SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
543 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌹ARAHAN UNTUK HAJI🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani

30 Mei 2024/ 22 Dhul Qa’dah 1445
Solat Isyak - Osmanische Herberge - Kall,Jerman

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm

Semoga Allah ﷻ Memberkati anda dan menjadikan anda lebih tinggi dan lebih tinggi insha'Allah, dalam setiap perkara yang baik insha'Allah. Dari Madad Mawlana, orang-orang semakin bertambah insyaAllah dengan Iman dan berkumpul untuk Allah ﷻ.

AlhamduliLlah setiap kali kami datang dalam masa yang berbeza. Kali ini, kami datang pada bulan Dzul Qa’dah, yang merupakan antara bulan yang dihormati bagi orang Islam dan bukan Islam di Arab. Untuk apa ianya dihormati? Kerana itu adalah untuk Haji, untuk Haji; ketiga-tiga bulan ini dan satu bulan Rejab. Tetapi ketiga-tiga bulan ini datangnya secara berkumpulan: Dzul Qa’dah, Dzul Hijjah, Muharram. Orang ramai mesti bermusafir untuk datang haji, jadi mesti ada keamanan daripada puak-puak ini. Mereka hendaklah berkumpul tanpa sebarang bahaya. Mereka menghormati orang yang akan menunaikan Haji. Dan ini dihormati kerana ia adalah rumah pertama didunia untuk Allāh ‘Azza waJalla, Ka’bah.

Untuk ini, walaupun mereka yang tidak tahu apa-apa tentang agama dan menyembah berhala, juga menghormati dan melakukan Tawaf. Apabila Allah ﷻ Menghendaki sesuatu: menyucikan sesuatu tempat, menyucikan sebahagian manusia, menyucikan sebahagian bulan, menyucikan sesuatu, Dia ﷻ MenghendakiNya dan manusia mengikutinya walaupun tanpa mengetahuinya. Untuk ini, mereka menghormati bulan-bulan ini. Walaupun mereka bergaduh dengan sangat teruk, mereka ini tidak boleh melawan dalam bulan-bulan ini. Tetapi walaupun dengan ini, ada orang yang kadang-kadang menipu, mereka berkata, "Kami membuat bulan ini sebelum masa mereka, atau selepas masa mereka supaya kami boleh bertarung dalam bulan ini." Tetapi ini tidak diterima oleh Allah ‘Azza wa-Jalla. Siapa yang melakukan ini adalah 'Kufur wa Dalal' (kekafiran dan kesesatan). Bulan ini dan apa yang Allah ﷻ berikan untuk Menghormati Makkah, Madinah, Quds adalah satu rahmat yang istimewa.

Sekarang adalah masa untuk ini [Haji]. AlhamduliLlah berjuta-juta orang yang dapat ke sana cuba pergi. Apabila Sayyidina Ibrahim membinanya, ia telah musnah dan tiada apa-apa di situ. Sayyidina Ibrahim membinanya semula.
Ia mula-mula dibina, kemudian dimusnahkan dan tiada siapa yang mengetahuinya. Selepas itu, Sayyidina Ibrahim ‘alayhi s-salam membinanya semula; Allah ‘Azza wa-Jalla Memerintahkannya. Allah ﷻ Memerintahkannya untuk membangunnya dan setelah membangunnya memanggil adzan, menyeru orang untuk Haji. Apabila Sayyidina Ibrahim melihat, tidak ada sesiapa di situ, tetapi dia mengumandangkan azan. “ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍۢ”,
“Ya'tīna Min Kulli Fajjin `Amīq”,
“Mereka akan datang dari setiap laluan yang jauh.” (Qur’an 22:27). Orang akan datang dari tempat yang sangat jauh, dari tempat yang sangat dalam. Mawlana Syaikh berkata, sesiapa yang mendengar adzan ini akan pergi Haji.
Dan sesiapa yang tidak mendengarnya, tidak ada Naseeb (tidak ditakdirkan) untuknya.

Salah satu rukun Islam adalah pergi Haji, sihat dan mampu pergi. Ia adalah perintah bagi setiap muslim. Allah ﷻ Memberikan dariNya ﷻ khazanahNya yang tidak terhingga, penuh dengan pemberian untuk orang yang pergi Haji. Dia menjadi bersih dari setiap kekotoran dosa. Allah ﷻ Mengampuninya atas segala perbuatannya. Untuk apa yang Allah ﷻ ada pada hambaNya ﷻ, Dia ﷻ Mengampuni segala-galanya. Dia menjadi bersih seperti bayi yang baru lahir. Dan untuk perkara yang dilakukan kepada orang lain, dia mesti mencarinya dan meminta ampun kepada sesiapa yang dia aniaya, dari sesiapa yang dia menipu atau melakukan sesuatu yang membahayakannya, jika dia boleh meminta ampun, dia mesti. Ramai orang telah Waswas (berbisik), "Kami telah melakukan ini, kami telah melakukan itu, adakah Allah ﷻ akan Mengampuni kami?" Allah ﷻ akan Mengampuni apabila hambaNya ﷻ meminta. Tetapi yang pasti, apabila anda pergi Haji, Allah ﷻ Mengampuni semua dosa-dosa anda.
Anda menjadi bersih dari kotoran.
Dan selain itu, apabila anda solat di Ka’bah, Allah ﷻ Memberi anda [pahala] untuk setiap solat itu sebagai seratus ribu solat. Seratus ribu - anda tidak mampu melakukan solat sebanyak ini dalam mungkin 30 tahun. Dalam satu solat, anda mendapat semua berkat ini. Ramai orang tidak terlalu berminat dengan perkara ini. Mereka berkata, “Kami solat di hotel, di luar Ka’bah. Ia masih dalam Haram. Ia adalah ganjaran yang sama.” Kali terakhir kami pergi, kami tiba di Makkah, mungkin 30 kilometer jauhnya dari Ka'bah, pemandu bas berkata, "Sekarang kamu berada di Haram, di mana sahaja kamu solat, Allah ﷻ Memberi kamu seratus ribu pahala." Sudah tentu ia adalah Haram, jadi orang bukan Islam tidak boleh memasukinya. Tetapi untuk solat, Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berkata dalam Hadis, menunaikan satu Solat di Masjid al-Haram sama dengan seratus ribu dari masjid lain. Dalam Hadis lain, Baginda ﷺ juga berkata, “Solat di masjidku ﷺ sama dengan seribu kali dari mana-mana masjid kecuali Ka’bah, Masjid al-Haram yang sama dengan seratus ribu kali.” Maka walaupun dengan ini, syaitan suka menipu orang untuk tidak mendapat pahala yang lebih. Syaitan tidak putus harapan untuk mengambil pahala ini dan membiarkan mereka melakukan dosa. Kerana juga jika anda membuat dosa di sana, ia juga sama: anda akan membuat dosa seratus ribu kali jika anda melakukannya di Masjid al-Haram. Untuk ini, dia suka membuat orang tidak mendapat ganjaran ini.

Oleh itu, mereka yang pergi Haji mestilah berhati-hati dalam hal ini: janganlah berdebat, jangan bergaduh dengan sesiapa pun. Dia hanya perlu melakukan ibadahnya, I’badah dan menjaga dirinya, mengawal ego dan mengawal dirinya. Dia tidak boleh membuat syaitan untuk bergembira. Pernah terjadi sesuatu kepada Bāyazīd al-Basṭāmī atau syaitan menyebabkan dia tidur sebelum Subuh sehingga dia tidak bangun dan dia melewatkan solat Subuh. Dia terjaga apabila matahari terbit. Dia sangat tidak berpuas hati. Dia sangat sengsara. Dia menangis, menangis dan menangis kerana telah tertinggalnya. Dia menunaikan solat itu dan selepas itu Allāh ‘Azza waJalla Memberinya dengan ilham Perintah untuk melihat. Dia melihat dan tertulis: Allah ﷻ Menerima solatmu sebagai tujuh puluh ribu solat. Dia benar-benar ikhlas dan sangat sedih dengan apa yang telah berlaku. Selepas beberapa ketika, mungkin kurang setahun atau lebih, dia tidur semula dan dia hampir meninggalkan solat lagi. Syaitan datang dan mula menendangnya, “Bangun! Kamu akan terlepas solat.” Dia bertanya kepadanya, "Bagaimana kamu melakukan kebaikan ini kepadaku?" Dia berkata, “Tidak, saya tidak akan meninggalkan awak seperti kali terakhir. Sekali cukup bagi saya. Kamu tidak akan membuat saya tidak gembira lagi dengan mengambil tujuh puluh ribu ganjaran. Untuk ini, dalam Haji terdapat banyak pahala; terlalu banyak. Maka syaitan cuba mengambil kesemuanya sebelum para Haji pulang ke negerinya. Ramai orang sebelum pulang daripada menunaikan Haji telah kehilangan sebahagian besar pahala yang telah diberikan oleh Allah ﷻ kepada mereka.

Haji bukanlah mudah, walaupun segala-galanya kelihatan mudah sekarang. Untuk tiba dari Makkah ke Madinah Munawwarah adalah sangat mudah. Namun, Allah ﷻ telah Menyukarkannya dengan cara yang berbeza. Dia ﷻ Meletakkan seseorang untuk membuatnya lebih sukar, seseorang untuk membuat anda tidak gembira. Tetapi semua ini, anda mesti tahu bahawa ini adalah sejenis kesukaran Haji. Seperti yang kita katakan, sukar untuk bersabar dengan orang-orang ini. Mereka tidak tahu bagaimana untuk melayan orang. Jika kita melakukannya, "Kita boleh melakukannya dengan lebih baik." Tidak. Ini bukan urusan anda, bukan kerja anda.

Apa yang paling penting bagi anda adalah mengetahui setiap kesulitan itu adalah daripada Allah ‘Azza wa-Jalla. Dan untuk setiap kesulitan yang anda bersabar dan terima, Allah ﷻ Memberi kamu pahala untuk ini. Jika anda melakukan ini, anda akan berasa tenang dan gembira. Sebanyak mana hambaNya ﷻ menerima, Allah ﷻ akan Redha kepadanya. I’badah dan ibadah Haji ini akan lebih diterima.
Jika anda melakukan Shukur dan berterima kasih kepada Allah ﷻ, Allah ﷻ akan Memberi ganjaran kepada kamu dan kamu akan kembali dengan segala Pemberian tanpa memberikan [kehilangan] apa-apa untuk syaitan. Ini juga bukan sahaja untuk Haji tetapi juga untuk kita,
di mana-mana. Jika anda bersabar, Allah ﷻ Memberimu pahala.
"إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّـٰبِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍۢ ١٠"
‘Innamā Yuwaffás Sābirūna Ajrahum Bighayri Ĥisāb’,
‘Sesungguhnya orang yang sabar akan diberikan pahala mereka dengan tanpa batas.’
(Qur’an 39:10).
Dan apabila anda mengetahui ini, anda tidak akan mempunyai lagi kesedihan, tiada lagi kebimbangan, tiada lagi serangan panik.
Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dan Memberi ganjaran kepada kita, dan membantu kita untuk berbahagia denganNya ﷻ insya Allah.
Terima kasih.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia.

Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ
🌹MALAM-MALAM YANG PALING PENTING🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
07 June 2024/ 01 Dhul Hijjah 1445
Solat Subuh – Bruder Klaus, Switzerland

A‘ūdhu biLlāhi mina sh-shayṭāni r-rajīm.
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:


" وَٱلْفَجْرِ ١ وَلَيَالٍ عَشْرٍۢ ٢"
(Qur’ān 89:01-02).
‘Wa l-Fajr (01) Wa Layālin ‘Ashr’,
"Demi fajar (01)Demi malam yang sepuluh"

Allāh ‘Azza wa-Jalla Bersumpah dalam ayat-ayat di Surah ini pada 10 malam-malam ini.
Malam pertama adalah malam tadi. Terdapat banyak - tidak begitu banyak, tetapi terdapat malam-malam suci yang diberkati. Sepuluh malam-malam (terawal bulan Zulhijjah)
ini adalah yang paling penting bagi kita.

