🌹Hari Kelahiran Imam Shah Naqshband🌹ق
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسمالله الرحمان آلرحيم الحمد لله
InSha'Allah, kita akan berkumpul untuk Zikir mingguan pada malam ini 14 Muharram yang juga merupakan malam kelahiran Imamul Tariqah Mawlana Bahauddin Shah Naqshbandق kita yang penuh barakah ini.
Grandshaykhق berkata bahawa Barokah Doa Shah Naqhbandق muncul empat kali setahun, dan perlindungannya disampaikan kepada para pengikutnya empat kali dalam setahun.
Pada malam hari lahirnya adalah salah satu malam itu.
Minta diberi bahagian pada malam ini.
📍Butiran majlis adalah seperti di bawah… 👇🏼
• 8.30 malam - Solat Isyak
• 8.45 malam - Maulid
• 9.15 malam - Majlis Zikir Khatam Khwajagan diikuti dengan beberapa jamuan dan Qasaid oleh Kumpulan Rabbani Ensemble kita.
📌 Yang berhajat sertai kami melalui ZOOM, ini linknya 👇🏼
tinyurl.com/SufiHub2024
Wassalam.

Zoom Video
Join our Cloud HD Video Meeting
Zoom is the leader in modern enterprise video communications, with an easy, reliable cloud platform for video and audio conferencing, chat, and webinars across mobile, desktop, and room systems. Zoom Rooms is the original software-based conference room solution…
🌹KEUTAMAAN SURAH AL-KAHF🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 July 2024/ 13 Muharram 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Hari Jumaat adalah hari yang penuh barakah. Semoga ianya diberkati inshaAllah. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berkata hari Jumaat adalah yang terbaik di antara hari-hari lain. Oleh kerana Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah yang terbaik di antara manusia, Allah ‘Azza wa-Jalla Menganugerahkan perkara yang terbaik kepada Nabi kita ﷺ. Dijadikan dari umatnya Baginda ﷺ adalah satu kehormatan besar dan nikmat yang besar dari Allah ‘Azza wa-Jalla.
Terdapat Wazifah Jumaat untuk mendapatkan lebih banyak kebaikan seperti Ghusl Hari Jumaat dan Sadaqah. Terdapat Surat al-Kahfi untuk dibaca sebelum hari Jumaat atau bila-bila masa sepanjang hari. Membacanya membawakan cahaya dari hari Jumaat hingga ini hingga ke Jumaat (yang ke depan). Dan kubur dipenuhi dengan cahaya. Kubur adalah tempat yang gelap gulita. Apabila manusia meninggal dunia, dia tidak dapat berbuat apa-apa selain menderita dalam kegelapan itu. Jika mereka membaca Surah al-Kahfi atau mendengarkannya, nescaya kubur mereka akan terang benderang dan tidak akan ada kegelapan lagi. Ia adalah salah satu Pemberian Nabi kita ﷺ kepada kita, kerana kubur adalah tempat kesunyian dan ketakutan. Tidak kira bagaimana Mu’min atau Muslim seseorang itu, untuk menghilangkan kegelapan kubur, dia harus membacanya, atau mendengarnya setiap hari Jumaat. Sebenarnya adalah lebih baik jika sebelum waktu Jum'ah, tetapi tidak mengapa jika pada bila-bila masa pada hari Jumaat.
Surat al-Kahfi mempunyai banyak keutamaan. Sesiapa yang membaca ayat pertama dan ayat terakhir akan terpelihara dari kejahatan Dajjal. Dajjal akan muncul di akhir zaman. Dan kerana kita berada di akhir zaman, kemunculan Dajjal adalah tanda besar Qiyamat. Agar terhindar darinya, kita wajib membaca Surah al-Kahfi. Apabila kita membaca muka surat pertama dan terakhir, kita akan terpelihara dari kejahatan Dajjal dengan Izin Allah ﷻ. Sudah ada ramai Dajjal sekarang ini. Tetapi Dajjal besar yang utama yang buta masih belum muncul. Dia sedang menunggu. Dan ramai orang menunggunya. Jika anda perhatikan, selebihnya yang menjadi penolongnya dan Dajjal (kecil) muncul setiap hari. Mereka semakin bertambah bilangannya.
Apakah sifat Dajjal? Ianya adalah dengan menunjukkan yang buruk sebagai baik dan yang baik sebagai yang buruk. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatannya. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari keadaan buruk mereka. Kerana mereka menyerang Iman kita. Mereka ingin mengeluarkan kita dari agama dan Iman dan menjadikan kita atheis dan kafir. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan mereka. Kaedah yang telah kami nyatakan ini akan melindungi orang-orang daripada kejahatan mereka. Semoga Allah ﷻ Membantu kita insyaAllah.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
Ada bacaan-bacaan Khatam Al-Qur’an , Syukur kepada Allah ﷻ. Ada Surah, Yasin, Ayat, Selawat, Tasbihat, Tahlilat. Mereka menghantarkan semua itu kepada kami untuk hadiahkannya dari seluruh dunia. Kita hadiahkan kesemua itu pertama-tamanya kepada Nabi kita ﷺ, Ahlul-Bayt dan Sahabatnya, roh sekalian Anbiya, Awliya, Asfiya dan Mashayikh, roh kerabat kita yang telah meninggal dunia, roh para Muslimin dan Mu’minin. Agar kebaikan datang dan kejahatan menjadi jauh. Untuk kekuatan Iman, untuk rizq yang melimpah dan untuk ianya menjadi Halal.
Li-Llahi Ta’ala l-Fatiha.

🌸🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.
Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ
Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.
Sollu a'lan Nabi ﷺ

🌹HARI KELAHIRAN SHAH NAQSHBAND 🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
20 July 2024/ 14 Muharram 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
“Ṭarīqatunā ṣ-ṣuḥbah wa l-khayru fi l-jam‘iyyah.” Sayyidina Shāh Baha’uddin Naqshband telah mengucapkan kalimah suci ini sebanyak 12,000 kali dalam hidupnya. Mengapa kita mengatakannya akan ini? Kerana hari ini hari kelahirannya yang mulia [14 Muharram]. Dia telah mengerjakan khidmat yang indah dan menunjukkan Jalan yang indah kepada kita semua. Dengan cara ini, Jalan Allah ﷻ dan Nabi kita ﷺ berterusan sehingga hari Qiyamah. Ianya telah dinamakan dengan nama yang berbeza sebelum dia. Dan selepasnya, mereka menamakannya sebagai Jalan Baha’uddin Naqshbandi.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman apabila disebutkan mengenai orang yang soleh, maka akan turunlah rahmat. Oleh itu, kehidupan suci mereka adalah pengajaran dan teladan yang indah bagi manusia. Kehidupan mereka terdiri daripada semua jenis kebaikan dan semua jenis keindahan. Beliau dilahirkan di Bukhara Sharif. Beliau mengajarkan Jalan agama Islam yang indah dan betul kepada manusia. Beliau mengajar dan menunjukkan Jalan ini kepada sepuluh ribu dan ratusan ribu Murid. Mereka tersebar ke seluruh dunia dan berkongsi akan cahaya Allah ‘Azza wa-Jalla yang indah ini. Mereka membuatkan orang-orang menyukainya. Cahaya ini juga sampai kepada mereka juga. Dan ianya akan terua sampai sehingga ke Qiyamah dengan Izin Allah ﷻ.
Dia telah mergerjakan khidmat yang hebat, kerana Jalannya indah dan suci. Jalannya adalah Jalan Nabi kita ﷺ. Jalan Nabi kita ﷺ adalah Jalan yang indah. Ianya adalah untuk melayani orang dengan ikhlas dan untuk menyampaikan keindahan ini dari Qolbu ke Qolbu. Ianya tidak kekal di luar pada lidah (sahaja) tanpa memasuki hati, tetapi ia memasuki hati. Oleh itu, Jalan ini selama beberapa ratus tahun yang datang sejak Nabi kita ﷺ telah sampai kepada kita melaluinya. Sesiapa yang menyertai Jalan ini telah menyertai Jalan yang terbaik. Dia tidak dipengaruhi oleh orang lain dan mendapat keredhaan Allah ﷻ.
Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, “Ada orang seperti itu yang kamu merasa malu ketika mereka bersolat. Mereka solat dengan begitu kemas. Dan ibadahmu tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan ibadah mereka.” Baginda ﷺ mengatakan ini kepada para Sahabah, bukan kepada kita. Terdapat sekumpulan orang-orang dari Ummah. Tetapi apabila mereka membaca Al-Quran, ianya tidak sampai di bawah daripada lidah mereka. Ini bukan tentang kita. Solat kita santai seperti yang kita lihat. Nabi kita ﷺ Bersabda bahawa walaupun solat para Sahabat adalah seperti 1% di bandingkan dengan solat orang-orang itu. Mereka melakukannya hanya dalam bentuk sahaja, tetapi tidak diterima sama sekali, kata Nabi kita ﷺ. Kerana mereka melakukannya untuk ego mereka dengan keangkuhan, egosentrisme dan keburukan, solat itu tidak membawa manfaat. Manfaat daripada (solat) itu datangnya apabila ianya sampai ke lubuk hati anda (Qolbu anda) seperti yang disabdakan oleh Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.
Jalan ini, Tariqah ini capai kepada hati kita daripada cahaya dari Jalan yang ditunjukkan oleh orang-orang suci. Dan ianya membawa manfaat kepada orang lain. Cahaya itu tidak kekal diam. Ianya merebak kepada semua orang. Semoga Allah ﷻ Meninggikan Maqamnya. Semoga Himmahnya (sokongannya) hadir ke atas kita insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Membenarkan semua orang mengikuti Jalannya ini insha'Allah.

🌹MENGAPAKAH KITA DICIPTAKAN?🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
21 July 2024/ 15 Muharram 1446

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
"أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَـٰكُمْ عَبَثًۭا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ ١١٥ "
‘Afaĥasibtum ‘Annamā Khalaqnākum `Abathāan’,
"Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Qur’ān 23:115).
“Kami tidak Menciptakan kamu secara kebetulan”, Firman Allah ‘Azza wa-Jalla. Mengapa Dia ﷻMenciptakan kita?
Untuk taat dan beribadah kepada Allah ﷻ.
“Kami berikan ini sebagai ujian untuk kamu”,
Firman Allah ‘Azza wa-Jalla.
Ramai orang-orang pada masa kini berkata, "Mengapa kita diciptakan?" Sesetengah daripada mereka pergi lebih jauh dan mengatakan mereka tidak mahu kehidupan ini. Ada orang yang merosakkan diri sendiri. Dan ramai orang memberontak. Allah ‘Azza wa-Jalla Menciptakan kita. “Aku tidak Menciptakan kamu dengan sia-sia,” firman Allah ‘Azza wa-Jalla. Anda boleh menerimanya atau tidak. Tetapi jika anda ingin kebaikan untuk diri sendiri, pergilah pada Jalan Allah ﷻ. Siapa yang berjalan di Jalan Allah ﷻ akan baik-baik saja di dunia dan akhirat. Tetapi orang yang sentiasa memberontak dan tidak suka apa-apa hidup dalam penderitaan di sini dan akan mendapati ia lebih teruk di akhirat.
Anda tidak boleh bertanya, “Mengapa Kamu melakukan ini? Kenapa Kamu buat seperti ini?” daripada Allah ‘Azza wa-Jalla. Orang ramai terbiasa dengan apa yang syaitan ucapkan.
Ia berfungsi untuk ego mereka. Tetapi pemberontakan dan penentangan terhadap Allah ﷻ ini adalah untuk keburukan ego. Allah ‘Azza wa-Jalla telah Menciptakan anda dalam rupa manusia dan telah memberi kamu nikmat. Daripada bersyukur untuk ini dan Menyembah Allah ﷻ —
Firman Allah ﷻ adalah benar, tidak seperti orang yang bercakap sia-sia, yang menjanjikan seribu perkara tetapi tidak menepati walau satu daripadanya.
"إِنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّۭ ۖ"
‘Inna wa’daLlāhi ḥaqq’,
‘Sesungguhnya Janji Allah adalah benar.’
(Qur’an 30:60). Janji Allah ﷻ adalah benar.
Jika anda melakukan ini, pasti ada syurga untuk anda di Akhirat. Dan adanya kebaikan untuk anda di dunia ini. Jika tidak, orang yang berkata
"Kami diciptakan secara tiba-tiba sebagai kebetulan" tidak akan mempunyai sebarang rehat atau ketenangan, kerana mereka tidak tahu mengapa mereka datang ke dunia ini.
