SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
543 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
Tempat yang indah itu adalah rumah pertama Allah 'Azza wa-Jalla Telah Bangunkan di dunia ini.
“إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ”, “Inna ‘Awwala Baytin Wuđi`a Lilnnāsi Lalladhī Bibakkata”,
"Sesungguhnya rumah (ibadah) pertama yang dibangun untuk manusia, ialah (Baitullah) yang di Bakkah (Mekah)"(Qur’ān 03:96). Rumah pertama yang di bina untuk kemanusiaan dan ummat manusia itu adalah rumah yang di bina di Mekah Mukarramah. Oleh itu, Haji itu penuh Barakah dari segala penjuru. Ia ada pahala yang besar dan Barakah yang banyak. Semoga Allah ﷻ Mengizinkan sesiapa yang belum ke sana supaya dapat pergi kesana insha'Allah. Dan semoga Allah ﷻ Menerima itu dari mereka yang sedang pergi. Semoga ianya dimudahkan untuk mereka.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 Jun 2023/ 01 Zulhijjah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
🌹Kerjakanlah Kebaikan Tanpa Mengharapkan Imbalan🌹

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

“وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ”,

“Wala Tamnun Tastakthir”, "Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak."(Qur’ān 74:06).

“إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا”, “Innama Nut’imukum li-Wajhi Llahi Lā Nurīdu Minkum Jazā’an Wa Lā Shukūrāa”,
"Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keridaan Allah, kami tidak mengharapkan balasan dan terima kasih dari kamu."(Qur’ān 76:09).Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa apabila kita melakukan suatu (kebaikan untuk seseorang), janganlah mengungkitkan kebaikan itu kepada orang tersebut. Untuk mengungkitkannya itu adalah seperti menggosokkan ke muka seseorang itu dan berkata, "Saya lakukan ini untuk kamu. Saya lakukan itu untuk kamu. Saya memberi kamu ini. Saya memberi kamu makan dan minum". Ini adalah perbuatan mengungkit atau seperti menggosokkan ke muka seseorang. Inilah maksud perbuatan itu.

Sesiapa yang melakukan seperti ini akan kehilangan pahala yang mereka peroleh daripada kebaikan yang telah mereka kerjakan itu. Kerana mereka kerjakan itu bukan kerana mengharapkan keridaan Allah ﷻ akan tetapi ianya adalah untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka berkata, " Saya sekarang kerjakan ini untuk kamu. Kamu pun mestilah mengerjakan itu untuk saya juga". Dan jika seseorang itu tidak dapat kerjakannya, apakah yang anda akan lakukan? Tidak ada apa-apa yang anda boleh lakukan. Dan anda kehilangan pahala dan juga Redha Allah ﷻ jika begitu.

Orang-orang yang melakukan seperti itu melakukannya untuk memperbesar ego mereka dan memuaskan ego mereka. Mereka berkata," Saya kerjakan ini. Saya kerjakan itu. Saya telah banyak berbuat untuk kamu. Kenapa kamu tidak berbuat yang serupa untuk saya?" Jika anda kerjakan sesuatu, hendaklah anda kerjakannya kerana mengharapkan Ridha Allah ﷻ. Hendaklah anda kerjakan seperti itu. Sebaliknya, jika anda lakukan demi keuntungan dunia ini, maka ia tidak mempunyai apa-apa nilai dan anda tidak akan dapat apa-apa imbalan pun. Tidak ada tanggungjawab, atau apa-apa. Tidak sepatutnya anda lakukan ini dan itu, atau memberi orang-orang makan jika anda lakukan semua ini demi ego anda.

Adakah anda membeli orang-orang untuk sesuap atau dua suap makanan yang anda beri? Adakah mereka menjadi budak atau pekerja anda apabila anda menolong mereka?
Orang yang pintar tidak akan melakukan seperti ini. Orang yang pintar memahami bahawa untuk setiap kebaikan yang dilakukan Allah 'Azza wa-Jalla Memberikan ganjaran. Meminta-minta kepada orang-orang adalah tindakan bodoh. Maka, hendaklah berhati-hati. Apabila anda melakukan kebaikan, anda seharusnya tidak mengharapkan apa-apa keuntungan sebagai imbalan. Ini adalah sesuatu yang dikerjakan semata-mata mengharapkan Ridha Allah ﷻ. Seharusnya kita mengharapkan keuntungan, kebaikan, dan segala-galanya hanya dari Allah 'Azza wa-Jalla.

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman didalam Qur’ān 'Azimu Shan, "Kami tidak mengharapkan terima kasih atau apa-apa sebagai balasan untuk kebaikan". Allah 'Azza wa-Jalla akan Menganugerahkan Syurga sebagai balasan dan anda memperoleh kemurahan hati. Allah 'Azza wa-Jalla telah Berfirman mengenai ini dibeberapa bahagian didalam Qura'n 'Azimu Shan. Ia bukanlah sesuatu tanpa balasan baik. Maka janganlah kehilangan ganjaran Akhirat dan Keindahan Akhirat demi keuntungan Dunia, demi sesuatu yang tiada nilai. Janganlah di bazirkan begitu sahaja apabila anda melakukan kebaikan. Semoga Allah ﷻ Menerima kebaikan dan semoga ia menjadi sesuatu yang di berkati untuk orang-orang yang mengerjakannya insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
20 Jun 2023/ 02 Zulhijjah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
🌹Memelihara Rezeki Anda Adalah Tanggungjawab Anda🌹

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm. Madad:

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

(Qur’ān 18:46). ‘Al-Mālu Wa Al-Banūna Zīnatu Al-Ĥayāati Ad-Dunyā ۖ Wa Al-Bāqiyātu Aş-Şāliĥātu Khayrun `Inda Rabbika Thawābāan Wa Khayrun ‘Amalā’,
'Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.'

Harta, keluarga dan selainnya adalah kesemuanya perhiasan dunia ini, Berfirman Allah 'Azza wa-Jalla. Yang akan kekal adalah amal soleh. Ianya adalah kebaikan. Dalam pada itu, Allah 'Azza wa-Jalla telah Anugerahkan kepada Ummat Manusia harta dan anak-anak dalam kehidupan mereka di dunia ini. Kita hendaklah memelihara ini semua. Ianya adalah nikmat, nikmat Anugerah dari Allah ﷻ. Menjaga nikmat-nikmat ini adalah suatu yang di Cintai oleh Allah ﷻ.

Selama anda berada di jalan yang lurus, janganlah melepaskan Akhirat anda untuk Dunia, Berfirman Allah 'Azza wa-Jalla. Dalam masa yang sama, berhati-hatilah dengan nikmat yang Pemberian kepada anda di dunia ini. Peliharalah kesemua nikmat itu. Pastinya, tidak ada lagi keselamatan pada zaman yang kita sedang hidup ini. Tidak ada lagi kepercayaan. Maka, hendaklah berhati-hati.

Apabila anda meminjam atau memberi pinjam sesuatu, Allah 'Azza wa-Jalla Perintahkan untuk menuliskannya. Lebih-lebih lagi, hendaklah adanya saksi di antara kamu. Tuliskanlah dan janganlah biarkannya begitu sahaja. Terdapat satu muka surat yang penuh dengan (Firman Allah ﷻ didalam Al-Qura'n)mengenai meminjam dan memberi pinjam. Ia bukanlah sesuatu yang memalukan untuk melakukannya. Ia bukanlah dosa. Sebaliknya, anda dikira tidak patuhi Perintah Allah ﷻ jika anda tidak melakukannya. Tidak perlu katakan,"Kami adalah kawan. Kami adalah adik-beradik. Kami adalah saudara-mara. Kami kenali orang ini".Tidak perlu lakukan semua itu. Untuk kesemuanya, Allah 'Azza wa-Jalla telah Menunjukkan jalan yang Indah kepada orang-orang Muslim dan orang-orang Mu'min. Maka apabila anda meminjam atau memberi pinjam sesuatu, pastikan untuk menuliskannya. Janganlah katakan sesudahnya, "Saya telah memberikannya tetapi saya tidak dapat mendapatkannya kembali". "Adakah sesuatu diantara kamu?" "Tidak, tidak ada apa-apa. Kami kenali antara satu sama lain. Maka kami percayai antara satu sama lain dan memberikannya." Maka kesalahan itu adalah di pihak anda. Janganlah mengadu selepas itu dengan mengatakan, "Dia mengambil uang saya dan tidak pulangkannya". Anda ke mahkamah, jika anda ke mahkamah sekali pun, anda tidak akan mampu untuk buktikan apa pun.

Maka, memelihara nikmat yang diberikan kepada anda adalah tugas anda. Tidak seharusnya anda berikannya kepada mereka yang menipu, pencuri dan orang-orang yang nakal. Kerana ianya adalah Rezeki anda yang Allah 'Azza wa-Jalla telah Berikan kepada anda, Rezeki anak-anak anda. Ia adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memeliharanya. Semoga Allah ﷻ Membantu kita insha'Allah.

Orang-orang semakin hari semakin kehilangan perasaan hati nurani mereka. Mereka tidak lagi melihat sama ada seseorang itu miskin, mereka menipu semua orang. Mereka melakukan pelbagai perkara yang anda boleh bayangkan. Dan orang-orang tertipu. Kerana mereka pikir mereka boleh mendapatkan sedikit dari itu, mereka menipu dengan mudah. Maka, berhati-hatilah. Jagalah harta benda anda dan nikmat yang diberikan kepada anda. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita daripada kejahatan.

Apabila anda memelihara harta benda anda, anda sedang melindungi orang lain daripada melakukan dosa. Anda melindungi pencuri daripada mencuri dan penipu daripada menipu orang lain. Terdapat kebaikan kepada anda dan orang di pihak lain. Maka, jagalah harta anda. Janganlah biarkan ianya di renggut oleh orang-orang yang tidak berguna. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Membantu kita.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
21 Jun 2023/ 03 Zulhijjah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Takbir Hari Raya, anda boleh mulakan untuk bertakbir selepas Subuh pada hari ini(Hari Arafah), untuk sesiapa yang mengikuti takwim para Hujjaj .(Untuk sesiapa yang ikuti takwim tempatan/ Kalender Singapura, Hari Arafah bermula keesokannya, Rabu 28/06/2023)

Untuk periode Hari Raya Eidul Adha ini, Takbir Raya adalah di lakukan selepas selesai setiap kali solat Fardhu bermula dari Subuh tanggal 9 Zulhujjah (hari ini) sehingga selepas Asar 13 Zulhijjah (hari Sabtu ini). Untuk sesiapa yang ikuti takwim tempatan / kalendar Singapura, ianya adalah selepas sehari kemudian.

Dengarkanlah Takbir yang di kumandangkan oleh Mawlana Shaikh Nazim q.s di atas. Merindui baginda. 💚
دعاءعرفةالغزالي.pdf
635.5 KB
Doa hari Arafah yang di amalkan oleh Imam Ghazaliق, yang di ambil dari Kitab 8 Jilid beliau yang sangat terkenal, Ihya Ulumiddeen.
Amalan Hari Arafah yang di ajarkan oleh Hajjah Rukiye, puteri Mawlana Shaikh Nazimق yang mana beliau lihat ibu dan bapanya mengamalkan amalan ini pada Hari Arafah.

Solat Sunat Hari Arafah
Dilakukan sebanyak 2 Rakaat
• Hendaklah membacakan niat untuk kerjakan Solat Sunat Hari Arafah
• Pada setiap rakaat Baca Surah Fatihah 1 kali di ikuti Surah al Kafirun (Qul ya Ayyuhal Kafirun) 3 kali dan Surah al-Ikhlas (Qul HuwallaHu Ahad) 11 kali

Allah Mengampuni dosa-dosa orang yang kerjakan Solat Sunat Hari Arafah 2 Rakaat ini pada hari Arafah.

Selepas selesai 2 Rakaat, hendaklah anda membaca zikir-zikir ini :

Astaghfirullah 100 kali ,
dan mohonlah doa' kepada Allah setelah selesai membaca ini apa sahaja doa yang anda mahukan, mohonkanlah kepada Allahﷻ agar Allah memasukkan kita dalam doa' para Hujjaj di Arafah.

Selepas itu bacalah Tasbih Hari Arafah 100-400 kali :
La ilaha illa 'Lah wahdaHu la sharika lah lahu l-mulk wa lahu l-hamd yuhyi wa yumit wa huwa ala kulli shay in qodir
(bacalah ini sekurang-kurangnya 100 kali)

Selepas itu bacalah :
Astaghfirullah 1000 kali
Allahummaghfirli l-haaj wa li man istighfara lahu l-haaj. Bermaksud (Ya Allah, Ampunilah para Haji dan untuk sesiapa pun yang para Haji mohonkan keampunan kepadaMu)
Jika anda tidak mampu bacakan ini, maka bolehlah membacakan
Astaghfirullahul-A'zim wa atubu Ilayh 100 kali
Dan niatkan bahawa anda sedang berada bersama para Haji di Arafah sedang melakukan istighfar kepada Allah.

• Bacalah Surah al-Ikhlas
(Qul HuwallaHu Ahad) 1000 kali
• Selawat ke atas Nabi 100 - 1000 kali
Allahumma Solli A'la Muhammad wa ala aali Muhammadin wa sallim 100 - 1000 kali

Dan juga melakukan puasa Sunat Hari Arafah, ia adalah penting.
🌹Qurban Pada Hari Raya Eid ul-Adha🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm

Shukur kepada Allahﷻ kita sedang berada pada hari-hari yang suci ini. Nama Hari Raya Eid ul-Adha itu sendiri menyatakan maksudnya iaitu - hendaklah kita menyembelih Qurban. Ianya adalah Wajib untuk menyembelih untuk sesiapa yang mempunyai Nisab dan akil baligh. Ia tidaklah harus untuk kanak-kanak. Sesiapa yang baligh dan mempunyai Nisab bermaksud dia mempunyai 100 grams dalam pada masa waktu setahun, maka ianya adalah Wajib bagi orang tersebut melakukan Qurban menurut Mazhab Hanafi. Menurut Mazhab-mazhab lain, ianya adalah Sunat Mu'akkad.

Ianya adalah satu amalan yang dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammadﷺ pada setiap tahun, kedua-duanya sebagai sesuatu yang Wajib dan sebagai Sunat Mu'akkad, sepertimana suatu amalan yang mesti anda kerjakan. Ia adalah satu amalan yang orang-orang Muslim seharusnya dan boleh kerjakan. Terdapat hikmah yang besar di dalamnya. Dan terdapat pahala yang besar yang di kurniakan oleh Allahﷻ. Baginda Nabi kitaﷺ berkata, anda akan memperoleh kebaikannya dan anda akan dapat pahala yang besar. Terdapat pahala untuk setiap helaian rambut binatang yang di Qurban. Terdapat pahala untuk setiap darah yang keluar dari binatang Qurban.

Dan seterusnya anda boleh memberikan daging Qurban, atau anda memakan ianya sendiri. Orang² miskin dan orang² yang memerlukan boleh memakan dari itu. Mereka boleh menyimpannya sebagaimana yang mereka mahukan, atau memakannya semua. Tidak ada masalah dan tidak ada dosa untuk memakannya. Akan tetapi mengikut prinsip, satu pertiga dagingnya di simpan di rumah, satu pertiga di berikan kepada sahabat/kenalan, satu pertiga di berikan kepada fakir miskin.

Sudah tentu, ianya adalah yang paling bagus untuk berdiri disamping Qurban dan anda menyembelihnya sendiri. Ianya adalah lebih baik, akan tetapi tidak ada peluang sebegitu pada masa kini untuk melakukannya begitu. Maka, ramai orang² melantik orang lain untuk menyembelih binatang Qurban itu. Mereka lakukannya disini atau di tempat lain.
Sebaiknya ianya dilakukan ditempat anda. Akan tetapi terdapat orang² miskin di seluruh dunia, ia adalah dibolehkan untuk dilakukan sebegitu supaya terdapat kebaikan untuk orang² Muslim. Ada orang² miskin yang hanya memakan daging cuma setahun sekali dan juga orang² miskin yang memakan daging beberapa tahun sekali. Maka, tidak ada masalah dalam menghantar ianya ke tempat² lain dengan melantik seseorang dan menyembelihnya bagi pihak anda.

Sudah pastinya, apabila Qurban sedang dijalankan, solat sunat dua Rakā’at mestilah dikerjakan. Menurut demikian, jika anda tidak dapat melakukannya pada masa yang sama, anda boleh mendapat tahu akan masa korban itu dijalankan dan melaksanakan solat sunat dua Rakā’at pada hari yang sama atau pada hari keesokannya. Melakukan itu membawa kebaikan besar kepada orang².

Apabila anda melantik seseorang untuk Qurban, anda katakan nama anda dan nama ibu anda, dan beri tahu orang tersebut bahawa anda melantik orang itu sebagai Wakeel (wakil/proksi) anda. Atau anda boleh menjadi Wakeel (wakil/proksi) untuk orang lain yang hendak melakukan Qurban. Dan hendaklah mereka katakan bahawa di beri izin untuknya. Kadang-kala mereka melantik seseorang tanpa memberi tahu nama. Ia juga diterima berdasarkan niat orang itu. Akan tetapi ia adalah sesuatu yang perlu untuk beri nama. Kita tidak sepatutnya melalaikan ini.
Agama Islam adalah agama yang benar. Ia telah menunjukkan dan menjelaskan adab dan prinsip² untuk segala²nya. Ia adalah lebih baik (memuliakan) jika mengikuti adab dan prinsip-prinsipnya. Jika anda lakukannya tanpa mengetahuinya atau telah terlupa, Allahﷻ tetap akan menerimanya berdasarkan niat anda insha'Allah.
Semoga Allahﷻ Memberkatinya. Semoga Diaﷻ Menjadikan kita melakukan Qurban, kerana sepertimana yang kita katakan tadi,  melakukan Qurban membawa Barakah dan terdapat kebaikan untuk kita. Ia adalah nikmat besar dan kebaikan besar dari segenap aspek.

Sesiapa yang mampu berQurban hendaklah semestinya mengerjakannya. Jika dia tidak mampu melakukannya secara sendiri, sepertimana yang kita beritahu, sekarang ini bukanlah seperti dahulu kala. Pada zaman dahulu, mereka membawa binatang Qurban ke rumah. Semua orang menyembelih Qurban di rumah mereka dan membahagikannya kepada orang lain. Pada zaman sekarang pula, tidak ada banyak peluang untuk itu. Maka, terdapat tempat² tertentu yang mana mereka mengerjakannya dan juga tempat² di mana anda boleh menghantarkannya. Mengerjakan ini akan membawa kebaikan besar untuk orang² Muslim dengan Izin Allahﷻ. Akan terdapat Barakah dan anda akan memperoleh pahala. Semoga Allahﷻ Menerimanya. Semoga Allahﷻ Jadikan kita sampai kepada tahun-tahun mendatang insha'Allah. Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
25 Jun 2023/ 07 Zulhijjah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
🌹Dibawah Limpahan Hujan Rahmat🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

“Labbayka Llāhumma labbayk. Labbayka lā sharīka laka labbayk. Inna l-ḥamda, wa n-niʻmata, laka wa-l-mulk, lā sharīka lak. Allāhu Akbar, Allāhu Akbar, lā ilāha illā Llāhu wa-Llāhu akbar. Allāhu Akbar wa liLlāhi l-ḥamd.
Alhamdulillah Hari Arafah ini merupakan hari yang di Berkati. Insha'Allah semoga pahala ini dituliskan untuk anda dan untuk kami Insha'Allah.

Masa yang Indah dan penuh berkat ini merupakan masa yang mana para Haji sedang berdiri di Arafah. Haji menjadikan seseorang itu penuh dengan kebaikan dan menjadi asbab untuk segala jenis kebaikan. Maka, mengerjakan ibadah Haji adalah sesuatu yang Fardhu (wajib). Fardhu adalah perkara yang memberi kebaikan besar kepada masyarakat. Ianya adalah ibadah yang mempunyai manfaat di dalam kehidupan seseorang. Diantara ibadah-ibadah, Fardhu adalah pekerjaan yang memberi kebaikan besar. Pekerjaan Dunia adalah dalam kesia-siaan. Pekerjaa Akhirat adalah memberi manfaat dan sebenar-benar pekerjaan. Betapa beruntungnya orang-orang yang mampu melakukannya! Sayang sekali kepada orang-orang tidak mampu mengerjakannya, dan kepada mereka yang ada kesempatan tetapi tidak mengerjakannya. Betapa sayang sekali! Ia adalah sayang sekali kepada mereka yang tidak mengerjakannya, maksudnya kepada sesiapa yang meninggalkannya dan kepada orang yang tidak mengerjakannya walaupun mampu.

Akan tetapi sudah tentu, situasi dunia kini tidak mengizinkan. Pada masa dulu, pergi ke Haji adalah suatu yang berat. Amat sedikit orang-orang yang mampu pergi. Ianya juga adalah kebaikan untuk diri mereka dan orang lain. Pada masa kini, ianya adalah lebih mudah, tetapi pada masa kini juga terdapat halangan-halangan lain.

Maka Ibadah Haji adalah Perintah dari Allah 'Azza wa-Jalla, “Wa-li-llāhi ʿalā n-nasi ḥijju l-bayti mani staṭāʿa ilayhi sabīla.” (3:97) Haji adalah wajib untuk semua orang, akan tetapi ia adalah untuk sesiapa yang mampu dari segi mengadakan perjalanan, keuangan, dan kesihatan. Shukur kepada Allah ﷻ, Dia ﷻ tidak Memerintahkan untuk anda pergi dalam apa sahaja situasi. Apabila anda ada kesempatan, apabila jalan telah di buka, apabila anda mempunyai visa - sekarang isu ini telah timbul, dan ia telah menjadi satu bentuk halangan. Sesetengah dari orang terdahulu pada masa lalu mampu untuk pergi setelah lima tahun atau enam tahun. Malah ada yang mampu untuk pergi setelah sepuluh tahun, kata mereka. Sekarang ada sesetengah orang yang sedang menunggu sehingga lima belas tahun. Mereka sedang menunggu kerana permit belum dikeluarkan lagi, dan visa belum dikeluarkan lagi. Ini adalah satu lagi halangan. Ini juga adalah kerana Hikmah Allah ﷻ.

Kerana itu, apabila seseorang itu mempunyai kesempatan, hendaklah dia pergi mengerjakan ibadah ini. Hendaklah dia mesti mengerjakannya, untuk kebaikan yang besar iaitu dia akan dibersihkan dari segala dosa-dosanya. Apa sahaja beban yang ditanggungnya dan dosa-dosa yang telah dilakukannya, dia dapat dibersihkan dari itu. Ia adalah umpama dia dilahirkan semula oleh ibunya. Dia kembali tanpa satu dosa apa pun dengan Izin Allah ﷻ. Ini adalah sesuatu yang penting. Sudah tentu, jika ia (dosa) itu berkaitan hak-hak hamba Allah yang lain, maka ia adalah hal yang berbeza. Hendaklah dia diampuni (oleh orang-orang tersebut), sama seperti Allah 'Azza wa-Jalla Mengampuni dan Membersihkan segala hak-hak yang mana ianya hak-hak Allah 'Azza wa-Jalla.
Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda bahawa sesiapa yang tidak mengerjakan Haji dan berpuasa pada hari ini, Hari Arafah, dosa-dosanya yang pada tahun lalu dan tahun yang akan datang telah diampuni; bermakna dua tahun. Hak-hak Allah 'Azza wa-Jalla daripada ibadah dan yang lain-lainnya, kesemua dosa-dosa itu telah diampuni. Dan itu tidaklah termasuk hak-hak para hamba. Ini juga adalah Limpah Rahmat yang besar dari Allah ﷻ dan juga Limpah Kasih Allah ﷻ kepada masyarakat. Jika ianya bersandarkan pikiran manusia itu sendiri, orang-orang tidak akan mengampuni apa yang telah terjadi. Yang bermaksud dia tidak akan mengampuni perbuatan(dosa) yang telah dilakukan. Yang bermaksud orang tersebut tidak akan ampuni sesuatu perbuatan (yang tidak baik) yang telah dilakukan kepadanya. Akan tetapi Firman Allah 'Azza wa-Jalla adalah benar dan Sabda Nabi Kita ﷺ adalah benar. Kesemua dosa-dosa adalah diampuni.

Tetapi Insha'Allah, kita juga hendaklah bertaubat dan tidak kembali melakukan dosa-dosa tersebut. Dosa-dosa adalah sesuatu yang tidak baik. Ianya adalah sesuatu yang jahat. Walaupun telah diampuni, tidak melakukan kembali dosa-dosa itu adalah suatu kebaikan yang besar bagi masyarakat. Pekerjaan dosa adalah kejahatan. Orang-orang melakukan kebaikan untuk diri mereka, dan orang-orang melakukan kejahatan untuk diri mereka. Musuh yang paling besar ummat manusia adalah ego mereka itu sendiri. Kejahatan yang dilakukan akibat dari ego mereka adalah diampuni Insha'Allah untuk mereka yang berpuasa dan untuk mereka yang pergi Haji. Akan tetapi tidak sepatutnya dia melakukannya untuk kali kedua. Hendaklah dia mengawal egonya dan tidak melakukannya kesemua itu sekurang-kurangnya. Sesetengah orang melarang diri mereka, mereka mengawal ego mereka. Dosa merupakan sesuatu yang tidak ada langsung kebaikan. Ia mempunyai pelbagai kejahatan, dan tidak ada kebaikan langsung.

Akan tetapi, peluang ini wujud kerana dengan Rahmat Allah 'Azza wa-Jalla Pintu Taubat tidak ditutup. Maksud ayat : Wahai orang-orang yang melakukan kejahatan, wahai orang-orang yang melakukan dosa, wahai orang-orang yang melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya, janganlah berputus asa dengan Rahmat Allah ﷻ. Allah ﷻ Ampuni segala dosa-dosa. Maka, sesiapa yang Muslim dan tidak meninggalkan keimanan, tidak meninggalkan Islam dan tidak memasuki kekufuran, Allah ﷻ Ampuni dia untuk segala jenis dosa-dosa yang dia telah lakukan. Dan Dia akan menjaga hak-hak hambaNya dengan Sendiri.

Maka hari ini adalah hari yang diberkahi. Semoga Allah ﷻ Anugerahkan kepada kita semua kehidupan yang baik dengan Iman dan Islam Insha'Allah, dengan Barakah dan segala jenis kebaikan. Semoga Dia ﷻ Memudahkan yang baik-baik untuk kita. Semoga kita menjalankan kehidupan sepertimana yang diRedhai oleh Allah ﷻ Insha'Allah. Hari ini, waktu-waktu ini sehingga ke petang adalah waktu-waktu yang penuh kebaikan. Ianya adalah antara hari yang penuh dengan keberkatan dalam setahun. Sekurang-kurangnya bacakanlah seribu Selawat, Tahlil, Takbir, Qur’ān, apa sahaja yang anda mampu buat, mohonkanlah Doa' juga, Allah ﷻ Menerima ianya Insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Berkati anda. Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita sampai kepada tahun-tahun yang penuh kebaikan. Semoga kita dikumpul bersama Mahdi 'alayhi s-salam, Sahibu z-Zaman Insha'Allah. Wa min Allah at-Tawfiq.
Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
27 Jun 2023/ 09 Zulhijjah 1444 H
Lefke, Cyprus
Forwarded from SufiHub (Bahasa)
“Malam Jum’at dimulai sejak masuk waktu Maghrib dihari Kamis. Malam Jum’at juga sama sucinya dengan malam-malam yang istimewa. Doa dan ibadah yang dilakukan dimalam Jum’at lebih mudah untuk diterima ALLAAH.

Ada satu waktu khusus dihari Jum’at dimana apabila berdoa diwaktu yang spesial ini maka doanya makbul. Karena itu, tunjukkanlah rasa hormat kepada hari Jum’at dan perbanyaklah berdoa.”

~ Sultanul Awliya Mawlana Syaikh Muhammad ‘Adil ar-Rabbani QS