SufiHub (Bahasa)
160 subscribers
561 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
🌹MENJADI UMMAHNYA BAGINDA ﷺ  ADALAH NIKMAT TERBESAR🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 11 February 2024/ 01 Sha’ban 1445 Fajr Prayer, Akbaba Dergah 

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm. 

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Kita telah memasuki bulan Sya'ban. Semoga Allah ﷻ Memberkati kita. Ia adalah bulan Nabi kita ﷺ. Allah ‘Azza wa-Jalla Menetapkan hari dalam setiap bulan sebagai nikmat kepada Nabi kita ﷺ supaya kita mendapat manfaat daripadanya. Janji Allah ‘Azza wa-Jalla adalah benar.

Orang-orang di sini mengharapkan sesuatu sebagai balasan apabila mereka mengatakan sesuatu. Allah ‘Azza waJalla memberikannya secara percuma, ambil saja. Allah ‘Azza wa-Jalla sedang memperlakukan kita dengan (memberikan kepada kita) nikmat (dengan) berkata, “Ambillah dari permata-permata ini. Ambillah dari barang-barang yang berharga ini.” Tetapi manusia meninggalkannya dan mengambil najis. Mereka mengambil kotoran dan perkara yang tidak berguna. Mereka mengambil perkara yang berbahaya. Allah ‘Azza wa-Jalla Memberi kita nikmat yang paling besar. Dia ﷻ Menjadikan kita dari Ummat Nabi kita ﷺ. Tiada nikmat yang lebih besar daripada ini.

Orang-orang tidak tahu akan nilainya. Sifat-sifat orang-orang adalah seperti ini, disebabkan adanya ego. Dan ego pula memilih yang buruk, bukan yang baik. Oleh itu, kita melihat keseluruhan keadaan masa ini. Mereka telah memberikan perkara sedemikian kepada ego di dunia ini supaya ego melakukan apa sahaja yang ia mahu. Mereka sedang mengindoktrinasi dan mengajar orang di mana-mana. Oleh itu, dunia ini sentiasa menjadi lebih buruk, dan bukannya lebih baik. Jika mereka menunjukkan rasa hormat dan mengetahui nilai Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, ia tidak akan menjadi seperti ini. Tidak akan ada keadaan seperti itu.

Apabila kita tidak menerima apa yang dianugerahkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla kepada kita, Allah ﷻ tidak Menyukainya. Lebih banyak manfaat yang anda ingin perolehi, atau lebih banyak yang anda cuba memuaskan hati anda, tiada apa yang akan berhasil untuk anda melainkan jika anda berada di jalan Allah ﷻ.
Ia tidak berguna di sini, dan ia akan menjadi lebih teruk selepas ini.

Oleh itu, untuk mendapat manfaat daripada bulan-bulan yang berharga ini, kita haruslah lebih mengingati Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Mengingati Baginda ﷺ dan Berselawat ke atas Baginda ﷺ membawa manfaat yang besar kepada kita di dunia dan akhirat. Ketaatan dan ibadah yang dilakukan di dunia ini membawa kedamaian dan Barakah kepada manusia. Ia juga membawa kegembiraan dengan Izin Allah ﷻ.

Sudah tentu kita melihat keadaan dunia ini. Penindasan telah mencapai kemuncaknya. Maknanya penghujungnya sudah dekat. Oleh itu, untuk tidak bersama-sama dengan orang yang zalim, kita hendaklah berjalan di atas Jalan Rasulullah ﷺ dan meletakkan cinta kepada Baginda ﷺ di dalam hati kita. Cinta kepada Baginda ﷺ hendaklah melebihi segalanya. Ia (cinta itu) mestilah lebih tinggi berbanding (cinta kita) kepada ibu, bapa dan diri kita sendiri, kata Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Semoga Allah ﷻ Memberikan ini kepada semua orang. Semoga Dia ﷻ Memberi Petunjuk kepada Ummati Muhammad ﷺ. Ummati Muhammad ﷺ mengejar ego-ego mereka dan keluar dari Jalan. Semoga Allah ﷻ Memperbaiki mereka. Semoga Allah ﷻ Memberi kekuatan kepada Iman kita untuk kemuliaan bulan Nabi kita ﷺ yang mulia ini dan untuk kemuliaan Baginda insya Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
🌹LINDUNGILAH IMAN ANDA YANG SANGAT BERHARGA 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
12 February 2024/ 02 Sha’ban 1445
Fajr Prayer, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Terdapat banyak musuh yang ingin mengambil barang berharga. Sama ada permata, wang, atau harta; musuh berfikir tentang bagaimana mereka akan mengambilnya sepanjang masa. Perkara yang paling berharga adalah Iman. Dan musuh terbesar adalah syaitan. Dia berusaha untuk mencuri Iman anda sepanjang masa. Dia berusaha untuk mengambilnya dari anda sepanjang masa.

