SufiHub (Bahasa)
159 subscribers
542 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌹Ramadhan ke-14 - Urs/ Haul Sayyidina Shaykh Abu Yazid Tayfur al-Bastamiق

Tanggal 14 Ramadhan menandakan haul/uroos pemergian Syaikh Abu Yazid Tayfur al-Bastamiق.

Beliau adalah Grandshaykh yang ke-6 dari Rantaian Emas Naqsyabandi.

Beliau dikenali sebagai, 'Sultan-ul Arifeen', Raja kepada Orang-orang yang Mengenal Allah, kerana keadaan rohaninya yang mendalam di mana tabir antara Ciptaan dan Pencipta telah ditanggalkan.

Kehidupannya adalah bukti kuasa cinta - cinta kepada ibu bapa seseorang, kepada kemanusiaan, kepada Awliya Allah, dan lebih-lebih lagi, kepada Allah Taala.

Seorang lelaki pernah bertanya kepada Bayazidق,
“Tunjukkan kepadaku suatu amalan yang dengannya aku akan menghadap Tuhanku.”


Beliau berkata, “Cintailah para Awliya Allah agar mereka mencintaimu. Cintailah para waliNya sehingga mereka mengasihi kamu. Kerana Allah melihat hati para wali-waliNya dan jika Dia melihat nama kamu terpahat di dalam hati mereka, maka Dia akan Mengampuni kamu.”

Hari ini, hantarkan hadiah Al-Fatiha & Yasin kepada Grandshaykh dari Rantaian Emas kita yang ke-6.

Semoga Allah ﷻ menyucikan rahsianya, meninggikan kedudukannya, dan memberi kita cinta kepada Awliya-Nya. 

Aamin.
Pada malam ke 15&16 Ramadhan, Bendera Lailatu Qadr akan dibawa turun oleh Malaikat Jibril a.s ke bumi. Untuk memuliakan malam ini, Solat Witir akan dikerjakan dengan 2 rakaat dan 1 rakaat, bermakna 3 rakaat dengan 2 salam.
🌹Penderitaan Orang Yang Tidak Membayar Zakat🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 14 March 2025/ 14 Ramadan 1446 Fajr Prayer – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ٥٦
‘Wa ‘Aqīmū Aş-Şalāata Wa ‘Ātū Az-Zakāata Wa ‘Aţīū Ar-Rasūla Laallakum Turĥamūn’
"Dan laksanakanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatlah kepada Rasul (Muhammad), agar kamu diberi Rahmat."
(Qur’ān 24:56). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Ini adalah perkara-perkara yang diPerintahkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla dalam Islam: solat, zakat, ketaatan kepada Nabi kita ﷺ. Sekarang mereka solat dan berpuasa. Mereka (orang-orang) yang mempunyai wang (akan) tunaikan zakat. Mereka yang mempunyai wang yang sangat banyak (tetapi) tidak sanggup (untuk) memberi. Kenapa? Kerana ada berjuta-juta, berbilion. Apabila mereka cuba memberikannya, jumlah (yang) besar (yang harus mereka berikan) datang kepada mereka. Walau bagaimanapun, ianya bukan masalah besar sama sekali. Dua setengah peratus tidak ada apa-apa berbanding cukai yang telah dikenakan oleh kerajaan. Terutamanya Eropah dan Amerika, misalnya, (mereka) mengutip cukai lapan puluh peratus daripada rakyat. Allah ‘Azza wa-Jalla tidak memberi seseorang sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya.

Memakan (wang) zakat (yang harus diberikan kepada orang lain) adalah ḥaram. Ianya adalah kecurian. Anda melanggar hak Allah ﷻ dan orang-orang miskin (jika memakannya). Ianya (wang zakat yang wajib diberikan itu) bukan milik anda lagi. Ianya adalah amanah (yang berada) dengan anda. Anda perlu membayarnya apabila tiba masanya. Anda tidak boleh mengatakan ianya banyak atau sedikit. Anda mesti mengira berapa banyak (jumlah)nya . Anda (mesti) membayarnya sekali, dari tahun ke tahun. Anda tidak perlu membayarnya setiap bulan. Di sini, negeri menuntut cukai setiap bulan. Terdapat banyak kertas kerja, anda akan pergi ke akauntan, anda akan melakukan ini, anda akan melakukan itu. Anda akan membayar cukai anda setiap bulan.

Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, (zakat diwajibkan untuk diberi) setahun sekali. Dan itu adalah jumlah yang sangat kecil. Ianya adalah jumlah yang semua orang boleh bayar. Tetapi apabila (anda) ada banyak harta, kesusahannya ialah zakat itu kelihatan terlalu banyak. Ini adalah penderitaan. Seseorang yang memakan yang ḥaram adalah (sedang melalui)suatu penderitaan. Selepas itu, mereka terkejut, “Kenapa anak-anak kita begitu? Mengapa ini berlaku?” Tidak perlu terkejut. Kebanyakan orang memakan yang ḥaram. Ketepikan faedah dan sebagainya, yang penting adalah zakat. (Memakan wang yang harus diberi zakat) Itu (adalah) seratus peratus ḥaram.

Kita mesti berhati-hati tentang itu. Jangan kedekut. Almarhum Hajji Yaşar pernah berkata, "Apa sahaja yang kamu berikan dengan tanganmu akan pergi bersamamu." betul. Tiada orang lain yang akan mengalah di tempat anda. Apa yang anda tinggalkan tidak akan memberi manfaat kepada anda - tidak jelas sama ada ia akan memberi manfaat kepada mereka yang ada selepas anda atau tidak - tetapi ia tidak lain hanyalah memudaratkan anda. Semoga Allah ﷻ Menolong kita.

"Shuḥ" keegoan, Dia ﷻ Berfirman
(Qur'an 59:09). Shuḥ bermaksud kedekut yang melampau. Semoga Allah ﷻ Menyelamatkan kita daripada sifat bakhil ego. Semoga mereka memberikan hak tersebut tanpa berkelip. Jika dunia Islam memberikan zakat mereka, tidak akan ada walau seorang pun orang miskin yang akan kekal (miskin), tidak seorang pun yang miskin akan kekal (miskin). Tiada siapa yang akan kekal lapar di dunia ini. Tetapi mereka tidak berbuat demikian. Semoga Allah ﷻ Menolong kita.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Ramadhan ke-15 - Urs/ Haul Sayyidah Nafisa at-Tahira ق, Ibu Suci Yang Mulia

Hari ini menandakan separuh perjalanan Ramadhan, dan pemergian Sayyidah Nafisa at-Tahiraق. Beliau dilahirkan di Makkah pada malam yang sama seperti dengan Nabi ﷺ, pada tahun ke 145 H.

Pada usia 5 tahun, beliau pergi ke Madinah dan menghafal seluruh al-Quran dan mempelajari perundangan Islam secara mendalam. Beliau terkenal dengan zuhud dan ketakwaannya, beliau berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari.

Beliau mempunyai banyak gelaran, berasal dari pelbagai mukjizatnya (karamah). Ulama terkenal, termasuk Imam asy-Syafi'i sering menuntut ilmu dengan beliau, dan mengambil keberkatan dan doa beliau.

Ketika kematian beliau semakin hampir, beliau menggali kubur beliau sendiri, dan membaca al-Quran di dalam kubur itu 6,000 kali dan menganugerahkan pahala bacaan itu kepada semua orang Islam yang telah meninggal dunia, sebelum meninggal dunia.

Hari ini, kita sedekahkan Al-Fatiha untuk roh Arwah Agung ini. 💜

Sehingga ke hari ini, beliau terus memberi syafaat melalui kehadiran beliau yang ajaib, dengan kisah keberkatan masih disebut-sebut.

Wassalam.
🌹Hari ini 15 Ramadhan, Hari Kelahiran Sayyidina Imam Hasan r.a, beliau adalah anak lelaki pertama Sayyidah Fatimah Az-Zahra r.anha dan Sayyidina A'li r.a.Beliau merupakan ketua bagi segala pemuda di Syurga.
🌹Pengajaran Daripada Peperangan Badar🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
16 Mac 2025/ 16 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدْرٍۢ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌۭ ۖ
(Qur’ān 03:123). ‘Wa laqad naṣarakumu Llāhu bibadrin wa antum aḍillatun’,
"Dan sungguh, Allah telah menolong kamu dalam Perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah"
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Menjadikan Nabi kita ṣallá Llāhu alayhi wa sallam menang dalam Peperangan Badar. “Walaupun kamu lebih sedikit, Allah ﷻ Memberi kamu kemenangan.” Kemenangan itu adalah dari Allah ‘Azza wa-Jalla. Walaupun seseorang tidak mempunyai apa-apa atau tiada sesiapapun, tentera yang besar boleh dikalahkan. Apabila Allah ﷻ Menghendaki akan itu, maka itu akan terjadi.

Apa yang berlaku dengan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam didalam Peperangan Badar, kemenangan yang diberikan kepada mereka ini ditunjukkan oleh Allah ﷻ sebagai pengajaran kepada orang yang beriman. Orang yang beriman tidak boleh berkata, "Kami tidak boleh melakukannya." Sesiapa yang bersama Allah ﷻ itu akan menang. Sesiapa yang memusuhi Allah ﷻ akan sentiasa rugi.

Sesetengah orang berkata, "Mengapa kami tidak boleh menang?" Itu adalah kehendak Allah ﷻ. Kemenangan dan kekalahan itu adalah dari Allah ﷻ. Tetapi untuk seorang mukmin, sama ada dia menang atau kalah, selama dia bersama Allah ﷻ, dia akan sentiasa mendapat keuntungan. Dia tidak akan kalah. Dia pergi di Jalan Allah ﷻ. Dia melakukan segala-galanya kerana Allah ﷻ. Pahala dan ganjaran untuknya adalah di sisi Allah ‘Azza wa-Jalla.

Hari yang diberkati ini adalah pada keesokannya. Ianya adalah pada ketujuh belas (Ramadhan). Tetapi mulai hari ini, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam akam mula bersiap. Ia adalah satu perjalanan. Untuk meneruskan perjalanan itu memerlukan banyak persiapan. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda kepada ṣaḥābah, “Sekarang ini di sini adalah peperangan, kamu sedikit dan mereka itu pula banyak, jika kamu mempunyai sesuatu untuk dikatakan kepadaku maka katakanlah". Dua orang ṣaḥābah datang: Miqdād ibn Aswad dan seorang lagi ṣaḥābi yang dirahmati. Mereka berkata, “Kami tidak akan berkata seperti Bani Israil.” Mereka berkata [kepada Sayyidina Mūsa ‘alayhi s-salām], “Pergilah kamu dan Tuhanmu berperang dan kemudiannya, kami akan datang.” Itulah yang mereka katakan. Jika Allah ﷻ Mahu, sudah tentu satu orang boleh mengalahkan mereka semua tetapi itu bukan cara yang betul untuk manusia. Peperangan, jihad juga merupakan suatu kebaikan. Oleh itu, mereka para ṣaḥābah berkata, “Kami tidak akan berkata seperti apa yang telah dikatakan oleh bani Israil, ‘Pergilah berperang dengan Tuhanmu, kemudian kami akan duduk di sini.’
Kami akan bersamamu sehingga ke nafas kami yang terakhir. Sehingga titisan darah kami yang terakhir, kami berada di Jalan Allah ‘Azza waJalla."

Nabi kita ﷺ tahu. Dan Baginda ﷺ gembira dengan kata-kata orang-orang suci ini. Baginda ﷺ sangat gembira. Dan begitulah yang sepatutnya. Anda sepatutnya bersama dengan kebenaran. Anda akan sentiasa bersama dengan kebenaran. Jika anda menang, dunia akan pergi tetapi keuntungan akan kekal. Keuntungan adalah keuntungan di ākhirah.

Nama-nama para ṣaḥābah yang dirahmati itu adalah antara orang-orang Islam yang paling agung. Nama mereka disebut-sebut. Barakah diambil daripada mereka. Apabila nama mereka disebut, adanya kebajikan, adanya barakah dan adanya kebaikan.
Semoga Allah ﷻ Meninggikan kedudukan mereka. Insha'Allāh semoga barakah mereka tercurah kepada kita. Asḥāb-i Badar; mereka terkenal. Ini adalah hari Rasulullah ﷺ memulakan persiapan. Peperangan bermula seperti esok, hari kedua, pada tujuh belas (Ramadhan). Seperti esok orang musyrik telah dikalahkan. Esok, inshā’Allāh, kami akan menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut. Insha'Allah.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Nama-nama Para Syuhada Peperangan Badar
🌹Doa yang diucapkan oleh Para Sahabah untuk memohon pertolongan Allah ﷻ ketika peperangan Badar
🌹Terdapat sejumlah 124,000 para Nabi-Nabi bermula dari Sayyidina Nabi Adam a.s sehingga Sayyidina Nabi Muhammad ﷺ yang merupakan Khatamin Nabiyyeen (Penutup bagi segala Nabi-Nabi). Dan 313 orang daripada Para Nabi-Nabi itu merupakan Para Rasul-Rasul yang menerima wahyu dari Allah dan menyebarkannya itu kepada para pengikut mereka.
Dan 313 orang para Sahabah Peperangan Badar "Badri" itu secara spiritual mereka mewakili 313 orang para Rasul-Rasul.
Terdapat 124,000 Para Awliya/ Wali-Wali Allah pada satu-satu masa dimuka bumi ini yang mewakili para 124,000 para Sahabah dan 313 orang dari para Wali-wali itu mewakili 313 orang Ashabul Badar (Para Sahabah Ahlul Badar).
🌹Perang Badar 🌹

Tanggal 17 Ramadhan akan sentiasa diingati sebagai peristiwa penting dalam sejarah Islam.

Perang Badar adalah hari pembezaan, memisahkan kebenaran dari kebatilan, dan pesertanya adalah sebaik-baik umat Islam. [Bukhari]

Ia menandakan kemenangan pertama Nabi kita ﷺ ke atas orang-orang kafir, dengan diAnugerahkan dengan Rahmat ilahi Allah Taala, walaupun jumlah musuh jauh lebih banyak.

Nama-nama pahlawan yang soleh, Badriyun, adalah suci dan dimuliakan dalam doa dan zikir. Dikatakan bahawa Allah menerima doa yang dibuat atas nama mereka.

Tindakan mereka menjadi contoh kuat iman, keberanian, dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi yang boleh kita pelajari.

Ia berfungsi sebagai peringatan bahawa Janji Allah adalah benar. Tidak kira betapa kuatnya para penindas, mereka tidak akan pernah menang melawan kehendak Allah.

Hari ini, bacalah Al-Fatihah untuk orang-orang yang paling mulia, iaitu Ahlul Badar.

Semoga barakah para Badriyun tercurah kepada kita, dan semoga pangkat mulia mereka memberi inspirasi kepada kita untuk berdiri teguh di Jalan Islam.

Wassalam.
🌹17 Ramadhan - Urs/ Haul Sayyidatina A'isyah r.anha

Tanggal 17 Ramadhan menandakan pemergian Sayyidatina A'isya (RA), isteri tercinta Sayyidina Rasulullah ﷺ.

Pada saat-saat akhir Baginda ﷺ, Baginda meninggal dunia dalam pelukan beliau, meletakkan kepalanya di atas riba beliau.

Sayyidatina A'isyah (RA) terkenal dengan kecerdasan, kebijaksanaan, dan pengetahuannya yang mendalam tentang Islam.

Beliau terus menyebarkan Risalah Baginda ﷺ selama 44 tahun selepas kemangkatan Baginda ﷺ dan meriwayatkan lebih 2,200 Hadis, memainkan peranan penting dalam memelihara ajaran Nabi ﷺ.

"Saya melihat bahawa Rasulullah ﷺ berada dalam keadaan yang paling baik, maka saya berkata, 'Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untuk saya!'

Baginda ﷺ berkata, ‘Ya Allah! Ampunilah A'isya atas dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang, yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan yang dilakukan secara terang-terangan.’

Saya ketawa sehinggakan kepala saya jatuh ke pangkuan Baginda ﷺ kerana kegembiraan. Baginda ﷺ bertanya, ‘Apakah doaku menggembirakanmu?’ Aku menjawab, ‘Dan mengapa doamu tidak menggembirakanku?’

Baginda ﷺ kemudiannya berkata, ‘Demi Allah, ini adalah doaku untuk umatku dalam setiap solat.’”
[Al-Bayhaqi]


Sedekahkan pahala bacaan Surah
Al-Fatihah untuk roh beliau yang dirahmati. 💜