunya ia adalah makanan basi.
Itu adalah penting. Ramai orang tidak mengambil berat tentang perkara ini. Malah dari ahli Tariqah, mereka tidak kisah. Selepas itu, ada beberapa orang yang berkata: “Syeikh ini mengatakan bahawa jika seseorang mempunyai solat Qada’, hendaklah dia solat. Selama lima belas atau dua puluh tahun, kami tidak solat. Bagaimana kita boleh menggantikan solat-solat itu? Kami tidak boleh menunaikan solat-solat itu”
Anda boleh. Buat sahaja jadual selama lima belas tahun: dengan setiap solat(selepas menunaikan solat fardhu),(teruskan dengan) solat Qada’. Jangan tergesa-gesa. Jika Allah ﷻ menjemput anda dengan kematian, dan anda berniat untuk menunaikan kesemua solat-solat itu, Allah ﷻ akan mengampuni anda.

Sesetengah orang memahami beberapa perkara secara salah. Mereka mengatakan bahawa Syeikh ini memberitahu kami bahawa sesiapa yang solat dua rakaat pada bulan Ramadan atau selainnya atau pada Laylatu al-Qadr - kami mendengar bahawa dua atau tiga kali - ini adalah Qada' (menggantikan) kesemua solat-solat. Itu tidak betul. Sudah tentu, Allah ﷻ mengampuni kita, Allah ﷻ lebih mengetahui. Tetapi pada hakikatnya, tidak ada perkara seperti itu. Sudah tentu, Allah ﷻ mengampuni kita; tiada syak wasangka. Tetapi untuk dua rakaat sebagai ganti semua solat-solat, tidak, kita tidak boleh mengatakan itu benar. Kami tidak pernah mendengar tentang ini, baik dari Syeikh Syeikh Nazim Al-Haqqani kami mahupun Syeikh AbduLlah Al- Fa’iz Ad-Daghestani. Mereka adalah lautan dalam ilmu, dalam Syariah, dalam Fiqh, dalam sains. Dan tidak pernah kita mendengar seperti ini walau sekali pun. Jika Murid, yang mengatakan saya termasuk [Tareqah ini], ingin meminta kewajipan: kewajipan pertama ialah menjaga solatnya insha’Allah.

InsyaAllah esok di negara anda bukanlah [hari pertama] bulan Rejab. Selepas esok bermulanya bulan Rejab. Dari awal Rejab insha'Allah, siapa yang tidak solat hendaklah berniat solat insya'Allah. Sesiapa yang mempunyai Qada’, hendaklah dia mengerjakan solat Qada’. Dengan setiap solat, solat Qada’; yang mudah. Empat rakaat, dua rakaat, tiga rakaat selepas solat. Itu adalah berfaedah. Semoga Allah ‘Azza wa-Jalla mengampuni kita insyaAllah, dan membalas kita dengan apa yang dijanjikan-Nya kepada orang-orang yang mengerjakan solat pada waktunya. Rahmat Allah ﷻ adalah meliputi segala-galanya.

Semoga Allah ﷻ menerima dari kami dan dari kamu. Semoga Allah ﷻ memberi kita kejayaan dalam setiap kebaikan. Dan semoga Dia ﷻ meneguhkan kita di jalan yang lurus, di jalan Rasulullah salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, di jalan para Auliya dan Mashayikh yang soleh.

Dengan kemuliaan Surah Al-Fatihah.

https://tme/mawlanasultan
السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم


🌹Zikir Khatam Khwajagan & Tahlil untuk Urs of Mawlana Shaykh Nazimق malam ini.

Butiran majlis di bawah..

8.30 malam - Ishak

8.45 malam - Tahlil

9.15 malam - Khatam Khwajagan

10.00 malam - Sohbah ringkas & jamuan ringan


📌 Yang berhajat sertai kami melalui ZOOM, ini linknya 👇🏼

tinyurl.com/KhatamSufiHubSG

Semua dijemput hadir.

Wassalam.
🌹EGO KITA ADALAH SEPERTI KELDAI🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
13 Januari 2024/ 02 Rajab 1445
Cairo, Mesir

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ
(Qur’ān 09:18).
‘‘Innamā Ya`muru Masājida Allāhi Man 'Āmana Billāhi Wa Al-Yawmi Al-'Ākhiri’’
"Sesungguhnya yang layak memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat."

