SiS Gold 🀩
53 subscribers
5.18K photos
957 videos
4 files
1.71K links
Saya Siti Salmah (SiS) merupakan Authorised Dealer Public Gold (PG00273452) bersedia untuk membantu anda yang berminat untuk membeli & menyimpan/menabung emas.
https://publicgold.me/SiS
Download Telegram
*KEAJAIBAN MENABUNG*
TAK MULA TAK TAHU πŸ˜‰

Percaya atau tidak, banyak KEAJAIBAN akan berlaku sebaik sahaja kita MULA menabung.

Di sini saya kongsikan 4 keajaiban apabila kita MULA menabung.

πŸ“Œ *Mengorek tabungan dengan penuh rasa bersalah*

Siapa yang tidak pernah mengorek tabungan kan? Terutamanya di peringkat awal tabungan. Tetapi jangan sesekali berhenti menabung. Lama-kelamaan kita akan fikir, sampai bila ia akan cukup jika selalu dikorek.  Lalu, akan timbul rasa bersalah apabila kita hendak mengorek tabungan dan berhenti melakukannya. Hasilnya, tabungan kita akan semakin bertambah.

πŸ“Œ *Berkira-kira untuk belanja*

Kita mula fikir antara kehendak dan keperluan. Jika perlu, adakah ianya boleh ditangguh atau segera. Ini tidak akan terlintas di fikiran jika kita tidak menabung. Kita akan fikir semuanya adalah keperluan dan semuanya segera.

πŸ“Œ *Tidak lagi gembira dengan HUTANG*

Jika ada lebihan pendapatan seperti bonus dan kenaikan gaji, kita mula fikir sama ada nak tambah hutang atau tambah tabungan. Jika kita membuat hutang baru, secara automatik kemampuan kita menabung akan berkurang. Akhirnya kita tidak lagi suka berhutang.

πŸ“Œ *Panjang akal tambah tabungan*

Kita akan lebih kreatif untuk tambah pendapatan, tambah tabungan. Sebelum ini berpuas hati dengan pendapatan sedia ada. Namun sekarang mula berniaga, mula buat kerja sambilan dan sebagainya yang sekali gus menambah baik tahap kewangan kita.

Jadi...
Kita kena bermula dahulu dan keajaiban itu akan datang, In Shaa Allah.

Semoga bermanfaat. ☺️

#PG1M
Simpan Emas Boleh Kaya ke?

Ramai yang tanya, simpan emas ni betul ke boleh buat kita kaya?

Jawapannya: Simpan emas bukan cara untuk jadi kaya dalam masa singkat, tapi ia adalah cara untuk bina kekayaan jangka panjang.

Emas berfungsi sebagai aset penyimpan nilai. Ketika nilai duit kertas makin susut akibat inflasi, nilai emas pula kekal malah terus meningkat. Contohnya, harga emas 10 tahun lepas jauh lebih rendah berbanding sekarang. Jadi, simpan emas membantu melindungi hasil usaha anda daripada dimakan inflasi.

Nak kaya dengan emas?
Fokus pada gram dan KONSISTEN. Simpan sikit demi sikit, ikut kemampuan. Walaupun hanya 1 gram sebulan, ia tetap langkah bijak. Bila simpanan dah banyak, emas boleh dijadikan modal untuk beli aset lain yang boleh menjana pendapatan, contohnya hartanah atau perniagaan.

Jadi, simpan emas bukan sekadar untuk kaya, tapi untuk bina kestabilan kewangan yang kukuh. Kaya itu bukan hanya ada banyak duit, tapi ada aset yang bernilai dan tahan lama!

#PG1M