SufiHub (Bahasa)
159 subscribers
542 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌹Perayaan/Hari Kebesaran Di Dalam Islam Adalah Berdasarkan Kalendar Hijrah🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
20 April 2025/ 22 Shawwal 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Semoga Allah ‘Azza wa-Jalla Memberkati keseluruhan hari-hari kita. Beberapa hari-hari itu adalah hari yang diberkati. Hari-hari yang suci ini adalah berdasarkan Kalendar Hijrah. (Kalendar) Gregorian (pula) adalah untuk tarikh (yang digunakan pada kehidupan seharian kita). Ianya tidak bernilai pada perkara yang lain-lain.

Terdapat beberapa perkara yang mengelirukan orang ramai. Mereka membuat orang-orang menghargai beberapa perkara yang tidak perlu. Hari ini 20 April. Ianya adalah hari kelahiran Nabi kita ﷺ mengikut kalendar Gregorian. Tetapi hari ini bukanlah Mawlid. Bulan Mawlid itu berbeza. Bulan Maulid adalah pada Rabi’ul-Awwal. Rabi’ul Awwal tidak datang pada waktu yang sama (dengan kalendar Gregorian ini). Ianya sentiasa berubah-ubah mengikut kalendar Gregorian pada tahun itu. Oleh itu, hari yang diberkati itu bukanlah pada hari ini. Hari ini adalah masa (yang diguna pakai) sebagai tarikh. Mereka pernah mengatakan ini dari segi tarikh Gregorian untuk melemahkan īmān umat Islam. "Ini adalah minggu kelahiran (Baginda ﷺ). Ini Hari jadinya."

Mawlānā Shaykh Nāẓim tidak pernah menerima akan ini. Tidak ada hari keagamaan dari segi kalendar Gregorian. Kesemuanya itu, agama Islam kita adalah dengan mengikuti kalendar Hijrah, mengikut Bulan; bukan tahun suria tetapi tahun lunar (bulan). Tanda Islam ialah hilal, bulan. Sesuai dengan itu, hendaklah kita wajib melaksanakan ibadah kita. Etika dan prinsip-prinsip Islam adalah mengikut kalendar Hijrah. Hal yang sama berlaku untuk Haji, Ramadhan dan hari-hari suci (yang lain).

Inilah yang diamalkan di dalam Islam. Tetapi (dengan niat) untuk mengubah Islam, (terdapat) beberapa orang-orang yang berniat jahat mempunyai kumpulan (tersendiri) yang berpuasa Ramadhan pada musim sejuk. Saya fikir masyarakat tidak pernah mendengar tentang (kumpulan-kumpulan seperti) itu. Mereka mempunyai sesuatu seperti itu. Mereka (dengan) biasanya menjadikan hari-hari pada bulan April ini sebagai minggu kelahiran Nabi kita ﷺ. Syukur kepada Allah ﷻ, mereka tidak ada faedah; mereka tidak mempunyai apa-apa selain kemudaratan.

Oleh itu, kita mestilah berhati-hati tentang hari-hari, (dan) masa-masa. Umat ​​Islam mestilah melakukan apa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ. Mereka mestilah mengatakan apa yang Baginda ﷺ telah sabdakan. Dan mereka mestilah tolak apa sahaja yang Baginda ﷺ telah katakan untuk tolak (sesuatu) itu. Apa yang mereka mesti terima adalah Jalan Baginda ﷺ. Jalan Baginda ﷺ adalah Jalan (yang penuh) cahaya. Jalan Baginda ﷺ adalah Jalan yang ḥaqq (jalan yang benar). Sesiapa pergi ke jalan-jalan yang lain akan sesat. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Jalan (Baginda itu) ialah ṭarīqah. Ṭarīqahlah yang memelihara Jalan itu. Terdapat (juga) projek-projek yang lain. Selepas zaman Nabi kita ﷺ dan bahkan pada zamannya Baginda ﷺ, terdapat nabi-nabi palsu. Mereka telah pergi, dan ada orang lain yang datang selepas mereka. Sehingga hari kiamat, syaitan tidak akan berdiam diri. Mereka datang dengan perkara mengikuti fikiran mereka sendiri. Mereka mengelirukan manusia dan memusnahkan iman mereka.

Oleh kerana itu, Jalan ṭarīqah adalah Jalan yang kukuh. Hendaklah kita seharusnya mengikutinya. Seseorang yang di dalam ṭarīqah tidak akan pergi ke Jalan lain. Dia berjalan di jalan yang benar, secara istiqāmah, di Jalan Nabi kita ﷺ dengan Izin Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita tabah. Semoga Dia ﷻ tidak membiarkan kita terkeliru inshā’Allah. Orang ramai telah terkeliru.
Mereka mengenali yang buruk sebagai yang baik, dan yang baik sebagai yang buruk. Mereka ketahui yang salah itu sebagai betul, dan yang betul itu sebagai yang salah. Terdapat banyak perkara yang mengelirukan orang ramai. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Dia ﷻ tidak memisahkan umat Islam dari Jalan yang benar, inshā’Allāh.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Pelajari Ilmu Dan Kawal Kemarahan🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
21 April 2025/ 23 Shawwal 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda,

"Ilmu itu hanya dengan mempelajari, dan sabar itu hanya dengan berusaha untuk bersabar."

Bagaimanakah ilmu dipelajari? Ianya hanya dengan belajar. Para Pelajar itu belajar secara beransur-ansur. Ilmu tidak dipelajari sekaligus. Seseorang itu tidak boleh melakukan kesemuanya sekaligus. Anda tidak boleh menjadi seorang ulama sekaligus. Anda tidak boleh menjadi seorang yang berpengetahuan sekaligus. Seseorang itu belajar perlahan-lahan; satu hari, dua hari, lima hari, sepuluh hari. Sebanyak mana pun, ilmu tidak ada kesudahannya. Tidak kira berapa banyak anda belajar, masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Tiada penghujung bagi ilmu.

Untuk menjadi Halīm, tabah. Halīm bermaksud menahan kemarahan anda, mengawal kemarahan anda. Bagaimana ianya berlaku? Itu juga berlaku secara beransur-ansur. Setiap kali anda marah,
"Saya mesti menghilangkan kemarahan ini. Kita akan menjadi lebih baik esok. Kita akan menjadi lebih baik pada hari berikutnya."
Seseorang mesti berbuat demikian. Sekarang mereka datang dan memberitahu kami,
"Kami sangat marah. Bagaimana kami boleh menghilangkannya?" Manusia bukanlah seperti bekas cat. Anda memasukkannya kemudian mengeluarkannya dan ia akan menamatkan kemarahan anda. Ia tidak akan boleh berlaku seperti itu. Perlahan-lahan, perlahan-lahan. Setiap kali anda marah, kawal kemarahan anda, anda hilangkan kemarahan itu. Anda menahan diri daripadanya. Anda mengawal diri anda. Kerana mereka mengatakan bahawa mereka yang bangkit (dari tempat duduknya) dengan kemarahan itu akan duduk (kembali) dengan mudarat. Ia betul-betul seperti itu. Sedikit demi sedikit, seseorang itu dapat mengawal kemarahannya. Sudah tentu, ia juga berlaku dengan seseorang yang berdoa untuk anda. Doa juga berlaku secara beransur-ansur; ia tidak berlaku serentak. Jika dia berdo'a, itu akan terjadi, inshā'Allāh.

Tetapi perkara yang paling penting adalah untuk melakukan dengan usaha sendiri: kedua-duanya untuk belajar lebih banyak dari segi pengetahuan, untuk belajar lebih banyak setiap hari; dan untuk mengawal kemarahan anda. Itu pun hari demi hari, hari demi hari. Dia boleh mengawal dirinya kemudian, inshā’Allāh. Kerana perkara yang paling besar sekarang -
ianya telah menjadi seperti itu setiap masa, tetapi sekarang ianya lebih teruk. Sekarang mereka telah memberi anda perkara sedemikian yang (membuatkan) anda semakin marah, (dengan mengatakan ianya) lebih baik untuk anda. Ini adalah arahan syaitan; tiada yang lain. "Bergaduh dengan semua orang. Bergaduh dengan ibu kamu, dengan ayah kamu, dengan adik beradik kamu, dengan isteri kamu, dengan suami kamu. Bergaduh dengan semua orang. Jangan diam. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku jika kamu berdiam diri."
Tidak, anda mestilah diam. Jika anda tidak berdiam diri, anda akan dipukul, atau perkara yang lebih buruk boleh berlaku. Semoga Allah ﷻ melindungi anda.

Itulah sebabnya, marah itu tidak baik. Itu adalah kehendak Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Seorang sahabat datang dan berkata, “Beritahu saya sesuatu.” Baginda ﷺ bersabda, “La taghdab,” jangan marah. Kemudian, Baginda ﷺ bersabda lagi, “La taghdab.” Nabi kita ﷺ berkata lagi, jangan marah. Sahabat itu berkata, “Seandainya saya bertanya sampai pagi, saya tahu bahawa Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam akan mengatakan perkara yang sama.” Jadi selepas mengucapkannya untuk kali kelima, sahabat itu tidak berkata apa-apa lagi. Jadi ini untuk seluruh ummah.
Marah itu bukanlah perkara yang baik, ianya tidak berguna. Lebih-lebih lagi jika anda marah tentang perkara yang tidak perlu, ianya akan memakan anda secara percuma. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Sesiapa Yang Mengikuti Jalan Allah Itulah Yang Paling Tinggi🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
22 April 2025/ 24 Shawwal 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llahir-Rahmanir-Rahim:

۞ وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِىٓ ءَادَمَ

‘Wa Laqad Karramnā Banī ‘Ādam’, ‘
'Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak cucu Adam.’ (Qur’ān 17:70).
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, Dia ﷻ Memberikan darjat tertinggi kepada manusia. Orang-orang yang bertaqwa itu berada di kedudukan yang paling tinggi di antara sekalian makhluk di sisi Allah ﷻ.

Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Menciptakan makhluk-makhluk (dengan sangat banyak) yang tidak terhitung jumlahnya. Seperti yang kita tahu, ada malaikat, ada jin dan ada manusia. Jika manusia berada di Jalan Allāh ‘Azza wa-Jalla, mereka akan sentiasa menjadi yang tertinggi di antara kesemua mereka. Mereka akan menjadi lebih tinggi daripada malaikat. Ketika Nabi kita ﷺ melakukan Mi’rāj, Sayyidina Jibrīl ‘alayhi s-salām sampai ke satu titik tertentu. Dari sana, ianya hanya untuk Nabi kita ﷺ. Kerana darjatnya Baginda ﷺ itu lebih tinggi daripada kesemua makhluk.

Oleh itu, orang yang melalui Jalan itu, darjatnya akan menjadi lebih tinggi daripada mereka kesemuanya. Tetapi apabila seseorang itu tidak mengikut Jalan itu, darjatnya akan berada pada darjat yang paling rendah. Dia akan berada pada pangkat yang paling rendah. Dengan melalui Jalan itu, dengan Jalan yang benar, seseorang itu dianugerahkan hadiah; orang yang berjalan di Jalan yang benar. Barangsiapa yang tidak menempuh Jalan yang benar maka dia menjadi orang yang paling hina, paling hina dari (sekalian) makhluk dan (dia akan termasuk) orang yang tidak dicintai di sisi Allah ﷻ. Allah ‘Azza wa-Jalla tidak Mencintainya. Dia ﷻ tidak akan Mencintai orang-orang kafir. Dia ﷻ tidak Menyukai orang-orang musyrik. Dia ﷻ tidak Menyukai orang yang menyakiti manusia.

Semakin tinggi darjat seseorang itu, semakin dia diCintai di sisi Allah ﷻ. Orang yang diCintai mempunyai manfaat yang besar. Dia mempunyai kebahagiaan dan manfaat yang kekal. Yang selain itu mempunyai [penderitaan] yang kekal. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Ada yang mendapainya selama-lamanya. Ada yang sedikit kemudian disucikan setelah ditimpa azab (akibat) perbuatan, dosa atau keburukan yang mereka telah lakukan. Kemudian, mereka mempunyai lebih banyak pangkat. Tetapi orang yang tidak mengenali sama sekali, maka celakalah dia. Dia akan kekal dalam kesengsaraan. Dia akan sengsara dan berada di neraka selama-lamanya. Sesiapa yang tidak berpegang pada Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla akan mendapat kesudahan yang buruk.

Now, there are many who deceive people. Many people say, “It is like this. No, like that. What is īmān? What is Islām? There is nothing like that.” They deceive people and people are deceived too. And when they are deceived, they will have their punishment. Allāh ‘Azza wa-Jalla has given us mind. A person who uses his mind will definitely see the truth. A person who does not use it will then suffer the punishment. May Allāh ﷻ protect us. May Allāh ﷻ give people īmān. May He ﷻ protect our īmān, in shā’a Llāh.

Sekarang ini sudah dah ramai yang menipu orang-orang. Ramai orang berkata, "Ini seperti ini. Tidak, seperti itu. Apa itu īmān? Apa itu Islām? Tidak ada yang seperti itu." Mereka menipu orang ramai dan orang ramai juga telah tertipu. Dan apabila mereka tertipu, mereka akan mendapat azab. Allah ‘Azza wa-Jalla telah Memberikan kita akal. Seseorang yang menggunakan fikirannya pasti akan melihat kebenaran.
Seseorang yang tidak menggunakannya kemudiannya akan menerima hukuman. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Memberi manusia iman. Semoga Dia ﷻ Melindungi iman kita, inshā’Allāh.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Jahiliyyah Baru🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
23 April 2025/ 24 Shawwal 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman dalam banyak tempat didalam Qur’ān ‘Aẓīmu sh-Sha’n, janganlah bersama dengan orang-orang jahil, jangan ikuti orang jahil. Di banyak tempat, Dia ﷻ telah Memberi Amaran kepada manusia, Dia ﷻ Memberi Amaran kepada orang-orang yang beriman. Kerana kejahilan adalah perkara yang buruk. Perkara yang paling buruk untuk diberikan kepada seseorang adalah kejahilan.

Pada zaman dahulu, mereka memanggil seseorang yang tidak boleh membaca dan menulis, (sebagai) jahil. Selepas itu, pada masa Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam telah datang, kejahilan itu ada di mana-mana di dunia. Ianya dipanggil "Jāhiliyyah al-ū'la". “Zaman Kejahilan yang Pertama,” sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Yang keduanya adalah sekarang. Zaman yang kita sedang lalui sekarang ini adalah zaman Jahiliyyah kedua. Yang kedua ini jauh lebih teruk daripada yang pertama. Pada (masa) yang pertama, mereka masih menerima beberapa perkara. Orang-orang sekarang tidak menerima apa-apa. Mereka tidak menerima kebenaran. Mereka memikirkan sesuatu mengikut fikiran mereka sendiri (dan) menganggap perkara itu (sebagai) betul. Dan mereka mengejar kesemua itu. (Kesemua) Itu yang tidak benar, (kesemua) itu yang tidak berguna. Ianya menjauhkan mereka daripada kebenaran. Itulah kejahilan. Kejahilan ialah membaca (sesuatu itu tetapi) tidak memahami (apa yang telah dibaca itu). Membaca (tetapi) tidak mendapat manfaat daripadanya. Mereka mengetahui semua ilmu tetapi mereka tidak mengetahui kebenaran. Mereka kesemua berada di luar (daripada apa yang sebenarnya yang benar itu).

Oleh itu, orang yang tidak menerima dan tidak mengetahui kebenaran adalah jahil. Dan apa yang dia pelajari tidak ada faedahnya. Orang yang belajar bertahun-tahun dan menganggap dirinya sesuatu, kejahilannya bertambah hari demi hari. Sehingga dia menemui kebenaran, maka dia akan diselamatkan dari kejahilan ini, dan dia akan menyelamatkan dirinya sendiri. Jika tidak, kejahilannya akan menyebabkan dia kekal di tempat yang paling buruk selama-lamanya.

Sebaliknya, pemikiran adalah penting. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam Bersabda, berfikir sejam lebih baik daripada beribadat selama tujuh puluh tahun. Kerana apabila seseorang itu melihat kebenaran, beriman dan mengikut Jalan yang benar, dia akan bahagia di dunia dan ākhirah juga dengannya. Jika tidak, ianya tidak berguna didalam dunia. Dan di ākhirat, ianya lebih teruk. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Sesungguhnya kita hidup di zaman jahiliyah. Ianya juga seperti penyakit kotor. Ianya merebak dari satu ke yang lain, dari satu ke yang lain. Ianya adalah (seperti) penyakit berjangkit. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Dia ﷻ Melindungi iman kita, inshā’Allah. Semoga kita tidak termasuk orang-orang yang jahil, insha’Allah.
فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلْجَـٰهِلِينَ ٣٥
“Falā Takūnanna Mina Al-Jāhilīn”,
"janganlah sekali-kali engkau termasuk orang-orang yang jahil"
(Qur’an 06:35).
Janganlah kamu (termasuk) dari (kalangan) orang-orang yang jahil dan jangan pula kamu bersama mereka. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Khalwah Separa Dalam Bulan Zulkaedah🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
28 April 2025/ 30 Shawwal 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm,

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًۭا فِى كِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۭ ۚ

‘Inna ‘Iddata Ash-Shuhūri ‘Inda Allāhi Athnā ‘Ashara Shahrāan Fī Kitābi Allāhi Yawma Khalaqas-Samāwāti Wal-Arda Minhā Arba’atun Hurum’,
"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia Menciptakan langit dan bumi, di antaranya adalah empat bulan haram (bulan yang suci-mulia)."
(Qur’ān 09:36). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Bulan-bulan haram (bulan yang suci-mulia) ialah empat bulan. Tiga daripada bulan-bulan haram ini dikhususkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla untuk orang-orang yang berhaji. Dan satu dipisahkan oleh Allah Azza wa Jalla.

Allāh ‘Azza wa-Jalla adalah Pencipta. Dia ﷻ Menciptakan bulan, bintang, hari, tahun dan sebagainya. Di antaranya ialah empat bulan ini, bulan-bulan haram (bulan yang suci-mulia). Bulan-bulan ini patut dihormati. Ada perkara-perkara yang perlu dilakukan dan perbuatan mungkar adalah dilarang, firmanNya ﷻ. Tidak boleh ada peperangan (didalam bulan-bulan ini). (Tetapi) Jika mereka (orang-orang yang beriman) diserang, (maka) dibolehkan untuk mempertahankan diri. Apabila perlu, ada prinsip yang lain. Kesemuanya ada prinsip-prinsip.

Esok, inshā’Allāh, mulai pada malam ini pada waktu Maghrib (akan) masuk bulan Dzul Qa’dah(Zulkaedah); bulan-bulan haji. Selepas itu, Dzulhijjah kemudian Muḥarram. Dalam tiga bulan ini, manusia biasanya pergi dan pulang dari haji. Untuk pergi dan kembali dengan selamat, Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Memerintahkan ini. Dan ianya pernah dilakukan pada zaman dahulu juga, sebelum Islam. Perkara-perkara ini kekal sejak zaman Ibrāhim ‘alayhis-salām. Orang-orang musyrik juga mengetahui tentang (bulan-bulan) ini. Mereka menghormati dan mengikuti (bulan-bulan itu). Namun begitu, mereka akan menukar bulan ini kepada bulan yang lain dengan mengikuti fikiran mereka sendiri kerana ianya sesuai dengan perniagaan mereka. Mereka akan meletakkan sebulan sebagai ganti bulan lain, dan melakukan apa yang mereka akan lakukan. Itu pun tidak dibenarkan. Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman didalam Al-Qur’an bahawa perbuatan itu tidak dibolehkan. Semuanya ada tempat dan masanya. Anda tidak boleh mengubahnya mengikut fikiran anda sendiri.

Untuk kita, Khalwah separa bermula dari malam ini pada waktu Maghrib hingga ke sepuluh Zulhijjah. Khalwah separa sahaja. Tiada kebenaran untuk mengasingkan diri selama 40 hari; tiada sesiapa dibenarkan melakukannya. Jika seseorang itu (hendak) melakukan (khalwah separa) pengasingan separa, dia boleh melakukannya (mulai) sekarang. Jika dia mahu (melakukannya) antara (waktu) Maghrib dan Isyak. Jika dia mahu (maka boleh juga lakukannya) antara (waktu) Asar dan Maghrib. Jika dia mahu (maka) sebelum (waktu) Subuh hingga Isyrak (juga dibolehkan). (Hendaklah seseorang itu) berniat untuk (khalwah) mengasingkan diri kerana Allah ﷻ (untuk mengingati Allah). Dia boleh melakukan (amalan) wirid-wiridnya, zikirnya, tasbihnya, membaca Al-Quran dan sebagainya. Itu akan menjadi kebaikan yang besar bagi seseorang itu.

Orang-orang ṭarīqah haruslah memasuki (khalwah) (mengasingkan diri untuk mengingati Allah). Sementara itu, dalam masa ini, tidak perlu (melakukan amalan khalwah) bagi masyarakat. Kerana keadaan dunia kini yang sangat dahsyat. Ego orang-orang tidak akan dapat menangani (khalwah) pengasingan itu.
Pada masa ini, adalah lebih baik untuk melakukan (amal kebajikan) tanpa (berada didalam khalwah) (bagi orang ramai). Tetapi dengan melakukan niat untuk (khalwah)mengasingkan diri, pengasingan separa/khalwah separa ini menggantikan pengasingan rasmi untuk para murīd. Oleh itu, ianya adalah sehingga sepuluh Zulhijjah, 40 hari berturut-turut. Dan bagi mereka yang tidak dapat melakukannya sekarang, mereka boleh melakukannya dari Rejab hingga sepuluh Sya'ban. Jadi jangka masa kita (melakukan) khalwah/pengasingan adalah dua kali setahun. Selain daripada itu, seseorang itu adalah bebas.

Semoga Allah ﷻ Menerimanya. Semoga hari-hari dan bulan-bulan kita diberkati, inshā’Allāh. Semoga kehidupan, tahun-tahun dan bulan-bulan kita bermanfaat dan membawa kebaikan. Itu yang penting. Hidup anda berlalu. Ianya tidak menunggu anda. Ianya tidak berhenti. Sebab itu, kita mesti mendapatkan manfaat. Semampu yang boleh kita lakukan, inshā’Allāh, semoga Allah ﷻ Menerimanya. Semoga Allah ﷻ Redha.


Wa min Allāhit-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Perangkap Ego dan Syaitan Dalam Ibadah🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
26 April 2025/ 28 Shawwal 1446
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm,

وَخُلِقَ ٱلْإِنسَـٰنُ ضَعِيفًۭا ٢٨

‘Wa Khuliqa Al-'Insānu Đa`īfāan
"dan manusia diciptakan (bersifat) lemah."
(Qur’ān 04:28).
Ṣadaqa Llāhul-‘Aẓīm.
Allah ﷻ telah Menciptakan manusia (dalam keadaan manusia itu bersifat) lemah. Tiada siapa yang boleh bermegah dengan berkata,
"Saya begini. Saya begitu." Jika Allah ﷻ Menghendaki, Dia ﷻ menjadikan yang lemah menjadi kuat dan yang kuat menjadi lemah. Oleh itu, kita berada di bawah Perintah Allah 'Azza wa-Jalla.

SubhanAllah, hari ini perkara ini berlaku. Ia menunjukkan betapa lemahnya manusia. Semoga Allah ﷻ Meredhaimu. Saya rasa kami tertidur sehingga sekarang. Syukur kepada Allah ﷻ, kami tidak terlepas solat Subuh sekurang-kurangnya. Kami terlepas solat malam. Mereka mengetuk pintu kami dan membangunkan kami untuk solat Subuh.

Manusia boleh jatuh ke dalam kelalaian jika Allah ‘Azza wa-Jalla Menghendaki. Manusia itu lemah. Kita (dapat) melakukan semua ibadah dan semua tindakan ketaatan dengan Rahmat dan Kebaikan Allah ﷻ. Kita hendaklah bersyukar kepadaNya ﷻ. Kelalaian manusia adalah atas Kehendak Allah ﷻ. Ia adalah kehendakNya ﷻ. Semua yang kita lakukan adalah atas Rahmat dan kasih sayang Allah ﷻ. Tidak betul untuk bermegah (dengan berkata), "Saya melakukan ini. Saya melakukan itu. Orang lain tidak melakukannya."

Salah seorang 'awliyā' yang agung; Saya tidak ingat dengan tepat siapa itu. Di Baghdad, beliau bangun awal pagi bersama ayahnya sebelum Subuh untuk Tahajjud. Beliau berkata, "Syukur kepada Allah ﷻ, kita (dapat) bangun. Lihat, semua orang sedang tidur dalam kelalaian. Syukur kepada Allah ﷻ, kita bangun untuk Tahajjud. Mereka sedang tidur."
Ayahnya berkata, "Seandainya kamu tidur juga dan kamu tidak mengatakan ini."
Bermegah ini adalah salah. Semuanya terjadi atas Rahmat dan Kemurahan Allah ﷻ. Sama ada anda bangun atau tidur atau jatuh dalam kelalaian, ia adalah daripada Allah ‘Azza wa-Jalla.

Oleh itu, ṭarīqah adalah adab (akhlak yang baik). Dan adab ialah bersyukur kepada Allah ﷻ. Anda tidak boleh menganggap sesuatu sebagai penting. Anda tidak boleh menghargai apa-apa. Ibadah dan ketaatan kita semuanya tiada nilai. Jika Allāh ‘Azza wa-Jalla tidak Menghendaki itu, ego anda akan membuat anda membanding-bandingkan dengan orang lain, “Dia begini, dia begitu.” Itu salah. Membandingkan diri anda adalah tipu daya syaitan juga. Agar shayṭān meningkatkan ego anda, dia memberitahu anda, "Kamu bangun untuk solat Tahajjud. Kamu melakukan Qiyāmul-Layl. Kamu tidak tidur pada waktu malam. Kamu melakukan ini dan itu."
Dia memasang perangkap untuk anda kehilangan apa yang telah anda perolehi.

Sesetengah orang-orang yang memasuki ṭarīqah bertanya, “Berapa banyak pangkat kedudukan yang telah saya capai?” Itu pun bukan dari prinsip atau adab. Wahai yang telah memasuki ṭarīqah, kamu sudah memasuki ṭarīqah kerana itu adalah Jalan Allāh ‘Azza wa-Jalla, untuk lebih mendisiplinkan ego kamu. Jangan tanya (akan hal seperti) itu. Ia bukan dari prinsip atau adab. Apa yang anda akan lakukan (dengan mengetahuinya)? Anda akan meneruskan perjalanan anda. Karāmah yang paling agung: ialah:
“Ajallul-karāmāt dawāmut-tawfīq”.
(Berada secara) teguh/Istiqamah/Konsisten (di Jalan Allah) adalah karāmah yang paling agung.
Hendaklah anda memuji Allah ﷻ. Hendaklah anda bersyukar kepada Allah ﷻ. Anda tidak boleh membandingkan diri anda dengan orang lain. Allah ﷻ Mengetahui apa kesudahan kita (nanti). Yang penting kita istiqamah. Jika anda tidak teguh/istiqamah, anda boleh melakukan kesemua ibadah-ibadah, dan (tetapi pada akhirnya) menjadi seperti syaiṭān. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Tidak ada lagi tempat di bumi atau di langit yang dia tidak pernah solat (didalamnya), dan (tetapi pada) akhirnya dia menjadi makhluk yang paling hina dan sejahat-jahat (makhluk). Oleh itu, untuk mengelakkan diri daripada menjadi seperti dia, anda mestilah teruskan di Jalan Allah ﷻ. Anda mesti teguh/istiqamah/konsisten dengan Jalan ini, tanpa melihat ini atau itu, tanpa bertanya, "Berapa banyak yang telah saya lakukan? Apakah pangkat yang telah saya capai?" Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Kadang-kadang, apabila anda kekal teguh/istiqamah/konsisten, sesetengah keadaan berlaku tanpa rela. Anda akan diberi pahala untuk ibadah anda dengan cara yang sama dengan Rahmat dan Kebaikan Allah ‘Azza wa-Jalla. Ada cerita lain. Sayyidina Bāyazīd al-Basṭāmī - sama seperti yang berlaku dengan kita hari ini - tertidur semasa solat malam dan tidak dapat bangun. Dia mungkin solat Subuh atau hampir tidak solat tepat pada waktunya. Syaiṭān sangat gembira. Sayyidina Bāyazīd al-Basṭāmī sangat sedih, dia menangis. Dia sangat sedih dan banyak menangis. Allah ‘Azza wa-Jalla Menulis pahala seribu kali ganda untuk apa yang tidak dapat dia lakukan daripada apa yang dia lakukan. Ia dapat dilihat di (alam) ghaib dan syaitan juga melihatnya. Selepas beberapa ketika, dia juga tertidur untuk kali kedua. Dia melihat seseorang membangunkannya, menolaknya. Dia melihat dan syaiṭān sedang membangunkannya. "Bangun dan solat! Kamu akan terlepas solat Subuh", katanya. Sayyidina Bāyazīd al-Basṭāmī berkata, "Bagaimana kamu boleh melakukan ini? Kamu sepatutnya membuat saya tidur lebih lama." Syaiṭān berkata,
"Kali terakhir, saya membuat kamu tertidur. Kamu mendapat seribu kali ganda pahala. Jadi bangunlah sekarang. Kami berjaya melakukannya sekali sahaja dan tidak boleh lagi." Maka jika seseorang itu lalai, sakit atau lebih dan tertinggal solat, Allah ﷻ Menulis kepadanya pahala dan thawab yang sama. Semoga Allah ﷻ Mengampuni kita semua. Semoga Allah ﷻ Meredhai anda juga, anda telah menunggu di sini.

Wa min Allāhit-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Allah ﷻ Mencintai Orang-orang Yang Memaafkan🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
03 Mei 2025/ 05 Dhul-Qa’dah 1446
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm,

“Allahumma innaka afuwun karīmun tuhibbul-afwa fa’fu anna”,
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, dan Engkau Menyukai Pengampunan, maka Ampunilah kami." Allah 'Azza wa-Jalla Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Ini adalah doa Nabi ﷺ memohon kepada Allah ﷻ untuk Mengampuni kita. Baginda ﷺ menasihatkan orang ramai untuk mengatakannya. Allah Menyukai orang yang memaafkan. Kerana Dia ﷻ sendiri Maha Pengampun. Oleh itu, jika manusia saling memaafkan antara satu sama lain di atas apa yang mereka telah lakukan secara sedar atau tidak, pahala mereka itu di sisi Allah ﷻ. Besar ganjaran bagi mereka.

Mengapa kita mengatakan ini? Kerana ada orang yang meninggal dunia, orang-orang yang selepasnya(warisnya) sudah tentu memohon ampun di pengebumian, dan mereka memaafkannya di sana. Kadang-kadang dengan orang yang jauh, walaupun berlaku perkara yang berbahaya, walaupun kecil atau besar, jika seseorang itu memaafkan mereka, Allah ﷻ akan Memberinya pahala. Dia ﷻ Memberikan pahala (kepada orang itu). Tetapi perkara kecil berlaku secara sedar atau tidak. Seseorang melakukan apa yang menjadi (sifat) manusianya. Allah ﷻ Maha Pengampun. Kita juga memaafkan. Jika kita mempunyai hak, kita memaafkan hak ini untuk orang. Mereka yang dekat memaafkan. Jika orang yang jauh mendengarnya juga, mereka yang memaafkan itu akan menjadi kebaikan yang besar di sisi Allah ﷻ. Allāh ‘Azza wa-Jalla akan Bergembira. Allah ﷻ Menghendaki (agar) hamba-hambaNya ﷻ tidak berdosa. Dia juga memberikan ganjaran yang besar kepada orang yang memaafkan.

Kami mengatakan ini kerana - sudah tentu, semoga Allah ﷻ Merahmati mereka. Ada orang baik yang tidak berapa pandai. Semasa di dunia ini, mereka tidak bijaksana. Mereka mungkin telah melakukan sesuatu secara sedar atau tidak sedar, dan menyinggung perasaan orang ramai. Adalah baik untuk memaafkan mereka. Semalam - semoga Allah ﷻ Merahmatinya. Mustafa Pala meninggal dunia dua tiga bulan lalu. Semoga Allah ﷻ Merahmatinya. Jadi anaknya datang dan memberitahu kami bahawa dia melihat ayahnya dalam mimpinya. Dia berada dalam keadaan baik, tetapi dia masih mahukan kemaafan daripada saudara-saudara. Dia adalah orang yang baik, semoga Allah ﷻ Memberkatinya, tetapi kadang-kadang dia sangat tidak bijaksana. Maka dia meminta ampun untuk itu. Dan kami berkata bahawa kami memaafkan di pihak kami. Selepas saya memaafkannya, semua saudara meminta kami memaafkannya bagi pihak mereka. Semoga Allah ﷻ Mengampuninya, dan semoga Dia ﷻ Mengampuni kita semua. Dan untuk kita juga, sebagaimana kita memaafkan, semoga orang lain juga memaafkan kita, inshā’Allah. Semoga kita semua diampunkan. Orang yang beriman tidak menyimpan dendam. Seorang mukmin mencintai apa yang dicintai Allah ﷻ, dan tidak menyukai apa yang tidak dicintaiNya. Allah ﷻ menyukai pengampunan, dan kami memaafkan. Semoga Allah ﷻ Mengampuni kita semua, inshā’Allah


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Menyerupai Contoh Teladan Para Awliyā'ullāh🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
06 Mei 2025/ 08 Dhu l-Qa’dah 1446
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ٦٢
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ يَتَّقُونَ ٦٣

(Qur’ān 10:62-63).
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman:
‘Alā inna Awliyā’Llahi lā kḥawfun ‘alayhim wa lā hum yaḥzanūn .62
‘Alladhīna āmanū wakānū yattaqūn. 63
"Ingatlah wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."
"(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa."
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Hamba-hamba yang dikasihi Allah ‘Azza wa-Jalla itu tidak takut dan tidak berdukacita. Kerana mereka takut kepada Allah ﷻ dan mereka taat kepada Allah ﷻ. Apabila itu berlaku, mereka tidak akan berasa takut atau bimbang. Kerana kita datang dari Allah ﷻ dan kepada Allah ﷻ (jua)kita kembali. Tempat kita datang jelas, tempat yang kita akan kembali pun jelas. Hati Awliyā’uLlah benar-benar puas. Oleh itu, mereka tidak mempunyai rasa takut, dan tidak ada kesedihan. Mereka berkata benar, menyuruh kepada yang ma'ruf dan menjauhi yang mungkar, mereka berusaha supaya manusia menjauhi kemungkaran.

Syukur kepada Allah ﷻ, beginilah Pir(Guru) kami, Syaikh kami, bapa kami Mawlānā Syaikh Naẓim. Beliau berjalan di Jalan ini selama lebih dari sembilan puluh tahun. Beliau sampai ke Hadirat Allah ﷻ dengan Jalan yang bersih itu. Ianya seperti semalam. Tahun-tahun berlalu dengan sekelip mata. Jika seseorang berfikir tentang itu, dia harus berfikir bahawa perkara yang dia lakukan di dunia tidak boleh sia-sia, dan dia harus bertindak (dengan) sepatutnya. '
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ
‘Laqad Kāna Lakum Fī Rasūli Llāhi ‘Uswatun Hasana’,
"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu" (Qur’ān 33:21).
Terdapat teladan yang sangat baik untuk anda dari kehidupan Nabi kita ﷺ dan dari dirinya (Baginda) sendiri ﷺ, Firman Allāh ‘Azza wa-Jalla.
Para ṣaḥābah, mashāyikh dan Awliyā’ yang mengikuti Jalannya (Baginda) ﷺ, juga sama di Jalan ini dan (mereka juga) menjadi contoh tauladan.

Untuk menjadi orang yang baik, anda perlu menyerupai mereka. Semakin kita menyerupai mereka, (maka kita menjadi) semakin baik, kita menjadi semakin cantik. Semakin kita tidak mahu menyerupai mereka, (maka akan menjadi) semakin pelik seseorang itu. Bukan sedikit, tetapi sangat pelik. Kerana dia akan mencederakan dirinya sendiri dan melakukan kejahatan. Semoga Allah ﷻ Mengangkat(meninggikan) maqam Mawlānā inshā’Allāh.
“Seseorang akan dipanggil bersama orang yang dicintainya,” kata Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Kami mencintai mereka. Insha'Allah, ada perpisahan yang pendek di dunia ini, maka selepasnya kita akan bersama selama-lamanya, inshā’Allāh.

Wa min Allāhi tTawfīq. Al-Fātiḥa.