SufiHub (Bahasa)
165 subscribers
371 photos
10 videos
4 files
59 links
Download Telegram
🌹PARA AWLIYA ADALAH CAHAYA UNTUK HATI🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

[..] Menjadi takut terhadap segalanya. Mereka-mereka yang takut kepada Allah ﷻ tidak melakukan apa-apa kerana mereka tahu bahawa apa yang diKehendaki oleh Allah ﷻ akan berlaku. AlhamduliLah hari ini di Malaysia kita telah menziarahi banyak Awliyau'Llah, orang-orang yang diCintai oleh Allah ﷻ.
[..] Di kawasan ini, mereka mencintai Awliyau'Llah. Kerana Allah ﷻ, mereka merupakan Hidayah di kawasan ini. Ia adalah jauh.'Timur Jauh' mereka kata, ia adalah benar-benar Timur Jauh; sangat jauh dari tempat kami. Pada masa ini, walau dengan kapal terbang dan mobil/kereta sekalipun ianya sangat jauh. Maka bagaimana mereka datang kesini mungkin 400 tahun yang dahulu? Mereka membina segalanya. Mereka membina negara mereka, segalanya. Untuk apa? Kerana Cinta kepada Allah ﷻ, kerana mengharapkan agar menjadi seorang yang diCintai oleh Allah 'Azza wa-Jalla.

Maka Allah ﷻ Mencintai orang-orang ini. Dan hendaklah anda bersama-sama dengan orang-orang yang diCintai oleh Allah ﷻ. Kasih Sayang Allah ﷻ itu adalah selama-lamanya. Sesiapa yang mengikuti apa yang diCintai oleh Allah 'Azza wa-Jalla, maka Dia Mencintai mereka. Apabila Awliyau'Llah meninggal dunia, cinta itu tidaklah berakhir. Jika Allah ﷻ Mencintai dia, jika dia meninggal dunia, Allah ﷻ tidak akan Mencintainya? Tidak masuk akal!

Terdapat orang-orang yang menjadikan masyarakat meninggalkan Awliyau'Llah. Awliyau'Llah adalah Kebaikan dan Barakah untuk tempat yang mereka duduki. Didalam kubur mahupun diluarnya, mereka adalah Kebaikan untuk kawasan itu. Hendaklah anda bergembira.

Dimana-mana sahaja terdapat Sahabah atau Imam atau Awliyau'Llah. Orang ramai sedang menziarahi mereka. Mereka mendapatkan Barakah dari mereka. Jangan sangka mereka telah meninggal dunia; mereka itu hidup dengan Nama Allah ﷻ: Hayy.

Maka untuk orang-orang biasa, hendaklah mereka ketahui yang baik daripada yang buruk. Hendaklah mereka ketahui yang mana itu benar dan yang mana itu salah. Yang benar itu adalah mereka-mereka yang sedang bersama-sama dengan Awliyau'Llah. Yang salah itu adalah mereka-mereka yang menentang orang-orang itu, dan tidak bersama orang-orang itu. Kerana Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman didalam Hadis Qudsi :

“مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ”,

"Sesiapa yang bermusuhan dengan seorang Wali (yang diCintai) Aku, maka Aku telah Mengisytiharkan Perang terhadapnya." "Sesiapa yang merupakan musuh kepada orang yang diCintai Aku, Aku Isytiharkan Perang terhadapnya."
Siapakah yang dapat menghentikan Perang yang Allah 'Azza wa-Jalla Mengisytiharkan terhadapnya? Tidak dapat. Untuk ini, orang-orang ini tidak akan berjaya insha'Allah.

Kita bergembira dengan masyarakat yang menghormati. Hendaklah mereka menghormati orang-orang ini. Mereka membawa Islam kepada mereka dan untuk nenek moyang mereka; beratus tahun dalam Islam. Mereka membawa Ulama, Madrasah, Masyaikh, Imam untuk kesemua kawasan ini. Tiada sesiapun yang tidak menyukai mereka. Orang-orang itu kesemuanya telah memuji mereka. Dan masih terdapat apa sahaja penulisan daripada syarahan, nasihat baik, dan pengajaran untuk masyarakat dari mereka. Mereka mempunyai ratusan dan ribuan buku-buku.

Mereka adalah cahaya untuk kawasan ini, cahaya untuk hati-hati.
فَٱلْتَمِسُوا۟ نُورًا
‘’Fa l-tamisu Nura’’
'Dan carilah cahaya.' (Qur’ān 57:13), Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman. Carilah Cahaya. Cahaya adalah sangat penting. Dan orang-orang ini adalah cahaya untuk seluruh kawasan ini, untuk seluruh Malaysia. Sultan, Pemerintah, Ulama, kesemua mereka datangnya dari kawasan ini. Datangnya adalah untuk belajar dan perginya adalah untuk mengajar.
Mereka telah bawa orang-orang kepada Islam, kepada Hidayah kepada seluruh tempat ini. Semoga Allah ﷻ memberikan kepada hati-hati kita dari cahaya mereka untuk menjadi (lebih) kuat, untuk menjadi Hidayah untuk orang-orang ini yang menentang orang-orang yang baik-baik ini dan orang-orang yang diCintai oleh Allah ﷻ.

Semoga Allah ﷻ menjadikan kita Mencintai mereka disini dan diakhirat insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 October 2023/ 03 Rabih Al-Akhir 1445
Solat Zohor– Pulau Besar, Malaysia
🌹UJIAN DISINI DAN KEPUTUSAN DIAKHIRAT🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Allah 'Azza wa-Jalla Mencintai orang-orang Mu'min dan tidak Mencintai orang-orang yang tidak beriman. Kesemuanya telah diberi peluang untuk menjadi orang-orang yang mencintai Allah 'Azza wa-Jalla. Apabila anda menerima Dia ﷻ dan Dia ﷻ adalah Pencipta kita dan MemujiNya ﷻ, Dia ﷻ Mencintai anda. Orang-orang sekarang sedang membantu dalam mengelirukan masyarakat. Mereka berkata, "Manusia menciptakan". Allah ﷻ Menciptakan segala-galanya. Dia ﷻ Menciptakan Kebaikan dan keburukan, syaitan dan malaikat. Kesemuanya ini: Allah 'Azza wa-Jalla telah Ciptakan. Dia ﷻ Memberikan kepada manusia kebolehan untuk mengikuti setiap jalan. Bagaimanakah ini? Ia adalah Hikmah Kebijaksanaan Dia ﷻ, kita tidak tahu bagaimana. Tetapi jika mereka kehendaki, mereka boleh berada di Jalan ini. Jika mereka tidak mahu, juga, mereka tahu dan mereka memilih apa yang mereka sukai.

Maka Allah 'Azza wa-Jalla Mencintai Mu'min, Mencintai orang-orang yang Beriman.
فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْكَـٰفِرِينَ ٣٢
'Inna Allaha la Yuhibbu l-kafirin'
'Sesungguhnya, Allah tidak Menyukai orang-orang kafir'. (Qur’ān 03:32). Allah ﷻ tidak Menyukai orang Kafir, orang yang tidak beriman. "Bagaimana Dia ﷻ tidak Mencintai mereka? Dia ﷻ telah Memberikan kepada mereka segala-galanya: wang, tanah, kereta, bangunan. Dia ﷻ Memberikan semua ini kepada mereka yang Dia ﷻ tidak Cintai?"
Dia ﷻ Memberikan ia untuk ujian juga. Segalanya diDunia ini, dunia adalah untuk menguji orang-orang, untuk melihat adakah mereka mensyukuri atau tidak mensyukuri. Selepas itu, terdapat hari Pengadilan. Di Dunia tidak terdapat Pengadilan, hanyalah ujian dan nanti anda akan mendapatkan keputusannya.

Untuk ini, hendaklah anda mengikuti jalan kepercayaan, keimanan. Jalan Islam adalah permulaannya. Selepas itu, hendaklah anda mematuhi beberapa peraturan, sesetengah jalan yang mana adalah Tariqah, untuk menjadi lebih dekat kepada Allah ﷻ, untuk menjadi lebih diCintai Allah ﷻ. Kita sedang berusaha insha'Allah untuk melakukan ini.

Semalam kita berada di Melaka. Orang-orang ini, orang-orang yang diCintai Allah ﷻ telah datang kesini dan menyebarkan kecintaan kepada Allah ﷻ ke keseluruhan negara ini. Hendaklah anda menghormati mereka. Hendaklah anda mendoakan untuk mereka pada setiap masa. Kerana mereka telah melakukan sesuatu, perbuatan yang baik yang akan kekal sehingga Qiyamat. Pada hari Qiyamat, Allah ﷻ akan Memberikan Ganjaran kepada mereka. Semoga Allah ﷻ menjadikan kita untuk menjadi seperti mereka insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muḥammad A'dil Ar Rabbani
19 Oktober 2023 /04 Rabiul Akhir 1445
Solat Subuh -Kuala Lumpur Dergah, Malaysia
السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم


Innalillah wa innailaihi rojiun.

Sheikh Abdul Sattar telah kembali ke Hadirat Allah.

Semoga beliau ditempatkan bersama para anbiya and awliya Allah.

Al fatiha!
🌹JALAN INI HENDAKLAH DITERUSKAN🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
(Qur’ān 29:57).
‘‘Kullu Nafsin Dhā'iqatu Al-Mawti ۖ Thumma 'Ilaynā Turja`ūn’’
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami".
Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa kematian akan pasti mendatangi setiap orang. Tidak ada seorang pun yang tidak akan mati.
Bagaimanapun, hendaklah ia menjadi kematian yang baik agar orang-orang mendapatkan pengakhiran yang baik. Inilah yang penting.

Juga, Jalan kita, Tariqah kita telah sampai sehingga kini semenjak dari Nabi Suci ﷺ Insha'Allah kita juga akan sampai kepada Mahdi 'alayhi s-salam. Setiap jalan akan berlalu. Akan tetapi sepertimana yang kita katakan, terdapat kematian untuk setiap orang. Apabila seseorang telah meninggal dunia, seseorang lain yang akan menggantikan tempatnya. Dan Jalan akan diteruskan Shukur kepada Allah ﷻ. Inilah yang penting. Ia adalah penting bahawa Jalan kita tetap diteruskan. Mengapakah kita mengatakan begini? Semoga Allah ﷻ Merahmati beliau, Wakil kami di Singapura telah meninggal dunia.
Dia merupakan seorang yang sangat baik.
Dia tidak sihat semasa kami berada disana. Tetapi ia adalah Ketentuan Allah ﷻ. Kita telah mengatakan kepada beliau untuk menjaga diri beliau dan pergi kepada doktor. Tetapi kematian beliau sedang menghampiri, dan beliau telah bertahan untuk sementara waktu. Beliau telah berada di hospital selama 15-20 hari dan telah meninggal dunia pada malam lalu. Beliau telah berkhidmat dengan sebaik-baiknya. Sedang beliau berada di Jalan Kebenaran, orang-orang telah menyerang beliau. Tetapi beliau telah mempertahankan kita dan tetap berada di jalannya, Shukur kepada Allah ﷻ jalannya beliau ini bersambung.

Tahun lepas selepas kita ke sana, tempat yang telah disewa untuk Dergah mahu diambil balik oleh pemilik tanah. Tetapi Shukur kepada Allah ﷻ, satu lagi tempat telah didapatkan di tempat yang sama dan saiz yang sama. Beliau telah mengaturnya dengan baik. Para ikhwan telah membantu beliau. Beliau telah meninggalkan suatu tempat yang indah dan ia akan berterusan dengan cara yang sama insha'Allah. Apa yang penting adalah orang-orang melakukan suatu kebaikan dan khidmatnya itu berterusan. Ia adalah kemenangan dan Rahmat dari Allah ﷻ, dan ia adalah kebaikan yang berterusan untuk masyarakat.

Beliau telah melakukannya ini sehingga beliau telah membayar untuknya dengan sendiri, tetapi sejak tahun lepas para ikhwan telah mengumpulkannya untuk ini. Mereka telah membina Dergah untuk mereka sendiri dan menggunakannya untuk tujuan amal juga. Terdapat orang-orang yang baik disana. Mereka sedang meneruskannya dengan pengaturan yang sama. Pahala kebaikan beliau akan dituliskan didalam buku amalan beliau. Semoga Allah ﷻ menambahkan orang-orang sepertinya. Semoga Maqam beliau ditinggikan. Maka sebanyak ini merupakan kehidupan beliau. Beliau adalah seorang yang dengan pasti dicintai oleh Mawlana Shaykh Nazim. Mereka semestinya telah bertemu kembali.
Dia menyambut kedatangannya. Para Mashaikh menyambut kedatangan apabila seseorang datang. Orang-orang Akhirat akan melihat dan berkata, "Siapakah yang telah datang hari ini?" Mereka mengucapkan Selamat Datang dan membawanya bersama mereka. Kecintaan mereka berterusan disana insha'Allah.

Semoga Allah ﷻ Menganugerahkan Rahmat kepada kita semua.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
12 November 2023/ 28 Rabi’ Al-Akhir 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

https://tme/mawlanasultan
🌹SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU🌹


As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda:

الْجَنَّةُ تَحْت َ أَقْدَام ِ الأُمَّهَات

Syurga adalah dibawah tapak kaki ibu. Ibu merupakan insan yang sangat penting didalam Islam. Para Sahabah mendekati Nabi Suci kita ﷺ dan bertanya, "Siapakah yang harus saya Memuliakan(berbakti)? Baginda ﷺ menjawab, "Ibu kamu". Beliau bertanya lagi, "Siapakah yang harus saya Memuliakan(berbakti)? Baginda ﷺ menjawab lagi, "Ibu kamu". Dan beliau bertanya lagi beberapa kali dan pada kali terakhirnya Baginda ﷺ berkata,
" Memuliakan(berbakti) kepada bapa kamu juga".

Hak seorang ibu adalah sangat besar. Ianya tidak boleh dipenuhi. Hati para ibu-ibu adalah penuh dengan kasih sayang terhadap anak-anak mereka dan masyarakat. Sesiapa yang memuliakan mereka bermakna mereka telah memuliakan Allah ﷻ dan Nabi Suci kita ﷺ, kerana mereka berusaha untuk mendidik orang-orang sehingga menjadi orang-orang yang baik-baik. Tidak ada ibu-ibu yang mahu anak mereka membesar menjadi orang yang tidak baik. Ibu mahukan anaknya membesar menjadi orang yang baik-baik. Maka, nurseri, Madrasah dan sekolah pertama adalah ibu.

Ibu itu perlu mendidik anak-anak menjadi orang yang baik-baik agar anak-anak mereka pula akan mendidik anak-anak mereka menjadi orang-orang yang baik-baik. Hendaklah mereka membesarkan anak-anak mereka dijalan Allah ﷻ agar mereka membawa kebaikan untuk Ummah dan membantu mereka. Sudah pastinya, tidak semua orang berada di Jalan Allah ﷻ, kadang-kala ianya adalah berbahaya. Terdapat seseorang yang menyesatkan dan terdapat juga seseorang yang membawa kepada Jalan yang benar. Semoga Allah 'Azza wa-Jalla insha'Allah Memberikan ibu-ibu yang baik-baik agar dapat membentuk generasi yang baik-baik.

Hari ini adalah Urus Hajjah Anne. Semoga Allah ﷻ Meredhai beliau. Beliau telah memikul keseluruhan beban Tariqah. Beliau telah memikul beban Mawlana Shaikh Nazim. Beliau tidak pernah merungut. Beliau sentiasa berkhidmat untuk para ikhwan kita dan berkhidmat untuk Shaikh. Beliau telah menguruskan para ikhwan kita, Dergah dan segalanya setiap kali Shaikh berangkat untuk melakukan perjalanan. Beliau adalah seorang yang dari kumpulan orang-orang yang istimewa. Beban Tariqah bukan sesuatu yang ringan. Beliau selalunya memikul beban ini dengan bahunya sendiri dan membawanya. Semoga Syurga adalah tempat kembali beliau.

Ia telah berlalu sembilan belas tahun. Sembilan belas tahun ini telah berlalu dengan cepatnya. Lebih banyak hari-hari dan tahun-tahun sedang berlalu. Sudah tentunya, ia bukanlah perpisahan yang yang selamanya. Sudah tentunya, insha'Allah kita akan dipertemukan semula bersama-sama di syurga dan hidup selamanya insha'Allah. Dunia ini adalah sementara. Tiada siapa yang akan tinggal didunia ini selamanya.

Saya pernah ada seorang adik perempuan. Dia telah meninggal dunia semasa dia berumur dua tahun. Kami telah menyaksikan kematian buat pertama kalinya pada ketika itu. Ketika itu saya berumur lima tahun. Hajjah Anne telah berkata,
"Kita akan bertemu kembali nanti. Anak itu trlah dikuburkan didalam tanah dan dia akan dinaikkan ke syurga dari situ. Kita semua akan berada disana". Perkara mengenai kematian itu bukanlah perpisahan akan tetapi dimanakah tempat bertemu kembali. Hari-hari didunia ini akan berlalu dengan pantas. Selama mana adanya persediaan untuk Akhirat, ia adalah dengan Perintah dari Allah ﷻ, ia adalah Sunnah Allah ﷻ(ketentuan Allah) untuk ummat Manusia. Sudah pastinya, akan ada Syurga untuk kita semua selepas kita meninggal dunia insha'Allah. Semoga Maqom mereka ditinggikan.
Terdapat bacaan Khatam untuk beliau. Semoga Allah ﷻ Meredhai para saudara-saudara kita, mereka telah menunjukkan perasaan hormat dan kecintaan kepada Hajjah Anne. Kita hadiahkan bacaan Khatam, Yasin, Ayat, Surah-surah dan Tasbihat, kesemuanya ini pertamanya kepada Nabi Suci kita ﷺ, Ahlul Bayt dan Para Sahabah Baginda, arwah-arwah seluruh Anbiya, Awliya, Asfiya dan Masyaikh, arwah-arwah saudara-mara kita,terutamanya kepada Shaykh Mawlana Shaykh Nazim, ibu kita Hajjah Aminah Sultanah, Hala Sultan. Kita hadiahkannya kepada arwah-arwah Awliya dan Sahabah-sahabah, para sahabah dari kalangan wanita, isteri-isteri Nabi Suci kita ﷺ arwah ibu-ibu Orang-orang yang Beriman, kepada seluruh Muslim dan Muslimah, Mu'min dan Mu'minah, kepada arwah-arwah saudara-mara kita. Semoga ia sampai kepada mereka kesemuanya insha'Allah. Semoga ia menjadi asbab kebaikan untuk mereka kesemuanya.

Semoga ia menjadi asbab kesembuhan kepada mereka yang sedang sakit. Semoga kita mendapatkan kegembiraan disini dan di Akhirat.

Li-Llahi Ta’ala l-Fatiha.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
16 November 2023/ 02 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah



https://tme/mawlanasultan
Forwarded from SufiHub (Bahasa)
“Malam Jum’at dimulai sejak masuk waktu Maghrib dihari Kamis. Malam Jum’at juga sama sucinya dengan malam-malam yang istimewa. Doa dan ibadah yang dilakukan dimalam Jum’at lebih mudah untuk diterima ALLAAH.

Ada satu waktu khusus dihari Jum’at dimana apabila berdoa diwaktu yang spesial ini maka doanya makbul. Karena itu, tunjukkanlah rasa hormat kepada hari Jum’at dan perbanyaklah berdoa.”

~ Sultanul Awliya Mawlana Syaikh Muhammad ‘Adil ar-Rabbani QS
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu A'lan Nabi
🌹HUJAN ADALAH DENGAN PERINTAHNYA ﷻ 🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
وَهُوَ ٱلَّذِى يُنَزِّلُ ٱلْغَيْثَ مِنۢ بَعْدِ مَا قَنَطُوا۟ وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُۥ ۚ وَهُوَ ٱلْوَلِىُّ ٱلْحَمِيدُ
(Qur’ān 42:28).
‘’Wa Huwa Al-Ladhī Yunazzilu Al-Ghaytha Min Ba`di Mā Qanatū Wa Yanshuru Raĥmatahu Wa Huwa Al-Walīyu Al-Ĥamīd’’
"Dan Dialah yang Menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Menyebarkan RahmatNya dan Dialah Yang Maha Pelindung Yang Maha Terpuji".
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa Dia ﷻ Menurunkan hujan apabila orang-orang telah kehilangan harapan. Bila-bila yang DikehendakiNya; hujan adalah di TanganNya Dia ﷻ.

Mereka mengatakan ini sedang berlaku, itu sedang berlaku. Tetapi tanpa Perintah dari Allah ﷻ walau setitik air hujan pun tidak akan turun. Segala-galanya berlaku dengan Izin Allah ﷻ. Setiap titisan air dan setiap zarah bergerak dengan Perintah Allah ﷻ. Tanpa PerintahNya ﷻ, orang-orang boleh berusaha keras dengan perkara yang sia-sia sebanyak mana yang mereka mahukan. "Kami akan melemparkan bom dan ia akan mengakibatkan hujan dan kita akan dapatkan air". Mereka telah lakukannya dan ia telah menjadi sia-sia. Orang-orang yang tidak beriman dengan Allah ﷻ telah melakukan ini dengan banyaknya tiga puluh tahun yang lalu. Ia telah sepenuhnya sia-sia. Orang-orang telah meninggal dunia akibat dari kemarau. Dan selepas itu dengan Izin Allah ﷻ, dengan Doa, Allah ﷻ telah Kasihani dan Menghantarkan hujan. Jika Allah 'Azza wa-Jalla tidak Menghendakinya, Dia ﷻ tidak akan Menjadikannya hujan. Kenapa? Boleh jadi terdapat kemarau dan kesusahan, orang-orang boleh jadi mati kerana kebuluran jika tiada Belas Kasihan dari Allah ﷻ.

Hujan adalah Rahmat dari Allah ﷻ. Hendaklah kita bersyukur kepada Allah ﷻ. Sama ada orang-orang telah melupakannya, atau mereka tidak pernah mengalami sesuatu seperti ini dan tidak memikirkannya mengenainya langsung. Mereka fikir bahawa sentiasa akan ada hujan.
Boleh jadi ianya tidak turun langsung. Pada masa Sayyidina Yusuf, tidak turun hujan selama tujuh tahun. Ia adalah sesuatu yang mungkin boleh terjadi. Tidak ada yang mustahil didunia ini. Apabila tidak terdapat Perintah dari Allah ﷻ maka tidak ada sesuatu pun yang terjadi.

Semoga Allah ﷻ Kurniakan kepada kita Barakah. Semoga Dia ﷻ Kurniakan kepada kita kebaikan insha'Allah. Tiada sesiapapun yang mampu menghalangi apa yang di Kurniakan oleh Dia ﷻ. Berfirman Allah ﷻ bahawa apabila Dia ﷻ Menutupi sesuatu, maka tiada sesiapapun yang boleh membukanya. Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita Barakah. Semoga Dia ﷻ Memberikan Barakah Dia ﷻ dengan kebaikan. Dan semoga Dia ﷻ tidak menguji kita dengan kekurangan dan kemarau. Semoga Dia ﷻ Membantu masyarakat.
Api sedang turun keatas mereka sekarang ini. Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka. Semoga Allah ﷻ Menyelamatkan orang-orang ini.

Semoga Allah ﷻ Menghantarkan Sahib untuk kita semua.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 November 2023/ 05 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah