#NotaEmasNurulFaizzen💃
402 subscribers
3.1K photos
217 videos
8 files
1.47K links
Assalamualaikum. Channel ini dibuat untuk perkongsian ilmu-ilmu emas, info harga emas terkini dan info tentang promosi emas dari Public Gold. Jom subscribe☺️
Download Telegram
Saya setuju dengan pendapat Mentor kewangan saya

KERJA MAKAN GAJI VS KERJA SENDIRI

Orang kata untung ada kerja makan gaji. Ada income yang konsisten tiap bulan. Tak perlu risau sangat sebab hujung bulan confirm gaji masuk.

Orang kerja sendiri pun ada untungnya juga. Tak ada limit untuk dapatkan income. Masa pun agak fleksibel untuk keluarga dan diri sendiri.

Kedua-duanya ada kelebihan dan potensi untuk anda bina kewangan yang stabil. Nak bina kewangan yang efektif, pastikan anda buat 3 perkara ini:

1. Bersedia dengan income protection
2. Urus kewangan dengan ilmu
3. Disiplin buat simpanan dan buat pelaburan

Percayalah nasihat ini untuk kebaikan anda 🙂

#income #dradamzubir #doktorkewangan #askdradamfinancialtips
APA NAK BUAT BILA KOMITMEN BULANAN TINGGI?

Harga barang sekarang, bukan level biasa². Baru belanja keperluan dapur, tapi tengok bil boleh tahan!

Belum masuk komitmen lain.. kena bayar sewa rumah, utiliti, hutang dan sebagainya. Duit habis keluar macam air.

Saya percaya bila komitmen bulanan tinggi, mesti sedikit yang tinggal untuk diri sendiri. Cadangan saya, cuba anda semak semula perbelanjaan bulanan anda.

Mana tahu ada subscription atau perkara yang sebenarnya anda boleh hentikan untuk selamatkan duit anda. Contohnya:
1. Online streaming - tukar kepada tonton tv biasa yang tidak berbayar
2. Aircond - guna kipas untuk cara lebih jimat
3. Water filter - mana tahu anda boleh masak air untuk minuman berbanding perlu bayar bulanan

Apa pun, komitmen bulanan tinggi bergantung pada diri anda. Setiap orang pasti ada pandangan berbeza tentang keperluan masing².

Yang pasti, kalau anda mula rasa sesak nafas dengan perbelanjaan, mulalah semak komitmen anda. Adjust apa yang patut😉

#dradamzubir