SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
542 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌹Gunalah Minda Anda dan Bukan Ego🌹

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

Nabi Suci kita ﷺ Bersabda mengenai pelbagai tanda-tanda pengakhiran zaman. Salah satunya adalah  “إِعْجَابَ كُلِّ ذِي رَأْىٍ بِرَأْيِهِ”. Semua orang mengagumi pendapatnya sendiri dan tidak menerima pendapat orang lain. Walaupun dirinya tidak betul, dia fikir dirinya dan apa yang diperbuatnya adalah betul. Dan dia menyatakan bahawa orang lain adalah tidak betul. Ini adalah salah satu malapetaka dan keburukan pada akhir zaman ini. Akan tetapi ia juga adalah petanda dan bukti bahawa Qiyamah telah dekat.

Ia adalah 'Demokrasi' yang orang-orang pada masa kini sedang bincangkan. Semua orang memberikan pendapat masing-masing. Anda boleh nyatakan pendapat anda, akan tetapi haruslah anda juga menerima kebenaran yang datang dari orang lain. Mereka tidak lakukan itu. Mereka hanya mahu menerima apa yang ego mereka mahukan, apa yang nafsu mereka mahukan, sesiapa pun yang mereka cintai atau tidak mereka cintai. Dan mereka mahukan orang lain menerima itu. Orang-orang lain ada pendapat mereka masing-masing dan perkara-perkara yang mereka mahu lakukan. Maka, terdapat kekeliruan. Kontroversi dan permusuhan boleh timbul kerana ini.

Sesiapapun yang menerima kebenaran, jika setiap seseorang menerima kebenaran, maka tidak akan ada apa-apa, tidak akan ada pertentangan. Akan tetapi dalam keadaan dunia dalam pengakhiran zaman, segala yang Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam telah Bersabda mengenainya itu sedang berlaku. Dan ini adalah salah satu malapetaka dan keburukan pada masa ini.

Masyarakat hendaklah menerima kebenaran agar mendapat kemudahan — kebenaran orang lain, kebenaran mereka sendiri. Apabila sesuatu berlaku kepada mereka, walau dunia ini menimpa mereka sekalipun, mereka menjadi gembira jika apa yang dikatakan oleh mereka itu terjadi. Yang mana mereka juga akan masuk kebawah bumi dan akan diremukkan. Allah ﷻ memberikan minda kepada orang-orang. Kini mereka tidak menggunakan minda itu. Apa yang mereka sedang gunakan itu hanyalah ego, apa yang ego mereka mahukan. Minda adalah sesuatu yang berbeza dan ego adalah sesuatu yang berbeza. Semoga Allah ﷻ Memberikan minda dan pemahaman kepada masyarakat agar mereka hidup dengan aman. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Dia ﷻ menjadikan kita daripada mereka-mereka yang menerima kebenaran insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
02 August 2023/ 15 Muharram 1445
Akbaba Dergah, Istanbul
🌹Yang Penting Adalah Pengakhirannya🌹

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
إِن تَسْخَرُوا مِنَّا فَإِنَّا نَسْخَرُ مِنكُمْ كَمَا تَسْخَرُونَ (38) فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَن يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ(39)
‘’In Taskharū Minnā Fa’innā Naskharu Minkum Kamā Taskharūn (39) Fasawfa Talamūna Man Ya’tīhi Adhābun Yukhzīh’,
'Jika kamu mengejek kami, maka kami (pun) mengejekmu sebagaimana kamu mengejek kami.
Maka kelak kamu akan mengetahui (siapa) yang akan ditimpa azab yang kekal.'
(Qur’ān 11:38-39). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman kepada orang-orang yang telah terpisah menjadi beberapa golongan didunia ini. Golongan ini tidak menyukai golongan-golongan yang lain. Mereka mengejek dan meremehkan yang lain. Orang-orang yang diejek dan diremehkan oleh mereka akan kelak mengejek dan meremehkan mereka itu pula. Apa yang penting adalah pengakhirannya. Ia akan menjadi jelas bahawa untuk siapakah kebaikan pada waktu itu.

