SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
559 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
LINDUNGILAH DIRI ANDA DAN BERSAMALAH DENGAN ORANG-ORANG YANG BENAR

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāh:

الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوا وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا

(Qur’ān 03:188). ‘Al-Ladhīna Yafraĥūna Bimā ‘Ataw Wa Yuĥibbūna ‘An Yuĥmadū Bimā Lam Yaf`alū’,
 '..Orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka pula suka dipuji atas perbuatan yang tidak mereka lakukan.' Ini adalah Ayat dari Qur’ān. Allah ﷻ Mencintai orang yang berbuat baik, orang yang berbuat amal, orang yang berbuat Khayr(kebaikan) dan orang yang membantu orang lain. Dan orang-orang ini melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah ﷻ.

Mereka ini tidak mahukan
 – “لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا”,
"Lā Nurīdu Minkum Jazā’an Wa Lā Shukūrāa”, 

"..kami tidak mengharapkan balasan dan terima kasih dari kamu." (Qur’ān 76:09). Mereka tidak mahukan apa-apa ucapan terima kasih dari orang-orang atau upah atau apa-apa pun dari orang-orang. Mereka lakukan ini kesemuanya adalah kerana Allah ﷻ semata-mata. Allah ﷻ Mencintai orang-orang ini.

Dan ada pula orang-orang yang sebaliknya daripada orang-orang ini. Sesetengah orang-orang ada melakukan kejahatan kepada orang lain dan mereka ini meminta pula orang-orang untuk berterima kasih kepada mereka dan meminta agar diberikan sesuatu kepada mereka. Mereka meminta kepada orang-orang, "Kami lakukan perkara ini untuk kamu." Akan tetapi apakah yang mereka lakukan secara realitasnya? Mereka berbuat buruk kepada orang-orang atau berbohong kepada mereka. Dan ada pula sejenis lagi orang. Seseorang lain melakukan sesuatu perkara akan tetapi mereka ini mengatakan "Kami yang lakukan perkara ini." Dan mereka suka orang-orang memuji mereka, bersenang-senang dengan mereka, untuk menjadi terkenal dan dicintai oleh orang-orang. Mereka mahu mereka dicintai oleh orang-orang. Akan tetapi pada realitasnya, mereka tidak melakukan apa pun. Mereka memikirkan bahawa jika mereka berbohong kepada masyarakat dan masyarakat  berasa senang dengan itu, maka mereka akan bergembira dengan itu.

Akan tetapi mereka telah lupa satu perkara yang sangat penting, iaitu perkara yang paling penting : Allah ﷻ Maha Mengetahui Segala-galanya. Tiada sesiapapun mampu berbohong kepada Allah 'Azza wa-Jalla. Apa sahaja yang mereka lakukan - pada hari Qiyamat, pada Hari Kebangkitan, kesemuanya akan diberikan. Sesiapa yang telah melakukan kebaikan akan mendapatkannya. Sesiapa yang telah melakukan kejahatan juga akan dihukum. Dan sesiapa yang tidak melakukan apa pun dan menipu orang-orang; orang-orang pikir bahawa orang itu melakukan perbuatan yang baik, maka dia juga tidak akan punyai apa-apa. Akan tetapi jika Allah ﷻ tidak mengampuninya, dan orang itu pula tidak memohon ampun, maka Allah ﷻ akan Menghukumnya.

Maka untuk ini, dalam apa sahaja perbuatan yang kita lakukan, kita percaya bahawa Allah 'Azza wa-Jalla Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Anda tidak akan mampu untuk menyembunyikan sesuatu apa pun. Dia ﷻ Maha Mengetahui segala sesuatu. Sudah tentu, kita semua ada dosa-dosa, ada khilaf, dan perbuatan salah yang telah dilakukan oleh kita. Akan tetapi yang penting disini adalah untuk kita sedar ini dan memohon ampun. Jika anda tidak mohon ampun, maka Allah ﷻ tidak akan berasa Senang dengan anda. Apabila Allah ﷻ tidak senang dengan anda, walau seluruh umat manusia, dan seluruh dunia berasa senang dengan anda, maka tidak akan ada apa-apa keuntungan untuk anda. Keuntungan yang sebenar ialah untuk sentiasa bersama Allah 'Azza wa-Jalla, dan bukan dengan apa yang orang-orang sukai.
        Pada hari-hari ini, banyak perkara yang sedang berubah; terlalu banyak. Banyak perkara dari adab orang-orang terdahulu telah hilang, sehingga mesin ini tiba. Semua orang mahukan yang mode. Sebelumnya, sesiapa yang mahu menjadi terkenal mungkin melihat pada filem untuk melakukan sesuatu, atau untuk menjadi bintang atau untuk menyanyi, "Mungkin suara saya ini akan menjadi terkenal." Akan tetapi pada masa kini, semua orang mempunyai mesin tersendiri untuk menjadikan dirinya terkenal. Dan mereka melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Mereka membahayakan diri mereka dan membahayakan diri orang lain dengan perbuatan yang tidak ada artinya. Hanya untuk ego mereka, mereka melakukan segala sesuatu. Mereka menunjukkan contoh yang buruk kepada orang lain juga, untuk mencuba melakukan perbuatan seperti mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak baik. Ini tidak memuliakan umat manusia. Apa yang mulia: setiap seseorang ada pribadinya dan hendaklah mereka menjaganya; bukan menunjukkannya kepada semua orang.

Orang-orang ini juga tidak memahami tentang perkara-perkara yang memudaratkan mereka dan perkara-perkara yang tidak memudaratkan mereka. Perkara yang paling memudaratkan bagi seseorang manusia dan orang lain ialah apabila: orang lain berasa iri dengan anda. Dan jika mereka tidak iri, mereka mungkin ada penyakit a'in. Penyakit a'in adalah sesuatu yang sangat berbahaya, dan bukan sesuatu lang lucu. Ramai orang yang datang kepada kami dan meminta, "Adakah saya terkena sihir? Adakah saya kerasukan Jin? Ini dan itu. Tetapi mereka lupa perkara yang penting. Sama ada ianya sihir atau tidak, tidak semua orang bisa melakukannya. Ia adalah sesuatu yang jarang dilakukan. Akan tetapi yang sebenarnya itu ialah penyakit a'in. Inilah yang telah dikatakan oleh Kanjeng Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Jikalau anda menunjukkan sesuatu pada seseorang dan orang tersebut ada penyakit a'in, maka mereka bisa selesaikan anda dan kadang-kadang anda bisa terkena penyakit itu dengan serius sehingga sukar untuk anda hidup selepas itu.

Untuk ini, kita mesti menjaga pribadi diri, dan menjaga diri, dan melindungi diri. Jangan menunjukkan kesemuanya, apa yang Allah ﷻ Beri pada anda, apa yang anda ada. Kerana pada masa kini, orang-orang tidak memahami. Mereka tidak ada belas kasihan. Mereka hanya ada iri, kecemburuan, dan permusuhan terhadap orang-orang yang lebih baik dari mereka. Inilah yang diajarkan pada masa kini.

Untuk ini, maka berhati-hatilah dan patuhilah perintah Kanjeng Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Perintah yang terbaik adalah dari Kanjeng Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, dan dari para Sahabah, Mashaikh, 'Ulama.
Mereka ini telah menulis ratusan, ribuan, jutaan buku tentang adab yang baik, tentang bagaimana menjalani kehidupan seperti seorang manusia dengan berpribadi, dengan kemuliaan. Anda mesti mengikuti mereka. Jangan lihat sekeliling anda, "Mereka-mereka ini, kesemua orang-orang melakukan ini. Kami meniru perbuatan mereka." Jika anda meniru perbuatan mereka, mereka ini pula bukanlah orang yang baik maka tiadalah kebaikan bersama orang-orang ini. Dengan orang-orang ini, anda hanyalah akan mendapati penderitaan, anda dapati kesedihan, anda dapati stres, anda berasa kegelapan dalam sanubari anda. Bersamalah dengan orang-orang yang baik-baik. Bersamalah dengan orang-orang Tariqah yang menginginkan Akhirat, yang mana mereka tidak menginginkan Dunia.

Sudah tentu, ramai yang berkata bahawa mereka adalah orang-orang Tariqah, akan tetapi tujuan utama mereka adalah untuk mendapatkan keuntungan dari orang lain. Ini juga adalah sesuatu yang tidak baik. Allah ﷻ Memberikan kepada semua orang berdasarkan dengan apa yang mereka niatkan. Anda ikuti orang yang baik - kadang-kadang ramai yang ikuti mereka, dan selepas itu mereka datang dan mengeluh, "Dia melakukan ini pada saya. Dia mengambil ini dari saya. Dia membohongi saya." Maka janganlah marah. Dari awal-awal lagi hendaklah berhati-hati. Carilah orang-orang yang bersama Allah 'Azza wa-Jalla, yang tidak mendambakan Dunia.
Allah 'Azza wa-Jalla akan Memberikan kepada anda kebaikan-kebaikan sepertimana niat baik anda insha'Allah. Mungkin sebelum ini, anda telah melalui ujian atau sesuatu telah berlaku keatas anda, akan tetapi anda mestilah megatakan,"Ini adalah pelajaran buat saya. Saya mesti mencari orang yang sebenarnya."Kerana pada masa kini, ribuan orang-orang yang berbohong kepada orang lain. Sesetengah orang adalah seperti orang-orang ini, mereka meninggalkan kepercayaannya, meninggalkan agamanya. Ini adalah tidak baik. Anda kehilangan barang material anda, akan tetapi jangan kehilangan barang spiritual anda. Ada orang-orang yang benar, maka ikutilah mereka insha'Allah. Janganlah bersedih hati. Kita lihat, sehingga kini, ramai yang berbohong walau kepada Mashaikh sekalipun. Kita bisa menceritakan pelbagai kisah mengenai Mawlana dan Mawlana Sheikh AbduLlah Ad-Daghestani, tentang orang-orang yang telah berbohong kepada mereka. Sudah tentu, mereka ketahuinya akan tetapi mereka tidak mengatakannya kerana Allah ﷻ. Mereka tidak memberikan apa-apa prioritas untuk Dunia, kecuali untuk Akhirat sahaja.

Untuk ini, berhati-hatilah. Pada setiap perkara, hendaklah bersama orang-orang yang benar, orang yang baik, insha'Allah. Tetapkanlah pada sanubari anda dan mohonkanlah kepada Allah ﷻ, "Wahai Tuhanku, jadikanlah niatku ini tulus ikhlas hanya keranaMu. Hantarkanlah kepadaku orang-orang yang akan memimpinku di jalan ini menuju kebahagiaan, menuju Kanjeng Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, menuju Syurga insha'Allah." Semoga Allah ﷻ Menolong kita. Semoga Allah ﷻ Menjaga kita dari perkara yang buruk, Menganugerahkan kepada kita setiap kebaikan dan tidak menjadikan kita lari daripada jalan Allah ﷻ yang ada ujiannya. Kita tidak bisa kalah dalam ujian. Jika kita kalah dalam sesuatu, kita tidak bisa kalah dalam ujian, anda mestilah berjaya untuk Akhirat insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Berkati anda. Kita ini bukanlah orang-orang yang mampu menghadapi ujian. Kita ini lemah. Janganlah meminta untuk menghadapi ujian. Ya Allah janganlah Menguji kami. Ya Allah ﷻ Jadikanlah kami selamat di JalanMu tanpa sesiapapun mengganggu kami atau menjadikan kami melarikan diri daripada ini. Amin. Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita senantiasa bersama selama-lamanya insha'Allah, menjadikan kita tetangga Kanjeng Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam dan menjadikan kita bersama dengan Mashaikh, Mashaikh kita, dan dengan seluruh para Mashaikh di Syurga insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muḥammad A'dil Ar Rabbani
24 May 2023 /04 Zulqaedah 1444 H
Montréal, Kanada
Sepuluh Hari Pertama dalam Bulan Zulhijjah hanyalah dalam tempoh masa dua minggu dari sekarang.

Tidak ada hari-hari yang lebih banyak pahalanya untuk setiap amalan kebaikan berbanding dengan sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah.

Puasa satu hari pada hari-hari ini adalah bersamaan dengan Puasa selama setahun.
1 hari puasa = puasa selama setahun

Ibadah yang dilakukan pada malam-malam ini adalah bersamaan dengan Ibadah pada malam Lailatul Qadr
Ibadah setiap satu malam  = 1 Lailatul Qadr

Dan ibadah yang paling besar selepas ibadah Haji pada bulan Zulhijjah ini ialah ibadah Qurban. Oleh itu janganlah ketinggalan dalam melakukan amalan yang mulia ini, amalan Qurban, untuk diri anda dan keluarga anda.

Bacalah mengenai Fadhilatnya di pautan ini:
https://sufihub.com/the-first-ten-days-of-zulhijjah/
(Anda bisa membaca Fadhilatnya dalam Bahasa Indonesia dengan menekan butang pilihan bahasa pada bahagian atas sebelah kanan dalam halaman web ini) terima kasih.

Permohonan Qurban:
https://tinyurl.com/Qurban-form
(Bahagian yang paling kecil adalah 1/7 untuk seekor lembu di Myanmar $115)
🌹Bagaimana Untuk Ketahui Shaikh Yang Sebenar🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Semoga Allah ﷻ Memberkati anda semua dan semoga Allah ﷻ Memberkati seluruh orang-orang Mu'min dan Muslim, orang-orang yang hidup jauh daripada negara mereka. Ini adalah Ketentuan Allah ﷻ. Tiada siapapun yang menyukai untuk tinggal jauh daripada negara asal mereka, akan tetapi sesetengah perkara berlaku dan mereka datang ke negeri yang jauh ini. Sekarang mereka berada dinegara ini, semoga Allah ﷻ Menjadikan kaki-kaki mereka teguh berdiri disini dan tidak meluntur di kawasan ini. Kerana ianya amat sukar untuk menjaga kepercayaan, Iman —AlhamduliLah di negara ini tiada siapa yang memaksa anda untuk menukar agama, tiada siapa yang memaksa melakukan perkara yang dilarang dalam Islam. Akan tetapi, ego anda, shaitan, Hawa (nafsu) dan Dunia memaksa anda meninggalkan kebaikan-kebaikan ini dan ikut jalan mereka yang mana ianya membawa kepada jalan menuju neraka.

Maka apakah yang paling penting untuk masyarakat disini adalah untuk sentiasa bersama orang-orang yang baik. Orang-orang yang baik-baik yang mahukan kebaikan untuk semua. Ini kerana orang-orang ini adalah orang-orang yang bijaksana. Ini kerana apabila satu perkara yang baik berlaku kepada orang ramai, untuk semua orang, maka perkara itu juga menjadi sesuatu yang baik untuk anda juga. Akan tetapi jika anda mempunyai permusuhan dan anda katakan "hanya untuk diri saya" maka itu bermakna anda adalah seorang yang pentingkan diri dan anda hanya mahukan kebaikan untuk diri anda sahaja.
Contoh terdekat untuk perbuatan seperti ini ialah perbuatan berjudi. Ianya memberi keuntungan hanya untuk seorang sahaja, dan bukannya untuk semua orang. Terdapat beribu orang yang berjudi, akan tetapi ianya hanya kembali kepada seorang sahaja. Ianya adalah untuk seorang dari ribuan orang. Ia bukannya untuk anda. Mungkin, kadang-kala ianya datang untuk anda. Akan tetapi selalunya, anda akan mengalami kerugian. Akan tetapi jika ianya datang untuk kesemua orang, maka anda pun akan mendapatkannya.

Maka ini adalah jalan orang-orang yang bijaksana. Dan orang-orang yang bijaksana adalah Awliya'uLlah. Mereka itu adalah jalan kepada orang-orang yang mencintai Kanjeng Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam dan Allah 'Azza wa-Jalla. Mereka ini adalah orang yang bijaksana. Dan mereka ini sedang mengikuti, dengan kebijaksanaan yang baik ini, jalan yang benar, jalan Kanjeng Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Mereka ini kesemuanya datangnya dari Kanjeng Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam sehingga kini melalui Tariqah. Kesemua orang-orang Tariqah adalah baik. Akan tetapi hendaklah anda melihat apakah yang mereka mahukan. Kerana terdapat banyak orang-orang palsu yang mendakwa mereka adalah orang Tariqah dan ada pula mereka yang sebenar, tetapi mereka ini hanya mahukan yang baik-baik untuk diri mereka sahaja. Mereka tidak peduli tentang apa yang berlaku keatas orang lain, mereka tidak peduli tentang ini.

Kita mengatakan ini untuk (masyarakat) disini, akan tetapi ianya tidak hanya khusus untuk orang-orang disini: untuk negara yang mempunyai Non-Muslim atau tidak-beriman. Di negara orang-orang Islam pula ianya sama. Orang-orang yang baik itu adalah orang-orang yang mahukan kebaikan untuk semua. Mereka berusaha untuk membahagiakan masyarakat mereka. Mereka berusaha untuk membuat negara mereka bahagia, mereka membuat semua orang bahagia. Kita melihat banyak contoh pada zaman sekarang dalam Dunia Islam. Seorang manusia, hanya kerana keinginan nafsunya atau kehidupannya yang kotor atau akhlaq buruknya menyebabkan jutaan manusia yang terkorban, untuk api dan apa sahaja keburukan. Dan dia tidak peduli.
Dia pikir dia akan hidup selama-lamanya, tetapi dia akan hidup hanya untuk beberapa tahun sahaja; kita juga tidak tahu berapa lama mereka akan hidup. Apa yang ada pada mereka adalah mencukupi untuk mereka selama ribuan tahun, akan tetapi mereka itu tidak puas; mereka tetap mahukan lebih. Mereka ini bukanlah orang-orang yang baik. Jangan jadi seperti mereka. Ingatlah akan apa yang Allah ﷻ akan Memberikan untuk anda selama-lamanya; dan bukannya untuk sesuatu yang ada cuma untuk beberapa tahun dan menyebabkan anda sengsara untuk jutaan tahun. Ini kerana untuk setiap seorang yang anda zalimi, Allah ﷻ akan menghukum anda untuk ribuan tahun.

Untuk ini, kita bersama orang-orang yang baik-baik. Anda mesti mengikuti orang-orang yang baik-baik. Anda hendaklah mengikuti Shaikh yang benar dalam Tariqah. Kita ada sebanyak 40 Tariqah. Hendaklah anda mencari yang benar. Yang benar itu, sebagaimana yang kita sedang nyatakan, bagaimana untuk ketahui sama ada dia adalah seorang yang benar atau tidak? Jika dia berbuat baik kepada masyarakat, dia adalah orang yang baik dan benar. Jika dia hanya memikirkan untuk dirinya sahaja, maka dia adalah seorang yang egois dan bukan orang yang sebenarnya. Semoga Allah ﷻ menjaga kita daripada orang-orang yang jahat seperti ini.

Semoga Allah ﷻ Menjaga kita daripada ego kita juga. Kita ketahui banyak orang-orang yang sangat merendah diri dan orang-orang yang sangat baik, akan tetapi apabila Allah ﷻ Memberikan mereka sesuatu, mereka menjadi sebaliknya. Mereka kehilangan kewarasan mereka dan mereka tidak lagi melihat tentang bagaimana diri mereka yang dahulu, bagaimana mereka ini dahulunya merupakan seorang yang merendah diri dan baik. Mereka berubah seperti seorang penindas. Inilah yang telah dikatakan oleh Mawlana Shaikh banyak kali. Jika anda katakan bahawa seseorang itu seperti Firaun dan orang itu sangat jahat, ego anda jauh lebih buruk dari orang itu, dan jauh lebih buruk dari Firaun. Kerana jika anda punyai apa yang Firaun punyai, anda akan melakukan yang serupa dengannya. Oleh itu berhati-hatilah. Jangan membiarkan diri anda, ego anda untuk katakan,"Oh aku adalah seorang 'Alim besar. Aku adalah 'Awliya. Aku ini, aku itu." Jika anda didalam (kedudukan) yang tinggi maka ia boleh jadikan anda jatuh dan pecah segalanya, anda tidak akan mampu bangun lagi selamanya. Semoga Allah ﷻ Menjaga kita daripada akhlaq yang buruk ini.

Semoga Allah ﷻ Membantu kita dan Membantu anda untuk sentiasa bersatu padu, agar berada dijalan Kanjeng Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, jalan kebahagiaan, jalan keindahan, jalan orang-orang yang baik-baik dan orang-orang yang diCintai oleh Allah 'Azza wa-Jalla. Yang paling penting ialah untuk menjadi seorang yang diCintai oleh Allah ﷻ, untuk menjadi seorang yang diCintai oleh Kanjeng Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Semoga Allah ﷻ Memberkati anda dan Menjaga anda, anda keseluruhannya dan seluruh Mu'min yang beriman dan Menganugerahkan Hidayah (petunjuk) kepada orang-orang tidak beriman juga. Kita lihat Masha'Allah, mereka ada ciri-ciri akhlaq keIslaman akan tetapi mereka belum menjadi orang Muslim lagi. Akan tetapi akhlaq mereka - kita lihat kadang-kala, akhlaq mereka lebih baik daripada kebanyakan orang Muslim. Semoga Allah ﷻ Menganugerahkan kepada mereka Hidayah juga. Amin.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
21 May 2023/ 01 Zulqaedah 1444
Solat Zohor — Toronto, Kanada
Ambillah Dengan Banyak Pada Bulan-bulan yang Suci Ini

AlhamduliLah kita berada pada tiga bulan Ash’huru l-Hurum (Bulan-bulan Suci). Bulan yang pertama ialah Zulqaidah yang mana ianya hampiri penghujungnya. Dan selepas ini juga, bulan yang suci, bulan penuh berkat: Zulhijjah yang mana merupakan bulan yang sangat penting untuk orang-orang Muslim, untuk orang-orang beriman melaksanakan ibadah yang diwajibkan untuk mereka iaitu Haji. Sesiapa yang belum mengerjakan Haji - ia hanyalah pada satu hari pada setiap tahun pada bulan ini, bulan Zulhijjah, bulan Arabia. Untuk sesiapa yang tidak pergi untuk mengerjakan Haji juga, ianya sangat penting. Terutamanya sepuluh malam yang mana Allah ﷻ Telah Berfirman didalam Qura'n pada Surat Al-Fajr: “وَٱلۡفَجۡرِ
(١) وَلَيَالٍ عَشۡرٖ”, “Wa Al-Fajri (1) Wa Layālin Ashr”, “Demi Fajar (1) Demi malam yang sepuluh” (Qur’an 89:1-2) Malam-malam yang paling Suci dan Penuh Keberkatan.

Oleh itu AlhamduliLah kita orang-orang Muslim, orang-orang beriman, Allah ﷻ Mengingatkan kepada kita agar kita tidak lupa diri kita, agar kita lupa bahawa kita tidak diciptakan untuk Dunia akan tetapi untuk Akhirat. Hendaklah kita mengingati ini setiap kali. Setiap lima waktu, hendaklah kita mengingati ini. Pada setiap bulan juga, hendaklah kita mengingati ini. Terutamanya pada bulan-bulan seperti: Rejab, Sha'ban, Ramadhan, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram. Ianya adalah sangat penting untuk orang-orang beriman, untuk orang-orang Muslim untuk meminta pahala yang banyak. Allah ﷻ Memberikan peluang untuk anda untuk mendapatkan lebih banyak lagi. Ambillah sebanyak mana yang anda boleh ambil. Janganlah takut. Janganlah malu. Ambillah sebanyak mana yang anda boleh ambil, Dia ﷻ Berfirman. Ambillah. Mintalah.

Jika seseorang meminta kepada orang kaya, mereka mungkin akan beri sekali atau dua kali atau tiga kali, dan pada ketika anda meminta pada kali yang kesepuluh, mereka akan berasa kesal dengan anda, "Apakah ini! Saya telah berikan kepada kamu sepuluh kali, dan kamu masih meminta lagi". Allah 'Azza wa-Jalla lebih Gembira apabila anda meminta lebih banyak kepadaNya; Dia ﷻ Gembira. Maka kita kini sedang berada dipintu Yang Maha Pemurah. Allah 'Azza wa-Jalla adalah Yang Maha Pemurah kerana segala sesuatu ada pada TanganNya ﷻ . Dia ﷻ tidak khawatir ianya akan habis. Sebanyak mana orang-orang itu kaya, mereka masih tamak dan khawatir bahawa wang mereka akan habis.Untuk ini, apabila seseorang meminta dengan banyak kepada seseorang, mereka tidak memberikannya. Maka siapakah yang memberikannya sebegitu? Para Nabi-nabi. Kerana mereka mempunyai Keimanan yang tinggi kerana mereka mempunyai hubungan dengan Allah 'Azza wa-Jalla dan Allah ﷻ Memilih mereka. Mereka ada sifat Pemurah ini dan mereka memberi tanpa rasa takut. Akan tetapi kini, tidak ada lagi Nabi selepas Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Oleh itu anda perlu memohon dan meminta kepada Allah 'Azza wa-Jalla.

Sepertimana kita katakan tadi, Islam pertamanya adalah untuk beriman dengan KeEsaan Allah 'Azza wa-Jalla dan Nabi Muhammad salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Selepas itu, solat lima waktu. Selepas itu, berpuasa, Zakat dan Hajju l-Bayt:
“حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا”, “Ĥijju Al-Bayti Mani Astaţā
a 'Ilayhi Sabīlā”,

"Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, yaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana"(Qur’ān 03:97). Untuk pergi ke Haji, untuk sesiapa yang mempunyai kemampuan, untuk sesiapa yang mampu pergi.
Kerana pada masa sekarang, malangnya, orang-orang boleh mempunyai wang dan kesihatannya pula baik, mereka boleh pergi namun tidak semua yang diizinkan. Mereka hanya izinkan sedikit orang untuk pergi ke Haji. Mereka buat seperti loteri. Berjuta-juta manusia menunggu untuk melaksanakan Haji. Akan tetapi, apabila anda niatkan untuk pergi Haji dan melaksanakan persediaan untuk itu, akan tetapi ada sesuatu yang menghalang anda untuk ke sana, Allah ﷻ Menerima anda sebagaimana anda sedang berada di Haji.
Ini kerana niat dan perbuatan anda adalah sama: anda membuat kesemua persediaaan akan tetapi mereka tidak membenarkan anda untuk pergi. Ini kerana anda mempunyai wang, kesihatan anda baik dan anda boleh pergi kesana dengan selamat akan tetapi mereka tidak mengizinkan anda untuk kesana. Ini bukanlah kesalahan anda. Maka, Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm: “لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا”, ‘La yukallifu Llahu nafsan illa wus’aha’, 'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya'.(Qur’ān 02:286).Allah ﷻ tidak Meminta orang-orang untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak sanggup melakukannya untuk beberapa sebab. Ini bukanlah dari Keadilan Dia ﷻ. Keadilan Dia ﷻ adalah Dia ﷻ Menerimanya.
Sepertimana Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda, seseorang dari zaman dahulu sedang dalam kafilah untuk ke Haji dan sesuatu berlaku diperjalanan itu. Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda bahawa ia juga diterima sebagai Haji.

Kita ini, kesemua kita bersama-sama, hati kita adalah untuk berada di kota-kota suci ini: Makkah Al-Mukkarramah, Madinah Al-Munawwarah. Untuk menziarahi Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, untuk berada di masjidnya Baginda ﷺ yang penuh berkat, untuk menziarahi Baginda ﷺ, untuk menyambut Baginda ﷺ. Ia adalah sesuatu yang penuh ni'mat untuk para Mu'min dan untuk para Mu'minah, yang besar dan yang kecil, untuk yang muda dan tua. Kesemua orang-orang yang beriman suka untuk ziarahi dan untuk Doa' apabila anda melakukan Tawaf Wada', Tawaf terakhir selepas Haji, anda memohon Doa'. Dan Allah ﷻ menjadikan untuk kita “كَرّات ومَرّات” yang bermaksud banyak kali dan banyak kali untuk sampai disini.

Ia adalah sesuatu yang istimewa untuk manusia, untuk kesemua manusia. Sesiapa yang beriman dengan Allah 'Azza wa-Jalla dan NabiNya ﷻ Nabi ﷺ, ada peluang yang baik untuk pergi kesana. Akan tetapi untuk sesiapa yang tidak beriman, Allah ﷻ Tidak akan Membenarkan dia kesana. Seluruh Dunia ini adalah untuk anda, tetapi jika anda ingin datang dan mengambil tempat pada hari-hari ini atau pada hari-hari yang lain, untuk Umrah contohnya, ia hanyalah dibenarkan untuk orang-orang Muslim. Ini juga adalah sesuatu yang istimewa. Orang-orang Mu'min, orang-orang Muslim hendaklah bergembira dengan ini kerana diseluruh dunia ada tempat dan sesiapa pun boleh ke situ. Akan tetapi untuk ke kedua-dua kota ini, kota-kota suci, kota-kota yang paling diberkahi didunia, hanya untuk sesiapa yang menerima Allah 'Azza wa-Jalla dan NabiNya ﷻ yang terakhir Nabi Sayyidina Muhammad salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, boleh dapatkan kebaikan ini. Kenapakah ianya begini? Kerana mereka akan menerima yang Paling DiCintai oleh Allah 'Azza wa-Jalla: Nabi kita Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam.

Hendaklah kita ketahui betapa kita dimuliakan dengan Islam. Sepertimana yang dikatakan oleh As Sayyidina Imam Busayri,
“بُشْرى لَنَا مَعْشَرَ الْإِسْلَامِ إِنّ لَنَا، مِنَ العِنَايِةِ رُكْنًا غَيْرَ مُنْهَدِمِ”,

"Selamat Sejahtera untuk kita didalam keIslaman, bahawa kita peroleh dukungan Rahmat yang tidak terpatahkan". Penyair ini adalah penyair yang ternama iaitu Imam Busayri. Dia berkata, "Selamat Sejahtera keatas kita wahai Muslim. Kita punyai perlindungan yang kuat, Lutf (keberkahan)yang kuat, kegembiraan dan setiap kebaikan yang tidak dapat dimusnahkan". Ini adalah sangat penting. Wahai Muslim janganlah lihat kepada orang lain yang menipu anda. Mereka berkata, "Kamu tidak punyai apa-apa. Kami ada bangunan yang besar ini. Kami ada mobil". Ini tidaklah penting sama sekali. Ini semuanya akan berakhir dan apa yang ada pada kita tidak akan berakhir. Tiada siapapun yang boleh musnahkannya. Tiada sesiapapun yang mampu menggantikannya dengan sesuatu yang lain ditempatnya. Tiada apa pun yang mampu menandingi ini yang datangnya dari Allah 'Azza wa-Jalla, hadiah yang kita peroleh ini.
Segala-galanya adalah untuk kita. Segala-galanya, segala yang ada didunia ini adalah untuk anda. Anda hendaklah berterima kasih kepada Allah 'Azza wa-Jalla. Janganlah bersedih. Ramai yang berkata, "Kami tidak ada ini. Kami tidak ada itu." Kamu punyai sesuatu yang paling bernilai. Allah ﷻ Anugerahkan kepada anda Iman. Kebanyakan anda adalah dilahirkan sebagai seorang Muslim, dan banyak diantara mereka Allah ﷻ Menganugerahkan Hidayah dan Memilih mereka untuk menjadi Mu'min, Muslim. Dan untuk ikuti kecintaan kepada Nabi ﷺ, untuk mengikuti Tariqah. Dan Tariqah hanyalah mengajarkan kebaikan, mengajarkan cinta kepada mereka yang mencintai Allah ﷻ. Sesiapapun yang Allah ﷻ Cintai, maka kami mencintai mereka. Akan tetapi sesiapapun yang Allah ﷻ tidak Cintai, maka kami tidak mencintai mereka.

Akan tetapi kami mohon Hidayah untuk mereka juga. Kami tidak iri, "Tidak, jangan dekati kami". Kami tidak katakan begini kepada mereka yang tidak mencintai Allah ﷻ. Kami mungkin akan katakan semoga Allah ﷻ Menganugerahkan mereka Hidayah. Banyak dari mereka, banyak yang menentang Islam, dan mereka menjadi pembela utama untuk Islam. Sepertimana Sayyidina Omar ibn Al-Khattab yang datang kepada Nabi dengan membawa pedang salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, dengan niat yang buruk. Akan tetapi apabila keluar dari situ, keluar dari rumah yang sama, dia keluar diatas jalanan Makkah bersama Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, dengan ucapan Shahadah, dengan ucapan Takbir, berpenampilan Muslim. Sebelum beliau datang, mereka sedang bersembunyi didalam rumah itu. Apabila dia datang kesitu dia berkata, "Kenapa kita sedang bersembunyi, kita mesti pergi ke Ka'bah. Kita mestilah menampakkan diri kita kepada orang-orang ini". Maka ini juga kita ketahui: bahawa kita tidak membenci mereka akan tetapi kita tidak mencintai juga mereka kerana mereka tidak mencintai Allah ﷻ . Akan tetapi apabila mereka mencintai Allah ﷻ, kita mencintai mereka. Akan tetapi walau dengan ini juga, kami memohon Hidayah untuk kesemua orang. Jika seluruh alam semesta menjadi Muslim, maka ia bukanlah satu masalah untuk Allah 'Azza wa-Jalla. Kesemua mereka akan diberikan pahala. Janganlah berfikiran seperti fikiran orang-orang yang berfikiran sempit, "Jika mereka kesemuanya akan datang, tidak akan ada untuk kita tempat di Syurga". Tidak, bukanlah seperti ini di Kanada, jika tiga atau empat juta orang yang datang maka mereka menjadi cemas, "Apakah ini! Kemana mereka akan datang. Mereka akan berakhir ". Tidak, di Syurga, billiun, trilliun orang-orang boleh masukinya. Tidak ada masalah untuk ini.

Untuk ini, pada setiap masa, kita memohon kepada Allah ﷻ dan berdoa untuk orang-orang masuk kedalam Islam. Kerana mereka ada - Allah ﷻ Memberikan kepada manusia dari CahayaNya ﷻ. Setiap seseorang ada Nur, akan tetapi mestilah ia muncul. Apabila mereka mengucapkan dua kalimah: La ilaha illa Allah, Muhammadun Rasulu Allah, cahaya ini menjadi terbuka dan ianya muncul. Tetapi shaitan tidak akan biarkan orang-orang ini. Mereka Masha'Allah ada semua yang baik-baik; mereka itu orang yang amanah dan orang yang baik, akan tetapi hanya dua kalimah untuk menyelamatkan mereka dari pengakhiran yang buruk.

Insha'Allah Allah ﷻ Memberikan Hidayah. Dan kita ketahui dari Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, akan berita baik Baginda ﷺ pada penghujung zaman, bahawa seluruh dunia akan menjadi Mu'min, Muslim, beriman. Maka, insha'Allah masa ini semakin hampir. Dan kita berharap untuk sampai kepada masa ini, untuk sampai kepada Zaman Kedua yang Penuh Kebahagiaan. Zaman Pertama yang itu adalah dengan Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam,
“عَصْرُ السَعَادَة”
"Zaman Kebahagiaan". Ia adalah bersama Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, dan itu adalah zaman yang paling bahagia untuk kemanusiaan. Mengapakah mereka bahagia? Kerana mereka bersama dengan Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Dengan kerohaniaan Baginda ﷺ, cahaya Baginda ﷺ, kasih sayang Baginda ﷺ, barakah yang sampai kepada Baginda dari Allah 'Azza wa-Jalla. Inilah yang paling bahagia.
Kenapa? Pada sebaliknya, mereka tidak mampu untuk dapatkan sesuatu untuk makan selama dua hari atau tiga hari. Nabi salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, dari kelaparan Baginda ﷺ, sedang mengikat perut Baginda dengan batu agar tidak merasa lapar. Ia adalah seperti ini namun ia adalah Zaman yang Paling Bahagia. Bukanlah dengan penuhi perut mereka, namun dengan penuhi hati sanubari mereka dengan cahaya dan dengan kegembiraan. Semoga Allah ﷻ Menganugerahkan kepada kita nikmat ini, nikmat kemanisan Iman. Sesiapa yang punyai itu, tidak akan menginginkan sesuatu apa pun selainnya. Semoga Allah ﷻ Menganugerahkan kepada kita ini insha'Allah atas asbab seorang yang paling dicintai, Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, Sayyidina Muhammad salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
10 June 2023/ 21 Zulkaedah 1444 H
Masjid Al-Mustafa, Mississauga – Kanada
.
Telegram Channel: https://t.me/mawlanasultan
.
#MawlanaSultan
#ShaykhMehmetEffendi
#SheikhMuhammadAdil
#NaqshbandiHaqqani
#ShaykhMuhammadAdil
🌹KELEBIHAN MALAM-MALAM YANG SEPULUH INI 🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 Jun 2023/ 29 Zulkaedah 1444 H
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

وَٱلْفَجْرِ
وَلَيَالٍ عَشْرٍ 
“Wa Al-Fajri (1)
“Wa Layālin `Ashr”,
“Demi Fajar (1) Demi Malam yang Sepuluh”
(Qur’an 89:1-2). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Sepuluh malam-malam suci [bulan Zulhijjah] telah bermula malam ini insha'Allah. Allah 'Azza wa-Jalla Bersumpah demi malam-malam ini. Malam-malam ini adalah diantara malam-malam yang paling suci dalam setahun. Allah 'Azza wa-Jalla Memberi Peringatan kepada orang-orang Muslim agar mereka mengambil manfaat dari malam-malam ini.

Terdapat malam-malam yang suci. Terdapat hari-hari yang suci. Terdapat orang-orang yang suci. Kesemua mereka ini diCintai oleh Allah ﷻ . Kesemua mereka ini adalah Hadiah kepada Ummati Muhammad ﷺ , untuk Ummah Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Ummah Nabi kita ﷺ adalah Ummah yang terakhir dan Ummah yang terbaik. Mensyukuri ini adalah untuk kebaikan orang-orang Muslim. Allah 'Azza wa-Jalla Maha Pemurah, Al-Kareem.Dia ﷻ Sifat KemurahanNya itu tiada batasan.

Maka malam-malam ini adalah Limpah Kurnia dari Dia ﷻ. Malam-malam Suci yang sepuluh ini bermula pada malam ini sehinggalah pada malam Hari Raya Eidul Adha. Malam-malam ini adalah Suci. Sesiapa yang mahu berpuasa pada hari-hari ini, terdapat banyak pahala.
Terutamanya, berpuasa pada hari ke 8 dan hari ke 9 - sehari sebelum 'Arafah dan pada Hari 'Arafah. Sesiapa yang mampu berpuasa, maka berpuasalah. Kepada sesiapa yang tidak mampu berpuasa, maka sekurang-kurangnya berpuasalah pada hari ke 9, Hari 'Arafah adalah hari Kemenangan yang Besar. Mereka tidak sepatutnya meninggalkannya.

Masyarakat sedang melalui pelbagai perkara dan sedang melakukan pelbagai perkara untuk kepentingan dunia ini. Anda menjadi terkejut dengannya. Apabila datangnya urusan mengenai Akhirat, mereka tidak ketahuan mengenainya. Walau mereka ketahuinya sekalipun, mereka menjadi sangat malas sehingga tidak mampu melakukan apa-apa pun. Akan tetapi ini bukanlah sesuatu untuk ditinggalkan. Untuk kepentingan dunia ini - lagipula dunia ini terlalu singkat. Ia akan berakhir dalam sekejap. Akan tetapi Akhirat adalah selama-lamanya. Ia adalah Kemenangan yang Agung buat orang-orang yang Beriman. Mereka akan peroleh kebaikannya selama-lamanya.

Semoga Allah ﷻ Menganugerahkan kepada kita kekuatan supaya kita mengalahkan ego kita insha'Allah, kerana ego mahukan yang mudah. Ia tidak bangkit dari tidur dan ia tidak bergerak apabila berada dijalan Allah ﷻ.
Apabila ia berada dijalan lain, ia menghentak kaki dan menari sampai ke pagi. Ia melakukan pelbagai perbuatan yang kotor. Dan sebelum Azan Fajar, ia pergi tidur. Ia tidak peduli tentang Solat Fajar. Perkara yang ego rasakan mudah itu adalah sesuatu yang sukar untuk Akhirat.

Jangan patuh kepada ego anda. Pastikan untuk mendapatkan keuntungan dari malam-malam ini dan pada hari-hari ini. Qiyamu l- Layl bermaksud mengambil wudu' dan melaksanakan solat dua Rakā’at sebelum tidur, dan bangkit dari tidur sebelum waktu Fajar yang mana ianya adalah Tahajjud, dan menunaikan solat dua Rakā'at, atau seberapa banyak yang anda mahukan. Ianya adalah dikira seumpama melaksanakan ibadah sepanjang malam, Sabda Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Tiada kesusahan didalamnya. Ianya adalah mudah.

Semoga Allah ﷻ Membantu kita. Insha'Allah semoga kebaikan malam-malam ini dilimpahkan kepada kita. Semoga ianya sesuatu yang baik untuk Ummati Muhammad ﷺ. Semoga ianya untuk keselamatan untuk Ummah insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
SufiHub (Bahasa)
Photo
🌹TIADA HARI-HARI YANG LEBIH DICINTAI ALLAH ﷻ DAN NABI ﷺ, BERBANDING DENGAN 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH🌹

"Tidak ada hari-hari daripada hari-hari didunia ini yang lebih diCintai oleh Allah ﷻ lebih dicintai oleh saya ﷺ, daripada sepuluh hari pertama Zulhijjah."

Hadis Nabi menyatakan dalam pelbagai Riwayat daripada tujuh orang Para Sahabah (Abd Allah b. Amr, Ibn Abbas, Abd Allah b. Umar, Abu Hurayra, Ibn Masud, Jabir and Umar) didalam sumber yang awal. Sesetengah Riwayat menyebut :

"Maka hendaklah memperbanyak takbir dan tahlil dan tahmid padanya" dan "berpuasa pada salah satu darinya bersamaan dengan berpuasa selama setahun, dan setiap malam daripadanya bersamaan dengan Laylat Al-Qadr."

Anas b. Malik berkata:

"Adalah dikatakan mengenai Hari yang Sepuluh, 'Setiap hari adalah 1,000 dan Hari Arafah [9 Zulhijjah adalah 10,000' bermaksud kedudukannya".

Riwayat dari al-Bayhaqi didalam Fada'il al-Awqat.
🌹SIAPAKAH YANG DITAKDIRKAN UNTUK PERGI MENUNAIKAN HAJI?🌹

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

‘وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا’, ‘Wa ‘Adhdhin Fī An-Nāsi Bil-Ĥajji Ya’tūka Rijālāan’,

'Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki' (Qur’ān 22:27)
Ṣadaqa Llāhu l-‘aẓīm.

Apabila Allah 'Azza wa-Jalla Perintahkan kepada Ibrahim 'alayhi s-salam untuk membina Ka'bah, baginda berkata, "Tiada sesiapapun disini. Apakah harus kita lakukan?" Dia ﷻ Berfirman, "Laksanakanlah Tawaf". Tiada sesiapapun disitu kecuali Ibrahim 'alayhi s-salam dan Isma'il 'alayhi s-salam. Allah 'Azza wa-Jalla telah Perintahkan kepada baginda, "Serulah Azan. Sesiapapun yang mendengarnya akan hadir disini untuk mengerjakan Haji". Maka Ibrahim 'alayhi s-salam pun menyerukan Azan. Sesiapapun yang telah mendengarkan Azan ini di alam Roh maka mereka telah pun ditentukan untuk mengerjakan Haji. Sesiapa yang tidak mendengarkannya maka mereka itu tidak ditentukan untuk pergi melaksanakannya. Halangan atau sesuatu akan berlaku untuk itu.

Maka, hal Haji — ia adalah masa untuk Haji sekarang ini. Sesiapa yang mampu untuk pergi menunaikan Haji, mestilah dia pergi. Akan tetapi sepertimana yang telah dikatakan tadi, ia juga adalah berkait dengan nasib dan takdir. Adakalanya ianya adalah kerana sesuatu penyakit, adakalanya kerana ketiadaan uang. Dan sebahagian besarnya adalah kerana kerajaan mengenakan kuota sepertimana sekarang ini, dan anda tidak dibenarkan melebihi kuota ini. Yang pastinya, kesemuanya dan isu kuota ini adalah tidak bagus. Namun demikian, terdapat Hikmah, ini kerana hanya orang-orang yang telah mendengarkan Azan Ibrahim 'alayhi s-salam semasa mereka di alam Roh sahaja yang telah ditentukan untuk pergi. Maka halangan sebegitu akan muncul.

Akan tetapi, hendaklah orang-orang berniat untuk ke sana dan berkata "Saya akan pergi ke sana apabila saya ada uang. Saya akan pergi ke sana apabila saya dalam keadaan sihat". Atau mereka boleh menghantar seseorang kesana mewakili mereka. Apabila giliran mereka sampai dan visa mereka telah diluluskan, maka mereka hendaklah berniatkan untuk pergi, dan Allah 'Azza wa-Jalla akan Menerima niat mereka.

“إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ”, “Innama l-‘aa’malu bin-niyyat”,
"Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niatnya."[Hadis]. Segala amal ibadah yang kita lakukan mestilah dengan niat. Maka apabila hendak bersolat, hendak berpuasa, apabila hendak mengambil wudu' atau Ghusl; kesemuanya itu dilakukan dengan niat. Tanpa niat, ianya tidak sah. Maka ianya adalah sama dalam urusan Haji. Anda mestilah berniatkan untuk melaksanakan ibadah Haji. Anda tidak akan mampu pergi, jika Allah Tidak Mengizinkan, ﷻ Mengizinkan anda untuk pergi, maka anda akan pergi. Dia ﷻ Allah 'Azza wa-Jalla akan Menerimanya itu seperti mereka telah mengerjakan Haji. Allah ﷻ itu
Arhamu r-Rahimeen (Yang Maha Mengasihani).

Ianya adalah hari-hari Haji sekarang ini. Zulkaedah sedang berakhir dan Zulhijjah akan bermula. Dan selepas itu akan bermula bulan Muharram. Ketiga-tiga Ashhur ul-Hurum (Tiga Bulan Suci) —ianya adalah bulan-bulan Suci dan bulan Haji. Semoga Allah ﷻ Mengizinkan untuk pergi orang-orang yang belum mengerjakan ibadah Haji insha'Allah, kerana – orang-orang menjadi marah untuk perkara ini dan itu. Akan tetapi Allah 'Azza wa-Jalla telah mengadakan asbab untuk menjadi marah kepada mereka. Sesuatu sampai kepada minda mereka dan mereka pun berkata, "Kita tidak mampu menjadikan ramai orang Haji" dan mereka tidak membenarkan orang-orang untuk masuk. Itu adalah Hikmah dari Allah ﷻ. Dia ﷻ membiarkan mereka menguruskan perkara itu sedemikian. Semoga Allah ﷻ Mengizinkan kita untuk menguruskan perkara-perkara dengan cara yang baik. Semoga kita tidak menjadi dari kalangan orang-orang yang menghalang-halangi ibadah dan ketaatan. Semoga Dia ﷻ Menjadikan kita dari kalangan orang-orang yang mengerjakan dan mengizinkan orang lain juga untuk mengerjakan ibadah dan ketaatan insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah