SiS Gold ๐Ÿคฉ
52 subscribers
5.85K photos
1.08K videos
5 files
1.88K links
Saya Siti Salmah (SiS) merupakan Authorised Dealer Public Gold (PG00273452) bersedia untuk membantu anda yang berminat untuk membeli & menyimpan/menabung emas.
https://publicgold.me/SiS
Download Telegram
Gais.

Potensi pelaburan silver/perak.

Berita gembira buat peminat logam berharga! ๐ŸŽ‰ UBS (sebuah bank pelaburan antarabangsa) baru sahaja mengumumkan bahawa mereka menjangka harga perak boleh naik setinggi $40/auns dalam beberapa bulan akan datang!

Kenapa harga perak naik?

โœ… Ramai pelabur mula cari alternatif kepada dolar AS.

โœ… ETF (dana dagangan bursa) perak makin laris โ€” lebih 35.6 juta auns dibeli tahun ini!

โœ… Dolar AS makin lemah = perak makin bersinar.

โœ… Pasaran perak kecil (hanya 11% dari pasaran emas) โ€” jadi sedikit permintaan pun boleh tolak harga naik tinggi!

๐Ÿ“ˆ Sejak awal tahun 2025, harga perak dah naik 26% โ€” jauh lebih pantas dari jangkaan!

Sekarang ia telah melepasi paras rintangan teknikal $34.60!

๐ŸŽฏ Menurut UBS, permintaan global untuk perak akan cecah 1.2 bilion auns, sedangkan bekalan hanya naik 3% kepada 1.05 bilion auns.

Ini bermakna akan berlaku defisit pasaran tahun ke-5 berturut-turut sebanyak 149 juta auns! ๐Ÿ˜

UBS juga meramalkan nisbah emas-perak boleh jatuh bawah paras 90x, yang akan menjadikan perak lebih bernilai berbanding emas dari sudut pelaburan.

Nasihat UBS: Kekal simpan perak dalam portfolio anda.

Jadi, kalau selama ni kita hanya fokus pada emasโ€ฆ mungkin ini masa untuk perak bersinar dalam simpanan kita!

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#SimpanPerak
#PelaburanBijak
17/6/2025
Gais,

Semalam, Sabtu 21/6/2025, saya dijemput oleh Public Gold Indonesia untuk memberikan seminar bertajuk โ€œKaya dengan EMASโ€

Selepas seminar, saya telah ditemuramah oleh wartawan TVRI iaitu Televisi Republik Indonesia.

TVRI adalah stesyen televisyen tertua Repulik Indonesia.

Kemudian, mereka telah menyiarkan interview ini dalam siaran tv malam tadi.

Jadi saya nak share dengan anda video klip tv semalam ๐Ÿ˜

Terima kasih TVRI dan Public Gold ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

#NotaEmasSyukorHashim
#Publicgold
#publicgoldindonesia

https://www.facebook.com/share/v/1CRCy8C69a/
(Analisis harga emas Ahad 22/6/2025)

Gais.

Nampaknya konflik di timur tengah menjadi semakin tegang.

Ini kerana konflik antara Iran dan Israel kini telah melibatkan US.

Hari ini dunia dikejutkan dengan pengumuman Presiden AS, Donald Trump, yang mengesahkan bahawa AS telah menyerang tiga tapak nuklear utama Iran โ€” Fordo, Natanz dan Esfahan.

Serangan ini dikatakan telah โ€œmemusnahkan sepenuhnyaโ€ keupayaan pengayaan nuklear Iran.

Iran mengecam tindakan ini dan memberi amaran bahawa akan ada tindak balas yang dahsyat.

Ketegangan di Timur Tengah kini berada di tahap kritikal!

Gais.

Apa kesan serangan US kepada pasaran emas?

Saya percaya harga emas yang akan dibuka hari Isnin jam 5 pagi nanti akan naik banyak!

Persoalannya adalah, adakah konflik ini hanya sekejap ataupun ia berupaya menjadi konflik berterusan dan bertambah besar.

Konflik yang berterusan boleh menyebabkan harga emas terus naik.

Dalam jangka panjang: Selagi risiko geopolitik tinggi + inflasi kekal membelenggu + dasar monetari longgar (contohnya jika Fed beralih kepada dasar kadar faedah rendah) โ€” maka harga emas berpotensi terus menaik hingga hujung 2025.

Pesanan untuk pelabur emas:

Ini masa untuk peka dengan perkembangan global, terutamanya geopolitik di Timur Tengah.

Jika anda nak tambah gram emas, better beli sewaktu market gold tutup hari nie sehingga 4.59 pagi hari Isnin.

Adakah anda sudah bersedia menghadapi gelombang ketidaktentuan ini?

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PelaburanEmas

https://www.facebook.com/share/p/1AnpB5EB14/?mibextid=wwXIfr
Gais,

Public Gold kini telah mencapai 1,888,888 customer!

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Public Gold kerana telah mencapai pelanggan ke-1,888,888.

Ini bukan sekadar angkaโ€ฆ

Ini adalah bukti kepercayaan jutaan customer terhadap Public Gold dalam membantu mereka menyimpan dan melindungi kekayaan dengan emas dan perak.

Ini adalah hasil usaha dealer-dealer aktif Public Gold dalam mendidik masyarakat tentang simpanan emas yang tepat, selamat dan patuh syariah.

Tahniah kepada Muhammad Iqram Muqrish dan introducernya Muhammad Azib yang masing-masing mendapat hadiah 1gram setiap seorang.

Semoga Public Gold terus maju, terus berkembang, dan terus memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia! ๐ŸŒ

#NotaEmasSyukorHashim
#PublicGold
#TahniahPublicGold #SyukurAlhamdulillah #SimpanEmasLindungNilai #EmasUntukMasaDepan
Analisis harga emas 24/6/2025.

Gais,

Kenapa harga emas jatuh semalam dan hari ini?

Ramai di kalangan kita yang terkejut tengok harga emas jatuh mendadak sejak semalam dan hari ini.

Tak kurang juga yang tertanya-tanya:

๐Ÿ’ฌ โ€œEh, bukan ke dunia macam nak perang dunia? Bukankah harga emas sepatutnya terus naik?โ€

Jawapannya: tidak semudah itu.

Saya nak kongsi sedikit analisis untuk kita semua faham logik di sebalik apa yang berlaku.

Sebelum ini, media arus perdana heboh melaporkan dunia kononnya di ambang Perang Dunia Ketiga.

๐Ÿ‘‰ Israel serang loji nuklear Iran.
๐Ÿ‘‰ Iran balas serang Tel Aviv.
๐Ÿ‘‰ Dunia mula panik.
๐Ÿ‘‰ US serang 3 loji nuklear Iran.
๐Ÿ‘‰ Iran serang pengkalan tentera US di Qatar.

Akibatnya, harga emas melambung naik kerana permintaan melonjak.

Tapiโ€ฆ adakah perang dunia betul-betul nak bermula?

Jawapannya: tidak.

Kalau kaji dengan mendalam, tindakan-tindakan Iran, Israel dan US sebenarnya penuh dengan pengiraan strategi.

โœ… Iran tak mahu perang penuh dengan Israel + Amerika.

โœ… Israel tahu dia tak boleh lawan Iran tanpa sokongan Amerika.

โœ… Amerika pula tak berminat nak seret diri masuk perang besar kat Timur Tengah, sebab fokus utama mereka sekarang ialah China.

โœ… China dan Rusia? Diam je. Tak ada tanda nak tolong Iran kalau perang meletus.

Faktor sebenar; semua pihak nak keamanan.

Tak nak konflik merebak menjadi besar dan menjejaskan seluruh rantau Timur Tengah.

Apa yang berlaku selepas itu?

โœ” Israel lancar serangan, Iran balas sebagai simbolik (restore deterrence).

โœ” Amerika tawar damai selepas tunjuk kekuatan.

โœ” Kedua-dua pihak berhati-hati supaya tak terseret ke perang penuh.

โœ” Dunia mula nampak risiko perang besar sudah menurun.

Inilah yang disebut sebagai de-escalation โ€“ ketegangan mula reda.

Dan bila risiko reda, pelabur mula jual semula emas.

Kenapa? Sebab mereka tak lagi perlukan emas sebagai fungsi pelindung nilai.

Apa yang kita boleh belajar daripada krisis Iran, Israel dan US?

1๏ธโƒฃ Jangan cepat percaya bila media kata โ€œdunia nak perang duniaโ€. Dunia tak semudah itu nak terbakar.

2๏ธโƒฃ Pasaran emas sangat sensitif dengan sentimen, bukan hanya fakta. Berita kecil boleh buat harga naik turun mendadak.

3๏ธโƒฃ Pelaburan emas memerlukan kita faham geopolitik, ekonomi global dan psikologi pasaran.

Jadi bila harga emas naik atau turun, cuba kita baca cerita di sebalik angka, bukan hanya tengok carta harga emas semata-mata.

๐Ÿ’ฌ Kalau rasa posting ni bermanfaat, kongsikan untuk kawan-kawan lain.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
FBLIVE SYUKOR HASHIM JUN 2025.

Gais,

InShaAllah saya akan buat fblive pada hari Jumaat, 27/6/2025 jam 10 pagi.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas.
Tarikh: Jumaat 27/6/2025 jam 10 pagi.
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Jun 2025.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa Jumaat nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
25/6/2025
Saya melawat kedai emas PG Jewel di tingkat 1, Bataras, Kolombong, Kota Kinabalu, Sabah.

Sini ada jual gram bar dan juga barang kemas 916 dan barang kemas 999.0

Next cawangan PG Jewel adalah di Ipoh, perak dan di JB.

Untuk anda peminat barang kemas, boleh kunjungi kedai emas PG Jewel ๐Ÿ˜

#NotaEmasSyukorHashim

https://www.facebook.com/share/v/1J2PXXgB72/
Gais.

Saya nak share kisah inspirasi penyimpan emas Public Gold yang seorang nie.

Beliau hubungi saya untuk minta tolong set appointment kat cawangan Public Gold untuk ambil 100gram gold bar ๐Ÿ˜

Apa yang menarik, dia cakap โ€œSaya baru habis bayar epp10x gold bar 100g En. Syukorโ€

(Ps: Epp10x adalah Easy Payment Purchase 10 bulan. Anda lock harga emas sekarang dan anda bayar ikut jadual selama 10 bulan)

Dalam hati saya โ€œWow! Hebatnya dia sebab boleh buat belian emas 100g selama 10 bulanโ€

Lepas tu saya minta dia hantar screenshot epp10x tu sebagai bukti dah habis bayar.

Jadi dia pun hantarlah gambar ini (tengok gambar).

Saya dapati epp10x ini dibuat pada 6/8/2024.

Namun dia habis bayar awal iaitu 9/1/2025. Jadi 6 bulan ajer dah settle.

Mungkin dia pakai duit dividen ASB? Hehe.. saya pun tak tanya.

Jadi gais. Ada 2 benda menarik saya nak bagitau.

1. Beliau lock harga 100g pada 6/8/2024 pada harga RM37,331.00

2. Beliau hanya perlu konsisten bayar selama 10 bulan sebanyak RM3716.

3. Bila ada rezeki lebih, beliau boleh bayar extra dan habis awal. Bila habis awal, dia boleh ambil emas awal.

4. Hari ini saya check, harga 100g dah cecah RM41,515.

Jadi, kaedah epp10x berpotensi menguntungkan anda (disclaimer: anda juga boleh rugi jika harga emas jatuh).

Selain itu, ia adalah simpanan emas secara paksa diri. Sebab anda memang kena komited bayar setiap bulan.

Namun, saya kagum bila dapati ada orang boleh komited dengan epp10x untuk 100gram.

Sebab sebulan kena bayar RM3700 tu ๐Ÿฅฒ

Tapi gais, itu rezeki dia. Poket dia dalam.

Untuk rakyat marhein, anda boleh buat epp untuk 5gram ataupun 1 dinar aja.

Jadi, sekiranya anda nak buat simpanan emas secara paksa, maka saya sangat recommend epp10x.

#NotaEmasSyukorHashim
9/1/2025
Harinie saya dapat whatsapp dari seorang kakak nie.

Dia tanya saya pasal emas 0.01 gram.

Ada harga ke? Dan kalau nak jual kat mana?

Well, tips untung kalau beli emas, anda kena jawab soalan-soalan berikut?

1. Kenapa aku nak beli emas tersebut?
2. Macammana aku nak untung dengan emas tersebut?

Kalau kedua-dua soalan nie anda boleh jawab dan anda berpuas hati dengan jawapan anda, maka beli ajer.

Sebab anda beli dengan kefahaman.

Kalau kedua-dua soalan diatas tu anda tak boleh jawab, manakala penjual emas kat live tt tu pun tak bagi jawapan.

Maka tak payah lah beli.

Sebab anda berisiko rugi duit dan rugi emosi.

Sekian.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Public Gold kini telah mencapai 1,888,888 customer!

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Public Gold kerana telah mencapai pelanggan ke-1,888,888.

Ini bukan sekadar angkaโ€ฆ

Ini adalah bukti kepercayaan jutaan customer terhadap Public Gold dalam membantu mereka menyimpan dan melindungi kekayaan dengan emas dan perak.

Ini adalah hasil usaha dealer-dealer aktif Public Gold dalam mendidik masyarakat tentang simpanan emas yang tepat, selamat dan patuh syariah.

Tahniah kepada Muhammad Iqram Muqrish dan introducernya Muhammad Azib yang masing-masing mendapat hadiah 1gram setiap seorang.

Semoga Public Gold terus maju, terus berkembang, dan terus memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia! ๐ŸŒ

#NotaEmasSyukorHashim
#PublicGold
#TahniahPublicGold #SyukurAlhamdulillah #SimpanEmasLindungNilai #EmasUntukMasaDepan
Gais.

Berita baik nak bagitau. Ada gold bar edisi baru keluar hari ini.

Memperkenalkanโ€ฆ. ๐Ÿฅณ

Design durian Duri Hitam 999.9
(gold bar bentuk durian gais ๐Ÿฅฐ)

๐Ÿ’ฃ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ hanya ๐Ÿ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ unit je di seluruh dunia โ€“ siapa lambat, gigit jari je lah!

โœจ Akhirnya, penantian peminat durian dan pengumpul emas berakhir!

Durian paling mahal dan paling padu kini diabadikan dalam emas tulen 999.9 โ€“ dan anda boleh jadi antara pemilik terawal koleksi ๐ƒ๐ฎ๐ซ๐ข๐š๐ง ๐„๐ฆ๐š๐ฌ ๐๐ฅ๐š๐œ๐ค ๐“๐ก๐จ๐ซ๐ง yang super eksklusif ni! ๐Ÿƒ๐Ÿ’›

๐Ÿ“… ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐š๐ซ๐š๐ง Rasmi:
Hari Ini, 4 Julai 2025!

๐Ÿ•™ Pintu pengeluaran dibuka tepat 10:00 pagi di aplikasi Public Gold.

๐Ÿš€ ๐“๐Ž๐ ๐”๐ ๐†๐€๐ anda SEKARANG โ€“ siapa cepat dia dapat, siapa lambatโ€ฆ bye-bye! Sekali habis stok, memang takkan dicetak lagi โ€“ jangan kata saya tak warning!

๐ŸŽ Nak koleksi paling legend? Gabungkan Durian Emas Black Thorn dengan Musang King โ€“ confirm koleksi anda jadi buah mulut semua orang!

๐Ÿ’› Satu simbol citarasa premium, satu lambang kemewahan โ€“ jom tempah sekarang dan jadikan koleksi emas anda lebih rare daripada durian jatuh!

๐Ÿ“Œ Tertakluk kepada terma & syarat. Stok memang cepat ghaib!

#NotaEmasSyukorHashim
#PublicGold #DurianEmas #BlackThorn #MusangKing #RajaDurian #GoldBar #EksklusifPG #PGBO #EmasMalaysia #DurianDalamEmas #GapGold #TopUpNow #Dinar #Gold
Gais.

Analisis harga emas 7/7/2025.

Hari ini harga emas mengalami penurunan sekitar 0.7%, mencecah sekitar $3,311 setiap auns.

Penurunan ini berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor penting yang saling berkait rapat:

1. Penangguhan Tariff Amerika Syarikat.

Presiden Trump mengumumkan bahawa tarif baru yang sepatutnya bermula 9 Julai telah ditangguhkan ke 1 Ogos.

Penangguhan ini telah memberi nafas lega sementara kepada pasaran global dan menyebabkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat (safe haven) menjadi lebih perlahan.

2. Ancaman Tarif Tambahan ke atas Negara BRICS.

Walaupun ada penangguhan, Trump turut memaklumkan perancangan untuk mengenakan tarif tambahan 10% terhadap negara-negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan).

Meskipun butiran lanjut masih belum jelas, pengumuman ini meningkatkan risiko geopolitik yang boleh melonjakkan semula harga emas pada masa depan.

3. Kemungkinan berlaku penurunan kadar faedah US semakin kurang.

Data pekerjaan AS yang kukuh sebelum ini sudahpun melemahkan jangkaan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah secara agresif dalam masa terdekat.

Kini, pasaran hanya menjangkakan dua kali penurunan kadar faedah menjelang akhir tahun.

Kadar faedah yang lebih tinggi biasanya menyokong nilai Dolar AS, sekali gus menekan harga emas.

4. Dolar AS Masih Kukuh
Dolar kekal stabil dan agak menguat sedikit, menambah tekanan ke atas logam berharga.

Ini kerana emas diniagakan dalam Dolar, jadi apabila mata wang AS menguat, kos pegangan emas bagi pembeli luar AS meningkat.

Secara ringkas, terdapat tekanan jangka pendek ke atas harga emas kerana:

โœ… Penangguhan tarif.
(mengurangkan permintaan safe haven)

โœ… Dolar AS yang lebih kukuh.

โœ… Jangkaan penurunan kadar faedah yang semakin pudar.

Namun, risiko jangka sederhana dan panjang masih tinggi, antaranya:

1. Potensi tarif tambahan terhadap BRICS
2. Ketidaktentuan rundingan perdagangan lain (EU, Jepun, India)
3. Risiko inflasi dari pakej perbelanjaan besar Trump bernilai $3 trilion

Jangkaan harga emas bulan depan.

1 Ogos 2025 โ€“ Tarikh akhir tarif baru: Jika tarif dilaksanakan secara menyeluruh, permintaan terhadap emas boleh melonjak semula.

Mesyuarat Fed seterusnya: Sebarang kenyataan dovish (cenderung pelonggaran) boleh memberi sokongan kepada harga emas.

Data inflasi AS dan global: Jika inflasi melonjak, emas berpotensi menjadi lindung nilai (hedge) yang lebih menarik. Jadi harga akan naik.

Kesimpulan
Penurunan harga emas hari ini lebih bersifat sementara kerana pasaran menyesuaikan diri dengan berita penangguhan tarif.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PelaburanEmas #AnalisisPasaran #TarifAS #EkonomiGlobal #Fed #BRICS
Gais.

Berita baik untuk peminat barang kemas 999.9 dan 916 di Johor Bahru!

PG Jewel bakal membuka cawangan PERTAMA di Johor Bahru!

Jika anda peminat barang kemas, sudah pastu berita ini ditunggu-tunggu ๐Ÿ˜

๐Ÿ“ Kelebihan jenama PG Jewel.

โœ… Koleksi emas 24K, 22K & perhiasan premium yang memukau.

โœ… Jaminan ketulenan โ€“ setiap item disahkan berat dan ketulenannya.

โœ… Reka bentuk eksklusif โ€“ dari gaya klasik hingga rekaan moden yang menawan.

โœ… Kini ada kedai di JB โ€“ Kalau nak tengok dengan mata dan try pakai, terus datang ajer.

โ€œPelanggan kami di Johor Bahru telah lama menanti โ€“ dan kami mendengar.
Jemput datang ke cawangan pertama PG Jewelโ€

๐Ÿ“ Lokasi: Public Gold Johor Bahru (Johor) 106, Jalan Molek 2/2, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Antara buku yang saya miliki adalah โ€œThe Golden Constantโ€ yang ditulis oleh Prof. Roy W. Jastram.

Saya nak kongsi dapatan penting dari buku ini.

Buku โ€œThe Golden Constantโ€ mengkaji perjalanan harga emas selama hampir 450 tahun di England dan Amerika.

Apa yang beliau jumpa sangat menarik:

โœ… Emas bukanlah pelaburan cepat kaya.

โœ… Dalam jangka pendek, harga emas boleh turun naik dengan ekstrem.

โœ… Tetapi dalam jangka panjang, emas sentiasa kembali kepada nilai asalnya.

Bayangkan, sejak tahun 1560 lagi, emas terbukti:

1. Menjadi penyimpan nilai yang paling konsisten.

2. Lebih kuat bertahan semasa krisis kewangan, peperangan dan kejatuhan mata wang.

3. Membantu generasi demi generasi mengekalkan kuasa beli mereka.

Apa maksudnya untuk kita hari ini?

First sekali, emas bukan untuk spekulasi mingguan.

Kedua, emas adalah perlindungan jangka panjang bila duit kertas makin hilang kuasa.

Kalau matlamat anda:

โœ… Lindungi harta daripada inflasi,
โœ… Simpan nilai untuk masa depan anak cucu,
โœ… Miliki aset yang tak boleh dimanipulasi kerajaan,

Maka emas patut menjadi pilihan anda.

Gais.

โ€œEmas tak menjanjikan kaya segera. Tapi ia sentiasa tepati janji untuk melindungi nilai.โ€

#NotaEmasSyukorHashim
#Emas #TheGoldenConstant #SimpanEmasUntukMasaDepan
11/7/2025
Gais.

Apakah tarikan terbaru di Menara Public Gold, jalan Tun Razak, KL?

Jawapan, bilik gold ATM.

Di sini ada 11 mesin gold ATM untuk anda keluarkan pelbagai gold bar keluaran Public Gold.

Dari sekecil-kecil 0.5g sehinggalah item seberat 10 dinar dan 100 gram.

Anda boleh beli terus menggunakan kad kredit/debit atau pun keluarkan gram emas anda daripada akaun GAP (Gold Accumulation Program).

Mesin gold ATM ini akan diperluaskan ke seluruh Malaysia dari masa ke semasa.

Jom saya belanja video lawatan ke bilik gold ATM Public Gold.

Sila tonton dengan senyuman ๐Ÿ˜ƒ

#NotaEmasSyukorHashim
13/7/2025

https://www.facebook.com/share/v/19QCfbGG1J/
Happy birthday ke 100 untuk Tun M!

Untuk pengetahuan anda, Public Gold penah mengeluarkan gold bar 0.5 gram edisi Tun Dr. Mahathir bagi meraikan Tun M menjadi perdana menteri ke 4 dan ke 7.

Pada pendapat saya, Ia salah satu koleksi paling unik dan bernilai

Mengapa ia istimewa?

Gold bar ini dihasilkan sempena peristiwa bersejarah Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua.

Ini menjadikan Tun M satu-satunya pemimpin negara yang pernah menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-4 (1981โ€“2003) dan Perdana Menteri ke-7 (2018โ€“2020).

Fakta menarik:

โœ… Tun Dr. Mahathir memimpin Malaysia dalam dua era yang berbeza, mencipta rekod unik dalam sejarah politik moden dunia.

โœ… Pelantikan kali kedua beliau menjadi simbol semangat perjuangan, keberanian membuat perubahan, dan daya tahan luar biasa.

โœ… Public Gold mengambil inisiatif menghasilkan gold bar eksklusif bagi memperingati pencapaian ini.

Ciri-Ciri Gold Bar Tun Dr. Mahathir 0.5 Gram

๐Ÿ”น Ketulenan: 999.9 (24 Karat) โ€“ tahap ketulenan tertinggi emas pelaburan.

๐Ÿ”น Berat: 0.5 gram โ€“ bersaiz kecil, sesuai dijadikan cenderamata premium atau koleksi peribadi.

๐Ÿ”น Rekaan Eksklusif: Bahagian hadapan terukir potret Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan nama dan gelaran beliau.

๐Ÿ”น Sijil Ketulenan: Setiap keping disertakan dengan sijil pengesahan asli daripada Public Gold.

Siapa patut memiliki gold bar ini?

โœ… Pengumpul emas dan memorabilia bersejarah.

โœ… Penyokong atau pengagum Tun Dr. Mahathir Mohamad.

โœ… Individu yang mahu menghadiahkan sesuatu yang luar biasa kepada generasi seterusnya.

โœ… Pelabur yang ingin menambah item rare dalam portfolio aset fizikal.

Gais.

Gold bar Tun Dr. Mahathir 0.5 gram bukan hanya sekeping emas โ€“ ia adalah kenangan bersejarah, simbol seorang negarawan ulung.

Ps: Item nie dah lama sold out.

Ini hanyalah posting throwback ๐Ÿฅณ

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Sempena sambutan ulang tahun kelahiran Tun M yang ke 100, Public Gold telah menghadiahkan syiling emas dan perak yang diukir dengan gambar Tun M dan Tun Siti Hasmah.

Cantik kan?

Untuk pengetahuan anda, Public Gold mempunyai teknologi color laser marking yang membolehkan gambar Tun M dan Tun Siti Hasmah diukir dengan begitu cantik sekali.

Sewaktu di awal penubuhan Public Gold, Datoโ€™ Wira Louis Ng pernah berjumpa Tun M dan tunjukkan Dinar Emas Public Gold.

Ini kerana Tun M adalah pemimpin negara yang mencadangkan penggunaan Dinar Emas dan sistem barter dalam perdagangan sesama negara Muslim.

Sebagai penghargaan kepada jasa-jasa Tun, inilah hadiah yang istimewa dari Public Gold untuk Tun.

Happy Birthday Tun M!

#notaemassyukorhashim
Gais.

Beginilah rupa majlis Award Recognition Night Public Gold 2025 yang dihadiri oleh 2200 peserta dan tetamu kehormat.

Pada malam ini, dealer-dealer Public Gold dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura diraikan.

Public Gold sekarang menuju ke arah pemain dunia dalam hal ehwal emas dan perak.

Public Gold refinery sudah hampir siap di Baru Kawan membolehkan Public Gold menulenkan emas dengan kapasiti bertan-tan setahun.

Ratusan mesin gold ATM akan dipasang di seluruh Malaysia bagi membolehkan anda mengeluarkan emas 24 jam sehari.

Cawangan kedai emas 999 dan 916 PG Jewel pula semakin bertambah.

Public Gold juga ada sediakan peti simpanan selamat (safe deposit box) di Penang dan menara Public Gold.

Public Gold juga ada platform online shopping PG Mall yang membolehkan anda membeli barangan keperluan secara online.

Dengan kata lain, Public Gold bukan sekadar bisnes emas dan perak, namun ia dalam proses mewujudkan satu ekosistem yang bakal memberi manfaat kepada kehidupan seseorang.

Dalam tempoh 17 tahun, pelanggan Public Gold kini sudah mencecah 1.9 juta orang.

Dengan konsep consumerchant yang diasaskan oleh Datoโ€™ Wira Louis Ng, InsyaAllah Public Gold boleh mengubah kehidupan anda.

Jika nak simpan emas, beli Public Gold.

Jika nak nampak cantik, beli barang kemas PG Jewel.

Jika nak shopping barang keperluan, beli di PG Mall.

Jika nak jadi usahawan, join Public Gold sebagai PGBO (Public Gold Business Owner).

Alhamdulillah, saya sendiri dah 17 tahun bersama Public Gold ๐Ÿฅณ

Samada anda dealer atau customer Public Gold, terima kasih atas sokongan anda ๐Ÿ™

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Berlaku kejutan gempak di majlis Public Gold Award Recognition Night 2025 apabila Public Gold lancar jongkong emas terberat di Malaysia โ€“ 1000 Troy Oz! (31.1 kg)๐Ÿ†

Saya masih terngiang-ngiang situasi tenghari tersebut.

Tetamu berpakaian segak, lampu berkilauan, dan suasana gah di Award Recognition Night 2025.

Tiba-tibaโ€ฆ

๐ŸŽค โ€œLadies and gentlemen, please welcomeโ€ฆ the heaviest gold bar ever produced in Malaysia!โ€

๐Ÿ“ธ Tirai dibuka. Semua mata terpaku.

Di hadapan mereka, terletak seketul gold bar seberat 1000 troy oz, bersamaan 31.1 kilogram emas tulen 999.9 โ€“ keluaran Public Gold! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Ini bukan biasa-biasa ๐Ÿ’ช

Ini sejarah untuk industri emas Malaysia.

โžก๏ธ Bukan hanya simbol kekayaan, tetapi juga lambang kekuatan penyimpan-penyimpan emas Public Gold.

โžก๏ธ Bukan sekadar berat fizikal, tetapi beratnya membawa makna โ€“ komitmen Public Gold dalam memartabatkan pelaburan emas di Malaysia dan dunia!

๐Ÿ“ฃ Para hadirin bersorak.
๐Ÿ“ธ Kamera berkelip.
๐ŸŽฅ Ramai yang merakamkan momen tersebut

๐ŸŽ‰ Dan inilah detik bersejarah โ€“ Public Gold telah cipta rekod dan gegarkan industri emas negara.

Terima kasih atas sokongan anda ๐Ÿ™

Ps: Datoโ€™ Seri Louis Ng berkata, Public Gold merancang untuk memecahkan rekod gold bar terberat di dunia di masa hadapan.

Buat masa ini, gold bar terberat di dunia adalah seberat 300 kilogram yang ada di Dubai.

Jadi Public Gold perlu keluarkan gold bar 350 kilogram untuk pecahkan rekod ini.

Mari kita doakan Public Gold berjaya meletakkan Malaysia di mata dunia dengan gold bar 350 kilogram ini.

Aminnnโ€ฆ.

๐ŸŒŸ #1000TroyOzGoldBar
๐ŸŒŸ #PublicGoldMalaysia
๐ŸŒŸ #AwardNight2025
๐ŸŒŸ #NotaEmasSyukorHashim
Alhamdulillah, tahun 2025 saya hadir ARN PG bersama-sama 480 orang anak buah, dealer-dealer aktif Public Gold team #PG1M

Misi saya dan CikJun adalah mengubah hidup 1000 orang menjelang 2028.

Platform yang kami gunakan adalah Public Gold, PGmall dan PG Jewel ๐Ÿฅณ

Semoga dipermudahkan urusan ini.

Terima kasih Datoโ€™ Seri Louis Ng dan Datin Seri Yvonne Lim kerana menyediakan platform Public Gold yang terbaik untuk kami semua ๐Ÿฅณ๐Ÿฅฐ

#NotaEmasSyukorHashim