Maka atas sebab tertentu, tiada perpaduan antara umat Islam. Mereka tidak boleh membantu antara satu sama lain. Selalu ada perselisihan antara mereka. Tetapi mereka-mereka yang sesat, yang tiada Iman itu pula bersatu. Kerana mereka tidak mempunyai apa-apa yang berharga. Dan kerana mereka tidak mempunyai sesuatu yang berharga, syaitan berkata, "Mereka sudah menjadi milikku," dan dia tidak mendekati mereka. Mereka itu lebih teruk dari syaitan. Mereka pergi dengan cara yang sama. Oleh itu, tiada apa yang mendekati mereka. Dia berkata, “Mereka betul-betul seperti yang saya mahukan. Mereka adalah musuh bagi orang yang beriman dan beragama Islam. Mereka adalah musuh Allah ﷻ. Kami berada di barisan yang sama. Tiada rasa takut untuk mereka. Kita patut mencuri benda berharga ini daripada musuh kita dan biarkan mereka dalam keadaan sedemikian.”

Kami menunjukkan ini sebagai contoh rohani. Tetapi ia juga sama secara fizikal di dunia ini. Di mana sahaja ada sesuatu yang berharga, ahli syaitan memintanya dan bergegas ke sana. Mereka mengambil benda berharga itu dan menyebabkan bencana kepada manusia. Beberapa perkara adalah bencana. Tetapi beberapa perkara adalah berharga, dan kita mesti melindunginya. Emas, petrol dan ini dan itu mempunyai banyak musuh; ia adalah jelas. Di mana sahaja terdapat perkara-perkara berharga seperti ini di dunia ini, orang ditindas di sana dan diambilnya daripada mereka. Ada kemiskinan mutlak begitu sahaja. Mereka mempunyai segala-galanya di atas dan di bawah mereka, tetapi mereka tidak memiliki apa-apa. Musuh telah mengambilnya.

Iman lebih penting. Kita mesti melindunginya. Ia mempunyai banyak musuh. Seperti yang kita katakan, musuh terbesar adalah syaitan, ego. Kita mesti berhati-hati dan terus berjalan tanpa putus asa. Kita mesti melindunginya. Allah ﷻ akan Melindunginya. Ia dilindungi dengan berdoa, dengan berjalan di Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla dan berjalan di Jalan Nabi kita ﷺ. Semoga Allah ﷻ Melindunginya.

Semoga kita tidak menginginkan kotoran dunia ini dan kehilangan harta berharga yang kita miliki insha’Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ
🌹HARTA BENDA SEDANG MENJADIKAN MEREKA FIRAUN🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 13 Februari 2024/ 03 Sha’ban 1445 Solat Subuh , Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad.
Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Kekayaan kadang-kadang baik untuk orang, dan kadang-kadang buruk. Sesetengah orang menganggap diri mereka tinggi (kedudukan) apabila mereka mempunyai banyak wang. Mereka tidak suka orang lain dan bertindak sombong. Mereka tidak menerima kebenaran. Mereka berusaha untuk melakukan sesuatu mengikut fikiran mereka sendiri. Mengapa mereka berbuat demikian? Ego manusia adalah seperti Firaun. Ego mempunyai dakwaan (diri) sebagai tuhan. Oleh itu, apabila ia mempunyai sedikit kuasa - Wang sentiasa berkuasa. Emas adalah kuasa. Oleh itu, orang bodoh menganggap diri mereka tinggi (kedudukan) apabila mereka memilikinya.