Allāh ‘Azza wa-Jalla menggesa orang-orang yang beriman dan beragama Islam untuk membina rumah-rumah untuk Allāh ‘Azza wa-Jalla, masjid untuk Allāh ‘Azza wa-Jalla. Kami kini berada di tempat ini, di dalam masjid tentunya. Ini adalah Zawiyah, maksudnya masjid. Mereka solat di dalamnya, mereka menyembah Allah ﷻ, mereka mengingati Allah ﷻ, mereka meminta kepada Allah ﷻ. Mereka meninggalkan Dunia di luar dan masuk untuk menyembah Allah ﷻ, untuk mengingat, untuk berzikir,

أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ
“A-lā bi-dhikri Llāhi taṭmainnu l-qulūb”,
"Ingatlah bahawa hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."(Qur’ān 13:28)
Dengan zikir mereka mengingati Allah ﷻ. Memasuki Zawiyah, masjid atau lain-lain, ini adalah satu sebab untuk muhasabah diri. Seseorang masuk ke masjid untuk menunaikan solat atau beribadat kepada Allah ﷻ. Dia tidak memasuki itu untuk minum kopi, untuk tidur atau itu. Sudah tentu sesiapa yang memasuki masjid, inilah yang dimaksudkan dengannya.

AlhamduliLlah di sini, saudara kita, saudara kita, Mustafa, Mustafa dan Mustafa, niat mereka adalah ikhlas semata-mata kepada Allah ﷻ, kerana Allah ﷻ. Alhamdulilah kami telah ditakdirkan ke sini. Semuanya ini adalah atas Perintah Allah ﷻ Ketentuan dan TakdirNya. Ianya telah ditentukan untuk kami datang ke sini. Kami dijemput datang ke sini di Luxor, AlhamduliLlah kami tidak berniat langsung, tidak ada dalam fikiran kami. Tetapi kemudian, Allah ﷻ Memudahkannya. Kami suka datang ke tempat ini. AlhamduliLlah kami telah datang, dan ia akan menjadi Rahmat untuk kami, untuk anda dan untuk semua yang berada di sini.

Perkara yang paling penting adalah ianya dikerjakan kerana Allah ﷻ. Supaya hati kita tulus ikhlas kepada Allah ﷻ. Agar hati kita juga menjadi sebuah masjid untuk Allah ﷻ, untuk membina hati kita juga insya Allah. Kami membina hati kami di atas Iman dan Islam insha'Allah. Ini yang penting. Kita kerjakan pada luarannya, dalamannya: sedikit demi sedikit ianya akan bertambah baik in’shaAllah

Di sini kita mendengar bunyi burung. Hāshā mina l-ḥuḍūr (jauh sekali dari penonton), ada satu contoh, kami mendengar di sana ada satu keldai yang menjerit. Saya teringat sebuah kisah yang pernah diceritakan oleh Mawlana Sheikh, yang menggambarkan ego kita. Ia adalah cerita yang semua orang tahu, saya rasa. Terdapat di ladang: seekor keldai, seekor anjing, seekor kucing, dan seekor ayam jantan. Dan pemilik ladang itu adalah seorang penindas. Dia menindas mereka. Haiwan ini bersetuju untuk lari dari ladang, “Pada waktu malam, kita akan melarikan diri. Lelaki itu tidak akan nampak kita. Kita akan melarikan diri dan menamatkan siksaan ini, kita akan menamatkan kemudaratan, kita menamatkan kesusahan ini.” Mereka semua bersetuju dan melarikan diri. Mereka tiba dua hari kemudian. Pada waktu pagi, Subuh dan mereka terlalu jauh dari ladang. “AlhamduliLlah kita sudah selesai daripada azab ini. Sekarang kita bebas, kita boleh makan dan minum. Tidak ada yang menindas kami, tidak ada yang memukul kami.” Mereka mula makan.
Sejam kemudian, dua jam kemudian, keldai itu berkata: "Saya mahu menjerit (meraung)!" "Tidak tidak! Tidak sama sekali! Sekarang dia akan mendengar suara kita dan dia akan datang, dan menangkap kita dan kita kembali kepada siksaan.” "Baik." Dua jam kemudian dia berkata: "Saya perlu meraung!" "Tidak, sekarang dia akan lebih banyak memukul kita kerana dia letih (mencari kita)." "Baiklah." Dia diam semula. Tidak lama kemudian, dia berkata, "Sudah, saya tidak boleh menahannya lagi!" Dan dia mula meraung dengan suaranya yang paling kuat. Gunung dan lembah bergema dari suaranya.

Ini adalah gambaran ego kita. Sedikit demi sedikit, seseorang menahan (dirinya) sekali, dia menahan (dirinya) lagi, dan apabila dia menjerit datanglah syaitan, menangkapnya dan mengembalikannya, kemudian dia lari lagi. Maka ego haruslah sentiasa dikawal, dan tidak meninggalkan ego anda. Pemilik mereka itu telah menemui mereka dan membawa mereka kembali. Ego kita lebih teruk dari keldai. Ramai orang telah katakan begini. Tetapi yang penting ialah setiap kali - Seseorang telah bertanya kepada Mawlana Syeikh, Mawlana Syeikh dan semua ‘Awliya adalah sama, “Kami memperbaiki diri selama satu atau dua tahun atau lebih, kemudian kami kembali dan melakukan perkara yang salah. Jika kita bertaubat, adakah Allah ﷻ akan Mengampuni kita?” Dia ﷻ memaafkan kamu sekali dan dua kali. Sebagaimana Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam bersabda: “Kamu jadi letih, tetapi Allah ﷻ tidak jemu. Dia ﷻ menerima daripada kamu jika kamu bertaubat dan kembali kepadaNya ﷻ.” Ini yang paling penting inshaAllah. Ego kita adalah seperti keldai. InshaAllah semoga Allah ﷻ Mengampuni kita.

Tempat seperti ini dan perhimpunan Tariqah - Perhimpunan Tariqah adalah penting. Perkara yang paling penting dalam Tariqah ialah tidak mencampuri urusan orang. Terutama politik, jangan sekali-kali masuk campur. Ia bukan untuk kita. Politik adalah untuk orang-orang politik. Kami adalah ahli Dzikir, ahli Tafakkur (bermuhasabah), ahli ibadah. Ini kewajipan kita.

“ ُكُلٌّ مُيَسر   لِمَا خُلِقَ لَه “
“Kullun muyassarun limā khuliqa lah”
“Tiap-tiap orang dimudahkan atas apa yang diciptakan untuknya.”
Insha’Allah, orang politik dipermudahkan kepada politik, orang yang berkerja dipermudahkan kepada kerja
“ ُكُلٌّ مُيَسر   لِمَا خُلِقَ لَه “
“Kullun muyassarun limā khuliqa lah”,
“Tiap-tiap orang dimudahkan atas apa yang diciptakan untuknya.”
Insha'Allah kami akan berada dalam ini. Itu adalah penting. Orang Tariqah itu berbeza. Semua jenis manusia ada didalamnya. Pintu telah dibuka untuk mereka semua. Kami tidak mempunyai pintu yang tertutup. Orang kumpulan, orang politik ada orang tertentu masuk. Mereka yang menentang mereka tidak masuk. Kami AlhamduliLlah, yang mahu kami masuk: selamat datang, yang mahu keluar dan keluar: selamat tinggal.

Ini adalah Tariqah insha’Allah. Tariqah kebahagiaan, inilah jalan kebahagiaan. InsyaAllah Dia ﷻ akan Menjadikan kita istiqamah di atasnya insyaAllah. Semoga Allah ﷻ Menambahkan ahli Tarekat. Ahli Tarekat adalah manfaat untuk negara, untuk rakyat, untuk keluarga, untuk masyarakat. Mereka adalah berfaedah.

Mereka mahukan kebaikan untuk semua orang. Dalam Tariqah, hasad dengki adalah haram. Anda melihat orang lain, anda boleh berharap anda mempunyai sesuatu, tetapi iri hati sehingga ingin membahayakan orang lain (adalah haram). Hal ini diharamkan dalam Tariqah, sudah tentu dalam Syariat ia adalah haram. Tetapi sudah tentu, dalam Syariah mereka memberikan keputusan agama yang berbeza.

Semoga Allah ﷻ Membantu anda dan Melindungi negara ini, negara yang mulia dan diberkati ini. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam memberkati dan menyukainya. Jadi semua seratus juta ini di sini, semuanya, Allah ﷻ akan Memberi mereka Rizq (rezeki), Allah ﷻ akan Melindungi mereka insha’Allah. Semua rakyat negara ini mencintai agama, mereka mencintai Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Inilah yang kami katakan, ada syaitan yang mahu menggoncangkan Iman ini di negara ini dengan mengatakan kami adalah orang Muslim. AlhamduliLlah mereka sedikit.
Majoritinya adalah ahli Tareqah, ahli tasawuf, Pencinta Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.

Ya Allah ﷻ Perbanyakkan dan Berkatilah.

Al-Ĥamdu li-Llāh Rabbi l-‘Ālamīn. Al-Fatiha.
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ
🌹TANAH ORANG-ORANG SOLEH🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
13 Januari 2024/ 02 Rajab 1445
Cairo, Mesir

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوا۟ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ
(Qur’ān 16:128).
‘‘Inna Llāha ma‘a lladhīna it-taqaw wa lladhīna hum muḥsinūn’’
"Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan."
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Dalam Ayat ini, Allāh ‘Azza wa-Jalla berfirman bahawa Allah ﷻ bersama dengan kita, bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Tuhannya dan orang-orang yang berbuat kebaikan. AlhamduliLlah. Ya Allah ﷻ jadikanlah kami termasuk golongan mereka. Inilah jalan kemakmuran, jalan kejayaan, jalan untuk memenangi syurga. Dua hari lalu, Saif berkata: "Lelaki ini Masha'Allah ikhlas, boleh dipercayai." Saya memberitahunya, "Ini adalah lelaki yang bijak." Orang yang ikhlas dan amanah akan menjadi pemenang di dunia dan di akhirat. Siapa yang tidak amanah, pengkhianat, penipu, pembohong, dialah yang paling bodoh di antara yang bodoh. Dia fikir dia bijak, bahawa dia adalah "Falhawi", seperti yang dikatakan orang Mesir. Dia tidak mempunyai fikiran; fikirannya itu adalah sekecil fikiran burung.

Kerana sesiapa yang memenangi dia - dia sentiasa dalam ketakutan, sentiasa dalam kebimbangan, tidak ada Barakah yang sentiasa bersamanya. Dia tidak berpuas hati, walaupun Allah ﷻ menunjukkan kepadanya jalan yang lurus, jalan kebahagiaan, jalan kemenangan di dunia dan di akhirat. Siapa yang juga pernah melakukan kesalahan di dunia ini akan jadi takut. Dalam perkara yang paling kecil, walaupun dia berjalan di jalanan, dia takut. “Kalau polis tangkap saya, atau jika orang yang saya tipu ini melihat saya kemudian menghina saya atau memukul saya." Dia sentiasa risau. Sesiapa yang melakukan kesalahan di dunia ini, jika dia memohon ampun kepada Allah ﷻ, sudah tentu Allah ﷻ akan Mengampuninya. Tetapi jika dia menyakiti orang lain atau mengambil hak mereka secara zalim, dia harus memohon ampun kepada Allah ﷻ dan memohon ampun kepada orang yang dia aniaya. Tidak ada rasa malu dalam hal itu. Allah ﷻ Mengampuninya insyaAllah. Dan bagi orang-orang yang dianiaya atau dizaliminya, jika dia meminta ampun kepada mereka, mereka selalunya akan memaafkannya.

AlhamduliLlah saya telah sampai ke umur ini. Saya telah mendapatkan beratus-ratus cerita daripada contoh ini. Sesiapa yang melakukan kesalahan, jika dia menyakiti orang, dia tidak akan mendapat manfaat di dunia ini. Manfaatnya sedikit. Dan ini, supaya Allah ﷻ akan mempertanggungjawabkan mereka di Akhirat, Dia ﷻ akan Memberikan kepada mereka di dunia ini. Dia Memberi kepada mereka agar hukuman mereka menjadi lebih besar. Bagi kebanyakan mereka yang menipu atau menganggap mereka telah menang (dengan penipuan itu), tidak pernah ada keuntungan. Rugi, sentiasa rugi. Allah ﷻ Mengazab mereka di Dunia ini sebelum Akhirat. Inilah sistem Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ, dan Allāh ‘Azza wa-Jalla adalah yang Paling Benar di antara mereka yang bercakap. Ini telah digambarkan oleh Allah ﷻ didalam Al-Quran dan dalam Hadis Qudsi, dan pada lidah Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Kesemua ini telah dikatakan oleh Nabi kita Muhammad ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.

Sesiapa yang tidak menerima akan ini, berkata "Eropah melakukan ini." Dia berkata, “Ini adalah tamadun, ini adalah kemajuan. Jika anda ingin berada di tahap tamadun kami, anda perlu turun ke bawah, ke bawah, ke bawah, ke bawah." Hari ini kami melalui terusan, baunya sangat menyengat.
Tamadun Eropah bukan sedang menaik tetapi ianya sedang turun, ke bawah, ke bawah dengan tikus, dengan nyamuk, dengan mikrob, dengan serangga.
“Ini adalah tamadun. Jika anda ingin turun ke dalam tamadun kami, anda mesti seperti kami." Inilah tamadun syaitan dan pembantunya. Mereka fikir mereka berbuat baik untuk diri mereka sendiri. Mereka merosakkan dunia dan dunia sedang dirugikan oleh mereka. Mereka tahu kebenaran tetapi tidak suka mengikutinya. Ini adalah dari ego mereka. Ego mereka tidak mahu ini. Syaitan tidak mahu ini. Kini, walaupun rakyat negara mereka berkata: "Apa yang mereka ajarkan kepada kami bertentangan dengan nilai kemanusiaan, malah terhadap kemanusiaan." Jika keadaan kekal begini, manusia tidak akan kekal. Ini sudah berakhir pada zahir dan batin. Ia sudah berakhir. Seperti yang kita katakan, ia turun ke bawah yang paling rendah, yang paling hina. Ia menjadi perkara yang paling kotor. Ia adalah topeng. Sesiapa yang melihat dengan kebenaran, walaupun dengan mata kasar akan melihat keadaan mereka. Tetapi terdapat ramai orang yang ditipu oleh mereka. Mereka ingin menjadi seperti mereka. Itu sesuatu yang tidak memberi manfaat; ia memudaratkan dan tidak memberi manfaat.

AlhamduliLlah, dalam perjalanan kali ini kami berada di selatan Mesir. Kami melalui kampung tanpa air, gunung tanpa pokok, tanpa rumput. Perkampungan miskin. Miskin tetapi kaya: miskin pada penampakannya, (tetapi)kaya rohaninya. Mereka termasuk orang-orang yang diterima oleh Allah ﷻ. Di kampung mereka, di rumah mereka anda lihat ada kemiskinan, tetapi alhamduliLlah anda melihat kegembiraan di wajah mereka atau dalam tindakan mereka yang anda tidak dapati di Eropah atau Amerika. Terutama Amerika, semoga Allah ﷻ memperbaiki umat Islam, memperbaiki manusia. Mereka fikir Amerika adalah syurga. Jika seseorang itu berusaha(melakukan kebaikan) sekuat tenaga (sepertimana sekuat keinginannya) untuk pergi ke Amerika, maka dia akan masuk Syurga seratus kali ganda. SubhanAllah,..insan. Semoga Allah ﷻ melindungi kami dan anda, dan membuka hati kami dan hati anda insya Allah, dan mata kami sehingga kita melihat kebenaran.

AlhamduliLlah di Mesir, ini juga bumi para ulama, bumi para sahabat, para Awliya dan Aqtab yang soleh di negara ini, negara yang sangat diberkati. Saya rasa semalam kita telah melawat kira-kira 20-30 makam, kesemuanya adalah Masha'Allah Ahlu l-Bayt, cucu-cucu Nabi kita ṣallá Llāhu 'alayhi wa-sallam, Khalifah, mereka yang berkuasa, ulama, Awliya di Kaherah. , dan juga di mana-mana. Saya kadang-kadang membaca ulama dan Awliya yang hadir. Kami membaca lebih seribu dan lebih banyak lagi. Setiap kali ia ditulis di akhbar, ia ditulis setiap kali ada di Kaherah, di Damietta, sana sini. Negara anda adalah Masha'Allah pusat ulama, Awliya dan Aqtab (kutub). Dengan Barakah mereka negara ini AlhamduliLlah di atas jalan yang lurus. Mereka banyak cuba merosakkannya. Ulama-ulama dahulu dan orang-orang yang datang selepas mereka menentang mereka yang ingin berubah, untuk mengubah Islam mengikut pendapatnya. AlhamduliLlah kerana mereka benar, mereka dilindungi. Penipu ini telah dihukum oleh Allah ﷻ di dunia sebelum akhirat. Kerana mereka ini mahu menjatuhkan Islam. Banyak kumpulan yang ditipu oleh mereka. Ramai golongan beranggapan merekalah yang mempertahankan Islam. Pembela Islam ialah Awliya, orang-orang soleh dan Aqtab yang ada di negara ini. Kerana mereka cuba melakukannya, para Awliya tidak menerimanya, mereka mengenakan ke atas mereka orang-orang zalim yang mengambil mereka dan menyelamatkan orang daripada mereka.

AlhamduliLlah sembilan hari telah berlalu. InsyaAllah esok kami akan bertolak dari sini. Ia adalah perjalanan yang diberkati inshaAllah. Semoga Allah ﷻMelindungi negara ini dan para penguasanya insyaAllah. InsyaAllah mereka semua adalah orang yang bertaqwa. Saya dengar mereka ada kaunselor. Mereka berunding dengan mereka dalam pekerjaan yang mereka lakukan jika mereka betul menurut agama atau menentangnya. AlhamduliLlah itu sudah cukup. Ini adalah satu Rahmat.
Nikmat yang paling besar ialah penguasa itu taat, beriman dalam solatnya, dalam perbuatannya. Allah ﷻ Memberkati dia dan penduduk negara. Dalam sebuah Hadis, Sayyidina Muhammad ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berkata, “Jangan bersumpah kepada para Sultan.” Apabila kamu menyumpah mereka, dan kamu melakukan yang bertentangan dengan perintah mereka, tidak ada faedahnya; ada kemudaratan. Doa dalam solat, buat Doa untuk Barakah insha’Allah. Semoga Allah ﷻ Memberkati kamu. Semoga Allah ﷻMelindungi negara ini dan memberikan Rizq kepada fakir miskin dan anak-anak menjadi anak yang soleh.

AlhamduliLlah kami melihat Masha’Allah kebaikan yang banyak, di selatan dan di utara, tetapi di selatan lebih banyak. Ada orang-orang yang soleh, anak-anak yang belajar agama, mereka mengajar mereka agama. Ini membuatkan kami gembira. Hati kami sangat gembira dengan pemandangan-pemandangan ini. Semoga Allah ﷻ Memberikan ini kepada negara kita. Negara kita sudah selesai. Negara kita, apa yang boleh kita katakan? Semoga Allah ﷻ memperbaiki mereka.

Mawlana Sheikh Nazim, bapa kami berkata: “Saya membawa kepada Islam beribu-ribu orang Eropah, ateis, kafir, Kristian, Yahudi, Buddha, tetapi di Cyprus tidak satu pun. Semoga Allah ﷻ memperbaiki mereka.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

https://tme/mawlanasultan
🌹BERDOA'LAH AGAR DAPAT BERISTIQAMAH 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
26 Januari 2024/ 15 Rajab 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

فَإِنَّ ٱللَّهَ يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ
‘Fa'inna Allāha Yuđillu Man Yashā'u Wa Yahdī Man Yashā'u’’
"Sesungguhnya Allah Menyesatkan sesiapa yang di kehendakiNya dan Memberi Hidayah Petunjuk kepada sesiapa yang di kehendakiNya".(Qur’ān 35:08). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Memimpin sesiapa yang Dia ﷻ kehendakiNya kepada Petunjuk, dan Dia ﷻ Memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada kesesatan, firman Allah ‘Azza wa Jalla. Hamba Allah ﷻ yang beruntung ialah mereka yang mendapat Hidayah. Sesungguhnya orang yang mendapat Hidayah hendaklah bersyukar kepada Allah ﷻ dan memohon pertolongan daripada Allah ‘Azza wa-Jalla agar istiqamah di atas jalan ini. Kerana Awliya’ yang paling hebat pun takut kehilangan Iman di nafas terakhir mereka.

Dengan Kebijaksanaan Allah ﷻ, hanya Allah ﷻ yang sentiasa Mengetahui apa yang akan kekal dan apa yang akan pergi. Oleh itu, jika anda sentiasa Memohon kepada Allah ﷻ, Allah ﷻ akan Menerima doa anda. Doa di mana anda berkata, "Teguhkan kami di jalan ini" pasti diterima. Tetapi mereka yang mentaati ego mereka dan berkata, “Saya seorang ulama. Saya seorang Syaikh. Saya seorang yang baik”, mereka yang bergantung pada diri sendiri akan mengalami kesukaran. Kita hendaklah memohon kepada Allah ﷻ . Kita hendaklah bertawakkal kepada Allah ﷻ

Allah ‘Azza wa-Jalla is saying:

ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ
‘’Id’ūnī ‘Astajib lakum’’
"Berdoa'lah kepadaKu nescaya Aku Perkenankan doa' kamu".
(Qur’ān 40:60).
“Berdoalah kepada-Ku. Aku akan Perkenankan dan Menerima Doa' kamu.”
Doa' yang paling penting ialah untuk kekal bersama dengan Iman. Berdoa untuk kekal bersama dengan Iman di Jalan Allah ﷻ yang indah ini adalah keuntungan yang terbesar. Tidak ada keuntungan yang lebih besar daripada ini. Kerana walaupun kamu memiliki seluruh dunia, tetapi (jika) kamu(tidak) berada di Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla, (maka) kamu tidak beruntung. Kamu adalah orang yang malang.

Kita sering melihat bahawa manusia adalah duniawi. Mereka tidak mempunyai amal di Jalan Allah ﷻ melainkan (jika mereka berada) di Jalan Allah ﷻ, (selain itu)mereka tidak ada nilainya. Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman dalam Al-Qur’an ‘Azimu sh-Shan bahawa seluruh duniamu tidaklah senilai satu sayap nyamuk. Apakah nilai sayap nyamuk? Apakah nilai sayapnya?

Oleh itu, yang pergi bersama Iman, yang ada Iman adalah orang yang beruntung. Allah ﷻ telah Memilih mereka dan Memberi mereka nikmat ini. Dan mereka yang tiada Iman adalah orang yang malang dan sengsara.

Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dan menjadikan kita istiqamah insha’Allah di Jalan yang indah ini, di jalan-Nya insha’Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.

Terdapat bacaan Khatam Qur’an , Salawat, Ayat, Surah-surah, Tasbihat, Dala’il al-Khayrat. Mereka telah memberikannya kepada kita untuk dihadiahkan kepada Nabi kita ﷺ.

Kami hadiahkan itu pertama-tamanya kepada Roh Suci Nabi kita ﷺ, Ahlul-Bayt dan Sahabatnya, roh semua Anbiya, Awliya, Asfiya dan Mashayikh, roh kerabat kita yang telah meninggal, roh Syaikh Mawlana Syaikh Nazim, Hajjah Anne, Hala Sultan, arwah Awliya, Asfiya, Sahabat dan Ahlul Bait, arwah kerabat kami, Muslimin dan Mu'minin.

Semoga matlamat baik mereka tercapai. Semoga kita diberi kekuatan Iman.Untuk kebahagiaan di Dunia dan Akhirat.

Li-Llahi Ta’ala l-Fatiha.
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ
🌹JAGALAH KEMULIAAN BANI ADAM🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
1 Februari 2024/ 21 Rajab 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘alaykum wa-raḥmatu Llāhi wa-barakātuh.

A‘ūdhu bi-Llāhi mina sh-shayṭāni r-rajīm. Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Aṣ-ṣalātu wa-s- Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-awwalīna wa-l-ākhirīn. Madad yā Rasūla Llāh, madad yā Sādātī Aṣḥābi Rasūli Llāh, madad yā Mashāyikhanā, dastūr Mawlānā Shaykh ‘Abdu Llāh al-Fā’iz ad-Dāghistānī, Shaykh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatuna ṣ-ṣuḥbah, wa-l-khayru fi l-jam’iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
"Wa-la-qad karramnā banī Ādam, wa-ḥamalnāhum fī l- barri wa-l-baḥr" (17:70).
Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Menciptakan anak Adam, manusia, pada kedudukan yang paling tinggi di antara semua makhluk. Dia جل جلاله Menciptakan mereka lebih tinggi daripada jin dan malaikat. Apabila mereka seperti yang Allāh جل جلاله kehendaki, apabila mereka berada di jalan Allāh جل جلاله, darjat mereka menjadi lebih tinggi daripada yang lain. Untuk mencapai tahap itu sebenarnya tidaklah sukar. Tetapi shayṭān menyesatkan semua orang kerana cemburu. Dia menjadikannya kelihatan seperti perkara yang paling sukar adalah berada di jalan Allah جل جلاله. Sedangkan tidak ada kesulitan dalam hal ini.

Selagi Allāh ‘Azza wa-Jalla mentakdirkannya, ia adalah mudah. Jika Allāh ‘Azza wa-Jalla telah mentakdirkan anda berada di jalan ini, anda adalah orang yang bertuah kerana akan mudah untuk anda mengikuti jalan ini, untuk pergi ke jalan ini. Tetapi sukar bagi orang yang tiada īmān, bagi orang yang tidak ditakdirkan untuk memiliki īmān, bagi orang yang tidak ditakdirkan oleh Allah جل جلاله. Dia melakukan kerja keras sepanjang hari, tetapi apabila datangnya perkara mengenai solat... Ini adalah untuk orang Islam walaubagaimanapun.

Berlainan pula dengan orang yang bukan Islam, yang tidak ada kaitan dengan Islam. Mereka tidak boleh mendekatinya sama sekali. Mereka takut. Mereka fikir akan adanya kematian. Namun begitu, ianya adalah mudah untuk berada di jalan Allāh جل جلاله. Jalan Allāh جل جلاله adalah Jalan yang indah. Jalan itu memberikan anda keindahan di dunia dan di akhirat dan kehidupan sebenar anda adalah di akhirat pula. Jika anda menempuh Jalan جل جلاله-Nya dan pergi ke Jalan itu, penghujungnya membawa kepada keselamatan yang kekal, keindahan dan semua jenis kebaikan. Tetapi seperti yang kita katakan, manusia mengikuti egonya, dia mengikuti syaitan. Ini telah menjadi lebih teruk di akhir zaman.

Pada zaman dahulu, tidak ada kejahatan sebanyak ini dan maksiat sebanyak ini. Hanya terdapat beberapa, tetapi orang yang beberapa itu pun malu. Mereka akan bersembunyi. Sekarang tidak ada sesuatupun yang seperti berasa malu.
Mereka fikir mereka sedang melakukan kebaikan. Walaupun mengetahui bahayanya itu kepada dirinya, dia pula berkata bahawa itu bukan apa-apa, menenagkan dirinya dan menenangkan egonya. Dan dia menjadi sesat. Kemudian, dia tanpa segan silu meminta penjelasan – “Mengapa ini berlaku? Mengapa itu berlaku?” Kepada siapa anda meminta penjelasan? Ada orang yang derhaka kepada Allah ‘Azza wa-Jalla. "Untuk apakah ini?" Ini adalah bentuk kebodohan terbesar. Ia adalah yang terbesar. Tidak mengetahui had batas seseorang itu sendiri dan melampaui batas adalah perkara yang buruk.

Semoga Allah جل جلاله Membantu kita semua. Kita hidup di akhir zaman. Kita sedang hidup tepat di tengah-tengahnya. Inilah hari-hari yang telah diceritakan oleh Nabi kita صلى الله عليه وسلم kepada kita. Ini adalah hari-hari dimana jika anda berkata perkara yang baik, mereka tidak akan menghormati anda dan akan memandang anda dengan buruk. Jika anda mengatakan perkara yang tidak baik, semua orang akan menganggap anda adalah sesuatu yang hebat dan mengejar anda. Mereka akan gembira dengan anda. Semoga Allah جل جلاله membantu kita. Semoga Allāh جل جلاله Melindungi kita semua dari masa yang buruk ini.
Allāh ‘Azza wa-Jalla, Dia جل جلاله Berfirman didalam Qura'n aẓīmu sh-sha’n: "Wa-la-qad karramnā banī  Adam wa-ḥamalnāhum fī l-barri wa-l-baḥr" (17:70). Allāh ‘Azza wa-Jalla, Dia جل جلاله Berfirman, "Kami ﷻ, Menjadikan mereka yang paling tinggi, Kami ﷻ Menciptakan Bani...manusia, anak-anak Adam 'alayhi s-salam. Kami Memuliakan mereka di antara seluruh makhluk, Menjadikan mereka yang tertinggi di antara ini. Bahkan lebih daripada jin, lebih daripada malaikat." Apabila anda berada di Jalan Allah جل جلاله, apa yang Dia جل جلاله Memuliakan anda, anda perlulah berhati-hati untuk menjaga kehormatan ini pada anda, anda akan menjadi lebih tinggi (kemuliaan) berbanding malaikat, lebih tinggi (kemuliaan) berbanding jin, lebih tinggi daripada makhluk lain.

Tetapi orang yang mereka tidak mencari ini. Mereka fikir untuk dihormati [adalah] dengan melakukan apa sahaja yang mereka sukai. Tidak. Jika anda melakukan apa yang Allāh جل جلاله suka, anda akan dimuliakan dan anda akan gembira. Dan ianya tidaklah sukar untuk terjadi, hidup. Anda sedang menjalani kehidupan itu, anda mungkin, ramai orang yang mereka fikir ia adalah kehidupan yang sangat panjang. Tidak, ianya adalah sangat pendek untuk semua orang. Bagi yang beriman, bagi yang tidak beriman, ianya adalah pendek.
Dan ianya adalah mudah untuk mengikuti Perintah Allah جل جلاله. kerana Allāh ‘Azza wa-Jalla, Dia جل جلاله Menghendaki kebaikan untuk kita. Dia جل جلاله ,Memuliakan kita dan kami... Kekalkan diri anda dalam ini, kemuliaan ini dalam diri anda. Janganlah mengikuti ego anda (jangan) ikut syaitan, kamu akan jadi rugi. Anda tidak akan dihormati lagi apabila anda melakukan ini. Anda akan jadi sangat hina.

Dan sangat mudah, saya... kami berkata, kami fikir, untuk melakukan apa yang Allah جل جلاله Memuliakan untuk orang beriman, untuk orang yang telah dipilih. Tetapi bagi orang lain yang tidak mengikuti Perintah Allāh جل جلاله, (yang) mengikut ego mereka, mereka boleh melakukan kerja yang sangat berat, kerja yang sangat letih, sepanjang hari, sepanjang minggu, sepanjang tahun tetapi jika anda berkata kepada mereka untuk datang dan berdoa dan melakukan ini. , sungguh berat bagi mereka. Mereka tidak boleh melakukan ini dan mereka berfikir, "Ini bukanlah untuk kami. Mereka ini untuk orang yang tidak berpendidikan, bukan orang yang baik." Tetapi Allāh ‘Azza wa-Jalla, Dia جل جلاله Menyeru seluruh manusia, semua manusia ke Syurga, kepada keamanan. Tetapi ego orang-orang, mereka itu menghalang mereka semua daripada ini.

Dan kita hidup dalam masa, ia adalah masa yang sangat sukar untuk orang yang beriman kerana semua yang kita tahu sebelum dua puluh tahun atau selama empat puluh tahun, bagaimana keadaan dunia. Mungkin jika anda mendapati seorang lelaki mabuk, orang-orang itu tidak gembira dengannya. Dan dia (pemabuk) itu juga malu untuk kelihatan seperti mabuk. Atau selepas ini, sebelum empat puluh tahun yang lalu. Selepas, sebelum dua puluh tahun yang lalu, mereka malu untuk menjadi seseorang memberitahu mereka bahawa anda menggunakan dadah atau sesuatu. Sekarang mereka tidak, tidak langsung. Tiada siapa yang takut pun. Sebagaimana sabda Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, kita hidup di akhir zaman, yang jika kamu mengatakan sesuatu yang baik, mereka, orang, yang tidak senang, “Tidak melakukan apa yang kamu lakukan” – [mereka] berkata. Jika anda berkata dan anda melakukan perkara yang tidak baik, mereka sangat gembira dan mereka menggalakkan anda. "Anda adalah hero, anda adalah... Kami suka anda, kami sayang anda, kami mengikuti anda." Kita hidup dalam masa yang teruk ini. Allah Selamatkan kami.

Tetapi kita tahu bahawa Allah جل جلاله bukan seperti orang-orang ini. Allāh جل جلاله Mengasihi kamu dan Memuliakan kamu apabila kamu berada di JalanNya [جل جلاله] ini. Jadi jangan ikut ego anda. Jangan ikut orang jahat, jauhi mereka. Jangan - hati anda telah berpuas hati dengan mereka. Setiap kali anda haruslah mesti tidak berpuas hati dengan orang-orang (jahat) ini. Tidak berpuas hati dengan anda, anda tidak mempunyai wang, anda tidak mempunyai sesuatu yang anda suka lakukan. Tidak.