SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
560 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
Orang-orang tidak menyadarinya. Mereka yang menyedarinya hanyalah sedikit. Semoga Allah ﷻ meningkatkan mereka in shaa Allah. Ia akan memberikan keterangan kejelasan kepada minda orang-orang yang membacanya. Semoaga ia menjadi asbab kepada kebaikan. Kerana mereka kemungkinan besar akan bermula pada hari ini atau esok. Ini akan menjadi satu pelajaran dan latihan yang indah untuk masyarakat in shaa Allah. Semoga ia menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk kanak-kanak in shaa Allah. Semoga ia menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk negara ini, untuk Ummah dan Islam in shaa Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
05 July 2023/ 17 Zulhijjah 1444 H
Shaykh Nazim Dergah, Cyprus
🌹Dipenuhi dengan Pahala atau Dosa🌹

Bismillahir-Rahmani-Raheem

Semoga Allah ﷻ menjadikannya Mubarak. Hari Raya Eid ul-Adha dan Ibadah Haji telah berlalu. Semoga kedua-keduanya dalam Barakah dan kebaikan. Amalan Ibadah yang telah dikerjakan itu adalah amalan ibadah yang besar. Allah 'Azza wa-Jalla telah Anugerahkannya itu kepada kita, Ummah Nabi Muhammad ﷺ sebagai Hadiah. Amalan ibadah yang telah dilakukan ini bukanlah untuk kesukaran. Allah 'Azza wa-Jalla telah Anugerahkannya sebagai hadiah untuk kebaikan kita. Ia telah diberikan untuk manusia dan Jinn.

Manusia dan Jinn adalah makhluk yang akan di hisab di Akhirat. Amalan ibadah mereka telah diAnugerahkan oleh Allah ﷻ sebagai Rahmat kepada mereka. Segala makhluk yang lain bertasbih kepada Allah.
“وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ”,
“Wa ‘In Min Shay’in ‘Illā Yusabbiĥu Biĥamdihi”,
"Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan MemujiNya".(Qur’ān 17:44). Mereka melakukan tasbih dimana sahaja mereka berada. Untuk selainnya, untuk manusia dan Jinn, ia adalah Fardhu untuk melakukan ibadah. Hendaklah kita ketahui ini.

Ia telah difahami dengan salah. Mereka fikir bahawa terdapat manfaat kepada Allah 'Azza wa-Jalla apabila mereka melakukan ibadah atau Haji. Allah 'Azza wa-Jalla adalah Yang Maha Pencipta. Dia ﷻ tidak perlukan sesuatu apa pun. Kitalah yang dalam keadaan yang memerlukan. Dan Dia ﷻ telah memberikan kepada kita keadaan yang membuatkan kita perlu ini. Tetapi orang-orang melihatnya ia sebagai suatu kesukaran. Mereka fikir mereka tidak memerlukannya, yang mana ini semua adalah sesuatu yang lebih diperlukan daripada makan, minum dan bernafas. Kerana apabila Dunia ini berakhir, ianya akan kekal selama-lamanya. Ianya akan berada di hadrat Allah ﷻ dan akan menjadi berguna kepada anda di Akhirat.

Jika sebaliknya, anda tidak akan punyai apa-apa. Anda akan pergi dengan tangan kosong. Dan pergi dengan tangan kosong itu tidaklah seperti yang diketahui oleh kita. Ia ada akunnya tersendiri." Mengapa kamu mensia-siakan usia kamu?" Mengapa kamu tidak beribadah?" Mengapa kamu tidak patuh kepada Petunjuk Allah ﷻ?" Mengapa kamu tidak Patuh kepada Allah ﷻ? Mengapa kamu tidak mahu menerima nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada kamu?" Anda akan dipersoalkan dengan sebegitu.

Maka, tidak ada sesuatu seperti kita datang dengan tangan kosong dan pulang dengan tangan kosong. Kita datang dengan tangan kosong. Tetapi sama ada kita akan pulang dengan dipenuhi dengan dosa, atau kita pulang dengan dipenuhi pahala dan kebaikan. Tidak ada pilihan selain ini. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Jalan kita adalah jalan yang indah, jalan para Nabi-nabi, jalan Nabi kita ﷺ. Semoga kita sentiasa berada dijalannya ini in sha' Allah.

Kita masih dalam hari-hari yang diberkati, di bulan-bulan yang diberkati. Kita sedang berada dalam Ashhuru-l-Hurum dan bulan Haji. Ia adalah bulan yang dilimpahi banyak kebaikan dan banyak keberkatan. Hendaklah kita sentiasa mengingati untuk beribadah, segala yang kita punyai dan bahawa kita ini sentiasa dengan Allah ﷻ. Kerana manusia menjadi linglung dan jatuh kedalam kelalaian. Sesiapa yang menjadi lalai maka mereka terlepas pelbagai perkara. Mereka berkata, "Saya telah menjadi tidak fokus untuk seminit". Semoga Allah ﷻ tidak membiarkan ia untuk berlaku, jika anda menjadi linglung untuk seminit apabila membawa mobil, banyak perkara boleh berlaku. Semoga Allah ﷻ Membantu kita dan memelihara kita agar kita tidak jatuh kedalam kelalaian langsung, tidak jatuh walau sesaat pun insha'Allah.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah

Terdapat bacaan Qur’ān yang telah di khatam, Surah-surah dan Ayat, Tasbihat, Tahlilat, Salawat; kebaikan dan amal. Kita hadiahkannya kepada Nabi kita ﷺ, kepada Ahlul Bayt dan Sahabah, kepada roh-roh sekalian Anbiya, Awliya, Asfiya, dan Mashaikh, arwah-arwah para saudara-mara kita. Untuk kebaikan yang mendatang dan agar kejahatan menghilang.

Li-Llahi Ta’ala l-Fatiha.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
07 July 2023/ 19 Zulhijjah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم

1) Muharram 1445 Hijrah akan bermula pada malam hari esok.

2) Esok (Selasa, 18/7/2023) adalah hari terakhir untuk Tahun Hijrah. Adalah Sunnat untuk berpuasa pada hari esok.

3) Selepas Asar pada hari esok, hendaklah membaca Doa Akhir Tahun sebanyak tiga kali.

4) Sunnat untuk melihat anak bulan pada waktu matahari terbenam dan membaca Doa bulan baru.

5) Selepas Maghrib pada hari esok, hendaklah membaca Doa Awal Tahun sebanyak tiga kali.

6) Tahun Baru Hijrah akan bermula pada hari Rabu (1 Muharram 1445 H). Sunnat untuk berpuasa pada hari ini juga. Sesiapa yang berpuasa pada hari terakhir tahun Islam Hijrah dan pada hari pertama tahun Islam Hijrah, akan dikurniakan 50 tahun kaffarah (keampunan).

7) Ia adalah Sunnat untuk berpuasa pada 10 hari pertama bulan Muharram, terutamanya pada hari kesepuluh Muharram (Jumaat, 28/7/2023), iaitu pada Hari Asyura. Puasa pada hari Jumaat ini adalah paling baik jika ianya didahului dengan puasa Sunnat pada hari Khamis atau berpuasa pada keesokannya iaitu puasa pada hari Sabtu.
🌹Tahun Hijrah itu adalah untuk Akhirat🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 July 2023/ 30 Zulhijjah 1444 H
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Semoga Allah ﷻ Menganugerahkan tahun-tahun dengan kebaikan. Shukur kepada Allah ﷻ, malam ini adalah Tahun Baru Hijrah. Semoga ia menjadi tahun yang di Berkati insha'Allah. Semoga ia menjadi tahun Islam dan membawa kemenangan untuk Islam. Semoga ia menjadi tahun dimana kesusahan menghilang insha'Allah. Kita berharap agar Mahdi 'alayhi s-salam muncul insha'Allah. Allah ﷻ Mengetahui; dan kepercayaan kita, kepercayaan Ahlu Sunnah wal Jama'ah adalah dalam kemunculan Mahdi 'alayhi s-salam. Sebagaimana Nabi kita ﷺ memberi tahu akan berita tentang beliau, ia menjadi tugas untuk kita semua untuk meyakininya ini.

Satu tahun yang diberkati telah pun tamat dan tahun yang baru telah datang. Satu tahun telah berlalu daripada kehidupan kita. Shukur kepada Allah ﷻ. Insha'Allah ia tidaklah berlalu dengan sia-sia. Kerana pada tahun baru yang kebiasaannya mengikut kalendar lain mereka melakukan keributan yang besar, mereka melakukan banyak persediaan, dan banyak orang berlari ke sana sini untuk melakukan pelbagai dosa. Mereka memenuhi jalan-jalan, mereka menjerit dan meninggikan suara, dan minum dan melakukan banyak perkara yang tidak baik.

Shukur kepada Allah ﷻ, tahun baru kita ini tidaklah begitu. Ianya bermula dengan kemuliaan dan keindahan. Tahun baru yang lain itu bermula pada tengah malam, dan tahun baru kita ini bermula pada waktu Maghrib. Shukur kepada Allah ﷻ, pada waktu Maghrib malam ini kita sedang memasuki tahun baru. Tahun yang mana terdapat Perintah-perintah Allah 'Azza wa-Jalla, Ramadhan, Perayaan Hari Raya, Qurban, Ashura, puasa dan Haji. Kesemuanya itu adalah pada tahun ini. Ianya adalah tahun yang diberkati.

Sudah tentu, kalendar yang satu lagi itu pun boleh diguna juga. Tetapi ianya digunakan untuk tugas-tugas lain. Akan tetapi kalendar (Hijrah) ini digunakan untuk tujuan i'badah. Perkara yang harus dilakukan mengikut Islam adalah berdasarkan kalendar ini, bukan selainnya. Kita tidak boleh mencampurkannya itu. Yang itu adalah berbeza yang ini adalah berbeza. Kalendar (Hijrah) ini adalah untuk Akhirat dan ianya ada Berkat.

Tahun ini telah sampai ke penghujungnya. Hari ini adalah hari terakhirnya. Sehingga Maghrib, tahun 1444 H sedang sampai ke penghujungnya. Dengan Azan Maghrib, kita telah memasuki tahun baru. Shukur kepada Allah ﷻ segala yang mengenai kalendar ini adalah berbeza dengan kalendar yang lain itu. Kalendar yang satu lagi itu adalah untuk tahun-tahun Dunia. Akan tetapi yang ini adalah untuk tahun-tahun Akhirat.

Maka, kita memohon Rahmat Allah ﷻ pada hari ini dan melakukan Doa' agar segala amal ibadah kita diterima dan dosa-dosa kita diampuni untuk Akhirat kita. Semoga Dia ﷻ Mengampuni dosa-dosa kita dan kesalahan yang telah kita lakukan. Semoga Dia ﷻ menukarkan keburukan kita kepada kebaikan. Semoga Dia ﷻ mengubah dosa-dosa kita kepada Pahala. Allah 'Azza wa-Jalla Berjanji didalam Qura'n:
يُبَدِّلُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِهِمْ حَسَنَـٰتٍ
Yubaddilu Llāhu sayyiātihim ḥasanāt”,
"Untuk mereka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan" (Qur’ān 25:70).
Dosa-dosa orang-orang yang telah bertaubat akan ditukar menjadi pahala. Kita bertaubat kepada Allah insha'Allah.

Semoga Allah ﷻ Mengampuni kita. Semoga tahun baru ini menjadi tahun kebaikan dan menjadi tahun keIslaman insha'Allah. Kita berharap agar terdapat penyelamatan untuk ummat manusia dan Muslim insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

www.hakkani.org
https://t.me/mawlanasultan
🌹Kepentingan Kalendar Hijrah Untuk
Ibadah
🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil Ar-Rabani
15 July 2023/ 27 Zulhijjah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul

Bismillahir-Rahmani-Raheem

Tahun Hijrah yang baru sedang menghampiri insha'Allah. Ia adalah pengakhiran tahun ini. Dari segi kalendar Hijrah, hari Rabu adalah permulaan Tahun Baru. Satu tahun telah berakhir. Ini adalah tahun-tahun yang di berkati.

Hari-hari, Bulan-bulan dan tahun-tahun, kesemua yang dilakukan oleh manusia ada dalam Tangan Allah 'Azza wa-Jalla. Ia adalah untuk mereka mengetahui tentang perkiraan. Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman,  
“لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ”,
“Litalamū Adada As-Sinīna Wa Al-Ĥisāb”,
"Agar kamu mengetahui bilangan tahun dan kiraan (masa)". (Qur’ān 10:05). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm. Untuk kehidupan kita didunia ini, Allah 'Azza wa-Jalla telah Menciptakan hari-hari, bulan-bulan, dan tahun-tahun untuk menghitung segalanya, untuk menilai bagaimana masa berlalu. Segalanya adalah Ciptaan Dia ﷻ. Pagi dan Malam, bulan dan tahun adalah CiptaanNya ﷻ.

Allah ﷻ Memberikan kelebihan untuk sesetengah perkara. Kelebihannya itu adalah pada masa-masa yang telah ditentukan untuk melakukan ibadah itu. Orang-orang mengira waktu-waktu ibadah mereka berdasarkan bulan-bulan ini. Mereka melaksanakannya dengan aturannya. Ia ditentukan berdasarkan perkiraan bulan. Yang Wajib dan Fardhu dalam ugama Islam adalah diatur berdasarkannya.

Jika anda melakukannya diluar itu, tidak ada manfaatnya. Anda terlepas perkara yang penting, anda terlepas Fardhu dan usaha anda jadi sia-sia. Jika anda tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan tetapi memilih untuk berpuasa pada bulan Januari, anda kehilangan Fadhilat yang besar jika begitu. Anda melakukan dosa jika tidak berpuasa pada Ramadhan. Jika anda berpuasa pada musim sejuk untuk menjadikannya cepat, dengan mengatakan hari ini adalah lebih pendek, maka anda melakukan dosa. Ianya sama dengan halnya Haji. Ianya dikerjakan berdasarkan bulan kalendar Hijrah. Ianya adalah setahun sekali dalam satu hari. Jika anda terlepas hari itu, maka Haji anda adalah tidak sah.

Hari-hari ini adalah sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah 'Azza wa-Jalla. Mawlid Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam adalah pada 12 Rabiul Awwal. Apabila anda menyambutnya pada setiap 20 April, ia jadi sesuatu yang tidak ada manfaat. Sudah tentu anda harusnya memuliakan Nabi kita salla Llāhu'alayhi wa-sallam pada setiap hari. Namun, jika anda, menuruti minda anda, tidak menyambut Mawlid pada 12 Rabiul Awwal tetapi menyambutnya pada 20 April, maka anda dikira telah melakukan Bid'ah dan telah kehilangan kebaikannya.

Terdapat banyak perkara yang perlu kita mengira dan tidak terlepas dalam mengerjakan ibadah pada waktunya tahun ini, tahun Hijrah ini. Maka, kita tidak seharusnya ditipu oleh shaytan. Banyak orang tidak ketahui bilakah tahun Hijrah bermula. Bilakah mereka akan ketahui? Tidak akan. Banyak orang-orang yang tidak ketahui. Tetapi kesemua orang bersiap sedia untuk menyambut Tahun Baru yang lain itu dengan berfikir, "Kita harus lakukan itu dan ini. Kita harus lakukan dosa dan lakukan perbuatan yang sebegitu". Shukur kepada Allah ﷻ, tidak terdapat perbuatan yang sebegitu dalam sambutan tahun baru Hijrah.

Tahun baru Hijrah adalah tahun yang telah di Kurniakan oleh Allah ﷻ sebagai hadiah kepada kaum Muslimin. Maka, mereka haruslah mengira perkara-perkara dan melakukannya sesuai dengannya itu; jika mereka boleh pergi ke Haji pada tahun ini, bilakah Ramadhan, bilakah hari Asyura itu. Kesemuanya ada kebaikan-kebaikannya yang tersendiri. Terlepas dalam melakukan kebaikan-kebaikan itu adalah satu kerugian untuk masyarakat. Semoga Allah ﷻ Anugerahkan kepada kita tahun-tahun yang penuh kebaikan insha'Allah. Semoga ianya penuh dengan Barakah insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
🌹Memberikan Sadaqah Secara Rahsia Adalah Lebih Baik🌹

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

“الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ”,

“Al-Ladhīna Yunfiqūna Fī As-Sarrā’i Wa đ-Đarrā’i”, 
"Iaitu orang-orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun di waktu sempit." (Qur’ān 03:134). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah 'Azza wa-Jalla Memuji orang-orang yang memberi Sadaqah secara rahsia dan secara terang dan mereka-mereka yang melakukan i'badah. Apabila memberikan Sadaqah, ianya adalah lebih baik untuk memberikannya secara rahsia. Ianya adalah lebih baik dari segi kemanusiaan. Agar ianya tidak memalukan orang-orang yang dalam keperluan, ia lebih baik untuk diberi secara rahsia.

Ia juga adalah lebih baik untuk orang yang memberinya juga agar tidak merasa bangga. Apa yang mereka lakukan hendaklah kerana mengharapkan Redha Allah ﷻ. Tidak boleh dia menunjuk-nunjuk, atau mengharapakan apa-apa imbalan. Sadaqah dan amal jariah yang diberi adalah kerana mengharapkan Redha Allah ﷻ. Tidak seharusnya mengharapkan apa-apa pun kembali walaupun ucapan terima kasih untuk itu.

Jika mereka mengucapkan terima kasih, maka mereka telah berterima kasih. Jika tidak — Sesetengah orang berkata, "Kami memberi tetapi mereka tidak berterima kasih". Anda memberi dengan mengharapkan Redha Allah ﷻ, maka anda haruslah mengharapkan ianya daripada Allah ﷻ. Anda haruslah mengharapkan imbalan dan Pahala dari Allah 'Azza wa-Jalla. Tapi jika anda memberi dengan niat untuk mendapatkan terima kasih daripada orang lain, maka ia menjadi sia-sia. Imbalan yang sebenar adalah dari Allah 'Azza wa-Jalla itu sesuatu yang penting. Jika sekalian orang-orang berterima kasih kepada anda, tidaklah ia bermanfaat. Manfaat hanyalah apabila Allah 'Azza wa-Jalla Redha dengan anda dan Gembira dengan amalan anda kerjakan. Apa yang penting untuk kita adalah Redha Allah ﷻ dan SenangNya Allah ﷻ dengan kita.

