#TabungBersara
3 BULAN HABISKAN RM100K SAHAJA!
1. Literasi kewangan orang kita masih lagi lemah sebenarnya. Kita belum mahir menguruskan duit bila dapat banyak sikit.
2. 3 bulan lepas anak ini bercerita ayahnya baru bersara dan dapat RM200k sebagai simpanan KWSP. Ayahnya teruja nak jadi kontraktor berjaya.
3. Saya dah pesan duit akan habis jika ideanya nak mulakan perniagaan yang dia tak pernah ceburi sebab suka ikut kawan kawan. Ramalan saya pada anaknya duit akan habis dalam tempoh 6 bulan sahaja.
4. Sebagaimana diramalkan, baru 3 bulan duit dah 'hilang' RM100k begitu sahaja. Hilang dengan kawan RM30K, belanja mewah RM70K. Isteri hanya mampu menahan sebak didada.
5. Usia 55-60 tahun bukan masanya nak mulakan perniagaan jika kita belum pernah berniaga goreng pisang tepi jalan sekalipun. Jika belum pandai gandakan RM50 menjadi RM100, bagaimana kita nak gandakan RM30K nantinya.
6. Bila kita tahu kawalan duit kita lemah selama hidup ini, jangan bagi kita kawal sendiri. Mintak bini jaga duit atau mintak KWSP yang kawal pengeluaran kita. Mereka boleh beri caruman bulanan jika kita mahu. (Ramai bangsa Cina buat begitu)
7. Terimalah hakikat bahawa kita tak pandai urus duit, duit berkaitan dengan emosi. Duit banyak ego kita mula rasa tinggi. Nak naik Axia dah makin malu, kene perli kawan duit KWSP banyak mula terasa diri hebat.
8. Jadi ayah ayah ini, kita kena belajar rendahkan ego kita . Belajar hormati perasaan isteri dan anak anak kita walaupun kita banyak duit dan kaya dari mereka. Bila kita mula rasa kita bijaksana, kita sedang merosakkan diri kita.
Kawan kawan,
Ramai sangat yang bercerita gagalnya ibubapa mereka urus duit yang ada akhirnya bebankan anak anak mereka.
Kita tak boleh ubah semua benda ini.
Yang kita boleh ubah adalah diri kita, pasang impian bersara nanti tak susahkan sesiapa. Urus duit dengan baik.
Sedar diri bahawa kita ada pasangan hidup, bincang dan rancang hidup dengannya, bukan hidup atas nafsu dan ego kita sebagai suami sahaja.
Pesan ini buat diri kita bersama, jaga dan kawal nafsu kita.
Azizul Azli Ahmad
Jaga Diri Kita dan Keluarga