SufiHub (Bahasa)
166 subscribers
577 photos
11 videos
4 files
87 links
Download Telegram
June 28, 2023
June 28, 2023
June 28, 2023
June 29, 2023
Forwarded from SufiHub (Bahasa)
June 29, 2023
June 29, 2023
June 29, 2023
June 29, 2023
SG Zoom Khatam kami terbuka buat semua

Anda tidak perlu meletakkan nama atau mengaktifkan kamera untuk dapat hadir.

Anda juga bisa menggunakan nama samaran/alias apa pun dan hadir, jika Anda ingin identitas Anda tidak diketahui.

Zikir Khatam Khwajagan kami setiap Jumaat malam (mlm di antara Jumaat dan Sabtu) jam 8.45 mlm WIB sepanjang Ramadan ini dan jam 8.15 mlm WIB di luar Ramadan.
June 30, 2023
June 30, 2023
July 1, 2023
🌹Rahsia Untuk Pembukaan Hati🌹

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

‘فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ, ‘Faman Yuridi Allāhu ‘An Yahdiyahu Yashraĥ Şadrahu Lil’islām’, 
'Maka sesiapa yang Allah Kehendaki untuk memberi Hidayah Petunjuk kepadanya nescaya Dia Melapangkan dadanya (Membuka hatinya) untuk menerima Islam.'(Qur’ān 06:125).Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Apabila Allah Azza wa-Jalla Menghendaki Kebaikan untuk hambaNya, Dia ﷻ Membukakan hati hambaNya itu kepada Islam. Hamba itu menemui kesenangan dengan Islam. Sesiapa yang senang dengan Islam maka dia akan gembira dengan segala-galanya.

Orang-orang sedang mencari-cari kebahagiaan. Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa kebahagiaan itu ada didalam Islam.
Untuk hati menjadi damai, hanyalah apabila Allah ﷻ Menghendakkan untuk anda kebaikan dan membuka hati anda untuk Islam, anda akan jadi bahagia. Jika sebaliknya, anda akan merasa sempit di dada dan seolah-olah nyawa anda sedang keluar dari tenggorokan.

Jika hati telah terbuka, jika tidak ada kedamaian didalam hati, apa sahaja anda beri dari luaran, ia tidak akan membuatkannya merasa baik. Ia tidak akan merasa puas. Ia tidak akan menjadi lega atau bahagia. Apa sahaja yang anda beri secara luaran, ia tidak akan berhasil. Hanya apabila iman yang masuk didalam hati akan membawa kelegaan untuk hati. Ia akan membukakan hati. Yang selain itu yang anda beri secara luaran, Kekafiran dan kejahatan menjadikannya lebih buruk. Ia jadi lebih buruk. Tidak ada manfaat kecuali keburukan.
Allah 'Azza wa-Jalla Menciptakan ianya sebegitu dan ianya mahukan sebegini. Akan tetapi Allah 'Azza wa-Jalla Menunjukkan jalan untuk orang-orang supaya orang-orang dapat kembali ke jalan ini. Ia adalah rahsia Allah 'Azza wa-Jalla. Dia ﷻ Mengetahui UrusanNya ﷻ dengan SendiriNya ﷻ. Kita tidak ketahuinya. Kita tidak boleh mencampuri urusan Allah 'Azza wa-Jalla.

Keputusannya itulah yang penting. Maka, untuk orang-orang dapat menjadi bebas daripada kesusahan, kesedihan, dan duka, mereka mestilah kembali kepada Allah 'Azza wa-Jalla. Mereka mestilah berjalan terus kepada Allah 'Azza wa-Jalla. Sesiapa yang kembali kepada Dia ﷻ, Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman, "Jika hambaKu mendekatiKu, Aku akan Mendekatinya". Pastinya Zat Allah 'Azza wa-Jalla itu bukanlah seperti yang kita imaginasi. ZatNya ﷻ itu bukanlah seperti apa pun. . ‘لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ’, ‘Laysa kamithlihi shay’un’, 'Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia'.(Qur’ān 42:11). Tiada sesuatupun yang serupa denganNya ﷻ. Akan tetapi maksudnya itu ialah apabila seseorang hamba itu kembali kepada Allah ﷻ, Allah ﷻ akan kembali kepada hambaNya itu.

Seseorang hamba itu hendaklah berusaha. Jika hamba itu malas dan melakukan segalanya akan tetapi selepas itu dia berusaha sungguh-sungguh untuk membuka hatinya dan menjadikannya cantik, maka dia tidak akan dapat mencapai apa pun. Hanya apabila hamba itu kembali kepada Allah 'Azza wa-Jalla dan mohon kepadaNya ﷻ keredhaanNya, hatinya akan terbuka dan lega.
Semoga Allah ﷻ membuka hati kita insha'Allah. Semoga ianya dipenuhi dengan cahaya Iman. Apabila ianya dipenuhi dengan cahaya, akn terdapat pelbagai kebaikan dan keindahan.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
22 Jun 2023/ 04 Zulhijjah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
July 1, 2023
July 2, 2023
July 3, 2023
July 3, 2023
July 3, 2023
Forwarded from SufiHub (Bahasa)
July 6, 2023
July 7, 2023
July 7, 2023
July 9, 2023