🌹Setiap Jiwa Adalah Tahanan Kepada Perbuatannya🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
28 Jun 2025/ 03 Muharram 1447
Lefke, Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
كُلُّ ٱمْرِئٍۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌۭ
‘Kullu Amri'in Bimā Kasaba Rahīnun’,
‘Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya.’
(Qur’ān 52:21). ṢadaqaLlāhul-‘Aẓīm.
Setiap orang itu bertanggungjawab dan terikat dengan apa yang telah dikerjakannya. Apa sahaja yang dia telah perolehi (daripada perbuatannya), dia akan dilayan dengan sewajarnya. Di hadapan Allāh ‘Azza wa-Jalla, apa sahaja yang dia telah lakukan, dia bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri.
Seseorang itu akan melihat apa yang dilakukannya sendiri dari segi ibadah, ketaatan dan sebagainya. Tiada apa yang akan hilang. Perkara-perkara yang dilakukan di dunia tidak pernah hilang. Apa yang akan hilang? Jika anda telah melakukan dosa-dosa dan anda bertaubat dan memohon ampun kerananya, Allah ﷻ akan menghilangkan mereka. Dia ﷻ Memadamkannya. Tetapi jika anda berterusan memikirkan (bahawa) anda adalah sesuatu, berteruskan melakukan perkara (kejahatan) yang sama setiap hari dan tunjukkan kepada orang lain jalan (maksiat) ini, maka anda akan dihukum. Anda akan memberikan akaun tentang apa yang telah anda perolehi (akibat daripada perbuatan maksiat). Kemudian, anda akan melihat apa faedah yang ianya telah beri kepada anda.
Oleh itu, semasa di dunia, mereka berkata satu nafas di dunia lebih baik daripada seribu tahun di bawah tanah. Kerana selagi anda masih bernafas, Allah ﷻ Mengampuni anda dan dosa anda diampuni. Sebaliknya, ianya sudah menjadi masa lalu. Apabila seseorang menutup matanya, bukunya (catatan amalnya) tertutup. Amalan baik yang telah dilakukannya terputus, kecuali tiga perkara, sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Yang pertama ialah anak yang soleh yang beramal soleh dan mengerjakan kebajikan sesudah anda. Ianya akan datang kepada anda sebagai (pahala) kebaikan, dan itu akan memberi manfaat kepadanya juga. Yang kedua ialah ilmu yang baik yang anda tinggalkan kepada manusia agar mereka mendapat manfaat daripadanya. Dan yang ketiga ialah beramal untuk kemaslahatan ummah; masjid, madrasah, hospital, rumah anak yatim atau apa sahaja yang ada, walaupun ianya adalah air pancut/ air mancur. Perkara yang orang ramai mendapat manfaat (yang baik) darinya. Doa orang yang mendapat manfaat daripadanya itu akan diterima dan akan sampai kepada anda. Jika tidak, anda tidak melakukan apa-apa. Selain itu anda telah melakukan dosa-dosa. Dan itu tidak mencukupi. Anda juga telah berlaku degil. Anda telah menentang Allah ‘Azza wa-Jalla. Kemudian, anda akan berada dalam keadaan yang teruk; bukan (hanya) sukar tetapi (keadaan yang) sangat teruk. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.
Maka setiap seseorang itu akan mendapati segala sesuatu yang dia telah kerjakan di negeri ākhirah.
كُلُّ ٱمْرِئٍۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌۭ
‘Kullu Amri’in Bimā Kasaba Rahīnun’,

Dia ditahan. Seolah-olah dia dirampas, seperti tebusan. Jika ada sesuatu yang menentang dirinya, dia perlu membayarnya dan akan dibebaskan.
(Jika dia berkata) "Tidak, saya tidak mempunyai apa-apa", "Kemudian, datang ke sini. Dengan cara itu, ke sebelah kiri." Jika ada beberapa perkara [amal perbuatan] di sana, barulah boleh keluar nanti. Tetapi jika tiada apa-apa, anda akan tinggal di sana selama-lamanya. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ tidak menjadikan kita mematuhi ego kita, inshā’Allah.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.

🌹*Panduan Hari Asyura*🌹
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm
InsyaAllah, ambang hari Asyura akan jatuh pada hari ini, 4 Julai selepas Maghrib, bagi negara-negara yang mengikuti Mawlanaق.
Di Singapura, ianya akan diperhatikan sehari kemudiannya.
Dalam Sohbahnya, Mawlana Sheikh Nazimق mengatakan bahawa ini adalah salah satu malam yang paling suci dalam Islam.
Ianya memegang tempat istimewa dalam kalendar Islam dan dalam sejarah dunia.
Pada hari yang penuh keberkatan ini, Allah Taala mengurniakan kemenangan kepada hamba-hambaNya yang diKasihiNya dari Samudera Rahmat dan KekuasaanNya yang tiada penghujung. Kita amat digalakkan untuk berpuasa, memperbanyakkan ibadah, dan memperbanyakkan amal soleh pada hari ini.
Berdoalah dengan bersungguh-sungguh untuk diri sendiri, untuk orang tersayang, untuk seluruh umat Rasulullah ﷺ dan para Shuyukh kita..
🕌 Malam Asyura Mawlana Sheikh Muhammadق menasihati kita untuk berpuasa sama ada pada 9 dan 10, atau 10 dan 11 Muharram.
Sebaik-baiknya puasa dari 9 hingga 11 Muharram. Selepas Asar, kira-kira sejam sebelum Maghrib, bacalah nama-nama suci para Syuhada Karbala. Menyambung kepada mereka untuk Madad dan Himmah mereka. Kita digalakkan untuk berjaga malam kerana ia adalah malam Asyura.
🕌 Hari Asyura
Ibadah dan amalan yang dianjurkan:
1️⃣ Berpuasa
2️⃣ Mengambil wuduk penuh (dengan niat agar sihat), sapukan Kohl (celak) pada mata, membeli bekalan untuk rumah.
3️⃣ Membaca Surah Al-Ikhlas - 1,000 kali
4️⃣ Solat Sunat Asyura, solat sunat 4 rakaat yang dilakukan antara Zuhur dan Asar
5️⃣ Membaca Doa Asyura pada bila-bila masa antara matahari terbit dan terbenam
6️⃣ Membaca "Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakil, Ni'mal Maula Wa Ni'man Naseer" sekurang-kurangnya 70 kali.
7️⃣ Sadaqah, kerana ianya membawa keberkatan, lebih banyak rezeki, dan perlindungan untuk tahun ini.
8️⃣ Beri salam kepada manusia dan berdoalah untuk mereka
9️⃣ Qurban (korban haiwan)
📿 Untuk panduan penuh ibadat,
sila klik pautan di bawah ini:
https://sufihub.com/guide-to-ashura/
Wassalam.

SufiHub - Tariqatul Naqshbandiyyatil Aliyyah (Sheikh Muhammad 'Adil)
Guide to Ashura
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm In his Sohbah, Mawlana Sheikh Nazimق said that this is one of the holiest nights in Islam. It holds a special place in the Islamic calendar and in the history of the w…