SufiHub (Bahasa)
159 subscribers
543 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌹Bersamalah Dengan Allah ﷻ Untuk Menang🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوا۟ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ
(Qur’ān 16:128).
‘’Inna Llāha ma‘a lladhīna it-taqaw wa lladhīna hum muḥsinūn’’
"Sungguh, Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan." Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah ﷻ bersama dengan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang melakukan kebaikan. Maka, para Mu'min adalah orang-orang yang bertuah. Mereka telah diberi sesuatu yang tidak ditentukan untuk semua orang, telah diberikan yang terbaik.

وَلَلدَّارُ ٱلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ
‘‘Wa Lalddāru l-‘Ākhiratu Khayrun Lilladhīna Yattaqūn’’
"Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa." (Qur’ān 06:32)

Akhirat, kehidupan yang abadi adalah kehidupan yang terbaik untuk orang-orang ini. Juga kehidupan didunia, kesemuanya adalah untuk keuntungan mereka. Ia adalah nasib mereka.

Allah 'Azza wa-Jalla Melakukan apa sahaja yang Dia ﷻ Kehendaki. Hendaklah kita sentiasa bersyukur kepada Dia ﷻ. Kita tidak boleh ngomel. Lebih sukar sesuatu pekerjaan itu, lebih tinggi kedudukan anda dan pahala anda akan meningkat. Janganlah merosakkannya. Janganlah ngomel dan mengeluh. Dan janganlah biarkan apa yang anda telah peroleh itu menjadi sia-sia.

Sesuatu perkara itu terjadi. Anda tidak boleh melakukan apa-apa. Hendaklah anda bersyukur kepada Allah dan memuji Allah ﷻ. Apabila anda memuji Allah ﷻ, Dia ﷻ menganugerahkan kepada anda pahala sebanyak ratusan dan ribuan kali lebih banyak berdasarkan kesukaran ujian tersebut. Yang pastinya, masyarakat, orang-orang Mu'min hendaklah lakukan sebanyak yang mereka mampu. Dan hendaklah mereka bergantung harap pada Allah ﷻ. Tiada apa-apa yang lain yang boleh dilakukan. Berharap kepada Allah ﷻ dan Memohon RedhaNya Allah ﷻ adalah tugas orang-orang Mu'min.

Orang-orang Mu'min yang melakukan ini akan sentiasa [dalam ketenangan].
Kerana itulah,


أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ
“A- lā bi-dhikri Llāhi taṭmainnu l-qulūb”,
"Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. " (Qur’ān 13:28)
Zikir bermaksud mengingati Allah ﷻ.
Sentiasa mengingati Dia ﷻ adalah asbab segala kebaikan. Hati anda menjadi tenteram, dan pahala dan ganjarannya yang anda peroleh adalah kekal selama-lamanya. Anda tidak mensia-siakannya.

Pastinya, Allah 'Azza wa-Jalla menjadikan Dunia ini baik untuk para Mu'min. Mereka yang bukan Mu'min, mereka-mereka yang tidak beriman dengan Allah ﷻ akan sentiasa dalam kesusahan dan tekanan. Apa sahaja yang mereka lakukan, ianya adalah tidak berguna. Ianya tidak mempunyai apa-apa nilai. Mereka boleh Membina seluruh dunia, ia tidak mempunyai apa-apa nilai disisi Allah ﷻ kecuali mereka lakukan itu semua kerana mengharapkan Redha Allah ﷻ, kecuali jika mereka beriman dengan Allah ﷻ.

Maka, Allah 'Azza wa-Jalla adalah bersama dengan orang-orang Mu'min, mereka-mereka yang beriman. Keuntungan yang paling besar adalah dengan berada bersama dengan Allah 'Azza wa-Jalla.

Allah 'Azza wa-Jalla Memberikan keuntungan dunia sebagai ujian untuk orang-orang. Dia ﷻ Memberikan kekayaan dan kemiskinan. Dan kedua-keduanya mempunyai nilai.

وَسَنَجْزِى ٱلشَّـٰكِرِينَ
“Wa Sanajzī Ash-Shākirīn”,
"Dan Kami akan memberikan balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur ". (Qur’ān 03:145).
Orang-orang kaya yang bersyukur dan melakukan sedeqah: ia adalah satu ujian dari Allah ﷻ. Dia ﷻ Memberikan kepada mereka kekayaan. Agar mereka tidak merugikannya. Allah ﷻ Memberikannya itu agar menjadi sesuatu yang berguna untuk mereka dan untuk orang-orang lain.
Kemiskinan juga adalah dari Allah 'Azza wa-Jalla. Barangsiapa yang bersabar dengan itu maka akan mendapatkan ganjarannya. Apa yang penting adalah untuk bersama dengan Allah 'Azza wa-Jalla, untuk takut kepada Allah ﷻ dan untuk bersama dengan Allah 'Azza wa-Jalla. Mereka-mereka itulah orang-orang yang menang.

Semoga Allah ﷻ menjadikan kita dari kalangan mereka insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
29 August 2023/ 13 Safar 1445
Solat subuh, Akbaba Dergah
🌹Ummat Manusia dan Amanah🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

إِنَّا عَرَضْنَا ٱلْأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱلْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا ٱلْإِنسَـٰنُ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

(Qur’ān 33:72).
‘’Innā ‘Arađnā Al-‘Amānata ‘Ala As-Samāwāti Wa Al-'Arđi Wa Al- Jibāli Fa’abayna ‘An Yaĥmilnahā Wa ‘Ashfaqna Minhā Wa Ĥamalahā Al-‘Insānu, ‘Innahu Kāna Žalūmāan Jahūlāan’’
"Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya(berat), lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan jahil."
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman, "Kami menawarkan kepada Langit, Gunung-gunung, Bumi dan lain-lainnya untuk memikul amanah, akan tetapi mereka tidak menerima amanah itu. Mereka menjadi takut". Mereka menjadi takut akan tanggungjawab itu. Akan tetapi manusia menerima amanah itu kerana disebabkan kezaliman dan kejahilan mereka.
Mereka itu sangat jahil.

Amanah itu adalah sesuatu yang sangat penting. Dan amanah itu adalah sudah tentu Iman dan Perintah-perintah dari Allah 'Azza wa-Jalla Perintahkan kepada orang-orang. Walau gunung-gunung sekalipun enggan menerima tanggungjawab itu kerana ianya amat besar sekali. Akan tetapi manusia menerima amanah itu. Sudah tentu, mereka-mereka yang memelihara amanah itu adalah terlalu sedikit. Kebanyakan orang tidak memelihara amanah tersebut.

Sifat memelihara amanah/terpercaya adalah salah satu sifat mulia Nabi Suci kita ﷺ. Muhammadu l-Amin salla Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Ugama yang Haqq/Benar telah di wariskan kepada Nabi Suci kita ﷺ sebagai satu amanah. Dan dia ﷺ mewariskannya itu kepada Ummah Baginda ﷺ. Memelihara amanah ini adalah tugas dan kewajiban masyarakat. Dengan melaksanakan ini maka maqom orang-orang/masyarakat menjadi tinggi.

Amanah boleh jadi dari apa sahaja bentuk. Orang-orang hendaklah memelihara apa yang telah diberikan kepada mereka dan menggembalikannya kepada pemiliknya. Menyerahkan amanah spiritual kepada orang lain, jika ada itu, adalah amanah bagi orang-orang/masyarakat juga. Akan tetapi malangnya orang-orang pada masa kini hanya tinggal sedikit yang beramanah. Terdapat pengkhianatan amanah sekarang ini; semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Maka, semoga kita memelihara amanah dengan sebaik-baiknya insha'Allah.

Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita kekuatan. Semoga kita tidak mentaati ego-ego kita. Ego tidak mengerti apakah sebuah amanah itu. Dan syaitan adalah musuh kepada amanah.

Ia adalah jalan Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Orang-orang berkata bahawa mereka mencintai Nabi Suci kita ﷺ, tetapi mereka tidak menjadi orang yang beramanah. Mereka adalah penipu. Semoga Allah ﷻ menjadikan kita dari kalangan orang-orang yang memelihara amanah. Semoga Dia ﷻ tidak menjadikan kita dari kalangan orang-orang yang mengkhianati amanah insha'Allah. Orang-orang yang memelihara Amanah adalah orang-orang yang Indah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
30 Augustus 2023/ 14 Safar 1445
SolatSubuh, Akbaba Dergah
🌹Atheisme Itu Bukanlah Suatu Kepandaian🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَـٰكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

(Qur’ān 23:115).
‘’Afaĥasibtum ‘Annamā Khalaqnākum Abathāan Wa ‘Annakum ‘Ilaynā Lā Turjaūn’’
"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami Menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman didalam Qura'n 'Azimu sh-Shan, "Adakah Kami Menciptakan kamu tanpa ada apa-apa maksud?"

Terdapat orang-orang yang bodoh yang kini mengatakan bahawa penciptaan adalah sesuatu yang berlaku secara kebetulan dan mengelirukan orang ramai. Orang-orang yang mempunyai Iman yang lemah telah kehilangan Iman mereka. Iman mereka telah tiada. Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan siapa yang mereka harus percaya. Dan selepas itu mereka memimpin ramai orang kepada Kekufuran. Mereka memimpin orang lain dalam menyangkal yang Maha Pencipta. Setiap kali mereka membawa kepada seseorang kehilangan Iman mereka, mereka akan mendapat balasan untuk setiap seseorang dari mereka.

Atheisme itu bukanlah satu kebolehan.
Ia bukanlah kepandaian. Ia adalah sesuatu yang tidak baik, kerana kehidupan anda yang sebenar adalah sepertimana yang Allah 'Azza wa-Jalla telah Berfirman, " Kamu akan dikembalikan kepada Kami". Kamu sedang mengomel dan mengoceh disini. Tetapi disana, kamu akan di balas, tidak dapat kembali dari itu. Sebanyak mana dosa-dosa yang para Mu'min yang beriman dengan Allah ﷻ lakukan, mereka akan dibersihkan didalam neraka dan selepas itu mereka akan ke syurga. Tetapi orang-orang yang Kafir akan kekal didalam neraka selama-lamanya. Tidak ada penyelamatan bagi mereka.

Mereka-mereka yang baru keluar ini telah mendapatkan kenyamanan dan mejadi keliru akan apakah yang mereka harus lakukan. "Adakah saya patut mengikuti yang ini, atau patut saya mengikuti yang itu?" Sedangkan, kamu telah ketemui Jalan yang terbaik. Allah ﷻ telah Menganugerahkan ianya untuk kamu. Tidak perlu untuk mencari kepada yang lainnya. Berdiri teguhlah di Jalan ini. Adapun kehidupan ini adalah sementara. Hiduplah dalam kehidupan ini dengan beriman kepada Allah ﷻ dan pada akhirnya adanya penyelamatan untuk anda dalam kehidupan sebenar.

Tidak semua orang ada Iman, sudah tentu. Allah 'Azza wa-Jalla tidak Memberikannya untuk semua orang. Maka kepada sesiapapun yang telah diAnugerahkan itu maka hendaklah menghargainya. Kerana apabila adanya kesenangan, ia menjadikan orang-orang menjadi liar. Kesenangan itu tidaklah baik. Maka, Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi s-salam bersabda :
“اخْشَوْشِنوا فإنَّ النِّعمَ لا تدومُ”


"Hiduplah menyesuaikan diri dengan kehidupan yang mencabar, kerana nikmat itu tidak kekal."

"Kesenangan membawa keliaran kepada orang-orang. Allah 'Azza wa-Jalla berfirman:

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ’

’’Wa Law Basaţa Allāhu Ar-Rizqa Li`ibādihi Labaghaw Fī Al-'Arđ‘’
"Dan sekiranya Allah Memewahkan Rezeki bagi setiap hambanNya, nescaya mereka akan melampaui batas di muka bumi".(Qur’ān 42:27)
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Ini adalah Haqq (benar) apa yang Dia ﷻ Berfirman. Apabila orang-orang diberi Kemewahan, orang-orang menjadi liar. Inilah kondisi kita sekarang ini. Mereka sedang membawa masuk pelbagai kebendaan. Manakala pada masa dahulu, masyarakat tidak mempunyai kesempatan untuk memikirkan mengenai perkara-perkara seumpama itu dalam perjalanan mendapatkan nafkah untuk kehidupan.
Kini terdapat masa lapang. Mereka kini mempunyai alat (telefon bimbit) ini di tangan-tangan mereka, dan perkara-perkara sedang dimuat naik dari mana-mana. Mereka fikir ianya adalah betul, dan mereka pula mengetahui/percaya bahawa yang benar itu sebagai sesuatu yang salah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan orang-orang ini. Mereka melakukan kejahatan yang paling besar. Ketiadaan Iman dan apa yang mereka panggil sebagai atheisme adalah kejahatan yang paling besar.

Akan tetapi Shukur kepada Allah ﷻ, ramai orang yang sedang mulai sedar. Apabila mereka-mereka yang telah melalui situasi seperti itu untuk seketika menggunakan minda mereka, maka mereka kembali kepada Jalan yang benar. Mereka lihat bahawa orang-orang yang mengatakan seperti ini tidak mengetahui apa pun. Mereka hanya lakukan ini untuk kepentingan peribadi mereka atau kerana mereka telah ditipu oleh syaitan oleh kerana perbuatan mereka yang mengikuti jejak langkah syaitan.

Terdapat orang-orang yang telah meninggalkan mereka dan datang kembali kepada Jalan yang benar. Semoga Allah ﷻ Meningkatkan yang orang-orang seperti itu. Semoga Allah ﷻ Memberikan Hidayah Petunjuk kepada orang-orang.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
31 Augustus 2023/ 15 Safar 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah
🌹Islam Tidak Akan Dapat Dimusnahkan🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَـٰفِرُونَ

(Qur’ān 61:08).
‘’Wa Llahu mutimmu nūrihi walaw kariha l-kāfirūn,
"Allah tetap akan Menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir membencinya."

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa Ugama ini akan disempurnakan cahayanya didunia ini. Janji Dia ﷻ adalah Haqq (benar). Walaupun orang-orang Kafir tidak menyukainya, cahaya ini dengan pastinya akan disempurnakan. Seluruh Dunia akan menjadi Muslim dengan Izin Allah ﷻ.

Selepas Hadrat Sultan Abdul Hamid, semoga Syurga menjadi tempat kembali baginda, para Muslim telah menjadi lemah. Islam tidak menjadi lemah. Telah ada serangan-serangan keatas Islam di merata-rata tempat sejak zaman dahulu lagi. Akan tetapi selepas itu, ianya telah meningkat. Terdapat serangan yang sangat teruk untuk mengakhiri Islam.

Orang-orang yang paling teruk diantara mereka adalah kumpulan-kumpulan yang mengambil Muslim dan berusaha untuk memusnahkan Islam. Mereka mentaati ego-ego mereka. Mereka mengikuti ego-ego mereka. Dan mereka mempunyai permusuhan terhadap Ugama ini kerana atas sebab keinginan peribadi mereka. Orang-orang yang merasakan bahawa mereka akan mencapai sesuatu melalui ini adalah orang-orang yang tidak disukai oleh Allah 'Azza wa-Jalla.

Mereka secara kebiasaannya memanggil orang-orang seperti ini sebagai orang-orang yang tidak bernasib baik. Mereka itu adalah orang-orang yang tidak bertuah kerana telah tersesat. Mereka hampir-hampir keluar dari Ugama. Kerana mereka bercakap bersandarkan kepada minda mereka, dan bertentangan dengan apa yang Allah 'Azza wa-Jalla dan Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam Firmankan/Sabdakan. Dan mereka menyesatkan orang ramai dengan mengklaim bahawa itu adalah Islam. Itu bermakna orang-orang ini tidak bertuah langsung. Mereka boleh memperoleh uang sebanyak manapun yang mereka mahukan dan menjadi terkenal sebanyak mana pun yang mereka mahukan, mereka hanyalah mirip syaitan.
Sama seperti ramai orang-orang yang mengikuti syaitan, dan melakukan apa yang dia mahukan, ianya adalah sama dengan orang-orang ini. Mereka adalah orang-orang yang jahat didalam Jalan yang jahat.

Mereka sedang berusaha untuk memusnahkan Islam sekarang ini dimana-mana. Mereka fikir ia akan dapat dimusnahkan. Islam tidak akan dapat dimusnahkan. Terdapat Janji Allah 'Azza wa-Jalla; Qiyamah tidak akan berlaku kecuali setelah cahaya disempurnakan dengan Izin Allah ﷻ.

Mereka sedang memfitnah Islam dari segala arah pada hari-hari ini. Mereka sedang menentang Islam. Mereka fikir mereka telah capai sesuatu. Apa sahaja yang mereka telah kerjakan itu Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman:

إِنَّ كَيْدَ ٱلشَّيْطَـٰنِ كَانَ ضَعِيفًا
“Inna kayda l-shayṭāni kana dha‘īfā’’
"Sesungguhnya, tipu daya syaitan itu lemah." (Qur’ān 04:76).

Tipu daya dan muslihat syaitan adalah lemah. Dia fikir seluruh dunia adalah miliknya. Apa sahaja yang dia lakukan akan dimusnahkan dalam masa sekejap. Dan Islam akan muncul dengan jelas nyata.

Mereka-mereka yang akan tetap kekal dibawah kerosakan adalah orang-orang yang gembira dengan apa yang dia telah lakukannya itu dan yang berbangga dengan apa yang dilakukannya. Mereka-mereka yang mengikuti orang-orang ini akan berada dibawah runtuhan kerosakan ini. Dan mereka tidak akan ada peluang kedua lagi. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Menyebarkan cahaya Islam dengan secepat yang mungkin insha'Allah, kerana sesungguhnya kita sedang hidup pada zaman yang paling teruk dan yang paling gelap. Dari segala aspek. Malah mereka-mereka yang memanggil diri mereka sebagai manusia menyedarinya.
Tetapi mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Shukur kepada Allah ﷻ, kita telah menerima Janji Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Dan kita sedang menunggu untuknya. Kita tidak berputus asa. Siapakah yang berputus asa itu? Iaitu mereka yang tidak nampak akan apa yang mereka akan hadapi dan mereka yang tidak tahu apa yang sedang menghampiri.

Semoga Allah ﷻ Memberikan Iman kepada orang-orang insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Terdapat bacaan Qur’ān Khatm, Yasin, Ayat, Surah-surah, Tasbihat, Tahlilat dan Salawat.

Kita hadiahkan kesemua bacaan-bacaan yang diberikan kepada kita pertamanya untuk Nabi Suci kita ﷺ dan kepada Ahlul-Bayt Baginda dan Para Sahabah, kepada roh-roh sekalian Anbiya, Awliya, Asfiys dan Masyaikh, roh-roh kesemua saudara-mara kita yang telah meninggal, terutamanya kepada roh-roh Shaikh Mawlana Shaykh Nazim, Hala Sultan, Hajah Anne Sultan, roh saudara-mara kita yang terdahulu, roh-roh Para Muslim dan Mu'min.

Agar datangnya kebaikan dan agar perginya keburukan, insha'Allah semoga kita mempunyai kekuatan dalam Iman.

Li-Llahi Ta'aala l-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
01 September 2023/ 16 Safar 1445
Solat Subuh , Akbaba Dergah
🌹Ego dan Kecintaan Untuk Menjadi Ketua🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda bahawa sifat-sifat buruk ego akan bersama dengan orang-orang sepanjang kehidupan mereka. Dan salah satu sifat buruk yang paling terakhir akan meninggalkan orang-orang apabila mereka hendak meninggal dunia adalah Hubb-u Riyasah (Kecintaan untuk menjadi Ketua). Memimpin, naik pangkat, melebihi orang lain; ia adalah perkara terakhir yang meninggalkannya.

Apa yang kita maksudkan adalah orang-orang pada masa kini, kesemua mereka [mempunyai itu] - mereka adalah seperti ini juga pada masa dahulu juga, tetapi kini ianya lebih keterlaluan. Pada masa dahulu, telah ada Sultan dan Firaun. Maka terdapat batasan untuk ketahap yang mereka mampu naik. Namun pada hari ini kesemua orang mahu melihat dirinya pada kedudukan yang paling tinggi. Dan mereka-mereka yang berada dalam kedudukan yang tinggi berusaha untuk menaik lebih tinggi lagi.

Ianya membawa manfaat jika mereka sedang berada di Jalan menuju Allah ﷻ. Mereka boleh berkhidmat untuk masyarakat dan mereka boleh berkhidmat untuk para Muslim. Akan tetapi jika mereka berada dijalan mereka tersendiri dan berada pada jalan ego-ego mereka, maka ia adalah tidak baik. Dan kesemuanya sedang kacau bilau sekarang. Kita sedang hidup pada akhir zaman. Ianya di mana-mana. Dimana sahaja ada orang-orang, penyakit ini secara pastinya ada disitu. Orang-orang berusaha untuk naik lebih tinggi.

Anda sedang menaiki untuk dunia ini. Ianya tidak bermanfaat. Ramai orang memulakan perjalanan mereka kerana mengharapkan Redha Allah ﷻ. Namun kemudian, ego-ego mereka telah menyesatkan mereka. Dan itu adalah bahaya yang sangat besar.

Maka, ia adalah lebih baik untuk tidak memulakan perkara ini. Tidak memasuki Jalan ini untuk orang-orang yang tidak mampu mengawal ego-ego mereka adalah lebih bermanfaat dan lebih baik. Kerana terdapat pelbagai perkara yang dapat menjauhkan mereka daripada Redha Allah ﷻ. Terdapat para penyanjung disekeliling yang menyanjung orang-orang, dan seseorang berfikir bahawa dia adalah orang yang penting. Tetapi apabila mereka jatuh, tiada sesiapapun yang datang mendekati mereka. Mereka menipu diri mereka sendiri pada awalnya. Tetapi kemudiannya mereka bermula untuk menipu orang-orang lain.

Dunia yang kita sedang hidup ini adalah seperti ini. Mereka memanggilnya itu sebagai dunia palsu.
Maka, jangan sampai ditipu oleh dunia ini. Jadilah seperti para Sultan. Apakah yang telah dikatakan oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah? Mereka berkata bahawa perkara yang cantik ini- Kesultanan adalah satu pertarungan yang sia-sia...Itu adalah suatu kata yang baik. Namun begitu, mereka telah melaksanakan tugas-tugas mereka mengharapkan Redha Allah ﷻ. Mereka hidup demi manfaat untuk Ummah, mengharapkan Redha Nabi Suci kita ﷺ untuk menyebarkan Perintah-Perintah Allah 'Azza wa-Jalla ke mana-mana dan untuk melaksanakan keadilan.

Hendaklah kita mengambil mereka sebagai contoh tauladan yang baik. Kita haruslah melihat pada mereka dalam segala aspek. Pada akhirnya, Sultan-Sultan yang Agung telah mangkat tanpa membawa apa-apa pun. Tetapi Shukur kepada Allah ﷻ, apa yang telah dikecapi oleh mereka adalah mencukupi untuk mereka. Mereka telah mencapai Redha Allah ﷻ. Mereka telah mencapai Redha Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Hendaklah kita menjadi seperti mereka.

Orang-orang pada masa kini tidak tahu apakah yang mereka harus lakukan dengan sesama mereka untuk menjadi orang yang dekat kepada penguasa setempat. Tidak ada apa-apa yang mereka tidak sanggup lakukan sesama mereka; muslihat, rencana dan pelbagai perkara lain.
Sedangkan Sultan-Sultan menggenggam seluruh alam ditangan mereka. Tetapi itu tidaklah didalam hati mereka. Itu adalah didalam tangan mereka. Mereka berjalan pada Jalan Allah ﷻ. Kita hidup dengan Barakah mereka Shukur kepada Allah ﷻ.
Terdapat Barakah yang banyak.

Semoga Allah ﷻ Meredhai mereka insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
02 September 2023/ 17 Safar 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah
Selawat Pembuka Rizq

Diamalkan:
10x selepas solat subuh
10x selepas solat asar

Mesti diamalkan dengan Istiqomah dan mesti yaqeen akan pertolongan Allah.

Rizqi akan mengalir seperti air zam² yg tidak putus, InsyaAllah.

Jangan lupa berusaha sambil bersedeqah juga.