Allah ‘Azza wa-Jalla Menjadikan ini untuk orang-orang Mu’min dan orang-orang Islam agar mendapat pahala yang lebih. Kerana ada banyak hari, setiap satu lebih berharga daripada yang lain, lebih banyak pahala dari Allah ﷻ pada hari-hari ini. Lebih-lebih lagi pada hari ke 8 dan ke 9 bulan ini. Apabila anda melakukan I’badah, beri'badah, anda mendapat lebih banyak pahala di malam-malam ini. Sesiapa yang boleh berpuasa dalam 9 hari ini, lagi bagus. Mungkin 9 hari atau sekurang-kurangnya pada hari ke 8 dan hari ke 9; juga sangat penting. Atau anda mesti berpuasa sekurang-kurangnya pada hari
ke 9 [Dzul Hijjah].

AlhamduliLlah kita sampai ke sini bersama-sama. Kita berkumpul kerana Allah ﷻ, Allah ﷻ Memberi ganjaran kepada anda, insyaAllah. Semoga Allah ﷻ Menerima I’badah kita, solat kita dan mencucuri kita dengan Rahmat-Nya dan setiap perkara yang baik insyaAllah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
Amalan Zikir untuk Bulan Zulhijjah
🌹PERMATA YANG PALING BERHARGA🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
08 Jun 2024/ 02 Dhul Hijjah 1445
Solat Subuh – Bruder Klaus, Switzerland

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

AlhamduliLlah, Allah ﷻ Memberikan kita suatu yang paling berharga. Dia ﷻ Memberi kita Iman, kepercayaan. Ini adalah perkara yang paling berharga kerana ia adalah Permata. Ia adalah Permata yang sangat berharga. Permata mempunyai musuh. Mereka mahu mencuri ini daripada anda. Musuh pertama ialah syaitan. Untuk ini, orang ramai merasa sukar sepanjang masa untuk menyimpan Permata ini dan sedang bergelut.

Jadi insha’Allah, dengan Barakah Awliyā’uLlah dan dengan Barakah Mashayikh, kita dapat mengekalkannya (lebih) kuat insha’Allah. Semoga Allah ﷻ Membantu kita untuk menjaga Iman kita insyaAllah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹ADAB ADALAH KEMANUSIAAN 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
12 Jun 2024/ 06 Dhul Hijjah 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

BismiLlahi r-Rahmani r-Rahim - Saya tidak dapat mengingati Ayat ini sepenuhnya. Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman didalam Al-Qur’an ‘Azimu sh-Shan apabila anda datang ke suatu rumah, mintalah izin dari (orang)rumah itu untuk memasukinya. Jika anda diberi kebenaran, maka masukinya.
Jika mereka tidak memberi kebenaran, "
"فارجعوا ",
"Farji'ou",
"Kemudian pergi."
(Qur’an 24:28) – maka pergilah dari sana.
Allah ‘Azza wa-Jalla tidak Memerintahkan untuk berkeras.

Quran ‘Azimu sh-Shan mengajar Adab kepada manusia. Ia mengajar Adab dan kemanusiaan bersama dengan Adab. Adab bermaksud kemanusiaan. Kekurangan Adab adalah apa sahaja yang anda tahu untuk memanggilnya. Oleh itu, khususnya ahli Tareqah wajib mengambil berat perkara ini. Adab diperlukan di beberapa tempat. Adab diperlukan di mana-mana, tetapi di beberapa tempat ianya lebih penting.

“Tidak, ini bukan…” Sesebuah rumah mempunyai penghormatan tersendiri dari segi agama dan tradisi. Secara tradisinya bermakna ia adalah sesuatu yang diketahui secara meluas. Tetapi malangnya, kerana kita hidup di akhir zaman sekarang, setiap orang membuat sesuatu mengikut fikiran mereka sendiri dan menganggap itu betul. Yang betul itu adalah adab.

Orang-orang zaman dahulu, (zaman kerajaan) Uthmaniyyah, mereka mempunyai Adab, semoga Allah ﷻ Meninggikan Maqam mereka. Tiada lagi Adab sejak selepas Uthmaniyyah. Tidak ada Haya’ (rasa malu). Salah satu perkara yang Nabi kita ﷺ Sabdakan bahawa ianya akan hilang adalah ini. Apa yang disabdakan oleh Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam sedang muncul. Kita mesti melihat Sabda Baginda ﷺ sebagai suatu Perintah, khususnya ahli Tarekat. Oleh itu, apa sahaja yang ada, kita mesti belajar daripadanya.

Seperti yang kami katakan, Uthmaniyyah juga telah membuat sebuah buku yang dipanggil "Adab Irfan" tentang cara berkelakuan dan bertindak. Mereka membuat buku yang menunjukkan kebaikan dan keburukan supaya orang ramai tidak keliru. Sudah tentu, seperti yang kami katakan, tidak ada kesan peninggalannya. Semoga Allah ﷻ Meredhai mereka. Insha Allah semoga kita semua mengikuti jejak mereka.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🔔 Pengumuman - إعلان

BismiLlahi r-Rahmani r-Rahim,
Di Bawah Pengawasan, Keberkatan dan Perkenan Sultan kita,
Inilah Kewajipan Hari Arafah.

InsyaAllah Hari Arafah ialah pada Sabtu 15/06/2024.

Mawlana insyaAllah akan berpuasa pada 8 dan 9 Dzulhijjah iaitu hari Jumaat (14/6/24) dan Sabtu (15/6/24).


Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm: -

100 – 1,000 : La ilaha illaLlahu Wahdahu la Sharika Lah, Lahul-Mulku Wa Lahul-Hamdu, Yuhyi Wa Yumitu, Wa Huwa ‘ala Kulli shay’in Qadir

1,000 : Astaghfirullah
100–1,000 : Surat Al ikhlās 100–1,000 :
SubhanaLlah, wal HamduliLlah, wa la ilaha illaLlah, wa Llahu Akbar -

100 – 1,000 : Salawat (Allahumma salli aa’la Muhammadin wa aa’la ‘ali Muhammadin wa sallim)
.
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia.

Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ
🌹 SHARĪÁH🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
23 June 2024/ 17 Dhul Hijjah 1445
Lefke, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
"إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ ۗ"
‘Inna d-Dīna inda Allāhi l-Islām’,
"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam."
(Qur’ān 03:19).
Agama di sisi Allah ﷻ ialah agama Islam.
Semua Nabi diutus kepada manusia atas agama ini. Inilah asasnya pada zaman mereka; beribadah kepada Allah ﷻ, berada di Jalan Allah ﷻ, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.

Inilah prinsip agama, pada asasnya. Tetapi terdapat juga butiran khusus. Setiap Nabi mempunyai shari‘ah yang berbeza iaitu hukum – undang-undang Islam, atau undang-undang yang dibuat untuk manusia tentang cara hidup dari sudut agama dan ketertiban sosial. Shari‘ah itu bermaksud hukum. Ianya berbeza. Setiap tempat berubah dari umat kepada umat sepanjang masa sehingga Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam datang. Nabi kita ﷺ Bersabda dalam khuṭbahnya ﷺ yang terakhir, khuṭbah perpisahan di ‘Arafāt,
“Agama kita telah sempurna pada hari ini.”
Agama kemanusiaan sudah lengkap. Tiada lagi perubahan, kerana adanya Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Tidak ada seorang pun setelahnya ﷺ. Manusia akan meneruskan agama dan shari‘ah ini sehingga hari kiamat. Agama yang lain dan shari‘ah yang lain mengalami sedikit perubahan. Ramai daripada mereka.

Kami pergi ke suatu tempat dalam perjalanan terakhir kami ke Eropah. Pertapa mempunyai bilik mereka di sana di mana ianya dilarang untuk bercakap. Mereka boleh keluar ke bilik lain dan bercakap selama sejam. Kami pergi ke tempat lain. Terdapat juga sebuah biara untuk pertapa. Terdapat satu komuniti dengan kanak-kanak yang sedang bercakap. Seorang paderi datang pada satu ketika itu. Dia tidak banyak cakap. Kemudian kami faham mereka mempunyai dua jam berdiam diri sebagai ibadah. Orang kita sudah tentu membuat bising. Tetapi lelaki itu adalah dengan adab. Dia tidak berkata apa-apa.

Kadang-kadang mereka mempunyai perkara seperti ini dalam shari‘ah mereka. Sayyidinā Zakarīyā ‘alayhi s-salām telah (di Perintahkan) oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla untuk memberi isyarat kepada kaumnya dan berkata "Aku tidak akan bercakap (kerana patuh pada) Perintah Allah ﷻ. Kamu teruskanlah beribadat."
Tetapi semua ini telah dikeluarkan. Mereka disingkirkan yang bermaksud ibadah ini tiada dalam Islam - tidak bercakap dan berdiam diri sebagai ibadah. Kamu berdiam diri dalam khalwah, dan berzikir kepada Allah ﷻ. Anda bercakap hanya apabila ada keperluan dan mengelakkan perbualan duniawi. Tetapi Perintah itu telah ditarik balik untuk orang Islam. Tidak ada Perintah seperti itu lagi. PerintahNya adalah untuk mengikuti Jalan Nabi Suci kita ﷺ.

Pada zaman Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, tiga orang datang. Seorang daripadanya itu berkata, "Saya tidak akan tidur. Saya akan beribadat sepanjang masa dan tidak akan tidur." Seorang lagi berkata, "Saya akan sentiasa berpuasa. Saya tidak akan berbuka puasa." Yang ketiga berkata "Saya tidak akan berkahwin dan membina keluarga." Apabila Nabi kita ṣallá Llāhu 'alayhi wa-sallam mendengar ini, Baginda ﷺ memanggil mereka dan memberitahu mereka, "Saya tidur dan saya bangun. Saya berpuasa, dan ada kalanya saya tidak berpuasa. Dan saya berkahwin. Sesiapa yang mengikuti sunnahku adalah dari umatku. Sesiapa yang tidak melaksanakan sunnah maka mereka tidak diterima."
Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam menunjukkan ini sebagai pengajaran kepada umat bahawa apabila seseorang melakukan sesuatu perkara yang mereka suka dengan menyangka ianya adalah baik, (yang pada hakikatnya) mereka tidak melakukan kebaikan. Mereka memuaskan ego mereka dan mereka berfikir, "Saya melakukan ini. Malah Nabi pun tidak melakukan ini."
Astaghfiru Llāha l-‘Aẓīm.
Oleh itu, daripada melakukan kebaikan yang besar, mereka melakukan dosa.
Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Agama kita mudah. Agama adalah untuk semua manusia. Sehingga hari kiamat, kita berada di atas agama ini. Dan sebagai perincian khusus, terdapat Ijtihad. Terdapat mazhab. Orang zaman sekarang tak terima hadis pun. Mereka berkata anda mesti menyemak Al-Quran. Anda mesti melakukan seperti yang tertulis dalam Al-Qur'an. Anda tidak faham apabila anda membaca surat khabar. Bagaimana anda boleh memahami Al-Quran? Itu adalah satu lagi plot syaitan. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Oleh itu, anda mesti mengikuti mazhab, ṭarīqah dan melakukan sebanyak yang mungkin. Tetapi shari‘ah adalah shari‘ah. Kita tidak boleh menafikannya.
Jika anda tidak boleh melakukan sesuatu,
ia adalah perkara yang berbeza. Tetapi semoga Allah ﷻ Melindungi kami, jika anda mengingkari shari‘ah, maka anda membuat kesilapan besar dan berdosa . Semoga Allah ﷻ tidak Memisahkan kita semua dari Jalan yang benar
in shā Allāh.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.