🌹BULAN KEAMPUNAN 🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
23 March 2024/ 13 Ramadan 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
"لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ ٥٣"
(Qur’ān 39:53) ‘Lā Taqnatū Min Raĥmati Allāhi ۚ 'Inna Allāha Yaghfiru AdhDhunūba Jami’āan, ‘Innahu Huwa Al-Ghafūru Ar-Raĥīm’,
Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya."
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Janganlah berputus asa dengan Rahmat Allah ﷻ, Firman Allah ‘Azza wa-Jalla. Allah ‘Azza wa-Jalla Mengampuni segala dosa-dosa. Ada orang berkata, “Saya sudah berdosa. Saya mempunyai banyak dosa.
Saya tidak dapat menyingkirkan mereka. Lebih baik saya terus melakukan kejahatan dan dosa." Mereka hilang harapan kepada Allah ﷻ. Itu salah.
Allah ‘Azza wa-Jalla Mengampuni segala dosa-dosa selama mana anda memohon keampunan. Dia ﷻ ialah Arhamu Rahimeen. Allah ‘Azza wa-Jalla Maha Penyayang. Manusia tidak boleh memaafkan kebanyakan masa. Mereka tidak boleh melakukannya dalam hati mereka. Tetapi Allah ‘Azza wa-Jalla Mengampuni segala dosa-dosa, segala keburukan yang telah dilakukan, segala yang telah dilakukan. Dia ﷻ Memaafkan mereka.
Bulan ini adalah bulan yang indah. Ia adalah bulan Pengampunan. Itu adalah nama lain untuknya. Ia adalah bulan Pengampunan Allah ﷻ. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana Allah ﷻ Mengampuni manusia. Menyesal kerana telah melakukan dosa-dosa dan memohon ampun kepada Allah ﷻ untuk kemuliaan bulan ini adalah keindahan yang besar di bulan ini.
Sentiasa ada Pengampunan. Tetapi lebih banyak lagi nikmat di bulan ini. Kebaikan dan sedekah lebih diterima. Memandangkan semua itu lebih dapat diterima pada bulan ini, lihatlah itu sebagai peluang. Hendaklah kamu bertaubat atas apa jua tabiat buruk yang kamu ada seperti meminum arak, berjudi, berzina, mencuri dan kurang ajar; dan mintalah pertolongan daripada Allah ﷻ pada bulan ini supaya anda tidak terlibat dengan semua itu lagi.
Sementara itu, terdapat tabiat buruk yang kebanyakan orang tidak boleh berhenti sama sekali apabila mereka mulakan iaitu perbuatan merokok. Bulan ini adalah peluang yang baik untuk berhenti daripadanya. Ia akan menjadi lebih mudah. Mereka akan terbiasa kerana sudah sebulan tidak merokok. Tidak jelas apakah itu dosa, atau makruh. Tetapi sudah tentu, ia adalah perkara yang sangat buruk. Ia memperhambakan orang dan tidak meninggalkan ego mereka.
Orang zaman dahulu menyebutnya sebagai alat pacifier syaitan. Orang ramai tidak boleh berhenti daripada itu. Sama seperti bayi tidak boleh berhenti susu ibu, orang tidak boleh berhenti tabiat buruk ini apabila mereka terperangkap olehnya. Mereka mahu berhenti tetapi mereka menjadi hamba. Mereka mahu menyingkirkannya tetapi tidak boleh. InsyaAllah mereka akan menghilangkannya dengan Barakah bulan ini. Mereka hendaklah meminta pertolongan daripada Allah ﷻ dan Keampunan daripada Allah ﷻ serta memohon agar diselamatkan daripada kesusahan ini. Ia adalah sesuatu yang buruk tanpa satu atom pun manfaat dari segala aspek. Semoga Allah ﷻ Menyelamatkan orang-orang yang ditimpa musibah itu insyaAllah.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.

Adab Malam Laylatu l-Qadr
- Niat
- Adab Tariqah
- Solat Tarawih
- Solat Sunat Tasbih - 4 Rakaat
- Solat Sunat Syukur - 2 Rakaat
- Istighfar (Astaghfirullah) 100 kali
- Selawat 100 kali
- Tunaikan Solat Sunat Qiyamullail
2 Rakaat sebelum tidur dan bangkit untuk menunaikan Solat Sunat Tahajjud sebelum Solat Subuh
- Bacalah Dua', Bertasbih, bacakan Awrad, dan Membaca Al-Qura'n sehingga waktu Subuh.

