SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
542 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
Segala-galanya adalah untuk kita. Segala-galanya, segala yang ada didunia ini adalah untuk anda. Anda hendaklah berterima kasih kepada Allah 'Azza wa-Jalla. Janganlah bersedih. Ramai yang berkata, "Kami tidak ada ini. Kami tidak ada itu." Kamu punyai sesuatu yang paling bernilai. Allah ﷻ Anugerahkan kepada anda Iman. Kebanyakan anda adalah dilahirkan sebagai seorang Muslim, dan banyak diantara mereka Allah ﷻ Menganugerahkan Hidayah dan Memilih mereka untuk menjadi Mu'min, Muslim. Dan untuk ikuti kecintaan kepada Nabi ﷺ, untuk mengikuti Tariqah. Dan Tariqah hanyalah mengajarkan kebaikan, mengajarkan cinta kepada mereka yang mencintai Allah ﷻ. Sesiapapun yang Allah ﷻ Cintai, maka kami mencintai mereka. Akan tetapi sesiapapun yang Allah ﷻ tidak Cintai, maka kami tidak mencintai mereka.

Akan tetapi kami mohon Hidayah untuk mereka juga. Kami tidak iri, "Tidak, jangan dekati kami". Kami tidak katakan begini kepada mereka yang tidak mencintai Allah ﷻ. Kami mungkin akan katakan semoga Allah ﷻ Menganugerahkan mereka Hidayah. Banyak dari mereka, banyak yang menentang Islam, dan mereka menjadi pembela utama untuk Islam. Sepertimana Sayyidina Omar ibn Al-Khattab yang datang kepada Nabi dengan membawa pedang salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, dengan niat yang buruk. Akan tetapi apabila keluar dari situ, keluar dari rumah yang sama, dia keluar diatas jalanan Makkah bersama Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, dengan ucapan Shahadah, dengan ucapan Takbir, berpenampilan Muslim. Sebelum beliau datang, mereka sedang bersembunyi didalam rumah itu. Apabila dia datang kesitu dia berkata, "Kenapa kita sedang bersembunyi, kita mesti pergi ke Ka'bah. Kita mestilah menampakkan diri kita kepada orang-orang ini". Maka ini juga kita ketahui: bahawa kita tidak membenci mereka akan tetapi kita tidak mencintai juga mereka kerana mereka tidak mencintai Allah ﷻ . Akan tetapi apabila mereka mencintai Allah ﷻ, kita mencintai mereka. Akan tetapi walau dengan ini juga, kami memohon Hidayah untuk kesemua orang. Jika seluruh alam semesta menjadi Muslim, maka ia bukanlah satu masalah untuk Allah 'Azza wa-Jalla. Kesemua mereka akan diberikan pahala. Janganlah berfikiran seperti fikiran orang-orang yang berfikiran sempit, "Jika mereka kesemuanya akan datang, tidak akan ada untuk kita tempat di Syurga". Tidak, bukanlah seperti ini di Kanada, jika tiga atau empat juta orang yang datang maka mereka menjadi cemas, "Apakah ini! Kemana mereka akan datang. Mereka akan berakhir ". Tidak, di Syurga, billiun, trilliun orang-orang boleh masukinya. Tidak ada masalah untuk ini.

Untuk ini, pada setiap masa, kita memohon kepada Allah ﷻ dan berdoa untuk orang-orang masuk kedalam Islam. Kerana mereka ada - Allah ﷻ Memberikan kepada manusia dari CahayaNya ﷻ. Setiap seseorang ada Nur, akan tetapi mestilah ia muncul. Apabila mereka mengucapkan dua kalimah: La ilaha illa Allah, Muhammadun Rasulu Allah, cahaya ini menjadi terbuka dan ianya muncul. Tetapi shaitan tidak akan biarkan orang-orang ini. Mereka Masha'Allah ada semua yang baik-baik; mereka itu orang yang amanah dan orang yang baik, akan tetapi hanya dua kalimah untuk menyelamatkan mereka dari pengakhiran yang buruk.

Insha'Allah Allah ﷻ Memberikan Hidayah. Dan kita ketahui dari Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, akan berita baik Baginda ﷺ pada penghujung zaman, bahawa seluruh dunia akan menjadi Mu'min, Muslim, beriman. Maka, insha'Allah masa ini semakin hampir. Dan kita berharap untuk sampai kepada masa ini, untuk sampai kepada Zaman Kedua yang Penuh Kebahagiaan. Zaman Pertama yang itu adalah dengan Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam,
“عَصْرُ السَعَادَة”
"Zaman Kebahagiaan". Ia adalah bersama Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, dan itu adalah zaman yang paling bahagia untuk kemanusiaan. Mengapakah mereka bahagia? Kerana mereka bersama dengan Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Dengan kerohaniaan Baginda ﷺ, cahaya Baginda ﷺ, kasih sayang Baginda ﷺ, barakah yang sampai kepada Baginda dari Allah 'Azza wa-Jalla. Inilah yang paling bahagia.
Kenapa? Pada sebaliknya, mereka tidak mampu untuk dapatkan sesuatu untuk makan selama dua hari atau tiga hari. Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, dari kelaparan Baginda ﷺ, sedang mengikat perut Baginda dengan batu agar tidak merasa lapar. Ia adalah seperti ini namun ia adalah Zaman yang Paling Bahagia. Bukanlah dengan penuhi perut mereka, namun dengan penuhi hati sanubari mereka dengan cahaya dan dengan kegembiraan. Semoga Allah ﷻ Menganugerahkan kepada kita nikmat ini, nikmat kemanisan Iman. Sesiapa yang punyai itu, tidak akan menginginkan sesuatu apa pun selainnya. Semoga Allah ﷻ Menganugerahkan kepada kita ini insha'Allah atas asbab seorang yang paling dicintai, Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, Sayyidina Muhammad salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
10 June 2023/ 21 Zulkaedah 1444 H
Masjid Al-Mustafa, Mississauga – Kanada
.
Telegram Channel: https://t.me/mawlanasultan
.
#MawlanaSultan
#ShaykhMehmetEffendi
#SheikhMuhammadAdil
#NaqshbandiHaqqani
#ShaykhMuhammadAdil
🌹KELEBIHAN MALAM-MALAM YANG SEPULUH INI 🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 Jun 2023/ 29 Zulkaedah 1444 H
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

وَٱلْفَجْرِ
وَلَيَالٍ عَشْرٍ 
“Wa Al-Fajri (1)
“Wa Layālin `Ashr”,
“Demi Fajar (1) Demi Malam yang Sepuluh”
(Qur’an 89:1-2). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Sepuluh malam-malam suci [bulan Zulhijjah] telah bermula malam ini insha'Allah. Allah 'Azza wa-Jalla Bersumpah demi malam-malam ini. Malam-malam ini adalah diantara malam-malam yang paling suci dalam setahun. Allah 'Azza wa-Jalla Memberi Peringatan kepada orang-orang Muslim agar mereka mengambil manfaat dari malam-malam ini.

Terdapat malam-malam yang suci. Terdapat hari-hari yang suci. Terdapat orang-orang yang suci. Kesemua mereka ini diCintai oleh Allah ﷻ . Kesemua mereka ini adalah Hadiah kepada Ummati Muhammad ﷺ , untuk Ummah Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Ummah Nabi kita ﷺ adalah Ummah yang terakhir dan Ummah yang terbaik. Mensyukuri ini adalah untuk kebaikan orang-orang Muslim. Allah 'Azza wa-Jalla Maha Pemurah, Al-Kareem.Dia ﷻ Sifat KemurahanNya itu tiada batasan.