Memang macam ni sejak dulu lagi. Ia bukan perkara baru. Allah ‘Azza wa-Jalla Menciptakan manusia seperti ini. Dia ﷻ Mencipta ego dan syaitan juga. Mereka yang mengikuti mereka mengaku sebagai tuhan apabila mereka mempunyai sesuatu. Begitu juga pada zaman sekarang. Ia lebih teruk lagi. Terdapat wang dan kuasa, dan mereka mahu memerintah dunia sekarang. Juga, Allah ‘Azza wa-Jalla telah memberikan sedikit ilmu. Mereka menganggap ilmu itu sangat hebat. Akan tetapi ia bukanlah sebutir zarah di sebelah Keagungan Allah ‘Azza wa-Jalla. Ia adalah satu kesilapan untuk membandingkannya (walau) dengan zarah.

Apa yang Firaun telah katakan? Firaun berkata, “Akulah tuhanmu yang terbesar. Ana Rabbukum l’A’la (Qur’an 79:24). Aku adalah tuhanmu yang tertinggi.” Sentiasa ada Firaun dalam setiap masa. Begitu juga pada zaman sekarang. Ia berterusan. Tetapi dengan Kebijaksanaan Allah ﷻ, mereka adalah orang yang dibenci, kerana mereka adalah musuh Allah ﷻ. Manusia membenci musuh-musuh Allah ﷻ. Walaupun mereka tetap dekat dengan mereka untuk kepentingan peribadi, mereka tidak mempunyai sedikit pun cinta kepada orang-orang itu di dalam hati mereka. Orang-orang itu hidup di dunia ini selama beberapa hari, dan kemudian mereka mati seperti Firaun. Oleh itu, bukanlah satu perkara yang bijak untuk ditipu oleh harta dan kebendaan.

Orang yang mempunyai harta dan memberinya di Jalan Allah ﷻ adalah orang yang dikasihi, kerana Allah ﷻ Mencintai orang yang pemurah. Allah ‘Azza wa-Jalla Mengasihi orang yang memberi apabila Dia ﷻ memberikannya itu kepada mereka. Dan mereka tidak membuat dakwaan sedemikian, kerana mereka tahu dalam hati mereka bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla adalah Pemilik segala harta dan kebendaan. Jika Dia ﷻ Menjadikan kita asbab dan memberikannya kepada kita untuk berkhidmat, itu adalah keberuntungan yang besar dan kebahagiaan yang besar.

Dunia ini tidak lama. Walaupun anda memiliki dunia ini, anda akan meninggalkannya. Oleh itu, orang-orang cerdik pandai hendaklah memberikan perkara yang diperintahkan dan dianugerahkan oleh Allah ﷻ kepada kamu di Jalan Allah ﷻ. Mereka haruslah berada di Jalan Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Izinkan kita semua menginfakkan nikmat ini di Jalan Allah ﷻ. Kita akan menjadi dari golongan yang dikasihi Allah ‘Azza wa-Jalla. Semoga Allah ﷻ Meredhaimu.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
🌹HIDAYAH PETUNJUK UNTUK ENGLAND🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 14 Februari 2024/ 04 Sha’ban 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah 

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm. 

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Insha'Allah kami akan adakan perjalanan ke England hari ini. Kami akan ke banyak tempat insyaAllah. Terdapat orang Islam dan mualaf di tempat-tempat ini. Mawlana Syaikh Nazim telah pergi ke sana selama bertahun-tahun. Dia membawa bimbingan ke sana, dan orang pergi ke sana dari seluruh dunia. Dia pernah tinggal selama hampir tiga bulan. Orang Islam yang datang ke sana memasuki Tariqah, dan orang bukan Islam memasuki Islam dengan mendengarnya. Mereka dimuliakan dengan Islam. Islam adalah satu penghormatan. Oleh itu, ke mana sahaja Islam pergi, ada cahaya. Ke mana sahaja ia tidak pergi, ada kegelapan dan keburukan. Sudah tentu, syaitan tidak duduk diam. Syaitan berusaha untuk menghancurkannya.

Syukur kepada Allah ﷻ, terdapat Dergah Mawlana Shaykh Nazim yang terbesar di London. Ia berada di dalam pusat kekufuran untuk membinasakan kekufuran insyaAllah. Niat Mawlana Syaikh Nazim adalah untuk menghancurkan kekufuran. Apa itu Kufur? Kufur adalah keburukan, tidak ada yang lain. Mawlana Syaikh Nazim menginginkan kebaikan datang ke sana. Dia berusaha agar cahaya Allah ‘Azza wa-Jalla menyebar ke mana-mana. Itulah niatnya. Allah ﷻ Memberinya pahala sesuai niatnya dan Mengangkat darjatnya. Karamatnya sedang berlangsung, Syukur kepada Allah ﷻ. Dia adalah asbab Hidayah Petunjuk bagi manusia walaupun dari Barzakh. Dia membantu mereka datang ke jalan yang betul. Semoga Allah ﷻ Meningkatkan darjatnya. InsyaAllah Jalannya berterusan.

Mengapa kita perlu pergi ke tempat-tempat tersebut? Kerana kufur itu paling banyak di sana, seperti yang kami katakan. Terdapat ramai orang Islam. Tetapi terdapat bahaya besar juga. Syaitan sedang melakukan segala yang dia boleh untuk membawa mereka keluar dari Jalan dan untuk memecahkan mereka. Oleh itu, kita mesti membina istana Iman. Kita mesti mengekalkannya. Niat kami adalah untuk mengikuti cara yang sama dengan Mawlana Syaikh Nazim untuk membawa Hidayah Petunjuk kepada manusia dan supaya Iman manusia semakin kuat.

Mereka bertanya mengapa kita memerlukan Tariqah. Ianya adalah untuk menguatkan Iman. Tanpa Iman, anda tanpa kepercayaan. Anda mungkin beragama Islam. Tetapi mempunyai Iman, mempunyai kepercayaan bermakna menjadi seorang Muslim yang lebih kuat. Menjadi seorang Muslim bermakna, kita tidak akan menyerang mereka untuk membinasakan kekufuran, untuk memecahkan dan mencerai-beraikannya. Kami berusaha agar rahmat, belas kasihan dan cahaya Allah ﷻ sampai ke sana. Semoga Allah ﷻ Membantu kita dan saudara kita dalam perjalanan ke sana. Semoga masyarakat mendapat hidayah di sana inshaAllah..

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah
🌹BERSYUKURLAH DAN JANGAN MENGELUH🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
15 Februari 2024/ 05 Sha’ban 1445
Noor ul Islam Mosque – Bury, UK

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

As-Salāmu alaykum wa raḥmatu Llāhi wa barakātuh. Mā shā’a Llāh. Bārakā Llāh, Bārakā Llāh. Allāhumma zidhum ‘Izzan wa Sharafan yā Allāh ﷻ. Allāhumma Hidayah li l-Ummah in shā’a Llāh.

Kami mengucapkan setiap kali Shukran li-Llāh. Kami bersyukur kepada Allah ﷻ atas apa yang Dia ﷻ berikan kepada kita dari ﷻ-Nya - Dia ﷻ Memberi kita hal yang terbaik, Allah ‘Azza wa-Jalla. Dan sebaik-baik perkara untuk kita adalah dengan menjadi dari Ummat Muhammad ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam, Sayyidinā Muḥammadin ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam. Ini adalah hal yang paling berharga dan berharga bagi makhluk apa pun. Dan makhluk yang paling dimuliakan: manusia. Namun yang paling tidak mengetahui hal baik ini adalah juga manusia. Apa yang merugikan mereka, mereka menyukainya. Apa yang baik bagi mereka, mereka lari darinya, membencinya. Mereka tidak menyukainya. Dan Allah ‘Azza wa-Jalla Memberi mereka fikiran, Dia ﷻ Memberi mereka pemikiran. Dia ﷻMemberi mereka segalanya, dan mereka masih berlari menuju hal-hal yang berbahaya, hal-hal yang beracun, hal-hal yang merusak. Inilah yang mereka kejar.

Dan Allah ‘Azza wa-Jalla telah Menunjukkan segalanya. Namun mereka berteriak. Lihatlah ini adalah bukti atas apa yang difirmankan Allāh ‘Azza wa-Jalla. Allah ‘Azza wa-Jalla bersabda dalam Al-Qur’an Aẓīmu sh-Shān, Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
"إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَـٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَـَٔايَـٰتٍۢ "
“Inna fi l-khalqi s-samāwati wa l-ardi wa kh-tilafi l-layli wa n-nāhāri la Āyāt”,
"Sesungguhnya dalam Penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah)" (Qur’an 03:190).
Banyak bukti bagi manusia untuk menerima dan mengikuti hal ini. Tapi tetap saja, mereka melarikan diri.

Untuk ini, apa yang kita ada sangat, sangat berharga. Kita mesti sentiasa bersyukur kepada Allah ‘Azza wa-Jalla, kerana ini bukan dari kepandaian kita atau dari ini dan itu; kita mesti tahu ini juga. Ini dari Allah ‘Azza wa-Jalla. Dia ﷻ Memberikan perkara yang baik ini untuk kita.
‘Wa bi sh-shukri tadūmu n-ni’am’, ‘Dengan bersyukur, keberkatan/kenikmatan itu jadi kekal berterusan.’ Bagaimanakah kita dapat mengekalkan [berkat] ini? Dengan Berterima kasih. Syukur menjadikan Ni'mah (nikmat), perkara yang baik menjadi berterusan. Jika kamu tidak bersyukur kepada Allāh ‘Azza wa-Jalla, masa itu kamu jadi takut.

Ramai orang takut, “Bagaimanakah kita dapat menjaga kepercayaan kita, iman kita?” Ini juga dari Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. ‘Wa bi sh-shukri tadūmu n-ni’am’, ‘Dengan bersyukur, keberkatan/kenikmatan itu kekal.’ Dengan bersyukur kepada Ni'mah ini, yang merupakan perkara yang paling penting bagi kita - ianya akan berterusan, tidak akan dipotong. Ini juga berita baik kerana ramai orang tidak pasti tentang itu.

Sudah tentu, terdapat bahaya pada setiap masa untuk īmān. Untuk ini jangan mengeluh. Jika anda mempunyai ini, jangan mengeluh untuk apa-apa. Tetapi sudah tentu manusia juga tidak dapat mengawal diri, mereka setiap kali mengeluh, mengeluh, mengeluh. Dan kadang-kadang kita melihat orang tidak merungut tetapi mereka berhak untuk mengadu sakit, kemiskinan, dari banyak perkara yang ada pada diri mereka sendiri. Namun begitu, mereka tidak merungut. Tetapi kita melihat ramai orang juga: mereka mempunyai segala-galanya, mereka mempunyai banyak perkara dan mereka mengeluh dan mengeluh sepanjang masa. Mereka menjadikannya itu sebagai adat atau sesuatu. Mereka gembira mengeluh sepanjang masa.
Ini kerana sesiapa yang beriman hendaklah mengetahui bahawa segala sesuatu itu datangnya daripada Allāh ‘Azza wa-Jalla. Dunia ini, dunia ini adalah untuk ujian. Kita tidak tinggal di Syurga (sekarang ini). Ini adalah dunia. Dunyā bermaksud yang paling rendah. Ia bermaksud yang paling rendah dalam bahasa Arab. Dunyā bermaksud terendah, bukan tertinggi. Jadi kita sedang hidup di tempat yang sangat rendah. Setiap jenis ibtilā, bala’ (penderitaan), perkara buruk, boleh berlaku untuk anda (didunia ini).

Tetapi sesiapa yang sabar dan mengetahui hikmah ini, akan gembira apabila Ākhirah datang. Allah ﷻ akan Membalasnya (dengan pahala). Allah ﷻ akan Menempatkannya di tempat yang istimewa [yang teduh] pada Hari Kiamat. Pada masa yang mana tidak terdapat apa-apa pun, tiada bayang, tiada pokok, tiada khemah, tidak ada apa-apa. Dan ianya akan sebegitu rupa mungkin, kadang-kadang bertahun-tahun, sepuluh tahun, seratus tahun, kadang-kadang seribu tahun. Bagi sesetengah orang ia akan menjadi seratus ribu tahun juga. Dan tidak ada makanan, tiada air, hanya matahari diatas anda, diatas orang-orang ini.

Hanya orang-orang yang bersabar dan mengerjakan apa yang dikehendaki Allah ‘Azza wa-Jalla, merekalah yang akan dinaungi oleh bayang-bayang (yang di Miliki) Dia ﷻ. Bayangan Allah ‘Azza wa-Jalla akan menimpa orang-orang ini; bagi orang-orang yang sabar dan mengikuti Jalan Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Mereka akan aman dan tidak ada yang dapat mempengaruhi mereka. Orang yang menangis, menderita dan segalanya - Pada hari itu, orang-orang ini akan aman, menunggu, dan kemudian mereka akan pergi; tidak terlalu lama berdiam diri di tempat itu. Mereka akan masuk ke Syurga setelahnya. Orang lain akan menunggu. Orang-orang yang tidak ridha dengan Allah ‘Azza wa-Jalla, dengan perintah Dia ﷻ, yang selalu mengeluh dan yang membuat manusia menderita.

Semua yang ini ada di dunia ini. Sekarang ini juga kita sedang hidup di akhir zaman. Ada lebih banyak penderitaan bagi orang-orang. Beberapa dari mereka kita kenal, sebagian besar dari mereka kita tidak ketahui: tentang penderitaan orang-orang ini. Jadi semua ini; barangsiapa yang menerima, bersabar dan memohon kepada Allah ﷻ untuk menolongnya, maka dia akan selamat di ākhirah. Mungkin di dunya ini dia tidak dapat keamanan, tetapi di akhirah dia akan berbahagia. Sebagaimana sabda Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, ketika seseorang (itu mati) menjadi syahid, dia menyukai apa yang Allah ﷻ berikan kepadanya berupa hadiah dan pahala, dia ingin kembali lagi untuk menjadi syahid seribu kali.

Untuk ini kita benar-benar hidup dalam masa, masa yang sukar. Pada masa ini, di mana-mana pun mereka sedang merasakan, tetapi di sini mungkin kurang daripada tempat lain. Tetapi kebanyakan dunia menderita. Walaupun tidak ada peperangan, mereka menderita akibat ekonomi dan banyak penindasan. Walaupun tanpa peperangan, terdapat penindasan untuk orang ramai mengubah gaya hidup mereka. Penindasan ini, semua orang merasakannya.

Tetapi bersabarlah. Pesanan kami untuk orang- orang: Bersabarlah. Jika kamu ingin sesuatu, mintalah kepada Allah ﷻ. Inilah yang dikatakan oleh Mawlānā Shaykh. Mawlānā Syaikh, apabila dia mengatakan sesuatu, dia melihatnya sebelum ia berlaku. Mungkin sebelum sepuluh tahun, dua puluh tahun, dia memberitahu apa yang perlu dilakukan. Apa yang dia beritahu kami? Pergi berdemonstrasi di jalanan terutama di negara Islam, pecah tingkap, pecah kedai. Adakah ini yang dia perintahkan kepada kita? Tidak. Kerana Mawlānā tahu bahawa mereka yang melakukan ini, melakukan ini terutamanya untuk membuat orang ramai membenci Islam. Mawlānā Syaikh berkata, apabila kamu menginginkan sesuatu jangan pergi dan berteriak. Bahkan dalam Al-Qur'an dikatakan,
"لَا تَرْفَعُوٓا۟ أَصْوَٰتَكُمْ"
“Lā tarfā'u aṣ-waṭakum”,
"Janganlah kamu meninggikan suara kamu"
(Qur’an 49:02).
Orang Mu'min, mukmin harus tenang. Dia tidak boleh menjadi seperti mainan di tangan orang lain. Tidak. Anda mahu pergi? Awak nak apa-apa? Mawlānā Syaikh berkata, “Pergilah ke masjid, duduklah di sana dan mohonlah kepada Allah ‘Azza wa-Jalla. Disitu rumahnya Dia ﷻ. Allah ﷻ Melihat kamu. Tetapi apabila anda menjerit, bergaduh, membuat onar, memecahkan. Ini hanyalah bermanfaat untuk syaitan dan pengikutnya.

