SufiHub (Bahasa)
160 subscribers
561 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
🌹SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU🌹


As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda:

الْجَنَّةُ تَحْت َ أَقْدَام ِ الأُمَّهَات

Syurga adalah dibawah tapak kaki ibu. Ibu merupakan insan yang sangat penting didalam Islam. Para Sahabah mendekati Nabi Suci kita ﷺ dan bertanya, "Siapakah yang harus saya Memuliakan(berbakti)? Baginda ﷺ menjawab, "Ibu kamu". Beliau bertanya lagi, "Siapakah yang harus saya Memuliakan(berbakti)? Baginda ﷺ menjawab lagi, "Ibu kamu". Dan beliau bertanya lagi beberapa kali dan pada kali terakhirnya Baginda ﷺ berkata,
" Memuliakan(berbakti) kepada bapa kamu juga".

Hak seorang ibu adalah sangat besar. Ianya tidak boleh dipenuhi. Hati para ibu-ibu adalah penuh dengan kasih sayang terhadap anak-anak mereka dan masyarakat. Sesiapa yang memuliakan mereka bermakna mereka telah memuliakan Allah ﷻ dan Nabi Suci kita ﷺ, kerana mereka berusaha untuk mendidik orang-orang sehingga menjadi orang-orang yang baik-baik. Tidak ada ibu-ibu yang mahu anak mereka membesar menjadi orang yang tidak baik. Ibu mahukan anaknya membesar menjadi orang yang baik-baik. Maka, nurseri, Madrasah dan sekolah pertama adalah ibu.

Ibu itu perlu mendidik anak-anak menjadi orang yang baik-baik agar anak-anak mereka pula akan mendidik anak-anak mereka menjadi orang-orang yang baik-baik. Hendaklah mereka membesarkan anak-anak mereka dijalan Allah ﷻ agar mereka membawa kebaikan untuk Ummah dan membantu mereka. Sudah pastinya, tidak semua orang berada di Jalan Allah ﷻ, kadang-kala ianya adalah berbahaya. Terdapat seseorang yang menyesatkan dan terdapat juga seseorang yang membawa kepada Jalan yang benar. Semoga Allah 'Azza wa-Jalla insha'Allah Memberikan ibu-ibu yang baik-baik agar dapat membentuk generasi yang baik-baik.

Hari ini adalah Urus Hajjah Anne. Semoga Allah ﷻ Meredhai beliau. Beliau telah memikul keseluruhan beban Tariqah. Beliau telah memikul beban Mawlana Shaikh Nazim. Beliau tidak pernah merungut. Beliau sentiasa berkhidmat untuk para ikhwan kita dan berkhidmat untuk Shaikh. Beliau telah menguruskan para ikhwan kita, Dergah dan segalanya setiap kali Shaikh berangkat untuk melakukan perjalanan. Beliau adalah seorang yang dari kumpulan orang-orang yang istimewa. Beban Tariqah bukan sesuatu yang ringan. Beliau selalunya memikul beban ini dengan bahunya sendiri dan membawanya. Semoga Syurga adalah tempat kembali beliau.

Ia telah berlalu sembilan belas tahun. Sembilan belas tahun ini telah berlalu dengan cepatnya. Lebih banyak hari-hari dan tahun-tahun sedang berlalu. Sudah tentunya, ia bukanlah perpisahan yang yang selamanya. Sudah tentunya, insha'Allah kita akan dipertemukan semula bersama-sama di syurga dan hidup selamanya insha'Allah. Dunia ini adalah sementara. Tiada siapa yang akan tinggal didunia ini selamanya.

Saya pernah ada seorang adik perempuan. Dia telah meninggal dunia semasa dia berumur dua tahun. Kami telah menyaksikan kematian buat pertama kalinya pada ketika itu. Ketika itu saya berumur lima tahun. Hajjah Anne telah berkata,
"Kita akan bertemu kembali nanti. Anak itu trlah dikuburkan didalam tanah dan dia akan dinaikkan ke syurga dari situ. Kita semua akan berada disana". Perkara mengenai kematian itu bukanlah perpisahan akan tetapi dimanakah tempat bertemu kembali. Hari-hari didunia ini akan berlalu dengan pantas. Selama mana adanya persediaan untuk Akhirat, ia adalah dengan Perintah dari Allah ﷻ, ia adalah Sunnah Allah ﷻ(ketentuan Allah) untuk ummat Manusia. Sudah pastinya, akan ada Syurga untuk kita semua selepas kita meninggal dunia insha'Allah. Semoga Maqom mereka ditinggikan.
Terdapat bacaan Khatam untuk beliau. Semoga Allah ﷻ Meredhai para saudara-saudara kita, mereka telah menunjukkan perasaan hormat dan kecintaan kepada Hajjah Anne. Kita hadiahkan bacaan Khatam, Yasin, Ayat, Surah-surah dan Tasbihat, kesemuanya ini pertamanya kepada Nabi Suci kita ﷺ, Ahlul Bayt dan Para Sahabah Baginda, arwah-arwah seluruh Anbiya, Awliya, Asfiya dan Masyaikh, arwah-arwah saudara-mara kita,terutamanya kepada Shaykh Mawlana Shaykh Nazim, ibu kita Hajjah Aminah Sultanah, Hala Sultan. Kita hadiahkannya kepada arwah-arwah Awliya dan Sahabah-sahabah, para sahabah dari kalangan wanita, isteri-isteri Nabi Suci kita ﷺ arwah ibu-ibu Orang-orang yang Beriman, kepada seluruh Muslim dan Muslimah, Mu'min dan Mu'minah, kepada arwah-arwah saudara-mara kita. Semoga ia sampai kepada mereka kesemuanya insha'Allah. Semoga ia menjadi asbab kebaikan untuk mereka kesemuanya.

Semoga ia menjadi asbab kesembuhan kepada mereka yang sedang sakit. Semoga kita mendapatkan kegembiraan disini dan di Akhirat.

Li-Llahi Ta’ala l-Fatiha.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
16 November 2023/ 02 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah



https://tme/mawlanasultan
Forwarded from SufiHub (Bahasa)
“Malam Jum’at dimulai sejak masuk waktu Maghrib dihari Kamis. Malam Jum’at juga sama sucinya dengan malam-malam yang istimewa. Doa dan ibadah yang dilakukan dimalam Jum’at lebih mudah untuk diterima ALLAAH.

Ada satu waktu khusus dihari Jum’at dimana apabila berdoa diwaktu yang spesial ini maka doanya makbul. Karena itu, tunjukkanlah rasa hormat kepada hari Jum’at dan perbanyaklah berdoa.”

~ Sultanul Awliya Mawlana Syaikh Muhammad ‘Adil ar-Rabbani QS
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu A'lan Nabi
🌹HUJAN ADALAH DENGAN PERINTAHNYA ﷻ 🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
وَهُوَ ٱلَّذِى يُنَزِّلُ ٱلْغَيْثَ مِنۢ بَعْدِ مَا قَنَطُوا۟ وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُۥ ۚ وَهُوَ ٱلْوَلِىُّ ٱلْحَمِيدُ
(Qur’ān 42:28).
‘’Wa Huwa Al-Ladhī Yunazzilu Al-Ghaytha Min Ba`di Mā Qanatū Wa Yanshuru Raĥmatahu Wa Huwa Al-Walīyu Al-Ĥamīd’’
"Dan Dialah yang Menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Menyebarkan RahmatNya dan Dialah Yang Maha Pelindung Yang Maha Terpuji".
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa Dia ﷻ Menurunkan hujan apabila orang-orang telah kehilangan harapan. Bila-bila yang DikehendakiNya; hujan adalah di TanganNya Dia ﷻ.

Mereka mengatakan ini sedang berlaku, itu sedang berlaku. Tetapi tanpa Perintah dari Allah ﷻ walau setitik air hujan pun tidak akan turun. Segala-galanya berlaku dengan Izin Allah ﷻ. Setiap titisan air dan setiap zarah bergerak dengan Perintah Allah ﷻ. Tanpa PerintahNya ﷻ, orang-orang boleh berusaha keras dengan perkara yang sia-sia sebanyak mana yang mereka mahukan. "Kami akan melemparkan bom dan ia akan mengakibatkan hujan dan kita akan dapatkan air". Mereka telah lakukannya dan ia telah menjadi sia-sia. Orang-orang yang tidak beriman dengan Allah ﷻ telah melakukan ini dengan banyaknya tiga puluh tahun yang lalu. Ia telah sepenuhnya sia-sia. Orang-orang telah meninggal dunia akibat dari kemarau. Dan selepas itu dengan Izin Allah ﷻ, dengan Doa, Allah ﷻ telah Kasihani dan Menghantarkan hujan. Jika Allah 'Azza wa-Jalla tidak Menghendakinya, Dia ﷻ tidak akan Menjadikannya hujan. Kenapa? Boleh jadi terdapat kemarau dan kesusahan, orang-orang boleh jadi mati kerana kebuluran jika tiada Belas Kasihan dari Allah ﷻ.

Hujan adalah Rahmat dari Allah ﷻ. Hendaklah kita bersyukur kepada Allah ﷻ. Sama ada orang-orang telah melupakannya, atau mereka tidak pernah mengalami sesuatu seperti ini dan tidak memikirkannya mengenainya langsung. Mereka fikir bahawa sentiasa akan ada hujan.
Boleh jadi ianya tidak turun langsung. Pada masa Sayyidina Yusuf, tidak turun hujan selama tujuh tahun. Ia adalah sesuatu yang mungkin boleh terjadi. Tidak ada yang mustahil didunia ini. Apabila tidak terdapat Perintah dari Allah ﷻ maka tidak ada sesuatu pun yang terjadi.

Semoga Allah ﷻ Kurniakan kepada kita Barakah. Semoga Dia ﷻ Kurniakan kepada kita kebaikan insha'Allah. Tiada sesiapapun yang mampu menghalangi apa yang di Kurniakan oleh Dia ﷻ. Berfirman Allah ﷻ bahawa apabila Dia ﷻ Menutupi sesuatu, maka tiada sesiapapun yang boleh membukanya. Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita Barakah. Semoga Dia ﷻ Memberikan Barakah Dia ﷻ dengan kebaikan. Dan semoga Dia ﷻ tidak menguji kita dengan kekurangan dan kemarau. Semoga Dia ﷻ Membantu masyarakat.
Api sedang turun keatas mereka sekarang ini. Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka. Semoga Allah ﷻ Menyelamatkan orang-orang ini.

Semoga Allah ﷻ Menghantarkan Sahib untuk kita semua.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 November 2023/ 05 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah
🌹BAGAIMANA UNTUK MENGENAL PASTI ORANG MUNAFIK🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

إِنَّ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ فِى ٱلدَّرْكِ ٱلْأَسْفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ 
(Qur’ān 04:145).
‘’Inna Al-Munāfiqīna Fī Ad-Darki Al-'Asfali Mina An-Nāri’’
"Sungguh orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dalam neraka."
Para Munafik akan ditempatkan di tempat yang paling bawah didalam neraka, Firman Allah 'Azza wa-Jalla. Kerana mereka-mereka yang berpenampilan seperti kaum Muslimin tetapi menyakiti kaum Muslimin adalah munafik.
Mereka adalah orang-orang yang paling dibenci oleh Allah ﷻ. Kaum Munafik telah pun ada pada zaman Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Walaupun Baginda ﷺ tahu akan ini, Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam telah bersabar.

Orang-orang ini pada hari ini adalah seperti ini. Mereka mengambil orang Muslim sebagai musuh. Mereka menunjukkan permusuhan terhadap mereka dan berpenampilan seperti mereka walaupun mereka itu bukan. Mereka akan sentiasa disitu. Kemurkaan Allah ﷻ keatas mereka. Apabila seorang itu Kafir, anda akan ketahui mereka itu sebagai Kafir dan anda akan menyesuaikan diri anda sepertimana yang sepatutnya. Tetapi apabila seseorang itu Munafik, dia berpenampilan seperti dia adalah lebih Muslim dari anda. Ianya adalah untuk memusnahkan Islam. Siapakah mereka? Mereka itu adalah musuh kepada Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, mereka tidak mencintai Baginda ﷺ. Bagaimanakah kita dapat mengenal pasti mereka? Apabila anda berselawat, atau apabila anda menunjukkan kecintaan kepada Nabi Suci ﷺ, mereka mengatakan anda sebagai seorang Musyrik dan Kafir. Mereka adalah orang-orang yang menjauhkan anda daripada kebaikan yang agung.

Kita tidak akan dapat memasuki Syurga dengan amalan kita. Tetapi kita akan dapat memasuki Syurga dengan kecintaan. Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda bahawa seseorang itu akan bersama dengan orang-orang yang dicintainya. Maka, tujuan utama mereka adalah untuk mengeluarkan kecintaan ini dan membawa orang-orang ke neraka. Tanpa kecintaan kepada Nabi Suci ﷺ, seseorang itu tidak ada nilai. Tidak ada nilai langsung pada perbuatan mereka. Perkara yang paling penting yang diperlukan oleh orang-orang untuk dibawa ke negeri Akhirat dan untuk ke Syurga adalah kecintaan kepada Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Dengan kecintaan kepada Baginda ﷺ kita akan mendapatkan Syafaatnya. Sebaliknya, jika anda bersama dengan orang-orang Munafik, maka anda berada dalam bahaya. Sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda dengan pastinya. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Dia ﷻ Melindungi kita daripada orang-orang Munafik.

Para Munafik adalah orang-orang yang paling banyak menyerang berbanding dengan orang-orang Kafir dimana-mana. Mereka telah bertambah banyak selepas (berakhirnya) zaman kerajaan Usmaniyyah. Mereka telah wujud sebelumnya itu. Tetapi selepasnya, mereka telah bertambah banyak. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita daripada kejahatan mereka. Semoga kita sentiasa mempunyai kecintaan kepada Nabi Suci ﷺ didalam jantung (hati/qolbu) kita. Kecintaan kepada Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam adalah satu kefardhuan (kewajiban). Nabi Suci kita ﷺ bersabda, "Kamu tidak akan kecapi Iman yang sebenar sehingga kamu mencintaiku lebih daripada (mencintai) ibu kamu, bapa kamu, dan diri kamu sendiri". Maka Iman anda telah sempurna (apabila anda sampai ketahap itu).

Maka, semoga kita mempunyai kecintaan yang abadi selamanya kepada Nabi Suci kita ﷺ didalam jantung (hati/qolbu) kita agar Iman kita kuat insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 November 2023/ 04 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah
🌹Pengumuman Penting untuk Jemaah Singapura🌹

السلام عليكم ورحمة وبركاته
بسمالله الرحمن الرحيم
الحمد لله

Pada tanggal 11 November 2023, beberapa jam setelah meninggalnya Syekh Abdul Sattar Khanق yang kita cintai, Mawlana Syekh Muhammadق mengirimkan pesanan yang menenangkan ini kepada murid-muridnya yang sedang berduka dan mengumumkan Perlantikan wakil berikutnya (Wakeel) di Singapura, iaitu Sidi Faisal Osman.

Sidi Faisal telah diPakaikan dan diBerkati tanpa dia sadari, untuk menjadi wakil Mawlana di Singapura setelah Almarhum meninggalkan kita. Almarhum Syekh Sattar mendedikasikan hidupnya agar semua orang bisa merasakan manisnya Jalan ini dan ingin kita menunjukkan solidaritas dan memberikan dukungan kita kepada Sidi Faisal dalam peran barunya, seperti yang kita lakukan padanya. Mohon luangkan waktu dan dengarkan pesan Mawlana yang terlpor dibawah ini dengan sebaiknya. Semoga kita menyatukan hati sebagai satu jemaah dan tetap teguh dengan kepemimpinan baru ini. Amin. Seperti yang selalu Almarhum ingatkan kepada kita,

‘Perhatikanlah hatimu, tetapkanlah hatimu dengan Pembimbingmu’.

💚 Wassallam
🌹PEPERANGAN SEPANJANG KEHIDUPAN KITA🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Allah 'Azza wa-Jalla Menciptakan orang-orang. Apabila Dia ﷻ Menciptakan mereka, Dia ﷻ Meletakkan mereka didunia ini untuk diuji. Bagaimanakah ujian akan itu datang? Ia datang melalui kesusahan. Apabila Dia ﷻ Menciptakan orang-orang dalam bentuk fizikal, Dia ﷻ Menciptakan ego, dan Dia ﷻ Menciptakan syaitan, Dunia dan Hawa (nafsu syahwat) menentang mereka. Keempat-empat ini adalah musuh-musuh kepada orang-orang. Apabila berada didunia ini, mereka akan bersusah payah dengan (musuh-musuh) ini. Kita sedang dalam keadaan berperang dengan mereka sepanjang kehidupan kita. Ia adalah Jihad menentang ego-ego, menentang syaitan, menentang (keinginan) Dunia dan Hawa (nafsu syahwat). Kita sedang dalam keadaan berperang keatas mereka. Mereka (musuh)mempunyai perkara-perkara yang lainnya juga seperti hasad dengki, iri, kejahatan dan pelbagai lagi perkara-perkara yang bersamaan dengan mereka.

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman kepada manusia, "Apabila kamu memenangi peperangan ini keatas mereka, kamu akan pergi ke Syurga insha'Allah". Kita akan pergi ke Syurga insha'Allah, tetapi apakah yang akan berlaku kepada mereka? Kesemua ini akan ada sehingga kita sampai ke pintu Syurga dan minum daripada kolam Kawthar Nabi Suci kita ﷺ. Apabila orang-orang pergi kepadanya dan minum darinya, kesemua perkara-perkara kejahatan ini akan meninggalkan mereka. Tidak ada kejahatan yang akan memasuki Syurga. Hanyalah orang-orang yang suci bersih yang akan memasuki Syurga; mereka tidak akan dengki mahupun iri terhadap kekayaan dan kemuliaan orang lain atau apa sahaja kejahatan yang lain tidak akan memasukinya.
Sedangkan pada masa itu tidak ada lagi ego, syaitan tidak boleh memasuki Syurga juga. Apa sahaja yang didalam diri manusia, kesemuanya akan dibersihkan disitu. Tidak ada apa-apa melainkan keindahan dan kebaikan didalam Syurga.

Orang-orang sudah tentunya akan berselisih dan bergaduh disini. Mereka berselisih dengan keluarga dan dengan pasangan mereka. Ia adalah Perintah Allah ﷻ. Tidak ada seorang pun yang tidak melawan. Tetapi keadaan ini tidak berlaku didalam Syurga. Tidak ada masalah di Syurga. Yang ada disitu hanyalah kesenangan dan keindahan. Setiap suapan adalah lebih manis dari yang lainnya, pakaian adalah lebih baik dari yang lainnya. Ia adalah sebegini dengan Izin Allah ﷻ.

Maka, hendaklah kita sentiasa berusaha untuk melawan dengan musuh-musuh ini didunia. Hendaklah kita melakukan sebanyak yang kita mampu lakukan agar apa sahaja yang Allah ﷻ Menginginkan itu berlaku dan bukan apa yang mereka mahukan. Sudah tentunya, manusia melakukan sebanyak yang mereka mampu lakukan. Mereka melakukan dosa-dosa dan melakukan kesalahan didunia ini. Tetapi Allah 'Azza wa-Jalla akan Mengampuni mereka.

Maka, hendaklah kita ketahui ini. Tiada siapa yang mampu kerjakan 100% dalam apa sahaja. Hanya Para Nabi-nabi yang sempurna. Dan Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam adalah Nabi terakhir. Maka, sudah pastinya ada kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang datang selepasnya ﷺ. Kebanyakan kita adalah pendosa juga. Dosa-dosa itu adalah diberikan oleh Allah ﷻ untuk meningkatkan maqom kita. Apabila kita bertaubat dan memohonkan keampunan kepadaNya, Dia ﷻ menukarkan ia kepada Pahala. Semoga Allah ﷻ Membantu, untuk berada di Jalan Dia ﷻ , kerana tanpa PertolonganNya ﷻ, ia adalah amat sukar untuk kita.

Semoga Dia ﷻ Memberikan kepada kita kekuatan Iman demi Nabi Suci kita ﷺ insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
25 November 2023/ 11 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah
Forwarded from SufiHub (Bahasa)
“Malam Jum’at dimulai sejak masuk waktu Maghrib dihari Kamis. Malam Jum’at juga sama sucinya dengan malam-malam yang istimewa. Doa dan ibadah yang dilakukan dimalam Jum’at lebih mudah untuk diterima ALLAAH.

Ada satu waktu khusus dihari Jum’at dimana apabila berdoa diwaktu yang spesial ini maka doanya makbul. Karena itu, tunjukkanlah rasa hormat kepada hari Jum’at dan perbanyaklah berdoa.”

~ Sultanul Awliya Mawlana Syaikh Muhammad ‘Adil ar-Rabbani QS
Setiap hari Selasa, bacalah doa diatas ini 👆 untuk menolak bala' (bencana) selama seminggu penuh sehingga hari Selasa depan.

Doa:
"ALLAHumma yaa kafiyal balaa', ikfinal balaa' qabla nuzulihi minas samaa"
Lalu bacalah sebanyak 7 kali:"Yaa ALLAH"

Ulangi sehingga 3 kali.