Maka malam-malam ini adalah Limpah Kurnia dari Dia ﷻ. Malam-malam Suci yang sepuluh ini bermula pada malam ini sehinggalah pada malam Hari Raya Eidul Adha. Malam-malam ini adalah Suci. Sesiapa yang mahu berpuasa pada hari-hari ini, terdapat banyak pahala.
Terutamanya, berpuasa pada hari ke 8 dan hari ke 9 - sehari sebelum 'Arafah dan pada Hari 'Arafah. Sesiapa yang mampu berpuasa, maka berpuasalah. Kepada sesiapa yang tidak mampu berpuasa, maka sekurang-kurangnya berpuasalah pada hari ke 9, Hari 'Arafah adalah hari Kemenangan yang Besar. Mereka tidak sepatutnya meninggalkannya.

Masyarakat sedang melalui pelbagai perkara dan sedang melakukan pelbagai perkara untuk kepentingan dunia ini. Anda menjadi terkejut dengannya. Apabila datangnya urusan mengenai Akhirat, mereka tidak ketahuan mengenainya. Walau mereka ketahuinya sekalipun, mereka menjadi sangat malas sehingga tidak mampu melakukan apa-apa pun. Akan tetapi ini bukanlah sesuatu untuk ditinggalkan. Untuk kepentingan dunia ini - lagipula dunia ini terlalu singkat. Ia akan berakhir dalam sekejap. Akan tetapi Akhirat adalah selama-lamanya. Ia adalah Kemenangan yang Agung buat orang-orang yang Beriman. Mereka akan peroleh kebaikannya selama-lamanya.

Semoga Allah ﷻ Menganugerahkan kepada kita kekuatan supaya kita mengalahkan ego kita insha'Allah, kerana ego mahukan yang mudah. Ia tidak bangkit dari tidur dan ia tidak bergerak apabila berada dijalan Allah ﷻ.
Apabila ia berada dijalan lain, ia menghentak kaki dan menari sampai ke pagi. Ia melakukan pelbagai perbuatan yang kotor. Dan sebelum Azan Fajar, ia pergi tidur. Ia tidak peduli tentang Solat Fajar. Perkara yang ego rasakan mudah itu adalah sesuatu yang sukar untuk Akhirat.

Jangan patuh kepada ego anda. Pastikan untuk mendapatkan keuntungan dari malam-malam ini dan pada hari-hari ini. Qiyamu l- Layl bermaksud mengambil wudu' dan melaksanakan solat dua Rakā’at sebelum tidur, dan bangkit dari tidur sebelum waktu Fajar yang mana ianya adalah Tahajjud, dan menunaikan solat dua Rakā'at, atau seberapa banyak yang anda mahukan. Ianya adalah dikira seumpama melaksanakan ibadah sepanjang malam, Sabda Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Tiada kesusahan didalamnya. Ianya adalah mudah.

Semoga Allah ﷻ Membantu kita. Insha'Allah semoga kebaikan malam-malam ini dilimpahkan kepada kita. Semoga ianya sesuatu yang baik untuk Ummati Muhammad ﷺ. Semoga ianya untuk keselamatan untuk Ummah insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
SufiHub (Bahasa)
Photo
🌹TIADA HARI-HARI YANG LEBIH DICINTAI ALLAH ﷻ DAN NABI ﷺ, BERBANDING DENGAN 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH🌹

"Tidak ada hari-hari daripada hari-hari didunia ini yang lebih diCintai oleh Allah ﷻ lebih dicintai oleh saya ﷺ, daripada sepuluh hari pertama Zulhijjah."

Hadis Nabi menyatakan dalam pelbagai Riwayat daripada tujuh orang Para Sahabah (Abd Allah b. Amr, Ibn Abbas, Abd Allah b. Umar, Abu Hurayra, Ibn Masud, Jabir and Umar) didalam sumber yang awal. Sesetengah Riwayat menyebut :

"Maka hendaklah memperbanyak takbir dan tahlil dan tahmid padanya" dan "berpuasa pada salah satu darinya bersamaan dengan berpuasa selama setahun, dan setiap malam daripadanya bersamaan dengan Laylat Al-Qadr."

Anas b. Malik berkata:

"Adalah dikatakan mengenai Hari yang Sepuluh, 'Setiap hari adalah 1,000 dan Hari Arafah [9 Zulhijjah adalah 10,000' bermaksud kedudukannya".