Untuk ini, kami memohon kepada Allah ‘Azza wa-Jalla untuk Membantu kami, Membantu orang Islam di mana-mana, di mana-mana ada orang Islam, bukan hanya satu tempat. Di mana-mana pun mereka mempunyai penderitaan. Ada tempat yang ianya lebih banyak, ada tempat yang lebih menderita daripada apa yang kita lihat, tetapi mereka tidak menunjukkan perkara ini. Tiada siapa yang berminat dalam hal ini. Apa yang berlaku sekarang ini adalah malapetaka yang nyata di dunia untuk semua orang, terutama bagi umat Islam. Inilah yang sedang berlaku dan kami memohon, kami berdoa agar Allāh ‘Azza wa-Jalla Mengutus Ṣāḥib untuk semua manusia. Kerana tanpa dia, tiada siapa pun yang dapat menyelamatkan dunia ini daripada (kelompok) manusia ini, daripada apa yang mereka lakukan. Mereka hanya akan memusnahkan seluruh manusia. Inilah yang mereka lakukan, mengejar akan ini.

Tetapi al-ḥamdu liLlāh, kami gembira. Kita tahu daripada Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, Allah ﷻ Menjanjikannya ﷺ bahawa seluruh dunia akan, in shā'a Llāh, dalam keadaan aman. Islām: salam. Apabila dia datang, semuanya akan menjadi sempurna. Sekarang semuanya buruk. Orang ramai makan antara satu sama lain, membunuh satu sama lain, memusnahkan segala-galanya. Ini adalah masa yang paling teruk sejak (zaman) Adam ‘alayhi s-salam. Kerana sebagaimana sabda Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, (pada masa) ini orang yang berkata baik dilarang daripada berkata yang baik. Dia (digalakkan untuk)mesti mengatakan perkara yang tidak baik. Dia (digalakkan untuk) mesti melakukan apa yang dilarang oleh Allah ﷻ; dia mesti melakukannya. Apa yang Dia ﷻ Perintahkan, jangan lakukan. Ini adalah masa yang sebegitu , bermakna ini adalah masa yang paling teruk. Tetapi dalam segala-galanya: akan ada selepas selesai (puncak), ia akan turun.

(Dengan) Ini, in shā’a Llāh, kami berharap ianya dekat, untuk menyelamatkan orang-orang ini, kemanusiaan. Sayyidina Al-Mahdī ʿalayhi s-salām, in shā’a Llāh. Inilah yang diyakini oleh Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam dan Imām-imam Ākīdah kami, Ahlu s-Sunnah wa lJamā'ah. Kami percaya seperti yang disabdakan oleh Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Kerana al-ḥamdu liLlāh he ﷺ adalah ṣādiqu l-amīn (Yang Benar dan Dipercayai) - segala-galanya telah berlaku, kini perkara terakhir masih (berbaki).

Kerana kita berada di dunia di mana anda melihat tiada apa yang menjadi lebih baik, semuanya menjadi lebih teruk. Dan hanya Sayyidinā Al-Mahdī ‘alayhi s-salām yang boleh menghentikan ini dan mengubahnya kepada yang lebih baik in shā’a Llāh. Semoga Allah ﷻ Menghantarkan ini kepada kita. Kami sedang berdoa. Kami adalah atas perintah Mawlānā, tidak berteriak, melanggar apa-apa atau membahayakan apa-apa. Dalam segala hal, kita bersama Allah ﷻ. Ini senjata kita. ‘Silāḥ al-Mu’min ad-Du’ā’, yang bermaksud senjata orang Mukmin ialah Do’ā. Ia lebih berkesan daripada peluru berpandu, lebih berkesan daripada kereta kebal, senjata api, bom-bom. Ia lebih berkesan. Allah ﷻ Menjanjikan ini. Kami, al-ḥamdu liLlāh, kami berkata, kami memohon agar Allah ﷻ Mengutusnya. Dan in shā’a Llāh, kita akan bersama-sama dengannya pada hari-hari indah (yang akan mendatang ini). Selepas hari-hari gelap dan hitam ini in shā'a Llāh, kita mempunyai cahaya dan kebahagiaan ini. Untuk berdoa dengan gembira. Agar seluruh dunia berkata, “La ilāha illā Llāh Muḥammadun Rasūlu Llāh ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.” Semoga Allah ﷻ Menjadikannya sangat dekat in shā’a Llāh.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
🌹KITA ADALAH PENCINTA BAGINDA ﷺ 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 17 Februari 2024/ 07 Sha’ban 1445 Fajr Prayer – Noor ul Islam Mosque; Bury, UK

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

In shā’a Llāh [kita akan membuat Sohbah] dua minit untuk nasīḥah (nasihat). Ini adalah Jalan mashāyikh. Mawlānā Syaikh berkata selepas solat Subuh untuk memulakan hari dengan nasīḥah yang baik, perkataan yang baik in shā’a Llāh. Dua perkataan untuk Barakah in shā’a Llāh.

Kita adalah, seperti yang kita katakan, kita sedang hidup dalam masa yang sukar. Tetapi pada masa ini - Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam memuji orang yang beriman, Mu’min pada masa ini. Baginda ﷺ bersabda untuk ṣaḥābah yang sedang bertanya, “Siapakah kekasih anda? Adakah kami kekasih anda?” Baginda ﷺ berkata, “Kamu adalah sahabatku, ṣaḥābah. Anda adalah Aṣ’ḥābi. Kekasihku adalah [orang-orang] di akhir zaman. Mereka tidak melihat saya, dan mereka mencintai saya. Saya juga mencintai mereka.” Inilah yang disabdakan oleh Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam.

Dan Baginda ﷺ bersabda kepada ṣaḥābah, “Apabila kamu beramal, hendaklah kamu mesti mengamalkan seratus peratus daripada apa yang kamu lihat daripada saya. Jika anda mengamalkan sembilan puluh sembilan, anda akan - saya tidak akan gembira dengan anda”, bersabda Baginda ﷺ. “Tetapi mereka ini, kekasih-kekasihku, jika mereka (hanya) melakukan satu daripada seratus, mereka baik. Cukuplah bagi mereka. Dan tidak ada bahaya bagi mereka."

Untuk ini kita, sudah tentu, seperti yang anda lihat di seluruh dunia, umat Islam hanya mengamalkan mungkin satu peratus daripada apa yang (para) Ṣaḥābah amalkan, (yang) mereka (telah) lakukan. Kita hanya buat, in shā’a Llāh kita boleh buat satu peratus. Ia juga satu perkara yang sangat besar untuk kita. In shā’a Llāh Allāh ﷻ Membantu kita.

Dan kita adalah orang-orang yang beruntung kerana berasal dari umat Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa sallam. Ini adalah penghormatan terbesar bagi kita dan kita mesti gembira dengan ini. Sebanyak mana kita boleh memuji Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa-sallam, kita mesti memuji. Jangan mendengar percakapan orang-orang (seperti) ini. Mereka (yang) cemburu sejak awal, sejak zaman Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa-sallam. Masih sehingga kini, dan sehingga Qiyāmah, mereka akan cemburu. Sesiapa yang menghalangi (daripada) memuji Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa -sallam, (maka)dia cemburu kepada Nabi ṣallá Llāhu ʿalayhi wa-sallam. Jadi cemburu adalah dari sifat-sifat buruk, sifat pertama dari shayṭān. Semoga Allah ﷻ Menjauhkan kita dari syaitan.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