SufiHub (Bahasa)
161 subscribers
564 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
🌹Tahun Baru Hijrah🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
25 Jun 2025/ 29 Zulhijjah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Syukur kepada Allah ﷻ, hari ini adalah hari terakhir dalam setahun mengikut Kalendar Hijrah. Malam ini adalah tahun baru Hijrah. Kalendar ini adalah kalendar umat Islam. Semoga Allah ﷻ Menjadikan tahun ini diberkati, inshā’Allah. Semoga (ianya) menjadi asbab untuk kebaikan. Semoga adanya kemenangan Islam. Semoga Sāhib datang, inshā’Allah. Mawlānā Syaikh Nāẓim berkata, “Kami menunggu setiap malam.” Kami juga menunggu tahun demi tahun. Ianya juga bagus.

Kalendar ini dikira dari zaman Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Ianya telah bermula sejak Baginda ﷺ memuliakan Madinah dengan hijrahnya ﷺ. Sebelum itu, manusia menghitung hari dan tahun sebagaimana yang diberikan oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla. Tetapi secara Islam, ianya adalah dari zaman Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Ianya adalah untuk ibadah (yang dilakukan oleh) manusia, untuk apa yang mereka lakukan. Dia ﷺ menentukan hari, bulan, minggu. Sebelumnya ini, mereka telah meletakkannya mengikut fikiran mereka sendiri. Kadang-kadang mereka akan mengubah beberapa perkara mengikut kehendak mereka. Tetapi selepas itu, selepas zaman Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, ini tidak berlaku lagi. Segala ibadah, Perintah, larangan (untuk) kita adalah mengikut kalendar ini. Menghargai kalendar ini adalah antara Perintah Islam. Kerana ramai yang telah berusaha untuk merosakkannya, tetapi Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Memeliharanya. Dan ianya akan berterusan sehingga hari kiamat, dengan izin Allah ﷻ.

Pada hari-hari yang penuh keberkatan ini, hari ini adalah hari terakhir ZulHijjah. Sesiapa yang hendak (berpuasa) boleh berpuasa, tetapi yang (lebih) penting (ialah) puasa dalam bulan Muharram. Ianya lebih mulia. Terutamanya (pada hari) 9-10 atau 10-11 (Muharram). Tidak (hanya) berpuasa pada hari Asyura ( hari ke-10) sahaja; tetapi berpuasa sama ada sehari sebelumnya (iaitu) 9-10 (Muharram), atau sehari selepasnya 10-11(Muharram) atau (pada) ketiga-tiga (hari-hari itu) sekali gus. Ini juga adalah hari-hari (yang mempunyai) ganjaran yang besar. Mereka (itu) adalah hari-hari yang (penuh) kebaikan.

Semoga Allah ﷻ Memberkati kita. Semoga ianya menjadi kemenangan bagi Islam. Kemenangan sentiasa dalam Islam. Orang-orang yang (berada) dalam Islam telah menang. Tidak kira betapa menderitanya mereka, mereka yang bersama Allah ﷻ sentiasa menang. Semoga tahun ini diberkati Allah ﷻ. Semoga hari-hari kita sentiasa barakah, inshā’Allah. Semoga (ianya) menjadi asbab kebaikan. Semoga kita dilindungi dari kejahatan syaitan. Semoga kita dilindungi dari fitnah, inshā’Allah. Semoga (ianya) menjadi sarana kebaikan. Semoga kita hidup dalam barakah tanpa memerlukan sesiapa pun, inshā’Allah.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹TAHUN HIJRĪ, TAHUN KEBERKATAN🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
26 Jun 2025/ 01 Muharram 1447
Lefke, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Hari ini adalah hari yang diberkati. Ianya adalah hari pertama tahun baru kita. Ianya adalah tahun 1447 dalam kalendar Hijri. Sebanyak tahun-tahun itu telah berlalu sejak zaman Nabi kita ṣallá Llāhu alayhi wa sallam. Mereka yang mempunyai imān tahu akan nilainya. Mereka yang tidak mempunyai īmān, menyambut tahun baru mengikut fikiran mereka sendiri, dan melakukan segala macam perkara yang sia-sia. Ada yang melakukan sedikit, ada yang banyak, ada yang benar-benar tidak terkawal. Tetapi hari kedua tiada apa-apa. Mereka tidak faham mengapa mereka meraikan, mengapa mereka bergembira. "Kami sangat gembira, apa yang telah berlaku pada hari ini?" Mereka melihat ke belakang dan melihat bahawa segala-galanya adalah sama; tiada apa yang berubah. Yang berubah adalah manusia. Dia akan menjadi satu tahun lebih tua.

Tetapi tahun Hijri, syukur kepada Allah ﷻ, adalah tahun di mana seseorang itu melakukan ibadah tahun sebelumnya dan mempunyai tugasan baru lagi pada tahun baru. Dan secara beransur-ansur, seiring dengan berlalunya waktu, ianya berlalu dengan beribadah kepada Allāh ‘Azza wa-Jalla, (dengan) bersyukar, memuji dan berdo’a. Dan Allah ﷻ akan Memberikan pahala dan thawabnya (karunia untuknya). Mereka itu akan menang. Mereka tidak akan kalah.

Oleh itu, tahun kita bermula dengan kebaikan bukan kejahatan. Anda memasuki tahun ini dengan berdo'a untuk diri anda, (untuk) keluarga anda, anak-anak anda, tanah air anda, bangsa anda. Anda memasukinya dengan memohon kebaikan, menghendaki kebaikan yang hakiki, menghendaki (agar) iman orang-orang mukmin bertambah, dan meminta Petunjuk bagi manusia sebagai kebaikan bagi mereka. Anda memasuki tahun (ini dengan) berdoa meminta agar mereka juga merasai hari-hari yang indah ini, masa-masa yang indah ini. Semoga (kesemuanya itu) dimakbulkan untuk mereka. Kami tidak ingin membahayakan sesiapa. Kami mahu penindas untuk menghentikan penindasan mereka. Semoga Allah ﷻ juga Memberi ganjaran kepada mereka yang dizalimi. GanjaranNya ﷻ tidak berkesudahan, tidak terbatas. Balasan bagi kesabaran bagi orang yang dizalimi ialah,
إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّـٰبِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍۢ
'Innamā Yuwaffá s-Sābirūna 'Ajrahum Bighayri Ĥisāb’,
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan diberi pahala tanpa batas." (Qur’ān 39:10). Orang-orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (pahala tanpa batasnya). Bukan setakat sepuluh pahala, seratus pahala, seribu pahala, tetapi tidak terkira. Tiada akaun lagi. Allah ‘Azza wa-Jalla Memberinya dari khazanahNya sendiri.

Oleh itu, hari yang diberkati ini adalah hari pertama Muḥarram. Semoga Allah ﷻ Menjadikan tahun yang penuh berkah ini sebagai asbab untuk kebaikan. Semuanya baik untuk orang yang mempunyai īmān. Apa yang berubah ialah setahun lagi telah berlalu. Ibadah terakhir tahun lalu, syukur kepada Allah ﷻ, ibadah kita, adalah ḥaji; iaitu bagi mereka yang mampu melaksanakannya. Kewajipan terakhir ialah ḥaji. Terdapat kewajipan ḥaji bagi mereka yang belum dapat pergi. Bagi yang telah pergi, semoga Allah ﷻ Menerimanya. Terdapat ramai yang tidak dapat pergi. Ramai yang tidak dapat masuk tetapi hanya sampai ke sempadan Makkah.
Mereka ke sana dengan niat dan tindakan sebenar mereka. Allah ﷻ pasti menerima haji mereka. Kerana perkara yang sama berlaku dengan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berada di sana untuk ḥaji tetapi dilarang. Baginda ﷺ keluar dari ihram, dan melakukan Qurban.
Dan mereka yang menemui (keadaan seperti itu) pada tahun ini adalah lebih banyak daripada mereka yang pergi haji (yang dapat menunaikan haji) . Mereka memasuki perbatasan ḥaji, dan mengunjungi Ka'bah tetapi tidak dapat naik ke 'Arafāt, tetapi Allah ﷻ pasti akan memberi mereka thawab dan pahala mereka. “
“Īnnamāl-āmālu bi-nniyyāt”,
“Perbuatan adalah hanya dengan niat”. Perbuatan mengikut niat. Mereka berdua berniat dan pergi ke sana, "Bagaimana kita boleh mencari jalan untuk masuk?" Tetapi ianya diberikan kepada mereka dalam pengertian takdir, inshā’a Llāh. Semoga Allah ﷻ Menerimanya.

Ibadah terakhir pada tahun itu adalah kewajipan ḥaji. Kemudian, kita mulakannya semula; (yang) baru. Ini adalah hari-hari yang diberkati dalam bulan Muḥarram, yang juga merupakan salah satu daripada bulan-bulan yang mulia suci. Dahulunya, puasa dilakukan pada bulan ini. Selepas itu, Allāh ‘Azza wa-Jalla menukarnya kepada bulan Ramadhan. Ianya menjadi wajib pada bulan Ramadhan. (Puasa pada bulan Muḥarram)Ini bukanlah diwajibkan, tetapi telah (dikerjakan) puasa (didalam bulan ini). Sekarang ini puasa (dari hari) 1 sampai (hari ke) 10 pun mempunyai fadhilatnya. Tetapi [hari-hari] yang paling penting bermula dengan hari ‘Āshūrā’. Hari-hari pertama yang mulia adalah hari ‘Āshūrā’. ‘Āshūrā’ ialah hari kesepuluh Muḥarram. Adanya puasa dan ada kewajipan yang perlu dilakukan pada hari tersebut. Sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahalanya. Seperti yang kami katakan, anda boleh berpuasa mengikut kesesuaian anda: 9 dan 10 atau 10 dan 11. Atau anda boleh berpuasa tiga hari, atau dari satu hingga sepuluh. Seseorang boleh melakukan apa yang dia mahu. Kesemua itu adalah Anugerah Allah ‘Azza wa-Jalla kepada orang-orang yang beriman dan Muslim.

Selepas itu, sudah tentu, adalah bulan yang diberkati kelahiran Nabi kita ﷺ, (iaitu) pada (bulan) Rabi'u l-Awwal. Ianya juga merupakan hari yang diberkati dan hari yang agung. Allāh ‘Azza wa-Jalla mengutus Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Ada orang jahil sekarang mengatakan ianya bid’ah. Sedangkan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam pernah berpuasa setiap hari Isnin. Apabila mereka bertanya kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, Baginda ﷺ akan menjawab, “Saya dilahirkan pada hari ini, itulah sebabnya saya berpuasa.” Maka Nabi kita ﷺ merayakan hari kelahiran Baginda sendiri setiap minggu; kerana hari lahirnya ﷺ adalah pada hari Isnin. Terlalu banyakkah jika kita menyambutnya setahun sekali!

Kemudiannya, seperti yang kami katakan, Rajab, Sya’ban, Ramadhan, Idul Adha, Lailatul Qadr, dll. Semuanya berlalu dalam masa setahun; dari satu tahun ke satu tahun. Jadi tahun ini tidak sia-sia. Hidup tidak sia-sia bagi seorang Muslim. Masa tidak sia-sia. Mereka semuanya penuh. Tiada yang kosong. Tiada yang kosong di alam semesta. Jadi bagaimana Islam akan kosong? Ianya tidak kosong sama sekali. Orang yang kosong, orang yang hidupnya kosong adalah orang yang tidak mempunyai īmān. Dia yang kosong. Biarkan dia fikir dia adalah sesuatu yang dia mahu. Dia seorang yang kosong. Dia mengejar orang kosong. Orang yang dia fikir sudah penuh adalah kosong. Tiada apa-apa. Orang yang penuh, insya Allah ﷻ adalah orang-orang yang beriman. Setiap minit bagi mereka adalah berharga. Setiap minit dipenuhi dengan keutamaan dan ganjaran Allah ﷻ, inshā’Allāh.

Semoga Allah ﷻ Menjadikan hari-hari kita ini diberkati, inshā’Allah Semoga Dia ﷻ Mengutus sāhib pada tahun baru ini, inshā’Allah. Inilah yang kita tunggu. Ianya semakin menghampiri hari demi hari. Inshā’a Llāh, semoga tahun ini, inshā’Allah. Inilah harapan kami, inshā’Allah.


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa
🌹Wazifa Bulan Muharram 🌹

Bacaan : Sebanyak kali:
Selawat Tunjina 40
Hasbuna Allah Rabbuna Allah 100
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm 100
Surah al Ikhlas 100
Selawat 100 – 1000
🌹Selawat Tunjina🌹