GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
728 subscribers
2.6K photos
360 videos
2 files
1.32K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
Perkongsian cerita yang sangat β€œinspirational” dari Tuan Mohd Zaidi Junus

Jadikan satu inspirasi untuk kita semua ya? Ibu-ibu, bapa-bapa, adik, kakak, abang semua.

"HEBAT AURA EMAS"

Disiplin mengumpul melalui akaun emas GAP sedikit demi sedikit !!!
Gadis baru berusia 19 tahun tetapi ada simpanan emas sebanyak 39gram.

39gram?
Sikit jela kan?

Nilai 39gram tu mungkin ada yang nampak sikit. Cuba kita alihkan perhatian dan pemikiran kita kepada RM pula.

Jika Nilai 39gram emas itu ditukar kepada nilai emas, ianya adalah sekitar RM10Ribu.

Ya RM10Ribu!
Saya ulang.
Nilai RM10Ribu.
.

Terkejut?
Teruja?

Mana tidaknya, gadis itu baru berusia 19tahun tetapi sudah ada RM10Ribu simpanan dalam bentuk emas. Itu bermaksud pemikiran beliau bukan biasa-biasa.

Di saat kawan-kawan beliau leka mengumpul gadjet, beliau leka mengumpul emas.

Disaat sahabat-sahabat beliau asyik habiskan duit, beliau asyik penuhkan tabungan emas.😊

Hebat kan?
Itulah gadis muda yang berwawasan.

Saya tidak kenal secara peribadi gadis itu. Ketika saya menulis cerita ini, saya menzahirkan rasa kagum dengan tabiat anak gadis muda ini.
.

Ini kisah yang saya mahu kongsikan,
Sepanjang saya berurusan pelanggan, ramai yang beri alasan begini

Apabila seorang pekerja menyimpan emas, golongan pelajar akan cakap,
β€œTunggu dah bekerja nanti baru nak mula”

Apabila seorang pelajar menyimpan emas, golongan bekerja akan cakap
β€œBoleh la takda komitmen”

Ketahuilah fakta bahawa, Status kita tidak menentukan berapa banyak simpanan kita. Bagaimana cara kita berfikir, itu yang membuatkan kita berjaya menyimpan.😊
.

Saya berikan Contoh mudah tentang status,

Jika gaji kita RM1500, seandainya simpanan bulanan kita RM300 sebulan itu bermaksud kita menyimpan 20% daripada pendapatan kita.

Jika gaji kita RM8000, seandainya simpanan bulanan kita RM400 sebulan itu bermaksud kita menyimpan hanya 5% daripada pendapatan kita.

20% daripada Gaji RM1500.
5% daripada Gaji RM8000.

Sudah semestinya tabiat pekerja gaji RM1500 itu harus dipuji kerana simpanan melebihi daripada tabiat pekerja gaji RM8000.

Sebenarnya kekayaan pekerja gaji RM1500 itu bertambah 20% setiap bulan berbanding pekerja gaji RM8000 itu. Orang yang kaya bukanlah orang yang berbelanja tetapi orang yang menyimpan. Kita ketepikan soal sedekah kerana apa yang kita bincang tentang simpanan.😊
.

Moga perkongsian ini memberi semangat dan membuka minda semua pembaca untuk menyimpan emas.

Ketahuilah kita simpan emas bukan kerana kita kaya tetapi kita simpan emas kerana kita tidak mahu meminta-minta disaat kita tidak mempunyai apa-apa. 😊

#SimpananEmasGAP
#Gold4uSharing
#Gold4uSimpananDanPelaburan
#Gold4uNetwork
HUTANG OH HUTANG (PART 1)

1. Salah satu subjek yang super menarik ialah hutang. Ianya begitu menarik sehinggakan saya telah menulis satu bab khusus tentang hutang dalam buku lagenda JUTAWAN DARI PLANET JUPITER!

2. Jadi subjek ini sebenarnya boleh menjadi panjang lebar.

3. Anyway, hari ini saya nak berkongsi 1 poin penting tentang hutang. Poin tersebut ialah terdapat dua jenis hutang: good debt and bad debt.

4. Good debt adalah hutang yang diambil untuk membiayai aset yang meningkat nilai atau sesuatu yang membolehkan kita menjana lebih pendapatan. Contoh good debt ialah hutang rumah dan hutang pelajaran.

5. Bad debt pula adalah hutang yang diambil untuk membiayai barangan yang jatuh nilainya. Contoh yang ketara ialah hutang kereta.

6. Jadi the trick here ialah untuk mengambil hanya good debt, dan mengelak bad debt.

7. But ofkoz, itu hanyalah part 1 daripada perbincangan kita. Tunggu part 2 esok!

Sumber: Azizi Ali Mentor Wang

#Gold4uSharing
#Gold4uNetwork
#Emas2u
#AmazingJE24K
HUTANG OH HUTANG (PART 2) - sambungan by Azizi Ali

1. Sebenarnya anda masih boleh mengalami masalah yang kronik walaupun mengambil hanya good debt!

2. Bagaimana?

3. Simple:

(a) anda terlalu banyak berhutang;
(b) anda tersilap memilih pelaburan;
(c) kedua-dua (a) dan (b)!

4. Jadi sebelum mengambil sesuatu hutang itu, buatlah research yang secukupnya tentang pelaburan tersebut, dan berhutanglah setakat yang anda mampu (dimana jumlah bayaran baliknya kurang daripada 40% pendapatan bulanan anda).

5. Tunggu part 3 esok!


#Gold4uSharing
#Gold4uNetwork
#Emas2u
#AmazingJE24K
Perkongsian hari ini dari Dr Azizul Azli Ahmad.

#TabungGaji

Bila ada yang merungut,

"Gaji saya tak besar, macam mana saya nak menyimpan".

Rungutan ini perkara biasa sebenarnya. Bila gaji dan besar, kita akan dengar pula.

"Tak sempat nak melabur nie bro!"

Kita ada segala alasan untuk dibina.

Orang kaya itu bukan sebab gajinya besar tetapi simpananya besar.

kawan kawan,

Membezakan orang gaji besar dan gaji kecil bukan jumlah gaji yang diterima, tetapi berapa banyak simpanan yang ada.

86% dari kalangan kita tiada simpanan walau sebulan gaji. ia amat menakutkan. Sebab itu bila kerajaan berikan moratorium kita semua lega.

Bencana kewangan akan mula dilihat selepas tamat moratorium ini nanti kawan kawan. Menabunglah selagi boleh dan ada.

jangan rasa rendah diri bila gaji kita kecil, mungkin simpanan kita lebih besar dari orang yang nampak kaya raya disosial media

#Gold4uSharing
#Gold4uNetwork
#Emas2u
#AmazingJE24K
HUTANG OH HUTANG (PART 3) - Sambungan by Azizi Ali

1. Mengapakah begitu banyak institusi yang menawarkan hutang? Ini termasuklah yang obvious seperti bank yang menawarkan hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi dan hutang kad kredit kepada koperasi kepada Along.

2. Malah banyak syarikat2 perniagaan juga menawarkan hutang. Ini termasuklah stockbroking firms, crypto exchanger dan saudagar emas yang menawarkan kemudahan margin financing (anda boleh meminjam sehingga 10X ganda nilai modal yang ada!). Jawapannya ialah kerana mereka mengaut untung yang lumayan setiap kali anda menggunakan kemudahan tersebut.

3. Saya perlu menjelaskan yang ianya bukan satu kesalahan untuk semua institusi ini menyediakan kemudahan kredit ini. Malah, ini adalah satu langkah yang baik untuk mereka menambahkan sales dan seterusnya keuntungan syarikat mereka.

4. However, it is up to us untuk menggunakan kemudahan kredit tersebut atau tidak. Just because kemudahan kredit itu wujud tidak bermakna yang kita wajib menggunakannya!

5. Jangan lupa yang sama ada anda buat duit atau tidak – ITU BUKAN MASALAH SYARIKAT. It is YOUR PROBLEM jika anda menanggung kerugian dalam pelaburan tersebut.

6. Jadi poin yang saya nak kongsikan di sini ialah untuk berhati-hati sebelum berhutang. Nak ambil hutang itu senang; nak bayar balik hutang itu tak begitu senang!

7. Tunggu part 4 esok!

#Gold4uSharing
#Gold4uNetwork
#Emas2u
#AmazingJE24K
HUTANG OH HUTANG (PART 4) - sambungan dari Azizi Ali

1. Jika hutang begitu berisiko, mengapakah ramai β€˜penasihat kewangan’ dan β€˜financial expert’ yang begitu bersungguh2 mengalakkan anda untuk berhutang?

2. Jawapannya ialah kerana kebanyakan mereka buat duit apabila anda mengambil hutang yang mereka tawarkan itu! Mereka buat duit daripada faedah yang dikenakan dan juga daripada pertambahan pembelian yang anda buat. Oleh kerana anda sekarang mempunyai lebih banyak modal untuk membeli produk mereka – ini termasuklah saham, crypto, hartanah dan emas – jualan mereka akan meningkat kerana belian anda berganda, mungkin 10x ganda dengan menggunakan kemudahan margin financing (i.e. hutang) yang mereka tawarkan itu.

3. Bunyi ayat berikut ini tak sedap didengar tetapi ianya adalah satu kebenaran – jika pelaburan itu tak menjadi atau nilainya jatuh menjunam, andalah yang akan menanggung kerugiannya seorang diri, dan andalah yang menanggung beban untuk membayar balik wang yang dipinjam itu – seorang diri. Malah si β€˜penasihat kewangan’ itu pun tak akan menjawab wasap anda lagi!

4. I can assure you that syarikat tersebut tidak akan melupakan hutang anda. I can also assure you that creditors do NOT have a sense of humor – they always want their money back!

5. Jadi sekali lagi (I know that I sound like your father here), berhati-hati sebelum mengambil apa2 hutang.

#Gold4uSharing
#Gold4uNetwork
#Emas2u
#AmazingJE24K
Sharing analysis seorang investment manager dan market analyst yang saya ikuti di Twitter:

Gold (XAUUSD, $1,791) is eying $2,000 mark and above! A $75 decline in March gave $235 advance within 2 months (more than 3 times). A recent $150 decline is likely to give $450-500 advance within 2 -3 months targeting $2,200 - 2,250 level!


==> Pendapat saya, sebagai penyimpan, bila harga rendah kita ambil peluang menambah.

Ada beberapa situasi atau posisi anda:

βœ… Sekiranya anda masih mengumpul, ambil peluang untuk buat tambahan semasa harga rendah, bukan berhenti membeli bila nampak harga turun. Kerana misi kita ialah untuk kita ada banyak grams sebelum harga emas naik tinggi.

Kalau anda celik emas, anda akan berkata β€œjanganlah naik lagi sebab nak mengumpul lagi dan β€œsimpanan belum banyak lagi”. Anda akan suka bila harga turun sebab anda boleh beli dan mengumpul masa harga rendah.

βœ… Sekiranya simpanan anda sudah banyak, posisi anda sebenarnya menunggu saja untuk harga emas naik tinggi. Tapi anda boleh juga ambil peluang untuk buat tambahan untuk mengurangkan β€œcost averaging” anda dan akan lebih untung.

Bagi saya orang yang sudah ada simpanan yang banyak, mereka juga akan suka bila harga emas turun sebab mereka nak beli lagi bila harga rendah dan mereka boleh mengurangkan purata kos pembelian mereka. Betul tak?

#NotaShuhaidaRamli
#Gold4uSharing
#Gold4unetwork
#Emas2u
#amazingje24k
MASA TERBAIK BELI EMAS

Ucapan Jerome Powell, pengerusi Federal Reserve yang meramalkan berlaku kenaikkan kadar faedah tahun 2023 telah memacu kepada kejatuhan harga emas. Biasanya dari ucapan atau berita hanya beri kesan sementara. Kini harga rendah masa terbaik beli atau tambah koleksi emas.

Quick update tentang harga emas hujung minggu.
Sila tengok graf harga emas (gambar).

Harga emas hujung minggu ditutup pada 1763.08 usd/Oz. Ini adalah harga yang sangat cantik kerana ia berada pada harga support 1 pada time frame Daily (sila tengok gambar).

RSI pula berada di bawah 30 (27.30).

π‘Šβ„Žπ‘Žπ‘‘ 𝐼𝑠 π‘‘β„Žπ‘’ π‘…π‘’π‘™π‘Žπ‘‘π‘–π‘£π‘’ π‘†π‘‘π‘Ÿπ‘’π‘›π‘”π‘‘β„Ž 𝐼𝑛𝑑𝑒π‘₯ (𝑅𝑆𝐼)?
π‘‡β„Žπ‘’ π‘Ÿπ‘’π‘™π‘Žπ‘‘π‘–π‘£π‘’ π‘ π‘‘π‘Ÿπ‘’π‘›π‘”π‘‘β„Ž 𝑖𝑛𝑑𝑒π‘₯ (𝑅𝑆𝐼) 𝑖𝑠 π‘Ž π‘šπ‘œπ‘šπ‘’π‘›π‘‘π‘’π‘š π‘–π‘›π‘‘π‘–π‘π‘Žπ‘‘π‘œπ‘Ÿ 𝑒𝑠𝑒𝑑 𝑖𝑛 π‘‘π‘’π‘β„Žπ‘›π‘–π‘π‘Žπ‘™ π‘Žπ‘›π‘Žπ‘™π‘¦π‘ π‘–π‘  π‘‘β„Žπ‘Žπ‘‘ π‘šπ‘’π‘Žπ‘ π‘’π‘Ÿπ‘’π‘  π‘‘β„Žπ‘’ π‘šπ‘Žπ‘”π‘›π‘–π‘‘π‘’π‘‘π‘’ π‘œπ‘“ π‘Ÿπ‘’π‘π‘’π‘›π‘‘ π‘π‘Ÿπ‘–π‘π‘’ π‘β„Žπ‘Žπ‘›π‘”π‘’π‘  π‘‘π‘œ π‘’π‘£π‘Žπ‘™π‘’π‘Žπ‘‘π‘’ π‘œπ‘£π‘’π‘Ÿπ‘π‘œπ‘’π‘”β„Žπ‘‘ π‘œπ‘Ÿ π‘œπ‘£π‘’π‘Ÿπ‘ π‘œπ‘™π‘‘ π‘π‘œπ‘›π‘‘π‘–π‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘  𝑖𝑛 π‘‘β„Žπ‘’ π‘π‘Ÿπ‘–π‘π‘’ π‘œπ‘“ π‘Ž π‘ π‘‘π‘œπ‘π‘˜ π‘œπ‘Ÿ π‘œπ‘‘β„Žπ‘’π‘Ÿ π‘Žπ‘ π‘ π‘’π‘‘.

Pada pendapat saya berdasarkan analisis teknikal, ini adalah harga yang sangat baik untuk beli/topup akaun GAP anda.

Ia sudah berada depan hidung anda.

Harga ini akan kekal sehingga Isnin 6.00 pagi.

Dipersilakan share dengan rakan-rakan anda. Ajak semua mula dengan simpanan pada harga yang murah.

Kepada ibu bapa yang masih belum membuka akaun emas untuk anak-anak, ini masa yang sesuai...

#Gold4uSharing
#Gold4uSimpananDanPelaburan
#Gold4uNetwork
Hari ni saya nak share penulisan Azizi Ali. In sya allah, saya akan share my experience juga utk anak saya supaya semua boleh membuat pilihan yang lebih baik dari saya untuk anak-anak anda.

Jangan sampai kita berkata kepada anak kita nanti πŸ‘‡

AWAK TAK BOLEH MENYAMBUNG PELAJARAN!

1. Post ini amat penting sekali, jadi pay attention, ya?

2. Saya syorkan kepada mereka yang mempunyai anak kecil untuk membuat simpanan khusus untuk membiayai kos pelajaran tinggi (higher education fund) anak tersebut.

3. Ini adalah kerana jumlah wang yang diperlukan untuk higher education fund ini adalah besar. Nothing less than RM100,000! Malah, jumlah ini hanya akan meningkat dihari2 akan datang.

4. Satu lagi kepastian ialah anda akan membiayai semua kos pelajaran ini sendiri kerana biasiswa sudah tak wujud waktu itu!

5. Oleh kerana jumlahnya yang besar, anda tak boleh menunggu setahun atau dua tahun sebelum bersara atau sebelum anak anda ke kolej untuk membuat simpanan tersebut. Bagaimana nak simpan RM100,000 dalam masa 2 tahun???

6. Jadi ini bermakna anda perlu membuat simpanan itu secepat dan seawal mungkin; lebih cepat lebih baik.

7. Salah satu strategi terbaik untuk membuat simpanan ini ialah dengan membuka akaun emas khusus untuk anak anda, dan kemudiannya membuat Standing Instruction untuk transfer wang ke dalam akaun mereka setiap bulan.

8. FYI, this is exactly what I did with my 4 daughters: saved money into their account every month for over 17 years! Itu sebabnya saya dapat membiayai kos pelajaran mereka tanpa mendapat apa2 bantuan daripada sesiapa atau mana2 agensi. Malah, two of them studied overseas: one in Sydney and another one in Paris.

9. Ofkoz, anda boleh mengabaikan suggestion saya ini. Tapi jangan menyesal apabila anda terpaksa memberitahu anak anda satu hari nanti: β€œAyah/ibu minta maaaf tapi awak tak boleh menyambung pelajaran kerana kami tak cukup wang untuk membiayai kos pelajaran awak!”
.

Jom mulakan simpanan emas anda dan juga untuk anak-anak anda

Kredit: Azizi Ali

#Gold4uSharing
#Gold4uSimpananDanPelaburan
#Gold4uNetwork
#Emas2u
#amazingje24k
ORANG BIASA SIMPAN NOMBOR, TAPI ORANG KAYA SIMPAN NILAI

Nak ikut yang mana satu ini πŸ€”

Jom kita baca dan fahami penerangan Tuan Mohd Zulkifli Shafie, seorang penulis buku Misi Bebas Hutang & buku Wang Emas Bertahan Ketika Gawat... πŸ‘‡πŸ‘‡

Simpan emas maksudnya kita simpan NILAI.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa. Dan kuasa belinya kekal sepanjang zaman.

1400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing. Hari ini pun masih boleh beli seekor kambing.

Tapi simpan duit dalam akaun macam Tabung Haji dan ASB tu, maksudnya kita cuma simpan NOMBOR.

Nilainya bukan pada nombor ataupun kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan. Walaupun nombornya masih kekal, tetapi nilainya itu confirm akan semakin merosot dalam jangka panjang.

Itulah sebab kenapa guru kewangan Robert T. Kiyosaki mengatakan β€œsavers are losers”. Orang yang menyimpan (duit kertas dalam jangka panjang) adalah orang yang rugi.

Walaupun nombornya kekal, tapi nilainya semakin merosot dalam jangka panjang.

Simpanan duit di bank tak sesuai untuk jangka panjang. Ia hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, dan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Untuk jangka panjang, jangan simpan duit yang banyak di bank.

Orang kaya-kaya di dunia tak simpan kekayaan mereka dalam bentuk duit yang banyak di bank. Sebaliknya mereka menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk harta yang boleh bertahan nilainya dalam jangka panjang, macam emas, perak, hartanah, tanah atau bisnes yang berkembang.

Kalau bajet besar, simpanlah dalam bentuk hartanah yang boleh disewakan, atau tanah yang boleh diusahakan.

Tapi kalau bajet kecil, simpanlah dalam bentuk emas (dan perak). Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil #1gram1bulan.

Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP di #PublicGold.

Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.

#BukuWangEmas
#Gold4uSharing
#Gold4uNetwork
#Emas2u
#AmazingJE24K