SufiHub (Bahasa)
166 subscribers
575 photos
11 videos
4 files
85 links
Download Telegram
🌹Selawāt Membawa Anda Dekat 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 Juli 2025/ 23 Muharram 1447
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا ٥٦
(Qur’ān 33:56).
‘Inna Llāha wa mala‘īkatahu yuṣallūna ’ala n-nabiyyi ya‘ ayyuhā alladhīna ā‘manū ṣallū ’alayhi wa sallimū taslīma,
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat keatas Nabi.
Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuh kepadanya."

Allāhumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin wa ‘ala ‘āli Sayyidina Muhammad.
Allāh ‘Azza wa-Jalla Memerintahkan Perintah ini kepada seluruh umat Islam: Berselawātlah keatas Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Kerana Allāh ‘Azza wa-Jalla dan para malaikat semuanya memuliakan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam dan berselawat dan (mengucapkan) salam ke atas Baginda ﷺ.

Kiriman selawat dan salam kita tidak memberi manfaat kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam. Ianya adalah untuk kepentingan kita sendiri. Manfaatnya adalah untuk kita. Semakin banyak selawat dan salam yang anda buat (yang anda ucapkan), semakin banyak pahala yang Allah ﷻ catatkan untuk anda, semakin tinggi darjat anda dan semakin dekat anda (kepada Allah ﷻ). Anda menjadi lebih dekat kepada Allah ‘Azza wa-Jalla. Apabila anda tidak berbuat demikian, anda menjadi gersang, tidak berjiwa. Apabila seseorang mempercayai dirinya sendiri dan menjadi sombong (dengan) berkata,
"Siapa itu? Saya pun sama," dia benar-benar mengikuti syaitan. Memuji Nabi kita ﷺ adalah manfaat terbesar bagi manusia, dan khususnya bagi umat Islam. Orang-orang Islam yang memeluk Islam demi wajah mulia Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, Allah ﷻ telah Melimpahkan nikmat kepada mereka.

Oleh itu, berselawat dan salam kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah antara ibadah yang paling agung. Menghormati Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah salah satu penghormatan kepada Allāh ‘Azza wa-Jalla (yaitu Penciptanya). Mencintainya ﷺ adalah (bermaksud) mencintai Allah ‘Azza wa-Jalla. Dalam segala hal - semakin banyak anda memuliakan dan menghormati Nabi kita ﷺ, semakin banyak Allah ﷻ Melimpahkan nikmatNya kepada anda, semakin banyak Dia ﷻ (akan) Memuliakan anda.

Apabila anda mengucapkan selawat dan salam, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berkata, “Aku pasti akan membalasnya” (membalas salamnya). Nabi kita ﷺ memberi khabar gembira bahawa apabila anda (mengucapkan) selawat dan salam (kepada Baginda ﷺ), Nabi kita ﷺ akan menerimanya dan akan mengembalikannya/ (membalas ucapan salam anda). Alangkah indahnya perkara ini! Kebanyakan orang berkata, "Izinkan saya melihat Nabi kita ṣallá Llāhu 'alayhi wa-sallam dalam mimpi saya." Tetapi apabila seseorang itu mengucapkan selawat dan salam (keatas Baginda ﷺ), dia segera akan menerima (balasan ucapan) selawat dan salam daripada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Anda akan menjadi lebih dekat. "Saya akan melihatnya ﷺ dalam mimpi saya. Saya akan tidur, saya akan bangun. Saya telah menunggu selama bertahun-tahun." Jika Allah ﷻ mentakdirkannya, ianya akan berlaku. Tetapi selawat dan salam (yang kita ucapkan) sentiasa dihantar segera kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Baginda ﷺ dimaklumkan tentang anda. Baginda ﷺ membalas ucapan (selawat dan salam) anda.
2
Semoga Allah ﷻ Menambahkan kecintaan kita kepada Baginda ﷺ, inshā’Allah, demi hari Jumaat yang penuh barakah ini. Semoga Dia ﷻ tidak membawa kita keluar dari Jalan yang benar. Semoga Dia ﷻ tidak menjadikan kita mengikut ego kita, inshā’Allah.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.

Terdapat bacaan khatam Al-Qur’an, Yasin Sharīf, Ayat-Ayat, Surah-surah, Tasbihat, Tahlilāt, Selawat, khatam Dalā’il al-Khayrāt. Mereka telah mengamanahkan (bacaan) kesemua Surah-surah ini, Ayat-ayat dan Khatm-khatam yang diberkati kepada kita dari seluruh dunia. Kami hadiahkan (pahala kesemua) mereka pertama-tamanya kepada Nabi kami ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, ﷺ, Ahlul-Bayt dan ṣaḥābah, roh semua Anbiya, Awliya, Asfiya dan Nabi-Nabi. Kepada roh Mashayikh kita. Terutamanya Syaikh kita, Mawlānā Syaikh Nāẓim, Hala Sultan, Hajjah Anne Sultān. Kepada roh semua arwah saudara kita. Semoga apa jua matlamat orang yang (membacakn ziki-zikir ini) telah tercapai. Untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Semoga Allah ﷻ Merahmati semua saudara kita yang telah meninggal dunia; terutamanya Hüseyin Efendi. Semoga Allah ﷻ Mengangkat maqamnya. Semoga Allah ﷻ Memberi kesabaran kepada keluarga mereka. Demi kebahagiaan dunia dan akhirat kita semua.

Li-Llahi Ta’āla, Al-Fatiha.
2