Riwayat dari al-Bayhaqi didalam Fada'il al-Awqat.
🌹SIAPAKAH YANG DITAKDIRKAN UNTUK PERGI MENUNAIKAN HAJI?🌹

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

‘وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا’, ‘Wa ‘Adhdhin Fī An-Nāsi Bil-Ĥajji Ya’tūka Rijālāan’,

'Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki' (Qur’ān 22:27)
Ṣadaqa Llāhu l-‘aẓīm.

Apabila Allah 'Azza wa-Jalla Perintahkan kepada Ibrahim 'alayhi s-salam untuk membina Ka'bah, baginda berkata, "Tiada sesiapapun disini. Apakah harus kita lakukan?" Dia ﷻ Berfirman, "Laksanakanlah Tawaf". Tiada sesiapapun disitu kecuali Ibrahim 'alayhi s-salam dan Isma'il 'alayhi s-salam. Allah 'Azza wa-Jalla telah Perintahkan kepada baginda, "Serulah Azan. Sesiapapun yang mendengarnya akan hadir disini untuk mengerjakan Haji". Maka Ibrahim 'alayhi s-salam pun menyerukan Azan. Sesiapapun yang telah mendengarkan Azan ini di alam Roh maka mereka telah pun ditentukan untuk mengerjakan Haji. Sesiapa yang tidak mendengarkannya maka mereka itu tidak ditentukan untuk pergi melaksanakannya. Halangan atau sesuatu akan berlaku untuk itu.

Maka, hal Haji — ia adalah masa untuk Haji sekarang ini. Sesiapa yang mampu untuk pergi menunaikan Haji, mestilah dia pergi. Akan tetapi sepertimana yang telah dikatakan tadi, ia juga adalah berkait dengan nasib dan takdir. Adakalanya ianya adalah kerana sesuatu penyakit, adakalanya kerana ketiadaan uang. Dan sebahagian besarnya adalah kerana kerajaan mengenakan kuota sepertimana sekarang ini, dan anda tidak dibenarkan melebihi kuota ini. Yang pastinya, kesemuanya dan isu kuota ini adalah tidak bagus. Namun demikian, terdapat Hikmah, ini kerana hanya orang-orang yang telah mendengarkan Azan Ibrahim 'alayhi s-salam semasa mereka di alam Roh sahaja yang telah ditentukan untuk pergi. Maka halangan sebegitu akan muncul.

Akan tetapi, hendaklah orang-orang berniat untuk ke sana dan berkata "Saya akan pergi ke sana apabila saya ada uang. Saya akan pergi ke sana apabila saya dalam keadaan sihat". Atau mereka boleh menghantar seseorang kesana mewakili mereka. Apabila giliran mereka sampai dan visa mereka telah diluluskan, maka mereka hendaklah berniatkan untuk pergi, dan Allah 'Azza wa-Jalla akan Menerima niat mereka.

“إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ”, “Innama l-‘aa’malu bin-niyyat”,
"Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niatnya."[Hadis]. Segala amal ibadah yang kita lakukan mestilah dengan niat. Maka apabila hendak bersolat, hendak berpuasa, apabila hendak mengambil wudu' atau Ghusl; kesemuanya itu dilakukan dengan niat. Tanpa niat, ianya tidak sah. Maka ianya adalah sama dalam urusan Haji. Anda mestilah berniatkan untuk melaksanakan ibadah Haji. Anda tidak akan mampu pergi, jika Allah Tidak Mengizinkan, ﷻ Mengizinkan anda untuk pergi, maka anda akan pergi. Dia ﷻ Allah 'Azza wa-Jalla akan Menerimanya itu seperti mereka telah mengerjakan Haji. Allah ﷻ itu
Arhamu r-Rahimeen (Yang Maha Mengasihani).

Ianya adalah hari-hari Haji sekarang ini. Zulkaedah sedang berakhir dan Zulhijjah akan bermula. Dan selepas itu akan bermula bulan Muharram. Ketiga-tiga Ashhur ul-Hurum (Tiga Bulan Suci) —ianya adalah bulan-bulan Suci dan bulan Haji. Semoga Allah ﷻ Mengizinkan untuk pergi orang-orang yang belum mengerjakan ibadah Haji insha'Allah, kerana – orang-orang menjadi marah untuk perkara ini dan itu. Akan tetapi Allah 'Azza wa-Jalla telah mengadakan asbab untuk menjadi marah kepada mereka. Sesuatu sampai kepada minda mereka dan mereka pun berkata, "Kita tidak mampu menjadikan ramai orang Haji" dan mereka tidak membenarkan orang-orang untuk masuk. Itu adalah Hikmah dari Allah ﷻ. Dia ﷻ membiarkan mereka menguruskan perkara itu sedemikian. Semoga Allah ﷻ Mengizinkan kita untuk menguruskan perkara-perkara dengan cara yang baik. Semoga kita tidak menjadi dari kalangan orang-orang yang menghalang-halangi ibadah dan ketaatan. Semoga Dia ﷻ Menjadikan kita dari kalangan orang-orang yang mengerjakan dan mengizinkan orang lain juga untuk mengerjakan ibadah dan ketaatan insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
15 Jun 2023/ 26 Zulkaedah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
🌹Perintah-perintah Allah ﷻ Adalah Mudah🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
‘هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنسَانِ حِينٌ مِّنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْئًا مَّذْكُورًا’,
‘Hal ‘Atá `Alá Al-‘Insāni Ĥīnun Mina Ad-Dahri Lam Yakun Shay’āan Madhkūrā’, ‘Bukankah pernah datang kepada manusia satu ketika dari masa(yang beredar)sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?(Qur’ān 76:01)

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman di dalam Surah Al-Insan bahawa Allah 'Azza wa-Jalla telah Menciptakan seseorang dari ketiadaan. Dia ﷻ Mengetahui apa yang seseorang itu mampu dan tidak mampu memikul. Dia ﷻ tidak Memerintahkan untuk bersolat pada setiap masa. Solatnya itu adalah untuk semua orang dapat melaksanakannya dengan mudah pada lima waktu dalam sehari. Semua orang mampu melakukannya. Orang-orang pada hari ini mengatakan bahawa ianya sukar, tetapi perbuatan-perbuatan yang mereka buat itu pula adalah jauh lebih sukar berbanding itu.

Ianya sama dengan berpuasa. Orang-orang mampu bertahan sehingga Maghrib. Tidak ada masalah. Bahkan mereka mampu bertahan lebih lama. Akan tetapi Allah 'Azza wa-Jalla telah Menentukannya begini, dan ianya bersesuaian untuk masyarakat. Kadang-kala orang-orang berusaha untuk menahan diri dari makan selama 5-10 hari. Itu bukanlah sesuatu yang di Perintahkan oleh Allah ﷻ. Itu adalah sesuatu yang dilakukan mengikut minda mereka sendiri. Kita tidak ikut campur dalam hal itu. Akan tetapi perkara yang orang-orang mampu pikul, perkara yang orang-orang sepatutnya lakukan ketika mereka masih hidup, tanggungjawab mereka terhadap Allah ﷻ Yang telah Menciptakan anda daripada ketiadaan adalah mudah. Ia tidak sukar. Akan tetapi shaitan menunjukkannya seperti yang sukar itu mudah dan yang mudah itu sukar.

Shaitan menjadikan manusia melakukan pelbagai lagi perkara-perkara yang sukar. Dan mereka tidak menjalankan Perintah Allah 'Azza wa-Jalla. Mereka tidak patuh kepada Perintah Allah 'Azza wa-Jalla akan tetapi mereka patuh kepada perintah shaitan. Apalagi ianya tidak bermanfaat, mereka memperoleh kerugian 100%. Jika mereka menjalankan Perintah Allah 'Azza wa-Jalla, ia akan membawa kekuatan, kebaikan, dan kelegaan kepada kehidupan Dunia, badan dan roh-roh. Jika sebaliknya, maka terdapat kegelapan, penyakit, dan kesukaran. Terdapat pelbagai bahaya untuk masyarakat.

Oleh itu, Perintah-perintah Allah 'Azza wa-Jalla adalah mudah dan tidak sukar. Jika manusia mengira bahawa mereka tidak menipu diri mereka tetapi mereka menipu orang lain, maka 'tiada sesiapa yang tertipu'.
Maka, hendaklah berada dijalan yang benar dan anda akan menjadi hamba Allah ﷻ yang diCintaiNya. Allah ﷻ Menjadikan kita dari hamba-hambaNya yang sebegitu insha'Allah.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Terdapat bacaan Khatm Qur’ān, Yasin, Ayat dan Surahs, Tasbihat, Tahlilat, Salawat. Mereka mengirimnya semua dari seluruh dunia terutamanya untuk hari ini. Pada pagi hari Jumaat yang Mulia ini, kita hadiahkannya terutamanya kepada Arwah Agung Nabi kita yang Mulia Nabi ﷺ , Ahlu l-Bayt dan Sahabah, kepada arwah sekalian Anbiya, Asfiya, Awliya, dan Mashaikh, terutamanya kepada arwah Shaikh kita Mawlana Shaikh Nazim, Hajjah Anne, Hala Sultan, roh-roh saudara-saudara kita. Untuk kebaikan untuk sampai kepada kita dan untuk keburukan meninggalkan kita, untuk kekuatan Iman, untuk Kegembiraan disini dan di akhirah. Li-Llahi Ta'ala l-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
16 Jun 2023/ 27 Zulkaedah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
Forwarded from SufiHub (Bahasa)
“Malam Jum’at dimulai sejak masuk waktu Maghrib dihari Kamis. Malam Jum’at juga sama sucinya dengan malam-malam yang istimewa. Doa dan ibadah yang dilakukan dimalam Jum’at lebih mudah untuk diterima ALLAAH.

Ada satu waktu khusus dihari Jum’at dimana apabila berdoa diwaktu yang spesial ini maka doanya makbul. Karena itu, tunjukkanlah rasa hormat kepada hari Jum’at dan perbanyaklah berdoa.”

~ Sultanul Awliya Mawlana Syaikh Muhammad ‘Adil ar-Rabbani QS
🌹Tepatilah Janji Anda Dalam Segala Sesuatu🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm: ‘يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ’, ‘Yā ‘Ayyuhā Al-Ladhīna ‘Āamanū Lima Taqūlūna Mā Lā Taf`alūn’,
'Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya?(Qur’ān 61:02).
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm. Allah'Azza wa-Jalla Berfirman, " Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu katakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya?" "Kami akan kerjakan ini, kami akan kerjakan itu." "Kerjakanlah apa yang anda mampu kerjakannya. Janganlah berjanji untuk kerjakan sesuatu yang anda tidak mampu kerjakannya. Jangan anda katakan kepada orang lain bahawa anda akan melakukan pekerjaan itu."

Mereka katakan bahawa mereka akan lakukan ini dan itu dan beribadah kepada Allah 'Azza wa-Jalla. Kerjakanlah semampu yang anda boleh kerjakan. Walaupun sedikit, kerjakanlah apa yang anda telah janjikan dalam segala hal. Kita hidup untuk Akhirat dan untuk Dunia. Ianya adalah sama sahaja. Akhirat dan Dunia tidak boleh dipisahkan. Sepertimana kita hidup di Dunia, kesemua niat kita hendaklah untuk mendapatkan Redha Allah ﷻ. Pekerjaan dan usaha anda akan mendapat Barakah, dan anda akan mendapatkan Pahala.

Maka ia tidak seharusnya menjadi beban untuk anda. Janganlah biarkan tutur kata anda menjadi sesuatu yang berat untuk anda pikul agar ia tidak menjadi suatu kewalahan untuk anda. Kerjakanlah apa yang anda harus kerjakannya atau apa yang telah diperintahkan. Dan janganlah berjanji untuk kerjakan sesuatu yang anda tidak mampu kerjakan. Janganlah memberi harapan kepada orang lain. Sesiapapun itu, dia mesti menepati janjinya. Ugama Islam adalah Ugama yang Indah. Terdapat pelbagai Keindahan didalamnya. Dan adalah dari sifat kejantanan untuk menepati janji.

Dalam pada masa yang kita sedang hidup ini, mereka menjadikan orang-orang melakukan yang sebaliknya. Ianya bermaksud orang-orang melihat orang lain dan meniru perbuatan mereka seadanya. Mereka berasa ia adalah sesuatu yang keren untuk berjanji dan tidak menunaikannya. Yang mana sesuatu janji itu — Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa menunaikan janji adalah sifat orang yang baik. Orang-orang sebegitu adalah orang-orang yang agung disisi Allah 'Azza wa-Jalla yang mana mereka itu adalah para Nabi-nabi. Dan yang paling agung diantara para Nabi-nabi adalah Nabi kita yang mulia salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Selepas baginda adalah para Sahabah dan orang-orang yang beriman, orang-orang yang berada di jalan Allah ﷻ. Mereka ikuti jalan ini.

Orang-orang yang tidak berguna adalah orang-orang yang tidak menunaikan janjinya. Maka, semoga Allah ﷻ Membantu kita dalam menunaikan janji yang telah kita janjikan kepada Allah 'Azza wa-Jalla insha'Allah. Kerana sepertimana yang telah kita katakan, kita sedang hidup pada zaman yang tidak jelas apakah yang akan berlaku pada setiap minit. Orang-orang telah dirasuki oleh ego-ego dan menghiburkan diri mereka dengan berkata, "Saya lakukan yang sebaliknya kerana tidak mahu menjadi malu dengan situasi ini. Saya tidak melakukannya ini". Jika mereka menunaikan janji mereka, mereka akan dapat menjaga nilai-nilai mereka. Sebaliknya jika mereka tidak menunaikan janji, maka mereka akan kehilangan kesemua nilai-nilai mereka. Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita teguh dalam menunaikan janji kita. Semoga kita tidak melanggar janji kita insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
17 Jun 2023/ 28 Zulkaedah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
SG Zoom Khatam kami terbuka buat semua

Anda tidak perlu meletakkan nama atau mengaktifkan kamera untuk dapat hadir.

Anda juga bisa menggunakan nama samaran/alias apa pun dan hadir, jika Anda ingin identitas Anda tidak diketahui.

Zikir Khatam Khwajagan kami setiap Jumaat malam (mlm di antara Jumaat dan Sabtu) jam 8.45 mlm WIB sepanjang Ramadan ini dan jam 8.15 mlm WIB di luar Ramadan.
🌹Rumah Pertama Yang Dibina Untuk Ummat Manusia🌹


Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

“وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا”,

“Wa li-Llahi ‘ala n-Nasi Ĥijju Al-Bayti Mani Astaţā`a ‘Ilayhi Sabīlā”, " Dan (diantara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke sana."(Qur’ān 03:97).Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm. Allah 'Azza wa-Jalla telah Menjelaskan bahawa Haji adalah Rukun Islam ke lima. Haji adalah wajib untuk sesiapa yang sanggup untuk mengerjakannya. Sekarang adalah masanya untuk itu.

Sudah pastinya, Haji selalunya sulit dikerjakan . Ia bukanlah satu ibadah yang mudah untuk di kerjakan. Pada zaman dahulu pun ianya sesuatu yang sulit juga. Pada zaman dahulu, kadang-kala ia memakan masa selama sebulan untuk sampai di situ, kerana pada masa itu tidak ada mobil dan tidak ada pesawat. Terdapat kapal laut pada masa itu, akan tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mudah seperti sekarang. Ia memakan masa. Dan terdapat juga orang-orang yang menghalangi jalanan ke situ. Terdapat juga haiwan liar dan serangga yang berbahaya. Ianya sulit.

