Ada taqdīr (menghargai), dan ada tekdīr (marahi). Mereka yang tidak faham dengan penghayatan mestilah dimarahi. Taqdīr ialah menerangkannya kepada mereka dengan perkataan yang baik. Dan apabila mereka tidak (mahu) fahami, anda harus menerangkannya dengan perkataan yang tidak baik. Anda mesti menghukum mereka supaya tidak ada bahaya yang menimpa bagi orang yang datang. Semuanya dibenarkan untuk kepentingan orang ramai. Dalam syariah ada azab, dan ada pahala. Itulah sebabnya, sekali-sekala, gambar dan nama-nama lelaki ini diletakkan di luar, di sana sini. Itu bukan sesuatu yang kita gembira atau kita suka. Kita wajib melakukan perkara-perkara itu supaya lelaki ini tidak dimudaratkan: supaya dia tidak membahayakan orang lain dan melakukan dosa. Dan supaya orang ramai tidak dimudaratkan. Sebab itu, kita kena berhati-hati. Apabila anda memasuki dergah, anda mesti memberi perhatian kepada siapa seseorang itu dan bagaimana (perilaku) dia, supaya tidak ada kemudaratan yang dilakukan semasa mengharapkan manfaat. Ini adalah perkara penting.
Pada zaman Nabi kita ﷺ, Allāh ‘Azza wa-Jalla – Tidak ada orang seperti itu di Mekah. Kerana Mekah adalah tempat yang sukar. Apabila mereka datang ke Madinah, terdapat ramai orang munafik. Jika orang munafik itu bukan seorang Muslim (tidak kelihatan seperti orang Muslim), (maka) masalah akan menimpanya. Tetapi mereka yang kelihatan seperti orang Islam (pada hakikatnya) adalah musuh Islam. Mereka adalah musuh. Itulah sebabnya, ada orang seperti itu. Dan ada (orang-orang)seperti itu dalam setiap zaman. Nabi kita ṣallá Llāhu alayhi wa sallam mengenali mereka. Kebanyakan ṣaḥābah juga mengenali mereka. Mereka (para Sahabah) kadang-kadang akan menyebut nama-nama mereka dan kadang-kadang tidak. Keadaan mereka juga disebut didalam Al-Qur’an ‘Aẓīmu sh-Sha’n. Itulah sebabnya, juga dikatakan kepada para ṣaḥābah agar mereka (juga) dapat berhati-hati.
Oleh itu, anda perlu berhati-hati didalam dergah. Boleh jadi ada orang munafik. Boleh jadi ada orang yang jahil (didalamnya). Boleh jadi ada orang bodoh. Mungkin (juga) ada orang yang berniat buruk. Itulah sebabnya, anda perlu bertanya dan menyiasat apabila anda datang. Anda mesti menjauhkan diri daripada orang-orang ini. Jika ianya tidak berbahaya, kami tidak akan mengatakannya ini pada hari ini. Tetapi terdapat banyak perkara berbahaya yang kebanyakan orang lakukan. Dan mereka juga tidak faham dengan nasihat. Mereka tidak faham dengan apa-apa. Jadi berhati-hatilah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Memperbaharui mereka ini. Ini adalah ṭarīqah. Orang ramai datang ke sini untuk memperbaharui diri mereka. Dan ada yang datang untuk merosakkannya. Semoga Allah ﷻ Menolong kita.
Kami akan memberitahu kebenaran. Kami akan memberitahu apa yang betul. Kami tidak akan tersinggung oleh sesiapa. Kami tidak akan takut kepada sesiapa. Oleh itu, semoga Allah ﷻ Menolong kita. Allah ﷻ bersama kebenaran. Sesiapa yang berniat jahat:
وَلَا يَحِيقُ ٱلْمَكْرُ ٱلسَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِۦ ۚ
"Rencana yang jahat itu hanya akan menimpa pencetus rencana itu sendiri."
(Qur’ān 35:43).
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman. Perancangan orang yang berniat jahat akan berbalik kepadanya. Keburukannya itu akan berbalik kepadanya (sendiri). Semoga Allah ﷻ Memperbaharuinya agar tidak berbalik kepadanya. Semoga dia bertaubat dan memohon ampun, inshā’Allāh.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.

🌹Urus/Haul Mawlana Jamaluddin🌹
5 Syawwal menandakan Urus/Haul Mawlana Shaykh Jamaluddin al Ghumuqi al Husayni, Qaddas Allahu Sirru, Grandshaykh ke-35 dari Rantaian Emas Naqsyabandi Aliyyah.
Beliau adalah seorang ulama pelbagai disiplin yang terkenal, seorang Awliya Sufi yang hebat yang mengarang buku bertajuk "Adab al-Muridiyya fi-t-Tariqat an-Naqshbandiyya", "Peraturan Kelakuan Murid-murid dalam Tariqat Naqsybandi."
Dari ajarannya, beliau berkata,
"Kisah-kisah orang-orang soleh dan wali-wali adalah seperti batalion dari Tentera Allah yang dengannya keadaan murid-murid dihidupkan semula dan pengetahuan rahsia Ahli-ahli Pengetahuan diketahui. Buktinya terdapat dalam Kitab Suci-Nya, Al-Qur'an, ketika Dia berkata kepada Nabi ﷺ: "Kami akan menceritakan kepadamu kisah-kisah para Nabi yang datang sebelum kamu untuk menenangkan hatimu."[11:120]
Baca lebih lanjut tentang kehidupannya yang diberkati di sini :
https://sufihub.com/urs-sheikh-jamaluddin-al-ghumuqi-al-husayni%D9%82/
dan kirimkanlah hadiah pahala bacaan Surah Al-Fateha dan Surah Yasin kepada Orang Suci yang agung ini pada malam ini.
Semoga kita berada dalam tatapan kasihnya sambil menyebut dan mengingatinya.
Al-Fateha 🤲🏽

SufiHub - Tariqatul Naqshbandiyyatil Aliyyah (Sheikh Muhammad 'Adil)
Urs Sheikh Jamaluddin al-Ghumuqi al-Husayniق
35th Grandshaykh of the Naqshbandi Golden ChainPassed away on 5th Shawwal, buried in Uskudur, Turkey. He was the State of the Reality of Muhammad . He was a Master of Masters, a Light of Lights, an…
🌹Eid ul-Abrar Mubarak🌹
Malam ini (malam Isnin), di Singapura, adalah 8 Syawal, Eid ul-Abrar, Hari Raya bagi Para Wali-wali Allah ﷻ.
Anda boleh menyambut Hari Raya Eid ul-Abrar, walaupun anda belum menyempurnakan puasa sunat 6 hari Syawal. Walau bagaimanapun anda masih boleh berpuasa esok jika anda mahu, dan belum menyempurnakan puasa enam hari Syawal.
Esok juga hari yang baik untuk menziarahi tanah kubur, jika anda mempunyai orang tersayang yang telah meninggal dunia. Usahakan untuk menyempurnakan Solat Sunat Syawal, solat 8 rakaat dengan bacaan tertentu.
Ia adalah Adab yang baik untuk berterima kasih kepada Rasulullah (ﷺ) dan semua Pembimbing kita (ق) atas Panduan dari mereka untuk kita pada hari ini.
Bacakan nama-nama kesemua 41 Grandshaykh (ق) Jalan kita, berterima kasih kepada mereka atas semua Bimbingan (Hidayah) dan bantuan yang anda terima, sehingga anda dapat mencapai tahap anda sekarang.
Berdoalah untuk Iman yang benar dan kuat, kerana hanya dengan Iman, anda boleh menghadapi ujian yang mendatang, dengan kesabaran dan ketenangan.
Jangan lupa bersedeqah juga.
💚✨
Wassalam

🌹Fātihah, Hadiah Yang Ketinggian Nilainya Tidak Dapat Dibayangkan🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
03 April 2025/ 05 Shawwal 1446 Lefka, Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Mengurniakan banyak nikmat dan karunia kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Perkara-perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi lain telah diberikan kepada Nabi kita ﷺ, sehinggakan setiap satu daripada semua itu, setiap sematu itu secara individu lebih berharga daripada pemberian yang telah diberikan kepada semua Para Nabi-nabi. Tetapi Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Memberikan kesemuanya khususnya kepada Nabi kita ﷺ sebagai hadiah kepada umatnya ﷺ dan kepada mereka yang mengikutinya ﷺ. Ia adalah Anugerah dari Allah ﷻ. Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman, "Ambillah. Ini adalah hadiah DariKu untuk kemuliaan Nabi ﷺ. Ini adalah Penghormatan untuk kamu semua. Biarkan semua orang mengambil. Biar semua orang mendapat manfaat." Tetapi orang-orang meninggalkan itu dan mengingini sampah, sampah terbuang, perkara-perkara buruk. Mereka tidak menghargai (pemberian)itu.
Salah satu daripada (Pemberian itu) ialah Sūrat Al-Fātiḥah, Sūrat Al-Ḥamd, Sab’ul-Mathāni. “U’tītu Sab’ul-Mathāni”,
“Aku diberi tujuh ayat yang sering diulang-ulang.” Allah ﷻ Memberikan tujuh ayat yang indah ini kepada Nabi kita ﷺ. Nilainya itu tidak dapat diukur. Nilainya itu tidak terkira. Ianya adalah asbab kepada setiap kebaikan. Ia adalah permulaan Al-Qur'an 'Aẓīmush-Sha'n. Ia adalah pembukaannya. Ianya dibuka dengannya. Solat juga tidak diterima tanpanya. Tidak lengkap solat tanpa membaca Al-Fātiḥah. Jika anda meninggalkannya dengan sengaja, solat anda tidak diterima. Tetapi jika anda melupakannya tanpa disedari, tidak mengapa. Solat tidak boleh (dikerjakan) tanpa (membaca) Al-Fātiḥah. Tidak ada pembukaan Al-Qur’an tanpa Al-Fātiḥah. Ianya adalah asbab kepada semua jenis kebaikan. Ianya adalah penawar. Ianya adalah cahaya. Ianya adalah kekuatan imān.
Jadi ianya mempunyai karamāt yang tidak terkira dan nilai yang tidak terhad. Allah ‘Azza wa-Jalla telah Memberikannya kepada kita. Ianya adalah hadiah yang besar kepada mereka yang mengikuti Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Ianya adalah salah satu nikmat yang besar kepada mereka yang tahu akan nilainya. Dan mereka yang tidak mengetahui nilainya adalah dalam kerugian tersendiri. Mereka tidak mendapat faedah. Jika seseorang tidak membaca Al-Fātiḥah, jika dia tidak menghargai Al-Fātiḥah, tidak akan diterima satu pun amalannya. Al-Fātiḥah juga dibaca selepas do'a supaya do'a itu diterima. Seperti yang kami katakan, tiada had atau kiraan untuk kebaikannya. Ini adalah anugerah besar yang telah diBerikan oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam dan Ummati l-Muḥammadiyyah. Ianya adalah penawar. Ianya adalah asbab untuk setiap keindahan.
Oleh itu, membaca Al-Fātiḥah adalah perkara yang mesti dilakukan oleh seseorang. Solat tidak boleh (dikerjakan) tanpanya. Selain itu, bacalah Al-Fātiḥah pada setiap kesempatan. Jika anda membaca Al-Fātiḥah empat puluh kali dan meniupkan itu pada air (dan meminumnya), ianya akan menjadi ubat. Jadi buku-buku tidak cukup untuk memuatkan (menuliskan) barakāt (kebaikan) Surah Al-Fātiḥah. Syukur kepada Allāh ‘Azza wa-Jalla kerana Dia ﷻ Menciptakan kita daripada Ummati Muhammad, dan kita menerima (ini) dari hadiah Pemberian (yang diberikan kepada) Baginda ﷺ. Semoga Allah ﷻ Menjadikannya kekal atas kita. Semoga (kebaikan) ianya berterusan, inshā’Allāh. Dan semoga Dia ﷻ Mengajarkan kepada mereka yang tidak mengetahuinya. Semoga mereka semua diberikan kepada mereka (kebaikannya). Semoga semua orang diberikan (kebaikannya), inshā’Allāh.

🌹Beradalah Di Dunia ini Umpama Seorang Musafir🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
04 April 2025/ 06 Shawwal 1446 Lefka, Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman, jangan lupa bahawa setiap orang akan pergi ke tempat di mana Allah Azza wa Jalla Menjadikannya berasal. Di sana, dia akan menceritakan apa yang dia telah kerjakan di dunia. Setiap orang, apa sahaja yang dia telah lakukan: jika dia telah berbuat baik, dia akan mendapat kebaikan. Jika dia melakukan kejahatan, dia akan dimintai pertanggungjawaban atasnya. Kenapa kamu berbuat jahat? Mengapa kamu membahayakan orang ramai? Mengapa kamu menzalimi diri kamu sendiri? Maka tempat yang anda akan pergi ini adalah tempat di mana anda akan diminta pertanggungjawaban di hadapan Allāh ‘Azza wa-Jalla.
Oleh itu, dunia ini tidak kekal. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam juga telah Bersabda dalam Ḥadīs Sharīf, hiduplah di dunia seolah-olah kamu adalah orang asing, seperti orang yang bukan milik sesiapa. Jadilah seperti orang yang lalu lalang, sebagai seorang musafir, sabda Baginda ﷺ. Kerana dunia ini bukanlah tanah air (kita yang sebenar). Tanah air kita (yang sebenar) ialah (di negeri) ākhirat. Dunia adalah tempat untuk perbuatan (amal) kita, agar amal ākhirat kita menjadi baik. Ia adalah tempat di mana anda akan mengumpul. Perbuatan baik, ganjaran pahala dan kebaikan yang akan anda kumpulkan untuk ākhirat (itu) ada di dunia. Apabila anda pergi ke ākhirat, tiada apa yang akan kekal. Jika anda tidak mempunyai anak yang soleh selepas anda, jika anda tidak meninggalkan perbuatan baik (sebagai pahala yang akan mengalir kepada anda selepas anda meninggal dunia), jika anda tidak meninggalkan sedekah Jāriyah, (maka) tidak akan datang kepada anda (apa-apa pun dari pahala kebaikan selepas anda meninggal dunia).
Maka kerana itu, semasa anda berada di dunia, fikirkan segala-galanya dan fikirkan tentang ākhirat. Kemudian susunlah urusan anda dengan sewajarnya. Susunlah urusan ākhirat anda. Urusan duniawi mestilah untuk ākhirat. Jika urusan dunia anda adalah demi dunia, anda akan meninggalkannya dan pergi. Jika kesemua itu adalah untuk ākhirat, anda akan dapati mereka; anda akan dapati mereka di ākhirat. Anda akan melihat faedah (kebaikan) semua itu. Tetapi mereka yang bekerja (semata-mata) untuk dunia tidak akan mendapat manfaat dalam ākhirat. Apalagi jika seseorang menempuh jalan kekufuran, penyesalannya itu lebih buruk dari neraka baginya. Dibakar di dalam neraka itu tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan penyesalan itu.
Ākhirat mestilah menjadi matlamat kita. Anggaplah diri anda sudah mati, sabda Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Sesungguhnya seseorang itu hidup dan bergerak dengan kuasa Allāh ‘Azza wa-Jalla. Jika Allah ‘Azza wa-Jalla Mengambil amanah itu, dia tidak akan dapat berbuat apa-apa. Walaupun seluruh dunia adalah miliknya, dia tidak akan dapat membeli nafas dengannya; ianya akan berakhir.
Oleh itu, seseorang Muslim hendaklah sentiasa memikirkan tentang ākhirat, dan melakukan pekerjaan duniawinya dengan sewajarnya. Anda boleh melakukan kerja duniawi anda; tiada masalah. Tetapi niat itu mestilah kerana (mengharapkan)keredhaan Allāh ‘Azza wa-Jalla, mestilah di JalanNya ﷻ dan mesti dengan barakahNya ﷻ. Ini adalah Ḥaqq bagi orang Islam. Faedahnya - sama ada anda mendapat manfaat atau anda dirugikan. Yang bermanfaat adalah berada di Jalan Allah ﷻ. Jalan kemudaratan adalah jalan syaitan, atau meninggalkan Jalan Allāh ‘Azza wa-Jalla dan tidak menghargainya. Ia juga salah dan penuh sesalan.

Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ tidak memisahkan anda dari Jalan yang benar, ini adalah Jalan yang indah. Sebab zaman kita hidup ini, sememangnya ramai yang menipu. Syaitan (dari kalangan) manusia adalah lebih buruk daripada syaitan. Orang-orang tidak lagi ditipu oleh syaitan. Mereka ditipu oleh kaumnya sendiri. Orang menipu orang. Mereka lebih buruk daripada syaitan. Mereka menunjukkan perkara yang tidak benar sebagai kebenaran. Mereka juga menganggap kebenaran itu tidak wujud. Semoga Allah ﷻ Melindungi manusia dari kejahatan mereka.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Qolbu Islam🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
05 April 2025/ 07 Shawwal 1446 Lefka, Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
Tarīqah kita, syukur kepada Allah ﷻ, adalah Ṭarīqah Naqsybandi. Ia adalah jantungnya syari’ah. Ia adalah jantung Islam, syukur kepada Allah ﷻ. Bila sebut ṭarīqah orang-orang salah faham sekarang. Mereka fikir ianya sesuatu yang lain. Mereka sedang ditipu. Tetapi ṭarīqah lebih berkaitan dengan Islām. Makna bersambung, seperti yang kami katakan, ia adalah jantung Islam. Apabila kedua-dua ṭarīqah dan syari’ah tidak bersama, seseorang, orang Islam itu mempunyai kekurangan. Kerana Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman, "Bagaimana seseorang Muslim mendekatiKu? Dengan ibadah, dengan nafilah (ibadah yang dilakukan secara sukarela), dengan (melaksanakan) ibadah sunnah. Semakin banyak dia melakukannya itu (maka) semakin dia dekat kepadaKu. Maka Aku akan menjadi tangannya yang dengannya dia memukul, kakinya yang dengannya dia berjalan, dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dengan cahayaKu."
Untuk mencapai itu, seseorang mestilah mendisiplinkan egonya. Seseorang mestilah membersihkan egonya. Ianya adalah perlu untuk membersihkannya dari kejahatan, tabiat buruk, perkataan buruk. Ia perlu membersihkannya dari perbuatan buruk. Itulah intipati ṭarīqah kita. Terdapat 41 ṭarīqah. Setiap daripada mereka mempunyai kaedah yang berbeza-beza. Mereka semua adalah ṭarīqah yang haqq (benar). Ketua-ketua Tariqah itu dikenali sebagai (Wali) aqtab (tiang). Mereka telah mencapai tahap yang paling tinggi di sisi Allāh ‘Azza wa-Jalla. Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Memberikan kepada mereka semua keistimewaan yang unik. Kerana mereka adalah sumber, yang datang dari Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, dan asbab untuk membimbing manusia agar mereka berada di Jalan yang benar, kekuatan rohani mereka juga sangat besar. Oleh itu, mereka dikunjungi dan (masyarakat) mendapat manfaat daripadanya. Tidak seperti apa yang diperdayakan oleh syaitan. Mereka tidak dipanggil (sebagai) orang yang telah mati. Sesiapa yang memanggil orang-orang itu sebagai (orang yang telah) mati adalah pada hakikatnya mereka itu sendiri yang mati. Dia tidak mempunyai kehidupan. Kehidupan itu adalah (pada hakikatnya ada) dengan mereka. Kerana mereka sedang berada dalam Jalan Nabi kita ﷺ. Mereka adalah orang-orang suci yang menunjukkan Jalan Nabi kita ﷺ. Jadi, kesemuanya - ada ratusan. Yang terbesar ialah ratusan para mashāyikh; mashāyikh ṭarīqah-tariqah ini. Setiap karāmāt mereka terkenal, kata-kata mereka terkenal. Jalan mereka adalah Jalan menuju Nabi kita ﷺ.
Setiap orang berpegang pada Jalan mengikut kecenderungannya. Jalan itu perlu. Setiap orang Islam mesti mengikut Jalan itu. Tetapi ada juga yang tidak mengikutinya. Mereka menguruskan mengikut keadaan mereka sendiri. Tetapi untuk menentang mereka adalah tidak baik. Kerana memusuhi para Wali-wali Allāh ‘Azza wa-Jalla, itu adalah (sebenarnya bermaksud) memusuhi Allāh ‘Azza wa-Jalla. Dia ﷻ Berfirman didalam Ḥadīth Qudsi,
“Man ‘Ādā Li Waliyyan faqad ‘ādaytuh.” “Barangsiapa yang memusuhi hamba-hambaKu yang dicintai, (maka) Aku adalah musuhnya”,
Firman Allāh ‘Azza wa-Jalla. Sesiapa yang memusuhi Allāh ‘Azza wa-Jalla tidak akan berjaya.
Oleh itu, syaitan berusaha untuk membuat kebanyakan orang Islam keluar dari agama. Jika dia tidak mampu, dia menjauhkan ahli agama dari kebajikan. Mereka mahu menjadikan orang-orang menjadi musuh antara satu sama lain. Mereka yang di luar ṭarīqah adalah musuh. Orang-orang di dalam ṭarīqah adalah penyayang kepada semua orang. Mereka mendoakan orang-orang lain agar Allah ﷻ Merahmati mereka dan Memperbaiki mereka. Semoga mereka dipertingkatkan.

Mereka tidak membahayakan orang lain. Orang-orang yang telah tertipu adalah orang-orang miskin. Jalan mereka bukanlah jalannya. Tidak kira betapa sesatnya mereka, jika syariah memerintah, kebanyakan mereka akan dianggap telah jatuh dalam keraguan dalam Islam dan iman. Tetapi sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam yang diberkati bahawa, “Sesiapa yang mengucapkan La ilāha illā Llāh Muḥammadun Rasūlu Llāh ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, adalah seorang Muslim.” Anda tidak boleh memanggilnya kafir. Tetapi walaupun mereka mengucapkan kata-kata —
kami memohon perlindungan daripada Allah ﷻ (daripada ucapan sedemikian) —
itu adalah kekufuran, jika dia berkata La ilāha illā Llāh, kami tidak akan memanggilnya sebagai musyrik atau kafir. Tetapi malangnya, mereka mengatakan musyrik dan kafir kepada orang dalam perkara-perkara yang kecil. Mereka menuduh orang-orang lain kufur.
Oleh itu, dalam ṭarīqah setiap orang pastinya mesti mendisiplinkan ego mereka, seperti yang kami katakan. Adalah perlu bagi manusia dan khususnya umat Islam untuk memperbaiki keadaan mereka. Seseorang dalam ṭarīqah mestilah lebih mendisiplinkan dirinya. Dia mesti memberi perhatian kepada dirinya sendiri sambil berkata,
"Saya berada di dalam ṭarīqah.
Supaya orang lain tidak akan mengatakan bahwa jenis ṭarīqah apakah kalau begitu."
Perlahan-lahan, perlahan-lahan. Ianya tidak berlaku serentak. Seperti yang mereka katakan, ia bukan kiub pelukis yang anda boleh serta-merta mencelupkannya dan mengeluarkannya dengan rupa yang berbeza. Ianya akan berlaku perlahan-lahan, inshā’Allah. Setakat yang anda boleh. Kita berjalan di Jalan ini untuk melatih ego kita. Allah ﷻ Memberi mengikut niat kita, inshā’Allāh. Itulah juga sisi indahnya ṭarīqah: ianya adalah melihat segala sesuatu sebagai baik, melihat segala sesuatu dengan keindahan, inshā’Allāh.

🌹Perayaan/Hari Kebesaran Di Dalam Islam Adalah Berdasarkan Kalendar Hijrah🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
20 April 2025/ 22 Shawwal 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
Semoga Allah ‘Azza wa-Jalla Memberkati keseluruhan hari-hari kita. Beberapa hari-hari itu adalah hari yang diberkati. Hari-hari yang suci ini adalah berdasarkan Kalendar Hijrah. (Kalendar) Gregorian (pula) adalah untuk tarikh (yang digunakan pada kehidupan seharian kita). Ianya tidak bernilai pada perkara yang lain-lain.
Terdapat beberapa perkara yang mengelirukan orang ramai. Mereka membuat orang-orang menghargai beberapa perkara yang tidak perlu. Hari ini 20 April. Ianya adalah hari kelahiran Nabi kita ﷺ mengikut kalendar Gregorian. Tetapi hari ini bukanlah Mawlid. Bulan Mawlid itu berbeza. Bulan Maulid adalah pada Rabi’ul-Awwal. Rabi’ul Awwal tidak datang pada waktu yang sama (dengan kalendar Gregorian ini). Ianya sentiasa berubah-ubah mengikut kalendar Gregorian pada tahun itu. Oleh itu, hari yang diberkati itu bukanlah pada hari ini. Hari ini adalah masa (yang diguna pakai) sebagai tarikh. Mereka pernah mengatakan ini dari segi tarikh Gregorian untuk melemahkan īmān umat Islam. "Ini adalah minggu kelahiran (Baginda ﷺ). Ini Hari jadinya."
Mawlānā Shaykh Nāẓim tidak pernah menerima akan ini. Tidak ada hari keagamaan dari segi kalendar Gregorian. Kesemuanya itu, agama Islam kita adalah dengan mengikuti kalendar Hijrah, mengikut Bulan; bukan tahun suria tetapi tahun lunar (bulan). Tanda Islam ialah hilal, bulan. Sesuai dengan itu, hendaklah kita wajib melaksanakan ibadah kita. Etika dan prinsip-prinsip Islam adalah mengikut kalendar Hijrah. Hal yang sama berlaku untuk Haji, Ramadhan dan hari-hari suci (yang lain).
Inilah yang diamalkan di dalam Islam. Tetapi (dengan niat) untuk mengubah Islam, (terdapat) beberapa orang-orang yang berniat jahat mempunyai kumpulan (tersendiri) yang berpuasa Ramadhan pada musim sejuk. Saya fikir masyarakat tidak pernah mendengar tentang (kumpulan-kumpulan seperti) itu. Mereka mempunyai sesuatu seperti itu. Mereka (dengan) biasanya menjadikan hari-hari pada bulan April ini sebagai minggu kelahiran Nabi kita ﷺ. Syukur kepada Allah ﷻ, mereka tidak ada faedah; mereka tidak mempunyai apa-apa selain kemudaratan.
Oleh itu, kita mestilah berhati-hati tentang hari-hari, (dan) masa-masa. Umat Islam mestilah melakukan apa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ. Mereka mestilah mengatakan apa yang Baginda ﷺ telah sabdakan. Dan mereka mestilah tolak apa sahaja yang Baginda ﷺ telah katakan untuk tolak (sesuatu) itu. Apa yang mereka mesti terima adalah Jalan Baginda ﷺ. Jalan Baginda ﷺ adalah Jalan (yang penuh) cahaya. Jalan Baginda ﷺ adalah Jalan yang ḥaqq (jalan yang benar). Sesiapa pergi ke jalan-jalan yang lain akan sesat. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Jalan (Baginda itu) ialah ṭarīqah. Ṭarīqahlah yang memelihara Jalan itu. Terdapat (juga) projek-projek yang lain. Selepas zaman Nabi kita ﷺ dan bahkan pada zamannya Baginda ﷺ, terdapat nabi-nabi palsu. Mereka telah pergi, dan ada orang lain yang datang selepas mereka. Sehingga hari kiamat, syaitan tidak akan berdiam diri. Mereka datang dengan perkara mengikuti fikiran mereka sendiri. Mereka mengelirukan manusia dan memusnahkan iman mereka.
Oleh kerana itu, Jalan ṭarīqah adalah Jalan yang kukuh. Hendaklah kita seharusnya mengikutinya. Seseorang yang di dalam ṭarīqah tidak akan pergi ke Jalan lain. Dia berjalan di jalan yang benar, secara istiqāmah, di Jalan Nabi kita ﷺ dengan Izin Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita tabah. Semoga Dia ﷻ tidak membiarkan kita terkeliru inshā’Allah. Orang ramai telah terkeliru.

Mereka mengenali yang buruk sebagai yang baik, dan yang baik sebagai yang buruk. Mereka ketahui yang salah itu sebagai betul, dan yang betul itu sebagai yang salah. Terdapat banyak perkara yang mengelirukan orang ramai. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Dia ﷻ tidak memisahkan umat Islam dari Jalan yang benar, inshā’Allāh.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Pelajari Ilmu Dan Kawal Kemarahan🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
21 April 2025/ 23 Shawwal 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda,
"Ilmu itu hanya dengan mempelajari, dan sabar itu hanya dengan berusaha untuk bersabar."
Bagaimanakah ilmu dipelajari? Ianya hanya dengan belajar. Para Pelajar itu belajar secara beransur-ansur. Ilmu tidak dipelajari sekaligus. Seseorang itu tidak boleh melakukan kesemuanya sekaligus. Anda tidak boleh menjadi seorang ulama sekaligus. Anda tidak boleh menjadi seorang yang berpengetahuan sekaligus. Seseorang itu belajar perlahan-lahan; satu hari, dua hari, lima hari, sepuluh hari. Sebanyak mana pun, ilmu tidak ada kesudahannya. Tidak kira berapa banyak anda belajar, masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Tiada penghujung bagi ilmu.
Untuk menjadi Halīm, tabah. Halīm bermaksud menahan kemarahan anda, mengawal kemarahan anda. Bagaimana ianya berlaku? Itu juga berlaku secara beransur-ansur. Setiap kali anda marah,
"Saya mesti menghilangkan kemarahan ini. Kita akan menjadi lebih baik esok. Kita akan menjadi lebih baik pada hari berikutnya."
Seseorang mesti berbuat demikian. Sekarang mereka datang dan memberitahu kami,
"Kami sangat marah. Bagaimana kami boleh menghilangkannya?" Manusia bukanlah seperti bekas cat. Anda memasukkannya kemudian mengeluarkannya dan ia akan menamatkan kemarahan anda. Ia tidak akan boleh berlaku seperti itu. Perlahan-lahan, perlahan-lahan. Setiap kali anda marah, kawal kemarahan anda, anda hilangkan kemarahan itu. Anda menahan diri daripadanya. Anda mengawal diri anda. Kerana mereka mengatakan bahawa mereka yang bangkit (dari tempat duduknya) dengan kemarahan itu akan duduk (kembali) dengan mudarat. Ia betul-betul seperti itu. Sedikit demi sedikit, seseorang itu dapat mengawal kemarahannya. Sudah tentu, ia juga berlaku dengan seseorang yang berdoa untuk anda. Doa juga berlaku secara beransur-ansur; ia tidak berlaku serentak. Jika dia berdo'a, itu akan terjadi, inshā'Allāh.
Tetapi perkara yang paling penting adalah untuk melakukan dengan usaha sendiri: kedua-duanya untuk belajar lebih banyak dari segi pengetahuan, untuk belajar lebih banyak setiap hari; dan untuk mengawal kemarahan anda. Itu pun hari demi hari, hari demi hari. Dia boleh mengawal dirinya kemudian, inshā’Allāh. Kerana perkara yang paling besar sekarang -
ianya telah menjadi seperti itu setiap masa, tetapi sekarang ianya lebih teruk. Sekarang mereka telah memberi anda perkara sedemikian yang (membuatkan) anda semakin marah, (dengan mengatakan ianya) lebih baik untuk anda. Ini adalah arahan syaitan; tiada yang lain. "Bergaduh dengan semua orang. Bergaduh dengan ibu kamu, dengan ayah kamu, dengan adik beradik kamu, dengan isteri kamu, dengan suami kamu. Bergaduh dengan semua orang. Jangan diam. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku jika kamu berdiam diri."
Tidak, anda mestilah diam. Jika anda tidak berdiam diri, anda akan dipukul, atau perkara yang lebih buruk boleh berlaku. Semoga Allah ﷻ melindungi anda.
Itulah sebabnya, marah itu tidak baik. Itu adalah kehendak Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Seorang sahabat datang dan berkata, “Beritahu saya sesuatu.” Baginda ﷺ bersabda, “La taghdab,” jangan marah. Kemudian, Baginda ﷺ bersabda lagi, “La taghdab.” Nabi kita ﷺ berkata lagi, jangan marah. Sahabat itu berkata, “Seandainya saya bertanya sampai pagi, saya tahu bahawa Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam akan mengatakan perkara yang sama.” Jadi selepas mengucapkannya untuk kali kelima, sahabat itu tidak berkata apa-apa lagi. Jadi ini untuk seluruh ummah.