Tips Ringkas, Tapi Padu

Simpan duit bukan tentang kuat atau lemah. Tapi pasal sistem.
Saya jumpa orang bergaji RM1,200 tapi ada RM3,000 simpanan.
Saya pun jumpa orang bergaji RM7,000 tapi tak sampai hujung bulan.
Bezanya? Yang satu ada sistem. Yang satu harap semangat.

Bulan ni, cuba satu:
β€’ Auto transfer
β€’ Simpan duit RM5
β€’ Atau tukar terus ke emas GAP

Jangan paksa disiplin. Bina sistem.
Harga Emas Public Gold GAP
RM500 = 1gram
RM250 = 0.5gram
RM100 = 0.2000gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 21-06-2025
πŸ’°βœ¨ Unlock Your Golden Future! βœ¨πŸ’°

Dreaming of financial security? Gold is a timeless asset! The secret?

βœ… Start Early: Time is your biggest advantage.
βœ… Start Low: Even small amounts add up.
βœ… Stay Consistent: Regular contributions build serious wealth.

Start your golden journey today. Contact me for more details
Harga Emas Public Gold GAP
RM500 = 1gram
RM250 = 0.5gram
RM100 = 0.2000gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 22-06-2025
8 BENDA YANG SAYA AKAN LAKUKAN JIKA DIBERIKAN PELUANG UNTUK HIDUP SEMULA

1. Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga ketahap PhD.
2. Saya akan lebih banyak volunteer.
3. Saya akan belajar tentang kewangan, pelaburan dan bisnes seawal mungkin.
4. Saya akan menambah masa melakukan aktiviti dan tidak hanya melihat orang lain melakukannya.
5. Saya akan memilih aktiviti yang kritikal dan yang bermakna bagi saya, dan membiarkan yang lain pergi.
6. Saya akan menjadi lebih bersopan dan beradab.
7. Saya akan berjalan ke lebih banyak tempat dan negara.
8. Saya akan lebih menderma.

Bagaimana pula dengan anda?
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…
Wahai diri,
Lembutkanlah hati dengan lazimi merenung ciptaan Allah yang membuktikan kekuasaan-Nya.
Baiki diri, didik hati.

GAP RM 500/g
SAP RM 571/100g
Harga Emas Public Gold GAP
RM500 = 1gram
RM250 = 0.5gram
RM100 = 0.2000gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 23-06-2025
#1Hari 1Tips

Pahit untuk ditelan,
Perit untuk dinyatakan.

Tapi inilah hakikatnya. Lebih rela pilih meminta-minta daripada pilih menyimpan. πŸ˜”

Ikhlas
Fairuz Aziz
Master Dealer Public Gold
1st ever Annual Recognition Night Public Gold Indonesia πŸ₯³

Antara milestone Public Gold!

βœ… 1.95mil customer base
βœ… 2.5 juta dinar telah terjual

Semua gold savers di Public Gold simpan emas mesti dpt emas fizikal πŸ₯°
π—£π—˜π—‘π—šπ—”π—Ÿπ—”π— π—”π—‘ 𝗗𝗔𝗧𝗒’ : π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘ π—˜π— π—”π—¦ π—Ÿπ—”π—šπ—œ π—¨π—‘π—§π—¨π—‘π—š 𝗗𝗔π—₯π—œ π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘ π——π—¨π—œπ—§

Semalam saya bantu seorang Dato’ jual emas 100 gram yang beliau beli pada tahun 2011 dari Poh Kong.

Beliau beli emas tu dengan harga RM19,800.

Selepas 14 tahun, semalam beliau jual kepada Public Gold dan dapat pada harga RM44,900.

Nilai meningkat RM25,100.
Lebih daripada 2x ganda dalam tempoh 14 tahun!

Purata kenaikan hampir 6.7% setahun β€” tapi yang paling penting, nilai itu betul-betul berlaku, bukan sekadar angka atas kertas.

Dato’ tu sendiri cakap,

β€œKalau saya simpan RM19,800 tu dalam ASB pun belum tentu boleh capai RM45,000…”

Saya semak, betul juga.

Kalau simpan dalam ASB dan ambil kira pulangan purata 6% setahun selama 14 tahun, duit tu jadi lebih kurang RM44,700 β€” hampir sama, tapi :-

1. Duit dalam ASB boleh terganggu dengan pengeluaran.
2. ⁠Dividen berubah-ubah setiap tahun.
3. ⁠Duit terdedah kepada susut nilai akibat inflasi.

Sedangkan emas, Dato’ simpan tanpa sentuh 14 tahun β€” tetap bernilai, malah lebih tinggi sekarang.

Pengajaran dari kisah ni mudah :-

Emas bukan pelaburan jangka pendek, tapi penyimpan nilai jangka panjang yang sangat berkesan.

Kalau Dato’ boleh mula simpan emas dari 2011, kita pun masih sempat mula hari ni.

Tak perlu tunggu jadi Dato’ baru nak simpan emas.

Dengan Public Gold, kita boleh menabung serendah RM100 je!
(Analisis harga emas Ahad 22/6/2025

Perkongsian Tn Syukor Hashim

Nampaknya konflik di timur tengah menjadi semakin tegang.

Ini kerana konflik antara Iran dan Israel kini telah melibatkan US.

Hari ini dunia dikejutkan dengan pengumuman Presiden AS, Donald Trump, yang mengesahkan bahawa AS telah menyerang tiga tapak nuklear utama Iran β€” Fordo, Natanz dan Esfahan.

Serangan ini dikatakan telah β€œmemusnahkan sepenuhnya” keupayaan pengayaan nuklear Iran.

Iran mengecam tindakan ini dan memberi amaran bahawa akan ada tindak balas yang dahsyat.

Ketegangan di Timur Tengah kini berada di tahap kritikal!

Apa kesan serangan US kepada pasaran emas?

Saya percaya harga emas yang akan dibuka hari Isnin jam 5 pagi nanti akan naik banyak!

Persoalannya adalah, adakah konflik ini hanya sekejap ataupun ia berupaya menjadi konflik berterusan dan bertambah besar.

Konflik yang berterusan boleh menyebabkan harga emas terus naik.

Dalam jangka panjang: Selagi risiko geopolitik tinggi + inflasi kekal membelenggu + dasar monetari longgar (contohnya jika Fed beralih kepada dasar kadar faedah rendah) β€” maka harga emas berpotensi terus menaik hingga hujung 2025.

Pesanan untuk pelabur emas:

Ini masa untuk peka dengan perkembangan global, terutamanya geopolitik di Timur Tengah.

Jika anda nak tambah gram emas, better beli sewaktu market gold tutup hari nie sehingga 4.59 pagi hari Isnin.
Kalau simpan emas, kena selalu tengok emas tu. Baru cepat bertambah simpanan emas tu.

Berbeza dengan simpan duit dalam akaun bank. Jangan selalu cek baki duit tu. Lagi kerap cek baki, lagi cepat duit tu habis!
β€Όβ€Όβ€Ό Price Update β€Όβ€Όβ€Ό

Harga emas baru sahaja dikemaskini TURUN sebanyak RM5 daripada RM509 kepada RM504.
Sebagai dealer aktif, saya mahu konsisten menyebarkan manfaat ilmu emas dan kewangan kepada semua golongan masyarakat.
Dari sudut pengalaman saya berguru dengan ramai mentor di dalam 5G Associates dan keluarga kami membimbing lebih 300,000 penyimpan emas diseluruh Malaysia dari pelbagai latar belakang.
Emas dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan, antaranya:
1. Kerja bertahun-tahun tapi masih tiada wang simpanan yang cukup
2. Penyelesai masalah wang simpanan sentiasa bocor dan mengurangkan masalah boros berbelanja
3. Simpan duit untuk capai matlamat bertahun-tahun tapi masih tak cukup, dengan emas segalanya tidak mustahil
Jangan risau, bimbingan saya adalah PERCUMA. Anda tidak perlu membayar satu sen pun kepada saya kerana syarikat Public Gold yang memberi royalti (insentif) kepada saya.
'Save Gold Today, It Will Save You Tomorrow'

Tuan Azizi Ali
TIGA LANGKAH TERBAIK YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Tiga diantara langkah terbaik yang pernah saya lakukan dalam hidup saya ialah untuk mendapatkan sarjana Masters in Business Administration (MBA), kelayakkan Chartered Financial Consultant (ChFC) dan Islamic Financial Planner (IFP).

Saya telah membayar RM35,000 untuk mendapatkan MBA, RM18,000 untuk ChFC dan dalam RM10,000 untuk IFP. Itu baru wang; belum kira masa dan tenaga lagi.

Walaupun kosnya agak besar tetapi ilmu yang saya perolehi daripada ketiga program tersebut telah membolehkan saya menjana jutaan ringgit. Itu baru wang; belum kira peningkatakan perwatakan dan permikiran lagi.

Jadi kosnya adalah kecil.

Kesimpulannya? Jangan bimbang, takut atau kedekut untuk membelanjakan wang untuk mendapatkan ilmu. Ianya boleh menjadi diantara LANGKAH TERBAIK YANG ANDA LAKUKAN DALAM HIDUP ANDA.
Analisis harga emas 24/6/2025.

Gais,

Kenapa harga emas jatuh semalam dan hari ini?

Ramai di kalangan kita yang terkejut tengok harga emas jatuh mendadak sejak semalam dan hari ini.

Tak kurang juga yang tertanya-tanya:

πŸ’¬ β€œEh, bukan ke dunia macam nak perang dunia? Bukankah harga emas sepatutnya terus naik?”

Jawapannya: tidak semudah itu.

Saya nak kongsi sedikit analisis untuk kita semua faham logik di sebalik apa yang berlaku.

Sebelum ini, media arus perdana heboh melaporkan dunia kononnya di ambang Perang Dunia Ketiga.

πŸ‘‰ Israel serang loji nuklear Iran.
πŸ‘‰ Iran balas serang Tel Aviv.
πŸ‘‰ Dunia mula panik.
πŸ‘‰ US serang 3 loji nuklear Iran.
πŸ‘‰ Iran serang pengkalan tentera US di Qatar.

Akibatnya, harga emas melambung naik kerana permintaan melonjak.

Tapi… adakah perang dunia betul-betul nak bermula?

Jawapannya: tidak.

Kalau kaji dengan mendalam, tindakan-tindakan Iran, Israel dan US sebenarnya penuh dengan pengiraan strategi.

βœ… Iran tak mahu perang penuh dengan Israel + Amerika.

βœ… Israel tahu dia tak boleh lawan Iran tanpa sokongan Amerika.

βœ… Amerika pula tak berminat nak seret diri masuk perang besar kat Timur Tengah, sebab fokus utama mereka sekarang ialah China.

βœ… China dan Rusia? Diam je. Tak ada tanda nak tolong Iran kalau perang meletus.

Faktor sebenar; semua pihak nak keamanan.

Tak nak konflik merebak menjadi besar dan menjejaskan seluruh rantau Timur Tengah.

Apa yang berlaku selepas itu?

βœ” Israel lancar serangan, Iran balas sebagai simbolik (restore deterrence).

βœ” Amerika tawar damai selepas tunjuk kekuatan.

βœ” Kedua-dua pihak berhati-hati supaya tak terseret ke perang penuh.

βœ” Dunia mula nampak risiko perang besar sudah menurun.

Inilah yang disebut sebagai de-escalation – ketegangan mula reda.

Dan bila risiko reda, pelabur mula jual semula emas.

Kenapa? Sebab mereka tak lagi perlukan emas sebagai fungsi pelindung nilai.

Apa yang kita boleh belajar daripada krisis Iran, Israel dan US?

1️⃣ Jangan cepat percaya bila media kata β€œdunia nak perang dunia”. Dunia tak semudah itu nak terbakar.

2️⃣ Pasaran emas sangat sensitif dengan sentimen, bukan hanya fakta. Berita kecil boleh buat harga naik turun mendadak.

3️⃣ Pelaburan emas memerlukan kita faham geopolitik, ekonomi global dan psikologi pasaran.

Jadi bila harga emas naik atau turun, cuba kita baca cerita di sebalik angka, bukan hanya tengok carta harga emas semata-mata.

πŸ’¬ Kalau rasa posting ni bermanfaat, kongsikan untuk kawan-kawan lain.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold