SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
559 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
🌹Khalwah Separa Dalam Bulan Zulkaedah🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
28 April 2025/ 30 Shawwal 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm,

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًۭا فِى كِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۭ ۚ

‘Inna ‘Iddata Ash-Shuhūri ‘Inda Allāhi Athnā ‘Ashara Shahrāan Fī Kitābi Allāhi Yawma Khalaqas-Samāwāti Wal-Arda Minhā Arba’atun Hurum’,
"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia Menciptakan langit dan bumi, di antaranya adalah empat bulan haram (bulan yang suci-mulia)."
(Qur’ān 09:36). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Bulan-bulan haram (bulan yang suci-mulia) ialah empat bulan. Tiga daripada bulan-bulan haram ini dikhususkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla untuk orang-orang yang berhaji. Dan satu dipisahkan oleh Allah Azza wa Jalla.

Allāh ‘Azza wa-Jalla adalah Pencipta. Dia ﷻ Menciptakan bulan, bintang, hari, tahun dan sebagainya. Di antaranya ialah empat bulan ini, bulan-bulan haram (bulan yang suci-mulia). Bulan-bulan ini patut dihormati. Ada perkara-perkara yang perlu dilakukan dan perbuatan mungkar adalah dilarang, firmanNya ﷻ. Tidak boleh ada peperangan (didalam bulan-bulan ini). (Tetapi) Jika mereka (orang-orang yang beriman) diserang, (maka) dibolehkan untuk mempertahankan diri. Apabila perlu, ada prinsip yang lain. Kesemuanya ada prinsip-prinsip.

Esok, inshā’Allāh, mulai pada malam ini pada waktu Maghrib (akan) masuk bulan Dzul Qa’dah(Zulkaedah); bulan-bulan haji. Selepas itu, Dzulhijjah kemudian Muḥarram. Dalam tiga bulan ini, manusia biasanya pergi dan pulang dari haji. Untuk pergi dan kembali dengan selamat, Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Memerintahkan ini. Dan ianya pernah dilakukan pada zaman dahulu juga, sebelum Islam. Perkara-perkara ini kekal sejak zaman Ibrāhim ‘alayhis-salām. Orang-orang musyrik juga mengetahui tentang (bulan-bulan) ini. Mereka menghormati dan mengikuti (bulan-bulan itu). Namun begitu, mereka akan menukar bulan ini kepada bulan yang lain dengan mengikuti fikiran mereka sendiri kerana ianya sesuai dengan perniagaan mereka. Mereka akan meletakkan sebulan sebagai ganti bulan lain, dan melakukan apa yang mereka akan lakukan. Itu pun tidak dibenarkan. Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman didalam Al-Qur’an bahawa perbuatan itu tidak dibolehkan. Semuanya ada tempat dan masanya. Anda tidak boleh mengubahnya mengikut fikiran anda sendiri.

Untuk kita, Khalwah separa bermula dari malam ini pada waktu Maghrib hingga ke sepuluh Zulhijjah. Khalwah separa sahaja. Tiada kebenaran untuk mengasingkan diri selama 40 hari; tiada sesiapa dibenarkan melakukannya. Jika seseorang itu (hendak) melakukan (khalwah separa) pengasingan separa, dia boleh melakukannya (mulai) sekarang. Jika dia mahu (melakukannya) antara (waktu) Maghrib dan Isyak. Jika dia mahu (maka boleh juga lakukannya) antara (waktu) Asar dan Maghrib. Jika dia mahu (maka) sebelum (waktu) Subuh hingga Isyrak (juga dibolehkan). (Hendaklah seseorang itu) berniat untuk (khalwah) mengasingkan diri kerana Allah ﷻ (untuk mengingati Allah). Dia boleh melakukan (amalan) wirid-wiridnya, zikirnya, tasbihnya, membaca Al-Quran dan sebagainya. Itu akan menjadi kebaikan yang besar bagi seseorang itu.

Orang-orang ṭarīqah haruslah memasuki (khalwah) (mengasingkan diri untuk mengingati Allah). Sementara itu, dalam masa ini, tidak perlu (melakukan amalan khalwah) bagi masyarakat. Kerana keadaan dunia kini yang sangat dahsyat. Ego orang-orang tidak akan dapat menangani (khalwah) pengasingan itu.
Pada masa ini, adalah lebih baik untuk melakukan (amal kebajikan) tanpa (berada didalam khalwah) (bagi orang ramai). Tetapi dengan melakukan niat untuk (khalwah)mengasingkan diri, pengasingan separa/khalwah separa ini menggantikan pengasingan rasmi untuk para murīd. Oleh itu, ianya adalah sehingga sepuluh Zulhijjah, 40 hari berturut-turut. Dan bagi mereka yang tidak dapat melakukannya sekarang, mereka boleh melakukannya dari Rejab hingga sepuluh Sya'ban. Jadi jangka masa kita (melakukan) khalwah/pengasingan adalah dua kali setahun. Selain daripada itu, seseorang itu adalah bebas.

Semoga Allah ﷻ Menerimanya. Semoga hari-hari dan bulan-bulan kita diberkati, inshā’Allāh. Semoga kehidupan, tahun-tahun dan bulan-bulan kita bermanfaat dan membawa kebaikan. Itu yang penting. Hidup anda berlalu. Ianya tidak menunggu anda. Ianya tidak berhenti. Sebab itu, kita mesti mendapatkan manfaat. Semampu yang boleh kita lakukan, inshā’Allāh, semoga Allah ﷻ Menerimanya. Semoga Allah ﷻ Redha.


Wa min Allāhit-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Perangkap Ego dan Syaitan Dalam Ibadah🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
26 April 2025/ 28 Shawwal 1446
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm,

وَخُلِقَ ٱلْإِنسَـٰنُ ضَعِيفًۭا ٢٨

‘Wa Khuliqa Al-'Insānu Đa`īfāan
"dan manusia diciptakan (bersifat) lemah."
(Qur’ān 04:28).
Ṣadaqa Llāhul-‘Aẓīm.
Allah ﷻ telah Menciptakan manusia (dalam keadaan manusia itu bersifat) lemah. Tiada siapa yang boleh bermegah dengan berkata,
"Saya begini. Saya begitu." Jika Allah ﷻ Menghendaki, Dia ﷻ menjadikan yang lemah menjadi kuat dan yang kuat menjadi lemah. Oleh itu, kita berada di bawah Perintah Allah 'Azza wa-Jalla.

SubhanAllah, hari ini perkara ini berlaku. Ia menunjukkan betapa lemahnya manusia. Semoga Allah ﷻ Meredhaimu. Saya rasa kami tertidur sehingga sekarang. Syukur kepada Allah ﷻ, kami tidak terlepas solat Subuh sekurang-kurangnya. Kami terlepas solat malam. Mereka mengetuk pintu kami dan membangunkan kami untuk solat Subuh.

Manusia boleh jatuh ke dalam kelalaian jika Allah ‘Azza wa-Jalla Menghendaki. Manusia itu lemah. Kita (dapat) melakukan semua ibadah dan semua tindakan ketaatan dengan Rahmat dan Kebaikan Allah ﷻ. Kita hendaklah bersyukar kepadaNya ﷻ. Kelalaian manusia adalah atas Kehendak Allah ﷻ. Ia adalah kehendakNya ﷻ. Semua yang kita lakukan adalah atas Rahmat dan kasih sayang Allah ﷻ. Tidak betul untuk bermegah (dengan berkata), "Saya melakukan ini. Saya melakukan itu. Orang lain tidak melakukannya."

Salah seorang 'awliyā' yang agung; Saya tidak ingat dengan tepat siapa itu. Di Baghdad, beliau bangun awal pagi bersama ayahnya sebelum Subuh untuk Tahajjud. Beliau berkata, "Syukur kepada Allah ﷻ, kita (dapat) bangun. Lihat, semua orang sedang tidur dalam kelalaian. Syukur kepada Allah ﷻ, kita bangun untuk Tahajjud. Mereka sedang tidur."
Ayahnya berkata, "Seandainya kamu tidur juga dan kamu tidak mengatakan ini."
Bermegah ini adalah salah. Semuanya terjadi atas Rahmat dan Kemurahan Allah ﷻ. Sama ada anda bangun atau tidur atau jatuh dalam kelalaian, ia adalah daripada Allah ‘Azza wa-Jalla.

Oleh itu, ṭarīqah adalah adab (akhlak yang baik). Dan adab ialah bersyukur kepada Allah ﷻ. Anda tidak boleh menganggap sesuatu sebagai penting. Anda tidak boleh menghargai apa-apa. Ibadah dan ketaatan kita semuanya tiada nilai. Jika Allāh ‘Azza wa-Jalla tidak Menghendaki itu, ego anda akan membuat anda membanding-bandingkan dengan orang lain, “Dia begini, dia begitu.” Itu salah. Membandingkan diri anda adalah tipu daya syaitan juga. Agar shayṭān meningkatkan ego anda, dia memberitahu anda, "Kamu bangun untuk solat Tahajjud. Kamu melakukan Qiyāmul-Layl. Kamu tidak tidur pada waktu malam. Kamu melakukan ini dan itu."
Dia memasang perangkap untuk anda kehilangan apa yang telah anda perolehi.

Sesetengah orang-orang yang memasuki ṭarīqah bertanya, “Berapa banyak pangkat kedudukan yang telah saya capai?” Itu pun bukan dari prinsip atau adab. Wahai yang telah memasuki ṭarīqah, kamu sudah memasuki ṭarīqah kerana itu adalah Jalan Allāh ‘Azza wa-Jalla, untuk lebih mendisiplinkan ego kamu. Jangan tanya (akan hal seperti) itu. Ia bukan dari prinsip atau adab. Apa yang anda akan lakukan (dengan mengetahuinya)? Anda akan meneruskan perjalanan anda. Karāmah yang paling agung: ialah:
“Ajallul-karāmāt dawāmut-tawfīq”.
(Berada secara) teguh/Istiqamah/Konsisten (di Jalan Allah) adalah karāmah yang paling agung.
Hendaklah anda memuji Allah ﷻ. Hendaklah anda bersyukar kepada Allah ﷻ. Anda tidak boleh membandingkan diri anda dengan orang lain. Allah ﷻ Mengetahui apa kesudahan kita (nanti). Yang penting kita istiqamah. Jika anda tidak teguh/istiqamah, anda boleh melakukan kesemua ibadah-ibadah, dan (tetapi pada akhirnya) menjadi seperti syaiṭān. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Tidak ada lagi tempat di bumi atau di langit yang dia tidak pernah solat (didalamnya), dan (tetapi pada) akhirnya dia menjadi makhluk yang paling hina dan sejahat-jahat (makhluk). Oleh itu, untuk mengelakkan diri daripada menjadi seperti dia, anda mestilah teruskan di Jalan Allah ﷻ. Anda mesti teguh/istiqamah/konsisten dengan Jalan ini, tanpa melihat ini atau itu, tanpa bertanya, "Berapa banyak yang telah saya lakukan? Apakah pangkat yang telah saya capai?" Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Kadang-kadang, apabila anda kekal teguh/istiqamah/konsisten, sesetengah keadaan berlaku tanpa rela. Anda akan diberi pahala untuk ibadah anda dengan cara yang sama dengan Rahmat dan Kebaikan Allah ‘Azza wa-Jalla. Ada cerita lain. Sayyidina Bāyazīd al-Basṭāmī - sama seperti yang berlaku dengan kita hari ini - tertidur semasa solat malam dan tidak dapat bangun. Dia mungkin solat Subuh atau hampir tidak solat tepat pada waktunya. Syaiṭān sangat gembira. Sayyidina Bāyazīd al-Basṭāmī sangat sedih, dia menangis. Dia sangat sedih dan banyak menangis. Allah ‘Azza wa-Jalla Menulis pahala seribu kali ganda untuk apa yang tidak dapat dia lakukan daripada apa yang dia lakukan. Ia dapat dilihat di (alam) ghaib dan syaitan juga melihatnya. Selepas beberapa ketika, dia juga tertidur untuk kali kedua. Dia melihat seseorang membangunkannya, menolaknya. Dia melihat dan syaiṭān sedang membangunkannya. "Bangun dan solat! Kamu akan terlepas solat Subuh", katanya. Sayyidina Bāyazīd al-Basṭāmī berkata, "Bagaimana kamu boleh melakukan ini? Kamu sepatutnya membuat saya tidur lebih lama." Syaiṭān berkata,
"Kali terakhir, saya membuat kamu tertidur. Kamu mendapat seribu kali ganda pahala. Jadi bangunlah sekarang. Kami berjaya melakukannya sekali sahaja dan tidak boleh lagi." Maka jika seseorang itu lalai, sakit atau lebih dan tertinggal solat, Allah ﷻ Menulis kepadanya pahala dan thawab yang sama. Semoga Allah ﷻ Mengampuni kita semua. Semoga Allah ﷻ Meredhai anda juga, anda telah menunggu di sini.

Wa min Allāhit-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Allah ﷻ Mencintai Orang-orang Yang Memaafkan🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
03 Mei 2025/ 05 Dhul-Qa’dah 1446
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm,

“Allahumma innaka afuwun karīmun tuhibbul-afwa fa’fu anna”,
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, dan Engkau Menyukai Pengampunan, maka Ampunilah kami." Allah 'Azza wa-Jalla Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Ini adalah doa Nabi ﷺ memohon kepada Allah ﷻ untuk Mengampuni kita. Baginda ﷺ menasihatkan orang ramai untuk mengatakannya. Allah Menyukai orang yang memaafkan. Kerana Dia ﷻ sendiri Maha Pengampun. Oleh itu, jika manusia saling memaafkan antara satu sama lain di atas apa yang mereka telah lakukan secara sedar atau tidak, pahala mereka itu di sisi Allah ﷻ. Besar ganjaran bagi mereka.

Mengapa kita mengatakan ini? Kerana ada orang yang meninggal dunia, orang-orang yang selepasnya(warisnya) sudah tentu memohon ampun di pengebumian, dan mereka memaafkannya di sana. Kadang-kadang dengan orang yang jauh, walaupun berlaku perkara yang berbahaya, walaupun kecil atau besar, jika seseorang itu memaafkan mereka, Allah ﷻ akan Memberinya pahala. Dia ﷻ Memberikan pahala (kepada orang itu). Tetapi perkara kecil berlaku secara sedar atau tidak. Seseorang melakukan apa yang menjadi (sifat) manusianya. Allah ﷻ Maha Pengampun. Kita juga memaafkan. Jika kita mempunyai hak, kita memaafkan hak ini untuk orang. Mereka yang dekat memaafkan. Jika orang yang jauh mendengarnya juga, mereka yang memaafkan itu akan menjadi kebaikan yang besar di sisi Allah ﷻ. Allāh ‘Azza wa-Jalla akan Bergembira. Allah ﷻ Menghendaki (agar) hamba-hambaNya ﷻ tidak berdosa. Dia juga memberikan ganjaran yang besar kepada orang yang memaafkan.

Kami mengatakan ini kerana - sudah tentu, semoga Allah ﷻ Merahmati mereka. Ada orang baik yang tidak berapa pandai. Semasa di dunia ini, mereka tidak bijaksana. Mereka mungkin telah melakukan sesuatu secara sedar atau tidak sedar, dan menyinggung perasaan orang ramai. Adalah baik untuk memaafkan mereka. Semalam - semoga Allah ﷻ Merahmatinya. Mustafa Pala meninggal dunia dua tiga bulan lalu. Semoga Allah ﷻ Merahmatinya. Jadi anaknya datang dan memberitahu kami bahawa dia melihat ayahnya dalam mimpinya. Dia berada dalam keadaan baik, tetapi dia masih mahukan kemaafan daripada saudara-saudara. Dia adalah orang yang baik, semoga Allah ﷻ Memberkatinya, tetapi kadang-kadang dia sangat tidak bijaksana. Maka dia meminta ampun untuk itu. Dan kami berkata bahawa kami memaafkan di pihak kami. Selepas saya memaafkannya, semua saudara meminta kami memaafkannya bagi pihak mereka. Semoga Allah ﷻ Mengampuninya, dan semoga Dia ﷻ Mengampuni kita semua. Dan untuk kita juga, sebagaimana kita memaafkan, semoga orang lain juga memaafkan kita, inshā’Allah. Semoga kita semua diampunkan. Orang yang beriman tidak menyimpan dendam. Seorang mukmin mencintai apa yang dicintai Allah ﷻ, dan tidak menyukai apa yang tidak dicintaiNya. Allah ﷻ menyukai pengampunan, dan kami memaafkan. Semoga Allah ﷻ Mengampuni kita semua, inshā’Allah


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Menyerupai Contoh Teladan Para Awliyā'ullāh🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
06 Mei 2025/ 08 Dhu l-Qa’dah 1446
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ٦٢
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ يَتَّقُونَ ٦٣

(Qur’ān 10:62-63).
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman:
‘Alā inna Awliyā’Llahi lā kḥawfun ‘alayhim wa lā hum yaḥzanūn .62
‘Alladhīna āmanū wakānū yattaqūn. 63
"Ingatlah wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."
"(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa."
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Hamba-hamba yang dikasihi Allah ‘Azza wa-Jalla itu tidak takut dan tidak berdukacita. Kerana mereka takut kepada Allah ﷻ dan mereka taat kepada Allah ﷻ. Apabila itu berlaku, mereka tidak akan berasa takut atau bimbang. Kerana kita datang dari Allah ﷻ dan kepada Allah ﷻ (jua)kita kembali. Tempat kita datang jelas, tempat yang kita akan kembali pun jelas. Hati Awliyā’uLlah benar-benar puas. Oleh itu, mereka tidak mempunyai rasa takut, dan tidak ada kesedihan. Mereka berkata benar, menyuruh kepada yang ma'ruf dan menjauhi yang mungkar, mereka berusaha supaya manusia menjauhi kemungkaran.

Syukur kepada Allah ﷻ, beginilah Pir(Guru) kami, Syaikh kami, bapa kami Mawlānā Syaikh Naẓim. Beliau berjalan di Jalan ini selama lebih dari sembilan puluh tahun. Beliau sampai ke Hadirat Allah ﷻ dengan Jalan yang bersih itu. Ianya seperti semalam. Tahun-tahun berlalu dengan sekelip mata. Jika seseorang berfikir tentang itu, dia harus berfikir bahawa perkara yang dia lakukan di dunia tidak boleh sia-sia, dan dia harus bertindak (dengan) sepatutnya. '
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ
‘Laqad Kāna Lakum Fī Rasūli Llāhi ‘Uswatun Hasana’,
"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu" (Qur’ān 33:21).
Terdapat teladan yang sangat baik untuk anda dari kehidupan Nabi kita ﷺ dan dari dirinya (Baginda) sendiri ﷺ, Firman Allāh ‘Azza wa-Jalla.
Para ṣaḥābah, mashāyikh dan Awliyā’ yang mengikuti Jalannya (Baginda) ﷺ, juga sama di Jalan ini dan (mereka juga) menjadi contoh tauladan.

Untuk menjadi orang yang baik, anda perlu menyerupai mereka. Semakin kita menyerupai mereka, (maka kita menjadi) semakin baik, kita menjadi semakin cantik. Semakin kita tidak mahu menyerupai mereka, (maka akan menjadi) semakin pelik seseorang itu. Bukan sedikit, tetapi sangat pelik. Kerana dia akan mencederakan dirinya sendiri dan melakukan kejahatan. Semoga Allah ﷻ Mengangkat(meninggikan) maqam Mawlānā inshā’Allāh.
“Seseorang akan dipanggil bersama orang yang dicintainya,” kata Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Kami mencintai mereka. Insha'Allah, ada perpisahan yang pendek di dunia ini, maka selepasnya kita akan bersama selama-lamanya, inshā’Allāh.

Wa min Allāhi tTawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Mawlana Sentiasa Bersama Kita🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
07 Mei 2025/ 09 Zulkaedah 1446
Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Syukur kepada Allah ﷻ, kita berkumpul di sini lagi kerana Allah ﷻ. Kita berkumpul di sini untuk meneruskan perjalanan itu bersama hamba-hamba yang dikasihi Allah ﷻ. Kita selalu berkumpul, tetapi perhimpunan kita pada hari ini adalah untuk ulang tahun kewafatan awliyā’uLlah Mawlānā Shaykh Nāẓim. Beliau telah wafat, tetapi syukr kepada Allah ﷻ, beliau tidak meninggalkan kita. Beliau juga tidak meninggalkan kita secara zahir. Beliau memberikan madadnya kepada semua murid-murīdnya. Beliau memberi mereka kekuatan, kuasa rohani.

Kadang-kadang ramai murīd-murid bertanya bagaimana untuk membuat Rābita, bagaimana untuk mendengar suara dalam Rābita. Rabita adalah cinta anda kepada Nabi kita ﷺ dan kepada mashāyikh. Untuk mencintai mereka adalah Rābita kita. Rābita bukan "Patutkah saya buat ini? Patutkah saya tidak buat begitu?" Itu juga bagus, tetapi tidak perlu memberi arahan untuk Rābita, "Anak lelaki/anak perempuan saya, lakukan ini, lakukan itu." Sesiapa yang mahukan perkara sedemikian tidak tahu prinsip dan etika. Apabila anda memasuki ṭarīqah, anda menyerah. Anda berserah kepada mursyid anda. Jika anda telah menemui seorang mursyid yang sebenar, hendaklah anda bersyukur kepada Allah ﷻ bukan seribu kali, tetapi sejuta kali. Apabila anda menyerah, anda telah mencapai keselamatan. Tetapi semoga Allah ﷻ Melindungi kita, jika anda terjebak dengan mereka yang mendakwa mereka mursyid untuk tujuan lain, semoga Allah ﷻ Membantu anda. Kerana (mereka) mengikuti ego mereka. Dan kerana Jalan itu adalah untuk ego mereka, ia tidak memberi manfaat. Tetapi jika anda menempuh Jalan seorang mursyid, maka syukur kepada Allah ﷻ. Hidup ini berlalu begitu sahaja. Kemudian, ia tidak akan dibazirkan dengan sia-sia. Ia akan dipenuhi dengan thawab (pahala), barakah dan keindahan.

Jika anda akan bersiar-siar dengan sia-sia, "Apa yang perlu kita lakukan hari ini? Di mana kita harus berseronok hari ini? Bagaimana kita harus membuat wang? Bagaimana kita boleh mabuk? Bagaimana kita boleh menarik perhatian orang lain untuk menyukai kita?" Ini adalah kerja kosong. Terdapat pepatah yang bagus dari orang Turki, "kerja kosong." Itu kerja kosong. Hidup untuk dunia, untuk kepentingan anda sendiri, untuk ego anda adalah kerja kosong. Jika (anda) kehendaki kehidupan anda (untuk) penuh, anda mestilah pergi ke Jalan Allāh ‘Azza wa-Jalla, Jalan mashāyikh, dan menyerah diri. Jangan fikir ianya (itu)kosong. Ianya dipenuhi dengan Izin Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Seperti yang kami katakan, apa yang kosong adalah mereka yang berfikir, "Berapa banyak yang akan saya perolehi dari dunia?" Hidup mereka berlalu dengan sia-sia dan tidak bermakna. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita, selain dari sia-sia, ianya penuh dengan kejahatan, penuh dengan dosa-dosa. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Oleh itu, meminta himmah dan pertolongan daripada mashāyikh adalah berfaedah. Berada di Jalan itu bersama mereka adalah perlindungan untuk anda. Ianya memberi nilai kepada hidup anda. Hidup anda menjadi bermanfaat. "Lelaki ini hidup seperti rumput. Dia pergi dari rumahnya ke pekerjaannya, dan dari pekerjaannya ke rumahnya. Dia tidak meminjam wang. Dia tidak mengadu tentang kerajaan. Dia tidak marah pada ini atau itu." Dia tidak hidup seperti rumput (yang berbahaya). Mereka yang hidup seperti rumput, (yang) hidup seperti rumput beracun adalah yang selain (dari mereka itu).
Mereka-mereka yang menganggap (diri) mereka (adalah) sesuatu dan marah kepada semua orang. Mereka yang mengharapkan manfaat daripada semua orang. Mereka yang melakukan segala macam kekotoran dan segala macam yang ḥaram untuk memuaskan ego (mereka) sendiri adalah mereka yang hidup sia-sia.
Kita mestilah seperti rumput (yang baik). Rumput adalah baik. Mereka (yang selain itu) adalah (umpama) rumput (beracuna yang berbahaya), dan rumput yang tidak berbahaya. Semua orang tahu maksud rumput. Milik kita, inshā’Allāh, dari cahaya dan imān. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hamba yang diCintai Allah ﷻ. Semoga kita tidak menjadi seperti rumput yang mereka makan, tetapi menjadi seperti rumput yang bermanfaat, inshā’Allah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Syaiṭān telah pun mengambil alih dunia dengan tangannya. Dia tidak mahu meninggalkan sesiapa (pun). Mereka yang diselamatkan itu berpaut pada tali di Jalan ini. Mereka yang berpegang teguh kepada Allah ﷻ adalah mereka yang diselamatkan. Orang lain fikir mereka telah diselamatkan atau telah menang tetapi tidak ada perkara seperti itu. Oleh itu, bersama (mengikuti) mashāyikh, mengikuti mereka adalah keuntungan terbesar bagi seseorang. Tidak berada dalam Jalan (Mashaikh) adalah bahaya besar (bagi seseorang). Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Setiap detik, setiap saat syaiṭān mungkin menggelincirkan kaki anda dan anda akan jatuh ke dalam perangkapnya. Semoga Allah ﷻ Melindungi anda.

Semoga himmah Syaikh kita bersama kita. Syukur kepada Allah ﷻ, seperti yang kami katakan, sudah sebelas tahun sejak Syeikh kita meninggal dunia. Tetapi setiap minit kita berada di bawah pandangannya, kita berada di bawah himmahnya. Mereka yang meminta himmahnya, pasti dia akan menolongnya. Dia tidak meninggalkannya. Ada orang yang tidak beriman dan ada golongan yang tidak percaya kepada awliyā’, karamāt dan mukjizat. Dan mereka mengaku mereka Islam. Tetapi syarat menjadi seorang Muslim ialah percaya kepada mukjizat Nabi kita ﷺ, percaya kepada karamat para awliyā’, itu juga merupakan salah satu syarat asas bagi akidah umat Islam.

Oleh itu, syukur kepada Allah ﷻ, anda berada di sini. Kepada yang datang, semoga Allah ﷻ meridhai anda. Ramai yang belum datang. Hati mereka bersama kita. Mawlānā Syaikh Nāẓim sampai kepada mereka semuanya dengan Izin Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Meredhaimu. Semoga Allah ﷻ Mengubah keadaan dunia ini, dan mengutus Sahib. Sebagaimana Mawlānā Syaikh Nāẓim berkata bahawa Mahdi ‘alayhi s-salam akan muncul, inshā’Allāh. Di mana sahaja anda melihat, dunyā berada di tangan syaitan. Seratus peratus di tangan syaitan. Untuk menyingkirkan itu syaitan hanyalah melalui Mahdi ‘alayhi s-salam. Ianya tidak boleh dengan cara lain; tidak kira apa yang mereka katakan.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Yang Terbaik Di Kalangan Manusia🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
16 Mei 2025/ 18 Zulkaedah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ
(Qur’ān 49:13).
‘Yā ‘Ayyuhān-Nāsu ‘Innā Khalaqnākum Min Dhakarin Wa ‘Untha Wa Ja’alnākum Shu’ūbāan Wa Qabā’ila Lita’ārafū Inna ‘Akramakum Inda Allāhi ‘Atqākum’,
"Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa." ṢadaqaLlāhul-‘Aẓīm.

Allāh ‘Azza wa-Jalla Menciptakan manusia dalam pelbagai jenis; ada yang hitam, ada yang putih, ada yang kuning dan ada yang merah. Perangai mereka juga berbeza, Firman Allāh ‘Azza wa-Jalla. Ia adalah dengan Kebijaksanaan Allah ﷻ. Dia ﷻ melakukan apa yang Dia ﷻ Kehendaki. Dia ﷻ Mengetahui Hikmah KebijaksanaanNya ﷻ sendiri.

Orang-orang bertanya kepada diri sendiri siapa yang terbaik di antara mereka. Yang terbaik adalah yang terbaik di sisi Allah ﷻ. Orang yang dianggap baik di antara mereka ialah orang yang mereka inginkan faedah dan manfaat. Tetapi di sisi Allah ﷻ ia adalah orang-orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud menjauhi kejahatan, melakukan kebaikan, menjadi orang yang baik. Itulah orang yang paling baik di sisi Allah ﷻ. Orang yang baik di sisi Allah ﷻ juga baik di kalangan manusia.

Tetapi apabila dia buruk di sisi Allah ﷻ, dia boleh mempunyai seberapa ramai orang di sekelilingnya sesuka hatinya, atau orang yang mengaku mencintainya, tidak ada faedahnya. Kerana cinta sebegitu adalah cinta untuk manfaat. Cinta kerana Allah ﷻ adalah berbeza, dan cinta kerana (mengharapkan sesuatu) manfaat adalah berbeza. Akhirnya dalam cinta (yang) kerana manfaat (itu), apabila minat (kepada manfaat) itu telah hilang, tiada cinta yang kekal (lagi), tiada rasa hormat (lagi), tiada kesetiaan yang tinggal (lagi), tiada apa-apa yang tinggal. Orang-orang yang berada di Jalan Allah ﷻ, orang-orang yang dicintai Allah ﷻ, sesungguhnya kebaikan itu ada pada mereka. Tiada kejahatan datang dari mereka.

Mereka yang jahat ialah mereka yang tidak berada di Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla. Mereka bekerja dan berusaha untuk ego mereka. Mereka melakukan segala-galanya untuk memuaskan ego mereka. Mereka adalah orang yang tidak berguna. Ukuran di sini adalah (betapa seseorang itu) takut kepada Allah ‘Azza wa-Jalla, Mengingati Allah ﷻ. Orang yang berhati-hati itu tidak melakukan apa-apa kejahatan. Seseorang yang tidak takut kepada Allah ﷻ boleh melakukan semua jenis kejahatan.
Oleh itu, semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Kita mestilah menjadi orang yang diCintai di sisi Allah ﷻ. Orang yang disayangi antara orang-orang lain itu tidak berguna. Dia akan meninggalkan anda dalam satu minit, meninggalkan anda atau membahayakan anda. Dia boleh melakukannya pada bila-bila masa (jika) ianya memberi manfaat kepadanya. Seseorang yang berada di Jalan Allah ﷻ tidak pernah menginginkan keburukan dan tidak pernah melakukan kejahatan. Kerana dia mempunyai imān. Allah ﷻ bersamaku. Allah ﷻ Melihatku. Allah ﷻ Mengetahui apa yang kita lakukan. Ini adalah imān. Apabila tiada iman, semoga Allah ﷻ Melindungi kamu. Semoga Allah ﷻ Melindungi kamu dari kejahatan mereka, inshā’Allāh. Dunia dipenuhi dengan orang-orang seperti itu. Kepentingan duniawi telah merangkumi di mana-mana pun. Semoga Allah ﷻ Memperbaiki mereka. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.

Terdapat bacaan Khatam Al-Quran, Surah-surah, Tasbīhat dari seluruh dunia. Kita hadiahkan kesemua itu pertama-tamanya kepada Nabi kita ﷺ, Ahlul-Bayt ﷺ dan para ṣaḥābah Baginda ﷺ, roh semua Anbiya, Awliya, Asfiya. Kepada roh semua Mu’min dan Mu’minah, Muslimin dan Muslimāt. Kepada roh semua orang-orang silam (nenek moyang) yang mendahului kita. Semoga apa jua matlamat yang dizikirkan telah tercapai. Untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Untuk kekuatan imān.

Li-Llahi Ta’āla, Al-Fatiha.
🌹Rantaian Dunia Dan Akhirat🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
17 Mei 2025/ 19 Zulkaedah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

إِذِ ٱلْأَغْلَـٰلُ فِىٓ أَعْنَـٰقِهِمْ وَٱلسَّلَـٰسِلُ يُسْحَبُونَ ٧١

(Qur’ān 40:71).
‘Idhi Al-'Aghlālu Fī 'A`nāqihim WaAs-Salāsilu Yusĥabūn’,
'ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, seraya mereka diseret,'
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah ﷻ Berfirman bahawa mereka akan diseret ke dalam api dengan rantai besi di leher mereka. Siapakah mereka? Mereka yang akan masuk neraka. Mereka adalah orang-orang yang dibelenggu di leher dan kait yang diperbuat daripada rantai besi. Ini adalah dosa-dosa. Dosa-dosa dililit di leher seseorang. Ianya memegang lehernya. Ia menahannya sedikit demi sedikit. Jika dia tidak bertaubat, semoga Allah ﷻ Melindunginya, akhirnya menjadi rantai besar dan menjadi sebenar dan nyata pada hari kiamat. Kamu akan melihat pada hari kiamat, sebagaimana beberapa orang mengikat binatang atau anjingnya dengan tali. Ia adalah sama, tetapi kali ini dengan rantai besi.

Mengapa? Ianya adalah mudah untuk menyingkirkannya. Jika dia bertaubat dan memohon ampun semasa dia hidup (didunia ini), Allah ﷻ akan Menghilangkan benda-benda kecil di lehernya. Jika dia melakukan sesuatu yang lain lagi, ianya adalah sama. Jika dia mengemis kepada Allah ﷻ dan memohon ampun, Dia ﷻ akan Menghapuskannya (dosa-dosa itu). Jadi ia berada di tangan anda. Untuk diselamatkan daripada kolar itu adalah di tangan anda. Allāh ‘Azza wa-Jalla Menyukai pengampunan. Dia ﷻ Mengampuni orang yang meminta ampun.

Oleh itu, jangan katakan ia bukan apa-apa kerana ianya kecil. Kami bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa-dosa kami, dan Allah ‘Azza wa-Jalla Mengampuni dosa-dosa hari itu dengan AmpunanNya ﷻ. Jika anda berterusan dan mengingkari untuk mengetahui (akannya) atau melakukan sesuatu mengikut fikiran anda sendiri, maka semoga Allah ﷻ Melindungi anda, anda akan mengalami azab selama-lamanya di ākhirat. Ia tidak mudah.

Orang ramai terkeliru tentang apa yang perlu dilakukan untuk masalah kecil di dunia. Tetapi kenapa? Kerana mereka telah melupakan Allah ‘Azza wa-Jalla. Kerana supaya mereka dapat menyingkirkan masalah itu, mereka meletakkan kolar di leher mereka dengan cara lain yang lebih teruk. Terdapat kolar di dunia juga. Sebahagian daripada kesemua itu sukar untuk disingkirkan. Sebagai contoh, ianya menjadi kebiasaan. Tabiat itu membahayakan tubuh anda. Ianya juga memudaratkan anda dari segi kewangan dan memudaratkan keluarga dan kehidupan anda. Sukar untuk meninggalkannya.

Itulah sebabnya, anda mesti menjauhi tali (dosa-dosa yang menjerat) sebelum anda meletakkannya di leher anda. Semasa anda berkata,
"Mari cuba sekali. Tidak mengapa. Sekali lagi, sekali lagi," tali itu (makin) dililit dengan ketat di leher anda. Anda tidak mampu menyingkirkannya. Segala macam dosa dan tabiat yang berterusan. Terdapat beberapa tabiat buruk untuk badan yang ramai orang tidak dapat menyingkirkan. Ada yang ringan, ada yang berat. Tidak ada yang baik, sudah tentu. Tali adalah tali. Oleh itu, anda mesti menjauhi dosa-dosa sejauh mungkin. Dosa bukanlah perkara yang baik. Mereka adalah perkara yang buruk. Maka Allah ‘Azza waJalla Mengampuni. Tetapi kita tidak boleh meletakkan tali (dosa-dosa itu) di leher kita supaya kita tidak menderita, inshā’Allāh. Semoga Allah ﷻ melindungi kita.


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Destinasi Kawanan Itu Adalah Neraka🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 Mei 2025/ 20 Zulkaedah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Allāh ‘Azza wa-Jalla menerangkan di dalam Al-Qur’ān ‘Aẓīmu sh-Sha’n keadaan ahli Neraka. Mereka yang mengikuti orang-orang jahat di dunia akhirnya (mereka) akan bertemu di neraka. Itulah destinasi mereka. Orang-orang jahat yang menentang Allāh ‘Azza wa-Jalla pasti akan masuk neraka. Apabila mereka masuk neraka, orang-orang yang mengikuti mereka, orang-orang yang menentang Allāh ‘Azza wa-Jalla, mereka yang memusuhi Allah ﷻ, akan bersama-sama dengan mereka di neraka. Kemudian, mereka akan melihat mereka di sana. "Mereka telah menyesatkan kami. Mereka menunjukkan jalan kepada kami. Seperti yang telah mereka lakukan kepada kami, biarlah mereka digandakan hukuman. Mereka menunjukkan kepada kami kejahatan dan (mereka) menunjukkan (kejahatan) itu kepada kami sebagai jalan yang baik. Dan kami mengikuti mereka. Akhirnya, perhentian terakhir kami adalah neraka," kata mereka. Neraka tidak mudah, dan penyesalan tidak berguna. Mereka mendapat dua kali ganda hukuman.

هَـٰٓؤُلَآءِ أَضَلُّونَا
“Ha’ulāi adallūna”, (Qur’ān 07:38).
'Mereka telah menyesatkan kami.'
"Merekalah yang membawa kita kepada kesesatan. Biarlah azab mereka berlipat ganda", kata mereka. Dan mereka berkata kepada mereka, "Kamu telah mengikuti kami. Ini salah kamu bukan kami." Di dunia, anda mengejar orang dan memberitahu mereka untuk menunjukkan jalan kepada anda. Mereka berkata, "Kami faham. Kami adalah (orang-orang) yang maju. Kami tahu segala-galanya. Jangan ikut Jalan Allah ﷻ. Tidak ada sesuatu yang demikian. Bagaimana fikiran kamu berfungsi!"
Mereka menipu mereka yang lain dengan memberitahu mereka sebegitu dan akhirnya perhentian terakhir mereka akan berada di dalam neraka. (Pada ketika itulah) mereka marah antara satu sama lain dan menyumpah sesama sendiri. Tetapi sama ada mereka menyumpah sesama sendiri atau tidak, itu tidak penting.

Anda mesti menempuh Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla di dunia. Anda mesti mengikuti Jalan yang telah Allah ﷻ telah Berfirman. Walaupun ibu dan ayah anda memberitahu anda untuk tidak meneruskan Jalan ini, anda tidak boleh berkata-kata dengan mereka dengan perkataan yang tidak baik. Anda hendaklah memperlakukan mereka dengan kebaikan, tetapi anda tidak boleh meninggalkan Jalan Allah ﷻ. Sesiapa pun dia, apa pun dia, jangan tinggalkan Jalan Allah ﷻ. Allāh ‘Azza wa-Jalla adalah Pemilik segala sesuatu. Mereka yang bersamaNya ﷻ akan diselamatkan. Mereka yang tidak bersamaNya ﷻ, mereka yang memusuhiNya ﷻ akan binasa. Yang kesudahannya itu adalah kebinasaan akan menjadi sia-sia.

Oleh itu, anda mestilah berhati-hati. Ianya berbahaya apabila anda mengikuti kawanan itu. Kawanan itu boleh membawa anda ke tempat yang buruk. Itulah sebabnya, berhati-hatilah. Jangan tertipu oleh segala-galanya atau setiap orang. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, terdapat banyak penipu dan pembohong. Dia menunjukkan kepada anda hitam sebagai putih. Dia boleh menunjukkan kepada anda putih sebagai hitam. Dia menunjukkan kepada anda baik sebagai buruk, dan buruk sebagai baik. Oleh itu, Haqq (kebenaran) berada di sisi Allah ‘Azza wa-Jalla. Mereka yang di luarnya, mereka yang menentangnya tidak akan mendapat manfaat. Mereka itu tidak berguna. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Dia ﷻ tidak Memisahkan umat dan masyarakat kita dari Jalan yang lurus, insha'Allah.


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.