SufiHub (Bahasa)
159 subscribers
559 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
🌹DUNIA TIDAK KEKAL UNTUK SESIAPAPUN🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
10 Disember 2024/ 09 Jumada al-Thani 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

يَخْلُقُ مَا يَشَآءُ ۚ

“Yakhluqu Mā Yashā'u”
"Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki."
(Qur’ān 05:17). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Terdapat banyak perkara dalam Ciptaan Allah ﷻ. Allah ﷻMenciptakan sesuatu dari segala jenis. Dia ﷻ Menciptakan manusia. Dia ﷻ Menciptakan Jin. Dia ﷻ Menciptakan malaikat. Dia ﷻ Menciptakan makhluk perosak dan serangga.

Syukur kepada Allah ﷻ, kami telah datang ke Dergah kami di sini dalam perjalanan ini. Ia adalah salah satu tempat indah yang telah di Ciptakan oleh Allah ﷻ di sini. Mereka yang telah berlalu dari sini tidak terkira banyaknya. Banyak bangsa yang telah di Ciptakan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla telah berlalu di sini. Sebahagian mereka beriman kepada Allah ‘Azza wa-Jalla, dan sebahagian lagi tidak beriman. Sebahagian daripada mereka kekal dalam kufur, dan sebahagian lagi kekal dengan Iman. Kesemua mereka telah datang dan meninggal dunia di sini. Allah ‘Azza wa-Jalla Menciptakan tempat ini dengan cuaca dan kawasan yang baik. Oleh itu, ramai orang telah bergaduh untuk tempat ini. Mereka bergaduh sesama sendiri. Tetapi apa yang berlaku? Hanya tempat ini yang tinggal, dan mereka telah pun pergi.

Tempat ini kepunyaan Allah ‘Azza wa-Jalla. Orang-orang atau perkara lain hanya datang ke sini dan pergi. Dunia ini bukanlah tempat yang kekal. Oleh itu, seperti yang kita katakan, berjuta-juta orang telah berlalu dari sini sebelum kita. Tiada seorang pun daripada mereka yang kekal. Mereka menjadi tanah dan hilang. Yang penting ialah Akhirah. Hendaklah Manusia mesti (menghala) kearah Akhirah. Ini yang penting. Tidak kira betapa indah dan baiknya dunia ini, ianya tidak kekal kepada sesiapa pun. Oleh itu, kita hendaklah berpaling kepada Allah ‘Azza wa-Jalla, kerana adalah baik untuk menjadi kekasihNya. Adalah baik untuk bersamaNya ﷻ
di sini dan lebih baik (bersamaNya) di akhirat.

Semuanya kekal di Akhirah. Anda tidak akan pergi ke mana-mana selepas itu. Insha’Allah berada di syurga sana yang mana tempat yang baik itu yang penting. Sebaliknya, memikirkan bahawa anda memperoleh sesuatu di dunia ini dan (tetapi) berada di luar syurga di Akhirah adalah kekecewaan yang paling teruk dan keburukan yang paling teruk. Ego orang-orang melakukan kejahatan terhadap diri mereka sendiri.

Syukur kepada Allah ﷻ, seperti yang kita katakan, orang mengambil pelajaran di sini. Dalam setiap langkah, anda melihat perkara yang dibuat oleh orang zaman dahulu, tempat yang dilawati oleh orang zaman dahulu. Terdapat wang dan harta karun mereka ditemui oleh pemburu harta karun. Mereka mencarinya di mana-mana dan sama ada mereka menemuinya, atau tidak. Orang-orang yang menyangka akan membawa (hartanya) itu telah menyerahkannya kepada orang lain. Tetapi mereka yang mengambilnya tidak sepatutnya berfikir bahawa mereka akan memilikinya. Ianya akan diberikan kepada orang lain juga. Yang kekal ialah amal baik, amal soleh. Amalan soleh ialah berada di Jalan Allah ﷻ, bersama dengan Allah ﷻ.

Semoga Allah ﷻ Memberikan akal dan kefahaman kepada manusia agar mereka berfikir dan mengambil iktibar. Mereka berkeliaran dan berkata, “Ini adalah istana. Ini adalah teater sedemikian”. Mereka melihat hasil kerja orang zaman dahulu. Sesungguhnya, mereka mempunyai kecantikan yang lebih daripada orang pada masa kini. Mereka mempunyai idea yang lebih baik, lebih banyak struktur dan bangunan. Tetapi mereka tidak membawa apa-apa dengan mereka.
Mereka meninggalkan kesemua itu dan pergi.

Umat ​​Islam sepatutnya hidup baik di dunia ini; mereka sepatutnya mempunyai cita rasa yang baik. Mereka harusnya melihat kebaikan dan keindahan. Mereka tidak sepatutnya menjadikannya buruk. Mereka tidak sepatutnya membina bangunan konkrit yang hodoh. Mereka sepatutnya melakukan perkara yang lebih indah. Allah ﷻ Menyukainya. Nabi kita ﷺ menyuruh berbuat baik. Orang-orang melakukan segala-galanya mengikut diri mereka sendiri. Tetapi kemudian mereka akan menyesal melainkan mereka bertaubat. Semoga Allah ﷻ memberikan Iman kepada kita semua. Semoga Dia ﷻ memberi Iman yang sebenar. Kerana apabila kita melihat dunia ini, ramai orang telah menyelam kedalam Dunia. Mereka tidak mengikut cara nenek moyang mereka. Mereka tidak menghantarkan apa-apa kepada mereka ke Akhirah seperti yang dikehendaki oleh nenek moyang mereka. Kita ucapkan semoga Allah ﷻ Memperbaiki mereka. Semoga Allah ﷻ Memperbaiki manusia. Semoga mereka berhenti mengejar ego-ego mereka.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹SATU PELAJARAN YANG MENCUKUPI DARI ASHABAL KAHF 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
10 December 2024/ 09 Jumada al-Thani 1446 Maqam dan Masjid As’hab Al-Kahf – Tarsus, Mersin; Türkiye

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Kita sedang berada di Maqam orang-orang suci, anak-anak muda yang disebut di dalam Al-Quran, (mereka telah) dipuji oleh Allah ‘Azza wa-Jalla.

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـٰهُمْ هُدًۭى

‘Innahum Fityatun 'Āmanū Birabbihim Wa Zidnāhum Hudan’
"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan Petunjuk kepada mereka."
(Qur’ān 18:13).
Allah ‘Azza waJalla Memberikan kemuliaan, kehormatan dan kemasyhuran kepada orang-orang yang beriman, sehingga manusia mengingati mereka hingga hari Qiyamah. Ianya adalah peringatan dan pengajaran kepada manusia. Kehidupan mereka adalah contoh tauladan.

Sementara manusia menjalani kehidupan yang paling mewah, seperti yang mereka telah katakan pada masa kini, mereka ini telah meninggalkan kehidupan ini dan segala-galanya di belakang dan (mereka telah) berlari menuju Allah 'Azza wa-Jalla.
فَفِرُّوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۖ
‘Fafirrū ilāLlāh’,
"Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat)",(Qur’ān 51:50).
Apabila ada masalah besar, Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, "Berlarilah kepada Allah ﷻ"
Orang ramai mempertaruhkan nyawa mereka berlari ke Eropah, Amerika dan saya tidak tahu di mana. Orang-orang (telah pun) mati dalam usaha untuk pergi ke sana. Allah ﷻ tidak Berfirman demikian. Allah ﷻ tidak menyuruh untuk pergi ke Eropah, Amerika atau Kanada. Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, “Berlarilah kepadaKu.” Mereka yang telah pergi ke sana, semoga Allah ﷻ Melindungi mereka.
Pemuda-pemuda ini telah melarikan diri untuk menyelamatkan agama mereka (dengan)meninggalkan segala-galanya di belakang mereka. Tetapi masyarakat kita lari untuk menyelamatkan (kehidupan)Dunia mereka. Mereka berusaha untuk pergi ke sana sambil berkata, "Mari kita pergi ke sana."

Tempat yang paling diberkati adalah tempat kita, di sini. Allah ‘Azza wa-Jalla Memberikan sesuatu yang sedemikian kepada umat Islam sehingga Dia ﷻ Memberikan perkara yang terbaik kepada umat Islam. Dan apakah perkara yang terbaik?
Ianya adalah Iman. Dia ﷻ Memberikan Iman. Dan bersama-sama dengan itu, Dia ﷻ Memberikan mereka tempat terbaik di dunia ini. Tetapi apabila mereka tidak menghargainya, mereka akan dihukum. Inilah perkaranya. Inilah pelajarannya. Dan sudah memadai. Masyarakat mestilah mengambil pelajaran (untuk) mereka daripada orang-orang suci ini. Mereka (ini) telah meninggalkan segala-galanya untuk Allah ﷻ. Dan Allah ﷻ Memberikan segala-galanya kepada mereka. Semoga Allah ﷻ Memberikan kita semua Iman seperti mereka insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌸 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ.
🌹KARĀMĀH AGUNG PARA AWLIYA🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
20 December 2024/ 19 Jumada al-Thani 1446 Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
‘Alā inna awliyā’a Llāhi lā khawfun a’layhim wa-lā hum yaḥzanūn’,
Ingatlah!, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.
(Qur’ān 10:62).
Ṣadaqa Llāhu l‘Aẓīm.
Para Awliya’(yang merupakan) hamba Allah ‘Azza wa-Jalla tidak mempunyai rasa takut dan tidak bersedih hati. Mereka menunjukkan petunjuk kepada orang-orang di bawah Perlindungan Allah ﷻ. Awliya’ adalah hamba yang diKasihi Allah ﷻ. Mereka adalah hamba-hamba yang melaksanakan PerintahNya ﷻ. Dan ada Awliya’ besar. Menjadi Awliya’ bukanlah dengan melakukan Karāmāh. Beberapa Awliya’ besar mempunyai Karāmāh. Tetapi semua orang boleh menjadi hamba yang dikasihi Allah ﷻ. Orang-orang yang melaksanakan PerintahNya adalah orang yang dikasihi Allah ﷻ. Ada orang yang Allah ﷻ Kehendaki dan Cintai.

Ada yang bertanya bagaimana untuk menjadi Awliya’. Melaksanakan Perintah Allah ﷻ, tidak semestinya dengan melakukan Karāmāh.
“Ajallul-karāmāt dawāmut tawfīq”.
Karāmāh terbesar adalah konsisten dalam apa yang anda lakukan. Jikalau solat, laksanakanlah dengan konsisten sampai akhir hayat. Dan kebaikan yang anda lakukan hendaklah berterusan. Itulah Karāmāh.

Tetapi seperti yang kami katakan, terdapat Awliya’ besar yang menjadi petunjuk bagi manusia. Terdapat Mashayikh, Sahabat, ‘Alim dan ‘Ulama, Awliya yang begitu besar. Salah satunya ialah Mawlānā Jalāluddīn Rūmī. Beliau adalah seorang yang hebat. Berjuta-juta orang telah mendapat manfaat dan mendapat hidayah berkat beliau. Mereka datang kepada Islam, dan orang Islam yang keluar dari Jalan ini kembali semula kepada Jalan ini. Seluruh dunia, Muslim dan yang bukan Muslim menerimanya atas nasihat dan dakwahnya yang indah. Mereka membaca nasihat dan buku-bukunya. Orang-orang belajar kebenaran melalui beliau. Dan yang benar itu adalah dengan berada di Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla.

Sesetengah orang menunjukkan Mawlānā Rūmī dengan cara yang berbeza. Matlamat Mawlānā Rūmī adalah untuk orang-orang sampai kepada Islam, untuk sampai kepada Iman. Dia membuka pintu untuk mereka bertaubat. Ianya adalah salah satu ucapannya yang terkenal:
“Datanglah walaupun kamu telah melanggar taubatmu. Datanglah walaupun anda telah melanggarnya seratus kali. Datang lagi,
pintu ini terbuka.”

Oleh itu, jika seseorang melakukan kemungkaran, melakukan kesalahan atau dosa sekali, pintu tidak akan tertutup. Pintu ini terbuka. Tinggalkan sahaja keburukan itu. Jangan mengejar keburukan. Pintu ini terbuka untuk anda.

Tidak ada manusia yang bebas dari kesilapan. Sesetengah orang tidak dapat mengawal ego mereka. Apabila mereka membuat kesilapan sekali, mereka berkata, “Saya sudah berdosa. Mereka tidak akan menerima saya lagi. Jadi saya boleh buat lebih teruk lagi.” Sesetengah orang berpendapat begitu. Ianya bukan seperti itu. Datanglah (dengan) hanya mengharapkan RahmatNya ﷻ. Anda (mungkin) boleh lakukan sekali atau dua kali, lima kali, sepuluh kali, atau seratus kali. Akhirnya, anda akan meninggalkan keburukan dan (perbuatan) dosa itu insha'Allah. Ini adalah kata-kata beliau yang indah. Dan terdapat beribu-ribu nasihat indah seperti ini dalam buku Mathnawi beliau yang mengagumkan. Beliau memberitahu tentang keadaan orang-orang dan menunjukkannya dengan terperinci kepada orang ramai. Oleh itu, beliau adalah dari kalangan Awliya’ besar.
Sudah tentu, Awliya’ besar telah melakukan perkara yang sangat indah agar umat manusia mendapat hidayah. Kerana (asbab) Barakah mereka, berjuta-juta orang telah mendapat hidayah dan memasuki agama (Islam). Umat ​​Islam telah bertaubat dan menebus dosa mereka. Mereka pergi ke hadirat Allah ﷻ dalam keadaan bersih melalui mereka. Dan kebaikan mereka telah tertulis untuk mereka juga. Semoga Allah ﷻ menjadikan Barakah mereka meliputi kita semua. Semoga kata-kata beliau yang indah juga adalah untuk kita insha’Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.

Terdapat bacaan Khatam, Surah-surah, Tasbihat, Tahlilat, Selawat. Kami menghadiahkan pahala itu kesemuanya pertama-tamanya kepada Nabi kita ﷺ, Ahlul-Bayt dan Sahabahnya, roh semua Anbiya, Awliya, Asfiya dan Mashayikh, roh para kerabat kita yang telah meninggal dunia, roh semua Muslim dan Mu’min. Semoga tercapai matlamat yang baik bagi mereka yang telah menbacakannya. Semoga kita diberi kekuatan Iman. Semoga kita bahagia dunia dan akhirat.

Li-Llahi Ta’ala l-Fatiha.
🌹Milad Sayyidatina Fatimah (radhiAllaHu a'nha)

Hari ini menandakan kelahiran Puteri mulia kita, puteri kesayangan Rasulullah ﷺ, hasil perkahwinan Baginda ﷺ dengan Sayyidah Khadijah binti Khuwailid (radhiAllaHu a'nha)

MANAQIB SAYYIDATU FATIMAH AZ'ZAHRA RADHIALLAHU'ANHA

Sayyidatu Fathimah Azzahra adalah anak perempuan Sayyidatina Khadijah yang terakhir dan anak terakhirnya. Beliau dilahirkan lima tahun sebelum pengisytiharan Misi Kenabian Baginda ﷺ, semasa peristiwa besar-seolah-olah Allah ﷻ, Yang Maha Tinggi, mahu orang ramai tidak melupakan kelahiran mulianya.

Malaikat Jibril ( Alaihi'Salam) telah menyampaikan berita gembira kepada Nabi ﷺ tentang kelahiran Sayyidatu Fatimah dan beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 20 Jamadil Akhir, di kota suci Mekah.

Nasabnya yang diberkati daripada bapanya Sayyidina Muhammad ﷺ ialah: ( فاطمة الزهرا ) binti; Muhammad ﷺ bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin AbduManaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin AnNadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas As bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan bin Ismail (Alaihi'Salam) bin Ibrahim (Alaihi'Salam) .

Beberapa gelaran sucinya termasuk:

1. Haura Insiyah
Bidadari dalam bentuk manusia.

Rasulullah ﷺ bersabda, anakku Fatimah adalah seperti Bidadari di syurga, setiap kali aku merindui syurga, aku akan mencium Fatimah (Ra).

2. Mansuroh
Orang yang diberi pertolongan.

Nama ini adalah yang paling terkenal di langit, Jibril Alaihi'Salam memanggilnya dengan nama ini.

3. Az-Zahra
Yang Bercahaya Agung.

Ketika beliau memasuki mihrabnya untuk beribadah dan berdoa kepada Allah, cahayanya menerangi penghuni langit seperti bintang-bintang menerangi penduduk bumi.

4. As-Siddiqoh
Yang paling jujur.

Beliau tidak pernah berbohong.

5. Al-Mubarokah
Yang membawa berkat.

Segala yang disentuhnya membawa berkat.

6. At-Thahiroh
Yang Suci,

Beliau telah disucikan oleh Allah ﷻ

7. Zakiyyah
Yang Bersih, cantik dan wangi

8. Ar-Rodhiyyah
Yang menerima segala ketentuan Allah ﷻ dan tidak pernah menolak KetetapanNya.

9. Mardhiyyah
Mendapat keredhaan dan diRedhai Allah ﷻ

10. Al-Batul
Yang terputus dari dunia.

Beliau hanya fokus kepada Allah ﷻ dan akhirat, tidak pernah melihat sesuatu selain (yang diKehendaki) Allah ﷻ.
Salah satu Karamahnya ialah beliau tidak pernah mengalami haid dan pendarahan selepas bersalin.

11. Al-Haniah
Yang Paling lembut.

12. Sayyidatun Nisa Sayyidatun Nisa Il 'Alamin, Sayyidatun Nisai Ahlil Jannah dan Sayyidatun Nisail Mukminin.
Pemimpin semua wanita di Seluruh Alam, Pemimpin Seluruh Wanita di Syurga, Pemimpin Seluruh Wanita-wanita Mukmin

13. Ummul Hasanain
Ibu kepada Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain (Ra).

Semoga kita dibangkitkan bersama-sama Beliau (di akhirat)
Al- Fatihah. 🤲🏽

Petikan daripada buku ‘A Talk by the Caller to Allah’, oleh al-Habib Muhammad ibn ‘Abd ar Rahman as-Saqqaf al-Husayni.
🌹SOLAT TIDAK BOLEH DIKERJAKAN MELALUI SIARAN LANGSUNG/LIVESTREAM🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
26 Disember 2024/ 25 Jumada al-Thani 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam bersabda didalam Hadis Sharif bagaimana seharusnya orang-orang melaksanakan solat. Terdapat trend baru; ada orang berkata “Al-Qur’an menceritakan segala-galanya. Kami tidak mahu Hadis.” Bagaimana anda akan solat jika anda tidak mahu Hadis? Bagaimana anda akan menjaga agama? Bagaimana anda akan berwudhu dan mandi wajib (Ghusl)? Tiada penjelasan (terperinci) ditunjukkan didalam Qur'an 'Azimu sh-Shan (mengenai itu). Penjelasan (terperinci mengenai itu) terdapat didalam Hadis yang disabdakan oleh Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Hadis memberitahu bagaimana kita harus melaksanakan solat dan kesemua (hal-hal yang lainnya).

Ini adalah penting. Tetapi ada isu yang berbeza sekarang. Ada orang yang melakukan perkara yang tidak logik berpandukan fikiran mereka sendiri. Tetapi isu kita agak berbeza. Mereka membuat siaran langsung solat sekarang ini. Ada siaran langsung dari Ka’bah, dari Madinah Munawwarah dan tempat-tempat lain. Beberapa orang-orang solat mengikut Imam di sana. Itu adalah kesalahan. Jika anda berada di luar (kawasan yang berjauhan dari) masjid, anda tidak boleh solat begitu. Jika ada laluan pejalan kaki di luar masjid, tidak mengapa jika seseorang itu bersolat di jalan tersebut. Tetapi jika anda telah menyeberangi jalan dan bersolat di sana walaupun ada jalan (yang lain), itu juga merupakan kesalahan.

Oleh sebab itu, ini adalah penting. Ianya tidak sepatutnya menjadi dosa bagi kita dan orang lain. Jika anda tidak berada dekat atau di belakang Imam ketika anda sedang melaksanakan solat, anda tidak boleh melakukannya. Anda mesti membuat niat anda sendiri (untuk solat) kemudian. Anda mesti solat sendiri kemudian. Anda tidak berada dalam Jama'ah ketika itu. Pahala Solat Jama'ah adalah 27 kali ganda daripada solat secara sendirian. Oleh itu, anda mestilah sama ada pergi ke masjid, atau solat bersama-sama di mana terdapatnya Jama'ah. Tidak mengapa. Tetapi seperti yang kami katakan, adalah salah untuk melaksanakan solat dari tempat terpencil melalui telefon, berpandukan (Imam yang bersolat didalam) TV, dalam siaran langsung menggunakan fon telinga/ earphone.

Dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak pahala (dengan bersolat mengikuti Imam dalam siaran langsung/live), orang-orang merosakkan solat mereka. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Kita mestilah mengajar dan memberitahu tentang perkara-perkara ini insha'Allah. Jikalau ada orang yang hendak berbuat begitu, hendaklah mereka melakukan niat untuk solat secara sendirian. Mereka tidak boleh berniat dengan
"Saya mengikuti Jama'ah mentaati Imam." Mereka boleh duduk dan berdiri bersama-sama semasa solat (ketika siaran langsung). Tetapi jika mereka mulakan solat (ketika siaran langsung) dengan niat "Saya mengikut Imam", solat itu adalah salah. Anda telah mengerjakan solat secara salah jikalau demikian. Allah ﷻ akan Menyoal anda untuk itu. Mereka yang berbuat demikian tanpa mengetahuinya hendaklah bertaubat.
Dan semoga Allah ﷻ Mengampuni mereka insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹Menyambut Rejab Suci🌹
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
‎بسم اللّه الرحمن الرحيم

InSha'Allah, bulan pertama dari tiga bulan yang mulia, Rejab Bulan Pengampunan, semakin hampir dalam sehari.
“Bulan Rejab adalah bulan Allah(ﷻ), oleh itu mereka berkata: “Fī Rajab aral ‘ajā’ib,”
“Pada bulan Rejab kamu akan melihat keajaiban; perkara pelik mungkin berlaku.”
Anda akan melihat kekuasaan Allah pada bulan Rejab.
Keadaan yang berbeza berlaku pada bulan ini.” - Mawlana Syaikh Muhammadق
Rejab 1 adalah pada hari Rabu 01/01/2025 InSha’Allah, bertepatan dengan Lefke/Turki tahun ini.

Amalan untuk hari Selasa, 31hb Disember 2024 📌 Berpuasa pada hari Selasa jika boleh, untuk menyambut bulan mulia dalam keadaan berpuasa.

📌 Berwuduk sebelum Asar.

📌 Selepas Asar, sempurnakan Adab & Awrad, duduk di atas sejadah dan dalam keadaan insaf, dengan ikhlas berniat untuk memasuki bulan-bulan suci ini memohon keampunan dan mendekatkan diri kepada Allah, dengan berniat untuk ikuti niat Grandshaykhق dan Mawlana Shaykh Mehmetق.

📌 Baca Doa Al-Mathur Grandshaykh

Pautan untuk Doa Mathur adalah dibawah ini
👇🏼

https://drive.google.com/drive/folders/1BdkafKfMv1wySxQrnqDzcZsVQ4e0iNY6

Pada Azan Maghrib,

📌 Baca Doa Bulan Baru menyambut bulan Rejab baru.

📌 Lihatlah lambang Mohor Nabiﷺ & Sandal Nabiﷺ. Selepas Solat Ishak,

📌 Lakukan Solat Sunnat Khusoma dan luangkan malam yang sangat istimewa ini dalam do'a. 👇🏼

https://drive.google.com/file/d/1BeCDBcBqvEfO6FhfuACixhHyVNk-ens6/view?usp=drivesdk

📌 Lakukan 10 Raka’at pertama Solat Sunnat Rejab. 👇🏼

https://drive.google.com/file/d/16WyCioKfvOxyc9PzR94LoXPVBE2TTQgN/view?usp=drivesdk

📌 Membaca Do'a Suci Rejab (Juga dikenali sebagai Istighfar Rejab. Terdapat banyak versi Istighfar Rejab dan semuanya boleh diamalkan.) 👇🏼

https://drive.google.com/file/d/1CVoaGY7pvKy8ia49Fbs_lgyG9_NpFwzY/view?usp=drivesdk

Hidupkanlah Malam 1 Rejab dengan memperbanyak i'badah kepada Allah ﷻ
Sayyidina Ali pernah berjaga sepanjang malam pada malam pertama Rejab.

Untuk rujukan anda:
1) Di SufiHub.com
Koleksi  Suhbah pada Rejab oleh Mawlana Shaykh Nazimق dan Mawlana Shaykh Muhammad Adilق, serta daripada Hjh Amineق dan Hjh Rukeyyiق.

Jika anda mahu, anda boleh menggunakan pautan terus ini:

https://sufihub.com/category/notes/special-practices-of-islamic-months-notes/rajab/rajab-suhbah-series/

2) Di Google Drive

Pautan kepada semua ibadah/amalan Rejab:

https://drive.google.com/drive/folders/1-K7KXEypqlj1-nkUvYUKnORZ6wtF7dSH

Semoga Allah menerima ibadah kita dan Memberikan kepada kita dan orang yang kita cintai, keampunan yang sempurna dan abadi. Wassalam.
Bismillahirahmanirahim

Amalan-amalan Bulan Rejab dari Mawlana Sultan.

Membaca zikir-zikir ini pada setiap hari :
Istighfar 100 - 1000 kali
LaailahaillAllah 100 - 1000 kali
Selawat 100 - 1000 kali
Ya Latif 100 - 1000 kali
1 Juzuk Al-Qura'n
1 Hizib Dalail Khayrat

Membaca kalimah ini setiap hari pada Sepuluh Hari Pertama Dalam Bulan Rejab (Rejab 1-10) :
SubahanAllaHil hayyil Qayyuum 100 kali

Membaca kalimah ini setiap hari pada Sepuluh Hari Kedua Dalam Bulan Rejab :
(Rejab 10-20) :
SubahanAllahil Ahadis Somad 100 kali

Membaca kalimah ini setiap hari pada Sepuluh Hari Ketiga Dalam Bulan Rejab :
(Rejab 20-30) :
SubahanAllahir Ra'uf 100 kali

Solat Sunat Rejab sebanyak 30 Rakaat. Boleh dilakukan sepanjang Bulan Rejab pada bila-bila masa sehingga cukup 30 rakaat. Dilakukan dengan mengerjakan Solat Sunat Rejab 2 rakaat sebanyak 15 kali sehingga cukup 30 Rakaat.
Pada setiap rakaat, boleh baca Surah Fatihah dan Surah al Ikhlas (Qulhuwallahu Ahad) sebanyak 11 kali.

Selamat Beramal, semoga segala amal soleh kita diterima Allah ﷻ, Aameen.
Doa Permulaan Rejab