#NotaEmasNurulFaizzen💃
402 subscribers
3.1K photos
217 videos
8 files
1.46K links
Assalamualaikum. Channel ini dibuat untuk perkongsian ilmu-ilmu emas, info harga emas terkini dan info tentang promosi emas dari Public Gold. Jom subscribe☺️
Download Telegram
Ini harga emas di website #PublicGold pada 3 Mei 2011. Ketika tu orang anggap harga emas mahal - RM172 segram.

Memang betul pun mahal pada ketika tu. Tapi harga emas mahal pada sesuatu masa akan dianggap murah beberapa tahun kemudiannya.

Beli emas untuk jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, tak perlu bimbang tentang kenaikan harga.

#TipKayaDenganEmas
EMAS SEBAGAI BOT PENYELAMAT KEKAYAAN KITA

Berapa banyak duit kita dalam akaun bank, bila-bila masa boleh dibekukan oleh kerajaan kalau nama kita terpalit dengan AMLA.

Walaupun kita tak bersalah, tapi kalau terkena, hidup kita akan amat susah bertahun-tahun sebelum kita dapat buktikan kita tak bersalah.

Tak ada belas ihsan!

Jadi kalau ada harta beratus ribu atau berjuta, tukarkan sebahagiannya kepada emas. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10%.

Kalau harta RM1 juta, RM100k tukarkan kepada emas.

Itu akan jadi 'bot penyelamat' kewangan keluarga kita.

Ada emas, maksudnya ada duit.

Simpan emas, tak ada siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Dan tak ada siapa yang boleh bekukan kekayaan kita.

Bahkan kalau berlaku pergolakan politik atau peperangan, emas tu boleh kita bawa ke mana-mana untuk memulakan kehidupan baru di tempat baharu. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas

Alang-alang harga emas berada di tahap terendah, ni peluang keemasan untuk lock item emas fizikal yang besar (50g/100g/250g/1kilo). Ada yang nak?

Whatsapp Faizzen:
http://www.wasap.my/60195697673/
Dulu orang cakap harga emas RM260 mahal. Hari ni orang cakap RM320 mahal. Pasti akan tiba satu ketika nanti orang cakap RM320 sangat murah...

#TipKayaDenganEmas
Lagi harga emas Malaysia tertinggi dalam sejarah! Siapa nak pakai duit untuk beberapa bulan akan datang, ambil peluang untuk jual sekarang.

Siapa yang nak jual barang kemas lama (yang rosak, kemek, putus) pada harga tinggi pun, ambil peluang jual sekarang. Datang ke branch #PublicGold terdekat untuk jual pada harga tinggi.

Bagi yang menabung emas, teruskan menabung macam biasa. Berapa pun harga emas, paling penting tabungan emas kita sentiasa bertambah dari bulan ke bulan.

Ada emas lebih banyak, maksudnya kekayaan kita makin bertambah. Ada emas, ada duit...

#TipKayaDenganEmas
Siapa nak bekukan duit dalam RM80,000 untuk kegunaan lagi 2 tahun ke atas, saya suggest gold bar 250 gram ni. Ia lebih baik dari simpan dalam Tabung Haji atau ASB, malah tanah sekalipun.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Ia lebih baik berbanding ASB atau Tabung Haji (4% - 6%).

Bahkan masa dengan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit, emas jauh lebih berbaloi. Itulah sebab kenapa pakar kewangan no. 1 Malaysia (Tuan Azizi Ali) sarankan hijrahkan duit dari ASB kepada emas.

Dulu ubi, sekarang beras.
Dulu ASB, sekarang emas!

Itu pantun yang diulang-ulang beliau sudah lebih 3 tahun bila beliau nampak ASB tak lagi sesuai dijadikan simpanan untuk jangka panjang.

Cukuplah sekadar duit simpanan jangka pendek dan duit-duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.

#TipKayaDenganEmas

Sumber : En Mohd Zulkifli
I boleh relate when people said,

“tunggu gaji masuk baru boleh jalan-jalan”.

Sebab I dulu pun macam tu. Tak ada tabungan, dan tak rancang kewangan dengan baik.

Dapat gaji bulan tu, habis semuanya bulan tu juga. Ibarat kais sebulan makan sebulan.

Bila tersedar, i mula menabung. Kalau kos jalan-jalan RM1,200, i akan menabung RM100 sebulan. Cukup 12 bulan, i boleh jalan-jalan bila-bila masa. Tak perlu tunggu gaji.

Teorinya macam tulah...

Tapi realitinya berbeza. Tabungan i selalu bocor. Simpan, simpan, korek balik. Tak pernah cukup nisab nak bayar zakat.

Macam tulah bertahun-tahun...

Jadi i mula belajar menabung emas (dengan ilmu) melalui #AkaunEmasGAP . Duit simpanan jangka panjang, i akan simpan dalam bentuk emas.

Bila cukup capai target dan sampai masa nak pergi jalan-jalan, i jual emas-emas tu.

Tapi kalau mampu tebus dalam masa 6 - 12 bulan, i tak akan jual. i akan pajak je emas-emas i di ar-rahnu.

Dengan cara macam tu, tabungan emas i makin lama makin bertambah.

My gold saving right now dah ada untuk survive 1-2 tahun if mengganggur.

Syukur alhamdulillah. Asab ilmu yang Tuhan bagi i kenal tentang emas. Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…

#tipkayadenganemas
Dividen ASB 2023.

Bersih 2.75% lepas tolak zakat 2.5% (5.25 - 2.5 = 2.75%).

Sebelum sentuh dividen, pastikan potong bahagian zakat dulu. Selebihnya reinvest (kalau nak kaya). Jangan tarah (belanjakan) dividen tu.

Kalau tarah, sebenarnya kita semakin miskin. Walaupun nombor bertambah, tapi lepas tolak kadar inflasi 2.5% - 4.0%, sebenarnya kekayaan kita tak bertambah pun.

Duit dividen tu, beli emas melalui #AkaunEmasGAP untuk simpanan jangka panjang. Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas secara puratanya naik sekitar 10% setahun.

#TipKayaDenganEmas
Tersenyum tengok harga emas dulu-dulu... 1 gram cuma RM159. Hari ni RM329... Beza RM170 (kenaikan 107%)!..

Saya percaya, lagi 5 tahun masing-masing akan tunjukkan screenshot harga emas tahun 2024. Orang sekarang cakap mahal.

Tapi lagi 5 tahun akan datang semua cakap murah bila tengok harga emas 2024.

Macam dulu saya tak jadi beli dinar tahun 2006 sebab saya cakap mahal. 1 dinar RM300. Saya tak beli sebab mahal.

Akhirnya saya start beli tahun 2010 ketika harganya sekitar RM600.

Cerita macam ni akan sentiasa berulang-ulang sejak zaman atuk nenek kita sampailah zaman cucu cicit kita nanti...

Tak ada zaman orang anggap harga emas murah...

Kalau nak beli, jangan tunggu harga murah... Sebab harga hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang disebab nilai duit sentiasa dimakan inflasi dan kejatuhan nilai duit kertas...

#TipKayaDenganEmas

Kredit: Azam Amiri
Tersenyum tengok harga emas dulu-dulu... 1 gram cuma RM159. Hari ni RM329... Beza RM170 (kenaikan 107%)!..

Saya percaya, lagi 5 tahun masing-masing akan tunjukkan screenshot harga emas tahun 2024. Orang sekarang cakap mahal.

Tapi lagi 5 tahun akan datang semua cakap murah bila tengok harga emas 2024.

Macam dulu saya tak jadi beli dinar tahun 2006 sebab saya cakap mahal. 1 dinar RM300. Saya tak beli sebab mahal.

Akhirnya saya start beli tahun 2010 ketika harganya sekitar RM600.

Cerita macam ni akan sentiasa berulang-ulang sejak zaman atuk nenek kita sampailah zaman cucu cicit kita nanti...

Tak ada zaman orang anggap harga emas murah...

Kalau nak beli, jangan tunggu harga murah... Sebab harga hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang disebab nilai duit sentiasa dimakan inflasi dan kejatuhan nilai duit kertas...

#TipKayaDenganEmas

Sumber
“Dah lebih RM58,000 dilaburkan dalam emas”

Pagi tadi saya terima pesanan daripada seorang Followers saya di Tiktok.

Beliau mengadu dah termasuk dalam skim pelaburan emas di Syarikat X.

Akibat tergoda dengan ajakan saudara mara, maka beliau telah laburkan sejumlah wang yang agak besar dalam pelaburan tersebut.

Jumlah terkumpul dia labur dah lebih RM58 RIBU……

Jadi setakat ini jumlah duit yang masih dia tak dapat lebih kurang RM8000. Beliau dah tunggu lebih dari 1 bulan.

Huhhh……

Bila terima chat macam ni, saya pun tak tahu nak respond macam mana.

Apa yang mampu saya nasihatkan, sebelum mula simpan emas buat la dulu sedikit kajian ringkas.

Follow lah mereka yang arif tentang emas seperti Tuan Syukor Hashim, En Mohd Zulkifli dan Tuan Azizi Ali.

Mereka ni orang lama dan berpengalaman dalam industri emas di Malaysia.

Tak susah pun nak dapat ilmu emas yang betul hari ini.

Semua hanya di hujung jari sahaja. Emas ni kalau nak selamat senang sahaja.

Kata mentor saya En Mohd Zulkifli yang merupakan penulis buku wang emas :

• Beli emas mesti dapat emas.
• Emas tiada dividen.
• Untung emas bila harga naik melebihi harga kita beli dan ambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.

Andai kata ada syarikat yang banyak tanda-tanda “Red Flag” nak selamat lari jauh-jauh.

Jangan ingat simpan emas nak cepat kaya. Nak cepat kaya kena jadi peniaga emas, bukan penyimpan/pelabur emas.

Moga bermanfaat.

#TipKayaDenganEmas

Credir: Ridwan
Rasa nak luruh jantung bila technical glitch Google ni tersebar. Ringgit RM6.24 untuk USD1, jatuh 30% dalam satu malam!

Kalaulah ianya benar-benar berlaku, ia malapetaka besar pada kekayaan kita seluruh rakyat Malaysia. Kekayaan kita hilang 30% dalam satu malam (kecuali yang sudah ditukarkan kepada emas)!

Siapa yang ada hutang luar negara, peniaga-peniaga yang import barang luar negara, dia kena bayar 30% lebih mahal hanya dalam satu malam!

Pastinya huru-hara akan berlaku dalam negara. Banyak syarikat mungkin akan bungkus. Rakyat akan hilang pekerjaan. Masalah sosial akan meningkat secara mendadak...

Syukurlah ialah cuma technical glitch (itu pada pembacaan saya).

Apa-apa pun, kita kena bersedia.

Lepas saya tengok ringgit jatuh 30% pada tahun 2015, saya tak lagi yakin letakkan duit simpanan jangka panjang dalam ASB atau Tabung Haji.

Bila berlaku kejatuhan ringgit, kekayaan kita terjejas teruk walaupun bukan salah kita.

Itulah sebab kena Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali sarankan sekurang-kurangny 10% - 15% kekayaan kita patut ditukarkan kepada emas.

Kalau berlaku kegawatan, simpanan emas kita tetap bertahan. Ringgit jatuh mendadak, harga emas naik mendadak juga.

Dan berita buruknya, kalau kegawatan benar-benar terjadi, ia datang tanpa amaran!

#TipKayaDenganEmas
Menabung kena jadi habit.
Selagi tak jadi habit, selagi tu tak akan kaya. Habit maksudnya kita buat perkara yang betul tanpa perlu buat decision lagi. Auto-menabung setiap bulan...

Kalau setiap bulan nak kena buat decision samada nak menabung ataupun tidak, itu maksudnya belum lagi jadi habit.

Selagi belum jadi habit, selagi itulah tak akan kaya.

Kita kena jadikan menabung macam habit gosok gigi setiap hari. Kalau siapa yang terpaksa buat decision setiap hari samada dia nak gosok gigi ataupun tidak, nescaya gigi dia habis dah rosak.

Macam tulah juga dengan menabung...

Kredit: Dr Syafiq

#TipKayaDenganEmas #TipKekayaan
Emas bila ada di tangan kita, apa pun terjadi kepada syarikat pengeluar, kita tak ada masalah.

Kalau jatuh bangkrup, emas di tangan kita tak terjejas.

Kalau harta kena freeze, emas di tangan kita tak ada masalah.

Kalau duit kertas tak laku, emas di tangan kita masih selamat.

Kekuatan sebenar emas pada fizikalnya.

Sebab tu nasihat saya sudah berbelas tahun kepada penyimpan emas; beli emas pastikan dapat emas (fizikal).

Bukan sekadar dapat nombor, bukan dapat surat hutang, bukan dapat kertas. Tapi pastikan dapat emasnya...

Siapa cuba-cuba selain dari itu, dia akan belajar pengalaman mahal dengan emas.

Kalau emas fizikal pun banyak penipuan, inikan pula beli emas tapi emasnya tak nampak. Back to basic! #TipKayaDenganEmas
Walaupun harga emas dianggap mahal pada satu-satu masa, saya tak pernah cakap "jangan beli sekarang sebab harga tengah mahal".

Sebab saya sendiri pun tak tahu "how high is high".

Walaupun harga emas RM340 segram bulan lepas (Februari 2024) sebenarnya paling mahal dalam sejarah, tapi bulan Mac 2024, harga RM340 bukan lagi dianggap mahal.

Bila harga emas cecah RM366 hari ni, harga RM340 dah dianggap murah!

Ada yang beli bulan lepas dan jual bulan ni pun dah untung, khususnya yang beli item gold bar 250 gram dan 1 kilogram.

Kalaulah saya nasihatkan jangan beli emas pada harga RM340 (bulan lepas) dan lebih baik tunggu dulu, dah tentu-tentu saya akan dipersalahkan...

Jadi saya kena bersikap jujur sahaja yang saya sendiri tak tahu tentang keadaan sebenar harga emas dalam jangka pendek.

Nasihat saya cuma satu, kalau beli emas untuk simpanan jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, bila-bila masa pun sesuai beli emas.

Dalam jangka pendek, harga emas confirm ada naik turun. Kalau jangka panjang, confirm akan naik disebabkan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit.

Apa pun keadaan harga emas, yang paling utama ialah dah berapa gram emas yang dah kita ada?

Siapa ada lebih banyak emas, dah confirm dia lebih kaya dari sebelumnya. Tak perlu bimbang tentang harga. Kenaikan harga emas hanyalah persoalan masa sahaja.

#TipKayaDenganEmas
Kenaikan harga emas Malaysia sebanyak 27.57% berbanding setahun lalu. Ia jarang berlaku. Purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun sepanjang sejarah 20 tahun.

Lepas tolak spread dan kos berkaitan, serta zakat, keuntungan bersih sekitar 15%.

Walaupun begitu, emas bukanlah untuk simpanan setahun. Nak menabung emas, beli dengan duit simpan sekurang-kurangnya untuk 2 tahun ke atas.

#TipKayaDenganEmas
MACAM MANA NAK TAHU HARGA EMAS AKAN NAIK ATAU TURUN?

Tak siapa tahu bila harga emas akan naik dan akan turun dengan pasti.

Banyak orang boleh buat jangkaan, tapi belum tentu jangkaan tu tepat.

Jadi lebih baik tak perlu buang masa buat jangkaan harga emas naik turun.

Yang pastinya, harga emas confirm naik dalam jangka panjang - disebabkan faktor inflasi dan kemerosotan nilai duit kertas.

Harga emas hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Kalau nak beli emas, pastikan beli dengan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.

Dalam jangka pendek, harga emas confirm akan ada turun naik. Tapi untuk jangka panjang, harga emas confirm akan naik.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Ia jauh lebih baik berbanding simpan duit dalam ASB atau Tabung Haji.

Kalau nak kaya dengan emas, paling penting kena pastikan jumlah gram emas bertambah setiap bulan. Menabunglah secara konsisten.

Bila ada emas lebih banyak, confirm kita lebih kaya.

Kenaikan harga cuma persoalan masa sahaja.

Kalau harga barang keperluan pun confirm akan naik jangka panjang, inikan pula emas (aset fizikal).

#TipKayaDenganEmas
Memanglah tak cantik. Sebab cover plastik luar tu memang untuk kita tarik keluar (koyak).

Koyak sahaja plastik tu, nampak cantiklah emas ni...

Dulu PG (#PublicGold) terima feedback, emas yang customer terima ada kesan calar. Kesan calar tu terjadi masa proses packaging sebab tergesel sesama emas tu sendiri.

Jadi PG buat cover plastik luar supaya kita terima dalam keadaan cantik. Bila dapat emas ni, koyak sahaja plastik luar ni.

Mesti nampak cantik! InsyaAllah...

Lagi satu, siapa nak sentuh dan belek-belek emas tu, boleh kopek dan keluarkan sahaja emas tu dari sarung.

Tak perlu risau. Nilai emas tu tak terjejas langsung bila nak jual balik kepada PG.

PG jamin beli balik pada harga tinggi (ikut harga PG Buy semasa) walaupun emas ni walaupun dah keluarkan dari sarungnya, calar, lekuk atau kemek.

Tak ada masalah. Penyimpan emas boleh simpan emas di dengan peace of mind. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas