#NotaEmasNurulFaizzen💃
402 subscribers
3.1K photos
217 videos
8 files
1.46K links
Assalamualaikum. Channel ini dibuat untuk perkongsian ilmu-ilmu emas, info harga emas terkini dan info tentang promosi emas dari Public Gold. Jom subscribe☺️
Download Telegram
#TabungDuit

RINGGIT MAKIN LEMAH?

1. Bukan hanya Ringgit sahaja melemah sebenarnya. Matawang Yuan, Yen, Euro, Pound Sterling dan Swiss Franc juga sedang menurun.

2. Penurunan nilai matawang kita bukan hanya disebabkan ringgit kita melemah semata mata, tetapi nilai Dolar juga semakin mengukuh.

3. Kelemahan ringgit akan beri kesan kepada harga barang terutamanya barang yang diimport akan jadi mahal.

Makan betik Pak Man, kurangkan makan betik dari Jenifer Arisson.

4. Bila ringgit rendah, kita akan mula beralih kepada barang lokal sebagai pilihan berbanding barangan import seperti sebelum ini. Ia bantu pacu ekonomi juga.

5. Menurut BNM, Kita juga sebenarnya lebih banyak eksport barangan berbanding import barangan. Jadi tukaran matawang asing seimbang .

6. Cuma data inflasi kita pada kadar 2.2% masih rendah berbanding negara lain seperti US 8.3%, Singapore 5.1%, Australia 5.4%.

Pelik juga rendah sangat. mmmm.. tapi harga barang makin mahal? 😌

7. Dalam keadaan sekarang pastikan simpanan pelaburan kita beri pulangan yang lebih baik dari 2.2% tersebut.

8. Kekal berbelanja secara baik dan sihat. Pastikan kita ada pendapatan tambahan. Nilai kembali kehidupan kita, hindari hutang baru yang susut nilai.

Paling penting adalah kawalan

Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

DOLAR SEMAKIN MELANGIT?

1. Jangan terlalu gusar nilai Ringgit makin kebawah. Matawang lain juga sedang jatuh. 2016 Ringgit jatuh 2% berbanding Thailand dan Indonesia naik sampai 15%. Kini Bath juga sedang jatuh.

2. Jika lihat Yen jatuh hingga 22.96% berbanding Dolar. Euro dan Pound yang kita rasa takut nak beli dulu dah boleh kita tengok kembali hari ini.

3. Dolar sedang mencapai paras nilai tertinggi dalam tempoh 2 dekad selepas bank pusat naikkan kadar faedah yang tinggi.

4. Biasanya bila Dollar naik begini, emas akan jatuh, crypto juga ikut trend jatuh. Boleh 'kutip' benda yang sedang jatuh.

5. Kadar inflasi akan kekal tinggi dalam tempoh yang lama kali ini, dengan pasaran buruh terhad, masalah bekalan tenaga dan komoditi belum diatasi.

6. Bagi setiap masalah pasti ada hikmah dan peluang pastinya. Lihat apa peluang yang muncul saat ini diwaktu Dollar mengukuh. Kita mungkin menerima manfaatnya kesan Dollar ini. Belajar hedging dan speculation bagi yang terkesan

Sahabat saya Dr Mohd Shukur bertanya pagi ini, "Apakah ini dirancang Dr?"

Dalam dunia ini, apa yang tidak dirancang hanya takdir tuhan. Selainya semua telah dirancang

Kawan,

Kita rancang bebaik hidup kita. Selebihnya kita berserah pada yang Maha Esa.

Sumber:Azizul Azli
#TabungDuit

11 TABIAT HABISKAN WANG

1. Kopi bukan jadi keperluan, akhirnya ia jadi satu budaya hidup manusia. Kopi mesti mahal baru 'terasa' nikmatnya. Minum kopi murah, malu kita nak cerita disosial media.

2. Kad Kredit adalah duit masa depan kita, duit tak dapat lagi kita dah guna. "Dapat gaji nanti bayarlah apa susah". Pastikan kita ada disiplin kewangan yang baik baru guna, kadar faedah kad kenakan 15%-18% sahaja woi!

3. Hiburan tak semestinya perlu bayar dan mahal. Ada banyak hiburan baik yang murah untuk kita nikmati selain tonton wayang sepanjang masa.

4. Merokok terbukti banyak habis duit, "Abang tak merokok, banyak ker harta abang ada?", "Banyak dik, abang nak sebut pun kadang kadang lupa, itu sebab abang tak pernah merokok dik"

5. Bangsa lain cukup rajin bawa botol air kemana mana, ia satu budaya kesihatan dan kewangan yang baik.

kawan kawan,

yang lain tambah sendiri ya,

nak hantar anak kesekolah dah nie.

Jaga duit masing masing moga berjaya.

Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

BUAT APA BILA DUIT MELEMAH?

Bila duit kita semakin melemah, jangan merungut sahaja. Ia tak guna.

Selain ringgit matawang negara jiran juga ada yang melemah.

Apa kita boleh mula buat?

Belajar simpan duit kita dalam bentuk emas. Sifat emas itu universal.

Jika dolar mengukuh, harga emas akan mula menurun biasanya.

Jadi,

Jika ada duit lebih, dan rancang untuk takkan guna dalam 2-3 tahun kedepan. Saya galakkan simpanlah emas.

Hari ini 13 Julai 2023

0.5 gram emas = RM205
1 gram emas = RM316
10 gram emas = RM3,160
20 gram emas = RM6,306
50 gram emas = RM15,690
100 gram emas = RM31,239

1/4 dinar = RM405
1/2 dinar = RM790
1 dinar = RM1,343
5 dinar = RM6,716
10 dinar = RM13,431

Kawan kawan,

Merungut dan salahkan kerajaan tak ubah apa apa pun macam semalam.

Harga tetap sama, yang boleh kita lakukan buat simpanan buat siri dan keluarga kita.

Belajar menyimpan emas buat masa depan, bahaya simpan emas bila sekali beli ketagih nak beli dan simpan lagi.

Kredit nota: Tuan Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

Duit RM30K disimpan nenek saya di kampung untuk tunaikan haji tahun depan habis dimakan anai-anai.

Separuh saya dah serahkan kepada Bank Negara Malaysia. Kalau masih ada rezeki. Separuh lagi tak dapat diselamatkan.

Bukan rezeki nenek nak ke Mekah. Insya-Allah lain kali ada lagi rezeki ni. Pengajaran jangan kita simpan di rumah duit ni banyak-banyak.

Sumber: FB Khairul Azhar
#TabungDuit

RINGGIT SEMAKIN MENDEBARKAN!

Bila Ringgit Malaysia semakin jatuh dengan konsisten. Kita hanya ada dua pilihan sahaja.

1. Belajar Menyimpan Emas
2. Tukar kepada Dolar

Pilihan pertama lebih baik, sebab emas diterima oleh mana mana negara didunia.

Emas matawang tanpa sempadan.

Mulakan sikit sikit menyimpan emas, bulan ini mulakan beli satu dinar simpan. Jika nak lebih bagus, jangan beli kecik kecik.

Beli yang besar agar spread tidak banyak kali berlaku.

Emas adalam penyimpan nilai yang baik

Kredit : Dr. Azizul Azli
Masih ramai yang tak tahu anak-anak kecil pun boleh ada akaun simpanan emas?

Ramai yang ingat akaun emas anak tak perlu asingkan. Boleh tumpang dalam akaun emas ibu bapa!

No!

Sebaiknya akaun emas anak perlu dibuka per individu. Satu anak satu akaun emas.

Supaya;

Akaun emas anak tidak tercampur sesama adik beradiknya atau ibu/bapa.

Bila cukup umur 18 tahun dah boleh tukarkan akaun dewasa & anak boleh sambung menabung di akaunnya

Jika berlaku kematian ibu/bapa, akaun anak tidak perlu lalui proses faraid.

So jom kita upgrade cara simpan duit raya anak dengan akaun GAP junior!

Yes, dengan akaun GAP Junior, kita boleh lindungi duit raya anak anak dari:

Terguna untuk kegunaan peribadi

Susut nilai duit

Tercampur duit raya jika anak anak ramai

Nampak remeh tapi hakikatnya ini realiti yang kebanyakan ibu bapa buat!

Tak susah pun nak buka akaun emas anak?
Register percuma secara online, terus boleh simpan duit raya anak-anak dalam tu. Pasti duit raya tu akan kekal hingga mereka besar nanti.

Ibu ayah boleh register di sini
https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&form_type=ja&intro_pgcode=PG00268839&is_dealer=1

#akaunemasGAP #akaunGAPJunior #PG1M #dealerpublicgold #publicgold #akaunGAP #emas999 #1dinar #goldsavings #pgindonesia #simpanemas #belajarsavings #belajarsimpanemas #tipskewangan #simpanduit #tabungkahwin #tabungduit
#TabungDuit

SIMPAN ATAU MELABUR?

Jika belum ada simpanan kecemasan, jangan gatai pusat nak melabur.

Semalam ada yang tanya, "Betoi ka bang dengan melabur RM1000, dalam masa 6 jam boleh jadi RM45,000. Boleh percaya ka?"

Bila ada yang bertanya, bermakna asas logik dia belum berfungsi dengan baik.

Hari ini mungkin dia lepas, esok lusa dia boleh jadi kena.

Banyak skim pelaburan yang janjikan terus jumlah pulangan. Jangan masuk.

Di Channel Telegram penuh skim tipu tipu ini, jangan mudah percaya. Wasap group pun sama.

Semua menanti kita lalai dan tamak sahaja.

Bila ada perkataan melabur, jangan cepat nak teruja. Terutama yang selit selit nama agama.

Mecca Fund, Syariah Investment, Hibah Ramatullah, Fisabililah Fund, Habibah Firdausi Fund banyak lagi.

Yang guna influencer, lagilah kena jaga jaga. Silap silap dia sendiri tak tahu puncanya.

Kawan kawan,

Belajarlah menyimpan dulu, dah mahir menyimpan baru kita melabur.

Dapat sesuatu?

Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

CARA BODOH HABISKAN DUIT?

Cara-cara yang dianggap paling bodoh untuk menghabiskan wang termasuk:

1. Bermain Judi:

Menghabiskan wang dalam perjudian, lebih parah hingga ketagihan dan pinjam ahlong

2. Melabur dalam Skema Cepat Kaya:

Simpan duit dalam pelaburan yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, sering kali berakhir dengan kerugian besar. Masuk RM1000 dalam 3 jam jadi RM45,000.

3. Berbelanja Barang Mewah yang Tidak Diperlukan:

Menghabiskan wang untuk barang-barang mewah yang sebenarnya tidak diperlukan dan hanya untuk menunjuk.

4.Pembelian Impulsif:

Membeli barang-barang tanpa berfikir panjang, sering kali berakhir dengan penyesalan. Beli sebab FOMO

5. Berhibur Berlebihan:

Menghabiskan wang dalam jumlah besar untuk hiburan tanpa batas.

6. Mudah Jatuh Cinta :

Pantang nampak gadis lawa dan cantik, mudah sangat tergoda dan nak test power katanya. Semua itu makan belanja, takkan keluar minum air kosong sahaja.

7. Tidak Mengatur Kewangan:

Tidak membuat anggaran atau merencanakan pengeluaran, sehingga wang habis begitu saja tanpa sadar.

Kawan kawan,

Menghindari kebiasaan-kebiasaan ini dapat membantu menjaga stabilitas kewangan kita.

Jangan buat benda bodoh, nanti jodoh tak kekal lama.

Azizul Azli Ahmad

#Sampaikan pada adik adik kita
#TabungDuit

FINANCIAL INDEPENDENCE ITU?

Bila kita tidak lagi bergantung hidup pada sesiapa .

Kita boleh uruskan duit dengan sendiri dan bersedia dengan semua risiko hidup.

Banyakan rasa bersyukur dengan apa adanya hari ini.

Jangan terlalu melihat kelangit, tetapi menunduklah agar kita rendah diri.

Kawan kawan,

Jangan irihati dan cemburu akan kejayaan rakan sekolah kita, ia membuatkan kita kurang bersyukur dengan suami kita yang kacak macam gorila kebun bunga.

Salam Rabu, nikmati aja hidup ini. Selamat bercuti gais!

Azizul Azli Ahmad