SufiHub (Bahasa)
159 subscribers
542 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌸 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia .
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ.
🌹Tunaikanlah Janji Anda🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
20 Februari 2025/ 21 Sha’ban 1446
Solat Subuh– Sheikh Nazim Dergah; London, UK

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.


A’ūdhu biLlāhi mina sh-shayṭānir-rajīm.
Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

أَوْفُوا۟ بِٱلْعُقُودِ ۚ
“Wa ‘Awfu bil Uqūd”, "Penuhilah janji-janji!"
(Qur’an 05:01). ṢadaqaLlāhu l-‘Aẓīm.

Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, apa yang kamu janjikan, hendaklah kamu lakukannya. Anda mesti melakukannya. Terutamanya, jika anda ingin membuat sesuatu dengan orang lain, anda mesti menerima dan tidak berkata, "Saya tidak mengatakan ini. Saya tidak bersetuju dengan ini.” Dari awal lagi anda tidaklah seharusnya terimanya itu cepat-cepat, anda sepatutnya melihat dan menilai adakah ianya sesuai untuk anda atau tidak, adakah ianya akan menguntungkan anda. Dan jika anda menerimanya itu maka apa yang anda akan lakukan, anda mesti menuliskannya antara anda dan orang lain. Apa yang anda setujui, anda tuliskam dan terima itu. Letakkan tandatangan. Atau jika anda tidak tahu menulis, letakkan cap jari. Akan tetapi anda mestilah melakukan ini kerana banyak kali, mungkin tanpa mengetahui, anda menafikan perkara ini. Anda berkata, "Saya tidak mengatakan ini. Saya tidak ingat ini.” Tetapi apabila ianya ditulis di atas kertas, anda tidak akan menafikannya. Ianya tidak boleh dinafikan. Dan anda tidak boleh lupa.

Pada zaman ini, pada masa ini, walaupun dengan kertas, kebanyakan orang tidak menerimanya. Selepas itu, mereka menjadi musuh antara satu sama lain. Dan yang lebih buruk daripada ini, barakah akan hilang. Tidak akan ada barakah lagi apabila anda mengatakan ini. Kerana apa yang anda janjikan, anda tidak lakukannya itu. Dan berjanji serta tidak melaksanakan apa yang telah dijanjikan itu adalah tanda terbesar orang hipokrit, munāfiq. Inilah adalah orang-orang yang tidak disukai oleh Allah ‘Azza wa-Jalla. Tiada siapa yang mencintainya. Munāfiq adalah perkara yang sangat dahsyat.
إِنَّ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ فِى ٱلدَّرْكِ ٱلْأَسْفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ
‘Sesungguhnya orang-orang munafik itu berada di tempat yang paling bawah dari neraka.’ (Qur’ān 04:145). Munāfiq adalah yang paling rendah di Jahannam, di Neraka.

Untuk ini, apabila anda berjanji, anda mestilah laksanakannya. Pada zaman dahulu, orang-orang berkata mereka berjanji dan tidak melakukannya itu adalah memalukan. Tetapi pada masa kini, tiada siapa yang mengambil berat tentang perkara ini. Tetapi penting bagi orang Islam, bagi Mu’min, bagi orang beriman, terutamanya bagi orang ṭarīqah.

Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita termasuk orang-orang yang menepati janjinya, kerana Allah ﷻ Memuji orang-orang itu. Dia ﷻ Berfirman, A‘ūdhu biLlāhi mina sh-shayṭāni r-rajīm. Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌۭ صَدَقُوا۟ مَا عَـٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ عَلَيْهِ ۖ
“Mina lmu’minīna rijālun ṣadaqū mā ‘āhadū Llāha ‘alayhi”,
"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah."(Qur’an 33:23).
Ini adalah para lelaki yang menepati janji mereka. Allāh ‘Azza wa-Jalla dan Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam gembira dengan mereka. Semoga Allah ﷻ Membahagiakan kita bersama mereka.

Dan sebelum anda membuat janji atau melakukan apa-apa, anda mestilah berfikir sama ada anda akan melakukannya atau tidak. Ini juga sangat penting. Mungkin anda teruja dengan berkata, "Ya, saya akan lakukan ini, saya akan lakukan itu." Dan selepas itu anda tidak melakukannya. Anda telah berjanji kepada masyarakat. Tetapi selepas itu, orang-orang ini akan berkata kepada anda, “Engkau seorang pendusta.
Jika kamu tidak menepati janji kamu, kamu adalah seorang munafiq, hipokrit.”
Inshā’Allāh, semoga Allah ﷻ Menjadikan kita orang yang menepati janji, insha'Allah. Terutamanya untuk Allah ﷻ, untuk Nabi ﷺ, untuk masyaikh, inshā’Allāh.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹Ucapkanlah Shahādah Dengan Sebetulnya🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
21 Februari 2025/ 22 Sha’ban 1446
Solat Subuh– Sheikh Nazim Dergah; London, UK

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.


A‘ūdhu biLlāhi mina sh-shayṭāni r-rajīm.
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ
‘Laqad Kāna Lakum Fī Rasūli Llāhi ‘Uswatun Hasana’,
"Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang terbaik bagimu"
(Qur’ān 33:21).
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allāh Azza wa Jalla Berfirman didalam Qur’ān Azīmu sh-Sha’n, contoh tauladan terbaik untuk anda adalah Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Anda mesti mengikutinya ﷺ, dan cuba kerjakan apa yang Baginda ﷺ katakan dan perintahkan untuk kita untuk melakukannya itu sebanyak yang kita mampu.

Maka, kesemua ṣaḥābah, radiya Allāhu ‘anhum, mashāyikh, awliyā’uLlāh, ulamā – semoga Allah ﷻ Memberkati mereka, semoga Allah ﷻ Menjadikan darajāt mereka ʿāliyah (tinggi), insha'Allāh. Mereka telah menunjukkan kepada kita, sejak Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam sehingga sekarang, bagaimana kita harus membaca Al-Qur’an, bagaimana kita harus berdoa, bagaimana kita harus berpuasa.

Sudah tentu, kadang-kala orang yang baru memeluk Islam atau orang Islam bukan Arab tidak dapat menyebut huruf-huruf tersebut dengan tepat. Kebanyakan dari mereka, al-ḥamduliLlāh, mereka mencuba dan mereka dapat melakukannya. Tetapi sesetengah daripada mereka juga masih, dari sifat mereka, tidak dapat mengucapkan ini. Juga, terdapat beberapa orang yang tidak dapat menyebut satu huruf. Ada beberapa huruf-huruf yang tidak dapat mereka sebutkan. Maka, mereka juga mempunyai alasan (yang menghalangi mereka).

Tetapi apa yang anda lihat dari Mawlānā Syaikh Nāẓim, Qaddas Allāhu s-sirruh, dan bahkan anda lihat didalam Dzikir beliau, Khatm ul-Khwajagan beliau. Terdapat satu huruf – Mereka yang memasukkan ṭarīqah melalui Mawlānā Shaykh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī mungkin berfikir mereka mesti melakukan ini: untuk mengubahnya, untuk mengatakannya seperti ini. Tidak, Mawlānā Shaykh tidak pernah mengatakan ini.

Sesetengah orang Islam baru tidak mampu menyebutkannya, jadi mereka berkata begini. Tetapi di semua tempat, kita melihat banyak di tempat, terutamanya di luar Cyprus, atau Turki, atau mana-mana negara Arab. Kebanyakan mereka berfikir bahawa apabila anda berada di ṭarīqah, mengikuti Mawlānā Shaykh Nāẓim, anda mesti mengubah ini. Tidak pernah. Saya telah mengatakan ini sebelum ini, tetapi mungkin orang tidak faham dengan baik.

Apakah itu? Perkara yang paling penting. Apakah perkara pertama dalam Islam? Shahādah. “Asy’hadu an la ilaha illa Allah,” dan ayat kedua, “Wa ash’hadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluhu.” Bukan “annā” Muhammadan abduhu wa rasuluhu.” [Memanjangkan sebutan a terakhir dalam “annā” adalah salah] Ini tidak boleh. Anda tertukar maksudnya. Dan para imam, para wakīl di sekeliling melakukan ini. Mereka menyangka ini dari Mawlānā. Dan mereka bersama Mawlānā. Bagaimana mereka melakukan ini? saya tak faham. Dan kami telah berkata ini berkali-kali.

Ini mengubah makna. Dan kita tidak melihat orang-orang membantah kita. Tidak, kami membantah diri kami sendiri. Ia tidak benar. Anda tidak boleh berkata begitu. Apabila anda berkata seperti itu anda mengubah terlalu banyak perkara. Maksudnya itu berbeza sama sekali. Seolah-olah anda mengatakan bahawa kami memberikan ini untuk Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Ini tidak bagus.
Di mana-mana, di mana sahaja yang ada dergah, atau di luar [negara kita] seperti Eropah atau tempat lain, malah di Malaysia, Indonesia, di semua tempat ini, mereka juga berkata yang sama. Tidak, anda mesti berkata, “Ash-shadu anna Muhammadan abduhu..” Bukan “annā” Muhammadan [bukan dengan pemanjangan sebutan annā]. Ada mad-qasr, (Memperpanjang dan memendekkan).

Ini penting. Dan ini bukan dari mana-mana huruf yang anda tidak boleh sebut. Anda terangkannya itu dengan jelas, anna, bukan annā. Ini adalah perkara yang paling penting. Inshā’Allāh, untuk Jum’ah ini, ramai yang meminta nasīḥah, anda mesti betulkan ini.

Bahkan orang-orang Arab, anak orang Arab, semua jenis orang Arab, masih, apabila mereka datang ke London atau datang ke sana, mereka fikir ini adalah daripada Mawlānā Shaykh Nāẓim dan mereka cuba melakukan perkara yang sama. Tidak, Mawlānā Shaykh tidak melakukannya. Al-ḥamduliLlāh, beliau ada video, beliau ada segalanya. Dan ramai orang bersama Mawlānā. Mawlānā mengatakan dengan tepat apa yang diperintahkan oleh Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam. Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita mengikutinya, mengetahui kebaikan, hak dan mengikutinya insha'Allāh.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
Digalakkan untuk berpuasa pada hari Isnin terakhir dibulan Sha'ban
🌹Siri Ramadhan🌹
10 Hari Pertama Yang Penuh Kerahmatan (15.04.2021)

🌹Dalam ingatan kasih sayang Sheikh Muhammad Abdul Sattar Khan🌹

Dalam Sohbahnya ini, Almarhum Sheikh Abdul Sattar telah bercakap tentang kepentingan memanfaatkan sepuluh hari pertama di bulan Ramadhan, yang mana pada sepuluh hari tersebut Rahmat Allah ﷻ Melimpah Ruah.

1. Haruslah memberi Perhatian untuk hari Jumaat dengan teliti.
Orang-orang yang beriman hendaklah menjaga amalan hari Jumaat dengan berhati-hati, melaksanakan semua amalannya, dan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ. Mereka yang tidak dapat hadir ke masjid tetap harus menganggap hari Jumaat sebagai suci.

2. Zikrullah yang berterusan
Dua amalan yang dicintai Allah di bulan Ramadhan ialah 'La ilaha illallah' dan memohon keampunan melalui dengan banyak mengucapkan 'Astaghfirullah'.

3. Doa yang khusyuk
Mohonlah keampunan kepada Allah atas kesalahan masa lalu, atas persangkaan yang buruk, dan bahaya yang kita telah ditimbulkan kepada orang lain semenjak kita kecil hingga sekarang.

Berdoalah untuk mendapat panduan rohani dan keampunan untuk dosa-dosa nenek moyang dan keturunan kita.

Setiap zarah kebaikan yang anda lakukan, anda akan melihatnya, dan setiap zarah kejahatan yang anda lakukan, anda akan melihatnya juga.

Semoga Allah ﷻ Melimpahkan RahmatNya kepada kita dan membantu kita untuk terus beribadah sepanjang Bulan Suci Ramadhan, walaupun menghadapi kesukaran dan cabaran.

Aameen.


Baca ringkasan Sohbah beliau di pautan ini:
https://sufihub.com/first-10-days-of-mercy

Tonton Video penuhnya dipautan ini:
https://youtu.be/ZLHS3Vogt2Q?feature=shared

Semoga Allah s.w.t Mengampuni kekurangannya, Melimpahkan Rahmat, Karunia, dan Cahaya yang tidak terhingga, serta meninggikan darjatnya atas keikhlasan usaha dan sumbangannya sepanjang hayatnya. 

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang paling dekat dengan Allah SWT.


Al-Fatiha untuk Syeikh Muhammad Abdul Sattar Khan 💚🌹

Wassalam.
🌹Allāh ﷻ Mengampuni, Tetapi Mohonkanlah Keampunan🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
25 Februari 2025/ 26 Sha’ban 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:
إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ ٣٩
‘Inna Allāha GhafūrunRaĥīmun,
"Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Qur’ān 05:39).
Semoga Allah ﷻ Mengampuni kita semua,
inshā’Allāh. Kita mengucapkan Syukur kepada Allah ﷻ. Dia ﷻ adalah Yang Maha Pengampun. Ianya adalah salah satu nikmat terbesar yang mesti disyukuri oleh setiap orang. Tidak kira sebanyak mana pun kejahatan yang dikerjakan oleh orang-orang, tidak kira seberat mana pun dosa-dosa yang dikerjakan oleh mereka, Allah ﷻ Mengampuni mereka. Ini adalah penting.
Jika Dia ﷻ tidak Mengampuni, maka hidup kita sudah tentu akan menjadi sukar. Tetapi Allāh Azza wa Jalla Memudahkannya.
Bertaubatlah, niscaya Aku Menerima taubatmu, Firman Allah Azza wa Jalla.

Orang-orang sentiasa berada didalam dosa di dunia ini. Jika dosa-dosa itu tidak dibersihkan, ianya adalah kotoran terbesar, lumpur kekotoran. Seperti yang kami katakan, Allāh Azza wa Jalla Mengampuni apa sahaja yang anda lakukan kerana RahmatNya ﷻ. Tetapi mintalah keampunan. Allah Azza wa Jalla Berfirman,
إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ
“Inna Allāha Yaghfiru Adh-Dhunūba Jamī`āan,”
"Sesungguhnya Allah Mengampuni segala dosa-dosa kesemuanya."(Qur’ān 39:53).

Oleh itu, seperti yang kita katakan, orang-orang zaman dahulu punyai dosa-dosanya, tetapi sekarang lebih banyak lagi dosa-dosa, keburukan dan segala-galanya. Allāh Azza wa Jalla Memaafkan agar ianya menjadi kebaikan bagi manusia. Jika Dia ﷻ tidak Mengampuni, dunia tidak akan dapat didiami. Allah Azza wa Jalla tidak akan Memberikan walau setitik air. Ianya adalah begitu penting. Ianya memberi manfaat kepada orang-orang itu sendiri. Apabila dia dibersihkan daripada dosa-dosanya, beban itu terangkat daripadanya, dia berasa selesa. Semakin banyak dosa yang dilakukan olehnya, semakin banyak beban yang ditanggungnya, semakin banyak kegelapan yang turun, semakin banyak kejahatan yang turun. Seseorang itu tidak akan berasa tenang. Apabila kejahatan dan dosa dilakukannya, dia tidak akan merasa tenang. Dia menjadi lebih cemas, resah dan tidak gembira.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang indah yang Allah Azza wa Jalla Berikan ini. Sentiasalah bertaubat dan beristighfar, Dia ﷻ Mengampuni segala dosa-dosa kita sama ada dilakukan secara sedar atau tidak. Semoga Allah ﷻ Mengampuni kita semua. Semoga ianya diberkati. Ramadhan semakin hampir, semoga ianya diberkati juga, inshā’Allah. Ianya adalah bulan pengampunan, bulan taubat. Semoga ianya diberkati untuk kita semua, inshā’Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹Siri Ramadhan 2🌹

Ketahuilah Nilai Ramadhan
(07.04.2022)

🌹Dalam ingatan kasih sayang Sheikh Muhammad Abdul Sattar Khan🌹

Dalam Sohbah beliau, Almarhum Sheikh Abdul Sattar bercakap tentang Ramadhan sebagai bulan Pengampunan, bulan turunnya Al-Quran, dan masa berlakunya peningkatan rohani.

Ketika kita memasuki Sultan segala bulan, beliau menggalakkan kita untuk menyelami keberkatan Ramadhan yang melimpah ruah, keluar daripada bulan itu dalam keadaan suci bersih, dan sebagai hamba yang layak menerima Syafa’ah (syafaat).

1. Doa malam Lailatul Qadr
Ketika ditanya apa yang harus dibaca pada malam Lailatul Qadr, Baginda Rasulullah ﷺ menjawab:

“Allahumma, innaka Afuwwun Karimun, tuḥibbu al-afwa fa‘afu anna.”

“Ya Allah, Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah; Engkau suka mengampuni, maka Ampunilah kami.”

2. Bulan Pengampunan
Masa untuk mencari Rahmat Allah, saling meminta dan memohon ampun, dan menahan diri dari segala perkara yang dimurkai Allah, baik zahir mahupun batin.

3. Ramadhan & Al-Quran
Al-Quran diturunkan pada bulan ini.

Nabi ﷺ membacanya sepenuhnya setiap Ramadhan, dan Baginda ﷺ mengkhatamkannya dua kali pada tahun terakhir Baginda. Ianya akan memberi syafaat atau memberi kesaksian terhadap kita pada Hari Penghakiman.

4. Jalan Menuju Kedekatan Kepada Allah
Allah ﷻ telah Memudahkan umat untuk mencapainya, dengan menanggalkan tujuh puluh tabir, kecuali satu, yang memisahkan kita dari-Nya.

Ibadah seperti Puasa, membaca Al-Quran, Zakat, Zikrullah, dan Taubat yang ikhlas membantu menghilangkan penghalang antara kita dengan Allah Taala.


5. Sultan segala Bulan
Ramadhan adalah bulan yang paling suci, menawarkan ganjaran rohani yang besar.

Mawlanaق berkata bahawa Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa, kerana di dalamnya orang-orang beriman meningkatkan ibadah mereka, dan seterusnya mendapat anugerah mendekatkan diri kepada Allah ﷻ.

Maka carilah keberkatannya sepenuhnya.

Semoga kita diangkat menjadi orang-orang yang memuliakan Ramadhan dan Al-Quran, mendapat syafaatnya pada Yaumul Qiyamah.

Aamin.

Baca ringkasan Sohbah beliau di pautan ini:
https://sufihub.com/know-the-value-of-ramadhan

Anda boleh Mendengar rakaman podcast beliau di pautan ini:
https://www.spreaker.com/episode/49360037


Semoga Allah s.w.t Mengampuni kekurangannya, Melimpahkan Rahmat, Karunia, dan Cahaya yang tidak terhingga, serta meninggikan darjatnya atas keikhlasan usaha dan sumbangannya sepanjang hayatnya. 

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang paling dekat dengan Allah SWT.


Al-Fatiha untuk Syeikh Muhammad Abdul Sattar Khan 💚🌹

Wassalam.
🌹Peringatan Untuk Berpuasa pada hari esok, hari Khamis terakhir dibulan Sya'ban. Terdapat Pahala yang mulia untuk orang-orang yang berpuasa pada hari Khamis terakhir dibulan Sya'ban 🌹
🌹Berilah Kegembiraan Kepada Qolbu Orang-orang Yang Beriman🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
26 Februari 2025/ 27 Sha’ban 1446
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Nabi kita ṣallá Llāhu alayhi wa sallam Bersabda bahawa amalan yang paling dicintai adalah menggembirakan hati orang yang beriman.
“Idkhālus-surūr fil-qalbil-Mumin”,
"Membawa kegembiraan ke dalam qolbu orang yang beriman." Untuk memberi kebahagiaan kepada hati orang yang beriman. Membahagiakan seseorang mukmin adalah salah satu daripada amalan yang paling diCintai oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla.

Syukur kepada Allah ﷻ, kita juga melakukan semampu kita, inshā’Allāh. Perjalanan ini [ke UK] adalah kira-kira tiga minggu perjalanan. Syukur kepada Allah ﷻ ianya telah terjadi sebagaimana yang diKehendaki oleh Allah ﷻ, inshā’Allāh. Kerana mereka bergembira. Hati mereka menjadi gembira. Beban dunia hanya diringankan oleh orang-orang yang baik, dengan perhimpunan yang baik. Sebaliknya, jika anda semakin tenggelam dalam dunia, anda akan mempunyai lebih banyak kegelapan dalam qolbu anda dan lebih banyak kesukaran. Untuk menghilangkan kesusahan, anda perlu melakukan perkara-perkara yang diPerintahkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla, perkara-perkara yang diCintaiNya.

Membawa ke dalam hati sesorang mukmin "Surūr" - yang bermaksud kebahagiaan, kegembiraan - adalah baik untuk semua orang. Allah ﷻ akan Redha kepada sesiapa yang berbuat demikian. Dia ﷻ juga akan Memberikan kebahagiaan dan kebaikan kepada hatinya (orang tersebut). Keadaan dunia adalah jelas; ianya sangat jelas. Tetapi perkara yang diPerintahkan dan diberikan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla kepada manusia adalah untuk kebaikan mereka. Jika mereka tidak melakukannya, ianya tidak akan memberi manfaat. Mereka akan hidup sia-sia dan mereka akan hidup dalam kesusahan. Dan akan ada kesusahan yang lebih besar dalam ākhirah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Maka dengan itu, Ramadhan juga kini semakin hampir. Orang-orang Mukmin juga bergembira di bulan yang indah ini. Ramadhan adalah bulan kebahagiaan. Allah ﷻ telah Menganugerahkannya kepada kita, kepada Ummatil-Muhammadiyyah ﷺ. Ini adalah bulan Ummati Muhammad ﷺ. Ia adalah bulan umat Nabi ﷺ kita. Akan ada kebahagiaan, inshā’Allāh. Kita hendaklah menggembirakan orang-orang yang beriman sebanyak yang kita boleh. Tidak semestinya anda perlu memberi wang kepada orang yang beriman untuk membahagiakannya. Dia juga akan gembira dengan ucapan kata-kata yang baik. Menyenangkan dia juga membuatkan dia gembira. Jadi, terdapat seribu perkara yang berbeza yang menggembirakan seseorang itu. Semoga Allah ﷻ Menolong mereka. Jangan menyakiti satu sama lain tetapi berikan keindahan, berikan kebaikan kepada satu sama lain. Semoga hati kita bahagia. Semoga hati orang-orang yang beriman berbahagia, inshā’Allāh. Semoga mereka menjadi sepertimana yang Allah ﷻ Kehendaki, inshā’Allāh.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌸 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia .
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ.
🌹Siri Ramadhan 3🌹

Nilai Masa Di Bulan Ramadhan
(14.04.2022)


Dalam Sohbah beliau ini, Almarhum Sheikh Abdul Sattar bercakap tentang sifat kehidupan yang sekejap dan pentingnya menggunakan masa kita di sini dengan bijak, terutamanya di bulan Ramadhan, untuk mencari Rahmat dan Pengampunan Allah.

1. Hakikat Kematian
Setiap jiwa pasti akan menghadapi kematian, dan ramai yang akan terlambat menyedari betapa beratnya tanggungjawab mereka yang diabaikan.

Seperti yang disebutkan dalam Surah As-Sajdah (32:12), mereka yang menyia-nyiakan hidupnya akan memohon untuk kembali dan melakukan kebaikan, tetapi masa mereka akan berlalu.

2. Akibat Pengabaian
Kubur sama ada akan menjadi tempat kedamaian atau permulaan penyesalan yang kekal.

Mereka yang gagal memenuhi tujuan mereka dalam kehidupan ini akan mendapati diri mereka dibebani dengan beban tugas mereka yang belum selesai di akhirat.

3. Amaran Nabi ﷺ
Rasulullah ﷺ memberi amaran, bahawa laknat akan menimpa orang yang mencapai Ramadhan tetapi gagal mencapai Rahmat dan Pengampunan Allah.

Ini menyerlahkan kepentingan menggunakan Ramadhan sebagai peluang untuk pembaharuan rohani dan taubat yang ikhlas.

4. Tiada Peluang Kedua
Sebagaimana manusia dibentuk hanya sekali didalam rahim ibu dan tidak boleh kembali ke tempat tersebut untuk pembetulan, jiwa hanya mempunyai satu masa dalam kehidupan ini untuk membuat persediaan untuk Akhirat.

Apabila kematian tiba, tidak ada cara untuk kembali dan membetulkan kesilapan lalu.

5. Kecemasan di Ramadhan
Mawlanaق mengingatkan kita, berkali-kali, untuk mengambil Ramadhan dengan serius. Marilah kita berusaha sedaya upaya beribadah serta bertaubat dan, sekurang-kurangnya dengan ikhlas mengharapkan, mendambakan Rahmat dan Pengampunan Allah.

Mohon doa agar kita ditunjukkan kesilapan kita oleh Allah ﷻ, agar kita dapat memperbetulkan kesilapan kita, dan selesaikan segala urusan dan hutang kita yang tidak lengkap sebelum masa kita di dunia ini habis.

Semoga Allah ﷻ Memberkati kita dengan Keampunan Ilahi-Nya, Membimbing kita untuk memanfaatkan Ramadhan dengan sebaik-baiknya, dan memberi kita penghormatan untuk pergi ke Akhirat dengan persiapan dan ketenangan.

Aameen.


Anda boleh Membaca ringkasan Sohbah beliau di pautan ini:
https://sufihub.com/value-of-time-in-ramadhan


Anda boleh Mendengar rakaman podcast beliau di pautan ini:
https://www.spreaker.com/episode/49436009

Semoga Allah s.w.t Mengampuni kekurangannya, Melimpahkan Rahmat, Karunia, dan Cahaya yang tidak terhingga, serta meninggikan darjatnya atas keikhlasan usaha dan sumbangannya sepanjang hayatnya. 

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang paling dekat dengan Allah SWT.


Al-Fatiha untuk Syeikh Muhammad Abdul Sattar Khan 💚🌹

Wassalam.
🌹Hanya Ikuti Baginda ﷺ Yang Satu 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
27 Februari 2025/ 28 Sha’ban 1446
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ ۗ
‘Innad-Dīna i'nda Allāhil-Islām’,
"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam."
(Qur’ān 03:19).

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ
‘Qul in kuntum tuhibbuna Llāha fāttabi‘ūnī yuhbibkumu Llāh wa-yaghfir lakum dhunūbakum’,
"Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu."
(Qur’ān 03:31). Ṣadaqa Llāhul-‘Aẓīm.

Agama adalah Islam. Agama yang diturunkan Allah ‘Azza wa-Jalla kepada manusia adalah agama Islam. Dan ini adalah dengan kita mengikuti Nabi kita ﷺ. Mengikuti Jalan yang ditunjukkan oleh Nabi kita ﷺ ialah dengan mematuhi Perintah Allah ﷻ. Menyimpang daripadanya itu adalah penderhakaan kepada Allah ﷻ dan penentangan kepada Allah ﷻ.

Syukur kepada Allah ﷻ, umat Islam mengikuti Jalan Nabi kita ﷺ. Bagaimana seseorang itu mengikutinya? Dia (seseorang itu) mengerjakan kesemua yang Baginda ﷺ telah tunjukkan, apa sahaja yang Baginda ﷺ telah kerjakan dan ibadahnya dari solat, puasa, zakat, ḥaji. Untuk mengerjakannya seperti yang ditunjukkan oleh Nabi kita ﷺ. Dan bagaimana pula ianya berlaku? Ianya berlaku Seperti yang telah ditunjukkan oleh para ṣaḥābah kepada kita. Selepas (zaman) para ṣaḥābah datangnya para imam, (para) imam mazhab. Kemudiannya sudah tentu, terdapat para mashāyikh ṭarīqah.

Mengikuti Jalan mereka adalah wajib bagi kita; ianya adalah wājib. Sesiapa yang tidak mengikutinya akan tersesat dan terkeluar dari Jalan dengan mengikuti fikiran mereka sendiri. Kerana terdapat 124 ribu para ṣaḥābah. Anda boleh mengikuti mana-mana daripada mereka. Tetapi mereka tidak lagi mempunyai Jalan. Kerana selepas kematian setiap seorang dari mereka, selepas kematian mereka, Jalan mereka berakhir. Jalan-jalan yang telah dibuka adalah jelas.


Dari segi mazhab pula, kita hendaklah mengikuti Jalan yang telah ditunjukkan. Keluar daripada mazhab akan membingungkan seseorang dan menyesatkannya. Bilakah mazhab-mazhab akan berakhir? Apabila "مجتهد مطلق" "Mujtahid Mutlak", Mahdi ‘alayhi s-salām datang. Kemudian, beliau akan menjadikan kesemua mazhab dan ṭarīqah menjadi yang satu, kerana beliau adalah Al-Warith l-Muhammadi ﷺ, Pewaris Muhammad ﷺ. Beliaulah yang dikhabarkan oleh Nabi kita ﷺ. Tidak boleh ada selain itu. Dan sebelum itu, tiada pengangkatan (perkara) itu. Kerana orang-orang mengelirukan mereka. Mencampurkannya juga tidak boleh.

Maka, Jalan ini adalah jelas. Anda perlu melakukan seperti yang telah ditunjukkan. Sesetengah orang dengan niat yang baik berkata, “Ianya Sukar. Kami mengikuti mereka kesemuanya.” Kita tidak mampu untuk mengikuti salah seorang daripada mereka. Bagaimana anda akan mengenali mereka kesemua dan melakukannya?

Untuk ini, inilah Jalan ṭarīqah kita. Ianya terbuka. Ianya adalah jelas. Ianya mengikut syariah. Ianya tidak boleh di luar syariah. Jika anda mengatakan anda akan solat dan melakukan sesuatu yang bercampur aduk, solat itu tidak akan diterima. Tiada apa-apa yang akan diterima jika anda tidak mengikuti syari'ah. Oleh itu, orang-orang didalam ṭarīqah mesti mengikuti syari’ah. Dan mereka mesti menunaikan perintah-perintah didalam syari’ah semampu mereka. Jika mereka tidak mampu atau mereka mempunyai kekurangan maka mereka hendaklah memohon keampunan kepada Allah ﷻ.