Walaubagaimanapun, apabila anda sampai di sana, ianya adalah lebih nyaman. Kerana ianya tenang, Para Haji melakukan ibadah sebanyak yang mereka inginkan dengan lebih nyaman. Ianya adalah lebih selamat ketika itu. Mereka tidak meminta visa kepada sesiapapun yang masuk. Selama anda memasukinya, maka ianya adalah baik. Pada masa kini pula, ianya amat mudah untuk sampai kesana, tetapi ianya adalah sukar untuk pergi kesana; ia bukanlah begitu mudah. Oleh kerana jumlah orang-orang telah meningkat, ianya adalah mudah sehingga anda sampai disana akan tetapi ia menjadi amat sukar apabila anda berada di situ. Yang kami maksudkan menyampainya adalah perjalanannya adalah mudah. Akan tetapi sudah pastinya, ianya amat sukar sebelum ini. Tidak semua yang dibenarkan dan tidak semua dapat pergi.

Maka apabila menyebut Fardhu Haji, Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman, Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

“وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا”,

“Wa li-Llahi ‘ala n-Nasi Ĥijju Al-Bayti Mani Astaţā’a ‘Ilayhi Sabīlā”, Dan (diantara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana."(Qur’ān 03:97). Terdapat Haji, tetapi ia adalah untuk orang-orang yang sanggup kesana, Berfirman Allah 'Azza wa-Jalla.
Allah 'Azza wa-Jalla adalah Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Dia ﷻ adalah Pencipta segala sesuatu. Maka, Dia ﷻ tidak menghitung orang-orang terhadap sesuatu yang orang itu tidak ada kekuatan dalam menanggungnya. Mereka itu tidaklah dihitung kerananya. Mereka hendak mengerjakannya tetapi mereka tidak sanggup.

Walaupun begitu, hendaklah kita berniat seperti ini: Kita tidak dapat pergi tahun ini. Insha'Allah kita akan pergi tahun hadapan. Kalau kita tidak dapat pergi tahun hadapan, insha'Allah kita akan pergi selepas itu". Jikalau anda sentiasa melakukan niat yang sebegitu, anda akan dikira sebagai orang-orang yang telah melakukan Fardhu Haji. Allah ﷻ akan Memberikan kepada anda pahala dan ganjaran sesuai dengan niat anda.

Sesiapa yang telah ditakdirkan untuk melakukan ibadah Haji oleh Allah 'Azza wa-Jalla akan mampu pergi ke situ. Sesiapa yang tidak ditakdirkan boleh berusaha semampu mereka, mereka tidak akan dapat pergi. Kadang-kala seseorang dapat pergi tanpa usaha apa pun. Kadang-kala seseorang itu tidak dapat pergi walaupun mereka hendak pergi ke situ dengan sungguh-sungguh. Sepertimana yang kita katakan, ia adalah berkait dengan nasib dan takdir. Semoga Allah ﷻ Menjadikan orang-orang yang belum ke sana dapat pergi ke sana insha'Allah. Semoga mereka ada kecintaan dalam hati mereka.
Tempat yang indah itu adalah rumah pertama Allah 'Azza wa-Jalla Telah Bangunkan di dunia ini.
“إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ”, “Inna ‘Awwala Baytin Wuđi`a Lilnnāsi Lalladhī Bibakkata”,
"Sesungguhnya rumah (ibadah) pertama yang dibangun untuk manusia, ialah (Baitullah) yang di Bakkah (Mekah)"(Qur’ān 03:96). Rumah pertama yang di bina untuk kemanusiaan dan ummat manusia itu adalah rumah yang di bina di Mekah Mukarramah. Oleh itu, Haji itu penuh Barakah dari segala penjuru. Ia ada pahala yang besar dan Barakah yang banyak. Semoga Allah ﷻ Mengizinkan sesiapa yang belum ke sana supaya dapat pergi kesana insha'Allah. Dan semoga Allah ﷻ Menerima itu dari mereka yang sedang pergi. Semoga ianya dimudahkan untuk mereka.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 Jun 2023/ 01 Zulhijjah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul