SufiHub (Bahasa)
160 subscribers
561 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
Selawat untuk melahirkan perasaan terimakasih kpd Rasulullahﷺ. Ganjarannya akan mengambil 1000 hari untuk dicatit oleh 70 malaikat...
🌹 Kerjakanlah Mawlid pada setiap hari sepanjang bulan ini🌹

🌹 Tidak mengapa jika anda tidak mampu membacanya satu buku Mawlid sehingga habis...hanya membaca beberapa bait sahaja pun sudah memadai daripada keseluruhan buku Mawlid.

🌹Tidak mengapa jika anda tidak mampu menyanyikan lagunya (saya pun tidak mampu), memadai jika dapat membacanya dalam suara anda yang terbaik dengan penuh cinta..

🌹Tidak mengapa jika anda hanya bersama keluarga, dengan bersama orang-orang yang terdekat atau hanya dengan membacanya dengan sendirian.

🌹 Apa yang penting adalah anda melakukan niat untuk menyambut Kelahiran Rasulullah ﷺ dan anda berasa cinta dan gembira dan bersyukur bahawa Baginda Nabi ﷺ adalah Nabi anda dan anda adalah Ummah Baginda ﷺ...dan mohonkanlah Shafa'ah (shafaat) dari Baginda ﷺ untuk bersama dengan Baginda ﷺ di dalam Syurga.

Maka Bergembiralah !!
🌹Perjalanan Untuk Memenuhi Amanah🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam Memerintahkan Sahabah Baginda ﷺ untuk melakukan perjalanan untuk mengajarkan Agama yang Mulia ini kepada masyarakat. Menurut Sunnah Baginda ﷺ, Shukur kepada Allah ﷻ, kita sedang berjuang untuk melaksanakan tugas ini insha'Allah. Hari ini kita sedang dalam satu perjalanan yang panjang [ke Timur Jauh] insha'Allah. Niat kita adalah mengharapkan Redha Allah ﷻ. Untuk Redha dan untuk tunaikan Perintah Nabi Suci kita ﷺ, untuk tunaikan perintah para Mashaikh, kita sedang melakukan perjalanan ini insha'Allah.

Orang-orang datang dari sana. Walaubagaimanapun, mereka-mereka yang datang adalah sedikit, kerana jarak perjalanan yang panjang dan perbelanjaan yang besar. Terdapat juga ramai yang miskin. Mereka menjadi gembira apabila melihat kita. Apabila Allah ﷻ Memberikan perkara ini kedalam hati-hati dan mereka melihat Mashaikh atau orang-orang yang menunjukkan mereka Jalan Allah ﷻ dan menghormati mereka, Allah ﷻ, Allah ﷻ Memberikan kepada mereka Barakah, Dia ﷻ Memberikan kepada mereka kekuatan - kekuatan Iman dan kekuatan fizikal

Jalan ini adalah jalan cahaya yang indah. Allah ﷻ akan Menyebarkan cahaya ini keseluruh dunia insha'Allah. Akan tetapi kini kita sedang hidup pada masa fitnah yang Besar dan penindasan. Maka, kita sedang berusaha untuk kekal dijalan ini sebanyak yang kita mampu. Ia adalah jalan Mawlana Sheikh Nazim ق. Jalan beliau telah sampai ke seluruh dunia; di Timur dan Barat, di Utara dan Selatan. Tidak ada tempat yang mana tidak ada jalannya. Mereka kesemuanya mengetahui dan mengenali beliau, Shukur kepada Allah ﷻ. Maka, kita sedang dalam perjalanan ini adalah untuk menyempurnakan amanah ini insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Menerima ini. Semoga ia menjadi asbab hidayah petunjuk untuk kita dan mereka. Dan semoga bertambah lebih banyak kecintaan insha'Allah, kerana terdapat ramai orang-orang yang menyesatkan masyarakat ini. Ramai orang-orang yang menunjukkan jalan yang benar sebagai yang salah. Ramai yang mengucapkan dusta. Maka, semoga Allah ﷻ Membantu kita.

Kita berniat untuk melakukan perjalanan ini menurut Sunnah Nabi Suci kita ﷺ dan Nabi-nabi yang lain. Semoga Allah ﷻ Memberkatinya. Insha'Allah pada masa ini juga kita niatkan untuk pergi ke tempat yang tersangat indah. Kita akan pergi ke Ka'bah dan melaksanakan Umrah dan menziarahi Nabi Suci kita ﷺ. Insha'Allah dengan Barakah itu, perjalanan kita akan menjadi lebih kuat secara kerohaniaan.

Semoga Barakah dari situ mencapai masyarakat dan semoga mereka menerima Barakah insha'Allah. Semoga ia sampai kepada semua orang insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
09 October 2023/ 24 Rabi’ Al-Awwal 1445, Solat Subuh, Akbaba Dergah
Forwarded from SufiHub (Bahasa)
“Malam Jum’at dimulai sejak masuk waktu Maghrib dihari Kamis. Malam Jum’at juga sama sucinya dengan malam-malam yang istimewa. Doa dan ibadah yang dilakukan dimalam Jum’at lebih mudah untuk diterima ALLAAH.

Ada satu waktu khusus dihari Jum’at dimana apabila berdoa diwaktu yang spesial ini maka doanya makbul. Karena itu, tunjukkanlah rasa hormat kepada hari Jum’at dan perbanyaklah berdoa.”

~ Sultanul Awliya Mawlana Syaikh Muhammad ‘Adil ar-Rabbani QS
Assalamua'laikum

🌹Lawatan Maulana Sheikh Muhammad Ke Timur Jauh 2023 🌹

📍Singapura 21-22 Oktober

InsyaAllah..

Kami, Jemaah di Singapura, akan di Berkati dengan kedatangan Maulana Sheikh Muhammad Adil dan keluarga, pada bulan ini.

Walaupun kita hanya akan ada satu hari penuh sahaja pada hari Sabtu dengan Maulana dan satu hari lagi pada hari Ahad, sebelum Maulana bertolak ke destinasi beliau yang seterusnya..kita sangat gembira dan sangat bersyukur untuk diberi peluang untuk bersama dengan keluarga yang di Berkati, walau hanya untuk jangka yang sementara ini.

Kita akan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk menjayakan majlis yang indah yang penuh memori dengan Sheikh kita, untuk Jemaah Singapura.

Disertakan video kompilasi yang diambil pada kunjungan Maulana ke sini pada tahun lepas..

Ia adalah kunjungan yang semetara juga pada masa itu, kita dapat lihat para jemaah sedang dalam keadaan gembira untuk bersama dengan orang yang kita cintai.

InsyaAllah..kita semua bersemangat dan sedang menunggu kedatangan Maulana dan keluarga beliau ke Singapura dalam masa terdekat...
السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم

🌹Lawatan Maulana Sheikh Muhammad Ke Timur Jauh 2023🌹

InsyaAllah, Maulana Sheikh Muhammad yang kita Cintai dan ahli keluarga beliau yang di Berkati telah pun memulakan Lawatan ke Timur Jauh.

Pada 21hb dan 22hb Oktober 2023 ini, mereka akan tiba di negeri Singapura dan kita akan berkumpul bersama-sama mereka pada hujung minggu tersebut untuk meraikan Maulana yang kita Cintai.

Oleh kerana kekurangan tempat pada tahun-tahun lepas dimana kita dapati ramai para jemaah tidak mampu untuk bersama dengan kita di zawiyah kita, pada tahun ini, pada hari pertama kita akan menjalankan majlis utama di tempat yang berbeza iaitu di (Al Wehdah) dengan kapasiti ruang yang lebih besar yang mampu menampung lebih ramai orang-orang.
InsyaAllah

Perincian akan di maklumkan pada semasa ke semasa.

Disertakan video hari ke 2 lawatan Maulana pada tahun lepas.


https://youtu.be/aiBOKy3vfjc?si=ZJuck8NWElGrsse1

Wassalam
🌹BERADABLAH DENGAN ALLAH ﷻ 🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Allah 'Azza wa-Jalla Memberikan hari yang diberkati ini [hari Jumaat] untuk ummat Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, Sayyidina Muhammad salla Llāhu 'alayhi wa-sallam.
Jumaat adalah hari yang terbaik dalam seminggu. Allah ﷻ Memberikannya untuk Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam dan ummat Baginda ﷺ. Terdapat banyak hari-hari dan hari yang paling terbaik adalah AlhamduliLah Jumaat. Dan kita sedang berkumpul untuk kerana Allah ﷻ. Ia akan menjadi insha'Allah kebaikan untuk anda, kepada keluarga anda, dan untuk Mu'minin insha'Allah.

Kerana orang-orang tidak melihat apa Allah ﷻ Memberikan kepada kita dalam keadaan kita tidak tahu. Sudah tentu, Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam memberitahu bahawa hendaklah kita gembira dengan pastinya terhadap apa yang Allah ﷻ berikan kepada kita. Limpah Karunia Allah 'Azza wa-Jalla yang paling besar yang diberikan kepada Para Muslim adalah Iman. Kerana Allah ﷻ Menentukannya akan tetapi orang-orang hendak bertanya : "Kenapa ini? Kenapa itu?" Didalam Islam kita ada perilaku yang baik, Adab. Adab yang pertama, perilaku yang baik mestilah dengan Allah 'Azza wa-Jalla.

Akan tetapi orang-orang yang tidak beriman, tidak mempunyai apa-apa rasa hormat, apa-apa perilaku yang baik terhadap orang-orang yang baik-baik, terhadap orang-orang yang telah memberikan kepada mereka segala-galanya. Mereka adalah, walau dengan terhadap diri mereka, tidak menghormati sesiapapun. Akan tetapi sesiapa yang menjaga dan mempunyai perilaku yang baik akan berjaya. Yang lain akan berada dalam penyesalan. Dan untuk ini, kita sedang bersyukur kepada Allah ﷻ kerana Dia tidak menjadikan kita daripada orang-orang yang sebegini. Tetapi sudah tentu, ramai orang-orang yang telah ditipu oleh orang-orang seperti ini. Mereka fikir mereka adalah sesuatu;
mereka itu bukanlah sesuatu. Mereka itu hanyalah orang-orang yang dengki dan mereka hanya hidup dengan kehidupan seperti binatang-binatang; mereka lakukan apa sahaja. Mereka mahukan seluruh dunia untuk menjadi seperti mereka. Kita tidak menerima ini.

AlhamduliLah kita sedang mempelajari perilaku yang baik dari Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam.
Baginda ﷺ bersabda:
,”أَدَّبَنِي رَبِِّي فَأَحْسَنَ تَأدِيبِي”

"Allah Memberikan kepadaku Perilaku yang baik", dan Dia Sempurnakannya itu". Allah 'Azza wa-Jalla Mengajarkan kepada Baginda ﷺ untuk berperilaku yang baik dan Dia ﷻ Menjadikannya yang terbaik. Maka kemuncak kemanusiaan dan seluruh alam adalah Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Dengan Baginda ﷺ, Allah ﷻ Mengajarkan kepada kita, melalui Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, setiap perkara yang baik, setiap perkara yang bagus, setiap perkara yang indah.
Tidak ada apa-apa yang dengan Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam itu tidak baik, tidak ada walau satu kesalahan pun. Tetapi untuk orang-orang lain, yang melawan dan tidak menghormati, kesemuanya salah; dari A kepada Z.

Sesiapa yang mengikuti Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam akan jadi insha'Allah gembira disini dan diakhirat. Sesiapa yang keluar dari jalan ini, Allah ﷻ Menjanjikannya juga didalam Qura'n:
وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦٓ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا

Wa Man Kāna Fī Hadhihi“ ,
“Amá Fahuwa Fī Al-'Ākhirati 'Amá Wa 'Ađallu Sabīlāan”,
"Dan barangsiapa buta (hatinya) didunia ini, maka diakhirat dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan (yang benar)."
(Qur’an 17:72).
Yang bermaksud sesiapa yang buta disini akan menjadi lebih buta di Akhirat dan kehidupannya akan menjadi sukar, tidak enak, dan tidak menggembirakan. Kehidupan yang menggembirakan AlhamduliLah- walau kebanyakan orang-orang tidak mempunyai [barang-barang material] dan mungkin miskin akan tetapi mensyukuri Allah ﷻ, mereka akan menjadi gembira, mereka semestinya akan jadi gembira. AlhamduliLah kita sedang pergi ke Timur dan Barat dan sedang melihat: Seorang Muslim, walau dia seorang yang miskin, dia (lebih) gembira daripada orang-orang kaya yang tidak beriman; bukan hanya bukan Muslim akan tetapi orang yang bukan beriman juga.
Orang-orang yang beriman mungkin sedikit [..]
akan tetapi sesiapa yang Muslim adalah benar-benar bertuah dan mempunyai Inayah (berkah) dari Allah 'Azza wa-Jalla Yang telah Menciptakan mereka dan Membawa mereka kepada Islam.

Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita orang-orang yang bergembira dan tidak ditipu oleh orang-orang seperti ini. Kerana mereka-mereka ini - kita sedang hidup diakhir zaman, maka kita sedang dalam keadaan berperang dengan Kekufuran, dengan orang-orang yang tidak beriman. Mereka sedang menyerang. Menyerang menggunakan bom-bom adalah (lebih) mudah berbanding apa yang mereka sedang lakukan: menyerang melalui idea-idea dan menipu masyarakat. Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam membenci para penipu. Seorang Mu'min tidak menipu. Akan tetapi orang lain akan buat apa sahaja untuk memusnahkan anda. Maka berhati-hatilah untuk ini. Semoga Allah ﷻ Selamatkan kita.

Insha'Allah kemunculan Mahdi alayhi's salam tidaklah jauh lagi kerana kesemuanya adalah dalam keadaan berperang, dan dari buruk menjadi terburuk dan tidak ada yang menjadi semakin baik.

Maka insha'Allah jangan risau mengenai ini. Anda hendaklah bergembira insha'Allah anda ada janji dari Allah ﷻ dan dari Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bahawa Mahdi alayhi s-salam akan datang dan dia akan membersihkan kesemua kekotoran dari dunia ini, dan menyebarkan Nur, cahaya Islam insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
12 Oktober 2023/ 27 Rabiul-Awwal 1445
Solat Isyak– Kuala Lumpur, Malaysia