KENAPA PERLU SIMPAN EMAS SEKARANG?
ADA 6 SEBAB!!
Menjadikan emas sebagai alternatif simpanan bukan lagi sesuatu yang asing. Sebagaimana yang kita tahu, harga emas meningkat untuk jangka panjang.
Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan logam bersinar kuning keemasan ini semakin diminati ramai.
Jadi, selain sebab harga ada tak faktor-faktor lain yang membuatkan emas ini sesuai untuk kita jadikan simpanan?
Jawapannya ADA.
Antara sebab-sebab lain emas sesuai dijadikan simpanan ialah:
#Perlindungan
Setiap rungutan kita mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan selama ni, sebenarnya berpunca dari INFLASI.
Inflasi maksudnya kuasa beli duit kita semakin susut. Jadi untuk melindungi simpanan yang semestinya untuk kegunaan masa depan, kita mesti backup simpanan kita dengan sesuatu yang KALIS INFLASI.
Emas terkenal sebagai medium kalis inflasi kerana nilainya yang stabil dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka panjang.
Selain melindungi nilai duit anda dari inflasi, emas juga adalah untuk melindungi kekayaan anda di luar sistem perbankan sekiranya terjadi perkara-perkara yang menyebabkan duit kita dibekukan seperti mana telah terjadi dibanyak negara bila berlakunya “Bank Run”.
#MudahDicairkan
Emas merupakan aset yang mudah untuk dicairkan (ditukarkan kepada bentuk wang tunai) sekiranya anda perlukan wang tunai dengan kadar segera atau di saat kecemasan, atau sekiranya simpanan sudah mencukupi untuk digunakan bagi mencapai sesuatu matlamat.
Berbeza dengan aset lain contohnya seperti hartanah yang mengambil masa lebih lama, memakan masa berbulan kerana proses jual beli atau faktor-faktor lain.
Kenapa mudah? Kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas.
#BolehDijadikanModalPusingan
Bila modal bisnes ‘diikat’ dengan emas, nilai modal pusingan itu meningkat tahun demi tahun dan bila digunakan berulang-ulang kali ia masih cukup untuk menampung keperluan bisnes walaupun saban tahun kos bisnes meningkat kerana nilai emas meningkat tahun demi tahun.
Peningkatan harga emas juga meningkat bila kadar inflasi meningkat kerana harga barang dan perkhidmatan meningkat. Bila harga barang meningkat takkan harga emas tak meningkat?
Dengan emas risiko menggunakan duit bisnes seratus dua untuk kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai menurun.
Bagi peniaga, emas ni boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman.
Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas itu dan kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes).
Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.
#AsetMampuMilikdanMudahAlih
Emas juga dikategorikan sebagai aset mudah alih. Ini kerana kemampuannya untuk bertahan lebih lama dan mudah dialihkan berbanding aset-aset besar yang lain (tanah, rumah) jika berlaku bencana alam.
Selain itu, pemilikannya pada harga yang berpatutan (dari serendah harga 1gram ataupun RM 100) dan mudah juga menjadikan ia aset mampu milik.
#SendiriPunyaSendiriUruskan
Beli sendiri, simpan sendiri dan urus sendiri simpanan / aset kita. Tentu lebih meyakinkan berbanding diurus oleh pihak lain atau pihak ketiga.
Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), anda boleh mengambil dan menggunakannya bila perlu.
Pendek kata, dengan menyimpan emas, kekayaan kita adalah ditangan kita.
#EmasTahanLebihLamaDariSimpanDuit
Simpanan dalam bentuk emas terbukti bertahan lebih lama daripada simpanan dalam bentuk duit. Ini kerana secara fitrahnya emas dicipta supaya kita suka nak simpan dan duit pula sememangnya untuk dibelanjakan.
Bila dah selalu tengok emas yang ada dalam simpanan, nafsu belanja kepada yang tak perlu akan automatik tertutup. Maka simpanan kita akan bertambah dan bertahan lebih lama.
Maka kesimpulannya, mulakanlah simpanan emas SEKARANG demi masa depan kita sekeluarga.
SUDAH BERSEDIA?

publicgold.me
Public Gold Malaysia - All prices are quoted in Malaysia Ringgit (MYR) and excluding Gold Premium