GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
719 subscribers
2.7K photos
368 videos
2 files
1.36K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
Salah satu kesan terbesar krisis kewangan negara adalah apabila matawangnya jatuh mendadak.

Contoh seperti apa yang berlaku di Sri Lanka, matawangnya jatuh 38% berbanding USD dalam tempoh sekitar 2 bulan saja.

Kuasa beli duit mereka “hilang dengan banyak” kerana krisis kewangan.

Sri Lanka sebuah negara dengan 22 juta penduduk, baru-baru ini telah mengistiharkan bahawa negaranya telah muflis gara-gara hutang yang terlalu tinggi.

Surat khabar Berita Harian telah mengeluarkan artikel bertajuk “Malaysia perlu mengambil iktibar daripada krisis Sri Lanka”

Baca lanjut artikel tersebut dibawah ini👇

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/943308/malaysia-perlu-ambil-iktibar-krisis-sri-lanka

Kerajaan boleh datang dan pergi. Namun kita sebagai individu perlu bertanggungjawab menjaga kewangan diri sendiri.

Apa pilihan kita? Ada banyak instrumen simpanan atau pelaburan, seperti saya, anda juga pasti ada instrumen pelaburan yang lain dalam mempelbagaikan pelaburan. Nasihat saya, jangan langsung tiada simpanan emas dan kalau ada “review” balik pengagihan pelaburan-pelaburan ini mengikut keadaan ekonomi semasa.

Dalam keadaan krisis ekonomi seperti apa yang berlaku sekarang, mana mungkin syarikat-syarikat pelaburan yang berlandaskan pemberian dividen akan memberi pulangan dividen yang tinggi kerana syarikat-syarikat ini juga terjejas dengan keadaan ekonomi sekarang dan akan mengambil masa agak lama untuk pulih kembali.

Pelaburan emas ini berbeza dari pelaburan lain dimana kita perlu lihat bukan hanya pada keuntungan semata-mata, kerana ia juga backup untuk kita bila keadaan seperti ini berlaku. Cuba fikir, bila matawang jatuh, sememangnya barang atau perkhidmatan akan lebih mahal dan lebih memburukkan keadaan, dalam situasi yg extreme iaitu hyper inflasi, memang duit jatuh tanpa nilai.

Apa yang berlaku di Zimbabwe dulu, rakyatnya terpaksa kembali ke lombong untuk mencari 0.3gram emas demi sebuku roti.

Keadaan yang sama juga berlaku di Venezuela yang berhadapan dengan hiperinflasi. Cuma rakyat Venezuela bernasib lebih baik kerana memiliki emas. Gold flakes, kepingan emas nipis mereka dipatah-patahkan bagi urusan júalbeli.

Jadi cuba fikir apa instrumen pelaburan yang lebih menguntungkan tatkala negara dilanda krisis ekonomi seperti sekarang?

Tentulah emas kerana ia dianggap sebagai pelindung nilai dan aset selamat dimana pelabur-pelabur akan beralih kepada emas untuk lindungi duit mereka bila berlakunya ketidaktentuan ekonomi seperti sekarang.

Sebab itu anda perlu simpan sebahagian aset anda dalam bentuk emas fizikal. Simpan emas kena dari sekarang, bukan bila dah berlaku krisis yang lebih teruk baru nak mula kerana kebanyakan kita perlu masa untuk mengumpul.

Harap info di atas memberi sedikit maklumat kepada kita tentang apa yang sedang melanda di negara lain - impak kepada ekonomi bila sesuatu masalah ekonomi itu berlanjutan.

#ShuhaidaRamli
#hyperinflasi
#srilanka