SufiHub (Bahasa)
159 subscribers
542 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌹Puasa Dan Penyakit🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
02 Mac 2025/ 02 Ramadan
1446 Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:
وَلَا عَلَى ٱلْمَرِيضِ حَرَجٌۭ
(Qur’ān 24:61). ‘Wa Lā `AláAl-Marīđi Ĥarajun’,
"dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian)"
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman bahawa orang yang sakit mendapat izin. Izin untuk apa? Mereka boleh duduk sambil solat. Jika dia sakit, jika dia tidak boleh berpuasa, itu juga dibolehkan baginya. Daripada mengerjakan itu, dia boleh memberikan tebusan.

Sekarang ini kebanyakan orang sakit. Penyakit sememangnya banyak. Puasa adalah baik untuk sesetengah orang. Nabi kita ﷺ Bersabda,
"صو موا تصحوا ترزقوا"
“Berpuasalah, kamu akan sihat, dan Rezeki akan datang kepadamu.” Berpuasalah maka kamu akan sihat, kata Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.

Terdapat beberapa kes yang mana seseorang itu benar-benar tidak boleh berpuasa. Kerana jika mereka berpuasa, mereka mungkin mengalami kemudaratan yang besar; badan mereka mungkin akan cedera. Mereka diberi kebenaran. Sebenarnya, puasa adalah sesuatu yang indah sehingga apabila orang yang berpuasa itu tidak dapat berpuasa, dia menjadi sangat sedih kerana tidak dapat berpuasa. Itulah sebabnya, apabila anda di mestikan, (maka) tidak berpuasa adalah lebih baik. Kerana, jika badan akan tercedera, seseorang itu tidak boleh berpuasa.

Tetapi terdapat beberapa penyakit. Doktor kini berkata, “Anda boleh berpuasa. Anda tidak boleh berpuasa” menurut fikiran mereka sendiri. Jika ianya tidak memudaratkan badan, sebaliknya berpuasa juga baik bagi orang yang sakit insha'Allah ﷻ. Tetapi seperti yang kami katakan, terdapat beberapa penyakit yang apabila seseorang itu menjadi dahaga - orang itu sudah mempunyai kesihatan yang lemah atau sebagai contoh, orang yang mempunyai masalah buah pinggang terpaksa tidak berpuasa, kerana buah pinggang mereka akan bekerja dengan lebih kurang. Jadi, jika ianya dibiarkan tanpa air, ianya berhenti sepenuhnya. Oleh itu, mereka dibenarkan untuk tidak berpuasa. Sekarang, bagi penghidap diabetes: ada yang menghidapnya terlalu banyak, dan bagi sesetengahnya ianya masih bagus. Jadi, seseorang itu perlu menyesuaikan diri mengikut badan. Jika mereka boleh berpuasa, hendaklah mereka berpuasa. Jika mereka tidak boleh berpuasa, mereka mempunyai kebenaran untuk tidak berpuasa.

Tetapi jika Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Memberikan kepada anda tubuh yang baik dan sihat, maka janganlah anda berbuka untuk perkara-perkara kecil. Ada yang selesema, bersin dengan kerap atau saya tidak tahu apa, dan mereka berbuka puasa (lebih awal). Tidak perlu berbuka puasa (lebih awal). Tetapi seperti yang kami katakan, apabila perkara serius berlaku, ianya menjadi perlu.

Allah ﷻ Memberikan ibadah yang indah ini untuk manfaat umat manusia baik dari segi jasmani dan rohani. Dia ﷻ Memberikannya kepada kedua-dua badan dan jiwa. Allah ‘Azza wa-Jalla lah yang Menciptakan kita. Allah ‘Azza wa-Jalla lebih Mengetahui kita daripada kita mengenali diri kita sendiri.

Oleh itu, semoga Allah ﷻ Menganugerahkan kita untuk berpuasa dengan segala kebaikan ini sehingga ke akhir hayat kita, inshā’Allah. Semoga Dia ﷻ tidak membiarkan kita meninggalkan ibadah yang indah ini. Apa yang kita maksudkan dengan tinggalkan itu adalah, seperti yang kita katakan, tinggalkannya itu dibolehkan hanya apabila sakit atau jika kesihatan kita hilang. Kemudian, kita dibolehkan untuk tinggalkannya.
Semoga Dia ﷻ Memberi kita kesihatan dan kesejahteraan. Dan, inshā’Allah semoga kita meneruskan ibadah yang indah ini, dan semua ibadah yang lain juga, hingga akhir hayat kita,
inshā’Allāh.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌸 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia .
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ.
🌹8 Ramadhan– Hari Kelahiran Sayyidina Imam Ja'far As-Sadiq ق

Tanggal 8 Ramadhan menandakan kelahiran yang penuh barakah Imam Ja’far as-Sadiqق.

Beliau adalah cucu-cicit kepada Sayyidina Nabi ﷺ dan beliau merupakan Grandsyaikh ke-5 dari Rantaian Emas Naqsyabandi.

Beliau telah menerima daripada Nabi ﷺ dari dua jalur pewarisan: rahsia Nabi ﷺ melalui Sayyidina Ali (RA), dan dari Sayyidina Abu Bakar (RA).

Dalam diri beliau, dua nasab bertemu dan oleh sebab itu beliau digelar, "Pewaris Maqam Nabawi (Maqam an-Nubuwwa) & Pewaris Maqam Yang Benar (Maqam as-Siddiqiyya).”

“Kamu hendaklah bersyukur atas segala yang Allah berikan kepada kamu. Kerana apabila kamu bersyukur kepada Allah, Dia akan meneruskan nikmat-Nya kepada kamu. Jika tidak, anda tidak akan mendapatnya.”

“Kita tidak wajib berbuat baik untuk semua orang. Kami tidak boleh berbuat baik kepada semua orang, tetapi kami diperintahkan untuk tidak melakukan sebarang bahaya kepada sesiapa pun.”

- Imam Ja’far as-Sadiqق

[Diambil daripada Sohbah Mawlanaق]

Hadiah pahala bacaan Surah Fatiha dan Yasin kepada Grandsyaikh Rantai Emas ke-5 kita, malam ini.

Dengan Cinta, Al-Fatihah.
🌹Besarkan Anak-anak Anda Dengan Agama🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
03 Mac 2025/ 03 Ramadan 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:
إِنَّمَآ أَمْوَٰلُكُمْ وَأَوْلَـٰدُكُمْ فِتْنَةٌۭ ۚ
(Qur’ān 64:15).
‘Innamā amwālukum wa awlādukum fitnah’,
"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu),"
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, kekayaanmu, hartamu, dan anak-anakmu adalah ujian bagimu. Ini adalah ujian. Kamu mestilah menggunakannya dengan baik atau membesarkannya dengan baik supaya mereka menjadi orang yang diterima di Hadirat Allah ﷻ, dan mereka juga akan memberi manfaat kepada kamu.

Orang ramai sangat menyayangi anak-anak mereka. Sudah tentu, mereka menyayangi mereka. Tetapi menyayangi mereka adalah sesuatu dan mendisiplinkan mereka adalah sesuatu yang lain. Sesetengah orang menyatakan kasih sayang mereka dengan berkata, “Apa yang perlu kita lakukan? Anak itu betul" mereka menerima dan tidak berkata apa-apa. Tetapi anda mestilah mendisiplinkan mereka kerana setiap orang mempunyai ego. Sebagaimana anda membesarkan mereka, dengan cara itulah mereka akan membesar. Mereka jadi begitu. Mereka menjadi orang yang baik. Jika anda tidak mendisiplinkan mereka, orang lain akan membesarkan mereka untuk anda. Dan mereka juga akan membesar dengan menjadi tidak baik.

Bagaimanakah anda harus membesarkan mereka? Hendaklah anda membesarkan mereka dengan kecintaan kepada Allah ‘Azza wa-Jalla dan Nabi kita ﷺ. Mereka mestilah memenuhi Perintah (Allah dan RasulNya). Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, sehingga umur tujuh tahun, selepas umur tujuh tahun, ajarlah anak-anak untuk solat. Semestinya, bila anak-anak kecil, 1-2 tahun, mereka melihat keluarga mereka solat, mereka akan mengikuti mereka, mereka cuba melakukan sepertimana mereka. Sehingga mereka berumur tujuh tahun, sehingga mereka menjadi akil Bāligh, dosa-dosa mereka tidak tertulis di sisi Allah ﷻ. Kanak-kanak tidak berdosa. Mereka adalah maksum. Tetapi Baginda ﷺ mengatakan bahawa agama harus diajarkan kepada mereka secara beransur-ansur. Pada usia tujuh tahun, anda akan menyuruhnya melaksanakan solat. Dan selepas dia berumur sepuluh tahun, anda akan menyusulinya dengan lebih dekat, menyuruhnya solat.

Kini, kita berada di bulan suci Ramadhan. Semasa anda berpuasa, kanak-kanak berkata, "Mari kita juga berpuasa." Pada zaman dahulu, mereka berpuasa setengah hari. Kadang-kadang mereka akan berpuasa selama sehari penuh di antaranya. Anda mesti menggalakkan mereka. Anda mesti membuat mereka suka untuk berpuasa juga.

Orang-orang hari ini berkata, “El bebek gül bebek.” (Dibesarkan dengan sangat manja). “Jangan biarkan anak itu kelaparan, mari kita beri dia makan segera, mari kita beri dia minum. Mari berikan apa yang anda mahukan. Perintah tuan. Hambamu melayani anda di sini.”
Anda membesarkan mereka sedemikian dan kemudian apabila dia sampai [mempengaruhi] anda, orang ramai akan terkejut. Walaupun selepas mereka menjadi dewasa dan berumur, iaitu walaupun selepas umur 14-15, mereka tidak dapat menanggung bahawa anak-anak mereka berpuasa, "Dia akan berpuasa nanti kerana dia terlalu muda." Walau bagaimanapun, selepas dia menjadi Bāligh, yang berbuka (awal) dengan sedar telah melakukan dosa besar. Meninggalkan solat dan puasa adalah salah satu dosa besar. Ianya bukan dosa kecil, tetapi dari dosa besar. Mereka tidak dapat menggantikan kebaikan itu.
Anda berasa kasihan kepada anak atau anak perempuan anda di sini. Ianya bukanlah kasihan; anda (sebenarnya sedang) menindasnya. Anda melucutkan ganjaran (pahala puasa) daripadanya. Anda menghalangi dia daripada ganjaran itu. Apa itu? "Ada ujian hari ini. Biarkan anak itu tidak berpuasa atau dia tidak akan berjaya dalam pelajarannya.” Tiada faedah dalam ujian/peperiksaan yang dia lakukan. Walaupun dia melakukan sesuatu, ianya tidak akan berguna. Dan ianya adalah sama dengan jika dia tidak melakukan apa-apa pun. Sebaliknya, Allah ﷻ akan Menolong ketika (seseorang itu) di Jalan Allah ﷻ: anak-anak yang berpuasa, anak-anak yang solat. Allah ﷻ pasti akan lebih Menolong mereka.

Oleh karena itu, orang-orang zaman sekarang tidak tahu bagaimana cara mendidik. Keluarga tidak tahu bagaimana cara mendisiplinkan. Mereka memberikan mesin, telefon kepada anak-anak, "Kamu belajar dengan ini." Apa yang dipelajari anak itu? Sesuatu yang mengerikan muncul. Di mana-mana pun penuh dengan syaitan. Saat belajar, tidak seorang pun tahu hal-hal beracun apa yang muncul padanya. Itu benar-benar membingungkannya. Itu akan merosak moralnya.

Kita hidup untuk agama ini. Kita harus membuat anak-anak kita hidup untuk agama juga, sehingga mereka akan dibesarkan dengan pendidikan Islam. Lakukan ini tanpa membuat mereka bosan, tetapi kadang-kadang, anda haruslah bersikap tegas.

Seperti yang telah kami sampaikan, bulan Ramadhan ini penuh berkah. Ajaklah anak-anak anda untuk berpuasa. Dan janganlah menghalangi orang yang berpuasa. Dan yang terpenting, setelah dia menjadi akil baligh, jika dia berbuka, maka ada kaffarah (penebusan) untuknya. Bukan sekadar meng-qadha puasanya. Ada kaffarah untuknya, maka ia harus meng-qadha-nya. Ini sangat penting.

Karena kehidupan kita – Allah ﷻ Memberikan kita kehidupan untuk beribadah kepadaNya ﷻ. Kita tidak boleh menyia-nyiakannya. Semoga Allah ﷻ Memberikan akal kepada manusia, agar mereka dapat belajar. Itu bukanlah hal yang memalukan. Seseorang itu (perlu sentiasa) belajar. Tidak ada penamat untuk ilmu. Tidak ada penamat untuk belajar. Seseorang dapat mempelajari sesuatu yang baru setiap hari.

Oleh karena itu, perhatikanlah. Bulan Ramadhan baru saja dimulai. Biarkan anak-anak bergembira. Puasa tidak terlalu lama akhir-akhir ini. Biarkan mereka berpuasa semampu mereka. Ketika kami masih kecil, Haji Anne, semoga Allah ﷻ Meninggikan maqomnya, beliau akan membelinya. Orang-orang di masa lalu memiliki tradisi yang begitu indah. “Setiap hari kamu menjual puasamu, aku akan membelinya.” Dan beliau akan memberi kita wang. Berikan hadiah apa pun yang ada kepada anak-anak. Buatlah suasana yang menyenangkan. Bagaimanapun, meja berbuka puasa, sahur, dan sebagainya adalah acara yang menyenangkan bagi anak-anak.

Dengan barakah Ramadhan, insha'Allah, akan lahir generasi-generasi yang baik-baik. Karena kita mendengar, semoga Allah ﷻ Melindungi kita, anak-anak tidak lagi memiliki iman, banyak yang meninggalkan agama. Namun, ketika segala sesuatunya itu dilakukan untuk Allah ﷻ, Allah ‘Azza wa-Jalla pasti akan Melindungi mereka. Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka dari kejahatan para syaitan, dari kejahatan orang-orang jahat, insha'Allah, dari kejahatan orang-orang yang sesat. Sekarang, dunia penuh dengan orang-orang yang sesat. Dan mereka memperlihatkan bahawa kesesatan adalah sesuatu yang baik. Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka (anak-anak). Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka dari kejahatan syaitan.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Siri Ramadhan 7🌹

Hadiah Yang Paling Bernilai Dari Allah
(24.03.2023)


🌹Dalam ingatan kasih sayang Sheikh Muhammad Abdul Sattar Khan🌹

Dalam Sohbah beliau ini, Almarhum Sheikh Abdul Sattar bercakap tentang Lautan Rahmat yang turun ke atas kita pada 10 hari pertama Ramadhan. Dia mengingatkan kita bahawa anugerah yang paling besar dan tidak ternilai ialah hidayah (petunjuk).

Hidayah adalah kunci kepada perubahan, dan orang yang diberkati untuk menerimanya akan mendapati pintu-pintu yang telah tertutup yang membawa kepada amal soleh dan rezeki yang melimpah, akan dibukakan untuknya.

1. Lautan Rahmat di Bulan Ramadhan
10 hari pertama Ramadhan membawa limpahan Samudera Rahmat Allah kepada semua manusia, tetapi ianya hanya untuk mereka yang mahu menerimanya.

Bahagian Rahmat yang tidak dituntut oleh orang kafir tidak akan kembali ke Syurga. Sebaliknya, mereka kekal di bumi, menunggu untuk diagihkan semula kepada orang beriman yang mencari mereka. Maka Mohonkanlah akan ia!

2. Hadiah Pemberian Hidayah (Petunjuk)
Lautan Rahmat membawa cahaya ilahi, keindahan, dan karunia, yang paling berharga adalah hidayah.

Allah adalah Al-Hadi, Pemberi Hidayah Petunjuk. Dia memberi Petunjuk kepada mereka yang ikhlas mencari kedekatan dengan-Nya, menerangi hati mereka dan membuka apa yang tertutup untuk mereka.

3. Hidayah adalah Kunci
Hidayah membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya dan dari tabiat maksiat kepada tabiat yang soleh.

Hidayahlah yang memalingkan hati kepada Allah, menjadi asbab untuk orang-orang yang tidak beriman untuk memeluk Islam dan memberi inspirasi untuk orang-orang yang beriman untuk mencari Pembimbing yang benar.

4. Sentiasalah Mencari Hidayah
Pada Setiap bacaan Al-Fatihah adalah memohon hidayah, menjadikan kita sejajar dengan perkara yang diredhai Allah, dan menjauhkan diri daripada perkara yang menjauhkan kita daripada-Nya.

Sebagai anugerah ilahi yang paling berharga, hidayah seharus dicari tanpa henti, untuk diri kita sendiri, untuk orang yang kita sayangi dan untuk kesemua orang yang mencari.


Anda boleh membaca ringkasan Sohbah beliau di pautan ini:

https://sufihub.com/the-most-precious-gift-from-allah

Anda boleh menonton video penuh di pautan ini:
https://m.youtube.com/watch?v=EHtu8axk4_8

Semoga Allah mengampuni kekurangannya, melimpahkan rahmat, rahmat, dan cahaya yang tidak terhingga, serta meninggikan darjatnya atas keikhlasan usaha dan sumbangannya selama hayatnya. 

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang paling dekat dengan Allah ﷻ.

Al-Fatiha untuk Syeikh Muhammad Abdul Sattar Khan 💚🌹

Wassalam.
🌹Urus/Haul Sayyidatina Khadijah al-Kubra رضي الله عنه‎

Tanggal 10 Ramadan menandakan pemergian Sayyidatina Khadija Al Kubra (salaamullah aleha), isteri junjungan mulia Sayyidina Rasulullah ﷺ dan Ibu kepada seluruh orang-orang Mukmin.

Apabila Nabi ﷺ menerima wahyu pertamanya dan pulang ke rumah dalam ketakutan, dia meyakinkannya, berkata,

"Demi Allah, Allah tidak akan menghinakan kamu, kerana kamu menjaga hubungan baik, bercakap benar, menolong orang miskin, memuliakan tetamu, dan membantu orang yang memerlukan."

Beliau berdiri di sisinya melalui setiap kesusahan, kehilangan dan penolakan, dan beliau mengorbankan harta dan keselesaannya untuk Islam.

Kerana sokongannya yang tidak berbelah bahagi, Jibril (AS) membawakan pesanan khusus kepadanya, Sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan sampaikan khabar gembira kepadanya tentang sebuah istana di syurga.”

Dia percaya kepada saya apabila orang lain menolak (seruan) saya...”
- Sabda Nabi ﷺ mengenai isteri Baginda Sayyidatina Khadeeja r.anha.

Beliau berdiri di sisi Rasulullah ﷺ sepanjang hidupnya. Tahun beliau meninggal dunia dikenali sebagai Tahun Kesedihan.

Sila bacakan Surah Fatihah dan hadiakan ia untuk roh beliau yang dirahmati. Semoga Allah ﷻ Memberi kita manfaat dari kehidupan mulia beliau. Aameen.

Semoga Allah ﷻ Meninggikan Maqom beliau ,menjadikan kita orang yang mengambil pelajaran dari kehidupan beliau dan Mengumpulkan kita bersama-sama dengan ibu mulia kita Sayyidatina Khadijah al Kubra r.anha di SyurgaNya, 💜

Aameen.
🌹Sahur Adalah Barakah🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
04 Mac 2025/ 04 Ramadan 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah orang yang menunjukkan kepada kita Jalan dan mengajar kita setiap perkara yang baik. Adab dan prinsip-prinsip Ramadhan, fardhu dan sunnahnya yang indah, semuanya telah diterangkan kepada kita oleh Nabi kita ﷺ.

Salah satu perkara yang indah ini ialah suḥūr. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam Bersabda bahawa mengambil saḥūr adalah barakah. Kerana ini khusus untuk umat Nabi kita ﷺ. Bangsa terdahulu berpuasa. Apabila menjelang petang, mereka berbuka dan mengadakan iftar. Kemudian, mereka berniat dan berpuasa lagi sehingga petang hari kedua. Tidak ada hidangan lain. Allah ‘Azza wa-Jalla Memberi kita hadiah ini demi Nabi kita ﷺ.

Anda boleh makan dan minum sehingga azan Subuh, sehingga masuk waktu imsāk; anda masih boleh makan dan minum. Tetapi selepas solat Isyak’, selepas solat tarawiḥ, anda pergi tidur kemudian bangun untuk sahur dan makan sesuatu. Ini adalah sunnah, ianya adalah barakah. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, “و لو بشربةماء”, “Walaupun seteguk air.” Walaupun anda minum setitik air dengan niat sahur, itu adalah barakah untuk anda.

Kebanyakan orang kini tidur lewat. “Kita tidur lambat. Kita makan dan kemudian kita tidur supaya kita tidak lapar." Anda akan lebih lapar kemudian. Ia tidak penting. Apa yang penting anda makan seperti biasa. Jika anda tidak akan makan apa-apa untuk sahur, (sekurang-kurangnya) bangun dan (tunaikan) solat tahajjud, minum air semasa solat tahajjud. Apabila anda selesai, ianya akan sampai ke (waktu) solat Subuh. Anda solat dan tidur. Jika anda masih tidak mahu melakukannya, bangun dan minum setitis air, minum segelas air dengan niat saḥūr. Anda akan memenuhi perintah Nabi kita ﷺ dan ianya akan memberi manfaat, kesihatan dan Barakah untuk anda. Ia juga akan menjadi barakah untuk Rezeki anda, dan Barakah untuk kesihatan, kesejahteraan dan kehidupan anda.

Barakah adalah salah satu Rahsia Allāh ‘Azza wa-Jalla. Kerana tanpa barakah, sebanyak mana pun seseorang itu mengumpul dan usaha, tiada yang tinggal di tangannya. Perkara yang paling tanpa barakah ialah kekayaan ḥaram. Kita lihat, mereka menipu orang dan sebagainya. Sedangkan, ‘وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ’,
‘Wa Mā Yakhda`ūna 'Illā 'Anfusahum’,
‘Tetapi mereka tidak menipu melainkan diri mereka sendiri.’ (Qur’ān 02:09).
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, mereka menipu diri mereka sendiri sahaja. Mereka menipu diri mereka sendiri sehingga terdedah dan dihina, “Orang ini penipu. Lelaki ini pencuri. Lelaki ini pembohong.” Dan tidak ada barakah dalam wang yang diambilnya atau perkara yang dia perolehinya. Semuanya hilang dari dia sekelip mata. Kesihatannya juga akan hilang. Dan dia juga akan pergi. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Oleh itu, di mana sahaja anda mendengar adanya Barakah, hendaklah anda memintanya, hendaklah anda mencarinya. Saḥūr adalah salah satu Barakah itu. Nabi kita ﷺ Bersabda - supaya Baginda ﷺ tidak membebankan kita - walaupun kamu minum air dengan niat saḥūr ianya akan menjadi Barakah, inshā’Allāh.
Semoga Allah ﷻ Menerima amalan kita.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Sepuluh Pertengahan Hari Pengampunan

Malam ini, kita memasuki fasa kedua Ramadhan iaitu Sepuluh Hari Pengampunan Pertengahan (malam ke-11 - 20).

Mohonlah rahmat dan ampunan Allah dengan penuh keikhlasan dan perbanyakkan membaca: ‎

”أسْتَغْفِرُ اللهَ رَبي مِنْ كُلِ ذَنبٍ وَأتُوبُ إلَيهِ”
“Astagfirullaha rabbi min kulli zambiw wa atuubu ilaih.”

"Aku memohon ampun atas segala dosaku kepada Allah, Tuhanku, dan aku bertaubat kepada-Nya."

Semoga Allah mengampuni kekurangan kita dan menutupi kita dengan rahmatNya.

Wassalam.