#NotaEmasNurulFaizzen💃
399 subscribers
3.12K photos
217 videos
8 files
1.47K links
Assalamualaikum. Channel ini dibuat untuk perkongsian ilmu-ilmu emas, info harga emas terkini dan info tentang promosi emas dari Public Gold. Jom subscribe☺️
Download Telegram
𝗠𝗶𝘀𝗶 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝟮 𝗕𝘂𝗮𝗵 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗦𝗲𝘄𝗮 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗘𝗺𝗮𝘀 (Tn Bashir Mansor)

Baru-baru ini saya jual 100 gram Gold Bar Bunga Mas untuk deposit membina 2 buah rumah sewa lagi…

Doakan perjalanan membina 2 buah rumah sewa ini berjalan dengan lancar seperti dirancang…

Saya mula consult dengan kontraktor pada awal bulan February 2023 untuk bincang anggaran harga untuk bina 2 buah rumah sewa ini…

Masa itu anggaran harga untuk bina rumah ini sekitar RM130,000 - RM140,000 bersamaan dengan ~540 gram Emas bersandarkan kepada harga belian semula Emas ketika itu iaitu RM260 per gram…

Jadi saya dan isteri Aznida Abu Hasan tekad beli dan kumpul sehingga cukup 540 gram Emas untuk saya bina 2 buah rumah sewa ini secara tunai…

Awal bulan January 2024 baru-baru ini, saya hubungi semula kontraktor untuk semak harga. Kontraktor bagitau yang harga masih sama iaitu RM140,000 untuk 2 buah rumah…

Bestnya… Kalau saya kira dari nilai gram Emas, saya akan jimat banyak… Hari ini saya hanya perlukan 470 gram Emas saja untuk dapatkan nilai RM140,000 tu…

Wow… 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗷𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝟳𝟬 𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗷𝘂𝗴𝗮… Bestkan…

Hari ini kalau saya nak beli 70 gram Emas ini bernilai lebih RM23,000 😍😍 Jimat…

Kami bertambah seronok… Rumah belum pun siap tapi sudah ada yang booking untuk sewa…

Alhamdulillah… Permulaan yang baik 🤲🤲🤲

Betul kata mentor Tn Mohd Zulkifli Shafie, kita akan lebih seronok dan bersemangat untuk menyimpan Emas jika kita letak matlamat yang jelas dalam setiap simpanan Emas kita…

Doakan semua urusan dipermudahkan oleh ALLAH SWT… Aaamiin Yarabbal’alamin 🤲🤲🤲

#TestimonialPenyimpanEmas