Orang-orang pada masa kini hendak kerjakan, walau perkara-perkara yang kecil, untuk kepentingan diri. Apabila mereka lakukan sesuatu, mereka ingatkan orang-orang dengan kebaikan ini; "Saya lakukan ini, saya lakukan itu". Dimana telah dikatakan didalam Qura'n 'Azimu sh-Shan, " ا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا”,
“Lā Nurīdu Minkum Jazā’an Wa Lā Shukūrāa”, 
, "Kami tidak mengharapkan balasan atau terima kasih dari kamu" (Qur’ān 76:09).
"Kami tidak mengharapkan apa-apa pun sebagai balasan, walaupun ucapan terima kasih. Kami lakukan ini semata-mata mengharapkan Redha Allah ﷻ. Syurga telah dijanjikan untuk mereka. Syurga yang indah telah dijanjikan untuk mereka. Ini adalah lebih baik dari dunia ini keseluruhannya.

Apakah itu terima kasih? Ianya tidak ada apa-apa. Allah ﷻ Mengajarkan kepada kita kebaikan dan adab yang indah. Semoga Dia ﷻ menjadikan kita berjaya dalam mengikuti jalan itu. Semoga kita tidak patuh kepada ego kita. Orang-orang pada masa kini telah membuat perkara-perkara yang baru; perbuatan tidak sopan dan itu dan ini. Mereka hendak tunjukkan apa yang telah mereka perbuat, "Kami melakukan ini. Kami melakukan itu". Jika anda lakukannya untuk menunjuk-nunjuk, maka ia menjadi sesuatu yang tiada nilai. Walaupun begitu, Allah 'Azza wa-Jalla akan memberikan pahala kepada anda seperti memberikan satu pahala berbanding ribuan pahala. Semoga Allah ﷻ membantu orang-orang insha'Allah. Semoga mereka sedar.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
08 July 2023/ 20 Zulhijjah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
🌹Mulakan Segala Sesuatu dengan BismiLlah🌹

Bismillahir-Rahmani-Raheem

Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda bahawa jika sesebuah perbuatan dimulakan tanpa membaca BismiLlah, maka perbuatan itu tidak akan ada hasil yang baik. Perbuatan yang baik hendaklah dimulakan dengan BismiLlah. Insha'Allah ianya sentiasa akan menjadi asbab kepada kebaikan dan akan berterusan begitu.
Shukur kepada Allah ﷻ, telah berlangsung sebuah perkahwinan yang indah malam tadi. Kita mulakannya dengan BismiLlah. Insha'Allah mereka akan mendapat kehidupan yang baik.

Orang-orang tidak memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang penting. Apabila berkahwin, kadang-kala orang-orang memulakan kehidupan mereka tidak dengan kebaikan dan BismiLlah tetapi dengan yang tidak baik. Maka tidak terdapat apa-apa manfaat dari itu. Mereka memberikan makanan dan minuman yang dilarang oleh Allah 'Azza wa-Jalla pada majlis perkahwinan. Maka ia tidak akan ada pengakhiran yang baik dengan itu.

Kesemuanya hendaklah kerana mengharapkan Redha Allah ﷻ. Untuk Redha Allah ﷻ, hendaklah NamaNya ﷻ didahulukan. Kita mulakan setiap majlis dengan nama Allah ﷻ yang indah, dengan nama ar-Rahman dan ar-Rahim. Dengan Izin Allah ﷻ, majlis ini akan ada hasil yang baik dan permulaan yang baik. Segalanya akan menjadi baik dari setiap segi Insha'Allah.

Sebaliknya, ianya tidak akan jadi baik. Sesuatu yang bermula dengan dosa tidak akan menjadi cantik, atau baik. Maka, hendaklah orang-orang berjaga-jaga. Kadang-kala orang-orang menjadi lupa. Kadang-kala mereka jatuh kedalam kelalaian. Perkara yang mereka lakukan tidak memberi manfaat. Apa yang memberi manfaat ialah apabila kesemua orang-orang berada dijalan Allah ﷻ, apabila mereka berada dijalan Allah 'Azza wa-Jalla. Itulah yang memberi manfaat, kerana Allah 'Azza wa-Jalla Menciptakan kita untuk berada dijalanNya ﷻ.

BismiLlahi r-Rahmani r-Rahim,

‘وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ’,

‘Wa-ma Khalaqtu l-Insa wal Jinna illa li-Ya’budun’,
'Aku Menciptakan Jinn dan Manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku'. (Qur’ān 51:56). " Aku Menciptakan Jinn dan manusia untuk beribadah". Selama mana mereka beribadah, orang-orang hidup, makan, minum, berjalan dan melakukan segala sesuatu dengan mengharapkan Redha Allah ﷻ. Sebaliknya itu adalah untuk ego mereka.

Allah ﷻ menjadikan segalanya dibolehkan. Terdapat Halal dan Haram dalam segalanya. Dan kedua-keduanya ada nilainya. Apabila orang-orang mengerjakan salah satu darinya, mereka tidak dihalang dari yang satu lagi. Apabila anda kebaikan, jika dosa-dosa itu nampak seperti kebaikan, ia tidaklah ada apa-apa kebaikan. Ianya tidak ada manfaat.

Maka, ianya adalah kebaikan besar buat orang-orang yang sentiasa berada dijalan Allah ﷻ. Ia adalah nasib yang sangat baik. Kerana Allah ﷻ telah Memberikannya, mengikuti jalan ini dan melakukan shukur kepad Allah ﷻ adalah tugas kita. Semoha Allah ﷻ Membantu kita dalam mengikuti jalanNya Dia ﷻ. Semoga Dia ﷻ tidak membiarkan kita tersesat Insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
09 July 2023/ 21 Zulhijjah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
🌹Kalendar Hijrah Adalah Miliknya ﷺ 🌹

Bismillahir-Rahmani-Raheem

Shukur kepada Allah ﷻ, kita telah sampai kepada tahun baru. Semoga ianya diberkati dan baik. Ianya adalah permulaan kepada tahun baru berdasarkan kepada kalendar Hijrah yang bermula dengan Hijrah Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam dari Makkah ke Madinah. Sebagai kalendar untuk orang-orang Muslim dan Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, kalendar Hijrah adalah milik makhluk suci yang mulia Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Maka , adalah dibolehkan untuk mengucapkan tahniah dengan mengambutnya. Orang-orang mengucapkan tahniah untuk perkara-perkara yang lain. Tahun-tahun yang suci ini adalah asbab kepada kebaikan-kebaikan tahun demi tahun insha'Allah. Jika anda harapkan kebaikan, anda akan dapatkan kebaikan, bersabda Nabi Suci kita (Nabi Muhammad)salla Llāhu 'alayhi wa-sallam.

Hari-hari yang penuh keberkatan ini adalah pada bulan Muharram yang mana ianya adalah bulan yang suci juga. Ia adalah bulan yang terakhir dari bulan-bulan yang Haram (yang Suci). Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram: Ketiga-tiga bulan ini adalah ditujukan untuk Haji. Terdapat juga bulan Rejab; ianya diasingkan. Ketiga-tiga bulan ini adalah datangnya berturut-turut. Ianya adalah hari-hari dalam musim Haji. Bulan-bulan ini adala kelebihannya masing-masing. Terdapat hari yang ke 10 Muharram, Ashurah. Ianya adalah hari yang sangat besar. Ia adalah antara hari-hari dimana Allah 'Azza wa-Jalla Memberikan Barakah kepada orang-orang. Terdapat pahala yang besar dan berita baik dari Nabi Suci kita ﷺ kepada sesiapa yang berpuasa didalam Muharram. Terdapat Barakah juga.

Allah 'Azza wa-Jalla menjadikan musim-musim untuk segalanya. Dia ﷻ Menciptakan kesempatan untuk orang-orang yang Beriman untuk mengambil manfaat darinya. Kita mohon kepada Allah ﷻ akan pelbagai jenis kebaikan kerana ini. Kita mengemis kepadaNya ﷻ agar Dia ﷻ memberikan Iman dan Petunjuk kepada orang-orang, agar mereka tidak menjadi sesat dari jalan yang benar.

Masyarakat telah menjadi mainan syaitan. Mereka tidak memikirkan tentang Akhirat. Mereka hanya memikirkan tentang Dunia. Selama mana mereka memikirkan tentang Dunia, mereka akan menghadapi kesusahan. Tidak akan ada kemudahan. Tanpa Perintah dari Allah 'Azza wa-Jalla, anda boleh ada kebolehan apa sahaja sekali pun, ianya tidak akan membantu. Maka, hendaklah kita memohon Barakah dan Pertolongan dari Allah 'Azza wa-Jalla. Semoga Allah ﷻ Membantu kita semua.

Kita telah memasuki jalan ini dengan Limpah Karunia dan Kebaikan Dia ﷻ. Kita mohon Dua agar kita senantiasa dijalan ini insha'Allah. Semoga akan ada Petunjuk bagi kaum Muslimin. Kebanyakan orang Muslim tidak tahu apa yang mereka sedang buat. Semoga Allah ﷻ Menghantar Sahib agar dia memberitahu dan menunjukkan jalan kepada orang-orang. Semoga mereka tidak keluar dari jalan. Semoga mereka menyatukannya itu.

Sudah tentunya, dia akan datang insha'Allah. Kita berharap pada setiap hari agar dia datang. Kita harap pada setiap tahun agar dia datang. Insha'Allah tahun ini adalah tahunnya dia, tahun yang Barakah, tahun yang indah insha'Allah. Semoga mereka menjadi tahun-tahun Islam mulai sekarang ini insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita semua. Semoga Dia ﷻ memberikan kepada kita kekuatan Iman. Semoga Dia ﷻ Melindungi Iman kita insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 July 2023/ 01 Muharram 1445 H
Akbaba Dergah, Istanbul
🌹Janganlah Hargai Ego Anda🌹

Bismillahir-Rahmani-Raheem

Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda bahawa kelebihan dan hadiah yang sangat besar untuk kita adalah dengan kita datang dari Ummah Nabi Suci salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, dengan menjadi Ummah akhir zaman. Ianya adalah kelebihan yang sangat besar bagi sesiapa yang mengetahuinya. Untuk sesiapa yang tidak mengetahuinya, terdapat penyesalan.

Pada masa kini, ia adalah masa dimana ianya tidak dihargai. Kesemuanya telah hilang nilainya. Tiada siapa menghargai sesuatu apa pun. Juga secara materialistik, tiada apa-apa pun yang bernilai sekarang ini. Pada masa lalu — apa ang saya maksudkan dengan masa lalu ialah 30 tahun yang lalu. Uang adalah dari emas dan bukan kertas. Dengan satu uang emas seorang boleh hidup selama sebulan. Sekarang tidak ada lagi peluang untuk hidup sebegitu.

Secara pastinya, ianya adalah Ketentuan Allah 'Azza wa-Jalla. Mahalnya sesuatu itu dan segala perkara yang lain adalah dalam TanganNya Dia ﷻ. Apabila Dia ﷻ mencabut Barakah dari orang-orang, segala sesuatu menjadi tidak bernilai. Ini adalah sesuatu yang penting. Apa yang penting ialah untuk mengetahui perkara-perkara yang paling bernilai. Dan perkara yang bernilai adalah dengan kita dari Ummah Nabi Suci kita ﷺ, dengan datangnya kita dari Ummah akhir zaman. Ia adalah keuntungan yang besar buat masyarakat.

Namun begitu, mereka mengejar-gejar akan perkara yang mereka buat dan perkara yang dalam minda mereka. Mereka sedang memberikannya itu nilai dan tidak menghargai perkara yang sebenarnya bernilai. Mereka sedang menghargai perkara yang tidak bernilai. Dan yang paling penting, mereka menghargai diri mereka sendiri. Mereka mencintai diri mereka sendiri dan tidak mahu selainnya. Mereka lihat ego mereka adalah unggul dan melihat diri mereka adalah lebih penting.

Berada dijalan Allah 'Azza wa-Jalla adalah baik, tetapi mereka tidak menyukainya. Walaupun semua orang adalah kecil dan ego mereka adalah kecil, shaytan telah memberikan kepada mereka sesuatu di tangan mereka [telefon] yang mana mereka fikir ianya adalah penting dan berusaha agar orang-orang menyanjung dan menghargai mereka. Mereka berusaha untuk tidak menghargai Ketentuan Allah 'Azza wa-Jalla tetapi menghargai diri mereka sendiri.
Maka, apa yang mereka buat adalah tanpa keuntungan dan sia-sia. Kebanyakan masa, ianya adalah berbahaya juga.

Apabila kita ini dari Ummah Nabi Suci kita ﷺ, perkara yang paling penting ialah dengan melakukan Shukur untuk ini dan menghargainya. Tidak perlu untuk memperbesar ego kita. Tidak perlu untuk memberikan nilai untuk ego kita. Lebih banyak anda memuji ego anda, anda jadi lebih tidak berguna. Lebih banyak anda berusaha untuk meninggikan ego, maka anda jadi lebih rendah.
Tidak ada keuntungannya untuk anda melainkan mudharat. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Semua orang yang hidup di masa kini ketahuinya. Yang mana ibu kita Sayyidatina Maryam berkata,
يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيًّا”,
“Yā Laytanī Mittu Qabla Hādhā Wa Kuntu Nasyāan Mansīyāa”, " Dia berkata, 'Wahai alangkah (baiknya) aku mati sebelum ini dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan."(Qur’ān 19:23). Dia berkata, "Jika hanya aku sesuatu yang tiada apa-apa dan seorang yang dilupakan" apabila dia melahirkan Sayyidina I'sa 'alayhi s-salam. Apabila beliau tidak mahukan ego beliau dan berharap agar dirinya itu tidak ada, maka beliau telah dinaikkan ke kedudukan yang tinggi. Beliau telah disebut di beberapa tempat dalam Qur’ān. Beliau adalah seorang yang dikasihi oleh semua orang. Apabila beliau merendahkan ego dan membuang ego beliau, beliau telah dinaikkan ke kedudukan yang tinggi. Akan tetapi orang-orang pada masa kini berusaha untuk menyanjungi diri mereka dan memperbesar diri mereka. Ini adalah perangkap shaytan. Semoga kita tidak jatuh didalamnya insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan ego kita.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
10 July 2023/ 22 Zulhijjah 1444
Akbaba Dergah, Istanbul
🌹 Orang Jahil yang Berpendidikan Di Mana-mana🌹

A’ūdhu bi-Llāhi mina sh-shayṭāni r-rajīm. Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

‘Afaĥasibtum ‘Annamā Khalaqnākum Abathāan Wa ‘Annakum ‘Ilaynā Lā Turjaūn’,
'Maka apakah kamu mengira bahawa Kami Menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?'
(Qur’ān 23:115). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm. Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman didalam Qur’ān 'Azimu sh-Shan, "Adakah kamu mengira bahawa kami Menciptakan kamu sia-sia? Adakah kamu mengira bahawa kamu tidak akan di kembalikan kepada Kami?"

Orang-orang yang hidup pada masa kini berfikir bahawa mereka telah diCiptakan tanpa suatu sebab. Mereka fikir mereka telah diCiptakan untuk hiburan dan permainan. Mereka fikir mereka sedang hidup untuk merasa senang. Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman, "Adakah Kami Menciptakan Kamu untuk Hiburan?" Pada akhirnya, tidak dapat melarikan diri dari menuju ke tempat yang anda akan pergi. Orang-orang akan pergi untuk dihadapkan kepada Allah ﷻ, dan mereka akan dipersoalkan disitu: "Kamu telah diberi nikmat yang banyak. Terlalu banyak yang telah diberikan kepada kamu. Tetapi kamu telah hidup dalam keadaan yang merugikan. Kamu telah berusaha untuk yang sia-sia. Kamu telah hidup sepenuh hidup kamu untuk memuaskan dan berkhidmat kepada ego kamu."

Orang-orang pada masa kini berfikir bahawa mereka lebih berilmu. Di masa lalu, sesiapa yang telah graduasi dari sekolah dasar telah dikira sebagai orang yang berpendidikan. Mereka tahu segalanya. Pada masa kini terdapat universitas dimana-mana dan mereka fikir mereka telah menjadi orang yang berilmu. Dimana-mana terdapat orang yang jahil, tidak berilmu. Dari segi apa pun yang anda lihat, walau anda lihat dari segi kaca mata keilmuan, mereka-mereka yang telah bergraduasi dari sekolah dasar pada masa lalu dan belajar untuk 5-6 tahun adalah lebih berilmu dari yang berada di universitas sekarang. Mereka adalah orang-orang yang mengetahui untuk apa mereka telah diCiptakan, apa dan kenapa mereka lakukan sesuatu itu.

Ianya tidak berakhir dengan belajar. Belajar itu tidak menjadikan otak anda berkerja. Tujuannya yang satu adalah untuk mendapatkan kertas itu dan menggantungnya di dinding. Itu tidak bermanfaat. Manfaat itu adalah apabila kita mengetahui mengapa kita hidup. Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman, "Kami tidak Menciptakan kamu untuk hiburan. Pada akhirnya, kamu akan dikembalikan kepada Kami, dan kamu akan lihat segalanya." Perkara yang anda tidak suka dan tidak terima akan menghadapi anda. Anda akan menyesal nanti. Tetapi penyesalan tidak bawa apa-apa manfaat (ketika itu).

Allah ﷻ telah Memberikan minda kepada semua orang. Dia ﷻ telah Memberikan kedua-dua minda dan peluang-peluang. Sepertimana yang kita katakan, orang-orang pada masa dulu tidak ada peluang untuk belajar. Akan tetapi, mereka dapat manfaat dari apa yang mereka belajar. Sepertimana yang kita katakan, belajar itu sia-sia jika ia tidak mengajarkan untuk mengenal Allah 'Azza wa-Jalla. Ia bukanlah ilmu tetapi kejahilan. Orang-orang pada masa dahulu memanggil orang-orang seperti ini sebagai orang terpelajar yang jahil. Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita minda dan pemahaman. Semoga masyarakat memahami maksud tentang segala sesuatu dan menemui jalan yang mana ianya indah insha'Allah.

Sesetengah orang-orang merasa bangga dengan membuka sekolah atau university. Tidak perlu merasa bangga apa pun. Lihatlah jika ia membawa faedah atau tidak. Apa yang mereka mendahulukan didalam negara adalah ilmu yang menjadikan orang-orang jauh dari Allah ﷻ. Tiada apa-apa faedah yang datang dari ilmu yang sebegitu. Tiada apa-apa faedah yang datang untuk mereka yang belajar dan untuk yang mengajar. Yang pertamananya, hendaklah kita mengajar tentang Allah ﷻ, jadikan mereka mengenal Allah 'Azza wa-Jalla. Semoga Allah ﷻ menjadikan kita semua dari orang-orang yang mengetahui ini insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.