#RuaiEmasMazuinAkai
55 subscribers
1.59K photos
59 videos
22 files
384 links
Membimbing masyarakat simpan emas dengan ilmu.

Daftar akaun emas percuma. Boleh mulakan simpanan emas serendah RM100.

🔗https://mylink.la/mazuinakai

🌐https://publicgold.me/mazuinakai

Mazuin Akai
Public Gold Priority Dealer
PG Code: PG00500421
Download Telegram
Gais.

Malam nie, 9.30 malam waktu Malaysia, akan keluar data ekonomi penting iaitu NFP (US Non farm payroll).

Forecast / jangkaan pakar ekonomi utk bulan Februari adalah 198 ribu pekerjaan.

Namun data sebenar / actual akan keluar jam 9.30 malam ini. Data ini bakal menggerakkan harga emas samada naik atau turun.

Setelah harga emas berada dalam level tertinggi, pelabur memerlukan news yang membolehkan harga emas “jatuh”

Adakah NFP malam nie akan bagi peluang untuk harga emas jatuh?

Sila tunggu dengan senyuman 😃.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Semalam harga emas naik sangat banyak iaitu sebanyak 2.16% bersamaan 46.56 USD / Oz.

Semalam harga tertinggi adalah USD2211.32

Apa sebabnya?

Untuk pengetahuan anda, semalam US Fed telah memberikan isyarat bahawa pemotongan kadar faedah tahun ini akan dipertimbangkan.

Pemotongan kadar faedah akan menyebabkan pelabur menambahkan minat terhadap emas.

Untuk pengetahuan anda, sekarang inflasi di US dilihat masih tinggi. Ia meningkatkan risiko untuk fed menangguhkan pemotongan kadar faedah atau menundanya.

Namun kenyataan fed semalam memberikan kelegaan kepada pelabur tentang perancangan fed untuk meneruskan rancangan untuk memotong kadar faedah.

Kalau kadar faedah tinggi, pelabur akan memilih instrument yang berkaitan dengan kadar faedah seperti bon, t-bill dan t-notes

Jadi kenyataan fed menyebabkan tekanan belian yang besar semalam ke atas emas menyebabkan harga emas melambung.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
Hari Jumaat ini jam 10.00 pagi, saya akan buat FBlive untuk berkongsi ilmu emas dan info semasa dengan anda.

Maklumatnya adalah seperti berikut:

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas.
Hari / tarikh: Jumaat 29/3/2024
Masa: 10 pagi
Lokasi: FB page https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Saya akan kupas isu-isu semasa yang menggerakkan harga emas untuk bulan Mac dan April.

Selain itu, saya juga akan buat promosi belian, promosi menjadi dealer Public Gold serta cabutan bertuah menang emas.

Bagaimana cara menonton FBlive ini?
Senang aja.

Anda terus ke FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Anda boleh ajak rakan-rakan untuk datang menimba ilmu emas di FBlive saya.

Jumpa Jumaat nanti!

Syukor Hashim
#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Hari ini harga emas tertinggi dalam sejarah.

Tapi harinie gold spot market ditutup sebab cuti Good Friday.

Trader forex dan spot gold tak boleh berjual beli. Platform ditutup dan bagi error “Off Quotes”.

Ada syarikat jual beli emas yang tutup urusniaga sebab spot market tutup. Customer berkicap kena tunggu Isnin walaupun harga emas tinggi depan mata 🥹

Tapi Public Gold nie jual emas fizikal. Oleh yang demikian, sistem website Public Gold buka 24/7.

Anda boleh lock harga untuk beli dan jual anytime kat website Public Gold walaupun harga tak bergerak asbab market close.

Jadi tuan puan.

Dipersilakan membeli dan menjual emas Public Gold seperti biasa 😀🥳👍

Ajommm

#NotaEmasSyukorHashim
Jual emas
Beli emas dan kini…

Menara Public Gold di Jalan Tun Razak telah menawarkan kemudahan simpan emas!

Dengan kos sewa peti harta karun serendah RM250 setahun (jika anda sewa 5 tahun) sila tengok gambar, maka anda akan mendapat ketenangan fikiran.

Di Menara PG, peti simpanan anda dijaga oleh polis bantuan bersenjata jadi anda boleh tidur lena.

Anda cari harta dengan senyuman 😄

Biar Public Gold tolong jaga harta anda dengan sebaik-baiknya.

Sila telefon sekarang untuk booking dan pertanyaan.

Tengok nombor telefon dalam gambar.

#NotaEmasSyukorHashim
Emas boleh meroket lagi sekiranya Iran menyerang Israel dalam jangka masa terdekat.

Ini kerana presiden US, Joe Biden telah memberi amaran kepada Iran untuk tidak menyerang Israel.

Sebarang serangan Iran ke atas Israel akan mengakibatkan konflik di Timur Tengah akan bertambah buruk.

Emas boleh naik menggila lagi jika ini berlaku.

Easily gold boleh break USD2500 ke USD3000 per Oz.

Simpan emas dengan senyuman 😃

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ini berita pagi ini.

Iran telah melancarkan serangan ke atas Israel.

Serangan adalah dalam bentuk serangan dron, peluru berpandu krus dan peluru berpandu balistik.

Ini dikategorikan sebagai serangan ketenteraan Iran ke atas Israel.

Serangan ini berpotensi untuk membuka ruang kepada konflik yang lebih besar kerana melibatkan 2 negara.

Kita boleh lihat tindak pasaran hari Isnin 6 pagi. Adakah pasaran melihat konflik ini sebagai sesuatu yang serius?

Jika ya, emas, perak dan minyak akan naik mendadak pagi Isnin nanti.

#NotaEmasSyukorHashim
14/4/2024
Gais.

Ada orang tanya saya.

Kenapa emas Public Gold tak pernah sold out? Stok emas Public Gold sentiasa ada? 😄

Sejak tahun 2008 sehingga hari ini, customer Public Gold tak pernah nampak notis emas PG habis dijual.

Jualan emas fizikal PG dari 2008 sehingga 2023 adalah 65 tan emas!

Samada harga emas tinggi atau rendah, website Public Gold sentiasa dibuka 24/7 untuk anda beli emas fizikal. Stok PG sentiasa ada. Yes!! 👍

Saya akui, ada syarikat kat Malaysia yang jual emas tapi menghadapi masalah stok sold out.

Customer tak boleh beli. Sold out katanya.

Namun masalah ini tidak berlaku di Public Gold. Sejak saya bersama Public Gold dari tahun 2008 sehingga hari ini (dah 16 tahun) Public Gold sentiasa ada stok emas fizikal.

Apa rahsianya?

Untuk pengetahuan anda, sebagai penjual emas fizikal, Public Gold mempunyai kilang emasnya sendiri.

Public Gold memiliki mesin-mesin untuk memproses emas bermula daripada proses peleburan (smelting) menggelek (rolling), mencetak emas (minting) dan pembungkusan (packaging).

Bila ada kilang sendiri sudah pasti Public Gold tak ada masalah untuk mengeluarkan jongkong emas, dinar emas dan jongkong perak bila-bila masa mengikut kehendak pelanggan.

Dengan bilangan pelanggan melebihi 1.2 juta orang, adalah menjadi tanggunjawab Public Gold untuk memastikan semua customer Public Gold boleh beli emas fizikal bila-bila masa, pada apa jua harga emas dunia.

Mana boleh sold out!

You can trust Public Gold!

We got kilang.
We got gold.
Zero sold out!

#NotaEmasSyukorHashim
Peristiwa penting untuk Public Gold 💪🥳

Public Gold kini mempunyai customer ke 1.222222 juta orang🥳

Penangan harga emas naik dan penangan hari raya menyebab bilangan customer Public Gold meningkat dengan mendadak.

Ia menunjukkan rakyat Malaysia semakin celik emas.

Kalau nak simpan emas, better beli emas fizikal dan simpan sendiri.

Kalau beli emas dalam akaun, pastikan anda boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa.

Anda tak perlu terpengaruh dengan janji untung berganda-ganda asbab beli emas dapat ganda-ganda. Itu terbukti produk yang bermasalah.

Lagi satu gais. Emas adalah barang ribawi.

Transaksi jual beli emas nie mesti patuh syariah.

Macammana boleh dapat patuh syariah?

Biasanya syarikat yang menyediakan produk tersebut perlu mencari penasihat syariah dan biasanya panel syariah akan mengeluarkan sijil patuh syariah setelah mengkaji tentang produk tersebut.

Kalau takde sijil syariah, maka produk tersebut mungkin diragui kerana tidak ada panel syariah yang memantau dan menasihat.

Kalau sijil syariah tamat tempoh, Itu pun kena hati-hati juga. Meragukan.

Sebab apa? Sebab siapa yang nak memantau dan mengaudit kepatuhan syariah produk emas berkenaan?

Sebab kalau dah tamat tempoh, sudah pasti panel syariah terlibat tidak bertanggungjawab lagi ke atas produk tersebut.

Baiklah.

Apa milestone Public Gold seterusnya?

Kita mencari customer bertuah yang memegang  PG code yang unik iaitu customer ke 1234567 🥳🥳

Satu juta dua ratus tiga puluh empat ribu lima ratus enam puluh tujuh!

Semoga dipermudahkan.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Semalam gold jatuh sket.

Sebab US ada keluarkan laporan Initial Jobless Claims.

Apa kata report berkenaan?

Jawapan: Report berkenaan membuat jangkaan 212 ribu orang akan claim unemployment insurance.

Namun fakta sebenar adalah 208 ribu orang sahaja yang claim insurans.

Ini menunjukkan kekuatan pasaran pekerjaan yang masih kuat (strong labor market).

Kedua: Semalam US fed telah mengeluarkan kenyataan bahawa kadar faedah US akan kekal tinggi antara 5.25%-5.5%

Ini kerana inflasi masih tinggi. Sepatutnya Fed mempunyai cadangan untuk memotong kadar faedah mulai bulan Jun.

Tapi nampaknya rancangan tak jadi sebab inflasi masih tinggi.

Dalam situasi interest rate tinggi, gold hilang daya tarikan sebab pelabur akan melabur dalam instrument yang berkaitan dengan kasar faedah.

Jadi, asbab 2 berita ini, gold jatuh.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
3/5/2024
FB Live Tn Syukor Hashim

***

Gais.

Jumpa malam ini di FBlive saya 😄

Maklumat lanjut seperti berikut 👇

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas.
Tarikh/masa: Khamis 23/5/2024 jam 9.00 malam.
Bayaran: Percuma
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Mei 2024 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Jumpa nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
FB Live Tn Syukor Hashim Malam Ni

***

InShaAllah saya akan buat fblive pada hari Isnin, 24/6/2024 jam 9.00 malam.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas
Tarikh/masa: Isnin 24/6/2024 jam 9.00 malam.
Masuk: Percuma
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Jun 2024 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ada berita baik nak bagitau.

Terutama kepada penyimpan emas GAP Public Gold.

Mulai 1 Ogos 2024, akaun GAP tidak perlu ada baki minima 1 gram emas 😀

Anda boleh keluarkan SEMUA emas daripada akaun GAP anda.

Mengapa?

Sebab ini adalah permintaan yang paling popular oleh pemegang akaun GAP. Jadi Public Gold mendengar permintaan anda.

Untuk memaksimakan keuntungan, anda target kumpul jongkong emas 10 gram ke atas atau 1 dinar dan ke atas.

Contohnya:

Simpan sampai 10 gram, baru keluarkan semua (atau simpan 20g, 50g, 100g, 250g atau 1kg then keluarkan semua).

Dalam simpanan emas, semakin berat jongkong emas, maka semakin kecil spread dia.

Jadi, sila kumpul emas GAP dengan senyuman 😀

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
17/7/2024
Gais.

Saya akan buat fblive pada hari Rabu ini (esok)

Tajuk: Isu-isu semasa EMAS
Tarikh: Rabu 24/7/2024
Masa: 12 tengahari
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Julai dan juga perkembangan semasa Public Gold.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Esok (Rabu 24/7/2024) saya akan muncul di siaran langsung TV1 dalam rancangan Biz Malaysia.

Tajuk perbincangan: Harga emas meroket? Apa impaknya?

Inilah topik yang saya akan kupas dalam siaran secara langsung di TV1, RTM pada hari Rabu 4.30 petang dalam segmen Biz Malaysia.

Pengacara Rancangan Biz Malaysia, saudara Akmal Hafiz Ruslan telah mengundang saya ke RTM untuk mengupas topik ini.

Pada pendapat saya, ini topik yang menarik untuk dikaji dan difahami.

Sebagai orang yang dah berpengalaman selama 16 tahun dalam bidang emas, saya boleh memberikan perspektif yang tersendiri dalam topik ini.

Apatah lagi harga baru mencatatkan harga tertinggi minggu lepas.

Anda dijemput hadir menonton siaran langsung ini. Sila war-warkan kepada rakan-rakan anda.

Terima kasih!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Kesan negatif daripada Non Farm Payroll hari Jumaat yang lalu menyebabkan market menjadi huru-hara.

Ini disebabkan pelabur risau yang US akan masuk ke dalam fasa kegawatan ekonomi.

Ini adalah kebimbangan bertaraf besar.

Jadi untuk minggu ini, kita bakal menyaksikan jualan besar-besaran berlaku dalam pasaran saham dan emas.

Emas jatuh 42 USD malam nie kepada 2400 USD.

Emas terpaksa dijual kerana pelabur memerlukan kecairan tunai. Ini terutama jika pembelian saham ditanggung dengan kolateral saham ataupun leverage.

Selepas itu harga emas akan naik perlahan-lahan dan recover.

Apa yang sedang berlaku sekarang adalah race to the bottom!

https://www.facebook.com/share/p/uPh3aseucwRQf3mG/?mibextid=oFDknk

#NotaEmasSyukorHashim
5/8/2024
FB Live Tn Syukor Hashim
***

Gais.

InShaAllah saya akan buat fblive pada hari Khamis, 22/8/2024 jam 9.00 malam.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas
Tarikh/masa: Khamis 22/8/2024 jam 9.00 malam.
Bayaran: Percuma
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Ogos 2024 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa khamis nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
Public Gold dilantik sebagai pengedar utama jongkong Emirates Gold di Asia Tenggara dan Asia Barat

Oleh 'AINA SYAZWINA
aina@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Mei – Public Gold
Marketing Sdn Bhd dilantik sebagai
pengedar utama jongkong dan produk
emas jenama Emirates Gold di Asia
Tenggara dan Asia Barat, susulan
termeterainya dua perjanjian strategik
dengan syarikat penapis dan pengeluar
jongkong emas terkenal Emiriah Arab
Bersatu (UAE), Emirates Gold DMCC.

Antara tumpuan utama kerjasama itu
adalah pameran sulung produk Emirates Gold di Malaysia menerusi "Malaysia Gold Jewellery Exhibition (MGJE) 2025"
yang akan berlangsung dari 9 hingga 11 Mei di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang.

Public Gold akan menjual jongkong dan
produk emas berjenama Emirates Gold di seluruh Asia Tenggara dan Asia Barat dengan sokongan bekalan emas fizikal secara berterusan daripada Emirates Gold, yang turut menjamin kualiti, keselamatan, dan keupayaan
pengeluaran yang konsisten.

Kerjasama itu melihat Emirates Gold
membekalkan emas fizikal berterusan
kepada Public Gold untuk diedarkan di
seluruh Asia Tenggara, seterusnya
mengukuhkan kedudukan Malaysia
dalam rantaian bekalan emas global.

Public Gold berkata, perjanjian tersebut
akan memperluas akses pengguna
kepada emas runcit inovatif,
mengukuhkan hubungan ekonomi antara Malaysia dan UAE, serta membuka peluang untuk integrasi industri emas di peringkat serantau.

"Kerjasama ini menggabungkan
kepakaran penapisan bertaraf dunia
Emirates Gold dengan kekuatan
infrastruktur runcit dan jaringan
pelanggan Public Gold serantau," kata
syarikat dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Gold, Abhijit Shah menyifatkan kerjasama tersebut sebagai langkah strategik ke arah membina ekosistem emas yang telus, inovatif, dan mampan di rantau ini.

"Dengan jaringan pelabur, pengguna, dan rakan institusi yang luas di Asia Tenggara dan Asia Barat, kami yakin Public Gold mampu menaikkan jenama Emirates Gold ke tahap lebih tinggi," katanya.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Public Gold akan membawa teknologi “ATM Emas" miliknya ke UAE dalam menjadikan Malaysia pelopor dalam penjualan automatik emas secara global.

Kini, lebih 70 mesin ATM Emas telah
ditempatkan di Malaysia.

Public Gold akan mengendalikan operasi penuh termasuk pengurusan inventori, perkhidmatan pelanggan dan pemasaran, manakala Emirates Gold akan menyediakan bekalan emas serta
kemudahan penyimpanan di UAE.

Pengasas merangkap Pengerusi
Eksekutif Public Gold Group yang juga
Presiden Persatuan Emas Malaysia
(MGA), Datuk Wira Louis Ng berkata,
kerjasama tersebut membuktikan
keupayaan Malaysia dalam inovasi
perdagangan emas dan meningkatkan
daya saing negara di peringkat
antarabangsa.

"Ini bukan hanya kejayaan Public Gold,
tetapi satu pengiktirafan terhadap
industri emas negara yang kini memasuki fasa baharu di peringkat global," katanya.

Laporan: DagangNews.com

#NotaEmasSyukorHashim
6/5/2025
TAJUK: Public Gold Menjalin Kerjasama Strategik dengan Emirates Gold untuk Mengubah Landskap Perdagangan dan Inovasi Emas Serantau

Public Gold Marketing Sdn. Bhd., syarikat pelaburan emas terkemuka di Malaysia, telah mengumumkan dua kerjasama strategik dengan Emirates Gold DMCC yang berpangkalan di Dubai. Usaha sama ini bertujuan untuk memperkukuh perdagangan emas serantau dan memacu inovasi dalam industri logam berharga. 

Kerjasama ini dijangka akan:

Meningkatkan integrasi rantaian bekalan emas antara Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Memperkenalkan produk dan perkhidmatan emas baharu yang inovatif untuk pelabur runcit dan institusi.

Memanfaatkan kepakaran Emirates Gold dalam penapisan dan pembuatan emas untuk meningkatkan standard industri.

Pengarah Urusan Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng, menyatakan bahawa kerjasama ini akan membuka peluang baharu dalam perdagangan emas serantau dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab emas utama di Asia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Gold, Ahmed Bin Sulayem, menekankan bahawa kerjasama ini akan membawa manfaat besar kepada kedua-dua pihak dan menyumbang kepada pertumbuhan industri emas global.

Kerjasama ini juga sejajar dengan inisiatif kerajaan Malaysia untuk mempromosikan inovasi dan pertumbuhan dalam sektor kewangan Islam dan pelaburan emas.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel penuh di BusinessToday: 

https://www.businesstoday.com.my/2025/05/06/public-gold-forges-partnership-with-emirates-gold-to-transform-regional-gold-trade-and-innovation/

#NotaEmasSyukorHashim
Update harga emas 12/5/2025.

Perjanjian terbaru antara Amerika Syarikat dan China untuk mengurangkan tarif selama 90 hari berjaya mengurangkan ketegangan perdagangan yang ketara antara dua ekonomi terbesar dunia.

Perkembangan memberi kesan serta-merta kepada pasaran kewangan global, terutamanya pasaran emas.

Apa kesan perjanjian ini terhadap harga emas?

1. Harga emas jatuh banyak hari ini.

Harga emas jatuh sehingga 104.57 USD / Oz. Kini harga emas adalah 3221 USD se Oz.

Pelabur mula mengurangkan pegangan dalam aset selamat seperti emas selepas ketegangan perdagangan reda.

2. Pengukuhan Dolar AS

USD mengukuh berbanding mata wang lain selepas pengumuman perjanjian, menjadikan emas lebih mahal untuk pembeli luar negara dan seterusnya mengurangkan daya tarikan emas.

Implikasi jangka pendek terhadap harga emas.

Kesan segera pengurangan tarif ini ialah peningkatan keyakinan pelabur, menyebabkan pasaran saham melonjak dan harga emas jatuh.

Perjanjian ini menunjukkan kesediaan kedua-dua negara untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan, yang telah mengurangkan sebahagian ketidaktentuan ekonomi.

Kesimpulan:

Harga emas jatuh hari ini akibat perjanjian pengurangan tarif antara US dan China.

Kita perlu sedar bahawa pengurangan tarif selama 90 hari ini adalah langkah positif, ia hanya bersifat sementara.

Isu asas dalam hubungan perdagangan AS-China masih belum diselesaikan.

Penganalisis memberi amaran bahawa tanpa perjanjian yang menyeluruh dan berkekalan, ketidaktentuan pasaran boleh kembali, dan ini mungkin meningkatkan semula permintaan terhadap emas sebagai aset selamat.

Itu sahaja analisis harga emas hari ini.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim