SufiHub (Bahasa)
165 subscribers
573 photos
11 videos
4 files
85 links
Download Telegram
🌹ĀSHŪRĀ’, Adalah Hadiah Daripada Allāh ﷻ🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
04 July 2025/ 09 Muharram 1447 Lefke, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Kita berada di bulan Muharram yang penuh keberkatan. Semoga kebaikannya tercurah kepada kita. Kebaikannya sangat besar. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, orang yang berpuasa satu hari pada bulan Muḥarram, setiap harinya (itu) sama dengan tiga puluh hari. Sudah tentu, adalah baik untuk berpuasa dari (hari) yang pertama sehingga yang kesepuluh. Sesiapa yang tidak boleh berpuasa, boleh berpuasa sama ada pada kesembilan dan kesepuluh Muharram, atau kesepuluh dan kesebelas Muharram. Kedua-duanya termasuk hari ‘Āshūrā’ iaitu hari yang hebat. Allah ‘Azza wa-Jalla telah Menganugerahkannya kepada manusia sebagai hadiah. Sesiapa yang mahukannya boleh mengambilnya; untuk semua orang. Bagaimana seseorang akan mengambil? Jika dia beriman kepada Allah ﷻ, dia akan mendapat manfaat dari hari itu. Tiada siapa yang menghalang orang daripada mendapat manfaat. Ianya bermanfaat untuk semua orang. Ini adalah dengan asbab beriman kepada Allah ﷻ dan hidup sebagaimana yang diPerintahkan olehNya. Setiap hari kehidupan seseorang (itu) dipenuhi dengan kebaikan, thawāb (pahala) dan keindahan. Sesiapa yang tidak berbuat demikian akan kerugian besar. Dan setiap harinya tiada faedah; dia tidak mendapat apa-apa melainkan mudarat.

Itulah sebabnya, bulan Muḥarram ini adalah bulan yang diberkati. Sebelum diwajibkan puasa di bulan Ramadhan, mereka (orang-orang terdahulu) berpuasa pada bulan Muḥarram. Selepas itu, apabila telah diwajibkan, mereka mula berpuasa di bulan Ramadhan. Kewajipan puasa berlaku pada bulan Ramadhan. Seperti yang kami katakan, pada bulan Muḥarram, para Nabi mencapai darjat mereka atau keNabian dianugerahkan kepada mereka. Begitu juga, para ‘awliyā’ diberi pangkat kewalian pada hari ‘Āshūrā’, pada tanggal sepuluh Muḥarram. Pada hari itu, terdapat banyak kejadian: Pengampunan ‘Adam ‘alayhi s-salām. Kapal Nūh ‘alayhi ssalām: berakhirnya banjir dan turunnya (baginda) ke (dataran) tanah. Penyelamatan Musa ‘alayhi ssalam. Kenaikan ‘Idrīs ‘alayhi s-salām ke langit. Kebanyakan peristiwa telah berlaku pada hari ini; peristiwa yang sangat indah telah berlaku.

Itulah sebabnya, ini adalah hari yang diberkati. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam pernah berpuasa. Ketika Baginda ﷺ tiba di Madinah selepas itu, kerana orang-orang Yahudi berpuasa pada hari itu, Baginda ﷺ Bersabda, “Aku lebih berhak untuk hari ini.” Untuk menentang/ (agar tidak seperti) mereka, Baginda ﷺ memerintahkan untuk berpuasa sama ada pada kesembilan dan kesepuluh atau kesepuluh dan kesebelas (harinya).

Seperti yang kami katakan, ianya adalah hari yang diberkati. Ianya mempunyai faedah rohani yang besar, dan juga faedah fizikal. Pada hari itu, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam akan mandi dengan niat untuk menghabiskan (kehidupan) sepanjang tahun dalam kesihatan (yang baik). Mereka yang meletakkan kohl pada matanya pada hari itu tidak akan mengalami sakit mata. Orang yang bersedekah akan melimpah ruah (rezekinya). Bagi orang yang membeli untuk rumahnya, untuk keluarganya, membeli hadiah untuk anak-anaknya, atau memberi lebih banyak hadiah sepertimana keinginannya, tahun itu akan berlalu dengan barakah untuk mereka, dengan Izin Allah ﷻ.

Selain rohani, terdapat juga barakah yang zahir. Pasti ada faedah dalam perintah-perintah dalam Islam. Dan terdapat kemudaratan pada larangannya. Ego seseorang mahukan apa yang ḥaram. Kedua-dua egonya semakin memberontak dan tubuhnya dicederakan.
1
Oleh itu, perkara-perkara yang dikurniakan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla dalam Islam pastinya akan bermanfaat dan indah secara zahir mahupun batin.

Hari ini, tentu saja, cucu Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam turut syahid bersama para ṣaḥābah Baginda ﷺ. Dalam Islam, syahid bagi mana-mana Muslim adalah rahmat yang besar. Dan beliau adalah Sayyidul-Shuhada’, pemimpin para syuhada. Beliau adalah Pemimpin para syuhada. Itulah sebabnya, beliau mencapai derajat itu. Dengan derajat itu, beliau berada di peringkat tertinggi di sebelah datuk beliau. Kesedihan berlaku jika tiada derajat, jika tiada. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam bersabda, sakit yang dirasai seorang syahid itu bukanlah (walau) seperti tertusuk jarum (pun). Maka apabila buah hati (kesayangan) Baginda ﷺ yang dirahmati, (iaitu) cucu kesayangan Baginda ﷺ (mendapat)mati syahid, Baginda berasa gembira dengan kedudukan yang paling indah (yang di berikan kepada cucu Baginda ﷺ). Baginda ﷺ merasakan kenikmatan yang indah apabila beliau syahid; Hussein ‘alayhi s-salam, cucu Nabi kita ﷺ.

Oleh itu, beberapa perkara yang tidak sesuai dengan Jalan yang ditunjukkan oleh Nabi kita ﷺ dan Islam adalah tidak diterima. Sesiapa yang mengambil jalan keluar kepada (perbuatan) (itu) (telah) berbuat demikian dengan sia-sia. Dia (Sayyidina Hussein r.a) tidak mendapat manfaat langsung (daripada perbuatan mereka itu). Allah ‘Azza wa-Jalla telah Mengangkat beliau ke darjat yang paling mulia. Semoga Allah ﷻ menempatkan kita di Syurga dekatnya, inshā’Allah. Itulah yang kami katakan. Semoga pangkat dan barakah mereka tercurah kepada kita. Syahid adalah pangkat yang sangat besar. Semoga beliau menjadi pemberi syafaat (kepada) kita, inshā’Allāh.

Semoga Allah ﷻ Memberkati hari kita ini; bukan hari ini. Hari ini adalah yang kesembilan. Esok adalah yang kesepuluh. Kami mengatakannya sekarang supaya kita boleh melakukan tugas itu esok. Esok juga adanya solat empat rakaat. Anda boleh bersolat pada bila-bila masa anda mahu. Sudah tentu, ianya harus (dilakukan) sebelum solat Asar. Selepas solat Asar, solat sunat tidak boleh dilakukan. Solat itu empat rakaat; anda akan membaca sebelas (Surah al ikhlās) dalam setiap rakaat. Setelah selesai membaca 70 kali,
“HasbunAllah wa Ni’mal Wakīl, Ni’mal Mawla wa Ni’mal Nasīr, Ghufrānaka Rabbana w Ilayka l-Masīr.”
Kemudian, adanya doa. Do'a itu akan dibaca tujuh kali, inshā'Allah. Dengan do’a itu, barakah hari ini akan tercurah kepada kita, inshā’Allāh. Semoga Allah ﷻ Merahmatinya. Semoga rahmat mereka tercurah kepada kita. Semoga pangkat tersebut memberi manfaat kepada kita, inshā’Allāh. Semoga darjat para Nabi itu, ‘awliyā’, orang-orang soleh dan para syuhada ditinggikan, inshā’Allah.


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
1
🌹Syahid Adalah Pangkat Tertinggi Dalam Islam🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
05 July 2025/ 10 Muharram 1447
Lefke, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Ke mana sahaja keluarga Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam dan para sahabatnya pergi, di situlah cahaya (menjadi) terang benderang. Bertambah barakah tempat itu. Cahaya tempat itu bertambah. Syukur kepada Allāh ﷻ, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam menamakan pulau Cyprus ini Jazīratul-Khaḍra, pulau hijau. Sekumpulan ṣaḥābah berangkat untuk menaklukinya. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda (bahawa) Baginda ﷺ melihatnya dalam mimpinya ﷺ. Baginda ﷺ sedang berbaring dalam dakapan Hala Sultan. Hala Sultan bertanya kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, “Adakah saya termasuk mereka?” Baginda ﷺ Bersabda, “Ya, kamu termasuk di antara mereka.” Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam tertidur semula. Baginda ﷺ melihatnya semula dan bangun dengan senyuman. Baginda ﷺ berkata lagi bahawa ṣaḥābah menaiki takhta (seperti raja diatas takhta) untuk menakluki Jazīratul-Khaḍra. Dia bertanya lagi, "Adakah saya di antara mereka?" Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam tidak berkata apa-apa. Dia faham bahawa dia akan bersama mereka yang pergi dahulu. Hala Sultan pergi ke sana pada usianya 80 tahun bukan dengan berjalan kaki, tetapi menunggang seekor binatang. Saya fikir ianya adalah kuda. Kuda itu tersandung, Hala Sultān terjatuh dan menjadi syahid.

Syahid adalah pangkat yang besar. Ianya adalah pangkat yang dikehendaki oleh semua ṣaḥābah. Syahid bukanlah satu perkara yang buruk. Sayyidinā Ḥamza telah syahid. Sayyidinā Ḥussein telah syahid. Ramai daripada Ahlul-Bayt adalah syahid. Darjat mereka semakin meningkat. Mereka sendiri (adalah dari kalangan orang-orang yang) tinggi (ditinggikan kedudukan mereka). Dan tambahan pula, pangkat syahid telah diberikan kepada mereka. Oleh itu, bagi orang yang mati syahid, walaupun di sini, apabila anak mereka menjadi syahid, orang tidak mahu menangis. Mereka berkata, “Anak kami telah menjadi syahid kerana (mengharapakan) keridhaan Allah ﷻ.” Oleh itu, syahid adalah darjat yang tinggi. Tidak baik melihatnya (itu) sebagai (sesuatu yang) buruk. Apa yang buruk; sebagaimana Sayyidinā Khālid Efendi berkata, "Tiada sejengkal pun di badanku yang tidak terluka akibat pedang, atau belati, atau panah, atau lembing. Tidak ada tempat di badanku tanpa luka. Tetapi aku mati di sini di atas tikar seperti binatang. Aku tidak mati sebagai seorang syahīd." Sayyidinā Khālid sangat sedih. Semoga Allah ﷻ Meredhainya.

Oleh itu, umat Islam seharusnya mempunyai kebijaksanaan. Mereka haruslah mendengar akan (perintah/nasihat) Syaikh dan mursyid mereka, apa yang dia katakan dan bagaimana akan keadaan (sesuatu itu). Apa yang baik untuk mereka adalah mendengarnya (mengikuti perintah/nasihatnya). Mereka haruslah mentaatinya dan mencapai kebaikan itu. Inilah kebaikan yang perlu dicapai. Kita mestilah tahu bahawa apa sahaja yang diAnugerahkan Allah ‘Azza wa-Jalla kepada sesiapa pun, itu adalah kebaikan yang besar baginya (itulah yang terbaik baginya). Semoga Allah ﷻ Meningkatkan darjat mereka.

Penghulu para syahid Sayyidinā Ḥussein ‘alayhi s-salām dan para sahabat-sahabatnya menerima kesyahidan mereka dan meminumnya sebagai Sharbat. Yang lain mati terbaring di atas katil mereka. Terdapat ramai orang yang tidak dapat mencapai pangkat itu. Semoga Allah ﷻ Memberi kita semua kebaikan mereka, inshā’Allah. Semoga Allah ﷻ Meningkatkan darjat mereka, inshā’Allah.
2
Hari ini adalah 'Āshūrā', ianya adalah hari yang indah. Sekarang, selepas ṣuḥbah, inshā’Allah, terdapat solat ‘Āshūrā’ empat rakaat. Kita akan bersolat bersama-sama, inshā’Allah. Dan kemudian, sesiapa yang boleh membaca 1,000 Ikhlāṣ (Surah al-Ikhlas). Itu akan berpindah (dicatat) ke buku (amalan) mereka. Seperti yang kita katakan, mandilah (mandi ghusul). Sesiapa yang tidak boleh mandi, di sana ada laut. Cuacanya panas pula. SubhanAllah, ianya seperti hari pemergian Sayyidina Ḥusayn hari ini. Ianya sangat panas. Semoga Allah ﷻ Menerima ibadah, ketaatan dan amal soleh setiap orang, inshā’Allah.

Semoga Allah ﷻ Memberikan kemenangan kepada Islam atas barakah mereka. Dengan Izin Allah ﷻ, seluruh dunia akan sampai kepada Islam dan keselamatan. Dengan Islam, dunia akan mencapai keamanan. Ianya tidak boleh mencapainya (dengan) sebaliknya. Ianya tidak dapat mencapainya dengan shayṭān. Tidak akan ada kedamaian, atau kebaikan, atau keindahan. Dengan Islam, di mana-mana (pun) akan selamat. Semua keindahan ada didalam Islam. Semoga Allah ﷻ Memberikannya kepada semua. Semoga Mahdī ‘alayhi s-salām datang segera. Apabila Madhī ‘alayhi ssalām datang, terdapat rahsia-rahsia; banyak rahsia yang akan terbongkar. Apabila orang-orang mengetahui rahsia ini, mereka akan melihat betapa benarnya Ahlus-Sunnah dan ahli ṭarīqah. Semua orang akan melihatnya kemudian, inshā’Allāh.

Sudah tentu, seperti yang kami katakan, sebelum semua, adanya Hala Sultan. Karamah beliau, kebaikannya dan barakahnya kekal abadi. Dan tasarrufnya (akhlaq mulianya) adalah kekal. Mereka tidak berbaring di sana mati. Apa sahaja keperluan setiap orang, mereka memberi kepada sesiapa pun yang meminta mengikuti keperluan mereka. Jika mereka tidak meminta, mereka tidak memberi. Oleh itu, semoga pertolongan mereka tercurah kepada kita. Semoga barakah mereka tercurah kepada kita. Semoga perlindungan mereka tercurah kepada kita, inshā’Allah. Semoga Allah ﷻ Memberkati hari-hari suci ini untuk kita inshā’Allah.


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
3
1
السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته
بسم اللّه الرحمن الرحيم
🌹

1) Kelahiran Yang Diberkati Imamul Tariqah, Mawlana Syaikh Baha’uddin Shah Naqsybandق Tanggal 14 Muharram menandakan kelahiran yang diberkati Shaykh Baha’uddin Shah Naqshbandق, Grandshaykh ke-17 dari Rantai Emas Naqsybandi.

Sebagai pengikut Jalan ini, penting bagi kita untuk memperingati kelahirannya dan mencari shafa'ahnya pada malam hari lahirnya ini.

Kami sangat digalakkan untuk anda agar beribadah dan menghadiahkan pahala Khatam Khwajagan, Zikir, Mawlid, bacaan Surah Yasin dan Al-Fatiha kepada beliau serta memperbanyakkan doa pada malam yang istimewa ini. Malam 14 Muharram akan bermula selepas Maghrib pada malam ini di Singapura dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.


🌹14 Muharram - Kelahiran Mawlana Sheikh Baha’uddin Shah Naqsybandق

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm

“Grandsyaikh Shah Naqshbandق berkata bahawa empat kali dalam setahun, Barakah yang datang kepada beliau akan mencapai semua muridnya. Maka adalah sesuatu yang sangat istimewa bagi kita, pengikut Shah Naqshbandق, untuk mencari keberkatan yang turun ke atasnya.

Berdasarkan Mawlana Shaikh Nazimق berkata bahawa begitu tinggi kedudukan Shah Naqsybandق di langit, apabila kita kembali kepada Allah pada hari kiamat, sejauh pandangan mata beliau yang beliau dapat mencapai pada hari Yawm al-Qiyamah, bahawa seluruh kumpulan manusia itu akan mendapat Syafaat beliau dan akan berada di bawah Shafa'ah (syafaatnya beliau).
Melalui syafaat Shah Naqshbandق sahaja, empat daripada tujuh Jannah akan dipenuhi. Kita adalah pengikut Wawlana Shah Naqsybandق di Jalan Naqsybandi, yang dipilih oleh Allah.

Kita bukanlah orang yang hebat, jadi janganlah berbangga.
Pada hakikatnya, kita adalah antara manusia yang paling teruk.

Dikatakan bahawa pada Hari Alastu birabbikum
(Hari Dimana Kita semua Bersaksi bahawa tiada Tuhan melaikan Allah sebelum kita diturunkan ke bumi)
Kesemua Orang-orang Suci (Para Awliya) memilih pengikut-pengikut mereka, dan dari kumpulan orang yang ditinggalkan, Para Awliya Naqsybandi mengambil kita dan melatih kita semua. 

Oleh itu, kita mestilah sangat bersyukur kepada Allah ﷻ, kerana Mawlana Shah Naqshbandق telah berdoa sebelum ini kepada Allah ﷻ agar memberinya Jalan ini.

Beliau berkata, "Saya mengharapkan jalan yang paling mudah untuk pengikutku, untuk murid-muridku. Jalan yang paling mudah dan paling singkat bagi mereka untuk mencapai Hadirat Ilahi."

Syukur kepada Allah, kerana Dia telah menempatkan kita bersama-sama dalam perjalanan ini, untuk mencari persahabatan dengan Para Awliya Suci yang Agung."

- Almarhum Sheikh Abdul Sattar Khan

(Diambil dari Sohbahnya, ‘Muharram Yang Sangat Istimewa Bagi Kita’)

Semoga kita bersama mereka di dalam Nikmat Syurga selama-lamanya.

Al-Fatiha 💚🌹
1
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

💐Jummah Mubarak!


Kita berada dalam satu lagi hari Jumaat yang diberkati.

Marilah kita mengisi hari ini dengan selawat yang melimpah ke atas junjungan kita, Sayyidina Muhammad ﷺ, Mahkota Penciptaan dan Cahaya Hidayah.

Hazrat Abbas radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

Sesiapa yang membaca selawat ini sekali, tujuh puluh malaikat akan disibukkan selama seribu hari untuk mencatat pahalanya:

جَزَى اللَّهُ عَنَّا مُحَمَّدًا مَا هُوَ أَهْلُهُ

Jazallahu ‘annaa Muhammadan maa huwa ahluh

"Ya Allah! Berilah balasan kepada junjungan kami Muhammad dengan pahala yang setimpal dengan darjatnya (yang Agung) dan yang sepatutnya." [Tabarani, Al-Mu‘jam al-Kabir, Hadis 11509]


Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang tidak jemu-jemu mencurahkan selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ, dan semoga hati kita sentiasa dilimpahi kasih sayang-Nya. 💚

Sollu ‘alan Nabi
2
🌹Janganlah Mencari-cari Jalan Yang Lain🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
11 July 2025/ 16 Muharram 1447
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

وَقُلِ ٱعْمَلُوا۟ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ
‘Wa-quli ʿmalū fa-sa-yarāllāhu ʿamalakum’
"Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu"
(Qur’ān 09:105). ṢadaqaLlāhul-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman,
“Berbuat baiklah, niscaya Dia akan melihat apa yang kamu kerjakan.” Sama ada anda berbuat baik atau buruk, semuanya akan dibentangkan di hadapan Allah ‘Azza wa-Jalla. Anda akan dipertanggungjawabkan dengan sewajarnya.

Sudah tentu, manusia pada hidup di zaman kita ini tidak tahu apa yang mereka sedang lakukan. Mereka melakukan apa sahaja yang ego mereka mahu. Kini, mereka juga melakukan ibadah mengikut akal fikiran mereka sendiri. Atau mereka tidak melaksanakannya sama sekali. Mereka berkata, "Tiada apa-apa yang akan berlaku. Tidak ada perkara seperti itu." Tetapi Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, “Lakukan segala sesuatu dengan baik.”

Seperti yang kita katakan, orang zaman dahulu mempunyai kesabaran. Mereka telah berfikir. Mereka akan memberi perhatian kepada segala-galanya, tertanya-tanya mana yang lebih boleh diterima, mana yang lebih cantik. Dalam apa yang mereka makan, apa yang mereka minum, apa yang mereka pakai, apa yang mereka bercakap. Walaupun di mana mereka tinggal, jika mereka akan membina rumah: bagaimana untuk melakukannya dan apa yang perlu dilakukan. Mereka akan melakukan segala-galanya mengikut prinsipnya. Mereka akan berusaha untuk melakukan seperti yang dilakukan oleh Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, menurut Sunnah. Apa yang mereka lakukan adalah yang terbaik untuk dunia dan ākhirah.

Orang-orang pada hari ini telah menjadi semakin teruk selama hampir seratus tahun; tidak lebih baik tetapi lebih teruk. Mengapa perkara itu berlaku? Mengapa mereka menjadi lebih teruk? Kerana manusia telah mengikuti egonya. Dia berkata, "Saya akan melakukan apa sahaja yang ego saya mahu. Ianya akan menjadi lebih baik dan lebih cantik." Sedangkan ianya lebih teruk, dan lebih dahsyat.

Oleh itu, seseorang yang berada di Jalan Allah ﷻ, yang memalingkan (wajahnya) kepada Allah ﷻ dan mengikuti Jalan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, pasti akan mendapat keuntungan di dunia dan ākhirah. Dia akan memperoleh keuntungan material dan spiritual. Tidak perlu mencari Jalan lain. Tidak perlu melihat perkara lain. Jalan (yang benar itu) di hadapan kita. Kita berada di Jalan yang indah, Jalan cahaya, Jalan kebahagiaan. (Kita) Tidak perlukan apa yang orang lain tunjukkan dan apa yang mereka katakan. Kita mestilah menjauhi mereka supaya mereka tidak membahayakan kita. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Melindungi manusia dari kejahatan ego mereka sendiri dan (dari) kejahatan apa yang mereka lakukan.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.

Terdapat bacaan Al-Qur’an Khatam-khatam, Ayat-Ayat, Tasbīhāt, Tahlilāt, Yasin, Surah-Surah, Dalā’il alKhayrāt. Semoga Allah ﷻ Menerima semua amalan orang yang telah membacanya. Kita hadiahkan mereka pertama-tamanya kepada Nabi kita ﷺ.

Ila Rūhi Nabiyyina Muhaammadin sallaLlahu `alayhi wasallam wa Alihi wa Asahabihil-kiram wa ila arwahijamee’i al Anbiya’i wal-Mursalin wa Khudama’isharai’ihim wa ila arwahi al ‘Aimmati al arba’a, wa ilaarwahi Mashayyikhina fit-Tariqatin-Naqshbandiyyatil Aliyyah, khassatan Imamut-Tariqah wa Ghawthul-Khaliqah Khwaja Bahauddin Muhammad al-Uwaisiyil-Bukhari, Sayyidina Abdul Khaliq al Ghujduwani, Mawlana Shaykh Sharafuddin al Daghestani, Mawlana Shaykh Abdullah al Faiz al
Daghestani, Mawlana Shaykh Muhammad Nazim Adil al Haqqani, wa sai’riSadatina wa s-Siddiqiyun.

[(Terjemahan) Kepada roh Nabi kita Muhammad, Selawat dan Salam ke atasnya, dan keluarganya, dan para sahabatnya, dan roh semua Nabi serta rasul-rasulNya dan orang-orang yang mengabdikan diri kepada syariat mereka, dan kepada roh empat Imam. Dan kepada roh-roh Mashayikh kami dari Tarekat Naqsyabandi A'liyya, khususnya kepada roh Imamul Tarikah Ghawth al-Khaliqa Khwaja Bahauddin Muhammad al-Uwaisiyil-Bukhari, Sayyidina Abdul Khaliq al Ghujduwani, Mawlana Syaikh Syarafuddin al Daghestani, Mawlana Syaikh Abdullah al Faiz al Daghestani, Mawlana Syaikh Muhammad Nazim Adil al Haqqani, dan guru-guru kami yang lain dan Siddiqiyun.]

Kepada roh Hala Sultān. Kepada semua orang yang telah meninggal dunia (dari kalangan kita). Semoga yang (orang yang telah) mengaji dapat mencapai matlamatnya insha'Allah. Untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Untuk penawar kepada orang yang sakit. Semoga masalah mereka sembuh. Untuk kehidupan yang baik. Untuk kebahagiaan dunia dan akhirat, inshā’Allah.


Li-Llahi Ta’āla, Al-Fatiha.
🌹Al-Mahdi Belum Muncul Lagi🌹

Mawlana Syekh Muhammad Adil ar-Rabbaniق
16 Juli 2025/ 21 Muharram 1447
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

"وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ”

(Al-Qur'an 39:54)

“Wa 'Anībū 'Ilá Rabbikum Wa 'Aslimū Lahu”
“Dan kembalilah kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya.”
Ṣadaqa Llāhu l-'Aẓīm.

Kembalilah kepada Allah ﷻ,Firman Allah 'Azza wa Jalla. Berserah dirilah kepadaNya ﷻ. Jika anda berbuat salah, kembalilah (kepada Allah dengan) [bertaubat] dari kesalahanmu, Firman Allah 'Azza wa Jalla.

Jalan Allah ﷻ itu jelas. Jalan Allah ﷻ itu nyata dan terbuka. Teruskanlah (berada) di Jalan itu. Jika anda telah tersesat ke jalan lain, jika anda telah tertipu, (maka) kembalilah kepada Allah ﷻ, bertaubatlah kepada Allah ﷻ, dan Dia ﷻ akan Mengampuni. Jika anda telah tersesat ke Jalan yang salah, janganlah terus-menerus di jalan itu. Kesungguhan dan kedegilan ini merupakan tanda kekufuran. Orang-orang kafir itu keras kepala. Orang-orang Muslim (pula) menerima kebenaran. Dia (orang-orang yang beriman itu) berada di pihak Haqq (yang benar). Dia bersama Haqq. Apa pun yang anda tunjukkan kepada orang kafir, dan apa pun yang anda katakan, itu adalah sia-sia. Anda boleh mengatakan "Ini benar, dan ini salah" sebanyak yang anda mahu, (tetapi) mereka tetap akan menerima kepalsuan dan tidak akan mengatakan apa pun lagi.

Oleh kerana itu, banyak orang-orang yang telah tertipu. Mereka mengejar beberapa orang karena mereka (itu) mengaku Muslim. Barangsiapa yang telah menyimpang dari Jalan yang benar, hendaklah kembali ke Jalan (yang benar) itu. Dia seharusnya kembali ke Jalan Haqq (Jalan yang benar), Jalan yang telah ditunjukkan oleh Nabi kita Shallallahu 'alaihi wa sallam. Jalan itu menuntun kepada keselamatan. Jalan itu menuntun kepada keselamatan di dunia, dan Jalan itu menuntun kepada keselamatan di akhirat. Itulah yang penting.

Kerana ada berbagai macam orang-orang yang telah tertipu. Kita kembali ke masalah Mahdi 'alayhi s-salam. Ada banyak orang yang mengaku (diri mereka) sebagai Mahdi 'alayhi s-salam. Kita melihatnya setiap hari. Ada banyak majzūb atau orang gila yang mengaku, "Akulah Mahdi. Akulah Isa. Akulah ini, Akulah itu." Tidak semua orang menerima mereka. Namun begitu, terdapat beberapa orang-orang yang telah membentuk komuniti besar. "Mahdi telah muncul. Mahdi telah muncul seratus tahun yang lalu," saya tidak tahu berapa tahun yang lalu mereka mengatakan dia telah muncul. Setelah Mahdi muncul, kiamat akan terjadi. Bagaimana menurut Anda seratus, lima puluh, atau sepuluh tahun telah berlalu? Jika Mahdi 'alayhi salam telah muncul, semua tanda ini mesti akan datang satu demi satu. Inilah yang mesti terjadi.

Orang-orang sedang ditipu. Namun, ini bukanlah sekadar implikasi (insinuasi); ada tanda-tanda besar yang jelas. Munculnya Mahdi 'alayhi s-salam adalah salah satu tanda besar kiamat. Namun, ada juga tanda-tanda setelahnya. Adanya Dābbatul-Ard (Binatang Bumi). Setelah itu, matahari akan terbit dari barat. Munculnya Yajuj dan Majuj.
Ini adalah salah satu tanda besar kiamat. Dunia tidak akan kekal abadi. Ianya juga punyai waktunya (untuk berakhir). Oleh karena itu, menipu manusia dengan mengatakan, "Akulah Al-Mahdi," lalu orang Islam percaya kepada satu orang itu dan mengikutinya, berarti keluar dari Jalan.

Karena itu, kembalilah ke Jalan yang benar. Mahdi 'alayhi s-salam belum muncul (lagi). Ketika dia muncul, semua orang akan tahu ; bukan tiga atau lima orang, bukan seribu orang, bukan sepuluh ribu orang. Jutaan orang akan tahu. Seluruh dunia akan tahu. Mahdi 'alayhi s-salam akan muncul.
Dajjal (juga) akan muncul. Ada kelompok-kelompok yang menunggu dajjal. Mereka (itu) akan mengikuti dajjal. Jadi walau mereka (sebegitu pun) lebih pintar daripada orang-orang yang tertipu ini.

Karena itu, bagi orang-orang yang sesat: "أَنِيبُوا", "Anību", FirmanNya. (Qur’ān 39:54). Kembalilah, kembalilah, kembalilah kepada Allah ﷻ. Ini bukanlah tentang satu orang. Jalannya (ini) jelas. Semuanya telah dijelaskan dengan jelas.
Oleh karena itu, bagi mereka yang sesat: janganlah memaksa (diri dengan terus menerus dalan kesesatan). Kedegilan dan sikap keras kepala adalah tanda-tanda kekufuran. Janganlah mendekati mereka. Janganlah melakukannya. Semoga Allah ﷻ Menganugerahkan akal dan pemahaman kepadamu. Semoga kamu kembali ke Jalan yang benar. Demikianlah yang akan kami sampaikan, insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq.

Al-Fatihah .