🌹Hikmah Ilahi Yang Suci Dalam Peristiwa Hijrah 🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
27 Jun 2025/ 02 Muharram 1447
Lefke, Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, “Ketika Kami mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu dan mengutus kamu untuk berhijrah, (maka) sedihlah hati orang-orang yang beriman itu.” Sedangkan, apabila tiba masa hijrah ini, Perintah Allāh ‘Azza wa-Jalla mesti dipenuhi. Segala sesuatu itu ada masanya. Apabila belum tiba masanya, anda boleh berusaha semahu-mahunya, tiada apa pun yang akan berlaku. Tetapi sudah tentu, sesetengah orang jatuh ke dalam putus asa dan keputusasaan berkata, "Urusan kami tidak berlaku, apa yang boleh kami lakukan? Kami berdoa, doa kami tidak diterima." Semestinya, semuanya di bawah Perintah Allah ﷻ. Semuanya di tangan Allah ﷻ Yang Maha Kuasa. Ianya akan berlaku apabila Dia ﷻ Kehendakinya (untuk berlaku). Perkara-perkara yang Dia ﷻ Lakukan untuk manusia berlaku dengan Hikmah. Ada hikmah di saat semua orang hidup. Tetapi orang yang paling agung dengan hikmah kebijaksanaan, orang yang dizahirkan kebijaksanaan adalah Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam. Setiap perbuatan Baginda ﷺ, setiap perkataan, setiap tanda, setiap arahannya adalah penuh dengan hikmah.
Oleh itu, kerana kita adalah manusia - tidak kira berapa banyak yang dilakukan manusia, apabila dia tidak memahami hikmah, mungkin ada bantahan didalamnya atau dia mungkin bertanya apakah hikmah itu. Itulah sebabnya, hijrah Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah atas Perintah Allah ‘Azza wa-Jalla. Baginda ﷺ tinggal di Makkah Mukarramah selama bertahun-tahun dan Petunjuk turun kepadanya ﷺ dari Allāh ‘Azza wa-Jalla. Ketika bermukim di sana mencapai kemuncak kesempurnaannya, dan kerana harus adanya pembukaan, (maka) mereka berhijrah ke Madinah Munawwara. Mereka berhijrah dari sana bukan kerana takut. Jalan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam boleh dibuka tanpa sebarang halangan, tetapi ianya berlaku sedemikian rupa supaya manusia belajar, jadi ianya akan menjadi pengajaran bagi manusia, supaya mereka melihat mukjizat.
Mereka melalui jalan seperti itu dan sampai ke Madinah Munawwara. Di sana, matahari lebih bersinar. Seluruh dunia melihat cahaya itu. Sesiapa yang ditakdirkan telah diberikan itu. Sesiapa yang tidak ditakdirkan tidak diberikannya itu. Apabila Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berhijrah dari Makkah Mukarramah ke Madinah Munawwara, itu adalah (kerana) Perintah. Hijrah itu adalah wājib ke atas orang-orang itu. Kerana ianya bukanlah mudah untuk berhijrah. Meninggalkan segala-galanya untuk berpindah ke tempat lain dan memulakan semula adalah perkara yang sukar. Tetapi (para) Ṣaḥābah Kirām meninggalkan segala-galanya tanpa menoleh ke belakang dan berhijrah mengikuti Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.
Tetapi selepas hijrah, selepas membuka Makkah Mukarramah, Nabi kita ﷺ bersabda bahawa tidak ada Perintah untuk berhijrah lagi. Bilakah hijrah boleh dilakukan? Hijrah berlaku jika masyarakat ditindas. Kemudian, boleh berlaku penghijrahan tetapi ianya bukanlah (suatu) perintah. Ianya datang sebagai Perintah hanya pada zaman Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Jika tidak, mereka menjadi pelarian. Itu perkara lain.
Terutama di sesetengah negara, ketabahan adalah lebih baik daripada penghijrahan. Daripada meninggalkan negara (dan pergi) kepada (negara) orang-orang kafir, jika anda mempunyai kekuatan yang cukup untuk menguruskan diri sendiri, lebih baik bagi anda dan bagi Islam untuk (tinggal dinegara sendiri) 'pergi, dan yang lain pergi, dan yang lain pergi, (maka) siapa yang akan tinggal di sana (di negara sendiri)? (Jika tidak) Ia akan kekal untuk

orang kafir, ia akan kekal untuk penyembah berhala.
Itulah sebabnya, umat Islam mesti berhati-hati dalam hal ini. Mereka mesti tahu apa yang mereka lakukan. “Nabi kita ﷺ berhijrah, (maka) kami akan berhijrah”, mereka yang berkata demikian kebanyakannya tidak melakukan apa yang dilakukan oleh Nabi kita ﷺ. Tetapi mereka melakukan beberapa perkara yang sia-sia. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Ianya adalah masa yang sukar. Memandangkan kita hidup di akhir zaman, orang ramai meninggalkan negara mereka atas pelbagai sebab. Umat Islam meninggalkan negara mereka pergi ke tempat lain untuk mencari wang dan mencari rezeki (kelangsungan hidup). Tetapi lebih baik tinggal di tempat mereka sendiri. Adalah lebih baik bagi mereka untuk mendapatkan (yang) ḥalāl dan tinggal di sana, inshā’Allah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita semua.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.