🌹Laylatu l-Qadr – Malam Yang Berharga🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
05 April 2023/ 26 Ramadan 1445
Lefke, Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Syukur kepada Allah ﷻ, dalam shā’a Llāh malam ini, Laylatu al-Qadr biasanya berlaku pada 27 [Ramadhan]. Terdapat sūrah khusus untuk Laylatu al-Qadr. “
"إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ"١
‘Innā anzalnāhu fī laylati l-qadr’,
'Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Alquran) pada malam qadar.' (Qur’ān 97:01).
Allah ‘Azza waJalla Berfirman,
“Kami menurunkan Al-Qur’an ‘Aẓīmu sh-Shan pada malam ini.” Malam ini adalah malam yang suci. Sudah tentu, tidak jelas mengenai pada hari apakah itu. Dengan Kebijaksanaan Allāh ‘Azza wa-Jalla, Dia ﷻ telah menyembunyikan malam itu. Barakah malam itu adalah sebanyak seumur hidup. Seribu bulan adalah seumur hidup. Lapan puluh tahun adalah lebih kurang umur orang biasa. Satu malam, dengan Hikmah Allah ﷻ, lebih baik daripada seribu bulan.
Ini adalah hadiah yang hebat untuk orang ramai. Ia adalah Anugerah istimewa dari Allāh ‘Azza waJalla kepada Ummati Muhammad ﷺ. Tidak pernah ada sesuatu seperti ini sebelum ini. Laylatul Qadar hanya untuk Nabi kita ﷺ, kerana Al-Qur’an diturunkan pada malam itu, Al-Qur’an diturunkan untuk Nabi kita ﷺ, khusus untuk Baginda ﷺ.
Ia boleh berlaku pada mana-mana hari, kata Nabi kita ﷺ. Laylatu al-Qadr boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun, walaupun di luar Ramadan. Oleh itu, seseorang itu hendaklah sentiasa berusaha. Sebagaimana dia melakukan ibadah dan ketaatan pada malam Laylatu al-Qadr, dia juga mesti melakukannya pada malam-malam yang lain. Dia akan menemuinya, dengan Izin Allah ﷻ. Dia pasti akan menemuinya. Kerana jika anda tidak terlepas mana-mana malam, anda akan menemui Laylatu l-Qadr iaitu satu malam dalam setahun. Anda akan menerima barakahnya. Semoga Allah ﷻ Menjadikan barakah malam yang indah ini sampai kepada kita,
in shā’a Llāh.
Juga, kadang-kadang orang telah melakukan kejahatan, pemberontakan dan dosa-dosa sepanjang hidup mereka. Apabila dia bertaubat untuk itu dalam satu malam atau dalam satu jam, seluruh hidupnya berubah menjadi kebaikan dan kecantikan. Ini adalah satu lagi berita gembira untuk Ummati Muhammad ﷺ. Apabila seseorang yang memuliakan Nabi kita ﷺ, beriman kepada Baginda ﷺ , dan mengikuti Jalannya ﷺ bertaubat, semua dosanya diubah menjadi pahala, ia berubah menjadi thawab (pahala).
Oleh itu, ini adalah berita gembira untuk Ummati Muhammad ﷺ. Setiap masa, Allāh ‘Azza wa-Jalla Menyeru kita kepada keindahan dan untuk mencapai Anugerah-Nya yang indah. Tetapi malangnya, orang tidak mendengar. Jika ada sesuatu yang murah di suatu tempat, mereka lari ke sana. Mereka tidak menerima pemberian sebenar yang diberikan oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla, atau mereka tidak mengambil berat tentangnya. Kemudian, mereka menyesal. Sudah tentu, ia akan terlambat untuk penyesalan itu.
Semoga Allah ﷻ Merahmatimu malam ini. Nabi kita ﷺ Bersabda untuk berdoa pada malam ini. Anda mesti berdo'a setiap malam. Du'ā' Baginda ﷺ ialah: “Allāhumma inni as'aluka l-'afwa wa-l-'āfiyata wa-l-mu'āfāta t-dā'imah fī d-dīni wa d-dunyā wa-l-ākhirah. ” “Allāhumma innaka ‘afuwwun tuḥibbu lʻafwa fā-‘fu ‘anna.” Artinya: Semoga Allah ﷻ Mengampuni kita. Semoga Dia ﷻ Memberikan kita kesihatan yang baik. Kedua-dua kesihatan dan kesejahteraan adalah penting bagi manusia, bagi orang Islam. Nabi kita ﷺ juga Bersabda untuk berdoa agar kita tidak diuji dengan mereka itu. Jika do’a itu dimakbulkan, seseorang boleh melakukan segala-galanya, beramal dan beribadat dengan selesa. Semoga Allah ﷻ Menerima doa-doa yang indah itu. Sebarang doa tidak ditolak di hadapan Allah ﷻ, dengan Izin Allah ﷻ.

Semoga Allah ﷻ Menjadikan malam ini diberkati untuk kita dan semua malam kita,
in shā'a Llāh.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
in shā'a Llāh.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
Berkata Shaikh HABIB 'UMAR BIN HAFIZ
Barangsiapa berniat puasa enam hari bulan Syawal, hendaklah dia membuat niat untuk melakukannya di bulan Ramadhan ini lagi supaya mereka memperoleh pahala daripada niat dengan berkali ganda sehingga tujuh puluh kali ganda.
Daripada amalan orang-orang yang bertaqwa terdahulu adalah bahawa mereka akan membuat niat di bulan Ramadan lagi untuk bulan-bulan yang mendatang agar mereka memperoleh pahala yang berganda daripada niat tersebut pada bulan Ramadhan.
Sebagai contoh, berniat untuk; berpuasa enam hari Syawal, puasa Isnin dan Khamis, berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, berbuat baik kepada ibu bapa, mengekalkan ikatan persaudaraan , memlerbanyak solat-solat sunat dan doa'.

Bekata Imam Ghazali
“ Sesiapa yang pada Hari Raya membacakan "SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI", 300 kali dan memberikannya menghadiahkan pahala (berkatnya) sebagai hadiah kepada orang Islam yang telah meninggal dunia, maka 1,000 cahaya keberkatan akan memasuki kedalam kubur setiap muslim. Dan apabila orang yang bacakan itu meninggal dunia pula, maka Allah ﷻ akan Menghantarkan 1000 cahaya keberkatan kedalam kuburnya itu pula".
(Mukaashifa-tul-Quloob)

🌹 SISI KEROHANIAAN EIDUL FITRI🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
10 April 2023/ 01 Shawwal 1445
Lefke, Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Selamat ‘Īdu l-Fiṭr! Semoga ianya penuh dengan barakah. ‘Īd ini adalah Karunia Allah ‘Azza wa-Jalla kepada kita, Ummat Muḥammad. Ia adalah pesta kerohaniaan dan berharga kerana ini. Pada hari terakhir Ramadhan Allāh ‘Azza wa-Jalla Memberikan pembebasan bersama dengan iftar bagi orang yang berpuasa. Dia ﷻ Memberikan Pengesahan kepada umat Islam mengenai penerimaan puasa dan ibadah mereka. Kepada mereka yang melakukan ibadah yang indah ini dan menyempurnakan bulan itu, ia adalah Hari Raya. Inilah jamuan sebenar. Ia adalah pembebasan yang diberikan kepada kamu oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla untuk ākhirah kamu; ia adalah dokumen. Ia adalah sesuatu yang paling besar manfaatnya kepada manusia.
‘Īd menjadi ‘Īd kerana itu. Jika tiada kerohanian didalam dunyā, pesta itu tidak ada gunanya. Ia tidak lain hanyalah keburukan. Orang ramai membuat pelbagai hari kebesaran sesuka hati. Mereka membuat ini dan itu. Dan mereka membentangkannya kepada orang ramai sambil berkata "Ia adalah hari cuti negara kita. Ia adalah tradisi kita. Ia adalah perkara kita." Tiada satu pun daripada itu semua mempunyai apa-apa nilai. Kerana itu semua tidak mempunyai nilai rohani. Tiada keistimewaan yang diberikan kepada itu semua oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla. Keistimewaan diberikan kepada ‘Īdu l-Fiṭr dan ‘Īdu l-Aḍḥá ini. Sudah tentu, ‘Īdu l-Aḍḥá mempunyai nikmat dan pemberian yang berbeza. ‘Īdu lFiṭr mempunyai (karunia) yang berbeza.
Allāh ‘Azza wa-Jalla Memberi peluang kepada manusia supaya mereka mendapat manfaat daripada nikmat-nikmat Pemberian ini. Dan untuk mengunjungi satu sama lain pada Hari Raya ini untuk berkongsi kegembiraan membawa thawāb (pahala). Apabila orang-orang mukmin pergi mengunjungi satu sama lain, diberikan pahala untuk setiap langkah (mereka), dan dosa-dosa diampuni. Thawab (pahala) telah ditulis dan darjat mereka bertambah. Disebabkan majlis-majlis ini, walaupun ada yang tidak beribadat, masih ramai yang menziarahi antara satu sama lain. Itu membawa manfaat kepada orang-orang juga. Seperti yang kita katakan, tiada faedah dalam percutian yang diada-adakan oleh orang. Selain manfaat, terdapat banyak kemudaratan.
Oleh itu, kita mesti berada di Jalan Allah ﷻ. Siapa yang berada di Jalan Allah ﷻ menang. Dia tenang, dia mempunyai barakah, dan dia memenangi ākhirahnya. Orang ramai tidak solat dan tidak pergi Jum‘ah pada zaman dahulu juga. Dahulu ada orang yang solat hanya pada hari ‘Īd sahaja. Saya tidak tahu tentang sekarang ini. Mungkin, mereka tidak melakukannya walau itu juga sekarang.
Tetapi semoga Allah ﷻ Memberi Petunjuk. Itu juga bermanfaat untuk orang ramai. Semoga Allah ﷻ Memberi Petunjuk kepada manusia. Semoga mereka merasai keindahan ini. Semoga mereka mendapat bahagian daripadanya. Orang beriman mendoakan kebaikan kepada manusia. Orang beriman tidak dengki kepada orang lain. Mereka yang dengki bukanlah mu’min. Mereka tidak mempunyai imān dalam hati mereka. Orang yang tidak ingin orang lain mendapat manfaat, yang tidak mendoakan kebaikan kepada orang lain itu bukanlah mu’min. īmān mereka tidak sempurna.
Oleh itu, kami mendoakan kebaikan kepada seluruh umat manusia, in shā’a Llāh. Kami mendoakan kebaikan yang dikehendaki oleh Allah ‘Azza wa-Jalla dan Nabi kami ﷺ, in shā’a Llāh. Semoga ‘Īd kita baik, in shā’a Llāh. Semoga ‘Īd seterusnya menjadi lebih baik, in shā’a Llāh. Semoga semua orang berada dalam Islam supaya mereka mendapat manfaat daripada perkara-perkara yang indah ini.

🌹Urus Hajjah Anneق🌹
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini, 3 Syawal menandakan pemergian (Urs/Haul) Hajjah Aminah Adilق, isteri tercinta Mawlana Shaykh Nazimق dan ibu kepada Mursyid kita, Mawlana Shaykh Muhammad Adilق.
“Hari ini hari raya ketiga. Ibu kami, Hajjah Amina meninggal dunia pada hari ini. Sokongan dan khidmatnya adalah untuk Mawlana. Dialah yang memikul semua bebannya. Khidmatannya merupakan khidmat yang telah diterima. Ia telah sampai kepada kita semua.
Setiap orang yang telah melihat dan tidak pernah melihatnya telah menerima khidmat beliau itu kerana terdapat orang yang berkhidmat dan orang lain mendapat manfaat daripadanya sehingga Qiyamah. Kerana segala-galanya yang telah dilakukannya itu adalah semata-mata untuk keredhaan Allahﷻ ianya diterima di sisi Allahﷻ. Allah ﷻ Memberi ganjaran atas khidmat orang-orang yang soleh yang semata-mata dibuat untuk keredhaan Allahﷻ, dan Diaﷻ Memberi manfaat kepada manusia daripadanya.”
-Mawlana Syaikh Muhammad Adil ق
Semoga kita berada dalam Madad & Himmah wali yang agung ini 🤲🏽
Al Fateha

Tanggal 7 Syawal adalah hari yang penting untuk berpuasa. Semua berkat Ilahi pada bulan Ramadhan, Allah Taala Menurunkannya pada 7 haribulan Syawal.
Jadi Grandshaykh Abdullah Al Faiz Daghestani q.s dan Mawlana Syaikh Nazim memerintahkan sepanjang hayat mereka agar semua murid berpuasa pada hari itu. Walaupun mereka tidak berpuasa hari-hari sebelum itu, maka pastikan berpuasa pada 7 Syawal. Ianya sangat penting.
Mawlana Syaikh Adnan Kabbani At-Tahir q.s

🌹CONTOH TAULADAN YANG AGUNG🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
11 April 2023/ 02 Shawwal 1445
Lefke, Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
"وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍۢ "
‘Wa-innaka la-‘alá khuluqin ‘aẓīm’,
"Dan sesungguhnya engkau benar-benar, berbudi pekerti yang luhur."
(Qur’ān 68:04).
Ṣadaqa Llāhu l-‘aẓīm.
Allāh ‘Azza wa-Jalla sedang Menceritakan tentang sifat Nabi kita ﷺ. Dia ﷻ Berfirman bahawa dia ﷺ adalah orang yang paling sempurna. Orang yang paling sempurna ialah orang yang paling baik adab (adab), Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Jalannya ﷺ adalah untuk semua manusia. Allah ﷻ Mengutusnya ﷺ bukan sahaja untuk umat Islam, tetapi untuk seluruh manusia. Jalan Baginda ﷺ adalah Jalan cahaya. Barangsiapa yang mengikuti Jalannya ﷺ akan memperoleh berbagai macam kebaikan. Mengikuti Jalannya ﷺ adalah kebahagiaan. Ia adalah asbab kepada semua jenis kebaikan.
Kebaikan yang paling besar adalah meminum air dari kolamnya ﷺ di ākhirah. Minum dari air Al-Kawthar. Tidak akan ada lagi kejahatan yang berbaki pada orang yang meminum air itu. Tiada lagi waswasah, tiada lagi fikiran (yang buruk). Dia tidak akan takut kepada sesiapa pun, dia tidak akan menyimpan dendam terhadap sesiapa pun. Dia tidak akan memusuhi sesiapa pun. Di syurga, tidak ada lagi perkara seperti di dunia ini. Untuk membersihkan mereka, seseorang minum dari kolam Kawthar ini dan memasuki. Anda tidak akan dapat menemukan sifat-sifat dan perbuatan buruk ini di dalam syurga. Sudah tentu, mereka wujud di dunia ini sebagai ujian. Tetapi tidak ada daripada mereka di syurga, di ākhirah. Dan terdapat begitu banyak daripada mereka di neraka.
Oleh itu, cara Nabi kita ﷺ adalah Jalan, ia adalah Jalan yang indah. Ia adalah anugerah Allah ﷻ kepada manusia. Ia adalah Rahmat dari Allāh ‘Azza waJalla kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Dan syukur kepada Allah ﷻ, kita dari umatnya ﷺ. Ia adalah Rahmat yang lebih besar untuk kita. Hari raya ini diberikan kepada ummah adalah kerana Baginda ﷺ. Dengan Hari Raya ini datangnya kedua-dua hadiah yang jelas dan hadiah rohani. Kami bersyukur kepada Allah ﷻ untuk itu.
Semoga Hari Raya kita diberkati, in shā’a Llāh. Baginda ﷺ bersabda ‘Id orang yang berpuasa adalah ketika berbuka puasa di iftar dan di syurga. Kami mencapai yang pertama sekarang. In shā’a Llāh, yang kedua ialah minum dari kolam Kawthar dan mencapai Hari Raya yang hebat itu. In shā’a Llāh kita semua akan mencapai itu.

🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.
Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ
Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.
Sollu a'lan Nabi ﷺ

🌹Hari Lahir Mawlana Syaikh Nazimق🌹
Beliau Dilahirkan pada tarikh ini, 21 April, seratus dua tahun yang lalu, beliau adalah Grandshaykh yang ke-40 kami yang dikasihi dicintai dari Rantaian Emas Naqshbandi Aliyyah.
“Semoga Allah ﷻ Meredhai Syaikh kita. Beliau berkhidmat untuk Ummah selama 92 tahun. Dia menunjukkan Jalan yang Indah kepada manusia siang dan malam mengharapkan keredhaan Allah ﷻ.
Semoga Allah ﷻ Meninggikan maqamnya. Sebagaimana sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, orang-orang akan bersama dengan orang yang mereka cintai. Mereka akan berada bersama-sama di akhirat,
di syurga.”
- Mawlana Syaikh Muhammad Adil ق Semoga kita diberi penghormatan untuk bersatu kembali dengannya untuk Keabadian.
Al-Fateha 💚