Orang yang mempunyai ketenangan jiwa adalah mereka yang mempunyai Iman, yang bersyukar kepada Allah ﷻ atas nikmat yang Dia ﷻ Berikan, yang taat kepadaNya ﷻ. Mereka mempunyai ketenangan dan keselesaan dalaman. Selebihnya adalah seperti orang yang memulakan perjalanan tetapi tidak tahu ke mana mereka pergi. Sejauh mana kamu akan pergi? “Saya tidak tahu.” Apa yang akan kamu lakukan? “Saya tidak tahu.” Apakah perasaan orang-orang ini? Adakah mereka akan selesa dalam perjalanan mereka? Mereka tidak mengetahui apa yang akan berlaku, sedangkan Allah ‘Azza wa-Jalla Memberitahu kita segala-galanya. “Awak akan pergi sana sini. Anda mesti melakukan ini apabila tiba masanya. Jika tidak, kamu akan melakukan yang itu.” Allah ‘Azza wa-Jalla Menjadikan segala-galanya dirancang dan diprogramkan untuk kaum Mu’min. Mereka dalam keadaan selesa. Jika tidak, mereka tidak mempunyai keselesaan, tiada kedamaian. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.
Inilah penyakit zaman kita. Orang tidak suka apa-apa. Mereka tidak menerima apa-apa. Dan kemudian mereka mengeluh. Mereka mengadu tentang kerajaan. Mereka mengeluh tentang negara. Mereka mengadu tentang perbandaran. Mereka mengeluh tentang ini dan itu. Tetapi mereka tidak melihat kesilapan diri mereka sendiri.

Semoga Allah ﷻ Menolong kita. Semoga Allah ﷻ Memberi Hidayah insha'Allah.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.
Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ
Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.
Sollu a'lan Nabi ﷺ
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.
Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ
Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.
Sollu a'lan Nabi ﷺ
🌹 JANGANLAH TERTIPU DENGAN DUNIA 🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
22 July 2024/ 16 Muharram 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
حَتَّىٰٓ إِذَآ أَخَذَتِ ٱلْأَرْضُ زُخْرُفَهَا وَٱزَّيَّنَتْ وَظَنَّ أَهْلُهَآ أَنَّهُمْ قَـٰدِرُونَ عَلَيْهَآ أَتَىٰهَآ أَمْرُنَا لَيْلًا أَوْ نَهَارًۭا فَجَعَلْنَـٰهَا حَصِيدًۭا كَأَن لَّمْ تَغْنَ بِٱلْأَمْسِ ۚ
(Qur’ān 10:24).
Ĥattá 'Idhā'Akhadhati Al-'Arđu Zukhrufahā Wa Azzayyanat Wa Žanna 'Ahluhā'Annahum Qādirūna
"Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan berhias,1 dan pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya (memetik hasilnya), datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman)nya seperti tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin."
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman apabila dunia ini telah mengambil perhiasannya dan telah menjadi indah, orang-orang berkata “Kami tidak memerlukan sesiapa lagi.” Mereka berkata, “Kami telah melakukannya. Kami menghiasi dunia ini. Kami membuat jalan, jalan dan pelbagai perkara. Kami melakukan perkara yang sangat sempurna.” Mereka fikir semuanya telah sempurna. Tetapi Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman "Apabila Perintah Kami datang, tidak akan ada apa-apa." Dia ﷻ akan menjadikannya benar-benar rata. Tempat di mana terdapat segala-galanya semalam akan menjadi benar-benar rata. Akan ada hari di mana kuasa manusia tidak akan ada apa-apa di samping Keagungan Allah ‘Azza wa-Jalla.
Semua orang mendakwa mereka menguasai dunia hari ini. Mereka berkata mereka melakukan segala-galanya dan berusaha untuk melakukan lebih banyak lagi. Mereka melakukan ini dan itu. Namun, apabila Allah ﷻ Menghendakinya, apabila datang Perintah Allah ‘Azza wa-Jalla, semuanya akan hilang seperti sampah. Tidak akan ada apa-apa. Yang kekal ialah Iman para Mu’min. Orang mukmin hidup untuk Akhirah, bukan untuk dunia ini. Dunia tidak akan mampu menipu mereka. Tiada kepunyaan dunia ini, tiada apa pun dari Dunia yang mempunyai nilai dalam hati orang-orang Mu'min. Kerana mereka tahu bahawa Janji Allah ‘Azza wa-Jalla adalah benar. Tiada apa-apa di sini yang mempunyai nilai dan kuasa di samping Kehendak Allah ‘Azza wa-Jalla.
Kita hidup dalam kehidupan ini. Tetapi yang penting adalah kita bergantung kepada Allah ﷻ dan bertawakal kepadaNya ﷻ. Adalah penting bagi kita untuk melaksanakan perintah-perintahNya. Dunia ini akan hilang akhirnya dengan cara ini atau yang lain. Ia tidak akan kekal untuk orang ramai. Walaubagaimanapun Ianya tidak kekal untuk anda apabila anda menutup mata anda . Untuk memberi Pengajaran kepada manusia, Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman dalam ayat-ayat suci di banyak tempat di dalam Al-Qur’an ‘Azimu sh-Shan. Tetapi manusia lalai. Mereka lalai dan jahil. Mereka mungkin berpendidikan. Terdapat sepuluh universiti di setiap jalan di dunia ini. Terdapat beribu-ribu profesor dan guru di setiap tempat. Tetapi mereka tidak mempunyai nilai sama sekali melainkan mereka mengenali Allah ‘Azza wa-Jalla. Semuanya jahil.
‘Alim ialah seorang yang mengenal Allah ﷻ. Sesiapa yang tidak tahu akannya adalah orang yang jahil. Dia mungkin berpendidikan semahu-mahunya. Perintah Allah ‘Azza wa-Jalla akan berlaku. Dunia ini tidak sepatutnya menipu kita. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan dan harta benda dunia ini. Semoga kita menjadi hambaNya inshaAllah. Semoga Allah ﷻ Mengurniakan kita syurga di akhirat insyaAllah.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
22 July 2024/ 16 Muharram 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
حَتَّىٰٓ إِذَآ أَخَذَتِ ٱلْأَرْضُ زُخْرُفَهَا وَٱزَّيَّنَتْ وَظَنَّ أَهْلُهَآ أَنَّهُمْ قَـٰدِرُونَ عَلَيْهَآ أَتَىٰهَآ أَمْرُنَا لَيْلًا أَوْ نَهَارًۭا فَجَعَلْنَـٰهَا حَصِيدًۭا كَأَن لَّمْ تَغْنَ بِٱلْأَمْسِ ۚ
(Qur’ān 10:24).
Ĥattá 'Idhā'Akhadhati Al-'Arđu Zukhrufahā Wa Azzayyanat Wa Žanna 'Ahluhā'Annahum Qādirūna
Alayhā'Atāhā 'Amrunā Laylāan 'Aw Nahārāan Faja
alnāhā ĤaşīdāanKa'an Lam Taghna Bil-'Ams’,"Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan berhias,1 dan pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya (memetik hasilnya), datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman)nya seperti tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin."
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman apabila dunia ini telah mengambil perhiasannya dan telah menjadi indah, orang-orang berkata “Kami tidak memerlukan sesiapa lagi.” Mereka berkata, “Kami telah melakukannya. Kami menghiasi dunia ini. Kami membuat jalan, jalan dan pelbagai perkara. Kami melakukan perkara yang sangat sempurna.” Mereka fikir semuanya telah sempurna. Tetapi Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman "Apabila Perintah Kami datang, tidak akan ada apa-apa." Dia ﷻ akan menjadikannya benar-benar rata. Tempat di mana terdapat segala-galanya semalam akan menjadi benar-benar rata. Akan ada hari di mana kuasa manusia tidak akan ada apa-apa di samping Keagungan Allah ‘Azza wa-Jalla.
Semua orang mendakwa mereka menguasai dunia hari ini. Mereka berkata mereka melakukan segala-galanya dan berusaha untuk melakukan lebih banyak lagi. Mereka melakukan ini dan itu. Namun, apabila Allah ﷻ Menghendakinya, apabila datang Perintah Allah ‘Azza wa-Jalla, semuanya akan hilang seperti sampah. Tidak akan ada apa-apa. Yang kekal ialah Iman para Mu’min. Orang mukmin hidup untuk Akhirah, bukan untuk dunia ini. Dunia tidak akan mampu menipu mereka. Tiada kepunyaan dunia ini, tiada apa pun dari Dunia yang mempunyai nilai dalam hati orang-orang Mu'min. Kerana mereka tahu bahawa Janji Allah ‘Azza wa-Jalla adalah benar. Tiada apa-apa di sini yang mempunyai nilai dan kuasa di samping Kehendak Allah ‘Azza wa-Jalla.
Kita hidup dalam kehidupan ini. Tetapi yang penting adalah kita bergantung kepada Allah ﷻ dan bertawakal kepadaNya ﷻ. Adalah penting bagi kita untuk melaksanakan perintah-perintahNya. Dunia ini akan hilang akhirnya dengan cara ini atau yang lain. Ia tidak akan kekal untuk orang ramai. Walaubagaimanapun Ianya tidak kekal untuk anda apabila anda menutup mata anda . Untuk memberi Pengajaran kepada manusia, Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman dalam ayat-ayat suci di banyak tempat di dalam Al-Qur’an ‘Azimu sh-Shan. Tetapi manusia lalai. Mereka lalai dan jahil. Mereka mungkin berpendidikan. Terdapat sepuluh universiti di setiap jalan di dunia ini. Terdapat beribu-ribu profesor dan guru di setiap tempat. Tetapi mereka tidak mempunyai nilai sama sekali melainkan mereka mengenali Allah ‘Azza wa-Jalla. Semuanya jahil.
‘Alim ialah seorang yang mengenal Allah ﷻ. Sesiapa yang tidak tahu akannya adalah orang yang jahil. Dia mungkin berpendidikan semahu-mahunya. Perintah Allah ‘Azza wa-Jalla akan berlaku. Dunia ini tidak sepatutnya menipu kita. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan dan harta benda dunia ini. Semoga kita menjadi hambaNya inshaAllah. Semoga Allah ﷻ Mengurniakan kita syurga di akhirat insyaAllah.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹BERHARAPLAH UNTUK MENDAPATKAN KEBAIKAN, ANDA AKAN MENDAPATKANNYA🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
05 Ogos 2024/ 01 Safar 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Nabi Suci kita ﷺ Bersabda,
"Tafaā a'luū bil khayri tajidū"
Berharaplah untuk mendapatkan kebaikan, dan anda akan mendapatnya. Fikirkan yang baik-baik tentang segala sesuatu, dengan pastinya ianya akan menjadi seperti demikian itu juga, Sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Jangan fikirkan yang buruk. Sentiasalah berfikir tentang perkara yang akan berlaku sebagai yang baik-baik, Sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam.
Bulan sekarang ini adalah bulan Safar. Ianya dipanggil sebagai Safar ul-Khayr. Nabi kita ﷺ menyebutnya seperti ini supaya itu adalah bulan yang baik. Ramai yang takut dengan bulan Safar. Mawlana Syaikh Nazim pernah berkata, dengan Izin Allah ﷻ, semoga kebaikannya untuk kita dan semoga keburukannya adalah untuk orang yang meminta keburukan. Semoga kita beroleh kebaikan.
Ianya adalah bulan yang suci. Tiada apa yang perlu ditakuti mengenainya. Kita fikirkan yang baik-baik mengenainya insha'Allah. Ianya baik untuk Islam, ianya baik untuk manusia. Bulan ini adalah bulan yang diberkati. Kita mesti perbanyakkan Tasbihat, Istighfar, dan ada Wazifah harian untuk bulan Safar. Semua orang tahu. Saudara-saudara kita akan menyiarkannya. Hendaklah anda memohon keampunan dan memperbanyakkan sedekah. Ianya adalah sarana untuk memperbanyakkan istighfar dan memperbanyakkan kebaikan. Sebagai cara untuk itu, bulan yang mulia ini telah bermula. InsyaAllah Allah ﷻ akan Membawa kita kepada kebaikan. Kami menganggap segala-galanya sebagai baik.
Orang ramai, terutamanya orang Islam sepatutnya melihat semuanya sebagai baik. Apabila mereka melihatnya sebagai baik, ianya akan menjadi baik. Fikirkan bahawa ianya akan menjadi baik, dan ianya akan menjadi baik. Apabila seseorang berfikir ianya akan menjadi buruk, ia akan menjadi seperti yang dia fikirkan. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Fikirkan semuanya sebagai baik-baik, apa pun itu. Kamu Islam, kamu Mu’min. Berfikir seperti itu akan menjadi asbab untuk kebaikan. Malah perkara yang paling buruk pun akan menjadi baik. Anda mungkin menganggapnya buruk, tetapi Allah ‘Azza wa-Jalla akan Menghendaki kebaikan dalam hal itu. Hikmah Allah ‘Azza wa-Jalla tidak ada penghujungnya (tidak berkesudahan). Semoga Allah ﷻ Memberkati bulan kita. Semoga Allah ﷻ Jadikan ianya sebagai sarana kepada kebaikan insha'Allah.