Situasi semasa adalah seperti begini. Masyarakat telah tersesat. Mereka mengejek dan tertawakan orang-orang baik yang beriman. Mereka meremehkan orang-orang itu, dan mereka itu pula adalah dari orang-orang yang mempunyai pangkat kedudukan yang tinggi. Orang-orang sesat yang selebihnya dan tidak menyukai Jalan dan mereka yang berkata, "Kami tidak mahukan Jalan ini" tidak akan mendapat pengakhiran yang baik. Mereka telah terlepas peluang ini. Sementara mereka mempunyai peluang besar ini, mereka melepaskannya dan mendapat pengakhiran yang buruk. Apa yang penting adalah pengakhirannya. Mereka yang tidak mempercayakan kamu, tidak beriman dengan Allah ﷻ dan menentang Dia ﷻ didunia ini tidak akan beruntung. Pengakhiran mereka itu tidak baik. Allah ﷻ sudah pastinya akan Menghina mereka walaupun mereka kelihatan seperti sangat unggul didunia ini.

Walaubagaimanapun, masyarakat telah tertipu. Terdapat ramai orang yang menyangka bahawa orang-orang ini adalah bijak dan hendak bersama dengan mereka dan berkelakuan seperti mereka. Mereka akan menyesali ini nanti. Pengakhiran adalah penting. Pengakhiran sesebuah amalan itu adalah penting. Hendaklah kita melihat kepada pengakhirannya itu; "Aku mengerjakan pekerjaan ini. Bagaimanakah ia? Adakah ianya baik atau buruk?" Tidak. Kini mereka berkata, "Semua orang melakukannya. Saya akan lakukan yang sama." Dan selepas itu kesemua mereka akan gagal sekaligus. Kesemua mereka itu mengalami kerugian sekaligus.

Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga kita beristiqamah diJalan yang benar. Semoga kita tidak terikut-ikut dengan orang-orang yang tidak baik, orang-orang yang tidak berguna. Jika anda katakan, "Lelaki ini lakukan ini. Dia mempunyai terlalu banyak uang. Dia mempunyai terlalu banyak syarikat. Dia mempunyai terlalu banyak kekayaan dan harta" dan mengikuti orang ini, hartanya itu tidak akan memberi keuntungan untuk anda, mahupun untuk orang itu. Pada akhirnya, siapa yang akan menang adalah orang yang berada di Jalan yang benar.

Perkara ini sedang berlangsung dalam cara yang sama sejak dari permulaan. Ia mempunyai pemulaannya, maka pengakhirannya itu akan sampai jua. Orang yang Istiqamah/tabah akan menang pada akhirnya insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
03 August 2023/ 16 Muharram 1445
Akbaba Dergah, Istanbul
🌹Terdapat Kebaikan dalam Segalanya 🌹

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

‘وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ’,

‘Wa `Asá ‘An Takrahū Shay’āan Wa Huwa Khayrun Lakum’,
'Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu'(Qur'an 02:216)Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm. Terdapat kebaikan dalam segala sesuatu yang terjadi, BerfirmanNya Allah 'Azza wa-Jalla didalam Qura'n 'Azimu sh-Shan. Kadangkala perkara yang anda tidak sukai itu terjadi. Terdapat kebaikan kebaikan didalamnya. Tanpa disedarinya akan itu –anda tidak menyukainya, akan tetapi ianya adalah suatu kebaikan untuk diri anda sendiri.

Maka apabila sesuatu terjadi, walaupun ianya kelihatan seperti kecelakaan, Allah ﷻ menjadikannya itu suatu kebaikan insha'Allah. Maka, untuk hidup dengan pengabdian diri kepada Allah bahawa 'Allah ﷻ Mengkehendaki ini', tanpa menentangnya adalah baik untuk keseluruhan ummat manusia. Hendaklah anda berharap kepada Allah ﷻ dan tidak mempersoalkan kenapa ia terjadi dan kenapa ia tidak terjadi. Anda mesti lakukan apa yang anda termampu dan berserah diri kepada Allah ﷻ.

Allah 'Azza wa-Jalla Melakukan apa sahaja yang Dia ﷻ Kehendaki dengan anda. Apa yang anda mahukan tidak akan terjadi. Apa yang Allah ﷻ Mahukan itu akan terjadi. "Insha'Allah" bermaksud apa yang Allah ﷻ Inginkan akan berlaku. Maka, hendaklah anda melihat segalanya dengan pandangan bahawa terdapat kebaikan dalam segala sesuatu yang terjadi. Apabila ianya begitu, maka masyarakat akan menjadi damai. Mereka berkata, "Ini adalah apa yang Allah 'Azza wa-Jalla, Tuhanku Kehendaki" dan berasa senang. Mereka tidak risau. Ianya telah pun terjadi.

Allah 'Azza wa-Jalla sedang Menunjukkan perkara yang indah untuk kesemua ummat manusia. Akan tetapi masyarakat tidak endahkannya atau tidak kisah dengannya. Mereka mengharapakan sesuatu itu begitu dan begini dengan diri mereka dan mereka menjadi marah. Maka, hendaklah kita redha dengan sesuatu yang berlaku sebagai orang-orang yang beriman. Hendaklah kita redha dengan segala sesuatu yang berlaku. Hendaklah kita katakan bahawa ianya adalah ujian dari Tuhan kita dan percaya bahawa didalamnya terdapat sesuatu yang baik buat kita. Terdapat Kebaikan dalam segala sesuatu yang terjadi. Semoga Allah ﷻ Menjadikan segalanya menjadi yang baik-baik insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
06 August 2023/ 19 Muharram 1445
Akbaba Dergah, Istanbul
🌹Safar Adalah Baik Untuk Kita🌹

Bismillahir-Rahmani-Raheem

Hari ini adalah hari pertama dalam Bulan Safar yang diberkati. Bulan ini adalah bulan yang sedikit berat. Kesemuanya ada hikmahnya. Dengan Hikmah dari Allah 'Azza wa-Jalla, bulan Safar ini adalah berat. Allah ﷻ Mengetahui Hikmahnya. Terdapat banyak hikmah-hikmah. Salah satunya adalah agar orang-orang mengingati Allah 'Azza wa-Jalla. Mereka berkata, " Hari-hari sedang berlalu dengan sama dan bulan-bulan sedang berlalu dengan sama." Ia bukanlah untuk melupakan Dia ﷻ.

“Safaru l-Khayr” bersabda Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Sedang ianya berat, insha'Allah ia akan menjadi baik. Ia adalah baik untuk kita. Semoga ia menjadi baik untuk Para Muslim. Dan semoga ia menjadi sukar untuk yang lainnya, untuk musuh-musuh Islam. Kerana Islam dan Kekufuran adalah sentiasa dalam keadaan berperang (antara satu sama lain). Tidak mungkin akan ada keamanan, kerana anda tidak boleh berkawan dengan mereka-mereka yang menentang Allah ﷻ.

Sudah tentunya, ia tidak bermaksud bahawa kita harus menyerang mereka kerana mereka menjadi Kafir dan berkata "Kamu adalah Kafir". Keduanya itu tidak boleh bersama. Seorang Kafir adalah dalam Kekufuran. Kita tidak boleh menerima mereka. Iman, Islam adalah Ugama bagi sekalian manusia. Ia adalah Ugama yang Allah 'Azza wa-Jalla telah Berikan kepada mereka. Akan tetapi mereka-mereka yang meninggalkan Islam dan pergi kepada Kekufuran telah memberikan hukuman kepada diri mereka sendiri.

Maka, terdapat sesetengah perkara seperti ini didalam bulan Safar yang mana ianya baik untuk kita. Berharaplah untuk mendapatkan kebaikan maka anda akan mendapati kebaikan, bersabda Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Sesiapa yang dalam Kekufuran berusaha untuk melakukan segalanya dengan sendirian. Selama mana Allah 'Azza wa-Jalla tidak Mahukannya, maka ia tidak akan berlaku. Maka, bulan Safar yang diberkati ini akan menjadi bulan yang baik untuk kita semua insha'Allah.

Ia ada Amalannya tersendiri, sudah tentu, agar masyarakat mengingati Allah 'Azza wa-Jalla dan untuk kebaikan mereka. Yang Mustahabb (direkomendasikan) itu adalah untuk membaca 3 kali Kalimah Shahadah, 300 kali AstaghfiruLlah, 7 kali Ayatul Kursi dan 7 kali Surah Al-Fil setiap hari. Bacalah ini dan akan terdapat kebaikan dengan Izin Allah ﷻ. Dan yang paling pentingnya, jangan lupa mengenai Sadaqah. Berilah Sadaqah lebih sedikit dalam bulan ini.

Bagaimanapun Sadaqah adalah diberi setiap hari, Shukur kepada Allah ﷻ. Ia adalah sesuatu yang selalu diperingatkan oleh kita. Ia adalah nasihat dari Mawlana Shaykh Nazim. Hendaklah terdapat satu kotak di dalam setiap rumah agar anda meletakkan Sadaqah untuk hari itu didalamnya setiap hari sebelum keluar rumah. Ramai orang berkata bahawa mereka memberikan banyak Sadaqah. Bermaksud anda tidak memberikannya setiap hari. Walaupun anda memberikannya itu dengan banyak, Sadaqah harian adalah sesuatu yang berbeza dengannya. Apabila anda memberikan Sadaqah pada waktu pagi, Shukur kepada Allah ﷻ Sadaqah itu sah sehingga petang. Sebaliknya, jika anda berikannya sekali dalam seminggu, ianya bukan setiap hari.

Maka, pastikan anda mempunyai kotak kecil dan letakkannya berdekatan dengan pintu. Tuliskan perkataan Sadaqah padanya agar anda menjadikannya tabiat untuk bersadaqah sebelum keluar rumah dan dilindungi. Ini adalah perkara yang paling penting. Bulan ini akan menjadi yang baik dan bukan yang buruk buat kaum Muslim dengan Izin Allah ﷻ.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
17 August 2023/1 Safar 1445
Akbaba Dergah, Istanbul
🌹Hendaklah Kompeten Untuk Menjalankan Amanah Dia ﷻ 🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلْأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحْكُمُوا۟ بِٱلْعَدْلِ

(Qur’ān 04:58).
‘’Inna Allāha Ya'murukum 'An Tu'uaddū Al-'Amānāti 'Ilá 'Ahlihā Wa 'Idhā Ĥakamtum Bayna An-Nāsi 'An Taĥkumū Bil-`Adl’’
" Sungguh, Allah Menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil."Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Perkara yang paling penting dalam setiap pekerjaan adalah kompeten. Orang-orang tidak dipertanggungjawabkan apabila mereka masih bayi atau kanak-kanak. Tetapi setelah mereka membesar, tanggungjawab diletakkan diatas bahu orang-orang. Terdapat perkara yang mereka mesti lakukan. Hendaklah mereka sentiasa memperbaiki diri. Hendaklah mereka maju ke peringkat seterusnya.

Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda bahawa jika dua hari dalam hari-hari orang-orang yang beriman adalah serupa, maka dia dalam kerugian. Hendaklah dia sentiasa menjadi lebih baik. Hendaklah dia berbuat yang terbaik dalam ibadah dan dalam segala perkara. Hendaklah dia berbuat adil dengan amanah yang telah diberikan oleh Allah 'Azza wa-Jalla. Allah 'Azza wa-Jalla telah Membawanya itu ke dunia ini untuk anda. Maka hendaklah anda mengikuti Jalan Dia ﷻ dan memelihara Amanah Dia ﷻ.

Setiap pekerjaan adalah seperti ini. Sedang kita hidup pada akhir zaman ini, amanah kini berada pada tangan orang-orang yang tidak kompeten.
Mereka telah merosakkan segalanya, kerana orang-orang telah memilih apa yang mudah untuk ego-ego mereka. Mereka tidak memilih jalan yang sukar untuk memperbaiki diri mereka tetapi mereka telah pilih jalan yang mudah. Mereka tidak melaksanakan solat, mereka tidak berpuasa, mereka tidak melakukan apa-apa pun. "Kami jadi letih dengan melaksanakan solat". Tetapi apabila untuk ke tempat-tempat yang mengerikan, mereka berlari kesana. Mereka tidak mengerjakan solat. Mereka tidak mengerjakan puasa sedang ianya sukar bagi mereka. Jika anda berkata kepada mereka mengenai Zakat, mereka berkata "Ia adalah sesuatu yang tidak perlu. Kenapa perlu aku berikannya?" Ego mereka tidak mahukannya.

Maka, sedang masyarakat tidak melaksanakan keadilan terhadap amanah-amanah ini, Allah ﷻ Memberikan kepada mereka orang-orang yang seperti mereka. Dimana-mana terdapat orang-orang yang tidak kompeten. Jika terdapat suatu pekerjaan yang perlu dilakukan, dimana-mana pun penuh dengan orang-orang yang tidak kompeten yang tidak melaksanakan pekerjaan mereka dengan sebetulnya. Ia amat sukar untuk menemukan orang-orang yang kompeten. Ia adalah sukar untuk mendapatkan orang-orang yang boleh dipercayai.

Ini adalah sesuatu yang tidak diSukai oleh Allah 'Azza wa-Jalla. Allah 'Azza wa-Jalla Menciptakan orang-orang agar mereka menjadi kompeten. Dia ﷻ Memberikan kepada mereka peluang-peluang. Jika mereka tidak mematuhi ego-ego mereka, mereka mampu lakukannya. Tetapi jika mereka mematuhi ego-ego mereka, mereka tidak akan mampu lakukannya. Mereka tidak mahu meletihkan diri mereka. Mereka berasa suka dengan keselesaan. Mereka berasa suka dengan kesenangan dengan kenikmatan. Mereka tidak memikirkan yang selainnya. "Bagaimana untuk memuaskan diri sendiri? Bagaimana untuk menggembirakan diri?" Kesemuanya adalah tentang mereka, yang mana apabila mereka itu kompeten, mereka membawa keuntungan untuk orang lain juga.
Telah dikatakan, "Terdapat ramai orang-orang tetapi tiada seorang pun yang melakukan pekerjaan itu." Ini adalah sesuatu yang Allah ﷻ tidak Sukai. Allah 'Azza wa-Jalla dan Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam Mencintai orang yang berkerja dan mengetahui dirinya sendiri. Dan Tariqah-tariqah adalah untuk mengajarkan kepada masyarakat, untuk mengajarkan pelbagai jenis kompetensi untuk melaksankan pekerjaan dengan baik. Ia mengikuti Jalan Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Maka, shaytan tidak menyukainya. Pekerjaan mereka menjadikannya marah.

Tanpa Tariqah, orang-orang mengikuti ego-ego dan tidak melakukan sebaliknya. Seseorang yang tidak mengikuti Jalan Allah 'Azza wa-Jalla itu bukanlah seorang yang kompeten. Jika seluruh dunia ini menjadi kepunyaannya sekalipun, dia akan merosakkannya sepenuhnya. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita semua. Semoga Allah ﷻ menemukan kita dengan orang-orang yang kompeten insha'Allah.

Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari orang-orang yang tidak mengetahui tentang diri mereka dan tidak mengetahui pekerjaan mereka.

Wa min Allah at-Tawfiq.Al-Fatihah.

Terdapat bacaan-bacaan Khatm Qur’ān. Terdapat banyak bacaan yang telah di Khatm oleh Saudara-saudara kita dari seluruh dunia, Shukr kepada Allah ﷻ.

Yasin, Tabarakh, Surah-surah, Ayat, Tasbihat, Salawat; pertama-tamanya kita hadiahkan segalanya yang telah dibaca ini kepada Nabi Suci kita ﷺ, kepada Ahlul-Bayt Baginda dan Sahabah, kepada arwah-arwah para Anbiya, Asfiya dan Mashaikh, kepada arwah-arwah saudara-mara kita.

Dengan niatkan untuk kebaikan-kebaikan agar datang dan agar perginya kejahatan, dengan niat mendapatkan kekuatan Iman.

Li-Llahi Ta'ala l-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 Augustus 2023/ 02 Safar 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah, Istanbul, Turkiye
🌹Orang-Orang yang Paling Buruk🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda bahawa orang-orang yang paling jahat dan paling buruk adalah mereka-mereka yang membeli Dunia dengan (menjual) Akhirat. Mereka hidup berpenampilan sebagai seorang yang 'Alim (Ulama). Mereka menyesatkan masyarakat daripada Jalan demi kepentingan peribadi mereka dan mendapatkan keuntungan daripada mereka. Mereka adalah orang-orang yang paling buruk.

Sudah tentu, ini adalah salah satu muslihat musuh-musuh Islam. Kerana apabila mereka menyerang Kaum Muslimin secara terus terang, kebanyakan mereka tidak memperoleh apa-apa pun. Mereka hendak keluarkan Islam. Maka, para pengkhianat, iaitu orang-orang yang menjual Akhirat untuk Dunia telah timbul dari dalam. Mereka semua itu bersatu dan menyesatkan masyarakat. Kebanyakan orang-orang dalam masyarakat menjadi sesat disebabkan mereka. Maka, baginda ﷺ bersabda bahawa mereka ini adalah orang yang paling jahat.

Perkara yang sama telah disebut didalam Qura'n 'Azimu sh-Shan. Pengakhiran kepada mereka yang membeli Dunia dengan menjual Akhirat mereka adalah keseksaan dan neraka. Tetapi malangnya, mereka sedang mempelajari dan tahu semuanya. Dan mereka menjualnya untuk kepentingan diri mereka sendiri. Bermakna apa yang mereka pelajari itu tidak membawa manfaat kepada mereka. Ia tidak menguatkan iman mereka kerana mereka tidak melatih ego-ego mereka. Dan ego pula bermain dengan mereka sekehendaknya.

Selepas zaman U'thmaniyyah, karakter-karakter seperti ini menjadi semakin banyak. Sudah tentu, mereka seperti ini sudah ada sebelumnya juga. Musuh-musuh Islam tidak tidur di mana-mana pun dan mereka melakukan Fitnah dan kerosakan. Seperti mana pepatah mengatakan, air itu tidur (tenang tidak berganjak) tetapi para musuh tidak. Mereka sentiasa hendak melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk memusnahkan Islam. Akan tetapi, pada akhirnya mereka yang bersama dengan mereka itu akan berada didalam kerugian juga.

Allah 'Azza wa-Jalla akan Menyebarkan Ugama Dia ﷻ, Ugama yang Haqq keseluruh pelosok dunia dengan Izin Allah ﷻ. Kita sedang hidup sekarang ini pada akhir zaman. Terdapat pelbagai jenis kejahatan, dosa-dosa dan perbuatan yang tidak cocok untuk orang-orang.
Tetapi orang-orang itu berfikir bahawa mereka telah menang dan Islam tidak akan mampu untuk pulih. Dengan Izin Allah ﷻ, Allah ﷻ Melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya.

Yang pastinya, Janji Dia ﷻ adalah benar.
Terdapat Janji bahawa seluruh dunia akan menjadi Muslim. Masanya itu sedang menghampiri insha'Allah. Dia ﷻ, akan Melakukan Pembersihan melalui Mahdi 'alayhi s-salam, kerana ianya (dunia) adalah kotor.
Dunia ini kotor kedua-keduanya secara zahir dan batinnya.

Islam adalah yang akan membersihkannya. Insha'Allah semoga dia segera datang. Kita menunggunya insha'Allah. Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa janganlah putus asa -

“لااتَقْنَ ُطوا ’’,
‘’Lā taqnatū’’
“Janganlah berputus asa’’
(Qur’ān 39: 53)
Berputus asa itu tidak baik. Berputus asa itu datangnya dari kurangnya Iman.

Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita kekuatan Iman.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 Augustus 2023/ 03 Safar 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah
🌹Padamkanlah Api Ke-Egoan🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَـٰلًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَـٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
(Qur’ān 02:168).
‘‘Yā 'Ayyuhā An-Nāsu Kulū Mimmā Fī Al-'Arđi Ĥalālāan Ţayyibāan Wa Lā Tattabiū Khuţuwāti Ash-Shayţāni, 'Innahu Lakum Adūwun Mubīn’’
"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu."Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman agar memakan makanan yang baik dan bersih. Makan yang baik-baik dan bersih dan jangan mengikuti jejak langkah syaitan. Dia adalah musuh kamu yang paling besar. Tetapi malangnya, orang-orang melakukan yang sebaliknya. Apa sahaja perkara yang buruk dan kotor yang ada, mereka inginkannya dan memakannya. Dan mereka mengejar-gejar syaitan. Apa sahaja syaitan perintahkan, mereka sedang kerjakannya.

Pada akhir zaman yang kita sedang hidup ini, semua orang mengejar-gejar syaitan seolah-olah melakukannya, seolah-olah mengejar-gejar syaitan adalah satu skill. Mereka lakukannya dengan membabi buta. Meskipun mereka tahu bahawa dia sedang memimpin mereka ke neraka, mereka tidak peduli. Satu-satunya perkara yang mereka ingin lakukan didunia adalah melakukan apa sahaja yang buruk, apa sahaja yang dilarang oleh Allah ﷻ. Mereka fikir ianya membawa manfaat untuk mereka."Jika kami lakukannya, kami akan berasa puas dan kami akan jadi gembira". Ia adalah bertentangan sepenuhnya. Semakin banyak dosa yang anda lakukan, semakin menjadi liar ego anda, lagi banyak yang ia mahukannya.

Terdapat satu penyakit pada masa lampau. Saya tidak tahu sama ada ianya masih ada sekarang ini. Mereka memanggilnya sebagai Istiska (dropsy/edema), kedahagaan. Tidak kira berapa banyak yang mereka minum, mereka tidak berasa kenyang. Mereka mahukan lebih banyak air. Atau jika mereka meminum air laut pun, ianya tetap sama. Ia tidak menghilangkan dahaga mereka. Lebih banyak dosa yang anda lakukan, dengan Hikmah Allah ﷻ, lebih banyak ego menjadi liar dan mahukan lebih banyak lagi.

Seseorang yang melakukan pelbagai jenis dosa-dosa, seseorang yang berkata, "Biar saya lakukan ini dan berasa puas" menipu dirinya sendiri. Syaitan telah menipunya. Perbuatan yang dilakukannya itu meningkatkan rasa haus dan nafsunya dan memperparah segala macam kejahatan. Itu semua meningkatkan apinya. Apa yang mereka perlu lakukan adalah padamkan api itu dengan berbuat kebaikan, bersedeqah, dan bertaubat. Bertaubat itu membawa kepada keampunan untuk dosa-dosa. Allah 'Azza wa-Jalla Mengampuni dosa-dosa orang-orang yang bertaubat dan memohon keampunan. Dia ﷻ Mengampuni segala dosa-dosa mereka.

Janganlah berkata, "Biar saya lakukannya sekarang dan saya akan memohon keampunan kemudian". Mohonkanlah ampunan dengan serta-merta. Mereka berkata bahawa memotong sesuatu yang membahayakan dari mana-mana pun adalah keuntungan. Demikian pula, orang-orang hendaklah mesti bertaubat dari dosa-dosa dan dari perbuatan yang mereka perbuat dan menghindari dari melakukannya semula dengan niat untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Katakan, "Aku bertaubat dan berhenti dari mengerjakan perbuatan-perbuatan ini kerana mengharapkan Redha Allah ﷻ" dan secara pastinya, Allah 'Azza wa-Jalla akan Membantu kamu. Dia ﷻ akan Melindungi anda daripada melakukan perbuatan jahat itu.
Semoga Allah ﷻ Membantu kita semua. Semoga Dia ﷻ Memberikan Hidayah petunjuk untuk orang-orang. Semoga Dia ﷻ Memberikan Kekuatan lman untuk kita semua agar kita semua dalam keadaan tenang. Maka orang-orang akan berada didalam keadaan yang kedua-keduanya aman didunia dan diakhirat. Mereka capai Kegembiraan.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
20 Augustus 2023/ 04 Safar 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah