GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
728 subscribers
2.6K photos
360 videos
2 files
1.32K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
Apa itu “Cost Averaging” atau Pemurataan Harga

Katakan anda beli emas masa itu 1 gram RM300, dan sekali lagi beli masa harga RM280. Hari ini 1 gram RM260.

RM300 + RM280 + RM260 = RM840

RM840 ÷ 3 = RM280. Sebenarnya anda beli 1 gram RM280 saja

Setiap orang mempunyai benchmark harga yang berlainan. Kepada yang bermula sewaktu harga emas rendah, benchmark harganya rendah.

Benchmark ini penting sebagai kayu ukur harga emas murah atau mahal selepas ini. Selagi tak beli emas, dia tak tahu harga emas murah atau mahal.

Contohnya dia mula simpanan emas hari ini RM260. Bulan depan harga naik RM270. Dia akan rasa bahawa RM270 itu harga emas naik kerana masa dia mula harga 1 gram hanya RM260.

Atau harga bulan depan jadi RM259. Dia pun akan rasa yang harga RM259 lebih murah daripada harga dia beli sebelum ini RM260. Inilah dipanggil harga Benchmark.

Fundamentally, kita kena faham bahawa perlunya kita mengumpul untuk mencapai gram yang banyak dengan mengambil peluang naik turun harga emas jangkamasa pendek…

dan eventually untuk ambil peluang raih keuntungan pada harga emas jangkamasa panjang dengan gram terkumpul yang banyak.

Got it?

#ShuhaidaRamli
#PublicGold
#Gold4u
#AmazingJE24K
#pemurataankos
Tahukan anda bahawa strategi penyimpan emas fizikal dan “trader spot gold” di pasaran saham ada persamaan dan perbezaan.

Perbezaan
Pelaburan emas fizikal adalah pelaburan jangkamasa panjang. Modal rendah, beli emas dapat emas, risiko rendah dan patuh syariah (Public Gold)

Pelaburan spot gold di pasaran saham adalah pelaburan jangkamasa pendek, paper-based, Modal tinggi, risiko tinggi dan tidak patuh syariah.

Persamaan
Kedua2nya menggunakan strategi yang sama iaitu membeli bila harga emas rendah dan menggunakan cost averaging strategi juga untuk merendahkan kos belian.

Bagi trader spot gold mereka membeli pada harga emas rendah bertujuan menjualnya balik bila harga emas naik untuk meraih keuntungan. Selalunya mengambil profit TP at 10%. Modal besar, risiko besar dan kena pandai menganalisa pergerakan emas dan membaca teknikal graf.

Bagi penyimpan atau pelabur emas fizikal, focus mereka adalah pengumpulan gram emas untuk mencapai sesuatu matlamat dan target gram dalam jangkamasa panjang.

Sekiranya anda faham ini, reaksi anda bila harga emas rendah seperti apa yang berlaku sekarang akan berbeza.

Sebagai penyimpan emas fizikal yang masih mengumpul untuk mencapai matlamat tertentu, sepatutnya mengambil peluang menambah gram emas untuk:

1) membuat penambahan simpanan emas pada harga murah. Ibarat membeli emas pada harga diskaun

2) menurunkan kos pegangan emas mereka melalui “Cost Averaging” strategi dimana purata kos belian akan mengecil.
Rujuk keterangan lanjut mengenai ini di https://gold4ubiz.com/strategi-dan-konsep-menyimpan-atau-melabur-dengan-pemurataan-kos-cost-averaging/

Trader di pasaran akan juga membeli “at the dip” iaitu pada harga rendah sebagai contoh $1796 utk meraih keuntungan dengan menjualnya bila harga naik ke resistance $1822 (sebagai contoh)

Mereka membeli dan menjual untuk mengambil keuntungan secara short term dengan modal dan risiko yang tinggi.

Berbeza dengan penyimpan emas fizikal dimana pelaburan lebih kepada jangkamasa panjang utk mencapai target dan matlamat tertentu.

Penyimpan / pelabur emas fizikal akan mengambil peluang menambah simpanan emas mereka bila harga rendah, walaupun sebelum ini pernah membelinya pada harga yang lebih tinggi kerana focus ialah kepada pengumpulan gram emas dan faham bagaimana “cost averaging” akan menguntungkan lagi kerana ia boleh merendahkan lagi purata kos belian emas mereka.

Pergerakan harga emas jangka pendek memang akan ada turun naik kerana harga emas fizikal juga berpandukan kepada emas spot gold di pasaran saham.

Apa yang kita patut buat ialah ambil peluang keadaan naik turun harga emas dalam jangkamasa pendek dan konsisten menyimpan supaya simpanan emas anda dapat terkumpul dengan banyak pada harga masa hadapan, bukan pada harga sekarang ok 👌

#ShuhaidaRamli
#pemurataankos
#Gold4u
#Emas2u
#AmazingJE24K