SufiHub (Bahasa)
166 subscribers
579 photos
11 videos
4 files
87 links
Download Telegram
December 7, 2023
🌹MENGENAI PENTAFSIRAN MIMPI🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

BismiLlahi r-Rahmani r-Rahim:

قَالُوٓا۟ أَضْغَـٰثُ أَحْلَـٰمٍۢ ۖ وَمَا نَحْنُ بِتَأْوِيلِ ٱلْأَحْلَـٰمِ بِعَـٰلِمِينَ
(Qur’ān 12:44).
‘Qālū 'Ađghāthu 'Aĥlāmin ۖ Wa Mā Naĥnu Bita'wīli Al-'Aĥlāmi Bi`ālimīn’,
Mereka menjawab: "Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu".
Sadaqa Llāhu l-'Azim.
Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman mengenai mimpi. Yusuf 'alayhi s-salam mengetahui bagaimana hendak mentafsirkan mimpi. Pentafsiran dan penjelasan beliau mengenai mimpi adalah sangat tepat.

Terdapat beberapa orang-orang yang mampu mentafsirkan mimpi juga. Ianya adalah dengan Hikmah dari Allah ﷻ. Apabila orang-orang menutupi mata, mereka pergi ke alam-alam dan tempat lain. Dengan Hikmah Allah ﷻ, sesetengah mimpi itu adalah benar, sesetengah mimpi yang lain pula adalah dari syaitan dan sesetengah mimpi terjadi disebabkan pengaruh hari tersebut. Maka, apabila anda mendapat mimpi yang baik, hendaklah anda bersyukur kepada Allah ﷻ. Jika terdapat seseorang yang dapat mentafsirkan mimpi dengan baik, maka bolehlah diceritakan kepadanya. Jika tidak, tidaklah perlu menceritakannya kepada orang lain, kerana ianya berlaku sebagaimana anda mentafsirkan mimpi itu.

Seseorang telah menceritakan mimpinya yang benar kepada Yusuf 'alayhi s-salam, dan lelaki yang lain pula telah mengada-adakannya dalam kepalanya. Ia telah menjadi asbab kebinasaan bagi orang yang telah mengada-adakannya. Orang-orang berkata, "Kami telah bermimpi buruk. Kami jadi sangat takut". Tidak ada apa-apa untuk ditakuti. Selama anda tidak memberitahu akan itu kepada orang lain, ia tidak mempunyai apa-apa kesan atau bahaya. Maka, sesiapa yang telah alami mimpi buruk atau sesuatu yang mereka tidak tahu, tidaklah harus memberitahukannya kepada yang lain. Jika anda tidak memberitahukannya, ia akan menjauh pergi sepertimana yang anda lihatnya. Sebaliknya, jika anda memberitahu tentangnya dan seseorang lain mentafsirkannya dengan cara yang tidak baik, maka anda akan terkena keburukannya itu.

Perkara mengenai mimpi ini mempunyai Hikmah yang luar biasa dari Allah ﷻ. Orang-orang hendaklah melihatnya sebagai pelajaran. Hendaklah mereka melihatnya sebagai Kudrat dan Keagungan Allah 'Azza wa-Jalla. Kehidupan kita yang besar ini adalah umpama mimpi. Walaupun jika anda hidup selama seratus tahun, ia akan berakhir seperti mimpi. Maka, mimpi-mimpi adalah penting. Dan apa yang anda lakukan dengannya juga adalah penting. Sepertimana yang kita katakan, janganlah memberi perhatian terhadap mimpi yang buruk. Jika anda melihat sesuatu yang buruk dalam mimpi, hendaklah anda berlindung kepada Allah ﷻ. Jika anda bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah ﷻ, ianya akan berakhir dan ia tidak akan ada apa-apa kesan dengan Izin Allah ﷻ.

Sesetengah orang-orang datang dan berkata mereka telah bermimpi dengan mimpi yang sangat buruk sekali. Itu tidaklah penting sama sekali, Shukur kepada Allah ﷻ. Tidak ada sesuatu pun seperti mimpi-mimpi itu dengan pasti jadi kenyataan. Tetapi sepertimana yang kita katakan, janganlah memberitahu akan mimpi buruk itu walaupun kepada orang yang mentafsirkannya. Walaupun mereka akan mentafsirkannya dengan baik untuk anda, janganlah memberitahu akannya. Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita kehidupan yang baik dan kehidupan yang penuh hikmah. Semoga kita menghargai Hikmah Allah ﷻ dan hendaklah kita seharusnya, sudah tentunya, mentafsirkannya itu dengan kebaikan. Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita kehidupan yang baik yang berpanjangan. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita daripada kejahatan dan keburukan.
December 7, 2023
Semoga Allah ﷻ Melindungi kita semua dari Fitnah dan dari ketidaksusilaan.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 28 November 2023/ 14 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah 
December 7, 2023
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu A'lan Nabi ﷺ
December 7, 2023
December 7, 2023
December 8, 2023
December 8, 2023
December 8, 2023
December 10, 2023
December 10, 2023
Bismillahirahmanirahim

Malam ini 27 Jamadil Awwal, menandai Urs Grandsyekh Sharafuddin ad-Daghestani (qs), Guru ke-38 Rantaian Emas Naqsybandi.

Ketika beliau lahir, beliau membaca
'la ilaha illa-Llah'. Sejak kecil, beliau mendengar dzikir-dzikir pohon, batu, binatang, burung, dan gunung. . Beliau adalah penasihat Sultan Abdul Hamid sebagai Syekh ul-Islam, otoritas agama tertinggi di Kekaisaran Ottoman, dan secara unik diperbolehkan mengenakan sorban.

Selain Naqsybandiyya, syekhnya menghubungkan beliau dengan lima tarekat yang lain iaitu: Qadiri, Rufai, Shadhili, Chishti dan Khalwati, di mana beliau menjadi Guru pada usia 27 tahun. . Beliau memiliki tanda Tangan Nabi ﷺ yang darinya beliau mewarisi kemampuan untuk melihat ke belakang dengan jelas seperti mana ke depannya.

Dari rahasia Surat al-Anam beliau telah mengetahui nama-nama seluruh 7007 wali Tarekat Sufi Naqsybandi dan berbagai kelompok wali yang akan bersama dengan Sayyidina Mahdi a.s, yang beliau telah catat dan berikannya kepada Grandsyekh Sayyidina  AbdAllah al Fa'iz Ad-Daghestani(qs). . Mohon dibacakan surat al-Fatiha dan hadiahkannya kepada roh Grandsyekh Sharafuddin q.s

Ila Hadrati Sayyidina Shaikh Sharafuddin ad Daghestani q.s Al-Fatihah 🤲
December 10, 2023
December 11, 2023
December 11, 2023
December 11, 2023
December 16, 2023
December 16, 2023
December 16, 2023
December 21, 2023
December 23, 2023